SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
IDEOLOGI PAS
Ali Shari’ati dikenang bukan kerana dia seorang politikus hebat, bukan juga kerana seorang
ahli pidato yang memukau, malah tentu sekali bukan juga kerana dia seorang ahli akademik di
Universiti Mashhad.
Lebih dari itu semua, Shari’ati dikenang kerana ia merupakan simbol serta wajah idealog yang
sukses merangsang kebangkitan rakyat Iran, merentasi mana-mana ruang pengaruh yang ada,
hinggakan potretnya gagah berdiri sejajar dengan potret Ayatollah Ruhollah Khomeini ketika
memuncaknya revolusi tersebut.
Itu Shari’ati, dan ia telah pun tiada. Di satu ufuk timur lagi, PAS ketika memuncaknya revolusi
tersebut, cuba membawa semangat Shari’ati dan ruh revolusi ini ke dalam sistem partinya. Idea
wilayatul-faqeh dari tradisi Shi’ah kemudiannya telah diterjemahkan oleh PAS kepada format
kepimpinan ulama’, yang sampai dewasa ini terus tercerna dalam sistem gerakan parti politik
ini. Namun begitu, hingga kini, PAS terus keempunan untuk menuruti jejak sempurna revolusi
ini, kerana PAS tidak pernah memugar budaya partinya kepada kemunculan wajah idealog.
Mengapa PAS gagal melahirkan idealog? Apakah idealog ini tidak penting dari kacamata PAS?
Dan, mengapa juga PAS hanya kelihatan berminat mengkader ulama’-ulama’ yang terhad
kepada perspektif fiqhi semata-mata, tidak merentasi simbol dan perspektif wajah seorang
idealog? Dan, kalaulah status ulama’-ulama’ dalam PAS itu lebih mulia kedudukannya,
mengapa sukar untuk kita melihat ulama’-ulama’ dalam PAS ini dapat menunjuk jalan keluar
kepada cita-cita sebuah revolusi ummah, di kala ruang-ruang demokrasi kini sudah mula
memudar?
Apapun, persoalan-persoalan yang diutarakan ini tidak akan terjawab dengan jujur, selagi
mana sistem pentarbiyyahan PAS sendiri sudah menjadi sangat eksklusif, hingga ia telah
membataskan kreativiti aktivisnya untuk bereksperimen — dalam menterjemahkan aspirasi
perjuangan ummah ini. Pertamanya, kita dapat buktikan kewujudan kekangan-kekangan yang
dicipta oleh PAS ini semenjak dari dalam dunia kampus lagi, sesuatu suasana yang tidak pernah
berlaku dalam tiga dasarwarsa sebelum ini, di negara kita.
Baiklah, eloklah kita ketepikan duhulu alasan bahawa praktik yang sama turut dilakukan oleh
lawan politik PAS, iaitu UMNO. Bukan satu dalil yang bijaksana jika sesuatu kebenaran itu
diukur dari kacamata perilaku lawannya. Tetapi, PAS sebagai wadah politik yang diwar-warkan
berjuang atas nama Islam yang sejati, secara sedar atau sebaliknya, telah pun membentuk suatu
kerangka pemikiran di kalangan mahasiswa yang sangat-sangat linear tentang apa itu sebuah
“perjuangan”.
Mengapa definisi “perjuangan” yang ditakrifkan (secara tidak langsung) oleh PAS ini boleh
menjadi selinear sebegitu? Apabila kita amati balik, gerakan mahasiswa yang pada peringkat
awalnya condong pada cita-cita Islam, khususnya PMI, mereka ini rupa-rupanya tidak diajar
bagaimana untuk mereka melahir serta merealisasikan gagasannya sendiri. Sebaliknya, kita
amati, gerakan mahasiswa yang seperti ini telah ditatih dengan doktrin-doktrin agama dalam
kerangka fikiran sebuah gerakan politik.
Jadi, dampaknya di sini, pencak gerakan mahasiswa itu tidak lagi tulen dan mulus. Gerakan
mahasiswa bagaikan hanya menunggu dirangsang oleh PAS bagi merealisasikan sesuatu
agenda mereka. Kerana itu, kita harus cermati semula, bahawa mahasiswa bukannya aktivis
kepada mana-mana gerakan politik. Mahasiswa, lebih jauh dari itu, adalah sebuah gerakan
yang miring kepada perjuangan sebuah idealogi ummah, yang di kalangan mereka akhirnya
dapat diperhatikan kelahiran wajah idealog.
Jadi, apabila orientasi gerakan mahasiswa sudah terpimpin dengan doktrin parti politik, maka
ruang lingkup gerakan mahasiswa itu untuk berekspreasi sudah menjadi kian terbatas, kerana
setiap kreativiti mahasiswa untuk melakukan eksperimen idea dalam praktik sosial harus perlu
menunggu restu pemimpin dari mana-mana struktur parti politik tersebut. Hal ini, yang awal-
awalnya dilihat oleh PAS sebagai satu kelebihan, rupa-rupanya untuk rentang waktu yang lebih
lama, ia adalah barah yang sangat serius sekali.
Ekoran rentetan format yang terikat sebeginilah yang telah menjadi benteng kepada kelahiran
wajah idealog di kalangan aktivis PAS itu sendiri, bila mahasiswa itu memilih untuk
bergelumang dalam politik kepartian. Dalam diam-diam, minda mahasiswa yang awalnya
bernuasa Islam yang dinamik, telah diubah kepada pembentukan minda gerakan oposisi, yang
belum tentu minda tersebut selaras dengan denyut nadi generasi muda. Dalam hal ini, PAS (juga
parti politik lain) sememangnya berdosa kepada seluruh aspirasi gerakan mahasiswa, yang
dulunya murni sekali hasratnya.
Untuk membeza dan membuktikan pengamatan ini tidaklah sesukar mana. Tanpa berniat untuk
mengajak kita rigid kepada factor sejarah, kita boleh perhatikan idealisme mahasiswa tiga
dekad sebelumnya sebagai kajian perbandingan secara ringkas. Di sana, wajar kita sekali
mengakui, bahawa satu daripada faktor berkembangnya gerakan mahasiswa pada waktu itu
ialah kerana faham kebebasan mereka untuk bereksperimen, ke arah untuk menyatakan
gagasannya yang tersendiri, tanpa perlu mereka dipandu oleh arahan-arahan daripada parti
politik.
Ketika itu, idea-idea yang diwar-warkan oleh sebilangan pemimpin gerakan mahasiswa benar-
benar dapat merangka satu bentuk tekanan kepada suara pemerintah, apabila wujudkan
bantahan ummah. Dan, ketika itu juga, suara oposisi tidaklah sekeramat suara mahasiswa.
Pemerintah hakikatnya lebih terkesan dengan “suara ketiga” ini berbanding dengan suara-
suara di parlimen. Jadi, idea dari kalangan gerakan mahasiswa pada waktu itu menjadi sangat-
sangat kreatif, kerana mereka sendiri tidak terikat dengan doktrin parti politik!
Dan, bila kita berbalik kepada budaya dalam PAS itu sendiri, terbukti bahawa PAS semenjak
demikian tidak pernah membangunkan pemikiran aktivisnya dari perspektif yang rasional dan
kritis. Dan, apabila kita bercakap soal kritis ini juga, seharusnya ia tidak definitif kepada
pertentangan terhadap seteru-seteru politiknya. Lebih bermakna daripada itu, PAS mesti berani
membuka ruang kepada mana-mana aktivis untuk melakukan kritikan dalaman, tanpa perlu
menunggu medan muktamar mereka.
Dari sini, jiwa-jiwa pemimpin PAS mesti diasuh dan dibudayakan untuk tahan menerima
kritikan-kritikan, meskipun kritikan-kritikan yang dilontarkan tersebut masih samar-samar lagi
kebenarannya. Tapi malangnya, sebarang kritikan dari peringkat dalaman parti, yang niatnya
hanya bertujuan untuk mendapat kepastian sekalipun, dizahirkan dengan “muka yang masam”!
Jadi, jika budaya yang tidak kritis ini tidak dipugar dari awal-awal lagi, jadi mana mungkin
PAS mampu melahirkan wajah idealog?
Demikian juga, amalan PAS itu sendiri tidak berminat untuk membentur budaya wacana sebagai
ganti budayanya yang berteraskan isu-isu semasa. Kita lihat, contohnya wacana-wacana dalam
PAS sering disambut dingin, yang sekaligus berbeda dengan ceramah-ceramah politik.
Kecenderungan pemimpin tua PAS memutar isu akhirnya telah menengelamkan bakat aktivis
muda PAS yang awalnya sangat intelektualis. Sebab itu, kita tidak pernah menemui adanya
karya-karya komprehensif dari pemimpin PAS tentang pengamatan sesuatu aspek, lantaran
singkatnya budaya wacana ini.
Sebaliknya, apa yang kita perhatikan ialah buku-buku yang dihasilkan oleh pemimpin PAS ini
