1. Adakah anda yakin?
• Adakah anda yakin kek yang di beli di luar
semuanya halal?
• Yakin dengan bahan yang di gunakan?
• Yakin dengan cara-cara pembuatannya?
• Adakah anda nampak siapakah pekerja di
sebalik tabir?
• Adakah anda tahu siapa pemilik perniagaan
tersebut?
2. Perkenalan
• Lemak dan natrium merupakan nutrien penting kepada tubuh manusia. Lemak
berfungsi sebagai sumber tenaga tubuh. Ianya penting kepada bayi dan kanak-
kanak di mana lemak membekalkan sembilan kalori tenaga per gram berbanding
dengan karbohidrat (4 kalori) (Sanders, 1994). Natrium pula berfungsi di dalam
keseimbangan cecair tubuh, tekanan osmotik, keseimbangan asid-bes serta aktiviti
elektrofisiologi otot dan sistem saraf (IFST, 1999).
•
• Di dalam pemprosesan makanan, natrium di dalam garam digunakan sebagai
bahan perasa dan pengawet makanan (IFST, 1999). Lemak pula digunakan sebagai
atribut rasa dan tekstur makanan (Pszczola, 2000). Penggunaan secara banyak
kedua-dua nutrien ini di dalam industri makanan telah menimbulkan kebimbangan
kepada pengguna terhadap kandungan nutrien di dalam makanan terproses ini.
Di Malaysia, pengguna lebih memahami keperluan pemakanan, cuba
memaksimumkan fungsi makanan untuk memperbaiki kesihatan serta
berkehendakkan makanan yang mudah dan cepat disediakan (Leong, 2000).
Pengguna kini lebih mementingkan produk makanan yang berkhasiat, rendah
kandungan lemak, gula dan garam, tinggi kandungan karbohidrat kompleks serta
fiber (Keuning, 1990).