Jual Cytotec Di Banjar Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Manis jadi racun
1. Manis jadi racun
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
KENCING manis atau diabetes dianggap penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) serta boleh
menyebabkan kehidupan muram dan tidak membahagiakan.
Seperti kata pakar, diri anda adalah apa yang anda makan mungkin tepat sekali kerana makanan yang
dimakan mendorong diri mendapat serangan penyakit berkenaan.
Coklat, kek, aiskrim bahkan segala yang berunsur lemak, berkrim bahkan manis menjadi pembunuh
senyap yang perlu dicegah sebelum parah.
Gambaran mengenai kaki bengkak, bernanah, berlubang sehingga memaksa ia dipotong dan
menjadikan diri mengalami kecacatan kekal, fenomena yang dilalui pesakit kencing manis.
Ada pendapat mengatakan tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit diabetes sepenuhnya tetapi
ia boleh dikawal menerusi pelbagai cara.
Menurut Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Abdul Malik Jamal
Buhari, masyarakat harus lebih prihatin terhadap penjagaan makanan termasuk mengawal berat badan
berlebihan atau kegemukan disebabkan kumpulan itu berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis.
"Mereka yang mengambil ubat-ubatan perlu mematuhi nasihat doktor. Jika saranan mengambil ubat
sebagai mengawal penyakit, ubat itu mungkin terdiri daripada pil atau insulin.
"Fungsinya adalah membantu menggunakan gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel badan
untuk ditukarkan kepada tenaga.
"Bagi penghidap kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan
secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa menyebabkan glukos atau
gula tidak dapat memasuki sel badan kerana kadar gula dalam darah terlalu tinggi," katanya pada
forum sehari diadakan pusat perubatan berkenaan, baru-baru ini.
Menurutnya, perjalanan darah atau jantung harus dijaga sebaiknya kerana jika darah tidak lancar, ia
ada kaitan dengan pemakanan yang dimakan seseorang dan puncanya dikatakan berkaitan kolesterol
dan jantung tersumbat.
"Jika penghidap diabetes mengalami saluran darah tersumbat pada jantungnya, kesan lain
mengakibatkan gangguan angin ahmar atau lemah jantung.
"Oleh kerana ia kait mengait, pemakanan harus dijaga di samping elemen lain seperti senaman untuk
membolehkan penjagaan aliran darah yang sistematik atau lancar," katanya.