SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
1
ICETD2019
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Casuarina@Meru, Ipoh, Perak
23 – 25 July 2019
TAHAP KNOWLEDGE, ATTITUDE, SKILL & ASPIRATION (KASA) MURID
TERHADAP BINGKAI RUJUKAN PETA PEMIKIRAN I-THINK
Shamsazila binti Sa’aban
Institut Pendidikan Guru Malaysia
shamsazilasaaban@gmail.com
Abstrak
Penggunaan Bingkai Rujukan Peta Pemikiran i-THINK amat dititikberatkan dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) sejak program i-THINK diperkenalkan. Namun begitu, tahap pemahaman,
kemahiran, hasrat dan sikap murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan ini tidak diketahui. Justeru,
kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai: (i) tahap pengetahuan murid tentang Bingkai
Rujukan; (ii) tahap sikap murid terhadap Peta Pemikiran i-THINK; (iii) tahap kemahiran murid dalam
mengaplikasikan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran dan (iv) tahap aspirasi murid terhadap
penggunaan Bingkai Rujukan. Kajian dijalankan ke atas 651 orang murid yang telah menerima
pendedahan program i-THINK secara bersemuka. Analisis kajian ini menggunakan statistik
deskriptif seperti peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, dari
aspek pengetahuan walaupun 98.8% murid dapat menamakan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran,
namun hanya 17.7% murid dapat mengenal pasti kegunaan atau fungsi Bingkai Rujukan. Dapatan
juga menunjukkan, dari aspek kemahiran, 14.3% murid dapat mengaplikasikan Bingkai Rujukan
pada Peta Pemikiran. Namun begitu, tahap sikap positif murid tehadap Peta Pemikiran adalah tinggi
dan tahap aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan juga adalah tinggi. Dapatan ini
menyumbang maklumat kepada pihak berkepentingan untuk mengetahui outcome program i-THINK
dari segi penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran i-THINK. Oleh itu, tindakan sewajarnya
dapat dilakukan bagi mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.
Keywords: Bingkai Rujukan, Peta Pemikiran, i-THINK, KASA
PENDAHULUAN
Peta Pemikiran (Thinking Maps ®) merupakan set pengurusan grafik untuk memperkembangkan
kemahiran berfikir murid (Hyerle & Alper, 2011) iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda,
Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi. Peta Pemikiran adalah model
berpusatkan murid yang dihasilkan daripada lapan struktur grafik konsisten yang setiap satunya
berdasarkan lapan proses kognitif yang asas (Hyerle, 1996b, 1996a). Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah memperkenalkan Peta
Pemikiran pada tahun 2011 melalui sebuah program yang dinamakan program i-THINK. Program i-
THINK bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
ke arah menghasilkan murid berinovatif.
Peta Pemikiran yang diperkenalkan melalui program i-THINK berfungsi sebagai alat berfikir
yang diaplikasi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Pdp). Jika diaplikasi dengan betul, Peta
Pemikiran akan dapat meningkat kemahiran kognitif murid dan berupaya menggalakkan kemahiran
metakognitif melalui penggunaan Bingkai Rujukan (Frame of Raference) (Edwards, 2011; Weis,
2009).
Bingkai Rujukan yang dapat digunakan bersama Peta Pemikiran membolehkan murid untuk
berfikir tentang pemikiran mereka sendiri. Penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran
membantu pelajar berfikir dengan lebih mendalam kerana bingkai ini merupakan rangka fikiran
2
tentang apa yang difikirkan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012) berdasarkan pemikiran
berikut; (i) Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu?, (ii) Apa yang mempengaruhi maklumat dalam
Peta Pemikiran anda?, dan (iii) Mengapa maklumat itu penting?
Setelah beberapa tahun pelaksanaan program i-THINK di Malaysia, timbul persoalan tentang
bagaimana pelaksanaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran? Apakah tahap pengetahuan murid
terhadap Bingkai Rujukan? Apakah pula tahap kemahiran murid dalam mengaplikasikan Bingkai
Rujukan pada Peta Pemikiran? Selain itu, apakah harapan murid terhadap penggunaan Bingkai
Rujukan pada Peta Pemikiran? Oleh itu, terdapat keperluan untuk menjalankan kajian bagi mengenal
pasti pengetahuan dan tahap kemahiran murid terhadap Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran serta
aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan. Dapatan yang diperoleh menyumbang
maklumat kepada pihak berkepentingan untuk melihat sejauh mana pencapaian outcome program i-
THINK yang telah diperkenalkan dari aspek pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi murid
terhadap Bingkai Rujukan.
TINJAUAN LITERATUR
Bingkai Rujukan ini juga dikenali sebagai Bingkai Metakognitif. Menurut Flavell (1976),
metakognitif ditafsirkan sebagai pengetahuan dan kawalan seseorang ke atas aktiviti pemikiran dan
pembelajarannya. Metakognitif adalah hal yang membantu aktiviti pemikiran dalam proses
pembelajaran (Akin, Abaci & Cetin, 2007). Hal ini menjadikan Peta Pemikiran berbeza dengan alat
pengurusan grafik (graphic organizer) yang lain yang mana alat pengurusan grafik yang lain tidak
memberi keutamaan kepada kemahiran metakognitif.
Peta Pemikiran yang digunakan sebagai alat berfikir dalam pembelajaran jika digunakan secara
betul akan menggalakkan murid untuk berfikir secara keatif dan kritis (Yeager, 2017). Setiap Peta
Pemikiran menjawab satu atau dua soalan panduan umum. Contohnya, Peta Alir menjawab "Apakah
langkah-langkah dalam proses ini?” Manakala Peta Pelbagai Alir menjawab "Apakah punca dan
kesan sesuatu peristiwa?" Perkara ini cukup mudah untuk dipelajari. Bagaimanapun, Bingkai
Rujukan yang dilukis di sekililing peta mempunyai fungsi yang lebih kompleks. Hal ini kerana
menurut Yeager (2017), pemikiran reflektif yang terhasil daripada penggunaan Bingkai Rujukan yang
betul adalah satu kemahiran kritikal yang amat diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Oleh itu,
Peta Alir bukan sahaja dapat menjawab "Apakah langkah-langkah dalam proses ini?", malahan Peta
Alir yang dilukis Bingkai Rujukan di sekelilingnya dapat digunakan untuk menjawab mana-mana
yang berikut:
(i) Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu?
(ii) Apa yang mempengaruhi maklumat dalam Peta Pemikiran anda?
(iii) Mengapa maklumat itu penting?
Bingkai Rujukan amat disyorkan untuk digunakan pada semua lapan Peta Pemikiran. Hal ini
kerana menurut Hyerle & Yeager (2007), Bingkai Rujukan memberi peluang kepada murid untuk
berfikir tentang pemikiran mereka sendiri. Bingkai Rujukan adalah ‘Bingkai Metakognitif’ yang
dapat menggalakkan murid berfikir tentang apa yang telah difikirkan. Selain itu, bingkai ini
digunakan oleh murid untuk memikirkan kembali sumber rujukan bagi isi-isi yang telah
mempengaruhi pemikiran mereka (Hyerle & Yeager, 2007). Bingkai Rujukan atau Bingkai
Metakognitif dapat diperjelaskan fungsinya oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia (2012) sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
3
Rajah 1. Bingkai Metakognitif (Bingkai Rujukan)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012)
Model Targetting Outcomes Of Program (TOP)
Model Targeting Outcomes of Program (TOP) (Rockwell & Bennet, 2004) menyatakan
bahawa hampir mana-mana program boleh menyebabkan perubahan pada pengetahuan (knowledge),
sikap (attitude), kemahiran (skill) dan aspirasi (aspiration) atau lebih mudahnya disebut KASA.
KASA inilah yang menjadi asas kepada kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Menurut Model
TOP, pencapaian sesebuah program dapat dilihat apabila menjawab persoalan berikut;
i. Pengetahuan (Knowledge): Apa yang anda tahu?
ii. Sikap (Atitude): Bagaimana anda rasa?
iii. Kemahiran (Skill): Apa yang boleh anda lakukan?
iv. Aspirasi (Aspiration): Apa yang anda inginkan?
Dalam kajian ini, hasil (outcomes) daripada pelaksanaan program i-THINK akan dilihat dari segi
KASA murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran.
PERNYATAAN MASALAH
Chris Yeager (2017) yang merupakan Pengarah Perunding Thinking Maps, Inc di North Carolina
telah menyatakan kebimbangan bahawa guru-guru tidak diberi penekanan tentang penggunaan
Bingkai Rujukan semasa kursus dan latihan Peta Pemikiran diberikan. Hal ini kerana beliau
mendapati contoh-contoh Peta Pemikiran yang diberikan oleh kebanyakkan guru di laman web
Thinking Maps tidak dilukis Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran yang dihasilkan. Beliau mendapati
pemahaman guru terhadap fungsi Bingkai Rujukan masih tidak memuaskan.
Sekiranya situasi tersebut juga turut berlaku ke atas guru yang menerima pendedahan program i-
THINK secara bersemuka di negara kita, dibimbangi murid juga tidak diberi penekanan tentang
penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran. Perkara tersebut akan memberi implikasi kepada
tahap pengetahuan dan kemahiran murid terhadap Bingkai Rujukan (Hyerle & Alper, 2011). Malah
memberi implikasi terhadap keberhasilan dari segi sikap dan aspirasi murid (Rockwell & Bennett,
2004).
Walau bagaimanapun, belum pernah ada kajian sebelum ini yang dijalankan untuk menilai tahap
pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi murid berasaskan kepada Model TOP terhadap Bingkai
Rujukan. Dapatan yang diperoleh akan menjadi landasan kepada pihak berkepentingan untuk
membuat tindakan sewajarnya bagi menambah baik latihan berkenaan penggunaan Bingkai Rujukan
kepada murid khususnya.
4
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan gambaran tentang hasil pelaksanaan
program i-THINK dari segi pengetahuan (knowledge) murid terhadap Bingkai Rujukan, sikap
(attitude) murid terhadap Peta Pemikiran, kemahiran (skill) murid dalam mengaplikasikan Bingkai
Rujukan pada Peta Pemikiran yang dilukis dan aspirasi (aspiration) murid terhadap penggunaan
Bingkai Rujukan. Kajian ini secara terperincinya ingin menjawab empat persoalan kajian iaitu :
1. Apakah tahap pengetahuan (knowledge) murid tentang Bingkai Rujukan?
2. Apakah tahap sikap (attitude) murid terhadap Peta Pemikiran i-THINK?
3. Apakah tahap kemahiran (skill) murid dalam mengaplikasikan Bingkai Rujukan dalam Peta
Pemikiran?
