Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Temankan Remaja
1. KARANGAN EKSPOSITORI
Cara menulis perenggan ISI
Perenggan isi dibahagikan kepada beberapa ayat yang disusun seperti berikut.
Ayat 1 (A1) – isi utama
Ayat 2 (A2) – mengapa
Ayat 3 (A3) – bagaimana
Ayat 4 (A4) – contoh/bukti
1
2. Panduan memulakan ayat dalam perenggan isi.
Ayat Contoh
Faktor pertama berlakunya gejala menagih dadah ialah…
Satu langkah yang boleh diambil ialah…
A1 Sebab pertama yang menyebabkan remaja…
Pertama, perkara ini berlaku kerana…
Salah satu cara untuk menangani masalah ini ialah…
Tindakan pertama yang boleh diamabil…
Hal ini demikian kerana…
Keadaan ini wujud kerana…
A2 Perkara ini timbul kerana…
Hal ini terjadi disebabkan oleh…
Tambahan lagi...
Sebagai akibatnya…
A3 Oleh itu, …
Maka, …
Justeru,…
Misalannya, …
Contoh yang jelas ialah, …
A4 Umpamanya, …
Buktinya ialah,
Keadaan ini jelas dibuktikan dengan perangkaan yang tinggi…
Sebagai rumusan …
Oleh yang demikian, …
A5 Oleh itu, …
Jelaslah bahawa…
2
3. CONTOH PERENGGAN ISI KARANGAN EKSPOSITORI
Teman-teman memainkan peranan utama dalam mempengaruhi peribadi
seseorang.
Jika kita menyentuh tentang peranan seorang teman, ia penting ketika
seseorang itu sedang meningkat dewasa terutama golongan remaja. Saya
setuju bahawa teman memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
peribadi seseorang. [A1] Seseorang remaja itu sering kali meluangkan masa
mereka bersama teman-teman baik di sekolah ataupun pada masa senggang.
[A2] Ini bermakna seseorang itu akan terdedah kepada pelbagai aktiviti bersama
teman-temannya. [A3] Natijahnya, pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-
sama akan secara tidak langsung membentuk peribadi seseorang itu.
[A4] Tamsilnya, jika seseorang itu memiliki teman-teman yang suka belajar,
lambat-laun sikap rajin belajar akan terbentuk dalam dirinya juga. Ini
disebabkan remaja mudah terpengaruh dengan mereka yang ada di sekeliling
terutama teman-teman rapat.
3