SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   1


1.0       PENGENALAN

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook
merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi
yang semakin canggih. Memandangkan kesan penggunaan facebook telah memberi satu
fenomena dan memberikan impak yang besar kepada penggunanya, jadi banyak kajian telah
dilakukan.

          Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris,
2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh
dunia. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg
lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli
politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik
IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi
pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang
diselitkan dengan politik. (The Malaysiainsider, 2010).

          Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati ramai pelajar menggunakan
facebook untuk tujuan sosial. Namun demikian, pada masa yang sama mereka juga
menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam penulisan ini
penulis    cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan dan
pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21.




2.0       TEORI PEMBELAJARAN

Teori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum
pembelajaran yang dihasilkan melalui kajian saintifik.

Kepentingan teori pembelajaran:

      1) Menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku.
      2) Asas pembentukan strategi pengajaran.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan    2


TEORI BEHAVIORISME


Teori pembelajaran behavioris adalah teori yang melihat perubahan tingkah laku yang dapat
diperhatikan sebagai hasil daripada pengalaman manusia. Tumpuan teori ini ialah kepada
bagaimana perlakuan baru diperolehi, bukannya kepada bagaimana pengetahuan baru
dipelajari. Pelopor – pelopor bagi teori ini ialah Ivan Pavlov (1849-1936), Thorndike E. L.
(1874-1949), Watson J. B. (1878-1958), Guthrie E. R. (1886-1959), Skinner, B.F. (1904-1990
dan John B. Watson.


Jenis pembelajaran mengikut Teori Behaviorisme :


1. Pelaziman Klasik


   •   Pembelajaran merupakan tindak balas manusia secara psikologi dan emosi tehadap
       persekitarannya.
   •    Tindak balas dibentuk melalui proses pelaziman suatu rangsangan tidak terlazim
       dengan tindak balas tak terlazim menjadi rangsangan dan tindak balas terlazim.
   •   Teori ini juga digunakan untuk menjelaskan pembelajaran emosi (Watson).


2. Pelaziman Operan:


   •   Mengikut Thorndike pembelajaran berlaku melalui proses cuba jaya dalam membuat
       perkaitan antara rangsangan dan tindak balas.
   •   Menjelaskan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang terhasil daripada
       kesan tingkah laku.
   •   Memperkenalkan tiga hukum pembelajaran:
           a) Hukum kesediaan: Pelajar perlu mempunyai persiapan dalam dirinya untuk
              membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
           b) Hukum latihan: Ikatan rangsangan – gerak          balas menjadi kukuh melalui
              latihan yang berulang-ulang.
           c) Hukum kesan: Kesan yang memuaskan menjadi motivasi untuk pelajar
              meneruskan tingkah laku yang dikehendaki dan mengukuhkannya.
   •   Mengikut   Skinner,   pembelajaran    berlaku   secara   pelaziman    operan    melalui
       penggunaan peneguhan.
   •   Sesuatu perlakuan/ kemahiran yang hendak dipelajari perlu dibentuk secara
       berperingkat-peringkat menggunakan unsur peneguhan.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   3




BEHAVIORISME


   •   Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.
   •   Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran
   •   atau hukuman.
   •   Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang
   •   boleh diukur atau diperhatikan.
   •   Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid
   •   dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.




Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka
tertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang
melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola
perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu
dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi
ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka
kita menghukum atau menghentikan ganjarannya.

Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner
(2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan
menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran.
Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah
perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru hanya
mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan
yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada
apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid.

Implikasi amalan ini ke atas pembelajaran :

       Pedagogi yang biasa diamalkan ialah kaedah pemusatan guru dan pelajar menerima
       maklumat secara pasif.

       Hasil pembelajaran yang dikehendaki mesti dinyatakan secara eksplisit.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   4


       Pelajar perlu mempunyai kesediaan pembelajaran.

       Bagi memantapkan maklumat yang diterima pelajar perlu diberi latihan yang
       berulang dan menyediakan kesan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan.

       Peneguhan (reinforcemen) sama ada bersifat positif atau negatif digunakan bagi
       mengekalkan tingkah laku yang diingini atau menghapuskan tingkah laku yang tidak
       diperlukan.

       Pilih penggunaan peneguhan yang sesuai untuk mencapai hasrat yang dijangkakan.

       Pelajar perlu digalakkan membuat perbandingan bagi membolehkan pelajar membuat
       generalisasi dan diskriminasi.

       Perlunya guru memberikan maklum balas yang jelas dan informatif mengenai hasil
       kerja pelajar.

       Guru perlu membentuk tingkah laku pelajar yang dikehendaki.

       Guru perlu memberi “cues” kepada tingkah laku yang dikehendaki.




TEORI KOGNITIVISME

Setiap manusia mempunyai kebolehan kognitif – mengelola, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pengalamannya. Oleh itu, aktiviti pembelajaran mestilah melibatkan aktiviti
pemerolehan dan pengelolaan pengetahuan/pengalaman yang diperolehi. Pembelajaran
adalah perubahan struktur mental seseorang yang membolehkannya menunjukkan
perubahan dalam tingkah lakunya. Fokus teori ini mengenai pembelajaran adalah kepada
perubahan dalaman proses mental yang digunakan oleh individu untuk memaknakan
dunianya. Penjelasan tentang peranan mental dalam proses pembelajaran dibuat secara
inferen. Golongan pelopor bagi teori ini adalah Gestalt Psychology, John Piaget, Cognitive
Development Stages, Bruner, Jerome, Discovery Learning, Suchman, Richard, Inquiry
Method, Ausubel, David dan Expository Teaching.

Implikasi Terhadap Pengajaran:

       Uruskan pembelajaran secara bentuk (patterns), bukan bahagian-bahagian (parts).

       Berikan satu overview kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk berkenaan.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   5


       Masalah yang mempunyai ciri, unsur dan struktur yang sama diselesaikan dengan
       kaedah yang sama.

       Tidak berminat dengan pengajaran secara langkah demi langkah, latih tubi, atau
       penerangan arbitrari oleh guru.

Cara guru membantu pelajar memperolehi celik akal.

        Melatih pelajar melihat secara keseluruhan sebelum memahami secara terperinci.

        Menegaskan pembelajaran integratif.

        Melatih pelajar mengamati sesuatu secara jelas dan objektif.

        Merangsang pemikiran pelajar dalam proses pembelajaran.

       Menekankan hipotesis dalam pembelajaran – membantu pelajar menyelesaikan
       masalah mengikut tatacara yang betul.

       Menjelaskan pembelajaran yang hendak dicapai.

KOGNITIVISME


          •   Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema.
          •   Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu
              diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau
              skema diubah suai.




Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah
secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama
Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili
melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana
data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini
secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam
skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak
atau diubah suai atau skema akan diubah suai.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   6


TEORI KONSTRUKTIVISME


Menurut Vygotsky, teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial.
Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentuk
idea orang lain. Mengikut Funderstanding Group (1998), konstruktivism;


“.. Is a philosophy of learning founded in the premise that, by reflecting on our
experiences, we construct our own understanding of the world we live in.”


Ciri-ciri “constructivist learning environment”.


   •   Menyediakan pembelajaran yang menggambarkan kerencaman dunia
       sebenar.
   •   Menekankan pembinaan pengetahuan.
   •   Menekankan tugasan yang autentik dalam konteks yang bermakna.
   •   Menekankan pembelajaran yang berasaskan kes dan bukannya kepada
       bentuk pengajaran yang telah ditetapkan.
   •   Menyediakan pelbagai bentuk realiti.
   •   Menggalakkan pemikiran reflektif berdasarkan pengalaman.
   •   Menyediakan peluang pembinaan pengetahuan baru berdasarkan konteks
       dan kandungan pelajaran.
   •   Menyokong pembinaan pengetahuan secara kolaboratif.