hanya terbatas pada penjelasan isu-isu semasa, tetapi tidak berjaya menghuraikan sebarang
fenomena semasa dalam ragam perspektif, dan ragam teori! Hingga kini, tidak pernah
kedengaran di kalangan pemimpin PAS yang mampu melontar sebuah gagasan yang cemerlang,
hingga dapat dijadikan rujukan dalam tempoh yang lama. Tidak pernah! Barangkali, inilah
antara implikasi besar dari ketandusan intelektual dalam sistem parti tersebut.
Memang, lama dulu, ketika PAS di bawah Dr. Burhanuddin al-Helmy situasi ini amat berbeza
sekali. Ketika itu, al-Helmy bukan sahaja berjaya mencermati wahana nasionalisme dengan
perspektif yang dinamik, malah beliau juga berjaya menjalinkan gerakan PAS dengan pelbagai
gerakan lain, yang juga terdiri daripada gerakan yang bukan bersifat politik, sama ada lokal
atau global. Ini antara kehebatan al-Helmy yang mana teladan ini gagal disambung oleh para
pemimpin PAS dewasa ini. Nyatanya, PAS tidak pernah serius untuk merombak budaya rapuh
yang tertanam dalam sistem mereka ini.
Sungguh pun begitu, memang banyak lagi yang harus kita lakukan, bukan sahaja oleh PAS
sebagai gerakan politik oposisi, malah oleh semua gerakan yang mahu mengembalikan jati diri
sebuah bangsa ini. Perjuangan bangsa (atau juga perjuangan rakyat), seperti kata al-Helmy,
sebenarnya boleh kita cantumkan dalam wadah yang organik sifatnya. Jadi, bila anjuran ini
dapat difahami dengan harmonik, lebih-lebih lagi dari kalangan oposisi, maka tugas berat akan
menjadi lebih mudah, lantaran keutuhan idea yang digagaskan oleh seorang wajah-wajah
idealog, yang benar-benar menjiwai zeitgeist!
Namun, jika kalangan oposisi (merujuk kepada PAS) tampaknya hanya lebih berminat dengan
pembinaan faham fekahisme, bukannya idealisme, maka kepada siapa lagi yang boleh kita
sandarkan harapan besar ini? Harapan untuk melihat wajah-wajah seumpama sang rausyanfikr
tadi; yang kemas fikirannya, yang dinamik wataknya, dan yang benar-benar meneladeni bahawa
sesuatu praktik harus bermula dengan wacana idea terlebih dahulu, bukannya mainan selera isu
semata-mata!
Perlembagaan parti merupakan dasar, hala tuju, matlamat dan gambaran kesungguhan
perjuangan parti. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tubuh parti yang mana setiap
ahli parti adalah tertakluk di bawah Perlembagaan parti dan wajib mematuhinya.
PAS memperjuangkan undang-undang Shari'ah agar diguna pakai di peringkat persekutuan dan
negeri. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah
Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan menjadi asas panduan dalam perjuangan. Risalah
Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan
kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan
doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan
bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.
Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah
dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.
Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam
Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.
Pas juga memberi penumpuan kepada konsep perpaduan ummah.Islam tanpa mengira bangsa
dan juga prinsip keadilan mutlak kepada umat Islam tanpa mengira pangkat dan darjat
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini
sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan
hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga
kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam
dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.
Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan.
Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah
dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar dengan sempurna ketika
memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama
yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada
ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa
bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat
Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha
meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan
menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta
tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama
dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’
dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak
seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.
Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap
merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi,
pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan
negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul
bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS
menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat,
puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan
sebarang bentuk kemungkaran yang lain.
Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Sejak
ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Islam. PAS sebagai sebuah parti politik
dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat
direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam
kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia
tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang
bersifat akademik sahaja.
Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai
tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan
yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan
Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam,
kemerdekaan dan kedaulatan negara. Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS
daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan
situasi juga sering kali berubah.
PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang luas.
Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem
kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek
kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu
merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Sejarah tidak pernah membohongi
kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.
Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua
orang Islam tanpa membataskan nya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang
disyaratkan oleh sesetengah parti politik. Walaupun PAS adalah di dokong oleh orang-orang
Islam tetapi dimensi perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama Islam. PAS
meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengetepikan perjuangan
yang bersifat kan perkauman. PAS mendukung prinsip-prinsip keadilan Islam dengan
memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat
pembelaan yang sewajarnya.
PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan
merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat
perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah
dengan nilai sejagat dan perjuangan Islam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama
dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan
bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum
mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.
Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik
membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti
Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia
(NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya
Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk
Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa.
Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan
Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya
Umum 1990.
1.Memperjuangkan
wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya
nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah
2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara.
Fasal 6. Usaha-Usaha:
Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul Nya melalui dakwah secara
lisan, tulisan dan amalan.
Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan
berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islam dalam usaha menegakkan
keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan
sosial serta pelajaran dan pendidikan.
Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan
rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat
dan berkebajikan.
Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang
perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan
hidup Islam.
Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi
masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat
Islam dan rakyat seluruhnya.
Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-
pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ia
mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya
di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah
dengan ajaran-ajaran Islam.
Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan
tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab
mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi
mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala
macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-
Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Dr Burhanuddin diangkat sebagai Presiden PAS yang ketiga pada tanggal 25 Disember 1956
menggantikan Dr Abbas Elias.
Pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan memperkasa perjuangan ini sejak mula
ialah Dr Burhanuddin al-Helmy yang memimpin perjuangan daripada tahun 1956-1969, sang
doktor yang telah menebus dan mewakafkan hidupnya untuk satu perjuangan yang tidak dapat di
kompromi dan ditawar-tawar oleh sogokan dan ugutan penjajah
Peralihan kepimpinan PAS di akhir tahun 1956 kepada Dr Burhanuddin membawa revolusi
perjuangan PAS. Bermula dari situ, PAS memperincikan sikap dan pendirian parti agar lebih
konsisten dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau meletakkan dua matlamat parti
yang utama iaitu memperjuangkan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. PAS sebagai sebuah
gerakan perjuangan Islam yang mewarisi perjuangan Hizbul Muslimin.
Beliau memimpin PAS paling lama berbanding mana-mana organisasi mahupun pergerakan
politik yang pernah dianggotainya. Seperti kata Burhanuddin (1960),
“Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus
memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi Negara Tanah Melayu ini dengan
bertapak di atas asas ideologi Islam yang Maha Suci”. Ini menunjukkan bahawa PAS sudah
mula bersungguh-sungguh dalam menjadikan Tanah Melayu pada ketika itu sebagai sebuah
negara Islam (Kamarudin Jaafar, 1980).
BAB YANG PERTAMA
NAMA DAN PEJABAT YANG DIDAFTARKAN
FASAL 1 - Nama
FASAL 2 - Pejabat yang didaftarkan
BAB YANG KEDUA
DASAR DAN TUJUAN
FASAL 3 - Dasar
FASAL 4 - Seruan PAS
BAB YANG KETIGA
TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN
FASAL 5 - Tujuan
FASAL 6 - Usaha-Usaha
FASAL 7 - Hukum, Kekuasaan dan MAJLIS SYURA ULAMAK
Fasal 7 (1)(2)(3)
Fasal 8 - Ahli Majlis Syura
Fasal 9 - Tugas Ahli Majlis Syura
BAB YANG KEEMPAT
DARIHAL AHLI-AHLI
FASAL 10 - Ahli PAS
FASAL 11 - Syarat-syarat Menjadi Ahli
FASAL 12 - Permohonan Menjadi Ahli
FASAL 13 - Memilih Ahli
FASAL 14 - Sijil Ahli
FASAL 15 - Keberhentian Ahli
FASAL 16 - Hak-hak Dan Kewajipan Ahli
FASAL 17 - Buku Daftar Ahli
BAB YANG KELIMA
MUKTAMAR DAN MESYUARAT AGUNG
FASAL 18 - Muktamar PAS
FASAL 19 - Wakil-wakil ke Muktamar dan Mesyuarat Agung
FASAL 20 - Mesyuarat Agung PAS Kawasan
FASAL 21 - Mesyuarat Agung PAS Cawangan
FASAL 22 - Tugas dan kekuasaan Muktamar dan Mesyuarat Agung PAS
BAB YANG KEENAM
PENUBUHAN KAWASAN DAN CAWANGAN
FASAL 23 - Penubuhan PAS Kawasan
Fasal 24 - Penubuhan PAS Cawangan
BAB YANG KETUJUH
JAWATANKUASA KERJA
FASAL 25 - Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
FASAL 26-27 - Tugas-tugas Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
FASAL 28 - Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan
FASAL 29-30 - Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan
FASAL 31 - Jawatankuasa Pemuda Dan Muslimat Cawangan
FASAL 32 - Jawatankuasa Pemuda Dan Muslimat Cawangan
FASAL 33 - Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja Cawangan
FASAL 34 - Notis Mesyuara Jawatankuasa kerja
BAB YANG KELAPAN
PEJABAT-PEJABAT PAS
FASAL 35 - Pejabat Setiausaha Agung
FASAL 36 - Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri
FASAL 37 - Pejabat Setiausaha Kawasan
FASAL 38 - Pejabat Setiausaha Cawangan
FASAL 39 - Pejabat Dewan-Dewan
BAB YANG KESEMBILAN
PERHUBUNGAN PAS NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN
FASAL 40 - Perhubungan PAS Negeri / Wilayah Persekutuan
FASAL 41 - Tugas-tugas Perhubungan PAS Negeri
FASAL 42 - Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Negeri
BAB YANG KESEPULUH
DARIHAL DEWAN-DEWAN
FASAL 43 - Dewan Ulamak PAS Pusat
FASAL 44 - Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat
FASAL 45 - Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat
FASAL 46 - Tugas-tugas Dewan Ulamak PAS Pusat
FASAL 47 - Dewan Ulamak PAS Negeri
FASAL 48 - Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri
FASAL 49-50 - Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri
FASAL 51 - Dewan Pemuda PAS Pusat
FASAL 52 - Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat
FASAL 53 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat
FASAL 54 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Pusat
FASAL 55 - Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
FASAL 56 - Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri
FASAL 57 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri
FASAL 58 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Negeri
FASAL 59 - Dewan Pemuda PAS Kawasan
FASAL 60 - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan
FASAL 61 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan
FASAL 62 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Kawasan
FASAL 63 - Dewan Muslimat PAS Pusat
FASAL 64 - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat
FASAL 65 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat
FASAL 66 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Pusat
FASAL 67 - Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
FASAL 68 - Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri
FASAL 69 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri
FASAL 70 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Negeri
FASAL 71 - Dewan Muslimat PAS Kawasan
FASAL 72 - Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan
FASAL 73 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan
FASAL 74 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Kawasan
BAB YANG KESEBELAS
KEWANGAN DAN PEMEGANG AMANAH
FASAL 75 - Sumber-sumber Kewangan
FASAL 76 - Peraturan Kewangan
FASAL 77 - Tuntutan
FASAL 78 - Memegang Amanah
FASAL 79 - Pemeriksa Kira-kira
BAB YANG KEDUA BELAS
LAIN-LAIN HAL
FASAL 80 - Bendera PAS
FASAL 81 - Lambang PAS
FASAL 82 - Tatatertib PAS
FASAL 84 - Peraturan Muktamar dan Mesyuarat
FASAL 86 - Meminda Perlembagaan PAS
FASAL 87 - Cara Memansuhkan PAS
FASAL 88 - Lain-Lain Perkara

