SlideShare a Scribd company logo
1 of 33
Download to read offline
TINJAUAN AWAL TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BARU
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)
TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN
SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR.
MOHD ASZHAR BIN MUHAMAD SANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TINJAUAN AWAL TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BARU
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)
TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN
SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR
MOHD ASZHAR BIN MUHAMAD SANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2004
iii
Ikhlas Dariku...
Untuk Ayahnda Dan Bonda Yang Amat Ku Cintai,
Untuk Kekanda Dan Adinda Yang Sentiasa Ku Rindui,
Untuk Teman Seperjuang Yang Suka & Duka Bersama,
Untuk Insan Teristimewa Yang Sentiasa Setia Di Sisi,
Terima Kasih Untuk Segalanya...
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas kepada En. Asnul Dahar Bin
Minghat kerana memberikan kepercayaan, peluang dan kebebasan sepenuhnya
kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Dan juga komen yang membina serta
tunjuk ajar daripada beliau.
Tidak lupa juga penghargaan ini saya tujukan kepada En. Kandar Bin Selamat
kerana telah sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya
menjalankan kajian ini.
Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan
kerana telah memberikan segala kemudahan kepada saya menggunakan pusat sumber
untuk mencari maklumat projek sarjana muda ini.
Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada guru Kemahiran Hidup
Bersepadu sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai, Johor Baharu, Johor yang
telah memberi kerjasama dalam menjawab set soal selidik yang telah diedarkan.
Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan projek
ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian semua akan saya kenang
sepanjang hayat saya.
v
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk diskriptif dengan tujuan untuk meninjau pelaksanaan
awal kurikulum baru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru,
Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesediaan dan
mengenalpasti masalah yang dihadapi guru-guru dalam mengajar mata pelajaran
ini. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti persepsi guru
terhadap perubahan kurikulum mata pelajaran KHB ini. Sampel kajian ini terdiri
daripada 36 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB tingkatan satu.
Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik dan data yang diperolehi diproses
menggunakan perisisn SPSS 10.0 (Satatistical Package For Science Social)
berdasarkan nilai peratus dan min. Hasil dapatan kajian ini menunjukan guru-guru
KHB bersedia untuk mengajar mata pelajaran KHB mengikut sukatan baru dan
mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap perubahan kurikulum KHB ini.
Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang wujud hasil daripada perubahan
kurikulum mata pelajaran KHB iaitu kekurangan Bahan Bantu Mengajar, bahan
rujukan dan kemudahan peralatan di dalam bengkel serta kekurangan bahan untuk
aktiviti amali pelajar. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan
beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk kebaikan bersama.
vi
ABSTRACT
This descriptive study is to survey an implementation of the new
curriculum for form one ‘Kemahiran Hidup Bersepadu’ (KHB) subject in Skudai
district. The objectives of this study are to identify readiness and problem faced by
the respondents when they teaching this subject with the new curriculum. The
objective also wants to identify respondent view about the changing of this
curriculum. Sample of this study consist 36 teachers who teaching form one KHB
subject. Instrument that been used in this study is questionnaire and data obtained
was analyze using Statistical Package for Science Social version 10.0 (SPSS)
based on percentage and mean value. The result of this study shows that
respondent is ready to teaching KHB subject with the new curriculum and they
have a positive view about the changing of this curriculum. In spite of that, there
is a few problem faced by the respondents when they teaching this subject with
the new curriculum like fewer teaching aid, fewer reference for teacher and
student, equipment and facilities in workshop and less of material for students
work activities. At the end of this study, a few suggestions given by the researcher
for benefit of all.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 8
1.3 Pernyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Batasan Kajian 15
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
1.7.2 Pentadbiran Sekolah
1.7.3 Guru
16
16
16
17
viii
1.8 Definisi Terminologi Kajian
1.8.1 Tinjauan
1.8.2 Pelaksanaan
1.8.3 Kurikulum
1.8.4 Baru
1.8.5 Mata pelajaran
1.8.6 Kemahiran Hidup
1.8.7 Sekolah
1.8.9 Guru
17
18
18
18
19
19
20
20
20
1.9 Penutup 21
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 22
2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu
23
2.3 Kurikulum Baru Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan Satu
24
2.4 Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu Mengikut Kurikulum Baru
25
2.5 Tahap Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan
Sukatan Mata Pelajaran Baru
28
2.6 Hubungan Kelengkapan Bengkel Dan
Kemudahan Pengajaran Dalam Pembelajaran
30
2.7 Hubungan Persepsi Guru Terhadap Perubahan
Dalam Kurikulum
31
2.8 Penutup 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
ix
3.3 Sampel kajian 34
3.4 Instrumen kajian
3.4.1 Bahagian A
3.4.2 Bahagian B
34
35
35
3.5 Kajian rintis
3.5.1 Kebolehpercayaan
3.5.2 Kesahan Soal Selidik
37
38
39
3.6 Prosedur kajian 40
3.7 Analisis data 40
3.8 Penutup 43
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Bahagian A-Latar Belakang
Responden
44
4.3 Analisis Bahagian B-Persoalan Kajian
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Satu
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Dua
4.3.3 Analisi Persoalan kajian Tiga
49
49
52
55
4.4 Penutup 58
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 60
5.3 Perbincangan
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang
Responden
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Satu
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Dua
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Tiga
61
61
63
65
68
x
5.4 Cadangan
5.4.1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
5.4.2 Pentadbiran Sekolah
5.4.3 Guru
70
70
71
71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Penutup 73
BIBLIOGRAFI 74
LAMPIRAN
Lampiran A – J 78 - 95
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Isi kandungan Bahagian Teras mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
tingkatan satu mengikut sukatan baru
4
1.2 Isi kandungan Bahagian Pilihan mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
tingkatan satu mengikut sukatan baru
5
1.3 Perbandingan perubahan dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB) KBSM
10
1.4 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan
satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dalam Ujian Setara 1 S.M.K
Taman Universiti tahun 2002 dan 2003
12
1.5 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan
satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dalam Ujian Setara 2 S.M.K
Taman Universiti tahun 2002 dan 2003
12
1.6 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan
satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan
Tahun S.M.K Taman Universiti 2002 dan
2003
12
1.7 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan
satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
13
xii
Bersepadu dalam Ujian Setara Satu S.M.K
Skudai Tahun 2002 dan 2003
1.8 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan
satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan
Tahun 2002 dan 2003
13
2.1 Isi kandungan Bahagian Teras mata
pelajaran Kemahiran HidupBersepadu
tingkatan satu mengikut sukatan baru
25
2.2 Isi kandungan Bahagian Pilihan mata
pelajaran Kemahiran Bersepadu tingkatan
satu mengikut sukatan baru
26
3.1 Jumlah responden yang digunakan mengikut
sekolah