KONSTRUKTIVISME


          •   Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan
              kepada pengetahuan sedia ada.




Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang
cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan
dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   7


sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang
maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru
dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.


IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGI


Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru menyediakan
peluang-peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentuk
kemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau
(old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan.


       Menggunakan pemprosesan atas-bawah, dimana pelajar bermula dengan
masalah atau tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untuk
menyempurnakan tugasan berkenaan.


1. Pemprosesan Atas-Bawah


•     Mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang
      diperlukan untuk menyelesaikannya. Contohnya, menulis karangan dahulu
      sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca. Dalam proses ini,
      kemahiran    asas   secara   beransur-ansur    diterapkan    menjadi     kemahiran
      kompleks.


2. Pembelajaran Koperatif:


    • Berasaskan   pendapat    bahawa    pelajar    lebih   mudah     mempelajari      dan
      memahami konsep yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk
      membincangkannya dengan orang lain.


3. Generative Learning


•     Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara
      mental maklumat-maklumat baru.


4. Pembelajaran Discovery:
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan     8


• Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara

  aktif dengan prinsip dan konsep. Guru pula menggalakkan pelajar untuk
  mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen yang akan membolehkan
  mereka menemui prinsip.




3.0    PENDIDIKAN ABAD KE-21

       Globalisasi dalam pendidikan bermaksud merentas sempadan dan media dengan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebarang bentuk ilmu dan maklumat
yang diperoleh tidak terhad di bangku sekolah sahaja tetapi boleh berlaku melalui internet.
Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan atau GATS (General Agreement on Trade and
Service:1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju bersetuju untuk
menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang untuk
pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan serta pengiktirafan sijil-sijil dari
semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan di antara anggota-anggota.
Berdasarkan kenyataan setiausaha Agung Universiti komanwel iaitu Profesor Micahel
Gibbons, globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang
telah berlaku lama dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan
pelaksanaan pengajaran berkualiti. Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian.
       Merujuk kepada pelaksanaan pendidikan di Finland yang merupakan tempat ketiga
dunia dalam penilaian global, usaha Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan
pendidikan vokasional telah mengambil sistem pendidikan Finland sebagai rujukan.
Umumnya, sistem pendidikan vokasional di Finland bersifat disentralisasi. Pendekatan
terhadap pendidikan umum juga berbeza yang mana hanya satu peperiksaan awam iaitu
pada peringkat akhir menengah atas. Sistem pendidikannya juga tidak menetapkan saiz
kelas kecuali untuk pelajar berkeperluan khas. Finnish National Board Of Education (FNBE)
merupakan satu badan yang menentukan kerangka kurikulum yang akan dilaksanakan di
seluruh negara. Guru yang ditugaskan mengajar akan menentukan metodologi pengajaran
dan bahan pengajaran yang akan digunakan. Ibu bapa boleh mengikuti perkembangan
anak-anak mereka secara online manakala pihak sekolah akan menyediakan pangkalan data
yang lengkap tentang pelajar untuk disemak oleh ibu bapa. Kurikulum untuk pendidikan
menengah atas disediakan untuk tiga tahun. Pendidikan vokasional peringkat menengah atas
disediakan di kolej vokasional. Pendidikan vokasional di pandang tinggi dan diterima sebagai
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   9


satu alternatif oleh rakyat Finland. Pendidikan di Finland juga tidak terlalu tertumpu pada
peperiksaan tetapi lebih bersifat menjadikan pelajar mampu berfikir dan berdikari.

       Sistem pendidikan negara Finland turut memartabatkan guru dalam usaha
melahirkan guru abad ke 21. Ramai dalam kalangan graduan cemerlang cenderung untuk
memohon menjadi sehingga berlaku peningkatan dalam tempoh lima tahun terakhir ini.
Beban mengajar guru di Finland adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti di
Amerika Syarikat dan New Zealand. Guru-guru secara langsung dilatih untuk mengajar
pelajar bagi membolehkan pelajar melepasi ujian dengan skor yang baik. Guru dan pelajar
tidak didoktrinkan dengan ujian tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru-guru
juga di latih agar menggunakan pendekatan yang lebih bercorak pembelajaran kreatif dan
bersahaja. Ia bertujuan untuk merangsang perkembangan minda dan menggalakkan budaya
berfikir dalam kalangan pelajar. Usaha memartabatkan guru termasuklah memastikan
kerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat.

       Sistem pendidikan di Jepun merupakan salah satu contoh pendidikan yang maju di
Asia Tenggara. Kemajuan sistem pendidikan Jepun dapat dilihat dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan lain-lain. Kesemua
kemajuan ini sangat berkait rapar dengan kemajuan dalam pendidikan. Pendidikan di Jepun
dibangunkan atas prinsip-prinsip seperti legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral,
penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Tujuan pendidikan
di Jepun adalah untuk membesarkan anak yang sihat fikiran dan badan serta penuh estetika
sehingga melahirkan pelajar yang ideal iaitu pelajar yang selalu melatih diri sendiri,
mematuhi peraturan, bersedia bekerja secara sukarela dan mempunyai dasar untuk berfikir
secara internasional. Umumnya, kaedah pengajaran yang digunakan adalah kombinasi
daripada penjelasan dan soal jawab dengan guru, perbincangan sesama pelajar dan
penerokaan oleh pelajar dengan menggunakan alat pembelajaran.

       Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun
Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Negara dalam proses menyediakan
warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama
iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan
teliti. Ini amat penting untuk menentukan agar kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan
berkualiti cemerlang.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   10


       Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad
kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor
perindustrian dan perdagangan. Kurikulum abad ke 21 adalah relevan dan koheran dan
dapat memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Perancangan kurikulum mestilah bersifat
futuristik, fleksibel dan dinamil agar dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa
dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia abad 21 mestilah dapat menangani
cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara
berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat
sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

       Hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif,
kurikulum yang direncanakan haruslah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri
yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum haruslah
lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan
pelbagai kemahiran iaitu kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, kemahiran
berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran mencari, menginterpretasi
dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain,
kemahiran kepimpinan dan pengurusan.




3.1    KEMAHIRAN ABAD KE 21.


       Guru selaku penyampai maklumat kepada pelajar perlu memiliki kemahiran dan
pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teknologi maklumat kerana sumber
pengetahuan utama abad ke 21 berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu,
Kesinambungan integrasi ICT bermula di peringkat universiti yang melatih bakal guru,
kemudiannya guru ini pula akan mengajar generasi baru di sekolah. Dalam konteks
pendidikan, perkembangan bidang teknologi maklumat dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih
sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Kemudahan seperti komputer, multi
media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua pelajar. Menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segala
kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   11


       Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan adalah
salah satu pendekatan utama dalam pemupukan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan
pelajar. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat.
Amatlah penting generasi baru menguasai kemahiran abad ke-21 ini supaya mereka boleh
mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi. Malah
lebih penting lagi ialah pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi
inovasi dan kreativiti baru yang mengolah proses pembelajaran dalam suasana yang baru.


Oleh itu, setiap pelajar perlu memiliki kemahiran dalam penggunaan komputer atau lebih
dikenali sebagai celik komputer. Ini kerana, komputer beupaya meningkatkan mutu
pembelajaran. Menjelang abad ke 21, komputer menjadi alat standard di semua sekolah
sama ada di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Semua sekolah di
Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya
INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang
bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain
malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.


       Pengisian kurikulum perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang menjurus ke
arah pembelajaran koperatif iaitu kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan
dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai tahap
kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuat
keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan antara ahli kumpulan.
Penekanan terhadap cara berfikir secara kritis dan reflektif iaitu setiap aktiviti kurikulum
menjurus kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab
yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian,
idea, pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik
atau penghasilan produk baru. Selain itu, pengembangan kreativiti kurikulum perlu banyak
menonjolkan aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi
dan boleh memberi pandangan.