More Related Content

Similar to Ideologi pas

Tugas pendidikan pancasila m. samantha dewi (5113414047)
Tugas pendidikan pancasila   m. samantha dewi (5113414047)Tugas pendidikan pancasila   m. samantha dewi (5113414047)
Tugas pendidikan pancasila m. samantha dewi (5113414047)
natal kristiono
 
Pancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakat
Pancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakatPancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakat
Pancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakat
wawanekobudianto
 
Peran partai politik dalam negara khilafah
Peran partai politik dalam negara khilafahPeran partai politik dalam negara khilafah
Peran partai politik dalam negara khilafah
FlamencoRizky
 
Kepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.doc
Kepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.docKepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.doc
Kepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.doc
aslah6
 
Pancasila sebagai ideologi terbuka
Pancasila sebagai ideologi terbukaPancasila sebagai ideologi terbuka
Pancasila sebagai ideologi terbuka
Dedy Setiady
 
Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban
Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban
Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban
norma 28
 
Relevankah partai islam
Relevankah partai islamRelevankah partai islam
Relevankah partai islam
Joko arizal
 

Similar to Ideologi pas (20)

Tugas pendidikan pancasila m. samantha dewi (5113414047)
Tugas pendidikan pancasila   m. samantha dewi (5113414047)Tugas pendidikan pancasila   m. samantha dewi (5113414047)
Tugas pendidikan pancasila m. samantha dewi (5113414047)
 
KEL 1 Pancasila Sebagai Ideologi Negara.pptx
KEL 1 Pancasila Sebagai Ideologi Negara.pptxKEL 1 Pancasila Sebagai Ideologi Negara.pptx
KEL 1 Pancasila Sebagai Ideologi Negara.pptx
 