4. Apakah tahap aspirasi (aspiration) murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan kaedah hirisan rentas atau cross sectional (Fah
& Hoon, 2015). Seramai 651 orang murid dari 34 buah sekolah di sebuah negeri yang menerima
kursus program i-THINK secara bersemuka telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden
yang dipilih juga hanyalah murid tahun 5 dan tingkatan 4 kelas hadapan. Profil responden murid
ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1. Profil Responden Murid
Latar Belakang Responden Frekuensi Peratusan(%)
Jantina
Lelaki 258 39.6
Perempuan 393 60.4
Jumlah 651 100
Tahun/Tingkatan
Tahun 5 349 53.6
Tingkatan 4 302 46.4
Jumlah 651 100
Tahun mula bersekolah
tahun 2012 349 53.6
tahun 2013 302 46.4
Jumlah 651 100
Jenis sekolah bersekolah
Sekolah Rendah 349 53.6
Sekolah Menengah 302 46.4
Jumlah 651 100
Ujian Levene bagi persamaan varians yang telah dijalankan mendapati bahawa varian bagi
kedua-dua kumpulan murid sekolah rendah dan murid sekolah menengah ini adalah sama. Jika varian
sama, maka dua kumpulan min ini iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah berada dalam populasi
yang sama (Pallant, 2013). Pemilihan murid tahun 5 dan tingkatan 4 dianggap sesuai kerana murid-
murid ini telah mengikuti program i-THINK sejak program ini diperkenalkan.
Instrumen Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat untuk memperoleh
maklumat. Jenis-jenis item yang termasuk dalam set soal selidik yang terlibat dalam kajian ini adalah
seperti Jadual 2.
5
Jadual 2. Konstruk dan Jenis Item
Konstruk Item Soal Selidik Jumlah item
Pengetahuan
(Knowledge)
 Aneka Pilihan
 Murid dikehendaki memilih/menandakan jawapan yang betul
2
Sikap (Attitude)  item skala persetujuan likert lima (5) mata
 Murid dikehendaki memilih sama ada mereka sangat tidak setuju,
tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju
16
Kemahiran (Skill)  Item Berbentuk Soalan Terbuka
 ruang besar disediakan untuk responden memberi jawapan
 Pemarkahan diberikan berdasarkan rubrik yang diadaptasi dari
laman sesawang thinkingfoundation.org
1
Aspirasi (Aspiration)  item skala persetujuan likert lima (5) mata
 Murid dikehendaki memilih sama ada mereka sangat tidak setuju,
tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju
3
Kesahan instrumen telah dilakukan oleh pengkaji melalui sekumpulan pakar rujuk (expert
judgement) (Ghazali & Sufean, 2016). Pengkaji merujuk sembilan orang yang pakar terdiri daripada
pakar program i-THINK, pakar metakognitif, pakar metadologi, pakar ilmu pendidikan dan pakar
bahasa. Segala komen dan teguran yang diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna
pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik yang digunakan.
Dalam kajian rintis, data-data yang telah dikumpulkan dan diukur tahap kebolehpercayaannya
menggunakan Ujian Statistik Cronbach Alpha. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha instrumen
kajian soal selidik set rintis murid menepati nilai minimum melebihi 0.60. Menurut Sekaran & Bougie
(2013), nilai Cronbach Alpha di antara 0.60 hingga 0.80 boleh diterima.
Data yang diperolehi di analisis menggunakan Statistic Packages for Social Science (SPSS)
versi 22.0. Analisis statistik deskriptif menggunakan petunjuk peratus dan kekerapan digunakan
untuk menjawab soalan kajian 1 dan 3 yang berdasarkan kepada skala pengukuran mengikut kategori
rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3.
Jadual 3. Skala Pengukuran Tahap Pencapaian
0 20% 40% 60% 80% 100%
Rendah
0.00-33.3%
Sederhana
33.4%-66.7%
Tinggi
66.8%-100.00%
Seterusnya bagi menghuraikan dan menjawab soalan 2 dan 4, pengkaji menggunakan statistik
deskriptif. menggunakan skor min dan sisihan piawai. Interpretasi skor min seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 4 digunakan untuk menentukan tahap persetujuan atau penilaian responden.
Jadual 4. Jadual Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67– 5.00 Tinggi
Sumber: Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian (Jamil, 2002)
Selanjutnya, bagi menganalisis data bagi soalan kajian 3, skor pencapaian ujian kemahiran murid
diberikan berdasarkan rubrik yang dinyatakan pada Jadual 5.
6
Jadual 5. Rubrik Ujian Kemahiran Peta Pemikiran i-THINK
Aras Peta Pemikiran Murid Mempunyai:
5
CEMERLANG
1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran
2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan
3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta Pemikiran yang
dilukis
4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta
5 Menjawab salah satu dari persoalan dalam bingkai rujukan iaitu;
a. Bagaimana saya tahu tentang apa yang saya tahu?
b. Apakah maklumat yang mempengaruhi Peta Pemikiran saya?
c. Mengapa maklumat dalam peta itu penting kepada saya?
4
BAIK
1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran
2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan
3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta Pemikiran yang
dilukis
4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta
3
MEMUASKAN
1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran
2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan
3 Maklumat yang ditulis kemas dan releven pada Peta Pemikiran yang dilukis
2
PERLU BIMBINGAN
1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran
Atau
Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan
2 Maklumat ditulis kemas
1
PERLU BIMBINGAN
DAN PERHATIAN
KHUSUS
1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran
Atau
Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan
Atau
Maklumat ditulis kemas
Sumber: Diadaptasi dan diubahsuai daripada McKinley Staff Development Committee (2008)
http://www.thinkingfoundation.org/research/case_studies/mckinley/pdf_yr2/mck_rubric_3-6.pdf
http://www.thinkingfoundation.org/research
DAPATAN KAJIAN
Tahap Pengetahuan Murid tentang Bingkai Rujukan
651 orang murid telah diberi soalan ujian pengetahuan seperti Rajah 2.
Rajah 2. Soalan Pengetahuan Bingkai Rujukan
7
Dapatan yang diperoleh adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 6.
Jadual 6. Peratus dan Bilangan Murid Menjawab Soalan Pengetahuan Tentang Bingkai Rujukan.
N Betul Salah
i.
Petak yang dilukis di luar Peta Bulatan seperti
yang ditunjukkan oleh anak panah pada rajah di
atas dinamakan sebagai____________
Jawapan: Bingkai Rujukan
651
98.8% 1.2%
643
Tinggi
8
Sangat Rendah
ii.
Antara yang berikut, yang manakah yang
BUKAN soalan yang sesuai ditanyakan dalam
ruangan a?
Jawapan: Bagaimanakah mendefinisikan idea ini?
651
17.7% 82.3%
115
Sangat Rendah
536
Sangat Tinggi
Nota: N=Bilangan responden murid
Berdasarkan Jadual 4, item (i) dijawab betul oleh murid seramai 643 orang dengan peratus
98.6%. Manakala seramai 8 orang murid (1.2%) menjawab salah. Dapatan menunjukkan bahawa
daripada 651 orang murid, seramai 643 (98.8%) orang murid menandakan jawapan yang betul. Ini
bermaksud bahawa bilangan dan peratus murid yang tahu bahawa bingkai yang dilukis di sekeliling
Peta Bulatan dinamakan sebagai Bingkai Rujukan adalah tinggi. Bilangan dan peratus murid
menandakan salah pada pilihan jawapan yang diberikan adalah rendah.
Berbeza pula bagi item (ii), seramai 536 orang murid (82.3%) memilih jawapan yang salah.
Manakala seramai hanya 115 orang murid (17.7%) memilih jawapan yang betul. Ini bermaksud
peratus dan bilangan murid yang tidak tahu soalan yang tidak sesuai ditanyakan dalam Bingkai
Rujukan adalah tinggi berbanding dengan murid yang tahu. Dengan kata lain, bilangan dan peratus
murid yang tidak tahu penggunaan atau fungsi Bingkai adalah tinggi.
Tahap Sikap Murid Terhadap Peta Pemikiran
Seramai 651 orang murid telah menjawab soal selidik skala likert 5 mata yang terdiri daripada
sangat tidak setuju, tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju untu menilai tahap sikap murid
terhadap Peta Pemikiran. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa tahap persetujuan
sikap positif mereka terhadap penggunaan Peta Pemikiran adalah tinggi seperti yang ditunjukkan
secara terperinci pada Jadual 7.
Jadual 7. Tahap Sikap Murid Terhadap Program i-THINK
Komponen Outcome Murid N Min SP Tahap
Sikap Murid
l Saya menggunakan Peta Pemikiran secara berkumpulan semasa
aktiviti pembelajaran menggunakan Peta Pemikiran i-THINK
651 4.22 0.90 Tinggi
b Peta Pemikiran membantu saya untuk memahami apa yang dipelajari 651 4.13 0.80 Tinggi
m Peta Pemikiran menggalakkan saya suka berkongsi idea dengan rakan 651 4.07 0.93 Tinggi
8
h Peta Pemikiran sesuai digunakan mengikut apa yang saya pelajari 651 4.04 0.85 Tinggi
d Peta Pemikiran mudah digunakan untuk membuat nota 651 3.99 0.94 Tinggi
g Peta Pemikiran mudah digunakan mengikut soalan yang guru
tanyakan
651 3.99 0.91 Tinggi
a Saya suka menggunakan Peta Pemikiran i-THINK 651 3.89 0.83 Tinggi
e Peta Pemikiran memudahkan saya berfikir untuk mendapatkan idea
yang ditulis
651 3.87 0.91 Tinggi
f Saya seronok belajar menggunakan Peta Pemikiran i-THINK 651 3.86 1.01 Tinggi
j Peta Pemikiran menggalakkan saya suka bertanya soalan kepada guru 651 3.81 1.02 Tinggi
n Peta Pemikiran digunakan hanya apabila guru arahkan 651 3.71 1.21 Tinggi
i Peta Pemikiran menggalakkan saya untuk suka bertanya soalan kepada
rakan
651 3.61 1.07 Sederhana
c Peta Pemikiran sesuai digunakan untuk semua matapelajaran 651 3.24 1.08 Sederhana
k Saya menggunakan Peta Pemikiran secara individu semasa aktiviti
pembelajaran menggunakan Peta Pemikiran i-THINK
651 3.18 1.18 Sederhana
o Peta Pemikiran mudah digunakan walaupun tanpa guru arahkan 651 3.12 1.21 Sederhana
p Peta Pemikiran sesuai digunakan untuk perkara lain selain tugasan
sekolah.
651 3.11 1.34 Sederhana
3.73 0.50 Tinggi
Nota: N=Bilangan responden murid
Berdasarkan Jadual 6, secara keseluruhannya, skor min purata tahap sikap murid bersamaan 3.73 dan
sisihan piawai adalah 0.50. Dapatan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap sikap
murid terhadap Peta Pemikiran adalah pada tahap yang tinggi.
Tahap Kemahiran Penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran
Bagi menilai tahap kemahiran murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan, 651 orang murid