       Kemahiran Generik juga diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum generik
bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan di
tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepada
majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang
yang berlainan. Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa juga turut diberi penekanan. Arus
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   12


globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa supaya boleh
berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam
pelbagai bahasa.




3.2    GURU ABAD KE 21.

       Secara umumnya dapat dikatakan bahawa guru ialah teras kepada pelaksanaan
proses pendidikan walaupun proses pendidikan boleh berlangsung tanpa adanya guru.
Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya sebagai pendidik. Dalam usaha melahirkan manusia yang berkualiti, para
pendidik perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu agar generasi alaf baru yang kaya
maklumat, kekuatan minda, memiliki nilai luhur, bersemangat jati diri, jaya diri, berdaya
usahawan dan berketrampilan berjaya dilahirkan.

       Abad ke 21 akan membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains,
teknologi dan pengetahuan. Gelombang ini akan terus mewarnai dunia dengan pelbagai
warna mengakibatkan berlakunya perubahan yang tidak dapat dijangka. Dalam konteks ini,
guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Paling mustahak, guru mesti dapat
mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. Guru juga seharusnya memainkan
peranan sebagai pemimpin dan paling kurang sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Guru
mesti berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua aspek
termasuk intelek dan rohaninya. Guru perlu bersedia untuk menjadi seorang guru yang
inovatif dan kreatif agar pelajar yang kreatif dan inovatif dapat di bentuk. Selaras dengan
perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di
reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi
teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka
bagi mengembangkan budaya saintifik di kalangan pelajar.

       Sebagai seorang profesional, guru mesti memahami akan keperluan pelajarnya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku penyelidik di bilik
darjah agar dapat mengenal pasti pencapaian pelajar, menilai keberkesanan pengajaran,
mengukur keberkesanan dan seterusnya berusaha memperbaiki segala kelemahan. Guru
juga mesti mengamalkan sikap sebagai pelajar iaitu sentiasa menambah ilmu pengetahuan
dan memperbaharui ilmunya. Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas
dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   13


segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang
bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang
yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru
boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat. Secara
ringkasnya, guru mesti menjadikan pembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya

       Guru yang berkualiti ialah guru yang bersifat profesional, mahir dalam semua hal
perguruan, tahu tentang teori dan amalannya, tahu tentang pengajaran dan pembelajaran,
peka kepada perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada
tatasusila profesion perguruan. Proses pendidikan yang berkualiti merujuk kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu apa yang diajar oleh guru dapat diterima
dan dihayati oleh murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
kecenderungan dan minat pelajar terhadap pelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran
kaunseling di samping memahami psikologi pembelajaran. Guru juga seharusnya mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan berkesan. Antara ciri-ciri guru abad ke 21 ialah:

   •   Mempunyai ciri beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta
       penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas sebagai pendidik.
   •   Berorientasikan maklumat iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat
       baru untuk dikongsikan.
   •   Mempunyai wawasan iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi yang ingin di
       capai.
   •   Berpandangan secara global yang melihat perspektif pendidikan bukan terhad dalam
       negeri tetapi secara global.
   •   Sentiasa berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam
       pendidikan serta perubahan kurikulumnya.
   •   Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi
       dan perubahan pendidikan.
   •   Mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan.
   •   Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan.
   •   Merebut peluang pendidikan terbuka iaitu mengamalkan budaya pendidikan
       sepanjang hayat.
   •   Mampu mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi
       cabaran globalisasi pendidikan.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   14


          Menjelang tahun 2012, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan dapat
dilaksanakan. Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai
laluan kerjaya berbeza dan menerima kesan daripada pelan induk pembangunan
profesionalisme yang dirangka khusus untuk guru, serta pemberian ganjaran berdasarkan
prestasi bukannya tempoh perkhidmatan. Abad ke 21 akan terus membawa perubahan
akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Dalam konteks ini, guru
mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Guru juga perlu dapat mengurus dan
menjadi pengurus kepada perubahan ini.




3.3       PELAJAR ABAD KE-21


      Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami
tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi
tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu
mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya
tetapi masih terdapat sesetengah sekolah sekolah masih bergelut dengan soal asas
pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih
pada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri
pelajar abad ke-21 antaranya:


      •   Berupaya menbuat hubung kait
      •   Bijak menyoal
      •   Yakin dalam berkomunikasi
      •   Mengambil risiko
      •   Dahagakan ilmu
      •   Bersifat ingin tahu
      •   Menjana idea
      •   Fleksibel
      •   Tidak mudah berputus asa
      •   Mendengar dan membuat refleksi sendiri
      •   Berani mencuba
      •   Mampu berfikir sendiri
      •   Mampu belajar dengan orang lain
      •   Membuat perubahan
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan    15


   •   Berintegriti
   •   Berkeperibadian tinggi


   Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, seseorang pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri
tersebut. Hal ini kerana, melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu melahirkan generasi
muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan modal insan yang sangat
berguna terhadap negara


       Selain dari itu, pelajar pada abad ke-21 juga mestilah mengikut perubahan yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa yang dicorakkan oleh pembangunan
teknologi. Pembelajaran pelajar pada abad ke-21 patut memanfaatkan teknologi yang serba
canggih ini untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Pelajar pada abad ke-21
sangat memerlukan pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi
membaca, menulis, dan mengira tetapi literasi abad ke-21 adalah melibatkan literasi digital.
Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas
maklumat yang diperolehi. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital
sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat di kalangan pelajar abad ke-21.


       Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan pelajar untuk
berkomunikasi secara interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai
projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat
media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran
komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan
kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti
telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook
dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti
Wikipedia dan YouTube.


       Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan
perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah
atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah
memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan
perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu
disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   16


4.0    WEB 2.0 FACEBOOK

4.1    Apakah itu facebook

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook
merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi
yang kian canggih. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan
dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun
ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook
lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan
dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman
kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan
oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang
digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para
penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling
mengenali.

       Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan
rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.
Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian
beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan
Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana
pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang
berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif
seluruh dunia.

       Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah
sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan
mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh
tahun,iaitu "face book".

4.2    Kelebihan facebook

Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009).
Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.
“Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi
maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   17


kempen facebooknya,(The Malaysiainsider, 2010).Kementerian Penerangan Komunikasi Dan
Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda
sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di
kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk
bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang
kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan
tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat
bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri
diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak
terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009).

       Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi,
maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain
boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh
mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat"
sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar.
Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari
pengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada
para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan"
melainkan ditetapkan sebaliknya.

       Penggunaan facebook sebagai media pembelajaran sangat membantu guru dalam
penyampaian bahan-bahan pelajaran yang cukup banyak, sehingga guru tidak lagi dibatasi
oleh waktu yang terbatas kerana penggunaan media pembelajaran facebook, guru dan
pelajar boleh melakukannya di luar waktu sekolah, dan juga dengan mengunakan media
pembelajaran facebook pelajar menjadi lebih tertarik dan aktif dalam pembelajaran kerana
pembelajaran dengan media pembelajaran facebook tidak lagi merujuk kepada guru sebagai
pusat, akan tetapi pelajar sebagai pusat dan membina pengetahuannya sendiri dengan
belajar mandiri melalui internet, di sini guru hanya sebagai fasilitator dan evaluator.

Dengan media pembelajaran facebook pelajar dilatih belajar mandiri/tanggung jawab
belajar, aktif, dan bekerja sama dalam menyelesaikan permasalahan, kolaboratif,
membangunkan strategi belajar, juga melatih pelajar dalam penguasaan TMK dan melatih
penggunaan bahasa Inggeris, pembelajaran yang meaningfull dan engaged learning.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   18


Kelebihan bagi para guru adalah dalam peringkat jejaringnya, contohnya seorang guru meng
add / submit rakan guru lain atau menjadi fans dari Persatuan Guru-guru Semenanjung
walaupun guru tersebut bearada di Sabah, akhirnya mereka dapat dengan mudah bertukar
maklumat yang terkini.




