1. CONTOH LAPORAN PLC
Sesi Perkongsian Guru
Nama Ahli Kumpulan:
1.
Tempat/Tarikh/Masa:
Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan
Perkongsian difokuskan kepada pelaksanaan PdPc secara berpusatkan pelajar. Tajuk
yang dibincangkan adalah Sistem Pembiakan Seks Tumbuhan Berbunga (Sains
Tingkatan 3, Bab 4). Cikgu Su membuat perkongsian tentang bagaimana mengkaji
struktur pembiakan tumbuhan berbunga dengan menggunakan bunga yang sebenar.
Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang
dibincangkan? Adakah perkongsian ini boleh memberi impak kepada
pembelajaran murid? Bagaimana?
Hasil perkongsian antara guru, PdPc bagi tajuk ini dijalankan secara kajian lapangan, di
mana pelajar-pelajar mengkaji sendiri struktur tumbuhan berbunga. Para pelajar juga
mengkaji & membuat perbandingan antara bunga yang didebungakan oleh angin /
serangga melalui pemerhatian mereka terhadap tumbuhan di sekitar kawasan sekolah.
Strategi ini telah meningkatkan minat pelajar dan memupuk semangat koperatif sesama
pelajar. Pelajar juga lebih mudah memahami isi kandungan pembelajaran & lebih
mudah mengingati apa yang dipelajari melalui pengalaman secara langsung.
Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi
kesan kepada profesionalisme saya?
Jika sebelum ini, saya hanya sekadar menunjukkan struktur bunga melalui gambar rajah
sahaja. Namun, setelah sesi perkongsian antara guru dilakukan, strategi PdPc yang
dipilih telah diubahsuai supaya lebih menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.