telah diminta untuk menjawab soalan ujian kemahiran berbentuk soalan terbuka seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 3.
Rajah 3. Soalan Ujian Kemahiran
Murid yang mencapai aras baik mahir dalam membina Peta Pemikiran adalah apabila Peta yang
disediakan ada dilukis Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran. Manakala murid yang mencapai
aras cemerlang dalam membina Peta Pemikiran adalah apabila Peta Pemikiran yang dilukis ada
dilukis Bingkai Rujukan di sekelilingnya dan menjawab salah satu daripada tiga persoalann dalam
Bingkai Rujukan.
Jadual 8 menyatakan secara terperinci keputusan analisis tahap kemahiran murid bagi
penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran.
9
Jadual 8. Tahap Kemahiran Penggunaan Bingkai Rujukan oleh Murid pada Peta Pemikiran
Aras Peta Pemikiran Murid Mempunyai: Bil Murid
(N)
Peratus
5
CEMERLANG
1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran
93 14.3%
2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang
difikirkan
3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta
Pemikiran yang dilukis
4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta
5 Menjawab salah satu dari persoalan dalam bingkai rujukan iaitu;
a. Bagaimana saya tahu tentang apa yang saya tahu?
b. Apakah maklumat yang mempengaruhi Peta Pemikiran
saya?
c. Mengapa maklumat dalam peta itu penting kepada saya?
4
BAIK
1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran
53 8.1%
2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang
difikirkan
3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta
Pemikiran yang dilukis
4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta
Berdasarkan Jadual 8, dapatan menunjukkan hanya seramai 93 (14.3%) daripada 651 orang
murid mencapai aras cemerlang mahir dalam membina Peta Pemikiran. Ini menunjukkan bahawa
bilangan dan peratus murid yang telah melukis Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran dan
menjawab salah satu persoalan pada Bingkai Rujukan adalah rendah. Rajah 4 menunjukkan contoh
jawapan murid yang mencapai aras cemerlang membina Peta Pemikiran berdasarkan soalan yang
dikemukakan yang mana Peta Pemikiran yang dibina ada dilukis Bingkai Rujukan dan menjawab
salah satu daripada 3 persoalan dalam Bingkai Rujukan.
Rajah 4. Contoh Jawapan Murid yang Mencapai Aras Cemerlang
Berdasarkan Jadual 8 juga, dapatan menunjukkan hanya seramai 53 (8.1%) daripada 651 orang
murid mencapai aras baik dalam membina Peta Pemikiran. Ini menunjukkan bahawa bilangan dan
peratus murid yang telah melukis Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran juga adalah rendah.
Rajah 5 menunjukkan contoh jawapan murid yang mencapai aras baik membina Peta Pemikiran
berdasarkan soalan yang dikemukakan yang mana Peta Pemikiran yang dibina ada dilukis Bingkai
Rujukan dan menjawab salah satu daripada 3 persoalan dalam Bingkai Rujukan di sekelilingnya.
10
Rajah 5. Contoh Jawapan Murid yang Mencapai Aras Baik
Tahap Aspirasi Murid Terhadap Penggunaan Bingkai Rujukan
Seramai 651 orang murid telah menjawab soal selidik skala likert 5 mata yang terdiri daripada
sangat tidak setuju, tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju untuk menilai tahap aspirasi
murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran program i-THINK. Secara
keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa tahap persetujuan aspirasi murid terhadap
penggunaan Bingkai Rujukan Peta Pemikiran adalah tinggi seperti yang ditunjukkan secara terperinci
pada Jadual 8.
Jadual 8. Tahap Aspirasi Murid Terhadap Bingkai Rujukan
Item N Min SP Tahap
Penggunaan Bingkai Rujukan akan dapat;
a
meningkatkan kemampuan saya mengenal pasti sumber rujukan
maklumat yang ditulis
651 4.14 0.81 Tinggi
b
meningkatkan kemampuan saya mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi idea yang ditulis
651 4.09 0.79 Tinggi
c
meningkatkan kemampuan saya mengenal pasti kepentingan
maklumat yang ditulis
651 4.25 0.74 Tinggi
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Kajian yang telah dijalankan telah memberi gambaran tentang hasil pelaksanaan program i-
THINK dari segi pengetahuan (knowledge) murid terhadap Bingkai Rujukan, sikap (attitude) murid
terhadap Peta Pemikiran, kemahiran (skill) murid dalam menggunakan Bingkai Rujukan pada Peta
Pemikiran yang dilukis dan aspirasi (aspiration) murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan.
Kajian ini secara terperincinya telah menjawab empat persoalan kajian yang diterangkan diperingkat
awal.
Kajian mendapati sikap tahap sikap positif murid terhadap Peta Pemikiran adalah tinggi. Perkara
ini menggambarkan bahawa murid tiada masalah untuk menggunakan alat berfikir ini semasa Pdp.
Walau bagaimanapun, sikap positif murid terhadap Peta Pemikiran secara keseluruhannya tidak
menggambarkan bahawa murid benar-benar faham dan mahir tentang pengunaan Bingkai Rujukan
pada Peta Pemikiran. Hal ini dapat dibuktikan dengan dapatan yang diperoleh daripada kajian ini.
Walaupun bilangan dan peratus murid adalah tinggi dalam mengenal pasti nama Bingkai
11
Rujukan yang dilukis di sekeliling Peta Pemikiran, namun bilangan dan peratus murid yang tahu
fungsi Bingkai Rujukan adalah rendah. Selain itu, bilangan dan peratus murid yang melukis Bingkai
Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran yang dibina bagi menjawab soalan kemahiran juga adalah
rendah. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa walaupun guru-guru telah menerima pendedahan dan
latihan Peta Pemikiran melalui program i-THINK, namun pengetahuan dan kemahiran murid dalam
Bingkai Rujukan masih lagi lemah dan ramai yang memerlukan bimbingan serta perhatian khusus.
Pengkaji mengandaikan bahawa murid-murid tidak diberi penekanan tentang penggunaan Bingkai
Rujukan dan fungsinya semasa latihan Peta Pemikiran diberikan. Hal ini menyebabkan bilangan dan
peratus murid yang tahu dan mahir dengan penggunaan Peta Pemikiran i-THINK adalah rendah.
Maka langkah mengatasi masalah ini perlu dititik beratkan. Kursus pengukuhan Peta Pemikiran
kepada guru yang diadakan perlu menitikberatkan penggunaan Bingkai Rujukan. Pastikan guru
benar-benar memahami dan mahir menggunakan Bingkai Rujukan agar terlatih untuk melatih murid
memahami dan mahir menggunakan Bingkai Rujukan. Bukan itu sahaja, guru dan murid perlu tahu
manfaat dan kepentingan Bingkai Rujukan dalam meningkatkan kemahiran metakognitif mereka.
Bingkai Rujukan bukan sekadar petak luar peta yang dilukis secara kerap semasa Pdp tanpa tujuan,
tetapi Bingkai Rujukan dilukis kerana ada makna dan maksud yang memberi kesan dalam
meningkatkan kemahiran metakognitif murid.
Sungguhpun begitu, dapatan kajian mendapati bahawa tahap aspirasi murid terhadap penggunaan
Bingkai Rujukan adalah tinggi. Hal ini menggambarkan bahawa harapan murid adalah positif
terhadap penggunaan Bingkai Rujukan yang dapat meningkatkan kemahiran metakognitif mereka.
Dapatan ini menyokong saranan (Dougherty, 2014) bahawa penggunaan Bingkai Rujukan secara
signifikan akan meningkatkan kesan penggunaan Peta Pemikiran. Selain itu menurutnya juga
penggunaan Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran menyediakan ruang untuk murid
memperoleh sumber maklumat pada peta, menyediakan ruang untuk murid mengenal pasti
pandangan dan idea mereka yang unik serta dapat menjawab persoalan yang lebih mendalam.
Lantaran itu semua pihak sama ada guru, pentadbir, pasukan pemandu, PPD dan JPN perlu
tingkatkan usaha agar penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran diberi penekanan agar
manfaat dan kepentingannya dapat difahami dan dihayati. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran
murid dalam menggunakan dan mengaplikasikan Bingkai Rujukan bersama Peta Pemikiran dapat
ditingkatkan.
RUJUKAN
Akin, A., Abaci, R., &Çetin, B. (2007). The validity and reliability of the Turkish version of the
metacognitive awareness inventory. Educational Sciences: Theory & Practice, 7(2), pp. 671-
678.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Nota Kursus Membudayakan Kemahiran Berfikir oleh
Kestral Education United Kingdom (p. 70). p. 70. Retrieved from http://www.moe.gov.my/bpk
Dougherty, K. (2014). It’s All In How You Frame It. Retrieved April 5, 2019, from
https://www.thinkingmaps.com/its-all-in-how-you-frame-it/
Edwards, P. (2011). Utilizing Thinking Maps® to Promote Reading Comprehension and Motivation
to Read in Urban Elementary School Males (Oakland University).
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Fah, L. Y., & Hoon, K. C. (2015). Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan
Pendidikan (Edisi ke-4). Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Ahli Majlis Penerbitan Ilmih
Malaysia (MAPIM).
Flavell, J. H. (1976). Metacognitive aspects of problem solving. The nature of intelligence, 12, pp.
231-235.
Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2016). Metadologi Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hyerle, D. (1996a). Thinking maps: Seeing is understanding. Educational Leadership, 53, 85–89.
Hyerle, D. (1996b). Visual Tools For Constructing Knowledge. Innovative Sciences, Inc.
12
Hyerle, D., & Alper, L. (2011). Student Success With Thinking Maps® (2nd Editio). United States
of America: Corwin A SAGE Company.
Hyerle, D., & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. Thinking Maps,
Incorporated.
McKinley Action Research Team. (2008). Differentiation of Staff Development. Retrieved from
http://www.thinkingfoundation.org/connective-leadership
Pallant, J. (2013). SPSS A step by step guide to data analysis using IBM SPSS-Survival Manual (5th
editio). New York: Mc Graw Hill.
Rockwell, K., & Bennett, C. (2004). Targeting Outcomes of Programs : A Hierarchy for Targeting
Outcomes and Evaluating Their Achievement. University of Nebraska-Lincoln Faculty
Publications.
Sekaran, U., & Bougie, R. (2013). Research Methods for Business. In Research methods for
business (p. 436).
Weis, L. a. (2009). Effect of Thinking Maps on Student’s Higher Order Thinking Skills.
Yeager, C. (2017). The Importance of Frame of Reference. Retrieved April 1, 2019, from
https://www.thinkingmaps.com/the-importance-of-frame-of-reference/#comment-23792