4.3    Cara menggunakan facebook dalam pendidikan

Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada
pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta
pelajar untuk:

1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-
kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.

2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai
tugasan kursus, serta permohonan kursus.

3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.

Cadangan idea dalam memanfaatkan Facebook untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
Caranya ialah:

1. Semua pelajar membuat akaun facebook.

2. Guru add semua pelajar di facebook dan memasukkannya satu group sesuai rombongan
belajar.

3. Guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran melalui Nota / Notes.

4. Pelajar membaca bahan-bahan dari Nota guru.

5. Guru memberikan tugas melalui kotak mesej kepada semua pelajarnya sehingga boleh
memberikan tugas berbeza individu.

6. Pelajar menjawab tugas dengan menghantar mesej ke gurunya.

7. Guru memberikan ruang perundingan melalui forum / group

8. Guru membentuk ruang perbincangan melalui kemudahan chat
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan    19


Facebook sebenarnya tetap mempunyai banyak manfaat. Sebagai bukti akan nilai positif
Facebook ini, khususnya bagi dunia pendidikan, dapat dilihat iaitu akan kewujudan beberapa
kemudahan dan ciri-ciri yang ada dalam Facebook. Justeru, bagaimana sebenarnya cara
memanfaatkan facebook sebagai sarana pembelajaran / pendidikan ini dilakukan? Aktiviti
melayari facebook dalam pendidikan adalah dengan cara menjalankan beberapa ciri-ciri
aplikasi yang berikut :

   •   Facebook Share: Ini merupakan ciri-ciri asas di facebook. Ciri-ciri ini pastinya juga
       boleh digunakan sebagai alat untuk membantu pembelajaran. Siapapun boleh
       berkongsi apapun (tulisan singkat, link, gambar, video dan sebagainya) ke semua
       rakan-rakannya. Dengan ciri-ciri ini guru dapat mencari laman-laman web atau
       gambar-gambar yang berkaitan dengan pembelajaran, kemudian di kongsi/share di
       facebook untuk seterusnya boleh diakses oleh pelajar, sehingga pelajar mempunyai
       panduan dalam mencari bahan-bahan pembelajaran di internet, dengan perkongsian
       ini juga guru boleh menugaskan pelajar untuk memberikan analisis, kritik atau komen
       terhadap fenomena sosial yang berada di dalam share / pautan tersebut.

   •   Facebook Quiz : Pada masa ini, sudah banyak kuiz-kuiz yang terdapat di facebook.
       Kebanyakaan kuiz yang dibuat hanya untuk suka-suka. Ciri-ciri ini sejatinya boleh
       digunakan untuk melakukan quiz online. Guru boleh membuat kuiz dengan mudah
       kemudian mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk menjawab kuiz tersebut. Guru
       boleh menukar tugasan yang berbentuk soalan dengan membuat kuiz ini, di dalam
       kuiz ini guru juga boleh menetapkan skor yang diperoleh pelajar berdasarkan
       jawapan yang mereka berikan.

   •   Facebook Note: Guru boleh memancing pelajar-pelajarnya saling berbincang
       mengenai topik tertentu. Guru hanya perlu membuat note di wall kemudian men tag
       ke seluruh pelajar-pelajarnya untuk memancing perbincangan. Dengan ini guru boleh
       menggalakkan murid-muridnya saling berbincang mengenai topik tertentu.

   •   Facebook Apps: Dengan ciri-ciri ini hampir segalanya boleh dilakukan. Salah
       satunya adalah dengan membuat sebuah game edutainment pada platform facebook
       Apps ini. Salah satu contoh Facebook Apps game edutainment yang cukup terkenal
       dan banyak dimainkan adalah Geo Challenge. Sebuah aplikasi game untuk menguji
       pengetahuan geografi dari pemain-pemain.
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   20


      •   Up Date Status: Melalui Up Date Status, guru boleh mengingatkan pelajar tentang
          bahan-bahan    yang   akan   dipelajari   dalam   pertemuan     seterusnya,   memberi
          rangsangan, atau memberi jalan sebagai pokok perbincangan melalui "komen",
          sehingga pelajar terpancing untuk berbincang.

      •   Forum: Ciri-ciri ini juga boleh dijadikan sebagai cara perbincangan antara pelajar
          dengan guru mahupun pelajar dengan pelajar.

      •   Up Load Photo: Dengan ciri-ciri ini guru mahupun pelajar biasa memuatnaik
          (upload) gambar / gambar yang berkaitan dengan bahan-bahan pelajaran, kemudian
          gambar tersebut boleh di share dan dijadikan tema perbincangan dengan cadangan
          "komen"

      •   Mesej: Melalui perkhidmatan mesej, guru boleh memberikan tugas atau cadangan
          sumber yang boleh pelajar akses di internet.Pesan. Melalui layanan pesan, guru bisa
          memberikan tugas atau rekomen sumber yang pelajar boleh akses di internet.

      •   Chating: Dengan ada perkhidmatan chating di facebook, guru dan pelajar boleh
          memanfaatkannya untuk aktiviti soal jawab ataupun perbincangan pelajar dalam
          mengerjakan suatu tugas dari guru walaupun pelajar tersebut berada di tempat yang
          berbeza, sebaiknya bagi kelas maya yang real time.




4.4       Penggunaan facebook dalam P&P

‘Facebook” merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia. Pelanggan-
pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan remaja. Sangat sukar untuk menemui
remaja yang tidak mempunyai laman sosial sendiri. Pada masa kini, laman sosial seakan-
akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk berinteraksi
dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang terhadap
kepesatan dunia internet untuk mengubah cara mengajar dalam usaha mencapai tahap
pengajaran yang berkesan.

          Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi
berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik
darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya
pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam pengajaran
terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam pengajaran
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan        21


mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan, memuat
naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru perlu
memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial. Guru
perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah kepada
murid-murid.

       Untuk melakukan pengajaran melalui ‘facebook’, guru perlulah terlebih dahulu
mempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan,
guru perlu menambah pelajar-pelajarnya sebagai rakan. Seterusnya,barulah guru boleh
melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya, guru
boleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai tatapan
awal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi
gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini
mengukuhkan kefahaman pelajar.

       Dalam    pengajaran    guru   boleh   melakukan   aktiviti   pelbagai   aktiviti   seperti
menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di
dinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita
tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam
pengajaran guru. Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni
satu dunia pembelajaran yang baharu baginya.

       Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab oleh
pelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalan-soalan latihan
dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akan
berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat
jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing,
pastilah pelajar=pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik
untuk menjadi yang terbaik.

       Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik
setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas dengan
menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk
tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai
oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajar
tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan   22


membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja/jawapan pilihan yang bakal
dimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di “Facebook”.

       Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar,
video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik
video yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya.
Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman web
yang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan cara ini, guru
boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada di
dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkan apa
yang terdapat dalam laman tersebut.

       Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru
adalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru,
guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan
dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk
menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalangan
teman-teman sosial yang lain.




