Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya menjaga air muka dalam komunikasi antarbudaya. Mimik muka dan ekspresi wajah yang tepat dapat memfasilitasi komunikasi yang lancar dan harmonis antara berbagai budaya, seperti dalam rapat dewan direksi perusahaan multinasional. Budaya seseorang akan mempengaruhi cara mereka berkomunikasi dan berekspresi, sehingga pemahaman terhadap perbedaan budaya menjadi kunci keberhasilan interaksi ant
2. KEPENTINGAN PENJAGAAN MUKA
Lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk
mimik muka yang lebih dikenali sebagai air muka.
Keadaan dan situasi yang berlaku dalam kalangan persekitarannya
menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan.
Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang
diperhatikan.
Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya terus menjurus
ke dalam proses komunikasi.
3. Sebagai contoh,seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd
bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd yang terdiri
dari orang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK.
Jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat
diamalkan, segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara
toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum.
Jika air muka yang dilemparkan adalah positif dan menyenangkan jadi
segala urusan akan lancar tanpa sebarang konflik.
Jika diperhatikan,peranan air muka dalam konteks kebudayaan amat
berkait rapat dengan kepandaian kita dalam menjaga air muka bagi
menjaga keharmonian sejagat.
4. komunikasi berlaku apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita
akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan orang
tersebut juga akan membentuk tanggapannya terhadap kita.
Di sini air muka amat memainkan peranan penting selain daripada
penilaian pertama mereka terhadap penampilan diri kita.
Perlambangan orang yang sedang berinteraksi boleh jadi negatif atau
positif berdasarkan mimik muka atau air muka yang kita tonjolkan
5. Kita perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi
yang mungkin berlaku dalam interaksi sperti pola komunikasi,
adat resam, nilai dan sikap.
Pembelajaran bahasa tempatan dan cara mimik muka yang
betul terhadap situasi-situasi yang berbeza akan memudahkan
proses komunikasi.
6. Walaupun hal ini kelihatan remeh namun air muka adalah salah satu
yang menyumbang terhadap keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah laku yang akhirnya akan
“terbawa” ke dalam proses komunikasi serta akan mempamerkan reaksi
ketika kita berinteraksi dan inilah yang dinamakan air muka.
Jika kita melihat di Malaysia norma atau adat yang dipegang sangat
lembut dan santun ianya juga mempengaruhi kita dalam mempamerkan
air muka itu sendiri secara tidak langsung.
Kebanyakan anak-anak yang terdidik dengan kesantunan ini akan manis
tersenyum dengan tetamu yang datang bertandang ke rumah kerana
menjaga air muka ibu bapa
7. Budaya inilah yang menjadikan komunikasi silang budaya akan lebih harmoni kerana
terjaganya air muka
Oleh itu interaksi yang berlaku juga akan lancar dan harmoni.
Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali.
Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja.
Perbezaan cara teguran menggambarkan budaya antara mereka berbeza.
Air muka (senyuman) yang dilemparkan juga hanya pada yang dikenali sahaja
menyebabkan jaringan budaya di Malaysia tidak begitu meluas seperti di barat
8. Orang Asia lebih menjaga air muka orang lain dan teguran.
Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang.
Segala komunikasi yang berjalan adalah seiring dengan penjagaan
air muka bagi seseorang .
Jadi kepentingan air muka dalam berinteraksi adalah menentukan
proses penyampaian itu terjadi dengan lancar ataupun tidak.
9. Strategi tingkah laku terbahagi kepada akomodasi dan
divergen.
Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain sedang
bercakap dan cuba memahami apa yang disampaikan
olehnya.
10. Kita perlu perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang
berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah
faham, sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi serta memberi
masa kepada orang lain untuk menyampaikan mesej.
Divergen ialah individu yang akan cuba mengelakkan daripada
berinteraksi dengan orang yang lain, elak dari suasana yang
mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil berat terhadap
konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat
komunikasi.
11. Terdapat kesan yang besar bagi mereka yang berjaya menyampaikan
komunikasi dengan air muka yang sewajarnya.
Hal tersebut akan menggambarkan keseluruhan pencapaian matlamat
komunikasi itu, sama ada baik atau sebaliknya.
Malah dengan keputusan daripada itu juga menyebabkan sesuatu
pendamaian atau konflik akan wujud.