More Related Content

What's hot

PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...
PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...
PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...Eow Yee Leng
 
Model Pendidikan Bagi Orang Dewasa
Model Pendidikan Bagi Orang DewasaModel Pendidikan Bagi Orang Dewasa
Model Pendidikan Bagi Orang DewasaRatihkumala4
 
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan Asep Supriatna
 
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011smklunas2011
 
Persentasi model model pemgembangan instruksional
Persentasi model model pemgembangan  instruksionalPersentasi model model pemgembangan  instruksional
Persentasi model model pemgembangan instruksionalSusilo Ilo
 
4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaran4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaranKary Adi
 
3. peta konsep
3. peta konsep3. peta konsep
3. peta konsepYus Rizal
 
Model-model Penelitian Pengembangan
Model-model Penelitian PengembanganModel-model Penelitian Pengembangan
Model-model Penelitian PengembanganYamanto Isa
 
7.vina serevina andry fitrian
7.vina serevina andry fitrian7.vina serevina andry fitrian
7.vina serevina andry fitrianvinaserevina
 
Merancang Evaluasi Formatif
Merancang Evaluasi FormatifMerancang Evaluasi Formatif
Merancang Evaluasi FormatifYamanto Isa
 
Borang Sarana Peer Coaching
Borang Sarana Peer CoachingBorang Sarana Peer Coaching
Borang Sarana Peer CoachingMokhzani Fadir
 
ppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistem
ppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistemppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistem
ppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistemNailul Hasibuan
 
Evaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi Organisasi
Evaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi OrganisasiEvaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi Organisasi
Evaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi OrganisasiKhalistaKhalyana
 
Model evaluasi kurikulum
Model evaluasi kurikulumModel evaluasi kurikulum
Model evaluasi kurikulumAnis Ilahi
 
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirMakalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirAmir Net
 
KONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELING
KONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELINGKONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELING
KONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELINGMuslikahfipunnes
 

What's hot (19)

PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...
PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...
PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM PdPc MATEMATIK TIN...
 