5.0    PENUTUP

       Kesimpulannya, dalam era internet sekarang, amat wajar guru mengaplikasikan
laman “facebook” dalam pengajaran. Cara ini dilihat lebih berkesan kerana pelajar banyak
menghabiskan masa di laman-laman sosial. Cara ini dapat membuatkan penggunaan laman
sosial lebih berfaedah dan membuatkan pelajar seronok dan termotivasi apabila belajar
dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

       Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan
suasana pengajaran lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak
interaksi dan peluang pengajaran.     Pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar
sewaktu   mereka     menemui    modul/nota     yang   paling   berguna.   Mereka    mungkin
mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan
sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan
kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik
mereka (PennState 2007).
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan     23




RUJUKAN

ICT     Pupuk      Kemahiran       Abad      ke-2     (2001)     (Atas       Talian).Diperoleh:
        http://pmr.penerangan.gov.my (12/11/2012).

Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan.
        Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh:
        http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf      (17 Disember 2012 ).

Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21
        (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (15/11/2012).

Teori   Pembelajaran    Dalam    Perlaksanaan   Pengajaran     (Atas   Talian   ).   Diperoleh:
        http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 ( 10 Disember 2012).

More Related Content

What's hot

Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016yulianusmendrofa
 
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajarTeori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajararuna227
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Unit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivismeUnit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivismeAminah Rahmat
 
Perbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikah
Perbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikahPerbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikah
Perbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikahAtikah Amran
 
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, danPerbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, danIka Pratiwi
 
Teori behaviorisme dan teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan  teori konstruktivismeTeori behaviorisme dan  teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan teori konstruktivismeAzura Zainal Abidin
 
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis KognitifTeori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis KognitifJen Kelana
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifzikriamri86
 

What's hot (20)

Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
 
Gagne
GagneGagne
Gagne
 
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajarTeori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
Teori belajar kognitif dan penerapannya dalam belajar
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Unit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivismeUnit 5 konstruktivisme
Unit 5 konstruktivisme
 
TEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISMETEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISME
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Perbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikah
Perbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikahPerbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikah
Perbezaan dan persamaan prinsip pembelajaran gagne dan ewell group tikah
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Kognitif
 
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, danPerbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
Perbedaan paradigma teori konstruktivistik, behavioristik, dan
 
Teori behaviorisme dan teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan  teori konstruktivismeTeori behaviorisme dan  teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan teori konstruktivisme
 
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis KognitifTeori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
 
Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitif
 
Prinsip
PrinsipPrinsip
Prinsip
 

Similar to TEKNOLOGI DAN INOVASI

Facebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanFacebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanRukizah Moong
 
teori pembelajaran fisika
teori pembelajaran fisikateori pembelajaran fisika
teori pembelajaran fisikaSulyatiSulyati
 
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxGrant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxLeli85
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifCikgu Zatiah
 
TOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxTOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxnarul456
 
PKP 1.pptx
PKP 1.pptxPKP 1.pptx
PKP 1.pptxyuzi9
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasanwindarti aja
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...Dadang DjokoKaryanto
 
Learning theory kognitif
Learning theory kognitifLearning theory kognitif
Learning theory kognitifJeny Hardiah
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...Dadang DjokoKaryanto
 
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfEDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfBM10621SitiAishahBah
 
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIFTEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIFkhairunnisa mulyana
 
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.pptHarveiHutahaean1
 
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptxCecanKuyy
 
Prinsip - prinsip Belajar
Prinsip - prinsip BelajarPrinsip - prinsip Belajar
Prinsip - prinsip BelajarMono Manullang
 
Teori Belajar Kelompok 6.pptx
Teori Belajar Kelompok 6.pptxTeori Belajar Kelompok 6.pptx
Teori Belajar Kelompok 6.pptxRizqi322491
 
Makalah 3
Makalah 3Makalah 3
Makalah 3ayu01
 

Similar to TEKNOLOGI DAN INOVASI (20)

Facebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanFacebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikan
 
teori pembelajaran fisika
teori pembelajaran fisikateori pembelajaran fisika
teori pembelajaran fisika
 
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxGrant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
 
Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4
 
TOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxTOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptx
 
PKP 1.pptx
PKP 1.pptxPKP 1.pptx
PKP 1.pptx
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasan
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
 
Learning theory kognitif
Learning theory kognitifLearning theory kognitif
Learning theory kognitif
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
 
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfEDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
 
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIFTEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
 
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
3. Teori-Belajar-dan-Motivasi.ppt
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
220120002_AZIZAH AULIA AMMAR_KOGNITIVISME.pptx
 
Prinsip - prinsip Belajar
Prinsip - prinsip BelajarPrinsip - prinsip Belajar
Prinsip - prinsip Belajar
 
Teori Belajar Kelompok 6.pptx
Teori Belajar Kelompok 6.pptxTeori Belajar Kelompok 6.pptx
Teori Belajar Kelompok 6.pptx
 
Makalah 3
Makalah 3Makalah 3
Makalah 3
 
Ujian semester strategi
Ujian semester strategiUjian semester strategi
Ujian semester strategi
 

More from Rukizah Moong

10 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k110 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k1Rukizah Moong
 
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdaganganRukizah Moong
 
Rph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bankRph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bankRukizah Moong
 

More from Rukizah Moong (6)

10 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k110 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k1
 
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
 
Rph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bankRph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bank
 