Ppkn artikel i
Ppkn artikel iPpkn artikel i
Ppkn artikel i
 
Revitalisasi gerakan kepanduan hizbul wathan di perguruan tinggi
Revitalisasi gerakan kepanduan hizbul wathan di perguruan tinggiRevitalisasi gerakan kepanduan hizbul wathan di perguruan tinggi
Revitalisasi gerakan kepanduan hizbul wathan di perguruan tinggi
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Artikel adya
Artikel adyaArtikel adya
Artikel adya
 
Pancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakat
Pancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakatPancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakat
Pancasila sebagai ideologi dalam berbagai bidang kehidupan bermasyarakat
 
Toni pancasila
Toni pancasilaToni pancasila
Toni pancasila
 
Pragmatisme politisi_20231124_114253_0000.pptx
Pragmatisme politisi_20231124_114253_0000.pptxPragmatisme politisi_20231124_114253_0000.pptx
Pragmatisme politisi_20231124_114253_0000.pptx
 
Essay mission hmi (1)
Essay mission hmi (1)Essay mission hmi (1)
Essay mission hmi (1)
 
PARPOL PERSPEKTIF ISLAM.pptx
PARPOL PERSPEKTIF ISLAM.pptxPARPOL PERSPEKTIF ISLAM.pptx
PARPOL PERSPEKTIF ISLAM.pptx
 
Pancasila sebagai paradigma pembangunan
Pancasila sebagai paradigma pembangunanPancasila sebagai paradigma pembangunan
Pancasila sebagai paradigma pembangunan
 
Peran partai politik dalam negara khilafah
Peran partai politik dalam negara khilafahPeran partai politik dalam negara khilafah
Peran partai politik dalam negara khilafah
 
Kepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.doc
Kepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.docKepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.doc
Kepemimpinan_Dr._Sarjana_Sigit_Wahyudi.doc
 
Pancasila dalam refleksi.pptx
Pancasila dalam refleksi.pptxPancasila dalam refleksi.pptx
Pancasila dalam refleksi.pptx
 
Pancasila sebagai ideologi terbuka
Pancasila sebagai ideologi terbukaPancasila sebagai ideologi terbuka
Pancasila sebagai ideologi terbuka
 
FUNGSI_ORGANISASI_MAHASISWA_DIKAMPUS.pptx
FUNGSI_ORGANISASI_MAHASISWA_DIKAMPUS.pptxFUNGSI_ORGANISASI_MAHASISWA_DIKAMPUS.pptx
FUNGSI_ORGANISASI_MAHASISWA_DIKAMPUS.pptx
 
Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban
Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban
Ideologi di Dunia Yang Menjadi Dasar Kesinambungan Antara Hak Dan Kewajiban
 
Relevankah partai islam
Relevankah partai islamRelevankah partai islam
Relevankah partai islam
 
Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat
Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi UmatKeharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat
Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat
 

More from peningla

gender study
gender studygender study
gender study
peningla
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
peningla
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012
peningla
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3
peningla
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
peningla
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
peningla
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltus
peningla
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8
peningla
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9
peningla
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
peningla
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um student
peningla
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
peningla
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
peningla
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye
peningla
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
peningla
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
peningla
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
peningla
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
peningla
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
peningla
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
peningla
 

More from peningla (20)

gender study
gender studygender study
gender study
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltus
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um student
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Recently uploaded (20)

PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 

Ideologi pas

  • 1. IDEOLOGI PAS Ali Shari’ati dikenang bukan kerana dia seorang politikus hebat, bukan juga kerana seorang ahli pidato yang memukau, malah tentu sekali bukan juga kerana dia seorang ahli akademik di Universiti Mashhad. Lebih dari itu semua, Shari’ati dikenang kerana ia merupakan simbol serta wajah idealog yang sukses merangsang kebangkitan rakyat Iran, merentasi mana-mana ruang pengaruh yang ada, hinggakan potretnya gagah berdiri sejajar dengan potret Ayatollah Ruhollah Khomeini ketika memuncaknya revolusi tersebut. Itu Shari’ati, dan ia telah pun tiada. Di satu ufuk timur lagi, PAS ketika memuncaknya revolusi tersebut, cuba membawa semangat Shari’ati dan ruh revolusi ini ke dalam sistem partinya. Idea wilayatul-faqeh dari tradisi Shi’ah kemudiannya telah diterjemahkan oleh PAS kepada format kepimpinan ulama’, yang sampai dewasa ini terus tercerna dalam sistem gerakan parti politik ini. Namun begitu, hingga kini, PAS terus keempunan untuk menuruti jejak sempurna revolusi ini, kerana PAS tidak pernah memugar budaya partinya kepada kemunculan wajah idealog. Mengapa PAS gagal melahirkan idealog? Apakah idealog ini tidak penting dari kacamata PAS? Dan, mengapa juga PAS hanya kelihatan berminat mengkader ulama’-ulama’ yang terhad kepada perspektif fiqhi semata-mata, tidak merentasi simbol dan perspektif wajah seorang idealog? Dan, kalaulah status ulama’-ulama’ dalam PAS itu lebih mulia kedudukannya, mengapa sukar untuk kita melihat ulama’-ulama’ dalam PAS ini dapat menunjuk jalan keluar kepada cita-cita sebuah revolusi ummah, di kala ruang-ruang demokrasi kini sudah mula memudar? Apapun, persoalan-persoalan yang diutarakan ini tidak akan terjawab dengan jujur, selagi mana sistem pentarbiyyahan PAS sendiri sudah menjadi sangat eksklusif, hingga ia telah membataskan kreativiti aktivisnya untuk bereksperimen — dalam menterjemahkan aspirasi perjuangan ummah ini. Pertamanya, kita dapat buktikan kewujudan kekangan-kekangan yang dicipta oleh PAS ini semenjak dari dalam dunia kampus lagi, sesuatu suasana yang tidak pernah berlaku dalam tiga dasarwarsa sebelum ini, di negara kita. Baiklah, eloklah kita ketepikan duhulu alasan bahawa praktik yang sama turut dilakukan oleh lawan politik PAS, iaitu UMNO. Bukan satu dalil yang bijaksana jika sesuatu kebenaran itu
  • 2. diukur dari kacamata perilaku lawannya. Tetapi, PAS sebagai wadah politik yang diwar-warkan berjuang atas nama Islam yang sejati, secara sedar atau sebaliknya, telah pun membentuk suatu kerangka pemikiran di kalangan mahasiswa yang sangat-sangat linear tentang apa itu sebuah “perjuangan”. Mengapa definisi “perjuangan” yang ditakrifkan (secara tidak langsung) oleh PAS ini boleh menjadi selinear sebegitu? Apabila kita amati balik, gerakan mahasiswa yang pada peringkat awalnya condong pada cita-cita Islam, khususnya PMI, mereka ini rupa-rupanya tidak diajar bagaimana untuk mereka melahir serta merealisasikan gagasannya sendiri. Sebaliknya, kita amati, gerakan mahasiswa yang seperti ini telah ditatih dengan doktrin-doktrin agama dalam kerangka fikiran sebuah gerakan politik. Jadi, dampaknya di sini, pencak gerakan mahasiswa itu tidak lagi tulen dan mulus. Gerakan mahasiswa bagaikan hanya menunggu dirangsang oleh PAS bagi merealisasikan sesuatu agenda mereka. Kerana itu, kita harus cermati semula, bahawa mahasiswa bukannya aktivis kepada mana-mana gerakan politik. Mahasiswa, lebih jauh dari itu, adalah sebuah gerakan yang miring kepada perjuangan sebuah idealogi ummah, yang di kalangan mereka akhirnya dapat diperhatikan kelahiran wajah idealog. Jadi, apabila orientasi gerakan mahasiswa sudah terpimpin dengan doktrin parti politik, maka ruang lingkup gerakan mahasiswa itu untuk berekspreasi sudah menjadi kian terbatas, kerana setiap kreativiti mahasiswa untuk melakukan eksperimen idea dalam praktik sosial harus perlu menunggu restu pemimpin dari mana-mana struktur parti politik tersebut. Hal ini, yang awal- awalnya dilihat oleh PAS sebagai satu kelebihan, rupa-rupanya untuk rentang waktu yang lebih lama, ia adalah barah yang sangat serius sekali. Ekoran rentetan format yang terikat sebeginilah yang telah menjadi benteng kepada kelahiran wajah idealog di kalangan aktivis PAS itu sendiri, bila mahasiswa itu memilih untuk bergelumang dalam politik kepartian. Dalam diam-diam, minda mahasiswa yang awalnya bernuasa Islam yang dinamik, telah diubah kepada pembentukan minda gerakan oposisi, yang belum tentu minda tersebut selaras dengan denyut nadi generasi muda. Dalam hal ini, PAS (juga parti politik lain) sememangnya berdosa kepada seluruh aspirasi gerakan mahasiswa, yang dulunya murni sekali hasratnya.
  • 3. Untuk membeza dan membuktikan pengamatan ini tidaklah sesukar mana. Tanpa berniat untuk mengajak kita rigid kepada factor sejarah, kita boleh perhatikan idealisme mahasiswa tiga dekad sebelumnya sebagai kajian perbandingan secara ringkas. Di sana, wajar kita sekali mengakui, bahawa satu daripada faktor berkembangnya gerakan mahasiswa pada waktu itu ialah kerana faham kebebasan mereka untuk bereksperimen, ke arah untuk menyatakan gagasannya yang tersendiri, tanpa perlu mereka dipandu oleh arahan-arahan daripada parti politik. Ketika itu, idea-idea yang diwar-warkan oleh sebilangan pemimpin gerakan mahasiswa benar- benar dapat merangka satu bentuk tekanan kepada suara pemerintah, apabila wujudkan bantahan ummah. Dan, ketika itu juga, suara oposisi tidaklah sekeramat suara mahasiswa. Pemerintah hakikatnya lebih terkesan dengan “suara ketiga” ini berbanding dengan suara- suara di parlimen. Jadi, idea dari kalangan gerakan mahasiswa pada waktu itu menjadi sangat- sangat kreatif, kerana mereka sendiri tidak terikat dengan doktrin parti politik! Dan, bila kita berbalik kepada budaya dalam PAS itu sendiri, terbukti bahawa PAS semenjak demikian tidak pernah membangunkan pemikiran aktivisnya dari perspektif yang rasional