Model Pendidikan Bagi Orang Dewasa
Model Pendidikan Bagi Orang DewasaModel Pendidikan Bagi Orang Dewasa
Model Pendidikan Bagi Orang Dewasa
 
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
 
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011Slot 3   perancangan strategik 19 feb 2011
Slot 3 perancangan strategik 19 feb 2011
 
Persentasi model model pemgembangan instruksional
Persentasi model model pemgembangan  instruksionalPersentasi model model pemgembangan  instruksional
Persentasi model model pemgembangan instruksional
 
4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaran4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaran
 
3. peta konsep
3. peta konsep3. peta konsep
3. peta konsep
 
Model-model Penelitian Pengembangan
Model-model Penelitian PengembanganModel-model Penelitian Pengembangan
Model-model Penelitian Pengembangan
 
7.vina serevina andry fitrian
7.vina serevina andry fitrian7.vina serevina andry fitrian
7.vina serevina andry fitrian
 
Merancang Evaluasi Formatif
Merancang Evaluasi FormatifMerancang Evaluasi Formatif
Merancang Evaluasi Formatif
 
Borang Sarana Peer Coaching
Borang Sarana Peer CoachingBorang Sarana Peer Coaching
Borang Sarana Peer Coaching
 
Pelan taktikal
Pelan taktikalPelan taktikal
Pelan taktikal
 
ppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistem
ppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistemppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistem
ppt Desain pembelajaran sebagai suatu sistem
 
Evaluasi Diklat
Evaluasi DiklatEvaluasi Diklat
Evaluasi Diklat
 
Evaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi Organisasi
Evaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi OrganisasiEvaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi Organisasi
Evaluasi pelatihan, Kelompok 12 - Intervensi Organisasi
 
Resume evaluasi program bk
Resume evaluasi program bkResume evaluasi program bk
Resume evaluasi program bk
 
Model evaluasi kurikulum
Model evaluasi kurikulumModel evaluasi kurikulum
Model evaluasi kurikulum
 
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirMakalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
 
KONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELING
KONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELINGKONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELING
KONSEP DASAR EVALUASI BIMBINGAN DAN KONSELING
 

Similar to KASA BINGKAI RUJUKAN

Koneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdf
Koneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdfKoneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdf
Koneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdfEniNuraeni29
 
SEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptxSEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptxVannyAnreski
 
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Krystie Kriss
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...
Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...
Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...Mariaaprilinehega
 
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factorPengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factorNur Arifaizal Basri
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Nurul Atiyah
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Farah Waheeda
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbatIrma Gurlz
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajar1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajarAffan Dhafir
 

Similar to KASA BINGKAI RUJUKAN (20)

Jurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideqJurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideq
 
I think
I thinkI think
I think
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
I think1
I think1I think1
I think1
 
teacher
teacherteacher
teacher
 
Alat berfikir
Alat berfikirAlat berfikir
Alat berfikir
 
Koneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdf
Koneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdfKoneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdf
Koneksi Antar Materi Eni 1.3.pdf.pdf
 
SEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptxSEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptx
 
Analogi dalam Sains
Analogi dalam SainsAnalogi dalam Sains
Analogi dalam Sains
 
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...
Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...
Presentasi Bisnis Ungu Terang Merah Muda Terang Putih 3D Studi Kasus dan Lapo...
 
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factorPengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
 
Kbat present 1
Kbat present 1Kbat present 1
Kbat present 1
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajar1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajar
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (12)

Modul Latihan MInda (LATINDA)
Modul Latihan MInda (LATINDA)Modul Latihan MInda (LATINDA)
Modul Latihan MInda (LATINDA)
 
bakti disanjung budi dijunjung
bakti disanjung budi dijunjungbakti disanjung budi dijunjung
bakti disanjung budi dijunjung
 
Suara kekasih di tanah merdeka
Suara kekasih di tanah merdekaSuara kekasih di tanah merdeka
Suara kekasih di tanah merdeka
 
Teknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjah
Teknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjahTeknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjah
Teknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjah
 
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)
 
Math and thinking_maps_1
Math and thinking_maps_1Math and thinking_maps_1
Math and thinking_maps_1
 
Math with thinking maps
Math with thinking mapsMath with thinking maps
Math with thinking maps
 
Problem solving part 1
Problem solving part 1Problem solving part 1
Problem solving part 1
 
Bahagi pecahan
Bahagi pecahanBahagi pecahan
Bahagi pecahan
 
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS. CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 