Latihan excel
Latihan excelLatihan excel
Latihan excel
 
Gambar
GambarGambar
Gambar
 
Latihan excel 2
Latihan excel 2Latihan excel 2
Latihan excel 2
 

TEKNOLOGI DAN INOVASI

  • 1. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 1 1.0 PENGENALAN Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi yang semakin canggih. Memandangkan kesan penggunaan facebook telah memberi satu fenomena dan memberikan impak yang besar kepada penggunanya, jadi banyak kajian telah dilakukan. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. (The Malaysiainsider, 2010). Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati ramai pelajar menggunakan facebook untuk tujuan sosial. Namun demikian, pada masa yang sama mereka juga menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam penulisan ini penulis cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21. 2.0 TEORI PEMBELAJARAN Teori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum pembelajaran yang dihasilkan melalui kajian saintifik. Kepentingan teori pembelajaran: 1) Menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku. 2) Asas pembentukan strategi pengajaran.
  • 2. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 2 TEORI BEHAVIORISME Teori pembelajaran behavioris adalah teori yang melihat perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan sebagai hasil daripada pengalaman manusia. Tumpuan teori ini ialah kepada bagaimana perlakuan baru diperolehi, bukannya kepada bagaimana pengetahuan baru dipelajari. Pelopor – pelopor bagi teori ini ialah Ivan Pavlov (1849-1936), Thorndike E. L. (1874-1949), Watson J. B. (1878-1958), Guthrie E. R. (1886-1959), Skinner, B.F. (1904-1990 dan John B. Watson. Jenis pembelajaran mengikut Teori Behaviorisme : 1. Pelaziman Klasik • Pembelajaran merupakan tindak balas manusia secara psikologi dan emosi tehadap persekitarannya. • Tindak balas dibentuk melalui proses pelaziman suatu rangsangan tidak terlazim dengan tindak balas tak terlazim menjadi rangsangan dan tindak balas terlazim. • Teori ini juga digunakan untuk menjelaskan pembelajaran emosi (Watson). 2. Pelaziman Operan: • Mengikut Thorndike pembelajaran berlaku melalui proses cuba jaya dalam membuat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas. • Menjelaskan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang terhasil daripada kesan tingkah laku. • Memperkenalkan tiga hukum pembelajaran: a) Hukum kesediaan: Pelajar perlu mempunyai persiapan dalam dirinya untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan. b) Hukum latihan: Ikatan rangsangan – gerak balas menjadi kukuh melalui latihan yang berulang-ulang. c) Hukum kesan: Kesan yang memuaskan menjadi motivasi untuk pelajar meneruskan tingkah laku yang dikehendaki dan mengukuhkannya. • Mengikut Skinner, pembelajaran berlaku secara pelaziman operan melalui penggunaan peneguhan. • Sesuatu perlakuan/ kemahiran yang hendak dipelajari perlu dibentuk secara berperingkat-peringkat menggunakan unsur peneguhan.
  • 3. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 3 BEHAVIORISME • Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. • Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran • atau hukuman. • Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang • boleh diukur atau diperhatikan. • Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid • dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya. Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid. Implikasi amalan ini ke atas pembelajaran : Pedagogi yang biasa diamalkan ialah kaedah pemusatan guru dan pelajar menerima maklumat secara pasif. Hasil pembelajaran yang dikehendaki mesti dinyatakan secara eksplisit.
  • 4. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 4 Pelajar perlu mempunyai kesediaan pembelajaran. Bagi memantapkan maklumat yang diterima pelajar perlu diberi latihan yang berulang dan menyediakan kesan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan. Peneguhan (reinforcemen) sama ada bersifat positif atau negatif digunakan bagi mengekalkan tingkah laku yang diingini atau menghapuskan tingkah laku yang tidak diperlukan. Pilih penggunaan peneguhan yang sesuai untuk mencapai hasrat yang dijangkakan. Pelajar perlu digalakkan membuat perbandingan bagi membolehkan pelajar membuat generalisasi dan diskriminasi. Perlunya guru memberikan maklum balas yang jelas dan informatif mengenai hasil kerja pelajar. Guru perlu membentuk tingkah laku pelajar yang dikehendaki. Guru perlu memberi “cues” kepada tingkah laku yang dikehendaki. TEORI KOGNITIVISME Setiap manusia mempunyai kebolehan kognitif – mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya. Oleh itu, aktiviti pembelajaran mestilah melibatkan aktiviti pemerolehan dan pengelolaan pengetahuan/pengalaman yang diperolehi. Pembelajaran adalah perubahan struktur mental seseorang yang membolehkannya menunjukkan perubahan dalam tingkah lakunya. Fokus teori ini mengenai pembelajaran adalah kepada perubahan dalaman proses mental yang digunakan oleh individu untuk memaknakan dunianya. Penjelasan tentang peranan mental dalam proses pembelajaran dibuat secara inferen. Golongan pelopor bagi teori ini adalah Gestalt Psychology, John Piaget, Cognitive Development Stages, Bruner, Jerome, Discovery Learning, Suchman, Richard, Inquiry Method, Ausubel, David dan Expository Teaching. Implikasi Terhadap Pengajaran: Uruskan pembelajaran secara bentuk (patterns), bukan bahagian-bahagian (parts). Berikan satu overview kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk berkenaan.
  • 5. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 5 Masalah yang mempunyai ciri, unsur dan struktur yang sama diselesaikan dengan kaedah yang sama. Tidak berminat dengan pengajaran secara langkah demi langkah, latih tubi, atau penerangan arbitrari oleh guru. Cara guru membantu pelajar memperolehi celik akal. Melatih pelajar melihat secara keseluruhan sebelum memahami secara terperinci. Menegaskan pembelajaran integratif. Melatih pelajar mengamati sesuatu secara jelas dan objektif. Merangsang pemikiran pelajar dalam proses pembelajaran. Menekankan hipotesis dalam pembelajaran – membantu pelajar menyelesaikan masalah mengikut tatacara yang betul. Menjelaskan pembelajaran yang hendak dicapai. KOGNITIVISME • Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. • Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai. Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai.
  • 6. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 6 TEORI KONSTRUKTIVISME Menurut Vygotsky, teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial. Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentuk idea orang lain. Mengikut Funderstanding Group (1998), konstruktivism; “.. Is a philosophy of learning founded in the premise that, by reflecting on our experiences, we construct our own understanding of the world we live in.” Ciri-ciri “constructivist learning environment”. • Menyediakan pembelajaran yang menggambarkan kerencaman dunia sebenar. • Menekankan pembinaan pengetahuan. • Menekankan tugasan yang autentik dalam konteks yang bermakna. • Menekankan pembelajaran yang berasaskan kes dan bukannya kepada bentuk pengajaran yang telah ditetapkan. • Menyediakan pelbagai bentuk realiti. • Menggalakkan pemikiran reflektif berdasarkan pengalaman. • Menyediakan peluang pembinaan pengetahuan baru berdasarkan konteks dan kandungan pelajaran. • Menyokong pembinaan pengetahuan secara kolaboratif. KONSTRUKTIVISME • Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif
  • 7. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 7 sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGI Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru menyediakan peluang-peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau (old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan. Menggunakan pemprosesan atas-bawah, dimana pelajar bermula dengan masalah atau tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untuk menyempurnakan tugasan berkenaan. 1. Pemprosesan Atas-Bawah • Mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Contohnya, menulis karangan dahulu sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca. Dalam proses ini, kemahiran asas secara beransur-ansur diterapkan menjadi kemahiran kompleks. 2. Pembelajaran Koperatif: • Berasaskan pendapat bahawa pelajar lebih mudah mempelajari dan memahami konsep yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk membincangkannya dengan orang lain. 3. Generative Learning • Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara mental maklumat-maklumat baru. 4. Pembelajaran Discovery:
  • 8. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 8 • Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dengan prinsip dan konsep. Guru pula menggalakkan pelajar untuk mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen yang akan membolehkan mereka menemui prinsip. 3.0 PENDIDIKAN ABAD KE-21 Globalisasi dalam pendidikan bermaksud merentas sempadan dan media dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebarang bentuk ilmu dan maklumat yang diperoleh tidak terhad di bangku sekolah sahaja tetapi boleh berlaku melalui internet. Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan atau GATS (General Agreement on Trade and Service:1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju bersetuju untuk menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang untuk pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan serta pengiktirafan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan di antara anggota-anggota. Berdasarkan kenyataan setiausaha Agung Universiti komanwel iaitu Profesor Micahel Gibbons, globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran berkualiti. Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian. Merujuk kepada pelaksanaan pendidikan di Finland yang merupakan tempat ketiga dunia dalam penilaian global, usaha Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan pendidikan vokasional telah mengambil sistem pendidikan Finland sebagai rujukan. Umumnya, sistem pendidikan vokasional di Finland bersifat disentralisasi. Pendekatan terhadap pendidikan umum juga berbeza yang mana hanya satu peperiksaan awam iaitu pada peringkat akhir menengah atas. Sistem pendidikannya juga tidak menetapkan saiz kelas kecuali untuk pelajar berkeperluan khas. Finnish National Board Of Education (FNBE) merupakan satu badan yang menentukan kerangka kurikulum yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Guru yang ditugaskan mengajar akan menentukan metodologi pengajaran dan bahan pengajaran yang akan digunakan. Ibu bapa boleh mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara online manakala pihak sekolah akan menyediakan pangkalan data yang lengkap tentang pelajar untuk disemak oleh ibu bapa. Kurikulum untuk pendidikan menengah atas disediakan untuk tiga tahun. Pendidikan vokasional peringkat menengah atas disediakan di kolej vokasional. Pendidikan vokasional di pandang tinggi dan diterima sebagai