34
3.2 Pengkelasan skala likert dengan markah
skor
36
3.3 Pemerikatan skala likert 36
3.4 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan
Kajian dan Jenis Skala Yang digunakan
Bagi Setiap persoalan Kajian
37
3.5 Jumlah responden yang digunakan dalam
kajian rintis mengikut sekolah
38
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan
peratus
41
3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42
3.8 Peringkatan skala lima kepada tiga mata
berdasarkan nilai min
42
4.1 Taburan responden mengikut jantina 45
4.2 Taburan responden mengikut umur 45
4.3 Taburan responden mengikut kelayakan
akademik
46
4.4 Taburan responden mengikut kelayakan
ikhtisas
47
4.5 Taburan responden mengikut pengalaman 47
xiii
mengajar mata pelajaran kemahiran hidup
bersepadu
4.6 Taburan responden mengikut opsyen mata
pelajaran
48
4.7 Taburan respondan mengenai kesediaan
guru-guru kemahiran hidup mengajar
mengikut sukatan baru KHB
50
4.8 Taburan respondan mengenai masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru-guru
kemahiran hidup mengajar mengikut
sukatan baru KHB
53
4.9 Taburan respondan mengenai persepsi guru
kemahiran hidup terhadap perubahan dalam
sukatan KHB
56
xiv
SENARAI SINGKATAN
Keb. - Kebangsaan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
Men. - Menengah
Sek. - Sekolah
SPSS - Statistical Package for Science Social
Tmn. - Taman
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 78
B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan
Malaysia
86
C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 88
D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan, UTM 89
E Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Skudai 90
F Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Tun
Aminah
91
G Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Mutiara Rini 92
H Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Skudai Baru 93
I Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Universiti
II
94
J Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Universiti 95
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam sebuah negara yang kian pesat membangun, perubahan-perubahan
dalam bidang pendidikan tidak dapat dielakkan. Ini adalah perlu bagi menampung
keperluan-keperluan baru dalam pelbagai bidang. Semenjak pendidikan
pravokasional diperkenalkan pada tahun 1965, banyak perubahan yang dinamik
telah berlaku bagi memenuhi hasrat kerajaan dan halatuju pendidikan negara
sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.
Ee Ah Meng (1988) menyatakan pendidikan pravokasional diperkenalkan
dalam sistem Aneka Jurusan pada tahun 1965 yang bermatlamat antaranya untuk
mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga
manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak proses pemodenan
pertanian dan mempercepat perindustrian. Dalam sistem tersebut, pelajar
dikehendaki mengambil salah satu daripada empat mata pelajaran elektif iaitu
Seni Perusahaan, Perdagangan dan Keusahawanan, Sains Pertanian dan Ekonomi
Rumah Tangga. JawatanKuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar
2
Pelajaran 1979 merumuskan bahawa mata pelajaran elektif ini telah menjuruskan
pelajar terlalu awal ke dalam sesuatu pengkhususan. Ekoran daripada itu, pada
tahun 1989 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan
memperkenalkan mata pelajaran baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
bagi menggantikan sistem Aneka Jurusan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan bertujuan untuk
membekalkan para pelajar dengan kemahiran asas untuk mereka mengendalikan
hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan.(Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1992). Kemahiran asas ini disepadukan dengan nilai-nilai
murni seperti bersikap positif terhadap kerja, bersifat inovatif, berinisiatif,
berdikari, mementingkan keselamatan dan kesihatan serta bermesra dan bersopan
santun di dalam kehidupan mereka. Kemahiran dan nilai-nilai murni yang
diterapkan ini adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).
Perlaksanaan kurikulum bagi mata pelajaran ini dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi
tiga komponen wajib untuk semua pelajar iaitu kemahiran manipulatif,
perdagangan dan keusahawanan serta kekeluargaan. Bagi bahagian pilihan pula
tiga komponen yang ditawarkan ialah kemahiran manipulatif tambahan, ekonomi
rumah tangga dan pertanian.Untuk bahagian pilihan ini para pelajar hanya
dibenarkan memilih satu sahaja bahagian pilihan yang ditawarkan.Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh Kemeterian Pendidikan
Malaysia bagi perlaksanaan mata pelajaran ini adalah berdasarkan pembelajaran
melalui pengalaman. Strategi pembelajaran berdasarkan pengalaman ini
disarankan agar dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan
diri lantas menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalam
urusan kehidupan mereka.
3
Pada tahun 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menggubal kembali sukatan bagi kurikulum mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dengan menggugurkan beberapa tajuk dan
menggantikannya dengan tajuk baru. Walaubagaimanapun objektif bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sukatan baru ini telah dipinda daripada
sukatan yang lama. Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
tingkatan satu yang baru ini adalah untuk membolehkan murid:
1. Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk
dan menghasailkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan
lapis dan bahan komposit.
2. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan
idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan
produk.
3. Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah
kerja elektronik dan paip dalam kehidupan harian.
4. Mengenal pasti prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia
teknologi yang maju.
5. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
6. Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.
7. Membuat kompos dan menanam sayuran jenis buah.
8. Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik
yang betul.
9. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa
depan yang bercirikan K-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan
antarabangsa.
10. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dalam
permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.
11. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara
sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan
rekaan dan penghasilan projek.
12. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
4
Perubahan yang dilakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia memperlihatkan beberapa tajuk dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini disusun semula. Ini dilakukan untuk
mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta
mengemaskinikan kandungannya. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan kandungan
lengkap isi pelajaran bagi bahagian teras.
Jadual 1.1 : Isi kandungan bahagian teras mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu (KHB) tingkatan satu mengikut sukatan
baru.
Tajuk Sub Tajuk
1. Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Organisasi bengkel dan keselamatan
a) Pengurusan Organisasi bengkel dan keselamatan
1.2 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
a) Pengenalan reka bentuk dan teknologi
b) Faktor reka bentuk
c) Jenis bahan dan pengikat
d) Alatan tangan dan mesin
e) Proses
f) Reka bentuk projek
1.3 Elektrik
a) Sumber dan Kegunaan elektrik
b) Jenis wayar dan kerja pendawaian
1.4 Kerja Paip
a) Pengenalan sistem, bekalan air di rumah
b) Jenis paip, penyambung paip dan bahan
pemasangan paip
c) Jenis dan kelengkapan paip
d) Kerja Penyenggaraan
1.5 Jahitan
a) Mesin Jahit
b) Penghasilan artikel
1.6 Tanaman Hiasan
a) Pembiakan secara keratan
b) Penanaman
c) Penjagaan anak pokok
Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2002.
5
Bagi bahagian Pilihan pula, terdapat satu bahagian baru yang ditambah
iaitu Perdagangan dan Keusahawanan manakala tajuk Kemahiran Manipulatif
Tambahan digantikan dengan Kemahiran Teknikal. Jadual 1.2 di bawah
menunjukkan isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
tingkatan satu bahagian Pilihan.