KASA BINGKAI RUJUKAN

  • 1. 1 ICETD2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Casuarina@Meru, Ipoh, Perak 23 – 25 July 2019 TAHAP KNOWLEDGE, ATTITUDE, SKILL & ASPIRATION (KASA) MURID TERHADAP BINGKAI RUJUKAN PETA PEMIKIRAN I-THINK Shamsazila binti Sa’aban Institut Pendidikan Guru Malaysia shamsazilasaaban@gmail.com Abstrak Penggunaan Bingkai Rujukan Peta Pemikiran i-THINK amat dititikberatkan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sejak program i-THINK diperkenalkan. Namun begitu, tahap pemahaman, kemahiran, hasrat dan sikap murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan ini tidak diketahui. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai: (i) tahap pengetahuan murid tentang Bingkai Rujukan; (ii) tahap sikap murid terhadap Peta Pemikiran i-THINK; (iii) tahap kemahiran murid dalam mengaplikasikan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran dan (iv) tahap aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan. Kajian dijalankan ke atas 651 orang murid yang telah menerima pendedahan program i-THINK secara bersemuka. Analisis kajian ini menggunakan statistik deskriptif seperti peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, dari aspek pengetahuan walaupun 98.8% murid dapat menamakan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran, namun hanya 17.7% murid dapat mengenal pasti kegunaan atau fungsi Bingkai Rujukan. Dapatan juga menunjukkan, dari aspek kemahiran, 14.3% murid dapat mengaplikasikan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran. Namun begitu, tahap sikap positif murid tehadap Peta Pemikiran adalah tinggi dan tahap aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan juga adalah tinggi. Dapatan ini menyumbang maklumat kepada pihak berkepentingan untuk mengetahui outcome program i-THINK dari segi penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran i-THINK. Oleh itu, tindakan sewajarnya dapat dilakukan bagi mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Keywords: Bingkai Rujukan, Peta Pemikiran, i-THINK, KASA PENDAHULUAN Peta Pemikiran (Thinking Maps ®) merupakan set pengurusan grafik untuk memperkembangkan kemahiran berfikir murid (Hyerle & Alper, 2011) iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi. Peta Pemikiran adalah model berpusatkan murid yang dihasilkan daripada lapan struktur grafik konsisten yang setiap satunya berdasarkan lapan proses kognitif yang asas (Hyerle, 1996b, 1996a). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah memperkenalkan Peta Pemikiran pada tahun 2011 melalui sebuah program yang dinamakan program i-THINK. Program i- THINK bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Peta Pemikiran yang diperkenalkan melalui program i-THINK berfungsi sebagai alat berfikir yang diaplikasi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Pdp). Jika diaplikasi dengan betul, Peta Pemikiran akan dapat meningkat kemahiran kognitif murid dan berupaya menggalakkan kemahiran metakognitif melalui penggunaan Bingkai Rujukan (Frame of Raference) (Edwards, 2011; Weis, 2009). Bingkai Rujukan yang dapat digunakan bersama Peta Pemikiran membolehkan murid untuk berfikir tentang pemikiran mereka sendiri. Penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran membantu pelajar berfikir dengan lebih mendalam kerana bingkai ini merupakan rangka fikiran
  • 2. 2 tentang apa yang difikirkan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012) berdasarkan pemikiran berikut; (i) Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu?, (ii) Apa yang mempengaruhi maklumat dalam Peta Pemikiran anda?, dan (iii) Mengapa maklumat itu penting? Setelah beberapa tahun pelaksanaan program i-THINK di Malaysia, timbul persoalan tentang bagaimana pelaksanaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran? Apakah tahap pengetahuan murid terhadap Bingkai Rujukan? Apakah pula tahap kemahiran murid dalam mengaplikasikan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran? Selain itu, apakah harapan murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran? Oleh itu, terdapat keperluan untuk menjalankan kajian bagi mengenal pasti pengetahuan dan tahap kemahiran murid terhadap Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran serta aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan. Dapatan yang diperoleh menyumbang maklumat kepada pihak berkepentingan untuk melihat sejauh mana pencapaian outcome program i- THINK yang telah diperkenalkan dari aspek pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi murid terhadap Bingkai Rujukan. TINJAUAN LITERATUR Bingkai Rujukan ini juga dikenali sebagai Bingkai Metakognitif. Menurut Flavell (1976), metakognitif ditafsirkan sebagai pengetahuan dan kawalan seseorang ke atas aktiviti pemikiran dan pembelajarannya. Metakognitif adalah hal yang membantu aktiviti pemikiran dalam proses pembelajaran (Akin, Abaci & Cetin, 2007). Hal ini menjadikan Peta Pemikiran berbeza dengan alat pengurusan grafik (graphic organizer) yang lain yang mana alat pengurusan grafik yang lain tidak memberi keutamaan kepada kemahiran metakognitif. Peta Pemikiran yang digunakan sebagai alat berfikir dalam pembelajaran jika digunakan secara betul akan menggalakkan murid untuk berfikir secara keatif dan kritis (Yeager, 2017). Setiap Peta Pemikiran menjawab satu atau dua soalan panduan umum. Contohnya, Peta Alir menjawab "Apakah langkah-langkah dalam proses ini?” Manakala Peta Pelbagai Alir menjawab "Apakah punca dan kesan sesuatu peristiwa?" Perkara ini cukup mudah untuk dipelajari. Bagaimanapun, Bingkai Rujukan yang dilukis di sekililing peta mempunyai fungsi yang lebih kompleks. Hal ini kerana menurut Yeager (2017), pemikiran reflektif yang terhasil daripada penggunaan Bingkai Rujukan yang betul adalah satu kemahiran kritikal yang amat diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, Peta Alir bukan sahaja dapat menjawab "Apakah langkah-langkah dalam proses ini?", malahan Peta Alir yang dilukis Bingkai Rujukan di sekelilingnya dapat digunakan untuk menjawab mana-mana yang berikut: (i) Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu? (ii) Apa yang mempengaruhi maklumat dalam Peta Pemikiran anda? (iii) Mengapa maklumat itu penting? Bingkai Rujukan amat disyorkan untuk digunakan pada semua lapan Peta Pemikiran. Hal ini kerana menurut Hyerle & Yeager (2007), Bingkai Rujukan memberi peluang kepada murid untuk berfikir tentang pemikiran mereka sendiri. Bingkai Rujukan adalah ‘Bingkai Metakognitif’ yang dapat menggalakkan murid berfikir tentang apa yang telah difikirkan. Selain itu, bingkai ini digunakan oleh murid untuk memikirkan kembali sumber rujukan bagi isi-isi yang telah mempengaruhi pemikiran mereka (Hyerle & Yeager, 2007). Bingkai Rujukan atau Bingkai Metakognitif dapat diperjelaskan fungsinya oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
  • 3. 3 Rajah 1. Bingkai Metakognitif (Bingkai Rujukan) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012) Model Targetting Outcomes Of Program (TOP) Model Targeting Outcomes of Program (TOP) (Rockwell & Bennet, 2004) menyatakan bahawa hampir mana-mana program boleh menyebabkan perubahan pada pengetahuan (knowledge), sikap (attitude), kemahiran (skill) dan aspirasi (aspiration) atau lebih mudahnya disebut KASA. KASA inilah yang menjadi asas kepada kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Menurut Model TOP, pencapaian sesebuah program dapat dilihat apabila menjawab persoalan berikut; i. Pengetahuan (Knowledge): Apa yang anda tahu? ii. Sikap (Atitude): Bagaimana anda rasa? iii. Kemahiran (Skill): Apa yang boleh anda lakukan? iv. Aspirasi (Aspiration): Apa yang anda inginkan? Dalam kajian ini, hasil (outcomes) daripada pelaksanaan program i-THINK akan dilihat dari segi KASA murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran. PERNYATAAN MASALAH Chris Yeager (2017) yang merupakan Pengarah Perunding Thinking Maps, Inc di North Carolina telah menyatakan kebimbangan bahawa guru-guru tidak diberi penekanan tentang penggunaan Bingkai Rujukan semasa kursus dan latihan Peta Pemikiran diberikan. Hal ini kerana beliau mendapati contoh-contoh Peta Pemikiran yang diberikan oleh kebanyakkan guru di laman web Thinking Maps tidak dilukis Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran yang dihasilkan. Beliau mendapati pemahaman guru terhadap fungsi Bingkai Rujukan masih tidak memuaskan. Sekiranya situasi tersebut juga turut berlaku ke atas guru yang menerima pendedahan program i- THINK secara bersemuka di negara kita, dibimbangi murid juga tidak diberi penekanan tentang penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran. Perkara tersebut akan memberi implikasi kepada tahap pengetahuan dan kemahiran murid terhadap Bingkai Rujukan (Hyerle & Alper, 2011). Malah memberi implikasi terhadap keberhasilan dari segi sikap dan aspirasi murid (Rockwell & Bennett, 2004). Walau bagaimanapun, belum pernah ada kajian sebelum ini yang dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi murid berasaskan kepada Model TOP terhadap Bingkai Rujukan. Dapatan yang diperoleh akan menjadi landasan kepada pihak berkepentingan untuk membuat tindakan sewajarnya bagi menambah baik latihan berkenaan penggunaan Bingkai Rujukan kepada murid khususnya.