dan kritis. Dan, apabila kita bercakap soal kritis ini juga, seharusnya ia tidak definitif kepada pertentangan terhadap seteru-seteru politiknya. Lebih bermakna daripada itu, PAS mesti berani membuka ruang kepada mana-mana aktivis untuk melakukan kritikan dalaman, tanpa perlu menunggu medan muktamar mereka. Dari sini, jiwa-jiwa pemimpin PAS mesti diasuh dan dibudayakan untuk tahan menerima kritikan-kritikan, meskipun kritikan-kritikan yang dilontarkan tersebut masih samar-samar lagi kebenarannya. Tapi malangnya, sebarang kritikan dari peringkat dalaman parti, yang niatnya hanya bertujuan untuk mendapat kepastian sekalipun, dizahirkan dengan “muka yang masam”! Jadi, jika budaya yang tidak kritis ini tidak dipugar dari awal-awal lagi, jadi mana mungkin PAS mampu melahirkan wajah idealog? Demikian juga, amalan PAS itu sendiri tidak berminat untuk membentur budaya wacana sebagai ganti budayanya yang berteraskan isu-isu semasa. Kita lihat, contohnya wacana-wacana dalam PAS sering disambut dingin, yang sekaligus berbeda dengan ceramah-ceramah politik. Kecenderungan pemimpin tua PAS memutar isu akhirnya telah menengelamkan bakat aktivis muda PAS yang awalnya sangat intelektualis. Sebab itu, kita tidak pernah menemui adanya
  • 4. karya-karya komprehensif dari pemimpin PAS tentang pengamatan sesuatu aspek, lantaran singkatnya budaya wacana ini. Sebaliknya, apa yang kita perhatikan ialah buku-buku yang dihasilkan oleh pemimpin PAS ini hanya terbatas pada penjelasan isu-isu semasa, tetapi tidak berjaya menghuraikan sebarang fenomena semasa dalam ragam perspektif, dan ragam teori! Hingga kini, tidak pernah kedengaran di kalangan pemimpin PAS yang mampu melontar sebuah gagasan yang cemerlang, hingga dapat dijadikan rujukan dalam tempoh yang lama. Tidak pernah! Barangkali, inilah antara implikasi besar dari ketandusan intelektual dalam sistem parti tersebut. Memang, lama dulu, ketika PAS di bawah Dr. Burhanuddin al-Helmy situasi ini amat berbeza sekali. Ketika itu, al-Helmy bukan sahaja berjaya mencermati wahana nasionalisme dengan perspektif yang dinamik, malah beliau juga berjaya menjalinkan gerakan PAS dengan pelbagai gerakan lain, yang juga terdiri daripada gerakan yang bukan bersifat politik, sama ada lokal atau global. Ini antara kehebatan al-Helmy yang mana teladan ini gagal disambung oleh para pemimpin PAS dewasa ini. Nyatanya, PAS tidak pernah serius untuk merombak budaya rapuh yang tertanam dalam sistem mereka ini. Sungguh pun begitu, memang banyak lagi yang harus kita lakukan, bukan sahaja oleh PAS sebagai gerakan politik oposisi, malah oleh semua gerakan yang mahu mengembalikan jati diri sebuah bangsa ini. Perjuangan bangsa (atau juga perjuangan rakyat), seperti kata al-Helmy, sebenarnya boleh kita cantumkan dalam wadah yang organik sifatnya. Jadi, bila anjuran ini dapat difahami dengan harmonik, lebih-lebih lagi dari kalangan oposisi, maka tugas berat akan menjadi lebih mudah, lantaran keutuhan idea yang digagaskan oleh seorang wajah-wajah idealog, yang benar-benar menjiwai zeitgeist! Namun, jika kalangan oposisi (merujuk kepada PAS) tampaknya hanya lebih berminat dengan pembinaan faham fekahisme, bukannya idealisme, maka kepada siapa lagi yang boleh kita sandarkan harapan besar ini? Harapan untuk melihat wajah-wajah seumpama sang rausyanfikr tadi; yang kemas fikirannya, yang dinamik wataknya, dan yang benar-benar meneladeni bahawa sesuatu praktik harus bermula dengan wacana idea terlebih dahulu, bukannya mainan selera isu semata-mata!
  • 5. Perlembagaan parti merupakan dasar, hala tuju, matlamat dan gambaran kesungguhan perjuangan parti. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tubuh parti yang mana setiap ahli parti adalah tertakluk di bawah Perlembagaan parti dan wajib mematuhinya. PAS memperjuangkan undang-undang Shari'ah agar diguna pakai di peringkat persekutuan dan negeri. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan menjadi asas panduan dalam perjuangan. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam. Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar. Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS. Pas juga memberi penumpuan kepada konsep perpaduan ummah.Islam tanpa mengira bangsa dan juga prinsip keadilan mutlak kepada umat Islam tanpa mengira pangkat dan darjat Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahi mungkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’
  • 6. dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik. Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain. Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Islam. PAS sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja. Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara. Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering kali berubah. PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang luas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Sejarah tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah. Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua orang Islam tanpa membataskan nya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh sesetengah parti politik. Walaupun PAS adalah di dokong oleh orang-orang Islam tetapi dimensi perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama Islam. PAS meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengetepikan perjuangan yang bersifat kan perkauman. PAS mendukung prinsip-prinsip keadilan Islam dengan
  • 7. memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya. PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan Islam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978. Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990. 1.Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah 2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara. Fasal 6. Usaha-Usaha: Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islam dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