  • 9. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 9 satu alternatif oleh rakyat Finland. Pendidikan di Finland juga tidak terlalu tertumpu pada peperiksaan tetapi lebih bersifat menjadikan pelajar mampu berfikir dan berdikari. Sistem pendidikan negara Finland turut memartabatkan guru dalam usaha melahirkan guru abad ke 21. Ramai dalam kalangan graduan cemerlang cenderung untuk memohon menjadi sehingga berlaku peningkatan dalam tempoh lima tahun terakhir ini. Beban mengajar guru di Finland adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti di Amerika Syarikat dan New Zealand. Guru-guru secara langsung dilatih untuk mengajar pelajar bagi membolehkan pelajar melepasi ujian dengan skor yang baik. Guru dan pelajar tidak didoktrinkan dengan ujian tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru-guru juga di latih agar menggunakan pendekatan yang lebih bercorak pembelajaran kreatif dan bersahaja. Ia bertujuan untuk merangsang perkembangan minda dan menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Usaha memartabatkan guru termasuklah memastikan kerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat. Sistem pendidikan di Jepun merupakan salah satu contoh pendidikan yang maju di Asia Tenggara. Kemajuan sistem pendidikan Jepun dapat dilihat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan lain-lain. Kesemua kemajuan ini sangat berkait rapar dengan kemajuan dalam pendidikan. Pendidikan di Jepun dibangunkan atas prinsip-prinsip seperti legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral, penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Tujuan pendidikan di Jepun adalah untuk membesarkan anak yang sihat fikiran dan badan serta penuh estetika sehingga melahirkan pelajar yang ideal iaitu pelajar yang selalu melatih diri sendiri, mematuhi peraturan, bersedia bekerja secara sukarela dan mempunyai dasar untuk berfikir secara internasional. Umumnya, kaedah pengajaran yang digunakan adalah kombinasi daripada penjelasan dan soal jawab dengan guru, perbincangan sesama pelajar dan penerokaan oleh pelajar dengan menggunakan alat pembelajaran. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Negara dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan agar kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
  • 10. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 10 Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor perindustrian dan perdagangan. Kurikulum abad ke 21 adalah relevan dan koheran dan dapat memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Perancangan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamil agar dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia abad 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan haruslah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum haruslah lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan pelbagai kemahiran iaitu kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain, kemahiran kepimpinan dan pengurusan. 3.1 KEMAHIRAN ABAD KE 21. Guru selaku penyampai maklumat kepada pelajar perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teknologi maklumat kerana sumber pengetahuan utama abad ke 21 berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu, Kesinambungan integrasi ICT bermula di peringkat universiti yang melatih bakal guru, kemudiannya guru ini pula akan mengajar generasi baru di sekolah. Dalam konteks pendidikan, perkembangan bidang teknologi maklumat dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Kemudahan seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
  • 11. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 11 Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan adalah salah satu pendekatan utama dalam pemupukan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat. Amatlah penting generasi baru menguasai kemahiran abad ke-21 ini supaya mereka boleh mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi. Malah lebih penting lagi ialah pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi inovasi dan kreativiti baru yang mengolah proses pembelajaran dalam suasana yang baru. Oleh itu, setiap pelajar perlu memiliki kemahiran dalam penggunaan komputer atau lebih dikenali sebagai celik komputer. Ini kerana, komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Menjelang abad ke 21, komputer menjadi alat standard di semua sekolah sama ada di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Pengisian kurikulum perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang menjurus ke arah pembelajaran koperatif iaitu kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan antara ahli kumpulan. Penekanan terhadap cara berfikir secara kritis dan reflektif iaitu setiap aktiviti kurikulum menjurus kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru. Selain itu, pengembangan kreativiti kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kemahiran Generik juga diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum generik bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa juga turut diberi penekanan. Arus
  • 12. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 12 globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa. 3.2 GURU ABAD KE 21. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan boleh berlangsung tanpa adanya guru. Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik. Dalam usaha melahirkan manusia yang berkualiti, para pendidik perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu agar generasi alaf baru yang kaya maklumat, kekuatan minda, memiliki nilai luhur, bersemangat jati diri, jaya diri, berdaya usahawan dan berketrampilan berjaya dilahirkan. Abad ke 21 akan membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Gelombang ini akan terus mewarnai dunia dengan pelbagai warna mengakibatkan berlakunya perubahan yang tidak dapat dijangka. Dalam konteks ini, guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Paling mustahak, guru mesti dapat mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. Guru juga seharusnya memainkan peranan sebagai pemimpin dan paling kurang sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Guru mesti berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua aspek termasuk intelek dan rohaninya. Guru perlu bersedia untuk menjadi seorang guru yang inovatif dan kreatif agar pelajar yang kreatif dan inovatif dapat di bentuk. Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik di kalangan pelajar. Sebagai seorang profesional, guru mesti memahami akan keperluan pelajarnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku penyelidik di bilik darjah agar dapat mengenal pasti pencapaian pelajar, menilai keberkesanan pengajaran, mengukur keberkesanan dan seterusnya berusaha memperbaiki segala kelemahan. Guru juga mesti mengamalkan sikap sebagai pelajar iaitu sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan memperbaharui ilmunya. Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu
  • 13. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 13 segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat. Secara ringkasnya, guru mesti menjadikan pembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya Guru yang berkualiti ialah guru yang bersifat profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tahu tentang teori dan amalannya, tahu tentang pengajaran dan pembelajaran, peka kepada perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Proses pendidikan yang berkualiti merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan dihayati oleh murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap pelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran kaunseling di samping memahami psikologi pembelajaran. Guru juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Antara ciri-ciri guru abad ke 21 ialah: • Mempunyai ciri beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas sebagai pendidik. • Berorientasikan maklumat iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru untuk dikongsikan. • Mempunyai wawasan iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi yang ingin di capai. • Berpandangan secara global yang melihat perspektif pendidikan bukan terhad dalam negeri tetapi secara global. • Sentiasa berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam pendidikan serta perubahan kurikulumnya. • Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan. • Mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan. • Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan. • Merebut peluang pendidikan terbuka iaitu mengamalkan budaya pendidikan sepanjang hayat. • Mampu mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan.
  • 14. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 14 Menjelang tahun 2012, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan dapat dilaksanakan. Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza dan menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus untuk guru, serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi bukannya tempoh perkhidmatan. Abad ke 21 akan terus membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Dalam konteks ini, guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Guru juga perlu dapat mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. 3.3 PELAJAR ABAD KE-21 Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi masih terdapat sesetengah sekolah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri pelajar abad ke-21 antaranya: • Berupaya menbuat hubung kait • Bijak menyoal • Yakin dalam berkomunikasi • Mengambil risiko • Dahagakan ilmu • Bersifat ingin tahu • Menjana idea • Fleksibel • Tidak mudah berputus asa • Mendengar dan membuat refleksi sendiri • Berani mencuba • Mampu berfikir sendiri • Mampu belajar dengan orang lain • Membuat perubahan
  • 15. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 15 • Berintegriti • Berkeperibadian tinggi Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, seseorang pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri tersebut. Hal ini kerana, melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu melahirkan generasi muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan modal insan yang sangat berguna terhadap negara Selain dari itu, pelajar pada abad ke-21 juga mestilah mengikut perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pembelajaran pelajar pada abad ke-21 patut memanfaatkan teknologi yang serba canggih ini untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Pelajar pada abad ke-21 sangat memerlukan pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira tetapi literasi abad ke-21 adalah melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat yang diperolehi. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat di kalangan pelajar abad ke-21. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi secara interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