  • 4. 4 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan gambaran tentang hasil pelaksanaan program i-THINK dari segi pengetahuan (knowledge) murid terhadap Bingkai Rujukan, sikap (attitude) murid terhadap Peta Pemikiran, kemahiran (skill) murid dalam mengaplikasikan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran yang dilukis dan aspirasi (aspiration) murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan. Kajian ini secara terperincinya ingin menjawab empat persoalan kajian iaitu : 1. Apakah tahap pengetahuan (knowledge) murid tentang Bingkai Rujukan? 2. Apakah tahap sikap (attitude) murid terhadap Peta Pemikiran i-THINK? 3. Apakah tahap kemahiran (skill) murid dalam mengaplikasikan Bingkai Rujukan dalam Peta Pemikiran? 4. Apakah tahap aspirasi (aspiration) murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan kaedah hirisan rentas atau cross sectional (Fah & Hoon, 2015). Seramai 651 orang murid dari 34 buah sekolah di sebuah negeri yang menerima kursus program i-THINK secara bersemuka telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden yang dipilih juga hanyalah murid tahun 5 dan tingkatan 4 kelas hadapan. Profil responden murid ditunjukkan pada Jadual 1. Jadual 1. Profil Responden Murid Latar Belakang Responden Frekuensi Peratusan(%) Jantina Lelaki 258 39.6 Perempuan 393 60.4 Jumlah 651 100 Tahun/Tingkatan Tahun 5 349 53.6 Tingkatan 4 302 46.4 Jumlah 651 100 Tahun mula bersekolah tahun 2012 349 53.6 tahun 2013 302 46.4 Jumlah 651 100 Jenis sekolah bersekolah Sekolah Rendah 349 53.6 Sekolah Menengah 302 46.4 Jumlah 651 100 Ujian Levene bagi persamaan varians yang telah dijalankan mendapati bahawa varian bagi kedua-dua kumpulan murid sekolah rendah dan murid sekolah menengah ini adalah sama. Jika varian sama, maka dua kumpulan min ini iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah berada dalam populasi yang sama (Pallant, 2013). Pemilihan murid tahun 5 dan tingkatan 4 dianggap sesuai kerana murid- murid ini telah mengikuti program i-THINK sejak program ini diperkenalkan. Instrumen Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat untuk memperoleh maklumat. Jenis-jenis item yang termasuk dalam set soal selidik yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti Jadual 2.
  • 5. 5 Jadual 2. Konstruk dan Jenis Item Konstruk Item Soal Selidik Jumlah item Pengetahuan (Knowledge)  Aneka Pilihan  Murid dikehendaki memilih/menandakan jawapan yang betul 2 Sikap (Attitude)  item skala persetujuan likert lima (5) mata  Murid dikehendaki memilih sama ada mereka sangat tidak setuju, tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju 16 Kemahiran (Skill)  Item Berbentuk Soalan Terbuka  ruang besar disediakan untuk responden memberi jawapan  Pemarkahan diberikan berdasarkan rubrik yang diadaptasi dari laman sesawang thinkingfoundation.org 1 Aspirasi (Aspiration)  item skala persetujuan likert lima (5) mata  Murid dikehendaki memilih sama ada mereka sangat tidak setuju, tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju 3 Kesahan instrumen telah dilakukan oleh pengkaji melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgement) (Ghazali & Sufean, 2016). Pengkaji merujuk sembilan orang yang pakar terdiri daripada pakar program i-THINK, pakar metakognitif, pakar metadologi, pakar ilmu pendidikan dan pakar bahasa. Segala komen dan teguran yang diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik yang digunakan. Dalam kajian rintis, data-data yang telah dikumpulkan dan diukur tahap kebolehpercayaannya menggunakan Ujian Statistik Cronbach Alpha. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha instrumen kajian soal selidik set rintis murid menepati nilai minimum melebihi 0.60. Menurut Sekaran & Bougie (2013), nilai Cronbach Alpha di antara 0.60 hingga 0.80 boleh diterima. Data yang diperolehi di analisis menggunakan Statistic Packages for Social Science (SPSS) versi 22.0. Analisis statistik deskriptif menggunakan petunjuk peratus dan kekerapan digunakan untuk menjawab soalan kajian 1 dan 3 yang berdasarkan kepada skala pengukuran mengikut kategori rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3. Jadual 3. Skala Pengukuran Tahap Pencapaian 0 20% 40% 60% 80% 100% Rendah 0.00-33.3% Sederhana 33.4%-66.7% Tinggi 66.8%-100.00% Seterusnya bagi menghuraikan dan menjawab soalan 2 dan 4, pengkaji menggunakan statistik deskriptif. menggunakan skor min dan sisihan piawai. Interpretasi skor min seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4 digunakan untuk menentukan tahap persetujuan atau penilaian responden. Jadual 4. Jadual Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.66 Sederhana 3.67– 5.00 Tinggi Sumber: Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian (Jamil, 2002) Selanjutnya, bagi menganalisis data bagi soalan kajian 3, skor pencapaian ujian kemahiran murid diberikan berdasarkan rubrik yang dinyatakan pada Jadual 5.
  • 6. 6 Jadual 5. Rubrik Ujian Kemahiran Peta Pemikiran i-THINK Aras Peta Pemikiran Murid Mempunyai: 5 CEMERLANG 1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran 2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan 3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta Pemikiran yang dilukis 4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta 5 Menjawab salah satu dari persoalan dalam bingkai rujukan iaitu; a. Bagaimana saya tahu tentang apa yang saya tahu? b. Apakah maklumat yang mempengaruhi Peta Pemikiran saya? c. Mengapa maklumat dalam peta itu penting kepada saya? 4 BAIK 1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran 2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan 3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta Pemikiran yang dilukis 4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta 3 MEMUASKAN 1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran 2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan 3 Maklumat yang ditulis kemas dan releven pada Peta Pemikiran yang dilukis 2 PERLU BIMBINGAN 1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran Atau Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan 2 Maklumat ditulis kemas 1 PERLU BIMBINGAN DAN PERHATIAN KHUSUS 1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran Atau Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan Atau Maklumat ditulis kemas Sumber: Diadaptasi dan diubahsuai daripada McKinley Staff Development Committee (2008) http://www.thinkingfoundation.org/research/case_studies/mckinley/pdf_yr2/mck_rubric_3-6.pdf http://www.thinkingfoundation.org/research DAPATAN KAJIAN Tahap Pengetahuan Murid tentang Bingkai Rujukan 651 orang murid telah diberi soalan ujian pengetahuan seperti Rajah 2. Rajah 2. Soalan Pengetahuan Bingkai Rujukan
  • 7. 7 Dapatan yang diperoleh adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 6. Jadual 6. Peratus dan Bilangan Murid Menjawab Soalan Pengetahuan Tentang Bingkai Rujukan. N Betul Salah i. Petak yang dilukis di luar Peta Bulatan seperti yang ditunjukkan oleh anak panah pada rajah di atas dinamakan sebagai____________ Jawapan: Bingkai Rujukan 651 98.8% 1.2% 643 Tinggi 8 Sangat Rendah ii. Antara yang berikut, yang manakah yang BUKAN soalan yang sesuai ditanyakan dalam ruangan a? Jawapan: Bagaimanakah mendefinisikan idea ini? 651 17.7% 82.3% 115 Sangat Rendah 536 Sangat Tinggi Nota: N=Bilangan responden murid Berdasarkan Jadual 4, item (i) dijawab betul oleh murid seramai 643 orang dengan peratus 98.6%. Manakala seramai 8 orang murid (1.2%) menjawab salah. Dapatan menunjukkan bahawa daripada 651 orang murid, seramai 643 (98.8%) orang murid menandakan jawapan yang betul. Ini bermaksud bahawa bilangan dan peratus murid yang tahu bahawa bingkai yang dilukis di sekeliling Peta Bulatan dinamakan sebagai Bingkai Rujukan adalah tinggi. Bilangan dan peratus murid menandakan salah pada pilihan jawapan yang diberikan adalah rendah. Berbeza pula bagi item (ii), seramai 536 orang murid (82.3%) memilih jawapan yang salah. Manakala seramai hanya 115 orang murid (17.7%) memilih jawapan yang betul. Ini bermaksud peratus dan bilangan murid yang tidak tahu soalan yang tidak sesuai ditanyakan dalam Bingkai Rujukan adalah tinggi berbanding dengan murid yang tahu. Dengan kata lain, bilangan dan peratus murid yang tidak tahu penggunaan atau fungsi Bingkai adalah tinggi. Tahap Sikap Murid Terhadap Peta Pemikiran Seramai 651 orang murid telah menjawab soal selidik skala likert 5 mata yang terdiri daripada sangat tidak setuju, tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju untu menilai tahap sikap murid terhadap Peta Pemikiran. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa tahap persetujuan sikap positif mereka terhadap penggunaan Peta Pemikiran adalah tinggi seperti yang ditunjukkan secara terperinci pada Jadual 7. Jadual 7. Tahap Sikap Murid Terhadap Program i-THINK Komponen Outcome Murid N Min SP Tahap Sikap Murid l Saya menggunakan Peta Pemikiran secara berkumpulan semasa aktiviti pembelajaran menggunakan Peta Pemikiran i-THINK 651 4.22 0.90 Tinggi b Peta Pemikiran membantu saya untuk memahami apa yang dipelajari 651 4.13 0.80 Tinggi m Peta Pemikiran menggalakkan saya suka berkongsi idea dengan rakan 651 4.07 0.93 Tinggi
  • 8. 8 h Peta Pemikiran sesuai digunakan mengikut apa yang saya pelajari 651 4.04 0.85 Tinggi d Peta Pemikiran mudah digunakan untuk membuat nota 651 3.99 0.94 Tinggi g Peta Pemikiran mudah digunakan mengikut soalan yang guru tanyakan 651 3.99 0.91 Tinggi a Saya suka menggunakan Peta Pemikiran i-THINK 651 3.89 0.83 Tinggi e Peta Pemikiran memudahkan saya berfikir untuk mendapatkan idea yang ditulis 651 3.87 0.91 Tinggi f Saya seronok belajar menggunakan Peta Pemikiran i-THINK 651 3.86 1.01 Tinggi j Peta Pemikiran menggalakkan saya suka bertanya soalan kepada guru 651 3.81 1.02 Tinggi n Peta Pemikiran digunakan hanya apabila guru arahkan 651 3.71 1.21 Tinggi i Peta Pemikiran menggalakkan saya untuk suka bertanya soalan kepada rakan 651 3.61 1.07 Sederhana c Peta Pemikiran sesuai digunakan untuk semua matapelajaran 651 3.24 1.08 Sederhana k Saya menggunakan Peta Pemikiran secara individu semasa aktiviti pembelajaran menggunakan Peta Pemikiran i-THINK 651 3.18 1.18 Sederhana o Peta Pemikiran mudah digunakan walaupun tanpa guru arahkan 651 3.12 1.21 Sederhana p Peta Pemikiran sesuai digunakan untuk perkara lain selain tugasan sekolah. 651 3.11 1.34 Sederhana 3.73 0.50 Tinggi Nota: N=Bilangan responden murid Berdasarkan Jadual 6, secara keseluruhannya, skor min purata tahap sikap murid bersamaan 3.73 dan sisihan piawai adalah 0.50. Dapatan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap sikap murid terhadap Peta Pemikiran adalah pada tahap yang tinggi. Tahap Kemahiran Penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran Bagi menilai tahap kemahiran murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan, 651 orang murid telah diminta untuk menjawab soalan ujian kemahiran berbentuk soalan terbuka seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3. Rajah 3. Soalan Ujian Kemahiran Murid yang mencapai aras baik mahir dalam membina Peta Pemikiran adalah apabila Peta yang disediakan ada dilukis Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran. Manakala murid yang mencapai aras cemerlang dalam membina Peta Pemikiran adalah apabila Peta Pemikiran yang dilukis ada dilukis Bingkai Rujukan di sekelilingnya dan menjawab salah satu daripada tiga persoalann dalam Bingkai Rujukan. Jadual 8 menyatakan secara terperinci keputusan analisis tahap kemahiran murid bagi penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran.