Jadual 1.2 : Isi kandungan bahagian pilihan mata pelajaran Kemahiran
Bersepadu (KHB) tingkatan satu mengikut sukatan baru.
Pilihan Tajuk Sub Tajuk
1 Kemahiran Teknikal 1.1 Elektrik
a) Jenis litar elektrik
b) Penggunaan meter pelbagai
c) Unit kawalan utama bekalan elektrik
domestik
d) Kuasa elektrik
1.2 Asas Elektromekanikal
a) Pengenalan pergerakan mekanikal
b) Pengenalan pergerakan elektromekanikal
1.3 Perniagaan dan keusahawanan
a) Pengenalan kepada perniagaan
- Pengertian dan kepentingan perniagaan
- Perkembangan perniagaan
- Bentuk dan jenis perniagaan.
- Milikan perniagaan
2 Ekonomi Rumah Tangga 2.1 Pemakanan dan Pengurusan Sajian
a) Diet seimbang
b) Perancangan menu
c) Prinsip memasak
d) Kaedah memasak
e) Penyediaan dan penyajian makanan
f) Reka cipta resipi
2.2 Bater
a) Jenis bater
b) Penyediaan makanan
6
Pilihan Tajuk Sub Tajuk
2.3 Kuih Tempatan
a) Sumber kuih tempatan
b) Penyediaan makanan
2.4 Pakaian
a) fabrik
b) Pemilihan pakaian
c) Penjagaan pakaian
2.5 Jahitan
a) Proses jahitan
b) Penghasilan projek jahitan
2.6 Perniagaan dan keusahawanan
a) Pengenalan kepada perniagaan
- Pengertian dan kepentingan perniagaan
- Perkembangan perniagaan
- Bentuk dan jenis perniagaan
- Milikan perniagaan
3 Pertanian 3.1 Kompos
a) Pengenalan
b) Bahan kompos
c) Pembinaan kompos
d) Pengurusan
3.2 Tanaman sayuran
a) Jenis Sayuran
b) Penyediaan tapak
c) Penanaman
d) Penjagaan
e) Pungutan hasil
f) Giliran tanaman
3.3 Perniagaan dan keusahawanan
a) Pengenalan kepada perniagaan
- Pengertian dan kepentingan perniagaan
- Perkembangan perniagaan
- Bentuk dan jenis perniagaan
- Milikan perniagaan
7
Pilihan
4
Tajuk
Perdagangan dan Keusahawanan
Sub Tajuk
4.1 Pengenalan kepada perniagaan
a) Konsep dan kepentingan perniagaan
b) Perkembangan perniagaan
c) Bentuk dan jenis perniagaan
d) Milikan perniagaan
e) Faktor mempengaruhi perniagaan
4.2 Penubuhan dan pengendalian perniagaan
a) langkah menubuhkan perniagaan kecil
- Perancangan perniagaan
- Dokumen penubuhan perniagaan kecil
- Cara mendapatkan modal
b) Pengendalian perniagaan
- Pengendalian dan kawalan perniagaan
- Etika amalan perniagaan
4.3 Dokumen perniagaan
a) Kepentingan dokumen
b) Jenis dokumen
c) Maklumat penting dalam dokumen
4.4 Pengeluaran
a) Pengertian pengeluaran
b) faktor pengeluaran
c) Bidang pengeluaran
d) Kaitan pengeluaran dengan permintaan
e) Proses pengeluaran
f) Pengiraan kos
Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2002.
Secara amnya, penggubalan semula ini seperti kembali kepada sistem
Aneka Jurusan yang telah dilaksanakan pada tahun 1965 tetapi komponen teras
dikekalkan dan palajar perlu memilih bahagian pilihan (elektif) yang mempunyai
empat pilihan. Empat bahagian pilihan itu ialah Kemahiran Teknikal, Ekonomi
Rumah Tangga, Pertanian dan pilihan yang keempat Perdagangan &
Keusahawanan. Pelaksanaan bagi sukatan baru ini telah diguna pakai oleh semua
sekolah-sekolah menegah di seluruh negara pada bualn Januari tahun 2003.
Peringkat awal ini telah melibatkan pelajar tingkatan satu di seluruh Negara.
8
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan satu
rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan kepada masyarakat Malaysia.
Awal dekad baru ini kita sering mendengar tentang perubahan dan penggubalan
kurikulum terutamanya kurikulum yang berkaitan dengan sains dan matematik.
Di dalam hal ini kurikulum yang berkaitan dengan subjek teknik dan voksional
juga tidak dapat lari dari perubahan dan penggubalan kerana mata pelajaran teknik
dan vokasional amat berkait rapat dengan subjek Sains dan Matematik.
Pada tahun 2002 kurikulum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu telah digubal dan ianya telah diguna pakai oleh pelajar tingkatan satu
diseluruh negara mulai Januari tahun 2003. Mata pelajaran ini digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk
meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan
tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan
keperluan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Perubahan kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan semasa amatlah
diperlukan supaya generasi yang mendatang bersedia menempuhi era dunia
teknologi yang berkembang pesat. Menurut Ahamad bin Sipon (2001),
Pendidikan dan Latihan adalah faedah jangka panjang. Murid adalah aset negara
yang amat berharga dalam menentukan corak masyarakat dan guna tenaga kelak.
Justeru amatlah wajar murid sekolah yang akan mewarisi generasi masa hadapan
perlu dibekalkan dengan kurikulum yang relevan dan bermakna agar pengatahuan
dan kemahiran yang mereka perolehi nanti dapat menangani pelbagai cabaran
dalam menempuhi era globalisai dan K-ekonomi.
9
Namun begitu, secara kasarnya perubahan sesuatu kurikulum bakal
menimbulkan beberapa masalah samada masalah yang berkaitan dengan pihak
sekolah, guru mahupun pelajar itu sendiri. Penggubalan kurikulum yang
disuarakan oleh ahli politik dan bukan ahli dalam pendidikan juga membawa
masalah kerana hasil keputusan dan penggubalan tidak terarah kepada
pembangunan insan yang seimbang dari segi intelek dan rohani. Ini ditegaskan
oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Tun Abdul Razak
(UNITAR), Ibrahim Ahmad Bajunid,
"Pemikiran politik dan pentadbir yang tidak mempunyai latar belakang
yang rapat dengan pendidikan masih mempengaruhi kefahaman dan menentukan
semua sistem pendidikan negara ini.”(Berita Harian, 14 Julai 2000)
Melalui pengalaman dan pemerhatian penyelidik ketika menjalani latihan
mengajar, pelaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu ini banyak membawa beberapa masalah yang ketara seperti beban
tugas guru bertambah dan tahap penerimaan pelajar itu sendiri agak sukar kerana
sukatan baru ini menghimpunkan pelbagai konsep serta isi pelajaran dari tingkatan
satu hingga tiga yang terpaksa dipelajari di dalam tingkatan satu. Jadual 1.3 di
bawah menunjukkan perbandingan tajuk sukatan mata pelajaran KHB yang sedia
ada dan tajuk sukatan pelajaran KHB yang baru
10
Jadual 1.3 : Jadual perbandingan perubahan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) KBSM.
