4. Maksud Mimik Muka
• Pergerakan otot-otot muka dan membentuk satu
ekspresi.
• Lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang
diluahkan dalam bentuk mimik muka yang lebih
dikenali sebagai air muka.
• Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku
iaitu apa yang diperhatikan.
• Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang
akhirnya terus menjurus ke dalam proses
komunikasi.
5. • Komunikasi adalah dinamik iaitu terus
berlangsung dan selalu berubah-ubah.
• Komunikasi adalah interaktif antara sumber
dengan penerima dan ia adalah suatu
penghubung antara interaksi manusia dengan
manusia laninnya.
• Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan
sosial.
• Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan
kenyamanan tempat komunikasi berlaku.
6. • Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap
dengan orang yang berbeza bangsa, bahasa, agama,
tingkat pendidikan dan status sosial.
• Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan
mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam
pelbagai konteks seperti konteks pendidikan,
politik, teknologi dan lain-lain.
• Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-
masing mengenai apa yang betul atau salah.
• Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di
mana tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi.
7. • Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap perbezaan
budaya yang rendah, ini bermaksud dalam kalangan
masyarakat itu sendiri tidak mempunyai pelbagai
kebudayaan yang terlalu banyak serta sangat kurang
adat resamnya.
• Sebagai contoh,seorang pakar penasihat kepada Hicom
Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah
Hicom Sdn Bhd yang terdiri dari orang Malaysia, Orang
Jepun, Orang Kanada dan Orang UK.
• Jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang
terlibat diamalkan, segala komunikasi yang terjadi ini
akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat
yang maksimum.
• Jika air muka yang dilemparkan adalah positif dan
menyenangkan jadi segala urusan akan lancar tanpa
sebarang konflik.
8. • Jika diperhatikan,peranan air muka dalam konteks
kebudayaan amat berkait rapat dengan kepandaian kita
dalam menjaga air muka bagi menjaga keharmonian
sejagat.
• Walaupun hal ini kelihatan remeh namun air muka adalah
salah satu yang menyumbang terhadap keberkesanan
komunikasi yang berlaku.
• Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah laku yang
akhirnya akan “terbawa” ke dalam proses komunikasi
serta akan mempamerkan reaksi ketika kita berinteraksi
dan inilah yang dinamakan air muka.
• Jika kita melihat di Malaysia norma atau adat yang
dipegang sangat lembut dan santun ianya juga
mempengaruhi kita dalam mempamerkan air muka itu
sendiri secara tidak langsung
9. • Kebanyakan anak-anak yang terdidik dengan kesantunan ini
akan manis tersenyum dengan tetamu yang datang bertandang
kerumah keranan menjaga air muka ibu bapa.
• Budaya inilah yang menjadikan komunikasi silang budaya akan
lebih harmoni kerana terjaganya air muka
• Oleh itu interaksi yang berlaku juga akan lancar dan harmoni.
• Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang
yang tidak dikenali. Manakala, orang Malaysia hanya bertegur
dengan orang yang dikenali sahaja.
• Air muka (senyuman) yang dilemparkan juga hanya pada yang
dikenali sahaja menyebabkan jaringan budaya di Malaysia tidak
begitu meluas seperti di barat.
• Orang Asia lebih menjaga kedudukan hieraki, air muka orang
lain dan teguran
10. > Awang Sariyan(2007)
• =)sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara.
• Menurut Asmah Haji Omar (2000)
• =)kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah
penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa
tersinggung daripada pendengar
11. > Fishman J. Ferguson dan
Das Gupta (1968)
• =)pula menyatakan kesantunan itu berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh
penutur dan pendengar sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa
menimbulkan sebarang konflik
12. > Asmah Hj. Omar (2000),
• =)kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur
untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini
dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti
dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor
seperti kesedaran akan peranan masing-masing,
kerana tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan
keperluan mengawal perbincangan berdasarkan
tajuk atau air muka yang meliputi maruah dan
martabat
13. KESIMPULA
N• Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah
dibuat kesimpulan santun berbahasa bermaksud
kesopanan dan kehalusan bahasa yang
digunakan oleh seseorang ketika
berkomunikasi. Bahasa yang digunakan mestilah
digunakan penuh dengan adab, tertib dan
bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi
yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau
konflik.