2. Sesuatu yang datang pada hati berupa
lintasan atau bisikan-bisikan, iaitu
kadang-kadang muncul daripada bisikan
malaikat, syaitan, nafsu dan boleh juga
bisikan itu datang secara langsung
daripada Allah s.w.t.
AL- KHAWATIR
3. BISIKAN NAMA
Malaikat Ilham
Hawa nafsu Hawajis
Syaitan Was-was
Langsung daripada Allah S.W.T Bisikan kebenaran (kathir haq)
JENIS-JENISAL-KHAWATIR
4. BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI
JENIS BISIKAN AL-KHAWATIR??
● Apabila bisikan datang daripada para Malaikat, maka
itu adalah bila bisikan itu sesuai dengan ilmu
pengetahuan.
● para ulama’ sufi berkata :
“setiap bisikan yang tidak boleh disaksikan
kebenaranya secara zahir, maka ia adalah bisikan
batil”.
● Bisikan syaitan merupakan bisikan yang
mengundang ke arah kemaksiatan,manakala bisikan
nafsu pula lebih cenderung kepada sikap menurut
syahwat @ takabur.
5. PENDAPAT TOKOH BERKAITANAL-KHAWATIR
Ahli Sufi bersepakat bahawa :
Orang yang terlalu banyak makan
makanan haram tidak akan dapat
membezakan diantara bisikan yang
bersifat ilham dan was-was.
Syeikh Abu Ali Ad- Daqqaq berkata :
“ Sesiapa yang makanan utamanya diketahui
keharamannya, ia tidak akan dapat
membezakan antara ilham dan was-was.
Sementara orang yang menghindari hasrat
nafsunya, dengan cara mujahadah yang benar,
ucapan batinnya akan jelas kelihatan melalui
perlawanan terhadap nafsunya”.
Syeikh Al-Junayd :
Membezakan antara bisikan nafsu dan bisikan syaitan, nafsu itu apabila
menyuruh terhadap sesuatu perkara, Ia akan bersungguh-sungguh dan
akan kembali lagi walaupun berlalu dalam jarak waktu yang lama, sampai
bisikan nafsu itu benar-benar meraih kemahuan dan meraih tujuannya.
6. “ Setiap bisikan yang datang dari
para Malaikat kadang-kadang
sesuai di hati si penerima bisikan,
kadang-kadang juga tidak.
Namun apabila bisikan langsung
dari Allah S.W.T, sama sekali si
hamba tidak menentangnya”.
7. Sesuatu yang datang pada hati berupa
bisikan-bisikan yang terpuji yang
dikurniakan oleh Allah tanpa diduga
oleh seseorang hamba selepas
mengekalkan wirid.
AL-WARID
8. JENIS-JENIS WARID
MALAKI
Setiap yang ada kebaikan
dinamakan ilham.
SYAITANI
Membawa ke arah jalan
yang menyalahi Haq Allah
iaitu ‘was-was.
NAFSANI
Sesuatu yang ada
kepentingan nafsu iaitu
‘hajis’ .
ILAHI
Datangnya Hadzrul ghaib
secara mengejut dan tiba-
tiba.
9. Warid Hadir Dalam beberapa Keadaan
Antaranya :
Cepat
Lambat
Tidak pernah perolehinya
10. KESIMPULAN
● Warid pengertiannya lebih umum daripada al-
Khawatir kerana Khawatir khusus dalam bentuk
informasi,pesan-pesan, bisikan atau apa yang
terkandung dalam suatu makna. Sementara Warid pula
berupa kesenangan,kesedihan,ketakutan,kelapangan
dan pelbagai rasa yang terkandung dalam satu makna.
● Al-Warid perkara yang datang ke dalam hati
seseorang hamba yang dikurniakan oleh Allah tanpa
ada perancangan dari seseorang itu. Manakala bisikan
Khawatir hanya khusus bagi perintah dan seerti
denganya.