Bahagian Tajuk Sukatan Pelajaran KHB yang
sedia ada.
Tajuk Sukatan Pelajaran KHB mengikut
sukatan baru (2002)
Teras Kemahiran manipulatif
Kerja kayu dan logam
Elektrik
Elektronik
Kerja paip asas
Enjin
Pengurusan diri
Perkebunan
Reka cipta
Membuat projek reka cipta
Perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan alam perniagaan
Asas keusahwanan
Pengeluaran
Industri tempatan
Asas perniagaan
Menyimpan rekod
Konsumerisme
Kekeluargaan
Peningkatan kendiri
Kesejahteraan keluarga
Hdup bermasyarakat
Reka bentuk dan teknologi
Organisasi dan keselamatan
Reka cipta
Reka bentuk dan penghasilan projek
Elektrik
Elektrik
Kerja paip asas
Lukisan teknik
Jahitan
Masakan
Tempat kediaman
Perkebunan
Perniagaan dan keusahawanan (tajuk ini
merentasi pilihan 1, 2, 3)
Pengenalan kepada perniagaan
Asas keusahawanan
Pengeluaran
Pengenalan kepada pemasaran
Menyimpan rekod
Konsumerisme
(tiada)
11
Bahagian
Elektif 1
Tajuk Sukatan Pelajaran KHB yang
sedia ada.
Kemahiran Manipulatf Tambahan
Lukisan Teknik
Tajuk Sukatan Pelajaran KHB mengikut
sukatan baru (2002)
Kemahiran Teknikal
Elektrik
Elektronik
Lukisan Teknik
Enjin
Perniagaan dan keusahawanan
Elektif 2 Ekonomi Rumah Tangga
Makanan dan Pemakanan
Pakaian
Tempat Kediaman
Ekonomi Rumah Tangga
Makanan dan Pengendalian makanan
Pengurusan Sajian
Membuat Biskut Dan Kek
Pakaian
Jahitan
Perniagaan Dan Keusahawanan
Elektif 3 Pertanian
Hortikultur
Pertanian
Tanaman sayur-sayuran
Ternakan Ayam Daging atau Puyuh daging
atau Pemeliharaan haiwan kesayangan
Pelandskapan
Perniagaan dan Keusahawanan
Elektif 4 (Tiada) Perdagangan dan Keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan.
Penubuhan dan pengendalian perniagaan
Dokumen perniagaan
Pengeluaran
Keusahawanan
Pengenalan kepada pemasaran
Konsumerisme
Simpan kira
Sumber: Sukatan mata pelajaran KHB tahun 2002, KPM.
12
Jika diperhatikan dari aspek pencapaian pelajar, perbandingan pencapaian
pelajar tahun 2002 (sebelum sukatan baru dilaksanakan) dan pencapaian pelajar
tahun 2003 (setelah sukatan baru dilaksanakan) menunjukkan peratus penurunan
yang agak ketara dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bagi pelajar
tingkatan satu.
Berikut adalah jadual pencapaian pelajar tingkatan satu tahun 2002 dan
2003 dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang diperolehi oleh
penyelidik dari Sekolah Menengah Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.
Jadual 1.4 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian
Setara 1 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003.
Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus
2002 486 329 67.70
2003 438 260 59.36
Peratus Penurunan 7.34
Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.
Jadual 1.5 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian
Setara 2 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003.
Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus
2002 487 252 51.75
2003 442 182 41.21
Peratus Penurunan 10.54
Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor
Jadual 1.6 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam
perperiksaan pertengahan Tahun S.M.K Taman Universiti
2002 Dan 2003.
Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus
2002 486 352 72.43
2003 438 291 66.44
Peratus Penurunan 5.99
Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.
13
Jadual berikutnya pula adalah jadual pencapaian pelajar tingkatan satu
tahun 2002 dan 2003 dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan
satu bagi Ujian Setara Satu dan Perperiksaan Pertengahan Tahun yang diperolehi
oleh penyelidik dari Sekolah Menengah Skudai, Johor Bahru, Johor.
Jadual 1.7 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian
Setara Satu S.M.K Skudai Tahun 2002 dan 2003.
Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus
2002 402 234 58.20
2003 421 239 56.76
Peratus Penurunan 1.44
Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Skudai, Johor Bahru, Johor.
Jadual 1.8 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam
Perperiksaan Pertengahan Tahun 2002 dan 2003.
Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus
2002 434 271 62.44
2003 444 256 57.65
Peratus Penurunan 4.79
Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Skudai, Johor Bahru, Johor.
Melalui perbandingan yang telah disediakan oleh penyelidik, jelas
menunjukkan bahawa pencapaian pelajar pada tahun 2002 lebih baik dan
memberangsangkan berbanding dengan pencapaian pelajar setelah sukatan baru
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 2003.
Timbul persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik tentang mengapakah perkara
ini berlaku dan adakah penurunan ini merupakan kesan terhadap pelaksanaan
kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang diikuti
oleh semua pelajar tingkatan satu mulai Januari 2003 yang lalu.
14
1.3 Pernyataan Masalah
Perubahan Kurikulum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
ini adalah satu titik baru bagi menyediakan pelajar yang lebih berpengetahuan dan
mahir dalam teknologi, namun adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu ini
telah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
mengikut sukatan baru sedangkan mereka telah lama mengajar mengikut sukatan
yang sedia ada. Selain itu, penyelidik juga cuba untuk melihat apakah masalah-
masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup sepanjang proses
mereka mengajar mata pelajaran ini mengikut sukatan baru. Penyelidik juga
berhasrat untuk meninjau persepsi mereka terhadap perubahan yang berlaku di
dalam kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian ini bertujuan meninjau
perlaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu di
sekolah-sekolah menengah di sekitar kawasan Skudai, Johor Baharu. Kajian ini
juga dilakukan oleh penyelidik kerana tiada lagi kajian yang dilakukan ke atas
perlaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
yang telah diguna pakai mulai Jaunari 2003.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui :
1. Mengenalpasti kesediaan guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan
satu untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup mengikut
sukatan kurikulum yang baru.
2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Kemahiran
Hidup Bersepadu tingkatan satu terhadap kurikulum baru mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
15
3. Mengenalpasti persepsi guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu
terhadap perubahan yang berlaku dalam kurikulum Kemahiran Hidup
Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan kajian
bagi menentukan objektif kajian tercapai. Persoalan kajian yang telah dikemukakan
ialah:
1. Adakah guru-guru kemahiran hidup tingkatan satu telah bersedia untuk
mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah
mengikut sukatan kurikulum baru ?
2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru kemahiran hidup
tingkatan satu terhadap sukatan kurikulum mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu yang baru ?