  • 9. 9 Jadual 8. Tahap Kemahiran Penggunaan Bingkai Rujukan oleh Murid pada Peta Pemikiran Aras Peta Pemikiran Murid Mempunyai: Bil Murid (N) Peratus 5 CEMERLANG 1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran 93 14.3% 2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan 3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta Pemikiran yang dilukis 4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta 5 Menjawab salah satu dari persoalan dalam bingkai rujukan iaitu; a. Bagaimana saya tahu tentang apa yang saya tahu? b. Apakah maklumat yang mempengaruhi Peta Pemikiran saya? c. Mengapa maklumat dalam peta itu penting kepada saya? 4 BAIK 1 Dapat mengenal pasti proses pemikiran 53 8.1% 2 Memilih Peta Pemikiran yang betul untuk memaparkan apa yang difikirkan 3 Maklumat yang ditulis kemas, relevan dan lengkap pada Peta Pemikiran yang dilukis 4 Bingkai Rujukan dilukis di sekeliling Peta Berdasarkan Jadual 8, dapatan menunjukkan hanya seramai 93 (14.3%) daripada 651 orang murid mencapai aras cemerlang mahir dalam membina Peta Pemikiran. Ini menunjukkan bahawa bilangan dan peratus murid yang telah melukis Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran dan menjawab salah satu persoalan pada Bingkai Rujukan adalah rendah. Rajah 4 menunjukkan contoh jawapan murid yang mencapai aras cemerlang membina Peta Pemikiran berdasarkan soalan yang dikemukakan yang mana Peta Pemikiran yang dibina ada dilukis Bingkai Rujukan dan menjawab salah satu daripada 3 persoalan dalam Bingkai Rujukan. Rajah 4. Contoh Jawapan Murid yang Mencapai Aras Cemerlang Berdasarkan Jadual 8 juga, dapatan menunjukkan hanya seramai 53 (8.1%) daripada 651 orang murid mencapai aras baik dalam membina Peta Pemikiran. Ini menunjukkan bahawa bilangan dan peratus murid yang telah melukis Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran juga adalah rendah. Rajah 5 menunjukkan contoh jawapan murid yang mencapai aras baik membina Peta Pemikiran berdasarkan soalan yang dikemukakan yang mana Peta Pemikiran yang dibina ada dilukis Bingkai Rujukan dan menjawab salah satu daripada 3 persoalan dalam Bingkai Rujukan di sekelilingnya.
  • 10. 10 Rajah 5. Contoh Jawapan Murid yang Mencapai Aras Baik Tahap Aspirasi Murid Terhadap Penggunaan Bingkai Rujukan Seramai 651 orang murid telah menjawab soal selidik skala likert 5 mata yang terdiri daripada sangat tidak setuju, tidak setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju untuk menilai tahap aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran program i-THINK. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa tahap persetujuan aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan Peta Pemikiran adalah tinggi seperti yang ditunjukkan secara terperinci pada Jadual 8. Jadual 8. Tahap Aspirasi Murid Terhadap Bingkai Rujukan Item N Min SP Tahap Penggunaan Bingkai Rujukan akan dapat; a meningkatkan kemampuan saya mengenal pasti sumber rujukan maklumat yang ditulis 651 4.14 0.81 Tinggi b meningkatkan kemampuan saya mengenal pasti faktor yang mempengaruhi idea yang ditulis 651 4.09 0.79 Tinggi c meningkatkan kemampuan saya mengenal pasti kepentingan maklumat yang ditulis 651 4.25 0.74 Tinggi PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kajian yang telah dijalankan telah memberi gambaran tentang hasil pelaksanaan program i- THINK dari segi pengetahuan (knowledge) murid terhadap Bingkai Rujukan, sikap (attitude) murid terhadap Peta Pemikiran, kemahiran (skill) murid dalam menggunakan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran yang dilukis dan aspirasi (aspiration) murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan. Kajian ini secara terperincinya telah menjawab empat persoalan kajian yang diterangkan diperingkat awal. Kajian mendapati sikap tahap sikap positif murid terhadap Peta Pemikiran adalah tinggi. Perkara ini menggambarkan bahawa murid tiada masalah untuk menggunakan alat berfikir ini semasa Pdp. Walau bagaimanapun, sikap positif murid terhadap Peta Pemikiran secara keseluruhannya tidak menggambarkan bahawa murid benar-benar faham dan mahir tentang pengunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran. Hal ini dapat dibuktikan dengan dapatan yang diperoleh daripada kajian ini. Walaupun bilangan dan peratus murid adalah tinggi dalam mengenal pasti nama Bingkai
  • 11. 11 Rujukan yang dilukis di sekeliling Peta Pemikiran, namun bilangan dan peratus murid yang tahu fungsi Bingkai Rujukan adalah rendah. Selain itu, bilangan dan peratus murid yang melukis Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran yang dibina bagi menjawab soalan kemahiran juga adalah rendah. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa walaupun guru-guru telah menerima pendedahan dan latihan Peta Pemikiran melalui program i-THINK, namun pengetahuan dan kemahiran murid dalam Bingkai Rujukan masih lagi lemah dan ramai yang memerlukan bimbingan serta perhatian khusus. Pengkaji mengandaikan bahawa murid-murid tidak diberi penekanan tentang penggunaan Bingkai Rujukan dan fungsinya semasa latihan Peta Pemikiran diberikan. Hal ini menyebabkan bilangan dan peratus murid yang tahu dan mahir dengan penggunaan Peta Pemikiran i-THINK adalah rendah. Maka langkah mengatasi masalah ini perlu dititik beratkan. Kursus pengukuhan Peta Pemikiran kepada guru yang diadakan perlu menitikberatkan penggunaan Bingkai Rujukan. Pastikan guru benar-benar memahami dan mahir menggunakan Bingkai Rujukan agar terlatih untuk melatih murid memahami dan mahir menggunakan Bingkai Rujukan. Bukan itu sahaja, guru dan murid perlu tahu manfaat dan kepentingan Bingkai Rujukan dalam meningkatkan kemahiran metakognitif mereka. Bingkai Rujukan bukan sekadar petak luar peta yang dilukis secara kerap semasa Pdp tanpa tujuan, tetapi Bingkai Rujukan dilukis kerana ada makna dan maksud yang memberi kesan dalam meningkatkan kemahiran metakognitif murid. Sungguhpun begitu, dapatan kajian mendapati bahawa tahap aspirasi murid terhadap penggunaan Bingkai Rujukan adalah tinggi. Hal ini menggambarkan bahawa harapan murid adalah positif terhadap penggunaan Bingkai Rujukan yang dapat meningkatkan kemahiran metakognitif mereka. Dapatan ini menyokong saranan (Dougherty, 2014) bahawa penggunaan Bingkai Rujukan secara signifikan akan meningkatkan kesan penggunaan Peta Pemikiran. Selain itu menurutnya juga penggunaan Bingkai Rujukan di sekeliling Peta Pemikiran menyediakan ruang untuk murid memperoleh sumber maklumat pada peta, menyediakan ruang untuk murid mengenal pasti pandangan dan idea mereka yang unik serta dapat menjawab persoalan yang lebih mendalam. Lantaran itu semua pihak sama ada guru, pentadbir, pasukan pemandu, PPD dan JPN perlu tingkatkan usaha agar penggunaan Bingkai Rujukan pada Peta Pemikiran diberi penekanan agar manfaat dan kepentingannya dapat difahami dan dihayati. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran murid dalam menggunakan dan mengaplikasikan Bingkai Rujukan bersama Peta Pemikiran dapat ditingkatkan. RUJUKAN Akin, A., Abaci, R., &Çetin, B. (2007). The validity and reliability of the Turkish version of the metacognitive awareness inventory. Educational Sciences: Theory & Practice, 7(2), pp. 671- 678. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Nota Kursus Membudayakan Kemahiran Berfikir oleh Kestral Education United Kingdom (p. 70). p. 70. Retrieved from http://www.moe.gov.my/bpk Dougherty, K. (2014). It’s All In How You Frame It. Retrieved April 5, 2019, from https://www.thinkingmaps.com/its-all-in-how-you-frame-it/ Edwards, P. (2011). Utilizing Thinking Maps® to Promote Reading Comprehension and Motivation to Read in Urban Elementary School Males (Oakland University). https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004 Fah, L. Y., & Hoon, K. C. (2015). Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Pendidikan (Edisi ke-4). Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Ahli Majlis Penerbitan Ilmih Malaysia (MAPIM). Flavell, J. H. (1976). Metacognitive aspects of problem solving. The nature of intelligence, 12, pp. 231-235. Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2016). Metadologi Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hyerle, D. (1996a). Thinking maps: Seeing is understanding. Educational Leadership, 53, 85–89. Hyerle, D. (1996b). Visual Tools For Constructing Knowledge. Innovative Sciences, Inc.
  • 12. 12 Hyerle, D., & Alper, L. (2011). Student Success With Thinking Maps® (2nd Editio). United States of America: Corwin A SAGE Company. Hyerle, D., & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. Thinking Maps, Incorporated. McKinley Action Research Team. (2008). Differentiation of Staff Development. Retrieved from http://www.thinkingfoundation.org/connective-leadership Pallant, J. (2013). SPSS A step by step guide to data analysis using IBM SPSS-Survival Manual (5th editio). New York: Mc Graw Hill. Rockwell, K., & Bennett, C. (2004). Targeting Outcomes of Programs : A Hierarchy for Targeting Outcomes and Evaluating Their Achievement. University of Nebraska-Lincoln Faculty Publications. Sekaran, U., & Bougie, R. (2013). Research Methods for Business. In Research methods for business (p. 436). Weis, L. a. (2009). Effect of Thinking Maps on Student’s Higher Order Thinking Skills. Yeager, C. (2017). The Importance of Frame of Reference. Retrieved April 1, 2019, from https://www.thinkingmaps.com/the-importance-of-frame-of-reference/#comment-23792