  • 16. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 16 4.0 WEB 2.0 FACEBOOK 4.1 Apakah itu facebook Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi yang kian canggih. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia. Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun,iaitu "face book". 4.2 Kelebihan facebook Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai
  • 17. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 17 kempen facebooknya,(The Malaysiainsider, 2010).Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat" sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar. Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari pengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan" melainkan ditetapkan sebaliknya. Penggunaan facebook sebagai media pembelajaran sangat membantu guru dalam penyampaian bahan-bahan pelajaran yang cukup banyak, sehingga guru tidak lagi dibatasi oleh waktu yang terbatas kerana penggunaan media pembelajaran facebook, guru dan pelajar boleh melakukannya di luar waktu sekolah, dan juga dengan mengunakan media pembelajaran facebook pelajar menjadi lebih tertarik dan aktif dalam pembelajaran kerana pembelajaran dengan media pembelajaran facebook tidak lagi merujuk kepada guru sebagai pusat, akan tetapi pelajar sebagai pusat dan membina pengetahuannya sendiri dengan belajar mandiri melalui internet, di sini guru hanya sebagai fasilitator dan evaluator. Dengan media pembelajaran facebook pelajar dilatih belajar mandiri/tanggung jawab belajar, aktif, dan bekerja sama dalam menyelesaikan permasalahan, kolaboratif, membangunkan strategi belajar, juga melatih pelajar dalam penguasaan TMK dan melatih penggunaan bahasa Inggeris, pembelajaran yang meaningfull dan engaged learning.
  • 18. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 18 Kelebihan bagi para guru adalah dalam peringkat jejaringnya, contohnya seorang guru meng add / submit rakan guru lain atau menjadi fans dari Persatuan Guru-guru Semenanjung walaupun guru tersebut bearada di Sabah, akhirnya mereka dapat dengan mudah bertukar maklumat yang terkini. 4.3 Cara menggunakan facebook dalam pendidikan Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk: 1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang- kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus. 3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza. Cadangan idea dalam memanfaatkan Facebook untuk menyokong aktiviti pembelajaran. Caranya ialah: 1. Semua pelajar membuat akaun facebook. 2. Guru add semua pelajar di facebook dan memasukkannya satu group sesuai rombongan belajar. 3. Guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran melalui Nota / Notes. 4. Pelajar membaca bahan-bahan dari Nota guru. 5. Guru memberikan tugas melalui kotak mesej kepada semua pelajarnya sehingga boleh memberikan tugas berbeza individu. 6. Pelajar menjawab tugas dengan menghantar mesej ke gurunya. 7. Guru memberikan ruang perundingan melalui forum / group 8. Guru membentuk ruang perbincangan melalui kemudahan chat
  • 19. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 19 Facebook sebenarnya tetap mempunyai banyak manfaat. Sebagai bukti akan nilai positif Facebook ini, khususnya bagi dunia pendidikan, dapat dilihat iaitu akan kewujudan beberapa kemudahan dan ciri-ciri yang ada dalam Facebook. Justeru, bagaimana sebenarnya cara memanfaatkan facebook sebagai sarana pembelajaran / pendidikan ini dilakukan? Aktiviti melayari facebook dalam pendidikan adalah dengan cara menjalankan beberapa ciri-ciri aplikasi yang berikut : • Facebook Share: Ini merupakan ciri-ciri asas di facebook. Ciri-ciri ini pastinya juga boleh digunakan sebagai alat untuk membantu pembelajaran. Siapapun boleh berkongsi apapun (tulisan singkat, link, gambar, video dan sebagainya) ke semua rakan-rakannya. Dengan ciri-ciri ini guru dapat mencari laman-laman web atau gambar-gambar yang berkaitan dengan pembelajaran, kemudian di kongsi/share di facebook untuk seterusnya boleh diakses oleh pelajar, sehingga pelajar mempunyai panduan dalam mencari bahan-bahan pembelajaran di internet, dengan perkongsian ini juga guru boleh menugaskan pelajar untuk memberikan analisis, kritik atau komen terhadap fenomena sosial yang berada di dalam share / pautan tersebut. • Facebook Quiz : Pada masa ini, sudah banyak kuiz-kuiz yang terdapat di facebook. Kebanyakaan kuiz yang dibuat hanya untuk suka-suka. Ciri-ciri ini sejatinya boleh digunakan untuk melakukan quiz online. Guru boleh membuat kuiz dengan mudah kemudian mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk menjawab kuiz tersebut. Guru boleh menukar tugasan yang berbentuk soalan dengan membuat kuiz ini, di dalam kuiz ini guru juga boleh menetapkan skor yang diperoleh pelajar berdasarkan jawapan yang mereka berikan. • Facebook Note: Guru boleh memancing pelajar-pelajarnya saling berbincang mengenai topik tertentu. Guru hanya perlu membuat note di wall kemudian men tag ke seluruh pelajar-pelajarnya untuk memancing perbincangan. Dengan ini guru boleh menggalakkan murid-muridnya saling berbincang mengenai topik tertentu. • Facebook Apps: Dengan ciri-ciri ini hampir segalanya boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan membuat sebuah game edutainment pada platform facebook Apps ini. Salah satu contoh Facebook Apps game edutainment yang cukup terkenal dan banyak dimainkan adalah Geo Challenge. Sebuah aplikasi game untuk menguji pengetahuan geografi dari pemain-pemain.
  • 20. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 20 • Up Date Status: Melalui Up Date Status, guru boleh mengingatkan pelajar tentang bahan-bahan yang akan dipelajari dalam pertemuan seterusnya, memberi rangsangan, atau memberi jalan sebagai pokok perbincangan melalui "komen", sehingga pelajar terpancing untuk berbincang. • Forum: Ciri-ciri ini juga boleh dijadikan sebagai cara perbincangan antara pelajar dengan guru mahupun pelajar dengan pelajar. • Up Load Photo: Dengan ciri-ciri ini guru mahupun pelajar biasa memuatnaik (upload) gambar / gambar yang berkaitan dengan bahan-bahan pelajaran, kemudian gambar tersebut boleh di share dan dijadikan tema perbincangan dengan cadangan "komen" • Mesej: Melalui perkhidmatan mesej, guru boleh memberikan tugas atau cadangan sumber yang boleh pelajar akses di internet.Pesan. Melalui layanan pesan, guru bisa memberikan tugas atau rekomen sumber yang pelajar boleh akses di internet. • Chating: Dengan ada perkhidmatan chating di facebook, guru dan pelajar boleh memanfaatkannya untuk aktiviti soal jawab ataupun perbincangan pelajar dalam mengerjakan suatu tugas dari guru walaupun pelajar tersebut berada di tempat yang berbeza, sebaiknya bagi kelas maya yang real time. 4.4 Penggunaan facebook dalam P&P ‘Facebook” merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia. Pelanggan- pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan remaja. Sangat sukar untuk menemui remaja yang tidak mempunyai laman sosial sendiri. Pada masa kini, laman sosial seakan- akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah cara mengajar dalam usaha mencapai tahap pengajaran yang berkesan. Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam pengajaran terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam pengajaran
  • 21. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 21 mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan, memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial. Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah kepada murid-murid. Untuk melakukan pengajaran melalui ‘facebook’, guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan, guru perlu menambah pelajar-pelajarnya sebagai rakan. Seterusnya,barulah guru boleh melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya, guru boleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai tatapan awal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini mengukuhkan kefahaman pelajar. Dalam pengajaran guru boleh melakukan aktiviti pelbagai aktiviti seperti menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di dinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam pengajaran guru. Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni satu dunia pembelajaran yang baharu baginya. Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab oleh pelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalan-soalan latihan dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akan berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing, pastilah pelajar=pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik untuk menjadi yang terbaik. Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas dengan menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajar tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba
  • 22. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 22 membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja/jawapan pilihan yang bakal dimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di “Facebook”. Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar, video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik video yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya. Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman web yang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan cara ini, guru boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada di dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkan apa yang terdapat dalam laman tersebut. Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru, guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalangan teman-teman sosial yang lain. 5.0 PENUTUP Kesimpulannya, dalam era internet sekarang, amat wajar guru mengaplikasikan laman “facebook” dalam pengajaran. Cara ini dilihat lebih berkesan kerana pelajar banyak menghabiskan masa di laman-laman sosial. Cara ini dapat membuatkan penggunaan laman sosial lebih berfaedah dan membuatkan pelajar seronok dan termotivasi apabila belajar dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana pengajaran lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007).
  • 23. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 23 RUJUKAN ICT Pupuk Kemahiran Abad ke-2 (2001) (Atas Talian).Diperoleh: http://pmr.penerangan.gov.my (12/11/2012). Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh: http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf (17 Disember 2012 ). Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21 (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (15/11/2012). Teori Pembelajaran Dalam Perlaksanaan Pengajaran (Atas Talian ). Diperoleh: http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 ( 10 Disember 2012).