3. Apakah persepsi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu
terhadap perubahan yang berlaku di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu ?

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNALTUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
 
Thesis zamatun 1
Thesis zamatun 1Thesis zamatun 1
Thesis zamatun 1
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Contoh proposal ph d
Contoh proposal ph dContoh proposal ph d
Contoh proposal ph d
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Kajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolahKajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolah
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
15. mary tan mui yee
15.  mary tan mui yee15.  mary tan mui yee
15. mary tan mui yee
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian Tindakan
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 

Similar to 2 perubahan kurikulum 2

Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Jong Yii Phin
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesisAwin Ayura
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesisAwin Ayura
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanMahesh Hesh
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Mahesh Hesh
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmSitiHafidah1
 
Wahidah abu bakar
Wahidah abu bakarWahidah abu bakar
Wahidah abu bakaramoi81
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKavithaDevi13
 

Similar to 2 perubahan kurikulum 2 (20)

Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Jurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran KoperatifJurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran Koperatif
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesis
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesis
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Projek 3 kandungan
Projek 3 kandunganProjek 3 kandungan
Projek 3 kandungan
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
Wahidah abu bakar
Wahidah abu bakarWahidah abu bakar
Wahidah abu bakar
 
Intervensi KBAT
Intervensi KBATIntervensi KBAT
Intervensi KBAT
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (8)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

2 perubahan kurikulum 2

  • 1. TINJAUAN AWAL TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BARU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. MOHD ASZHAR BIN MUHAMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2.
  • 3.
  • 4. TINJAUAN AWAL TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BARU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR MOHD ASZHAR BIN MUHAMAD SANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mac 2004
  • 5.
  • 6. iii Ikhlas Dariku... Untuk Ayahnda Dan Bonda Yang Amat Ku Cintai, Untuk Kekanda Dan Adinda Yang Sentiasa Ku Rindui, Untuk Teman Seperjuang Yang Suka & Duka Bersama, Untuk Insan Teristimewa Yang Sentiasa Setia Di Sisi, Terima Kasih Untuk Segalanya...
  • 7. iv PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas kepada En. Asnul Dahar Bin Minghat kerana memberikan kepercayaan, peluang dan kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Dan juga komen yang membina serta tunjuk ajar daripada beliau. Tidak lupa juga penghargaan ini saya tujukan kepada En. Kandar Bin Selamat kerana telah sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menjalankan kajian ini. Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan kerana telah memberikan segala kemudahan kepada saya menggunakan pusat sumber untuk mencari maklumat projek sarjana muda ini. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada guru Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai, Johor Baharu, Johor yang telah memberi kerjasama dalam menjawab set soal selidik yang telah diedarkan. Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian semua akan saya kenang sepanjang hayat saya.
  • 8. v ABSTRAK Kajian ini berbentuk diskriptif dengan tujuan untuk meninjau pelaksanaan awal kurikulum baru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesediaan dan mengenalpasti masalah yang dihadapi guru-guru dalam mengajar mata pelajaran ini. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap perubahan kurikulum mata pelajaran KHB ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 36 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB tingkatan satu. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik dan data yang diperolehi diproses menggunakan perisisn SPSS 10.0 (Satatistical Package For Science Social) berdasarkan nilai peratus dan min. Hasil dapatan kajian ini menunjukan guru-guru KHB bersedia untuk mengajar mata pelajaran KHB mengikut sukatan baru dan mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap perubahan kurikulum KHB ini. Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang wujud hasil daripada perubahan kurikulum mata pelajaran KHB iaitu kekurangan Bahan Bantu Mengajar, bahan rujukan dan kemudahan peralatan di dalam bengkel serta kekurangan bahan untuk aktiviti amali pelajar. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk kebaikan bersama.
  • 9. vi ABSTRACT This descriptive study is to survey an implementation of the new curriculum for form one ‘Kemahiran Hidup Bersepadu’ (KHB) subject in Skudai district. The objectives of this study are to identify readiness and problem faced by the respondents when they teaching this subject with the new curriculum. The objective also wants to identify respondent view about the changing of this curriculum. Sample of this study consist 36 teachers who teaching form one KHB subject. Instrument that been used in this study is questionnaire and data obtained was analyze using Statistical Package for Science Social version 10.0 (SPSS) based on percentage and mean value. The result of this study shows that respondent is ready to teaching KHB subject with the new curriculum and they have a positive view about the changing of this curriculum. In spite of that, there is a few problem faced by the respondents when they teaching this subject with the new curriculum like fewer teaching aid, fewer reference for teacher and student, equipment and facilities in workshop and less of material for students work activities. At the end of this study, a few suggestions given by the researcher for benefit of all.
  • 10. vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang Masalah 8 1.3 Pernyataan Masalah 14 1.4 Objektif Kajian 14 1.5 Persoalan Kajian 15 1.6 Batasan Kajian 15 1.7 Kepentingan Kajian 1.7.1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1.7.2 Pentadbiran Sekolah 1.7.3 Guru 16 16 16 17
  • 11. viii 1.8 Definisi Terminologi Kajian 1.8.1 Tinjauan 1.8.2 Pelaksanaan 1.8.3 Kurikulum 1.8.4 Baru 1.8.5 Mata pelajaran 1.8.6 Kemahiran Hidup 1.8.7 Sekolah 1.8.9 Guru 17 18 18 18 19 19 20 20 20 1.9 Penutup 21 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 22 2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 23 2.3 Kurikulum Baru Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Satu 24 2.4 Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Mengikut Kurikulum Baru 25 2.5 Tahap Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Sukatan Mata Pelajaran Baru 28 2.6 Hubungan Kelengkapan Bengkel Dan Kemudahan Pengajaran Dalam Pembelajaran 30 2.7 Hubungan Persepsi Guru Terhadap Perubahan Dalam Kurikulum 31 2.8 Penutup 32 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 33 3.2 Reka Bentuk Kajian 33
  • 12. ix 3.3 Sampel kajian 34 3.4 Instrumen kajian 3.4.1 Bahagian A 3.4.2 Bahagian B 34 35 35 3.5 Kajian rintis 3.5.1 Kebolehpercayaan 3.5.2 Kesahan Soal Selidik 37 38 39 3.6 Prosedur kajian 40 3.7 Analisis data 40 3.8 Penutup 43 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 44 4.2 Analisis Bahagian A-Latar Belakang Responden 44 4.3 Analisis Bahagian B-Persoalan Kajian 4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Satu 4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Dua 4.3.3 Analisi Persoalan kajian Tiga 49 49 52 55 4.4 Penutup 58 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 59 5.2 Rumusan Dapatan Kajian 60 5.3 Perbincangan 5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Satu 5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Dua 5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Tiga 61 61 63 65 68
  • 13. x 5.4 Cadangan 5.4.1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor 5.4.2 Pentadbiran Sekolah 5.4.3 Guru 70 70 71 71 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72 5.6 Penutup 73 BIBLIOGRAFI 74 LAMPIRAN Lampiran A – J 78 - 95