  • 8. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan- pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang- Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar. Dr Burhanuddin diangkat sebagai Presiden PAS yang ketiga pada tanggal 25 Disember 1956 menggantikan Dr Abbas Elias. Pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan memperkasa perjuangan ini sejak mula ialah Dr Burhanuddin al-Helmy yang memimpin perjuangan daripada tahun 1956-1969, sang doktor yang telah menebus dan mewakafkan hidupnya untuk satu perjuangan yang tidak dapat di kompromi dan ditawar-tawar oleh sogokan dan ugutan penjajah Peralihan kepimpinan PAS di akhir tahun 1956 kepada Dr Burhanuddin membawa revolusi perjuangan PAS. Bermula dari situ, PAS memperincikan sikap dan pendirian parti agar lebih
  • 9. konsisten dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau meletakkan dua matlamat parti yang utama iaitu memperjuangkan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. PAS sebagai sebuah gerakan perjuangan Islam yang mewarisi perjuangan Hizbul Muslimin. Beliau memimpin PAS paling lama berbanding mana-mana organisasi mahupun pergerakan politik yang pernah dianggotainya. Seperti kata Burhanuddin (1960), “Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi Negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang Maha Suci”. Ini menunjukkan bahawa PAS sudah mula bersungguh-sungguh dalam menjadikan Tanah Melayu pada ketika itu sebagai sebuah negara Islam (Kamarudin Jaafar, 1980). BAB YANG PERTAMA NAMA DAN PEJABAT YANG DIDAFTARKAN FASAL 1 - Nama FASAL 2 - Pejabat yang didaftarkan BAB YANG KEDUA DASAR DAN TUJUAN FASAL 3 - Dasar FASAL 4 - Seruan PAS BAB YANG KETIGA TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN FASAL 5 - Tujuan FASAL 6 - Usaha-Usaha FASAL 7 - Hukum, Kekuasaan dan MAJLIS SYURA ULAMAK Fasal 7 (1)(2)(3) Fasal 8 - Ahli Majlis Syura Fasal 9 - Tugas Ahli Majlis Syura BAB YANG KEEMPAT
  • 10. DARIHAL AHLI-AHLI FASAL 10 - Ahli PAS FASAL 11 - Syarat-syarat Menjadi Ahli FASAL 12 - Permohonan Menjadi Ahli FASAL 13 - Memilih Ahli FASAL 14 - Sijil Ahli FASAL 15 - Keberhentian Ahli FASAL 16 - Hak-hak Dan Kewajipan Ahli FASAL 17 - Buku Daftar Ahli BAB YANG KELIMA MUKTAMAR DAN MESYUARAT AGUNG FASAL 18 - Muktamar PAS FASAL 19 - Wakil-wakil ke Muktamar dan Mesyuarat Agung FASAL 20 - Mesyuarat Agung PAS Kawasan FASAL 21 - Mesyuarat Agung PAS Cawangan FASAL 22 - Tugas dan kekuasaan Muktamar dan Mesyuarat Agung PAS BAB YANG KEENAM PENUBUHAN KAWASAN DAN CAWANGAN FASAL 23 - Penubuhan PAS Kawasan Fasal 24 - Penubuhan PAS Cawangan BAB YANG KETUJUH JAWATANKUASA KERJA FASAL 25 - Jawatankuasa Kerja PAS Pusat FASAL 26-27 - Tugas-tugas Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat FASAL 28 - Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan
  • 11. FASAL 29-30 - Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan FASAL 31 - Jawatankuasa Pemuda Dan Muslimat Cawangan FASAL 32 - Jawatankuasa Pemuda Dan Muslimat Cawangan FASAL 33 - Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja Cawangan FASAL 34 - Notis Mesyuara Jawatankuasa kerja BAB YANG KELAPAN PEJABAT-PEJABAT PAS FASAL 35 - Pejabat Setiausaha Agung FASAL 36 - Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri FASAL 37 - Pejabat Setiausaha Kawasan FASAL 38 - Pejabat Setiausaha Cawangan FASAL 39 - Pejabat Dewan-Dewan BAB YANG KESEMBILAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN FASAL 40 - Perhubungan PAS Negeri / Wilayah Persekutuan FASAL 41 - Tugas-tugas Perhubungan PAS Negeri FASAL 42 - Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Negeri BAB YANG KESEPULUH DARIHAL DEWAN-DEWAN FASAL 43 - Dewan Ulamak PAS Pusat FASAL 44 - Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat FASAL 45 - Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat FASAL 46 - Tugas-tugas Dewan Ulamak PAS Pusat
  • 12. FASAL 47 - Dewan Ulamak PAS Negeri FASAL 48 - Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri FASAL 49-50 - Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri FASAL 51 - Dewan Pemuda PAS Pusat FASAL 52 - Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat FASAL 53 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat FASAL 54 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Pusat FASAL 55 - Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan FASAL 56 - Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri FASAL 57 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri FASAL 58 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Negeri FASAL 59 - Dewan Pemuda PAS Kawasan FASAL 60 - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan FASAL 61 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan FASAL 62 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Kawasan FASAL 63 - Dewan Muslimat PAS Pusat FASAL 64 - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat FASAL 65 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat FASAL 66 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Pusat FASAL 67 - Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan FASAL 68 - Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri FASAL 69 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri FASAL 70 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Negeri FASAL 71 - Dewan Muslimat PAS Kawasan FASAL 72 - Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan
  • 13. FASAL 73 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan FASAL 74 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Kawasan BAB YANG KESEBELAS KEWANGAN DAN PEMEGANG AMANAH FASAL 75 - Sumber-sumber Kewangan FASAL 76 - Peraturan Kewangan FASAL 77 - Tuntutan FASAL 78 - Memegang Amanah FASAL 79 - Pemeriksa Kira-kira BAB YANG KEDUA BELAS LAIN-LAIN HAL FASAL 80 - Bendera PAS FASAL 81 - Lambang PAS FASAL 82 - Tatatertib PAS FASAL 84 - Peraturan Muktamar dan Mesyuarat FASAL 86 - Meminda Perlembagaan PAS FASAL 87 - Cara Memansuhkan PAS FASAL 88 - Lain-Lain Perkara