  • 14. xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Isi kandungan Bahagian Teras mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu mengikut sukatan baru 4 1.2 Isi kandungan Bahagian Pilihan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu mengikut sukatan baru 5 1.3 Perbandingan perubahan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) KBSM 10 1.4 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara 1 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003 12 1.5 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara 2 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003 12 1.6 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan Tahun S.M.K Taman Universiti 2002 dan 2003 12 1.7 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup 13
  • 15. xii Bersepadu dalam Ujian Setara Satu S.M.K Skudai Tahun 2002 dan 2003 1.8 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan Tahun 2002 dan 2003 13 2.1 Isi kandungan Bahagian Teras mata pelajaran Kemahiran HidupBersepadu tingkatan satu mengikut sukatan baru 25 2.2 Isi kandungan Bahagian Pilihan mata pelajaran Kemahiran Bersepadu tingkatan satu mengikut sukatan baru 26 3.1 Jumlah responden yang digunakan mengikut sekolah 34 3.2 Pengkelasan skala likert dengan markah skor 36 3.3 Pemerikatan skala likert 36 3.4 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian dan Jenis Skala Yang digunakan Bagi Setiap persoalan Kajian 37 3.5 Jumlah responden yang digunakan dalam kajian rintis mengikut sekolah 38 3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 41 3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42 3.8 Peringkatan skala lima kepada tiga mata berdasarkan nilai min 42 4.1 Taburan responden mengikut jantina 45 4.2 Taburan responden mengikut umur 45 4.3 Taburan responden mengikut kelayakan akademik 46 4.4 Taburan responden mengikut kelayakan ikhtisas 47 4.5 Taburan responden mengikut pengalaman 47
  • 16. xiii mengajar mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu 4.6 Taburan responden mengikut opsyen mata pelajaran 48 4.7 Taburan respondan mengenai kesediaan guru-guru kemahiran hidup mengajar mengikut sukatan baru KHB 50 4.8 Taburan respondan mengenai masalah- masalah yang dihadapi oleh guru-guru kemahiran hidup mengajar mengikut sukatan baru KHB 53 4.9 Taburan respondan mengenai persepsi guru kemahiran hidup terhadap perubahan dalam sukatan KHB 56
  • 17. xiv SENARAI SINGKATAN Keb. - Kebangsaan KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia Men. - Menengah Sek. - Sekolah SPSS - Statistical Package for Science Social Tmn. - Taman UTM - Universiti Teknologi Malaysia
  • 18. xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 78 B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 86 C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 88 D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan, UTM 89 E Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Skudai 90 F Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Tun Aminah 91 G Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Mutiara Rini 92 H Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Skudai Baru 93 I Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Universiti II 94 J Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Universiti 95
  • 19. 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam sebuah negara yang kian pesat membangun, perubahan-perubahan dalam bidang pendidikan tidak dapat dielakkan. Ini adalah perlu bagi menampung keperluan-keperluan baru dalam pelbagai bidang. Semenjak pendidikan pravokasional diperkenalkan pada tahun 1965, banyak perubahan yang dinamik telah berlaku bagi memenuhi hasrat kerajaan dan halatuju pendidikan negara sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Ee Ah Meng (1988) menyatakan pendidikan pravokasional diperkenalkan dalam sistem Aneka Jurusan pada tahun 1965 yang bermatlamat antaranya untuk mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak proses pemodenan pertanian dan mempercepat perindustrian. Dalam sistem tersebut, pelajar dikehendaki mengambil salah satu daripada empat mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Perdagangan dan Keusahawanan, Sains Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga. JawatanKuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar
  • 20. 2 Pelajaran 1979 merumuskan bahawa mata pelajaran elektif ini telah menjuruskan pelajar terlalu awal ke dalam sesuatu pengkhususan. Ekoran daripada itu, pada tahun 1989 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan memperkenalkan mata pelajaran baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bagi menggantikan sistem Aneka Jurusan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan bertujuan untuk membekalkan para pelajar dengan kemahiran asas untuk mereka mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan.(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Kemahiran asas ini disepadukan dengan nilai-nilai murni seperti bersikap positif terhadap kerja, bersifat inovatif, berinisiatif, berdikari, mementingkan keselamatan dan kesihatan serta bermesra dan bersopan santun di dalam kehidupan mereka. Kemahiran dan nilai-nilai murni yang diterapkan ini adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Perlaksanaan kurikulum bagi mata pelajaran ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi tiga komponen wajib untuk semua pelajar iaitu kemahiran manipulatif, perdagangan dan keusahawanan serta kekeluargaan. Bagi bahagian pilihan pula tiga komponen yang ditawarkan ialah kemahiran manipulatif tambahan, ekonomi rumah tangga dan pertanian.Untuk bahagian pilihan ini para pelajar hanya dibenarkan memilih satu sahaja bahagian pilihan yang ditawarkan.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia bagi perlaksanaan mata pelajaran ini adalah berdasarkan pembelajaran melalui pengalaman. Strategi pembelajaran berdasarkan pengalaman ini disarankan agar dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri lantas menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalam urusan kehidupan mereka.
  • 21. 3 Pada tahun 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal kembali sukatan bagi kurikulum mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dengan menggugurkan beberapa tajuk dan menggantikannya dengan tajuk baru. Walaubagaimanapun objektif bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sukatan baru ini telah dipinda daripada sukatan yang lama. Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu yang baru ini adalah untuk membolehkan murid: 1. Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasailkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. 2. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. 3. Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektronik dan paip dalam kehidupan harian. 4. Mengenal pasti prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia teknologi yang maju. 5. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit. 6. Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian. 7. Membuat kompos dan menanam sayuran jenis buah. 8. Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul. 9. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang bercirikan K-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa. 10. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dalam permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos. 11. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek. 12. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
  • 22. 4 Perubahan yang dilakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia memperlihatkan beberapa tajuk dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini disusun semula. Ini dilakukan untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskinikan kandungannya. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan kandungan lengkap isi pelajaran bagi bahagian teras. Jadual 1.1 : Isi kandungan bahagian teras mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) tingkatan satu mengikut sukatan baru. Tajuk Sub Tajuk 1. Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Organisasi bengkel dan keselamatan a) Pengurusan Organisasi bengkel dan keselamatan 1.2 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek a) Pengenalan reka bentuk dan teknologi b) Faktor reka bentuk c) Jenis bahan dan pengikat d) Alatan tangan dan mesin e) Proses f) Reka bentuk projek 1.3 Elektrik a) Sumber dan Kegunaan elektrik b) Jenis wayar dan kerja pendawaian 1.4 Kerja Paip a) Pengenalan sistem, bekalan air di rumah b) Jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip c) Jenis dan kelengkapan paip d) Kerja Penyenggaraan 1.5 Jahitan a) Mesin Jahit b) Penghasilan artikel 1.6 Tanaman Hiasan a) Pembiakan secara keratan b) Penanaman c) Penjagaan anak pokok Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2002.
  • 23. 5 Bagi bahagian Pilihan pula, terdapat satu bahagian baru yang ditambah iaitu Perdagangan dan Keusahawanan manakala tajuk Kemahiran Manipulatif Tambahan digantikan dengan Kemahiran Teknikal. Jadual 1.2 di bawah menunjukkan isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu bahagian Pilihan. Jadual 1.2 : Isi kandungan bahagian pilihan mata pelajaran Kemahiran Bersepadu (KHB) tingkatan satu mengikut sukatan baru. Pilihan Tajuk Sub Tajuk 1 Kemahiran Teknikal 1.1 Elektrik a) Jenis litar elektrik b) Penggunaan meter pelbagai c) Unit kawalan utama bekalan elektrik domestik d) Kuasa elektrik 1.2 Asas Elektromekanikal a) Pengenalan pergerakan mekanikal b) Pengenalan pergerakan elektromekanikal 1.3 Perniagaan dan keusahawanan a) Pengenalan kepada perniagaan - Pengertian dan kepentingan perniagaan - Perkembangan perniagaan - Bentuk dan jenis perniagaan. - Milikan perniagaan 2 Ekonomi Rumah Tangga 2.1 Pemakanan dan Pengurusan Sajian a) Diet seimbang b) Perancangan menu c) Prinsip memasak d) Kaedah memasak e) Penyediaan dan penyajian makanan f) Reka cipta resipi 2.2 Bater a) Jenis bater b) Penyediaan makanan
  • 24. 6 Pilihan Tajuk Sub Tajuk 2.3 Kuih Tempatan a) Sumber kuih tempatan b) Penyediaan makanan 2.4 Pakaian a) fabrik b) Pemilihan pakaian c) Penjagaan pakaian 2.5 Jahitan a) Proses jahitan b) Penghasilan projek jahitan 2.6 Perniagaan dan keusahawanan a) Pengenalan kepada perniagaan - Pengertian dan kepentingan perniagaan - Perkembangan perniagaan - Bentuk dan jenis perniagaan - Milikan perniagaan 3 Pertanian 3.1 Kompos a) Pengenalan b) Bahan kompos c) Pembinaan kompos d) Pengurusan 3.2 Tanaman sayuran a) Jenis Sayuran b) Penyediaan tapak c) Penanaman d) Penjagaan e) Pungutan hasil f) Giliran tanaman 3.3 Perniagaan dan keusahawanan a) Pengenalan kepada perniagaan - Pengertian dan kepentingan perniagaan - Perkembangan perniagaan - Bentuk dan jenis perniagaan - Milikan perniagaan
  • 25. 7 Pilihan 4 Tajuk Perdagangan dan Keusahawanan Sub Tajuk 4.1 Pengenalan kepada perniagaan a) Konsep dan kepentingan perniagaan b) Perkembangan perniagaan c) Bentuk dan jenis perniagaan d) Milikan perniagaan e) Faktor mempengaruhi perniagaan 4.2 Penubuhan dan pengendalian perniagaan a) langkah menubuhkan perniagaan kecil - Perancangan perniagaan - Dokumen penubuhan perniagaan kecil - Cara mendapatkan modal b) Pengendalian perniagaan - Pengendalian dan kawalan perniagaan - Etika amalan perniagaan 4.3 Dokumen perniagaan a) Kepentingan dokumen b) Jenis dokumen c) Maklumat penting dalam dokumen 4.4 Pengeluaran a) Pengertian pengeluaran b) faktor pengeluaran c) Bidang pengeluaran d) Kaitan pengeluaran dengan permintaan e) Proses pengeluaran f) Pengiraan kos Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2002. Secara amnya, penggubalan semula ini seperti kembali kepada sistem Aneka Jurusan yang telah dilaksanakan pada tahun 1965 tetapi komponen teras dikekalkan dan palajar perlu memilih bahagian pilihan (elektif) yang mempunyai empat pilihan. Empat bahagian pilihan itu ialah Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan pilihan yang keempat Perdagangan & Keusahawanan. Pelaksanaan bagi sukatan baru ini telah diguna pakai oleh semua sekolah-sekolah menegah di seluruh negara pada bualn Januari tahun 2003. Peringkat awal ini telah melibatkan pelajar tingkatan satu di seluruh Negara.
  • 26. 8 1.2 Latar Belakang Masalah Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan satu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan kepada masyarakat Malaysia. Awal dekad baru ini kita sering mendengar tentang perubahan dan penggubalan kurikulum terutamanya kurikulum yang berkaitan dengan sains dan matematik. Di dalam hal ini kurikulum yang berkaitan dengan subjek teknik dan voksional juga tidak dapat lari dari perubahan dan penggubalan kerana mata pelajaran teknik dan vokasional amat berkait rapat dengan subjek Sains dan Matematik. Pada tahun 2002 kurikulum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah digubal dan ianya telah diguna pakai oleh pelajar tingkatan satu diseluruh negara mulai Januari tahun 2003. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002) Perubahan kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan semasa amatlah diperlukan supaya generasi yang mendatang bersedia menempuhi era dunia teknologi yang berkembang pesat. Menurut Ahamad bin Sipon (2001), Pendidikan dan Latihan adalah faedah jangka panjang. Murid adalah aset negara yang amat berharga dalam menentukan corak masyarakat dan guna tenaga kelak. Justeru amatlah wajar murid sekolah yang akan mewarisi generasi masa hadapan perlu dibekalkan dengan kurikulum yang relevan dan bermakna agar pengatahuan dan kemahiran yang mereka perolehi nanti dapat menangani pelbagai cabaran dalam menempuhi era globalisai dan K-ekonomi.
  • 27. 9 Namun begitu, secara kasarnya perubahan sesuatu kurikulum bakal menimbulkan beberapa masalah samada masalah yang berkaitan dengan pihak sekolah, guru mahupun pelajar itu sendiri. Penggubalan kurikulum yang disuarakan oleh ahli politik dan bukan ahli dalam pendidikan juga membawa masalah kerana hasil keputusan dan penggubalan tidak terarah kepada pembangunan insan yang seimbang dari segi intelek dan rohani. Ini ditegaskan oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Ibrahim Ahmad Bajunid, "Pemikiran politik dan pentadbir yang tidak mempunyai latar belakang yang rapat dengan pendidikan masih mempengaruhi kefahaman dan menentukan semua sistem pendidikan negara ini.”(Berita Harian, 14 Julai 2000) Melalui pengalaman dan pemerhatian penyelidik ketika menjalani latihan mengajar, pelaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini banyak membawa beberapa masalah yang ketara seperti beban tugas guru bertambah dan tahap penerimaan pelajar itu sendiri agak sukar kerana sukatan baru ini menghimpunkan pelbagai konsep serta isi pelajaran dari tingkatan satu hingga tiga yang terpaksa dipelajari di dalam tingkatan satu. Jadual 1.3 di bawah menunjukkan perbandingan tajuk sukatan mata pelajaran KHB yang sedia ada dan tajuk sukatan pelajaran KHB yang baru
  • 28. 10 Jadual 1.3 : Jadual perbandingan perubahan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) KBSM. Bahagian Tajuk Sukatan Pelajaran KHB yang sedia ada. Tajuk Sukatan Pelajaran KHB mengikut sukatan baru (2002) Teras Kemahiran manipulatif Kerja kayu dan logam Elektrik Elektronik Kerja paip asas Enjin Pengurusan diri Perkebunan Reka cipta Membuat projek reka cipta Perniagaan dan keusahawanan Pengenalan alam perniagaan Asas keusahwanan Pengeluaran Industri tempatan Asas perniagaan Menyimpan rekod Konsumerisme Kekeluargaan Peningkatan kendiri Kesejahteraan keluarga Hdup bermasyarakat Reka bentuk dan teknologi Organisasi dan keselamatan Reka cipta Reka bentuk dan penghasilan projek Elektrik Elektrik Kerja paip asas Lukisan teknik Jahitan Masakan Tempat kediaman Perkebunan Perniagaan dan keusahawanan (tajuk ini merentasi pilihan 1, 2, 3) Pengenalan kepada perniagaan Asas keusahawanan Pengeluaran Pengenalan kepada pemasaran Menyimpan rekod Konsumerisme (tiada)
  • 29. 11 Bahagian Elektif 1 Tajuk Sukatan Pelajaran KHB yang sedia ada. Kemahiran Manipulatf Tambahan Lukisan Teknik Tajuk Sukatan Pelajaran KHB mengikut sukatan baru (2002) Kemahiran Teknikal Elektrik Elektronik Lukisan Teknik Enjin Perniagaan dan keusahawanan Elektif 2 Ekonomi Rumah Tangga Makanan dan Pemakanan Pakaian Tempat Kediaman Ekonomi Rumah Tangga Makanan dan Pengendalian makanan Pengurusan Sajian Membuat Biskut Dan Kek Pakaian Jahitan Perniagaan Dan Keusahawanan Elektif 3 Pertanian Hortikultur Pertanian Tanaman sayur-sayuran Ternakan Ayam Daging atau Puyuh daging atau Pemeliharaan haiwan kesayangan Pelandskapan Perniagaan dan Keusahawanan Elektif 4 (Tiada) Perdagangan dan Keusahawanan Pengenalan kepada perniagaan. Penubuhan dan pengendalian perniagaan Dokumen perniagaan Pengeluaran Keusahawanan Pengenalan kepada pemasaran Konsumerisme Simpan kira Sumber: Sukatan mata pelajaran KHB tahun 2002, KPM.
  • 30. 12 Jika diperhatikan dari aspek pencapaian pelajar, perbandingan pencapaian pelajar tahun 2002 (sebelum sukatan baru dilaksanakan) dan pencapaian pelajar tahun 2003 (setelah sukatan baru dilaksanakan) menunjukkan peratus penurunan yang agak ketara dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bagi pelajar tingkatan satu. Berikut adalah jadual pencapaian pelajar tingkatan satu tahun 2002 dan 2003 dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang diperolehi oleh penyelidik dari Sekolah Menengah Taman Universiti, Johor Bahru, Johor. Jadual 1.4 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara 1 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003. Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 486 329 67.70 2003 438 260 59.36 Peratus Penurunan 7.34 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor. Jadual 1.5 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara 2 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003. Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 487 252 51.75 2003 442 182 41.21 Peratus Penurunan 10.54 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor Jadual 1.6 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam perperiksaan pertengahan Tahun S.M.K Taman Universiti 2002 Dan 2003. Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 486 352 72.43 2003 438 291 66.44 Peratus Penurunan 5.99 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.
  • 31. 13 Jadual berikutnya pula adalah jadual pencapaian pelajar tingkatan satu tahun 2002 dan 2003 dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu bagi Ujian Setara Satu dan Perperiksaan Pertengahan Tahun yang diperolehi oleh penyelidik dari Sekolah Menengah Skudai, Johor Bahru, Johor. Jadual 1.7 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara Satu S.M.K Skudai Tahun 2002 dan 2003. Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 402 234 58.20 2003 421 239 56.76 Peratus Penurunan 1.44 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Skudai, Johor Bahru, Johor. Jadual 1.8 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan Tahun 2002 dan 2003. Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 434 271 62.44 2003 444 256 57.65 Peratus Penurunan 4.79 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Skudai, Johor Bahru, Johor. Melalui perbandingan yang telah disediakan oleh penyelidik, jelas menunjukkan bahawa pencapaian pelajar pada tahun 2002 lebih baik dan memberangsangkan berbanding dengan pencapaian pelajar setelah sukatan baru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 2003. Timbul persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik tentang mengapakah perkara ini berlaku dan adakah penurunan ini merupakan kesan terhadap pelaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang diikuti oleh semua pelajar tingkatan satu mulai Januari 2003 yang lalu.
  • 32. 14 1.3 Pernyataan Masalah Perubahan Kurikulum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini adalah satu titik baru bagi menyediakan pelajar yang lebih berpengetahuan dan mahir dalam teknologi, namun adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu ini telah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mengikut sukatan baru sedangkan mereka telah lama mengajar mengikut sukatan yang sedia ada. Selain itu, penyelidik juga cuba untuk melihat apakah masalah- masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup sepanjang proses mereka mengajar mata pelajaran ini mengikut sukatan baru. Penyelidik juga berhasrat untuk meninjau persepsi mereka terhadap perubahan yang berlaku di dalam kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian ini bertujuan meninjau perlaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu di sekolah-sekolah menengah di sekitar kawasan Skudai, Johor Baharu. Kajian ini juga dilakukan oleh penyelidik kerana tiada lagi kajian yang dilakukan ke atas perlaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang telah diguna pakai mulai Jaunari 2003. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui : 1. Mengenalpasti kesediaan guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup mengikut sukatan kurikulum yang baru. 2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu terhadap kurikulum baru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
  • 33. 15 3. Mengenalpasti persepsi guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu terhadap perubahan yang berlaku dalam kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu. 1.5 Persoalan Kajian Dalam kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan objektif kajian tercapai. Persoalan kajian yang telah dikemukakan ialah: 1. Adakah guru-guru kemahiran hidup tingkatan satu telah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah mengikut sukatan kurikulum baru ? 2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru kemahiran hidup tingkatan satu terhadap sukatan kurikulum mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang baru ? 3. Apakah persepsi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu terhadap perubahan yang berlaku di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ?