SlideShare a Scribd company logo
1 of 48
Download to read offline
i
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN
FAIZAH BINTI JA’APAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2017
iii
DEDIKASI
Untuk bonda dan keluarga tercinta,
Tiada terbalas budi dan jasa pengorbanan yang dicurahkan selama ini.
Hanya Allah yang akan membalasnya,
Tidak lupa juga kepada penyelia projek,
Terima kasih tidak terhingga di atas ilmu yang dicurahkan serta tahan melayan
kerenah anak didiknya,
Kepada suami tercinta Mohammad Radzi Bin Long,
Terima kasih di atas doa, pengorbanan dan restumu,
Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian yang sentiasa memberikan semangat ,
Terima kasih kerana sudi membantu dan beri tunjuk ajar,
“Segala doa, harapan dan pengorbanan kalian akan ku balas dengan segunung
kejayaan. Anggaplah kejayaan ku ini sebagai pendorong kepada kecemerlangan anda
di masa depan kelak”
Semoga diberkati Allah S.W.T dan berbahagia selalu.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Di kesempatan ini, setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek kajian ini
Dr.Noorazman Bin Abdul Samad di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang
berterusan dan tidak berbelah bahagi. Tanpa bimbingan yang diberikan, tidak
mungkin kajian ini akan berjaya dihasilkan. Ucapan terima kasih yang tidak
terhingga juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan juga kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung yang turut memberi panduan, pandangan serta tunjuk
ajar dalam usaha menyiapkan dan merealisasikan kajian ini, Segala tunjuk ajar dan
jasa kalian amat berharga. Kepada kaum keluarga terutama bonda tercinta Zaharah
Binti Mahadi dan insan teristimewa Mohammad Radzi Bin Long serta anak-anak
Muhammad Faizul Zaim dan Muhammad Faeeq Rizqi, terima kasih di atas segala
pengorbanan dan pengertian yang diberikan serta dorongan yang menguatkan
semangat untuk terus berusaha tanpa putus asa. Akhir sekali ribuan terima kasih buat
teman-teman di atas pandangan, pendapat, dorongan, tunjuk ajar, nasihat serta
sokongan moral yang telah diberikan sepanjang usaha saya untuk menyiapkan
laporan projek sarjana ini.
Semoga laporan projek sarjana ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada
semua.
Insya Allah. Sekian.
v
ABSTRAK
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan
sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji sejauhmana tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di
empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek
amalan, kemahiran dan sikap serta perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap
ketiga-tiga aspek tersebut. Kajian ini melibatkan 198 orang responden iaitu terdiri
daripada guru-guru SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi dan SMK Parit
Betak di daerah Pontian. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan
data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan
perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS)
dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan
dan Ujian t “Independent Samples T-Test”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap
tinggi iaitu aspek amalan (skor min 3.89), aspek kemahiran (skor min 3.86) dan
aspek sikap (skor min 3.86). Manakala, dapatan kajian Ujian t “Independent Samples
T-Test” menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina
dari aspek amalan (p>0.05=0.803), aspek kemahiran (p>0.05=0.518) dan aspek sikap
(p>0.05=0.447) guru terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P. Secara
keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa penggunaan BBM dalam P&P adalah
penting untuk menarik minat dan meningkatkan prestasi pelajar serta mencapai
objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran.
vi
ABSTRACT
The use of teaching aids (BBM) in Teaching and Learning (P&P) processes is very
important for teachers to ensure that the delivery of information related to the
subjects taught is more clear, systematic and better for students to follow. The
purpose of this study was to examine the extent of teachers’ use of BBM in P&P in
four secondary schools of the Pontian district in terms of practice, skills and attitudes
and differences based on teachers' gender in these three aspects. The study involved
198 respondents consist teachers, of SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer
Baloi and SMK Parit Betak in the Pontian district. The design of this study is a
survey. This study was carried out using a questionnaire as a research instrument and
the data were analyzed descriptively and inferred. Data analysis is processed using
the Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS)
software and the findings are reported in the form of mean, standard deviation,
percentage and T-Test Independent tests. The findings show that the use of teachers
to BBM in P&P from all three aspects is at high level in the practice aspect (mean
score 3.89), skill aspect (mean score 3.86) and attitude aspect (mean score 3.86).
While T-Test Independent tests results showed that there was no significant
difference base on teachers gender towards the use of BBM in the P&P process; in
the practice aspect (P> 0.05 = 0. 803), skill aspect (p>0.05=0.518 ) and attitude
aspect (p>0.05=0.447). Overall, teachers need to realize that the use of BBM in P&P
is important to attract and improve student performance as well as achieve the
teaching objectives of a subject.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.7.1 Guru 8
1.7.2 Pelajar 8
1.7.3 Pentadbir Sekolah 8
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Batasan Kajian 9
1.10 Kerangka Konseptual 9
1.11 Definisi Istilah dan Pengoperasian 11
1.11.1 Amalan 11
viii
1.11.2 Sikap 12
1.11.3 Kemahiran 12
1.11.4 Guru 12
1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 13
1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 13
1.11.7 Sekolah 13
1.12 Rumusan 14
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 15
2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 15
2.2.1 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) 16
2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 17
2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) dalam Teknologi Maklumat (ICT) 18
2.3 Amalan Pengajaran 19
2.3.1 Kualiti Pengajaran 19
2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran 21
2.3.3 Insentif 21
2.4 Kemahiran 23
2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi
Pengajaran 24
2.4.2 Kemahiran Penilaian Pembelajaran 25
2.4.3 Kemahiran Penggunaan Teknologi
Maklumat (ICT) 25
2.5 Sikap 26
2.5.1 Sikap Dari Aspek Keyakinan 27
2.5.2 Sikap Dari Aspek Kepercayaan 28
2.5.3 Sikap Dari Aspek Motivasi 28
2.6 Kajian-Kajian Lepas 29
2.7 Rumusan 31
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
ix
3.3 Kerangka Operasi Kajian 33
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.5 Lokasi Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 37
3.6.1 Borang Soal Selidik 37
3.6.2 Kesahan 38
3.6.3 Kebolehpercayaan 39
3.7 Prosuder Pengumpulan Data 42
3.8 Kaedah Analisis Data 42
3.8.1 Analisis Deskriptif 43
3.8.2 Analisis Inferensi 43
3.9 Rumusan 44
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Pulangan Soal Selidik 46
4.3 Analisis Demografi Responden 46
4.3.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 47
4.3.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 48
4.3.3 Analisis Responden Mengikut Sekolah 49
4.3.4 Analisis Responden Mengikut Mata
Pelajaran 50
4.4 Analisis Persoalan Kajian Pertama 51
4.5 Analisis Persoalan Kajian Kedua 52
4.6 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 55
4.7 Analisis Skor Min Keseluruhan 57
4.8 Ujian Normaliti 57
4.9 Analisis Persoalan Kajian Keempat 59
4.10 Rumusan 61
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Amalan Guru Terhadap Penggunaan
BBM dalam P&P 63
5.2.2 Kemahiran Guru Terhadap Penggunaan
x
BBM dalam P&P 65
5.2.3 Sikap Guru Terhadap Penggunaan
BBM dalam P&P 67
5.2.4 Perbezaan Jantina dari Aspek Amalan,
Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap
Penggunaan BBM dalam P&P 69
5.3 Kesimpulan 70
5.4 Cadangan 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Penutup 73
RUJUKAN 75
LAMPIRAN 86
xi
SENARAI JADUAL
3.1 Bilangan Sampel Dari Setiap Sekolah 36
3.2 Pemarkahan Item-Item Skala Likert 38
3.3 Borang Soal Selidik Yang Digunakan
Dalam Kajian 38
3.4 Tahap Kebolehpercayaan Skor Alpah-Cronbach 40
3.5 Skor Alpha Cronbach 41
3.6 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 41
3.7 Tafsiran Nilai Julat Min 43
4.1 Analisis Pulangan Soal Selidik 46
4.2 Analisis Keseluruhan Demografi Responden 47
4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48
4.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 49
4.5 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah 49
4.6 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Mata Pelajaran 50
4.7 Amalan Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 52
4.8 Kemahiran Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 54
4.9 Sikap Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 56
4.10 Analisis Skor Min Keseluruhan 57
4.11 Nilai Skewness dan Kurtosis bagi setiap Aspek 58
4.12 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan
Jantina dari Aspek Amalan 59
4.13 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan
Jantina dari Aspek Kemahiran 60
4.14 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan
Jantina dari Aspek Sikap 60
xii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konseptual 11
3.1 Kerangka Operasi Kajian 34
xiii
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For Social Science
xiv
SENARAI LAMPIRAN
A Surat Kebenaran 86
B Pengesahan Pakar 90
C Borang Soal Selidik 98
D Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis 105
E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 107
F Analisis Data 109
G Jadual Krejcie dan Morgan 118
H Carta Gantt 119
1
BAB 1
PENDHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dapat dilihat sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan
modal insan yang dilahirkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu
mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif
dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran
maklumat (Jantan, 2016). Menurut Hamdan & Mohd Yasin (2010) menyatakan guru
sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik
pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang
diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan BBM adalah amat penting dalam proses P&P
bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Justeru itu, guru-guru
harus memainkan peranan penting dalam proses P&P bagi melaksanakan pengajaran
abad ke 21 seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian serta menyahut hasrat
Negara untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.
Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika guru-guru menggunakan
BBM dalam P&P dan bukan hanya kepada pelajar sahaja bahkan kepada guru itu
sendiri. Oleh yang demikian, pelbagai maklumat yang berguna diperolehi serta dapat
meningkatkan pengetahuan semasa penyediaan BBM terhadap sesuatu topik yang
akan diajari di dalam kelas. Oleh itu, guru dapat menghasilkan pelbagai BBM yang
sesuai dan menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti
yang lebih kreatif di dalam P&P (Noordin & Zainal Abiden, 2010). Di samping itu,
dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat
2
meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar. Manakala, guru-
guru juga dapat menyampaikan idea-idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap
P&P.
Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif
kepada diri pelajar. Menurut Mohd Yasin et al. (2013) dalam dapatan kajian beliau
menyatakan bahawa BBM responden masih lagi tidak mencukupi terutama BBM
yang melibatkan ICT yang terkini. Pengkaji juga berpendapat penggunaan BBM
adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar
kerana tanpa BBM, proses P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian
akademik akan menurun. Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan
BBM dalam P&P mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai
aspek. Selain itu, penggunaan BBM dalam P&P di sekolah memerlukan kesediaan
guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM
dalam P&P berjalan dengan berkesan dan berkualiti.
Walau bagaimanapun, masih ada lagi di kalangan guru-guru yang kurang
berminat menggunakan BBM dalam P&P. Oleh itu, guru kurang percaya dengan
amalan menggunakan BBM boleh menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi
pelajar dalam proses P&P. Menurut Kamus Dewan (2015), sikap bermaksud lakuan,
kelakuan, perangai atau tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru yang cekap
menguruskan aktiviti P&P dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang
berketerampilan, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap perlakuan
guru akan menjadi kesan kepada pencapaian pelajar (Stapa et. al. 2012). Di samping
itu, guru perlulah menjadikan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan murid
supaya guru mudah membentuk dan menerapkan nilai-nilai serta amalan yang baik
agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dari pelbagai aspek.
Walaupun terdapat reformasi yang telah melanda dunia pendidikan di
Malaysia dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif, sikap
guru terhadap kaedah pengajaran yang lama masih lagi dikekalkan. Justeru itu,
menurut Marzuki (2005) sesuatu proses P&P dianggap berkesan jika sebelum proses
P&P guru telah menyediakan BBM, mendalami isi kandungan yang hendak diajar
dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Maka, guru tersebut dianggap sebagai
seorang guru yang bagus dan berkualiti. Selain itu, beliau juga menyatakan guru
perlu mengetahui kebolehan pelajar menerima pelajaran, dapat mengawal kelakuan
pelajar, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan
3
memberi ujian yang kerap kepada pelajar. Sehubungan dengan Itu, kejayaan sesuatu
P&P dilihat daripada kebolehan seseorang guru mengajar dalam keadaan baik dan
berkesan serta dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik.
Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam
menggunakan bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu
BBM akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang
mencukupi. Menurut Mat Som (2005), keupayaan dan kemampuan guru dalam
melaksanakan BBM dan menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan
dengannya memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru untuk membuat justifikasi.
Oleh yang demikian, memiliki kemahiran yang tinggi merupakan salah satu aspek
yang terpenting dalam menjayakan aktiviti P&P yang berkesan. Persoalannya di sini,
adakah guru perlu bersedia dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap
penggunaan BBM dalam P&P di sekolah supaya P&P lebih bermakna dan berkesan
serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Amalan guru terhadap BBM dalam P&P sering diperkatakan kebelakangan ini.
Faktor-faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, beban mengajar yang
tinggi, kekurangan masa, tidak praktikal, tidak mahir membina bahan secara sendiri
dan sumber kewangan tidak mencukupi merupakan beberapa halangan atau
kekangan yang dihadapi oleh para pendidik untuk melaksanakan dan menyediakan
BBM dalam P&P (Lai et.al., 2002). Manakala menurut Mat Som (2005) menyatakan
terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak sekolah dalam
melaksanakan BBM dalam P&P. Tahap kesedaran guru dalam menggunakan BBM
dalam P&P perlu ditekankan kepada faktor-faktor latar belakang guru yang berbeza,
keupayaan guru dari segi pengetahuan, sikap, motivasi dan kemahiran serta lokasi
sekolah akan menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
Terdapat beberapa implikasi daripada faktor halangan penggunaan guru
terhadap BBM dalam P&P. Menurut Daud et.al. (2006) yang menyatakan bahawa
terdapat beberapa faktor amalan penggunaan BBM antaranya ialah kurang
4
kepelbagaian kaedah dalam P&P mereka. Para guru masih juga mengamalkan
kaedah pengajaran secara tradisional yang disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan
guru semata-mata seperti syarahan, hafalan, soal jawab dan perbincangan. Namun
begitu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru bagi mengatasi segala halangan-
halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah.
Walau bagaimanapun, realitinya masih terdapat guru yang kurang
mengamalkan kualiti pengajaran yang betul dan berkesan. Hal ini boleh dibuktikan
menurut kajian Hamdan et. al. (2004) menyatakan bahawa setiap orang guru mesti
memerlukan penyusunan strategi P&P terlebih dahulu sebelum proses P&P
dijalankan. Oleh itu, bahan-bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar, kaedah-kaedah
pengajaran dan guru-guru dapat membuat jadual masa yang mencukupi dengan masa
pengajarannya. Manakala menurut Che Mohd Noor & Ahmad (2015) menyatakan
semasa proses P&P mata pelajaran sejarah dilaksanakan, masih terdapat guru-guru
yang menggunakan kaedah atau teknik membaca buku teks semata-mata dalam
pengajarannya dan menyebabkan murid kurang minat untuk aktif dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, kaedah “chalk and talk” sudah menjadi kebiasaan di dalam
bilik darjah. Hal ini jika diambil peduli sepatutnya tidak berlanjutan kerana akan
menghilangkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan menguatkan
lagi tafsiran para pelajar yang menyatakan mata pelajaran tersebut adalah mata
pelajaran yang membosankan. Oleh itu, pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru-
guru mestilah mengubah suai strategi pengajaran mengikut keberkesanan
penggunaan sesuatu BBM atau kaedah pengajaran guru seperti kaedah nyanyian
yang mana pelajar-pelajar lebih seronok dan lebih aktif terhadap mata pelajaran yang
dipelajarinya. Ini menunjukkan kaedah ini memberi kesan kepada pelajar
terutamanya prestasi dalam pembelajaran mereka (Hj. Salleh, 2007).
Justeru itu, walaupun terdapat beberapa kursus kemahiran yang telah
dijalankan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) namun menurut
kajian Mohamed Noh et. al. (2013) menyatakan bahawa guru kurang mahir dalam
mengintegrasikan bahan daripada portal dalam pengajaran walaupun guru ini pernah
menyertai kursus ICT dalam pendidikan sekolah. Oleh itu, dalam kajiannya juga
menyatakan guru tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula
bahan pengajaran daripada bahan-bahan yang sedia ada. Manakala, menurut
5
Mukama dan Andersson (2007) pula menyatakan guru-guru yang berusia tidak mahu
berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru
yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih
terdedah kepada teknologi yang baru.
Isu mengenai sikap guru akan mencorakkan perlaksanaan BBM dalam
kurikulum di sekolah. Menurut kajian Omar (2014), menyatakan bahawa terdapat
dikalangan guru-guru yang masih lagi tidak berminat dengan penggunaan BBM
dalam P&P mereka. Hal ini disebabkan oleh sikap dan kepercayaan terhadap
penggunaan BBM dalam P&P telah menguasai dalam diri seseorang guru. Namun
begitu, sesetengah guru akan berasa risau dan tidak selesa setiap kali sesuatu bahan
atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan walaupun sesungguhnya
penggunaan ICT dalam P&P sudah lama diperkenalkan. Perkara ini berlaku
disebabkan guru tidak bersedia dengan perubahan kurikulum yang baharu dengan
menggunakan ICT dalam melaksanakan P&P seperti mana yang disarankan
(Mohamed Noh et. al.,2013). Oleh itu, dengan adanya sikap guru yang tidak
keterbukaan terhadap perubahan-perubahan yang terkini yang menyebabkan guru
tidak bersedia untuk menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di sekolah.
Oleh itu, aspek amalan, kemahiran dan sikap guru merupakan faktor-faktor
yang mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah. Walau
bagaimanapun, masih terdapat di kalangan guru-guru yang tidak bersedia terhadap
penggunaan BBM dalam P&P mereka di sekolah dari aspek amalan, kemahiran dan
sikap guru yang mana mereka masih lagi mengajar menggunakan kaedah
konvensional yang lebih di kenali „chalk and talk’. Persoalannya di sini adakah guru-
guru kurang menggunakan BBM, kurang kemahiran dan tidak mempunyai sikap atau
keinginan untuk menggunakan BBM dalam P&P di sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Sikap guru terhadap penerimaan diawal proses pengenalan sesuatu BBM di sekolah
adalah amat penting. Keputusan guru untuk menggunakan BBM yang dilaksanakan
di sekolah ke dalam intruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan
6
seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu program
(Mohamed Noh et. al., 2013).
Amalan guru menggunakan BBM dalam P&P bukannya perkara asing lagi
dalam dunia pendidikan. Oleh itu, adakah guru-guru bersedia terhadap penggunaan
BBM dalam proses P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru di sekolah.
Menurut kajian Mohamad Said & Yunus (2008) menyatakan bahawa walaupun
pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk membantu guru mengembangkan kreativiti pelajar, akan
tetapi kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa para guru gagal
meningkatkan kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Kekurangan guru menggunakan
BBM dalam P&P boleh menyebabkan aktiviti pelajar dalam bilik darjah akan
menjadi lebih terhad. Oleh yang demikian, Guru-guru yang masih berminat dan
selesa menggunakan kaedah yang lama “chalk and talk” atau kaedah konvensional
semasa proses P&P dijalankan. Justeru itu, akibatnya apabila pelajar mudah hilang
tumpuan dan membuat kerja sendiri ketika proses P&P di jalankan serta akan
mengakibatkan penurunan prestasi murid dalam peperiksaan (Mohamed Arip et.al.,
2014).
Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti persepsi guru
terhadap penggunaan BBM dalam P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru
dalam menggunakan BBM dalam P&P di sekolah. Oleh itu, perbezaan yang
signifikan penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina dari aspek amalan,
kemahiran dan sikap guru turut dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti yang berikut :
1) Mengenal pasti amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2) Mengenal pasti kemahiran guru terhadap penyediaan bahan bantu mengajar
(BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
3) Mengenal pasti sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
7
4) Mengenal pasti perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek
amalan, kemahiran dan sikap guru.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang telah dibentuk adalah seperti yang berikut :
1) Sejauhmanakah amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?
2) Sejauhmanakah kemahiran guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?
3) Sejauhmanakah sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?
4) Adakah terdapat perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek
amalan, kemahiran dan sikap guru?
1.6 Hipotesis Kajian
Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah
seperti berikut :
H
0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan, kemahiran dan
sikap terhadap penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina.
1.7 Kepentingan Kajian
Mengenal pasti dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan
BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian
8
merupakan tujuan kajian yang dijalankan. Dengan adanya kajian ini diharapkan agar
dapat menyelesaikan masalah guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P. Kajian
ini juga mempunyai kepentingan kepada:
1.7.1 Guru
Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para guru kerana dari kajian ini kita akan
dapati apakah persepsi guru terhadap pengunaan BBM dalam P&P dan bagaimana
cara guru mempraktikkan BBM dalam P&P mereka di dalam kelas. Ianya juga dapat
membantu guru dalam merancang dan membuat persediaan sebelum sesuatu P&P
bermula.
1.7.2 Pelajar
Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar yang mana dapat mengenal
pasti BBM yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka dan guru dapat
mempraktikkannya di dalam bilik darjah dengan berkesan. Pengkaji mengharapkan
dengan adanya kajian ini, pelajar akan lebih berminat terhadap mata pelajaran yang
dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih cemerlang.
1.7.3 Pentadbir Sekolah
Kajian ini penting untuk pihak pentadbir sekolah kerana pihak sekolah mudah untuk
memilih BBM bersesuaian dengan teknik atau kaedah pengajaran guru. Selain itu,
pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan peralatan dan tempat guru
menggunakan BBM supaya P&P berjalan dengan lancar, berkualiti dan berkesan. Di
samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan bilik khas untuk
penyimpanan, pembinaan BBM dan baik pulih peralatan. Selain itu, pihak pentadbir
9
juga perlu memberi perhatian kepada Pusat Sumber Sekolah supaya melengkapkan
BBM yang mencukupi dan sempurna untuk kegunaan oleh semua guru setiap mata
pelajaran.
1.8 Skop Kajian
Kajian ini adalah mengenai penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek amalan, kemahiran dan
sikap guru. Dalam kajian ini juga, penyelidik ingin mengenal pasti perbezaan yang
signifikan terhadap amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM
dalam P&P berdasarkan jantina.
1.9 Batasan Kajian
Tahap penggunaan guru terhadap BBM dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru
di sekolah perlu dijalankan sesuatu kajian. Sampel kajian ini diambil dari kalangan
guru-guru di 4 buah sekolah daripada 13 buah Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) daerah Pontian yang merupakan sekolah luar bandar yang telah dilengkapi
dengan kemudahan ICT. Selain itu, guru-guru juga terlibat dalam penggunaan BBM
mahupun masih menggunakan kaedah konvensional dalam P&P mereka di dalam
bilik darjah.
1.10 Kerangka Konseptual
Faktor-faktor yang berkaitan dengan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian seperti mana yang
dipaparkan dalam rajah 1.1 iaitu yang berkaitan dengan kerangka konsep kajian.
Pengkaji akan mengkaji faktor guru yang mana sebagai pemboleh ubah bersandar
10
dalam kajian ini. Aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan
BBM dalam P&P di sekolah sebagai pemboleh ubah tidak bersandar merupakan
faktor-faktor atau masalah yang perlu dikaji dalam kajian ini. Di dalam kajian ini,
amalan merujuk kepada kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif
(Mohd Jackie et.al.,2016). Manakala kemahiran mempelbagaikan strategi
pengajaran, kemahiran penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi
maklumat (ICT) tertumpu kepada bahagian kemahiran (Ahmad & jinggan, 2015).
Sikap pula merujuk kepada keyakinan, kepercayaan dan motivasi. Pembentukan
amalan, kemahiran dan sikap akan mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM
dalam P&P di sekolah.
Di samping mengkaji tentang penggunaan guru terhadap BBM, pengkaji juga
mengkaji tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P berdasarkan perbezaan
jantina guru iaitu lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut
boleh menyebabkan halangan guru terhadap penggunaan BBM semakin berat dan
bertambah seperti dapatan hasil kajian yang lepas.
Dapatan kajian yang lepas menyatakan bahawa motivasi, sikap, pengetahuan
dan kemahiran professional serta tumpuan guru di antara salah satu faktor halangan
penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P. Apabila terdapat perubahan dari segi
kurikulum dan inovasi, maka para guru akan berasa kurang selesa terhadap
perubahan tersebut dan sedikit sebanyak akan mengubah peranan mereka di dalam
kelas. Justeru itu, para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil
inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada
sesuatu yang kreatif dan berinovatif. Guru pada hari ini dan pada masa depan bukan
lagi berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperoleh
sendiri oleh para pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Hasil
daripada kajian dapat mengenal pasti halangan atau kekangan yang berlaku terhadap
penggunaan BBM dalam proses P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di
daerah Pontian supaya pihak atasan, penggubal kurikulum dan pihak jabatan
mengambil perhatian yang sewajarnya. Oleh itu, cadangan-cadangan yang diberikan
dalam bab seterusnya akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan
secepat mungkin. Kerangka konsep yang dicadangkan dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
11
output
Rajah 1.1 : Faktor-faktor halangan yang akan dikaji penggunaan guru terhadap BBM
dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian
1.10 Definisi Istilah dan Pengoperasian
Pengkaji akan mendefinasikan beberapa perkataan atau istilah yang digunakan dalam
kajian ini seperti yang berikut bagi mnggelakkan kesalahan dan pemahaman oleh
pembaca:
1.10.1 Amalan
Guru yang mempelbagaikan teknik pengajaran, menyediakan pelbagai BBM dan
mendalami isi kandungan yang hendak diajar menunjukkan bahawa amalan guru itu
GURU
Amalan
- Kualiti pengajaran
- Kesesuaian aras
pengajaran
- Insentif
Sumber adaptasi daripada
(Mohd Jackie et.al.,2016)
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Kemahiran
- Kemahiran
Mempelbagaikan
Pengajaran
- Kemahiran Penilaian
Pembelajaran
- Kemahiran Penggunaan
ICT
Sumber adapatasi daripada
(Ahmad & jinggan, 2015)
Sikap
- Keyakinan
- Kepercayaan
- Motivasi
Sumber adapatasi daripada
Yaacob, 2003.
Mohamed Noh et. al. (2013)
Jaffar et.al (2001)
12
adalah berkesan. Dalam konteks kajian ini, amalan bermaksud sikap atau tingkah
laku yang sering dipraktikkan. Penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
1.10.2 Sikap
Sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu
pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan atau pandangan guru
terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
daerah Pontian.
1.10.3 Kemahiran
Kemahiran membawa maksud kepandaian dan kecekapan. Dalam kajian ini, ia
membawa maksud kebolehan dan kecekapan guru dalam menguasai aspek
kemahiran dalam menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) di Derah Pontian
1.11.4 Guru
Guru bermaksud seseorang guru yang menyediakan dan mengeluarkan bahan
pengajaran, mengajar pelajarnya di Istitusi Pendidikan dan memeriksa jawapan
pelajar yang telah dikembalikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh. Dalam
kajian ini, guru-guru yang mengajar mengikut mata pelajaran yang telah ditentukan
oleh pihak pentadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Pontian
berdasarkan kurikulum yang telah dibekalkan.
13
1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru atau pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam
kelas. Dalam kajian ini, BBM bermaksud peralatan atau bahan yang digunakan oleh
guru dan pelajar dalam proses P&P yang melibatkan peralatan atau bahan berinovasi
seperti guru menggunakan peralatan komputer, multimedia, perisian, kad imbasan,
buku teks dan sebagainya dalam P&P bagi meningkatkan perasaan ingin tahu,
menarik dan lebih fokus belajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh
guru.
1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pengajaran ialah sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru
dan muridnya. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku.
Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan
teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses
belajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal
sama ada dalam bentuk yang eksplisit atau implisit (Shahabuddin et. al. 2003).
1.11.7 Sekolah
Sekolah dalam kajian ini menunjukkan kepada pelajar yang berumur 13 tahun hingga
19 tahun di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) luar bandar di
daerah Pontian . Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) tersebut mempunyai guru
lelaki dan perempuan.
14
1.12 Rumusan
Tajuk-tajuk mengenai pengenalan kajian, latar belakang kajian, pernyataan masalah
kajian akibat daripada isu-isu penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari aspek
amalan, kemahiran dan sikap telah diterangkan dengan terperinci di dalam bab ini.
Oleh itu, dengan adanya persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan
kerangka konsep akan memberikan maklumat kepada pembaca. Manakala dalam
kajian ini akan mendefinasikan perkataan atau istilah yang akan digunakan untuk
memudahkan pembaca memahami perkataan atau istilah.
15
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini mengetengahkan tentang beberapa kajian terdahulu yang ada kaitan dengan
objektif kajian ini. Dalam bab ini juga membincangkan faktor-faktor yang penting
dalam pembacaan literatur yang merangkumi faktor amalan kesediaan guru terhadap
penggunaan BBM dari aspek kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan
insentif. Manakala aspek kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran
penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat (ICT)
merupakan faktor-faktor di bahagian kemahiran. Faktor sikap guru terhadap bahan
bantu mengajar (BBM) pula merangkumi aspek keyakinan, kepercayaan dan
motivasi dalam menggunakan BBM dalam P&P. Diharapkan kajian literatur ini
dapat membantu pembaca memahami latar belakang kajian yang dijalankan dengan
lebih jelas lagi.
2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan perubahan yang drastik
daripada gaya P&P secara konvensional kepada gaya pembelajaran yang moden
dengan menggunakan BBM yang berteknologi tinggi sejajar dengan peredaran
zaman pada masa kini. Tugas guru kian mencabar kesan daripada perubahan dunia
ke era globalisasi yang positif mahupun negatif (Zain 2002, Nik Yusof 2002). Guru-
16
guru yang kreatif dan inovatif boleh dicontohi kepada guru-guru yang lain kerana
menggunakan BBM yang sedia ada atau menghasilkan BBM yang baru untuk proses
P&P. Dalam kajian Jasmi et al. (2011) menyatakan BBM berfungsi sebagai pemudah
cara untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan
kepada pelajar. Dalam kajian mereka juga menyatakan sebanyak 25 peratus sahaja
penglibatan guru di dalam bilik darjah.
Justeru itu, pelbagai bentuk BBM yang boleh meningkatkan kefahaman serta
pencapaian pelajar mengikut sesuatu topik yang mereka akan pelajari. Menurut
Ahmad Zanzali & Daud (2010) menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan
hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam
proses P&P, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses P&P bagi
meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta
kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar.
Oleh itu, kaedah dan teknik P&P sahaja tidak mencukupi dan menjamin berlakunya
proses P&P dengan jayanya dan berkesan terhadap objektif pengajaran tanpa
menggunakan BBM.
Oleh yang demikian, BBM memainkan peranan yang penting bukan sahaja
untuk menarik minat pelajar, bahkan untuk pelajar memahami sesuatu konsep
dengan mudah dalam P&P mereka. Penggunaan BBM dalam proses P&P merupakan
satu alternatif dalam usaha menjayakan sesuatu P&P. Peranan guru adalah penting
untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah (Haji Hassan, 2004).
2.2.1 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan dengan topik yang hendak dipelajari
adalah amat penting dalam proses P&P. Hal ini kerana, bagi menarik minat pelajar
terhadap proses P&P dan sekaligus pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya
terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari. Setiap guru adalah sebagai
fasilitator yang mana mereka harus ketahui dan memahami bagaimana sesuatu
kaedah atau teknik itu dapat membantu dalam proses P&P serta merancang proses
P&P berorientasikan pelajar (Zainal Azir, 2017).
17
Justeru itu, menurut Jasmi et al. (2011) menyatakan bahawa BBM
diklasifikasikan kepada dua jenis pola iaitu BBM berbentuk pola dan BBM
berbentuk bukan pola. Terdapat enam jenis BBM iaitu buku teks, komputer dan LCD
merupakan pola yang utama. Manakala, kertas edaran dan modul, buku rujukan,
kertas mahjong dan gambar adalah BBM yang berbentuk pola sampingan. Selain itu,
BBM seperti carta, kaset, bahan maujud, akhbar dan keratan, buku latihan, movie
dan video, radio, fail audio, papan hitam dan putih, kertas manila kad, folio dan OHP
serta transparensi merupakan BBM yang tidak membentuk pola.
Walau bagaimanapun, menurut Musa & Mohamad (2014) menyatakan
bahawa BBM boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan
elektronik. Di antara BBM seperti radio, projektor dan salaid, televisyen, video dan
alat yang berbantukan komputer adalah BBM berbentuk elektronik. Manakala
majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar yang berkaitan dengan P&P
merupakan BBM jenis bukan elektronik. Penggunaan BBM dalam proses P&P
adalah untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari
dengan menimba pengalaman yang menyeronokkan.
2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P)
Pada zaman yang serba canggih dan berteknologi, guru perlu mengubah tingkah laku
ke atas diri seorang pelajar dengan mempunyai rasa tanggungjawab memberikan
ilmu dan pendidikan kepada mereka. Hamdan et.al. (2004) menyatakan bahawa bagi
memastikan setiap objektif pengajaran guru tercapai, guru perlu menyusun strategi
pengajaran terlebih dahulu sebelum proses P&P dijalankan. Tempoh masa
pengajaran mestilah mencukupi dengan jadual masa yang telah ditetapkan jika guru
tersebut telah bersedia dengan kaedah-kaedah, aktiviti-aktiviti pelajar dan bahan
rujukan sebelum proses P&P dijalankan.
Justeru itu, guru perlu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan menguasai
teknologi terkini yang sentiasa berubah-ubah bagi menangani perubahan dalam P&P.
Di dalam diri seorang guru mestilah mengamalkan budaya membaca, budaya
menulis dan budaya berfikir sebelum dan semasa proses P&P dijalankan. Menurut
18
Buntat & Ahamad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa kebanyakan
responden menarik minat pelajar dengan menggunakan kaedah membina set induksi
pada awal isi pelajaran untuk pelajar lebih memahami mata pelajaran yang akan
diajar. Oleh itu, responden juga memudahkan proses P&P mereka dengan
menggunakan perisian power point dan peralatan teknologi yang telah dibekalkan
oleh pihak Kementerian. Selain itu, beliau juga bersetuju dengan taknik kemahiran
berfikir yang melibatkan pengajaran yang berpusatkan pelajar yang mana akan
melatih pelajar berdikari untuk berfikir tanpa bantuan guru untuk mencari sebarang
maklumat.
2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Teknologi
Maklumat (ICT)
Pengajaran abad ke 21 yang mementingkan penggunaan teknologi maklumat (ICT)
sebagai satu BBM dalam P&P semakin diperkatakan bagi meningkatkan kesediaan
guru-guru di sekolah terhadap kemahiran menggunakan peralatan teknologi tersebut.
Oleh yang demikian, menurut Mohsin & Hassan (2011) menyatakan
kepentingan menggunakan BBM dalam proses P&P di kalangan guru adalah
membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dalam proses P&P,
menjimatkan masa dan tenaga guru dalam menyediakan BBM, membantu guru
menyahut cabaran dengan mempertingkatkan potensi penggunaan teknologi terkini,
memberi kesan positif ke atas pelajar dalam proses P&P, kesejagatan sumber P&P
dan yang terakhir ialah penyediaan guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P
sejajar dengan abad ke 21. Oleh itu, guru perlulah mempunyai sikap yg positif serta
mempersiapkan diri terhadap penyediaan serta penggunaan BBM dalam P&P di
sekolah.
19
2.3 Amalan Pengajaran
Peranan guru adalah penting dalam mendidik para pelajar dan di dalam kelas pula
guru sebagai pendidik, fasilitator dan pemudahcara. Oleh yang demikian,
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan BBM dan mendalami isi
kandungan yang hendak diajar merupakan amalan guru yang berkesan terhadap
proses P&P. Dengan kata lain, jika ada kemampuan guru itu sendiri untuk mengajar
dengan baik dan berkesan maka akan terhasil P&P yang berkesan terhadap guru dan
pelajarnya. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan semangat dan memotivasikan
pelajar agar terus belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik
(Marzuki, 2005). Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah boleh dijadikan sebagai
pusat kecemerlangan jika guru berusaha untuk mempertingkatkan pengajarannya di
dalam bilik darjah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat penyebaran ilmu
pengetahuan, pembentukkan keperibadian pelajar dan penyampaian pelbagai jenis
kemahiran (Said & Mohamad,2011). Menurut Marzuki (2005) menyatakan beliau
telah mengkaji bahawa model pengajaran Slavin (1994) adalah membuat kajian yang
baik terhadap amalan pengajaran guru dibeberapa buah sekolah di Malaysia. Oleh
itu, dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa guru-guru menggunakan kualiti
pengajaran, memberi insentif kepada pembelajaran murid, menggunakan masa secara
optimum dan kesesuaian tahap pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar
merupakan faktor-faktor dalam model pengajaran yang berkesan.
2.3.1 Kualiti Pengajaran
Kualiti dalam pendidikan adalah susah untuk didefinasikan dan diukur di mana
kesemua hasil pembelajaran yang diterima oleh murid daripada guru dan juga
persekitaran institusi itu sendiri. Masalah kualiti merupakan perkara yang
menyeluruh dan tanpa kualiti, perkhidmatan dan pasaran produk tidak maju dengan
jayanya. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi memerlukan perkhidmatan yang
berkualiti sebagai ciri yang utama untuk menjadikan organisasi yang terkenal serta
berdaya saing. Kualiti juga sebagai mencerminkan kegemilangan (Ashraf & Ibrahim,
20
2009). Manakala menurut Marzuki (2005) menyatakan bahawa keseronokkan pelajar
untuk belajar, kemahiran atau konsep yang mudah difahami oleh pelajar dan
kesanggupan guru untuk menyampaikan pengajaran merupakan kualiti sesuatu
pengajarannya di sekolah.
Menurut Witmuishwara & Ahmad (2015), antara faktor yang menyumbang
ke arah sekolah berkualiti adalah proses P&P yang berkualiti. Manakala proses P&P
pula bergantung pada faktor kualiti pengajaran guru. Dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menyatakan para guru memainkan peranan
yang utama dalam memastikan kualiti P&P bagi mata pelajaran yang diajar berapa
ditahap yang memuaskan. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan menjadi
elemen yang ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sisten
pendidikan Negara.
Oleh yang demikian, untuk meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi
bertambah berkesan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah maka perlu
adanya penyeliaan guru besar agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan
yang baik dapat dikukuhkan (Aminuddin,2005). Manakala menurut Said &
Mohamad (2011) pula menyatakan bahawa pemantauan keberkesanan pengajaran
disebuah sekolah berdasarkan aspek yang penting iaitu penyeliaan. Tambahan pula,
membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran, dapat mengembangkan potensi
diri, merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta mengatasi
sebarang kekurangan sekiranya ada merupakan perkara-perkara kebaikan jika
penyeliaan dilakukan.
Selain itu, Mohamad Jackie et. al. (2016) menyatakan pengajaran berkualiti
merangkumi kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang
terkini dan mengaplikasikan kaedah pengajaran secara hands-on. Para guru perlu
menggunakan BBM yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Tumpuan kepada isi
kandungan pengajaran hendaklah yang terkini mengikut perubahan persekitaran dan
memperkembangkan serta mengubah aspek selain isi kandungan pengajaran seperti
perubahan terhadap kepercayaan, sikap dan nilai mengenai kerjaya keguruan, kanak-
kanak dan strategi pengajaran. Beliau juga menyatakan penilaian merupakan sesuatu
pengajaran yang berkualiti yang mana penilaian terhadap pengajaran dari segi
perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial.
21
2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran
Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan
keupayaan dan kebolehan pelajar. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang
lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam
pelajarannya. Apabila menggunakan aras yang rendah, pelajar-pelajar yang cerdik
pula tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Perkara seperti ini
akan merugikan pelajar yang cerdik yang mana guru terpaksa menumpukan lebih
banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah
guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar
yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan
sesuatu kemahiran (Marzuki, 2005).
Walau bagaimanapun, menurut Mohamad Jackie et.al. (2016), menyatakan
kurikulum yang digubal oleh kerajaan adalah sama tetapi isi kandungannya adalah
berbeza berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak
yang berlainan. Manakala semasa proses P&P, aktiviti pengajaran guru seharusnya
berdasarkan kepelbagaian kanak-kanak dalam aspek keupayaan, gaya pembelajaran
dan minat. Proses penilaian pula hendaklah yang berbeza-beza berdasarkan tahap
keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan dan tahap
sokongan yang berbeza-beza data guru mengenal pasti daripada proses penilaian.
2.3.3 Insentif
Insentif merupakan semangat guru untuk mendorong dengan memberikan motivasi
kepada pelajar. Selain itu, berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh dan
memberikan motivasi kepada pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan
oleh guru juga merupakan sesuatu insentif. Oleh itu, untuk memberi galakkan kepada
pelajar supaya belajar adalah dengan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya
dengan menggunakan dua teknik atau keadaan. Keadaan yang pertama melibatkan
penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P yang boleh menarik perhatian pelajar
terhadap sesuatu mata pelajaran dan merupakan aktiviti yang menyeronokkan.
22
Pertama, guru perlu menyediakan BBM yang boleh menarik minat pelajar dan
menyeronokkan. Manakala keadaan yang kedua guru memberikan denda atau
hukuman kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dan guru
memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu
kemahiran. (Marzuki, 2005). Menurut kajian Said & Taha (2010) menyatakan
motivasi ekstrinsik amat berlawanan dengan motivasi intrinsik, yang mana merujuk
kepada melakukan sesuatu perkara hanya kerana keseronokan semata-mata. Ia juga
seperti faktor insentif yang diperolehi, perhatian dan juga pujian pihak lain yang
merupakan faktor penggerak luaran. Manakala, motivasi ekstrinsik ialah kerelaan
seseorang untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas atas alasan tidak mahu dihukum
dan mengharapkan ganjaran luaran (Mohd & Hassan, 2002).
Manakala Mohamad Jackie et.al (2016) menyatakan bahawa insentif
merupakan pembelajaran yang memerlukan kanak-kanak memberikan tumpuan
sepenuhnya kepada P&P, melaksanakan tugasan dengan baik dan belajar dengan
tekun. Hal tersebut akan tercapai jika mereka diberikan motivasi secara berterusan
untuk melakukan aktiviti tersebut. Motivasi tersebut melibatkan dua sumber iaitu
pertama, nilai instrinsik yang menimbulkan minat kanak-kanak kerana penggunaan
kaedah pengajaran guru yang menarik. Manakala kedua, faktor ekstrinsik yang
diwujudkan seperti pujian. Selain itu, dalam kajian Nor et.al. (2016) menyatakan
bahawa majlis meraikan kejayaan dan pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan
sering diadakan baik secara normal mahupun pada masa perhimpunan mingguan.
Perkara ini akan mewujudkan rasa dihargai dan bangga dalam diri murid dan
memberi kesan terhadap keberhasilan murid.
Faktor matlamat merupakan faktor yang mempengaruhi motivasi instrinsik
seseorang pelajar itu. Seseorang pelajar akan berusaha untuk mendapatkan gred atau
keputusan yang cemerlang jika pelajar tersebut mempunyai motivasi yang tinggi
dalam diri mereka. Manakala peneguhan positif merupakan sesuatu perkara yang
menyebabkan perubahan positif atau kemajuan dalam pelajaran yang dapat
menggalakkan minat pelajar untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan
(Nasir & Hamzah 2014).
23
2.4 Kemahiran
Pada masa kini, kepelbagaian dalam menggunakan BBM dalam P&P adalah amat
penting bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar terhadap
sesuatu mata pelajaran. Justeru itu, kajian Hill, Rowan dan Ball (2015) menyatakan
pengetahuan dan kemahiran guru adalah lebih penting daripada persiapan guru untuk
mengajar. Hal ini disebabkan guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang
tinggi bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar menggunakan kaedah yang
pelbagai (Shulman, 2006,2007). Seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan
dan kemahiran. Sebelum berlakunya sesuatu P&P, guru-guru perlu mempunyai
kemahiran mengajar seperti aktiviti penyampaian, perancangan, pengelolaan dan
bimbingan. Tujuan kemahiran mengajar ini digunakan adalah untuk menyebarkan
kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar secara berkesan dengan
menggunakan pendekatan, teknik, strategi dan kaedah mengajar yang berlandaskan
teori P&P dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, Yahaya et. al. (2010), menyatakan bahawa kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran set induksi, kemahiran pengukuhan, kemahiran
pelbagai variasi rangsangan, kemahiran menggunakan ilustrasi dan kemahiran
penyoalan yang sepatutnya perlu dimiliki oleh seseorang guru untuk menghasilkan
BBM yang berkesan. Dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa kemahiran
menyampaikan isi pelajaran yang digunakan oleh guru adalah amat penting untuk
pelajar menerima sesuatu pengajaran yang dipersembahkan terhadap sesuatu mata
pelajaran atau topik dan kemahiran ini juga menunjukkan keberkesanan kaedah atau
teknik guru menjalankan P&P di sekolah. Justeru itu, sebanyak 80% responden
mengakui bahawa kemahiran penerangan yang digunakan oleh guru dalam P&P
amatlah berkesan dan diterima dalam pengajaran mereka. Oleh itu, menurut kajian
Ahmad & Jinggan (2015) menyatakan bahawa guru-guru yang cekap dari aspek
kemahiran mengajar akan mengajar secara teratur atau bersistematik, penyusunan
kaedah dari peringkat permulaan dengan penerangan mengenai konsep,
menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Manakala langkah yang terakhir
pula dengan menggunakan peneguhan dan pengukuhan terhadap pelajar-pelajar.
kompetensi guru dari aspek kemahiran mengajar akan memudahkan pengajaran yang
sistematik, kaedah-kaedahnya iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan
24
perkembangan konsep menggunakan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan
akhirnya dengan pengukuhan dan peneguhan. Dalam kajian ini, pihak pengkaji telah
memilih tiga kemahiran yang paling utama iaitu kemahiran mempelbagaikan strategi
pengajaran, kemahiran membuat penilaian pembelajaran dan kemahiran
menggunakan teknologi maklumat (ICT).
2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran
Kemahiran mengajar seperti pendekatan, teknik dan kaedah merupakan kemahiran
mengajar yang perlu ada pada diri seorang guru semasa dan sebelum menjalankan
sesuatu P&P. Sebelum menjalankan proses P&P, guru-guru mestilah menguasai
kemahiran pendekatan, kaedah dan teknik tersebut untuk dilaksanakan dalam proses
P&P di sekolah. Menurut Mohd Ariff Albakri et.al (2001) menyatakan kaedah
pengajaran yang berkesan, guru khususnya perlu mempersiapkan diri dengan kaedah
pengajaran yang benar-benar berkesan, agar pelajar ini mendapat manfaat yang
semaksimumnya. Oleh yang demikian, guru wajar mengaplikasikan BBM dalam
P&P agar prestasi pelajar dapat dipertingkatkan. Oleh itu, guru-guru perlu prihatin
dan mengambil kira latar belakang pelajar dari segi bangsa dalam mengendalikan
proses P&P.
Oleh yang demikian, Ahmad & Jinggan (2015) pula menyatakan guru
seharusnya menggunakan teknik yang sesuai untuk membangkitkan minat murid
dalam proses P&P. Teknik soal jawab, tunjuk cara, menghafal, latihan dan latih tubi
adalah teknik-teknik yang biasa digunakan oleh guru terhadap sesuatu mata
pelajaran. Hakikatnya, pelajar-pelajar akan mudah memahami apa yang hendak
disampaikan oleh guru semasa proses P&P dijalankan jika guru menguasai kaedah
atau cara penyampaian dengan baik dalam pengajarannya. Sabilan (2014)
menyatakan bahawa guru yang berusaha memahami gaya pembelajaran lebih awal,
boleh menggunakannya sebagai membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya
sebagai asas untuk membina kekuatan pengajaran. Kadang kala ada kaedah
pengajaran yang dirasakan sesuai tetapi masih tidak mampu meningkatkan
pencapaian kesemua murid. Kepelbagaian tahap penerimaan pelajar terhadap
maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya pembelajaran yang beza-beza
75
RUJUKAN
A. Rashid,N. et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
A.Ashraf, M. & Ibrahim, Y.( 2009). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia.
Bentong, Pahang:PTS Pub & Distributor Sd. Bhd.
Abd. Hamid. M.A., (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Universiti
Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar, M.N.(2014). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Cetakan
Keempat. Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Razak, R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian
Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Abdullah, M. (2012). Constructing A Framework In Applying Psychomotor Domain
Model For Electrical Installation Workshop Course. Universiti Teknologi
Malaysia.
Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad, M.S & Madon.Z (2007). “Tip Pandai Belajar”. Kuala Lumpur:PTS
Millenia
Ahmad, S.T & Tamuri, A.H.(2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan BBM
Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-Qaf. Journal Of
Islamic and Arabic Education 2(2).53-64.
Aminudin, A. (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalam
Seminar Kepimpinan Instruksional Untuk Pengetua / Guru Besar.
Amirudin. M.H. (2009). Kemudahan, Sikap dan Kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru-Guru Program Pendidikan
76
Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Tesis Sarjana Pengajian
Pendidikan.
Anuar, A. & Jinggan,N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Awang, H. (2010). Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Penguasaan
Kemahiran Generik Dan Pencapaian Akademik Pelajar Di Politeknik
Malaysia. Phd Thesis.
Badran,I.( 2007). Enhanching Creativity and Innovation in Enggeneering.
Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA:Open University
Press.
Buntat,Y. & Ahamad,L. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif
Guru. Journal Of Technical, Vocational & Engineering Education. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Che Mohd Noor,C.M.S.Z & Ahmad,A.R. (2015). Kreativiti Guru Dalam
Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Cheah Phaik Kin (1999). Kadar Penerimaan Internet di kalangan Pelajar universiti:
Satu Kajian Kes di universiti Sains Malaysia, Tesis sarjana, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
Chua Yan Piaw. (2013). Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Likert. Edisi
Kedua. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill
Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd
Cochran, K.F., DeRuiter,J.A., & King, R.A.(1993). Pedagogical Content Knowing:
An Integrative Model For Teacher Preparation. Journal Of Teacher
Education, 44,263-272.
77
Cohen L.,Manion L., and Morrisson K.(2007). Research Methods In Education. (6th
Ed.). USA: Routledge.
Creswell, J.W. (2008). Education Research. Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative And Qualitative Research: Third Edition. Pearson International
Edition.
Daud,M.Y, Ahmad,M. & Lubis,M.A. (2006). Penggunaan Internet Dalam Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim et.al.,
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi
: Universiti Kebangsaan Malaysia.
David Reiss. (2007) . Video – Based Multimedia Design: A Research Study Testing
Learning Effectiveness. Canadian Journal Of Leraning and Technology.
Fall.
Esa, A., (2007). Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum Di Politeknik
Bagi Menenuhi Keperluan Industri Di Malaysia.P.hd Thesis
Haji Hassan,N.(2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem,
Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Sains Dan
Teknologi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hakke,M. & Azrin,E.S.(2004). Pembangunan Persembahan Elektronik Berasaskan
Klip Video Dalam Melaksanakan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran.
Masters Thesis. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Oon.
Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah
Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah
Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk
Jurulatih. Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.
Hassan, N. (2004). Hubungan Antara Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dengan
Minat Pelajar Tahun Lima Sekolah Menengah Kem Pengkalan Chepa,
Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
78
Hassan. N. & Ismail.Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih
Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik.
Hill, H.C., Rowan, B., & Ball, D.L. (2015) Effects Of Teachers’ Mathematical
Knowledge For Teaching On Student Achievement. American Educational
Research Journal, 42(2), 371-406.
Hj. Salleh, M.J.(2007), Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Institut Pendidikan.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Hussin,S. (2001). Model Dasar Strategik bagi Pembangunan Organisasi Sekolah
dalam Konteks Birokrasi Pemusatan. Masalah Pendidikan Jilid 24
Ibrahim, N. H. (2013). Tinjauan Keperluan Guru Pembantu Dan Kesan Terhadap
Beban Tugas Guru Mata Pelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional.
Universiti Tun Hussein Oon Malaysia. Tesis sarjana.
Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc-
Graw Hill Education Malaysia. Sdn. Bhd.
Ilias,M.F.,Husain,K.,Mohd Noh,M.A,Rashed,Z.N. & Abdullah,M.(2016). Sumber
Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah
Bestari. Universiti Teknologi Malaysia. E-Academia Journal. Volume 5
Issue 2.
Ilias. M.F., Ismail. M.F.& Jasmi. K. A (2013). Faktor Dorongan Dan Halangan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di
Sekolah Bestari. Universiti Teknologi Malaysia.
Ismail gani, A.W., Hj.Siarap,K. & Mustafa,H.( 2006). Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran –Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu
kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1&2.
Jaafar, N.N. (2011). Penerapan Elemen Inovasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Jaafar,M., Hanafiah,M.N & Mohd. Makbul, Z. (2001). Pengantar Pengurusan.
Kuala Lumpur:Leads.
Jaji,J.(2006). Keberkesanan Kaedah Alat Bantu Dalam Pembelajaran Bahasa
Kedua:Analisis Penggunaan Alat Linguaphone. Tesis Ijazah Sarjana, Kuala
Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.
79
Jantan,N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif Dan Inovatif Di Kalangan Pelajar
Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabtan Kejuruteraan
Elektrik. Politeknik Merlimau.
Jantan,R. & Razali, M. (2002) . Psikologi penidikan-Pendekatan Kotemporari. Kuala
Lumpur : Mc Graw Hill.
Jasmi, K.A, Ilias,M.F,Tamuri,A.H. & Mohd Hamzah,M.I. (2011). Amalan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang
Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic and
Arabic Education.
Kamus Dewan. 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sampel saiz for research
activities. Education and Psychological Measurement, 30, 608.
Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan
Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di
Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang.
Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan
Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di
Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang.
Lay,Y.F & Khoo,C.H.(2009). Introduction to Statistical Analysis in Social Sciences
Research (Series 1). Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Luaran, E.J. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Mara.
Mahamod,Z. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah. Tesis Ph.D. fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Marzuki, S.C.(2005).Amalan Guru Yang Berkesan : Kajian Di Beberapa Sekolah
Menengah Di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Mat Deris,Z.(2006). Keberkesanan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran
Aqidah Tingkatan 2. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Kuala
Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Mat Som.H. (2005). Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum : Sorotan dan
Perbincangan. Masalah Pendidikan Jilid 27. Universiti Malaya.
80
Md. Nor, M., Abdul rahman, M.N., Mohd Nor,N. , Mat Talha, N. & Abdul Razak, Z.
Amalan Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan Sekolah:
Retrospeksi Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan. Fakulti Pendidikan. University Malaya.
Md.Nawi, D.N.H. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penilitian Semula
Konsep-Konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah. Universiti Malaysia
Kelantan.
Mohamad Said, M.M & Yunos,N. (2008). Halangan-Halangan Kepada Usaha
Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Prosiding Pemikiran Kritis Dan
Kemahiran Menyelesaikan Masalah.
Mohamad Said, M.M & Yunos,N. (2008). Peranan Guru Dalam Memupuk Kreativiti
Pelajar. Jurnal Pengajian Umum Bil.9. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Arip, M.A.S , Mohd Sa’ad,F.,Jaapar,N.,Mohd Ali,K.,Athdzar,N.H dan
Wan Abd. Rashid, W.N. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani
Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam
Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Fakulti Pendidikan dan pembangunan
Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohamed Noh,N. Ahmad Mustafa, H.M., Hamzah, M., Ismail, M.A & Abdullah,N.
(2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran : Cabaran Guru
Dalam E-Pembelajaran. Proceedings Of The 7th
International Malaysian
Educational Technology Cinvention (IMETC 2013).
Mohamed Noh,N., Ismail, M.A. & Ahmad,J. (2010). Efikasi Kendiri Komputer Dan
Penerimaan Inovasi EduwebTV Dalam Kalangan Guru Perpustakaan Media
Di Sekolah-Sekolah Malaysia. Prosiding, the 15th
International Conference
On education. Sultan Hasanal Bolkiah Institute Of Education, Brunei, 24-27
May.2010.
Mohd Amin.N.F., & Chiew Kai Wan. (2014). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Ariff Albakri, I.S, Idris, F., Ibrahim, M., Ibrahim, A. (2001). Kaedah
Pengajaran Berkesan : Antara Keperluan Pelajar Dan Realiti Pengajaran
Pengajian Jarak Jauh. Jurnal Pengajian Umum Bil. 2.
81
Mohd Jackie,A.Z, A.Gahani, M.F. & Elham, F.(2016). Keberkesanan Pengajaran
Guru Tadika: Satu Kajian Awal.Jurnal Kepimpinan Pendidikan.
Mohd Rhouse,S. & Abd. Razak, A. (2006). Persepsi Ahli Akademik dan Majikan
Tentang Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Oleh Siswazah Pengurusan
Perniagaan Dalam Menepati Kehendak Pasaran. Dalam: Menanggapi
Keberkesanan dan Perubahan. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohd Yasin.M.H, Toran,H.,Tahar,M.M.,Bari,S.,Ibrahim,S.N.D & Zaharudin,R.
(2013). Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya
Terhadap Proses Pengajaran. Asia Pasific Journal Of Educators and
Education, Vol.28, 1-9.
Mohd,A. & Hassan, A. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Kuala
Lumpur:PTS & Distributing Sdn. Bhd.
Mohd. Hamzah,M.I &Attan,N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi
Malaysia
Mohd. Hamzah. M.I & Attan.N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohsin,M.S.F.A & Hassan,R. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
„Streaming Video‟ Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad Ke-
21. Universiti tun Hussein Oon.
Mokhtar,N. & Rahman, A.N.A. (2010). Kajian Keberkesanan Penggunaan Video P
& P Bertajuk Proses Rawatan Air Bagi Pelajar Semester Sesi Disember
2010 di Politeknik Port Dickson. Jabatan Kejuteraan Awam, Politeknik Port
Dickson.
Mukama,E. and Anderson, S.B. (2007). Coping With Change in ICT-Based Learning
Environments:Newly qualified Rwandan Teacher’s Reflection. Journal Of
Computer Assisted Learning 24:156-166.
Musa,N.E & Mohamad, M.H.,(2014). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu
Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan
Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.
Prosiding PTBS. Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.
82
Musta’amal, A.H.,Rosmin,N.,Mohd Amin,N.,&Buntat.Y. (2013). Rekacipta:Ke Arah
Pemupukan Budaya Kreatif Dan Inovatif. 2nd
International Seminar On
Quality And Affordable Education (ISQAE). Fakulti Pendidikan & Fakulti
Kejuteraan Elektrik. Universiti Teknologi Malaysia.
Nasir,M.Z & Hamzah,Z.A.Z. (2014). Sikap Motivasi Pelajar Terhadap
Pembelajaran Bahasa Melayu. Akademi Bahasa. University Teknologi
Malaysia & Jabatan Bahasa Melayu. Universiti Putra Malaysia.
Nik Yusof,N.M.R, Awaluddin,S., Abdul Razak,K. Tamuri,A.H.Hamzah.M.I & Abd
Ghani,K.(2002). Kurikulum Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era
Globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Fakulti
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F .(2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar.
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Nor, M.M.,Rahman, A.M.N, Nor, M.N.,Talha, M. N. &Razak, A.Z. (2016). Amalan
Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan Sekolah: Retrospeksi Guru
Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Omar.Z., (2014). Pendekatan Konstruktif dalam Inovasi Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kolej Vokasional. Tesis Sarjana.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
PPD Pontian. (2016). Jumlah Bilangan Sekolah Menengah. Dicapai pada 15
November 2016 dari laman web www.ppdpontian.com
Razak, A.R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian
Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.
Riezka,A.,Atastina,I & Maulana,K. (2011). Analisis Dan Implementasi Data-
Cleaning Dengan Menggunakan Metode Multi-Pass Neighbourhood
(MPN). Teknik Informatika, Fakultas Teknik Information, Universitas
Telkom.
Rongers.E.M.(1983). Diffusion Of Innovations. Third Edition. A Division Of
Macmillan Publishing Co. Inc. New York.
Sabilan, S., Ishak,M.F., & Din &Nasirudin. (2014). Tahap Pelaksanaan Pendekatan
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Latihan
83
Mengajar Menurut Persepsi Guru-Guru Pelatih Fakulti Pendidikan KUIS :
Satu Tinnajaun Awal. Jurnal Pendidikan.
Said, H. & Mohamad, N. (2011). Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Jurnal
Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Said, H. & Mohamed A’zmi, S. (2010). Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu
Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia
Said,M.M.R., Taha,M.R. (2010). Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi
Motivasi Keapada Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Di Enam buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah
Johor Bahru. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Salleh, M.J., & Agus,A. (2009).Transformasi Pengajaran sejarah Berasaskan
Multimedia. Dlm. Abdul Razaq & Isjoni. Transformasi Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah (hh.113-126). Penerbitan bersama : Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi & FKIP, Universitas
Riau, Pekan Baru Indonesia.
Samat@Yusuff,S. & Mohd Yasin, M.H. (2016). Pengetahuan dan Sikap Guru
Pendidikan Khas Menerapkan Kreativiti dan Inovasi Dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sekaran,U.(2000). Research Methods For Business: A Skill Building Approach
(4th
.ed.) New York: John Wiley & Sons, Inc.
Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik
Mengajar dengan Berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distribution
Sdn. Bhd.
Shulman, L.S (2007). Knowledge and Teaching: Foundation Of The New Reform.
Harvard Educational Review, 57(1), 1-22.
Shulman, L.S. (2006). Those Who Understand: Knowledge Growth In Teaching.
Education Researcher, 15(2), 4-14.
Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin,
(Ed.), School and Classrooom Organization. Hillsdale, NJ:Erlbaun.
84
Stapa, Z., Ismail, A.M. & Yusuf, N. (2012). Faktor Persekitaran sosial dan
Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Fakulti Pengajuan Islam.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syarifuddin.N.S. & Halim.L. (2016). Amalan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Guru Baharu .Fakutli Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tamuri, A.H., Ismail, M.F.& Jasmi,K.A.(2012). Komponen Asas Untuk Latihan
Guru Pemdidikan Islam. Fakulti Tamadun Islam. Universiti Teknologi
Malaysia.
Tasir.Z & Lim Bee Yeok. (2010). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Masalah
Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah
Alor Gajah. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Toh,W.S. (2003).Student – Centered Educational Beliefs & Teacher Education.
Jurnal Penyelidikan MPBL,4,20-22
Uma Sakaran (2002). “Research Methode For Business: A Skill Building
Approach”. (4th
Edition).” Canada: John Wiley & Sons Inc.
Wiersma, W. (2000). Research In Education: An Introduction, Bostan: Allyn and
Bacon.
Wikipedia (2016).Keyakinan- Dicapai pada 26 November 2016, dari Laman Web
https://id.wikipedia.org/wiki/Keyakinan_dan_kepercayaan
Wikipedia (2016).Kurikulum- Dicapai pada 26 November 2016, dari Laman Web
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kurikulum
Witmuishwara,M. & Ahmad, A.(2015). Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti
Pengajaran Guru Di Bilik Darjah : Satu Kajian Perbandingan Antara
Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yaacob, B. (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap hasrat dan Pelaksanaan
Inovasi Kurikulum di Maktab Perguruan:Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim.
Yahaya,A. & Hamsari,N.A.(2010). Teori-Teori Motivasi. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Yahaya. A., Nor,M.R.,Ismail,S. Abdul, A.H. (2010).Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Mata Pelajaran Teknikal. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pengurusan, UITM
Segamat. Fakulti Sains Kognitif, Universiti Utara Malaysia.
85
Zain,I. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications Sdn. Bhd.
Zainal Azir,N.A.(2017). Simulasi Ahu Blower Sebagai ABBM. Tesis Ijazah Sarjana
Muda. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun
Hussein Oon Malaysia.
Zainal,G. (1998).Curricular Decision-Making in the Diffusion of Educational
Innovation in Malaysia, Tesis Ph.D., University of Southamton.
Zin,M.M.K. (2001).Minat dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar Tingkatan
4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang Gelah Patah, Johor
Bahru, Johor. Tidak Diterbitkan dalam tesis sarjana muda,Universiti
Teknologi Malaysia.

More Related Content

What's hot

Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019Mokhzani Fadir
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Mokhzani Fadir
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Mokhzani Fadir
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnalhidadaus
 
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjssPerancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjssnbk63
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdfNorhaizah Mohideen
 
Pelan strategik pendidikan muzik 2014
Pelan strategik pendidikan muzik 2014Pelan strategik pendidikan muzik 2014
Pelan strategik pendidikan muzik 2014chitra71
 

What's hot (20)

Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjssPerancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjss
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan KitaRPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
 
Pelan strategik pendidikan muzik 2014
Pelan strategik pendidikan muzik 2014Pelan strategik pendidikan muzik 2014
Pelan strategik pendidikan muzik 2014
 

Similar to Jurnal 1

Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Nadzirah Bazlaa' Kamaruzzamri
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Jong Yii Phin
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKavithaDevi13
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmSitiHafidah1
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanMahesh Hesh
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Mahesh Hesh
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptxSandraAbdul1
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 

Similar to Jurnal 1 (20)

Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
 
PSO.pptx
PSO.pptxPSO.pptx
PSO.pptx
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
 
Garis panduan pbd
Garis panduan pbdGaris panduan pbd
Garis panduan pbd
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
2 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 22 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 2
 
Powerpoint proposal
Powerpoint proposalPowerpoint proposal
Powerpoint proposal
 
Pentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolahPentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolah
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (11)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Jurnal 1

  • 1. i BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN FAIZAH BINTI JA’APAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2017
  • 2. iii DEDIKASI Untuk bonda dan keluarga tercinta, Tiada terbalas budi dan jasa pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Hanya Allah yang akan membalasnya, Tidak lupa juga kepada penyelia projek, Terima kasih tidak terhingga di atas ilmu yang dicurahkan serta tahan melayan kerenah anak didiknya, Kepada suami tercinta Mohammad Radzi Bin Long, Terima kasih di atas doa, pengorbanan dan restumu, Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian yang sentiasa memberikan semangat , Terima kasih kerana sudi membantu dan beri tunjuk ajar, “Segala doa, harapan dan pengorbanan kalian akan ku balas dengan segunung kejayaan. Anggaplah kejayaan ku ini sebagai pendorong kepada kecemerlangan anda di masa depan kelak” Semoga diberkati Allah S.W.T dan berbahagia selalu.
  • 3. iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Di kesempatan ini, setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek kajian ini Dr.Noorazman Bin Abdul Samad di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi. Tanpa bimbingan yang diberikan, tidak mungkin kajian ini akan berjaya dihasilkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung yang turut memberi panduan, pandangan serta tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan dan merealisasikan kajian ini, Segala tunjuk ajar dan jasa kalian amat berharga. Kepada kaum keluarga terutama bonda tercinta Zaharah Binti Mahadi dan insan teristimewa Mohammad Radzi Bin Long serta anak-anak Muhammad Faizul Zaim dan Muhammad Faeeq Rizqi, terima kasih di atas segala pengorbanan dan pengertian yang diberikan serta dorongan yang menguatkan semangat untuk terus berusaha tanpa putus asa. Akhir sekali ribuan terima kasih buat teman-teman di atas pandangan, pendapat, dorongan, tunjuk ajar, nasihat serta sokongan moral yang telah diberikan sepanjang usaha saya untuk menyiapkan laporan projek sarjana ini. Semoga laporan projek sarjana ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada semua. Insya Allah. Sekian.
  • 4. v ABSTRAK Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek amalan, kemahiran dan sikap serta perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap ketiga-tiga aspek tersebut. Kajian ini melibatkan 198 orang responden iaitu terdiri daripada guru-guru SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi dan SMK Parit Betak di daerah Pontian. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian t “Independent Samples T-Test”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap tinggi iaitu aspek amalan (skor min 3.89), aspek kemahiran (skor min 3.86) dan aspek sikap (skor min 3.86). Manakala, dapatan kajian Ujian t “Independent Samples T-Test” menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dari aspek amalan (p>0.05=0.803), aspek kemahiran (p>0.05=0.518) dan aspek sikap (p>0.05=0.447) guru terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa penggunaan BBM dalam P&P adalah penting untuk menarik minat dan meningkatkan prestasi pelajar serta mencapai objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran.
  • 5. vi ABSTRACT The use of teaching aids (BBM) in Teaching and Learning (P&P) processes is very important for teachers to ensure that the delivery of information related to the subjects taught is more clear, systematic and better for students to follow. The purpose of this study was to examine the extent of teachers’ use of BBM in P&P in four secondary schools of the Pontian district in terms of practice, skills and attitudes and differences based on teachers' gender in these three aspects. The study involved 198 respondents consist teachers, of SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi and SMK Parit Betak in the Pontian district. The design of this study is a survey. This study was carried out using a questionnaire as a research instrument and the data were analyzed descriptively and inferred. Data analysis is processed using the Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS) software and the findings are reported in the form of mean, standard deviation, percentage and T-Test Independent tests. The findings show that the use of teachers to BBM in P&P from all three aspects is at high level in the practice aspect (mean score 3.89), skill aspect (mean score 3.86) and attitude aspect (mean score 3.86). While T-Test Independent tests results showed that there was no significant difference base on teachers gender towards the use of BBM in the P&P process; in the practice aspect (P> 0.05 = 0. 803), skill aspect (p>0.05=0.518 ) and attitude aspect (p>0.05=0.447). Overall, teachers need to realize that the use of BBM in P&P is important to attract and improve student performance as well as achieve the teaching objectives of a subject.
  • 6. vii KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 7 1.7.1 Guru 8 1.7.2 Pelajar 8 1.7.3 Pentadbir Sekolah 8 1.8 Skop Kajian 9 1.9 Batasan Kajian 9 1.10 Kerangka Konseptual 9 1.11 Definisi Istilah dan Pengoperasian 11 1.11.1 Amalan 11
  • 7. viii 1.11.2 Sikap 12 1.11.3 Kemahiran 12 1.11.4 Guru 12 1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 13 1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 13 1.11.7 Sekolah 13 1.12 Rumusan 14 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 15 2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 15 2.2.1 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) 16 2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 17 2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Teknologi Maklumat (ICT) 18 2.3 Amalan Pengajaran 19 2.3.1 Kualiti Pengajaran 19 2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran 21 2.3.3 Insentif 21 2.4 Kemahiran 23 2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran 24 2.4.2 Kemahiran Penilaian Pembelajaran 25 2.4.3 Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) 25 2.5 Sikap 26 2.5.1 Sikap Dari Aspek Keyakinan 27 2.5.2 Sikap Dari Aspek Kepercayaan 28 2.5.3 Sikap Dari Aspek Motivasi 28 2.6 Kajian-Kajian Lepas 29 2.7 Rumusan 31 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 32 3.2 Reka Bentuk Kajian 32
  • 8. ix 3.3 Kerangka Operasi Kajian 33 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35 3.5 Lokasi Kajian 36 3.6 Instrumen Kajian 37 3.6.1 Borang Soal Selidik 37 3.6.2 Kesahan 38 3.6.3 Kebolehpercayaan 39 3.7 Prosuder Pengumpulan Data 42 3.8 Kaedah Analisis Data 42 3.8.1 Analisis Deskriptif 43 3.8.2 Analisis Inferensi 43 3.9 Rumusan 44 BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 45 4.2 Analisis Pulangan Soal Selidik 46 4.3 Analisis Demografi Responden 46 4.3.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 47 4.3.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 48 4.3.3 Analisis Responden Mengikut Sekolah 49 4.3.4 Analisis Responden Mengikut Mata Pelajaran 50 4.4 Analisis Persoalan Kajian Pertama 51 4.5 Analisis Persoalan Kajian Kedua 52 4.6 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 55 4.7 Analisis Skor Min Keseluruhan 57 4.8 Ujian Normaliti 57 4.9 Analisis Persoalan Kajian Keempat 59 4.10 Rumusan 61 BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 63 5.2.1 Amalan Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 63 5.2.2 Kemahiran Guru Terhadap Penggunaan
  • 9. x BBM dalam P&P 65 5.2.3 Sikap Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 67 5.2.4 Perbezaan Jantina dari Aspek Amalan, Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 69 5.3 Kesimpulan 70 5.4 Cadangan 71 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72 5.6 Penutup 73 RUJUKAN 75 LAMPIRAN 86
  • 10. xi SENARAI JADUAL 3.1 Bilangan Sampel Dari Setiap Sekolah 36 3.2 Pemarkahan Item-Item Skala Likert 38 3.3 Borang Soal Selidik Yang Digunakan Dalam Kajian 38 3.4 Tahap Kebolehpercayaan Skor Alpah-Cronbach 40 3.5 Skor Alpha Cronbach 41 3.6 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 41 3.7 Tafsiran Nilai Julat Min 43 4.1 Analisis Pulangan Soal Selidik 46 4.2 Analisis Keseluruhan Demografi Responden 47 4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48 4.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 49 4.5 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah 49 4.6 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Mata Pelajaran 50 4.7 Amalan Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 52 4.8 Kemahiran Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 54 4.9 Sikap Guru Terhadap Penggunaan BBM dalam P&P 56 4.10 Analisis Skor Min Keseluruhan 57 4.11 Nilai Skewness dan Kurtosis bagi setiap Aspek 58 4.12 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan Jantina dari Aspek Amalan 59 4.13 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan Jantina dari Aspek Kemahiran 60 4.14 Ujian t “Independent Samples Test” Perbezaan Jantina dari Aspek Sikap 60
  • 11. xii SENARAI RAJAH 1.1 Kerangka Konseptual 11 3.1 Kerangka Operasi Kajian 34
  • 12. xiii SENARAI SINGKATAN BBM - Bahan Bantu Mengajar ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PPD - Pejabat Pendidikan Daerah SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SPSS - Statistical Package For Social Science
  • 13. xiv SENARAI LAMPIRAN A Surat Kebenaran 86 B Pengesahan Pakar 90 C Borang Soal Selidik 98 D Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis 105 E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 107 F Analisis Data 109 G Jadual Krejcie dan Morgan 118 H Carta Gantt 119
  • 14. 1 BAB 1 PENDHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang dilahirkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran maklumat (Jantan, 2016). Menurut Hamdan & Mohd Yasin (2010) menyatakan guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan BBM adalah amat penting dalam proses P&P bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Justeru itu, guru-guru harus memainkan peranan penting dalam proses P&P bagi melaksanakan pengajaran abad ke 21 seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian serta menyahut hasrat Negara untuk menjadi Negara maju menjelang 2020. Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika guru-guru menggunakan BBM dalam P&P dan bukan hanya kepada pelajar sahaja bahkan kepada guru itu sendiri. Oleh yang demikian, pelbagai maklumat yang berguna diperolehi serta dapat meningkatkan pengetahuan semasa penyediaan BBM terhadap sesuatu topik yang akan diajari di dalam kelas. Oleh itu, guru dapat menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam P&P (Noordin & Zainal Abiden, 2010). Di samping itu, dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat
  • 15. 2 meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar. Manakala, guru- guru juga dapat menyampaikan idea-idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap P&P. Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif kepada diri pelajar. Menurut Mohd Yasin et al. (2013) dalam dapatan kajian beliau menyatakan bahawa BBM responden masih lagi tidak mencukupi terutama BBM yang melibatkan ICT yang terkini. Pengkaji juga berpendapat penggunaan BBM adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun. Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan BBM dalam P&P mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek. Selain itu, penggunaan BBM dalam P&P di sekolah memerlukan kesediaan guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM dalam P&P berjalan dengan berkesan dan berkualiti. Walau bagaimanapun, masih ada lagi di kalangan guru-guru yang kurang berminat menggunakan BBM dalam P&P. Oleh itu, guru kurang percaya dengan amalan menggunakan BBM boleh menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar dalam proses P&P. Menurut Kamus Dewan (2015), sikap bermaksud lakuan, kelakuan, perangai atau tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru yang cekap menguruskan aktiviti P&P dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berketerampilan, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap perlakuan guru akan menjadi kesan kepada pencapaian pelajar (Stapa et. al. 2012). Di samping itu, guru perlulah menjadikan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan murid supaya guru mudah membentuk dan menerapkan nilai-nilai serta amalan yang baik agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dari pelbagai aspek. Walaupun terdapat reformasi yang telah melanda dunia pendidikan di Malaysia dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif, sikap guru terhadap kaedah pengajaran yang lama masih lagi dikekalkan. Justeru itu, menurut Marzuki (2005) sesuatu proses P&P dianggap berkesan jika sebelum proses P&P guru telah menyediakan BBM, mendalami isi kandungan yang hendak diajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Maka, guru tersebut dianggap sebagai seorang guru yang bagus dan berkualiti. Selain itu, beliau juga menyatakan guru perlu mengetahui kebolehan pelajar menerima pelajaran, dapat mengawal kelakuan pelajar, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan
  • 16. 3 memberi ujian yang kerap kepada pelajar. Sehubungan dengan Itu, kejayaan sesuatu P&P dilihat daripada kebolehan seseorang guru mengajar dalam keadaan baik dan berkesan serta dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam menggunakan bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu BBM akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Menurut Mat Som (2005), keupayaan dan kemampuan guru dalam melaksanakan BBM dan menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan dengannya memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru untuk membuat justifikasi. Oleh yang demikian, memiliki kemahiran yang tinggi merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam menjayakan aktiviti P&P yang berkesan. Persoalannya di sini, adakah guru perlu bersedia dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah supaya P&P lebih bermakna dan berkesan serta dapat meningkatkan prestasi pelajar. 1.2 Latar Belakang Masalah Amalan guru terhadap BBM dalam P&P sering diperkatakan kebelakangan ini. Faktor-faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, beban mengajar yang tinggi, kekurangan masa, tidak praktikal, tidak mahir membina bahan secara sendiri dan sumber kewangan tidak mencukupi merupakan beberapa halangan atau kekangan yang dihadapi oleh para pendidik untuk melaksanakan dan menyediakan BBM dalam P&P (Lai et.al., 2002). Manakala menurut Mat Som (2005) menyatakan terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan BBM dalam P&P. Tahap kesedaran guru dalam menggunakan BBM dalam P&P perlu ditekankan kepada faktor-faktor latar belakang guru yang berbeza, keupayaan guru dari segi pengetahuan, sikap, motivasi dan kemahiran serta lokasi sekolah akan menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Terdapat beberapa implikasi daripada faktor halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P. Menurut Daud et.al. (2006) yang menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor amalan penggunaan BBM antaranya ialah kurang
  • 17. 4 kepelbagaian kaedah dalam P&P mereka. Para guru masih juga mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional yang disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan guru semata-mata seperti syarahan, hafalan, soal jawab dan perbincangan. Namun begitu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru bagi mengatasi segala halangan- halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah. Walau bagaimanapun, realitinya masih terdapat guru yang kurang mengamalkan kualiti pengajaran yang betul dan berkesan. Hal ini boleh dibuktikan menurut kajian Hamdan et. al. (2004) menyatakan bahawa setiap orang guru mesti memerlukan penyusunan strategi P&P terlebih dahulu sebelum proses P&P dijalankan. Oleh itu, bahan-bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar, kaedah-kaedah pengajaran dan guru-guru dapat membuat jadual masa yang mencukupi dengan masa pengajarannya. Manakala menurut Che Mohd Noor & Ahmad (2015) menyatakan semasa proses P&P mata pelajaran sejarah dilaksanakan, masih terdapat guru-guru yang menggunakan kaedah atau teknik membaca buku teks semata-mata dalam pengajarannya dan menyebabkan murid kurang minat untuk aktif dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, kaedah “chalk and talk” sudah menjadi kebiasaan di dalam bilik darjah. Hal ini jika diambil peduli sepatutnya tidak berlanjutan kerana akan menghilangkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan menguatkan lagi tafsiran para pelajar yang menyatakan mata pelajaran tersebut adalah mata pelajaran yang membosankan. Oleh itu, pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru- guru mestilah mengubah suai strategi pengajaran mengikut keberkesanan penggunaan sesuatu BBM atau kaedah pengajaran guru seperti kaedah nyanyian yang mana pelajar-pelajar lebih seronok dan lebih aktif terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya. Ini menunjukkan kaedah ini memberi kesan kepada pelajar terutamanya prestasi dalam pembelajaran mereka (Hj. Salleh, 2007). Justeru itu, walaupun terdapat beberapa kursus kemahiran yang telah dijalankan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) namun menurut kajian Mohamed Noh et. al. (2013) menyatakan bahawa guru kurang mahir dalam mengintegrasikan bahan daripada portal dalam pengajaran walaupun guru ini pernah menyertai kursus ICT dalam pendidikan sekolah. Oleh itu, dalam kajiannya juga menyatakan guru tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan yang sedia ada. Manakala, menurut
  • 18. 5 Mukama dan Andersson (2007) pula menyatakan guru-guru yang berusia tidak mahu berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi yang baru. Isu mengenai sikap guru akan mencorakkan perlaksanaan BBM dalam kurikulum di sekolah. Menurut kajian Omar (2014), menyatakan bahawa terdapat dikalangan guru-guru yang masih lagi tidak berminat dengan penggunaan BBM dalam P&P mereka. Hal ini disebabkan oleh sikap dan kepercayaan terhadap penggunaan BBM dalam P&P telah menguasai dalam diri seseorang guru. Namun begitu, sesetengah guru akan berasa risau dan tidak selesa setiap kali sesuatu bahan atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan walaupun sesungguhnya penggunaan ICT dalam P&P sudah lama diperkenalkan. Perkara ini berlaku disebabkan guru tidak bersedia dengan perubahan kurikulum yang baharu dengan menggunakan ICT dalam melaksanakan P&P seperti mana yang disarankan (Mohamed Noh et. al.,2013). Oleh itu, dengan adanya sikap guru yang tidak keterbukaan terhadap perubahan-perubahan yang terkini yang menyebabkan guru tidak bersedia untuk menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di sekolah. Oleh itu, aspek amalan, kemahiran dan sikap guru merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah. Walau bagaimanapun, masih terdapat di kalangan guru-guru yang tidak bersedia terhadap penggunaan BBM dalam P&P mereka di sekolah dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru yang mana mereka masih lagi mengajar menggunakan kaedah konvensional yang lebih di kenali „chalk and talk’. Persoalannya di sini adakah guru- guru kurang menggunakan BBM, kurang kemahiran dan tidak mempunyai sikap atau keinginan untuk menggunakan BBM dalam P&P di sekolah. 1.3 Pernyataan Masalah Sikap guru terhadap penerimaan diawal proses pengenalan sesuatu BBM di sekolah adalah amat penting. Keputusan guru untuk menggunakan BBM yang dilaksanakan di sekolah ke dalam intruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan
  • 19. 6 seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu program (Mohamed Noh et. al., 2013). Amalan guru menggunakan BBM dalam P&P bukannya perkara asing lagi dalam dunia pendidikan. Oleh itu, adakah guru-guru bersedia terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru di sekolah. Menurut kajian Mohamad Said & Yunus (2008) menyatakan bahawa walaupun pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membantu guru mengembangkan kreativiti pelajar, akan tetapi kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa para guru gagal meningkatkan kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Kekurangan guru menggunakan BBM dalam P&P boleh menyebabkan aktiviti pelajar dalam bilik darjah akan menjadi lebih terhad. Oleh yang demikian, Guru-guru yang masih berminat dan selesa menggunakan kaedah yang lama “chalk and talk” atau kaedah konvensional semasa proses P&P dijalankan. Justeru itu, akibatnya apabila pelajar mudah hilang tumpuan dan membuat kerja sendiri ketika proses P&P di jalankan serta akan mengakibatkan penurunan prestasi murid dalam peperiksaan (Mohamed Arip et.al., 2014). Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru dalam menggunakan BBM dalam P&P di sekolah. Oleh itu, perbezaan yang signifikan penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru turut dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian adalah seperti yang berikut : 1) Mengenal pasti amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). 2) Mengenal pasti kemahiran guru terhadap penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). 3) Mengenal pasti sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • 20. 7 4) Mengenal pasti perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru. 1.5 Persoalan Kajian Antara persoalan kajian yang telah dibentuk adalah seperti yang berikut : 1) Sejauhmanakah amalan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? 2) Sejauhmanakah kemahiran guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? 3) Sejauhmanakah sikap guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? 4) Adakah terdapat perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru? 1.6 Hipotesis Kajian Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut : H 0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan, kemahiran dan sikap terhadap penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina. 1.7 Kepentingan Kajian Mengenal pasti dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian
  • 21. 8 merupakan tujuan kajian yang dijalankan. Dengan adanya kajian ini diharapkan agar dapat menyelesaikan masalah guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P. Kajian ini juga mempunyai kepentingan kepada: 1.7.1 Guru Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para guru kerana dari kajian ini kita akan dapati apakah persepsi guru terhadap pengunaan BBM dalam P&P dan bagaimana cara guru mempraktikkan BBM dalam P&P mereka di dalam kelas. Ianya juga dapat membantu guru dalam merancang dan membuat persediaan sebelum sesuatu P&P bermula. 1.7.2 Pelajar Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar yang mana dapat mengenal pasti BBM yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka dan guru dapat mempraktikkannya di dalam bilik darjah dengan berkesan. Pengkaji mengharapkan dengan adanya kajian ini, pelajar akan lebih berminat terhadap mata pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih cemerlang. 1.7.3 Pentadbir Sekolah Kajian ini penting untuk pihak pentadbir sekolah kerana pihak sekolah mudah untuk memilih BBM bersesuaian dengan teknik atau kaedah pengajaran guru. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan peralatan dan tempat guru menggunakan BBM supaya P&P berjalan dengan lancar, berkualiti dan berkesan. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan bilik khas untuk penyimpanan, pembinaan BBM dan baik pulih peralatan. Selain itu, pihak pentadbir
  • 22. 9 juga perlu memberi perhatian kepada Pusat Sumber Sekolah supaya melengkapkan BBM yang mencukupi dan sempurna untuk kegunaan oleh semua guru setiap mata pelajaran. 1.8 Skop Kajian Kajian ini adalah mengenai penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru. Dalam kajian ini juga, penyelidik ingin mengenal pasti perbezaan yang signifikan terhadap amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P berdasarkan jantina. 1.9 Batasan Kajian Tahap penggunaan guru terhadap BBM dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru di sekolah perlu dijalankan sesuatu kajian. Sampel kajian ini diambil dari kalangan guru-guru di 4 buah sekolah daripada 13 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian yang merupakan sekolah luar bandar yang telah dilengkapi dengan kemudahan ICT. Selain itu, guru-guru juga terlibat dalam penggunaan BBM mahupun masih menggunakan kaedah konvensional dalam P&P mereka di dalam bilik darjah. 1.10 Kerangka Konseptual Faktor-faktor yang berkaitan dengan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian seperti mana yang dipaparkan dalam rajah 1.1 iaitu yang berkaitan dengan kerangka konsep kajian. Pengkaji akan mengkaji faktor guru yang mana sebagai pemboleh ubah bersandar
  • 23. 10 dalam kajian ini. Aspek amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah sebagai pemboleh ubah tidak bersandar merupakan faktor-faktor atau masalah yang perlu dikaji dalam kajian ini. Di dalam kajian ini, amalan merujuk kepada kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif (Mohd Jackie et.al.,2016). Manakala kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat (ICT) tertumpu kepada bahagian kemahiran (Ahmad & jinggan, 2015). Sikap pula merujuk kepada keyakinan, kepercayaan dan motivasi. Pembentukan amalan, kemahiran dan sikap akan mempengaruhi penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di sekolah. Di samping mengkaji tentang penggunaan guru terhadap BBM, pengkaji juga mengkaji tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P berdasarkan perbezaan jantina guru iaitu lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan halangan guru terhadap penggunaan BBM semakin berat dan bertambah seperti dapatan hasil kajian yang lepas. Dapatan kajian yang lepas menyatakan bahawa motivasi, sikap, pengetahuan dan kemahiran professional serta tumpuan guru di antara salah satu faktor halangan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P. Apabila terdapat perubahan dari segi kurikulum dan inovasi, maka para guru akan berasa kurang selesa terhadap perubahan tersebut dan sedikit sebanyak akan mengubah peranan mereka di dalam kelas. Justeru itu, para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada sesuatu yang kreatif dan berinovatif. Guru pada hari ini dan pada masa depan bukan lagi berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperoleh sendiri oleh para pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Hasil daripada kajian dapat mengenal pasti halangan atau kekangan yang berlaku terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Pontian supaya pihak atasan, penggubal kurikulum dan pihak jabatan mengambil perhatian yang sewajarnya. Oleh itu, cadangan-cadangan yang diberikan dalam bab seterusnya akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan secepat mungkin. Kerangka konsep yang dicadangkan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
  • 24. 11 output Rajah 1.1 : Faktor-faktor halangan yang akan dikaji penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian 1.10 Definisi Istilah dan Pengoperasian Pengkaji akan mendefinasikan beberapa perkataan atau istilah yang digunakan dalam kajian ini seperti yang berikut bagi mnggelakkan kesalahan dan pemahaman oleh pembaca: 1.10.1 Amalan Guru yang mempelbagaikan teknik pengajaran, menyediakan pelbagai BBM dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar menunjukkan bahawa amalan guru itu GURU Amalan - Kualiti pengajaran - Kesesuaian aras pengajaran - Insentif Sumber adaptasi daripada (Mohd Jackie et.al.,2016) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Kemahiran - Kemahiran Mempelbagaikan Pengajaran - Kemahiran Penilaian Pembelajaran - Kemahiran Penggunaan ICT Sumber adapatasi daripada (Ahmad & jinggan, 2015) Sikap - Keyakinan - Kepercayaan - Motivasi Sumber adapatasi daripada Yaacob, 2003. Mohamed Noh et. al. (2013) Jaffar et.al (2001)
  • 25. 12 adalah berkesan. Dalam konteks kajian ini, amalan bermaksud sikap atau tingkah laku yang sering dipraktikkan. Penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). 1.10.2 Sikap Sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan atau pandangan guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P di sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. 1.10.3 Kemahiran Kemahiran membawa maksud kepandaian dan kecekapan. Dalam kajian ini, ia membawa maksud kebolehan dan kecekapan guru dalam menguasai aspek kemahiran dalam menyediakan dan menggunakan BBM dalam P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Derah Pontian 1.11.4 Guru Guru bermaksud seseorang guru yang menyediakan dan mengeluarkan bahan pengajaran, mengajar pelajarnya di Istitusi Pendidikan dan memeriksa jawapan pelajar yang telah dikembalikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh. Dalam kajian ini, guru-guru yang mengajar mengikut mata pelajaran yang telah ditentukan oleh pihak pentadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Pontian berdasarkan kurikulum yang telah dibekalkan.
  • 26. 13 1.11.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Dalam kajian ini, BBM bermaksud peralatan atau bahan yang digunakan oleh guru dan pelajar dalam proses P&P yang melibatkan peralatan atau bahan berinovasi seperti guru menggunakan peralatan komputer, multimedia, perisian, kad imbasan, buku teks dan sebagainya dalam P&P bagi meningkatkan perasaan ingin tahu, menarik dan lebih fokus belajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. 1.11.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pengajaran ialah sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses belajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit atau implisit (Shahabuddin et. al. 2003). 1.11.7 Sekolah Sekolah dalam kajian ini menunjukkan kepada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 19 tahun di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) luar bandar di daerah Pontian . Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) tersebut mempunyai guru lelaki dan perempuan.
  • 27. 14 1.12 Rumusan Tajuk-tajuk mengenai pengenalan kajian, latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian akibat daripada isu-isu penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari aspek amalan, kemahiran dan sikap telah diterangkan dengan terperinci di dalam bab ini. Oleh itu, dengan adanya persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan kerangka konsep akan memberikan maklumat kepada pembaca. Manakala dalam kajian ini akan mendefinasikan perkataan atau istilah yang akan digunakan untuk memudahkan pembaca memahami perkataan atau istilah.
  • 28. 15 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini mengetengahkan tentang beberapa kajian terdahulu yang ada kaitan dengan objektif kajian ini. Dalam bab ini juga membincangkan faktor-faktor yang penting dalam pembacaan literatur yang merangkumi faktor amalan kesediaan guru terhadap penggunaan BBM dari aspek kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif. Manakala aspek kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat (ICT) merupakan faktor-faktor di bahagian kemahiran. Faktor sikap guru terhadap bahan bantu mengajar (BBM) pula merangkumi aspek keyakinan, kepercayaan dan motivasi dalam menggunakan BBM dalam P&P. Diharapkan kajian literatur ini dapat membantu pembaca memahami latar belakang kajian yang dijalankan dengan lebih jelas lagi. 2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan perubahan yang drastik daripada gaya P&P secara konvensional kepada gaya pembelajaran yang moden dengan menggunakan BBM yang berteknologi tinggi sejajar dengan peredaran zaman pada masa kini. Tugas guru kian mencabar kesan daripada perubahan dunia ke era globalisasi yang positif mahupun negatif (Zain 2002, Nik Yusof 2002). Guru-
  • 29. 16 guru yang kreatif dan inovatif boleh dicontohi kepada guru-guru yang lain kerana menggunakan BBM yang sedia ada atau menghasilkan BBM yang baru untuk proses P&P. Dalam kajian Jasmi et al. (2011) menyatakan BBM berfungsi sebagai pemudah cara untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Dalam kajian mereka juga menyatakan sebanyak 25 peratus sahaja penglibatan guru di dalam bilik darjah. Justeru itu, pelbagai bentuk BBM yang boleh meningkatkan kefahaman serta pencapaian pelajar mengikut sesuatu topik yang mereka akan pelajari. Menurut Ahmad Zanzali & Daud (2010) menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam proses P&P, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses P&P bagi meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar. Oleh itu, kaedah dan teknik P&P sahaja tidak mencukupi dan menjamin berlakunya proses P&P dengan jayanya dan berkesan terhadap objektif pengajaran tanpa menggunakan BBM. Oleh yang demikian, BBM memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk menarik minat pelajar, bahkan untuk pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah dalam P&P mereka. Penggunaan BBM dalam proses P&P merupakan satu alternatif dalam usaha menjayakan sesuatu P&P. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah (Haji Hassan, 2004). 2.2.1 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) Penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan dengan topik yang hendak dipelajari adalah amat penting dalam proses P&P. Hal ini kerana, bagi menarik minat pelajar terhadap proses P&P dan sekaligus pelajar akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari. Setiap guru adalah sebagai fasilitator yang mana mereka harus ketahui dan memahami bagaimana sesuatu kaedah atau teknik itu dapat membantu dalam proses P&P serta merancang proses P&P berorientasikan pelajar (Zainal Azir, 2017).
  • 30. 17 Justeru itu, menurut Jasmi et al. (2011) menyatakan bahawa BBM diklasifikasikan kepada dua jenis pola iaitu BBM berbentuk pola dan BBM berbentuk bukan pola. Terdapat enam jenis BBM iaitu buku teks, komputer dan LCD merupakan pola yang utama. Manakala, kertas edaran dan modul, buku rujukan, kertas mahjong dan gambar adalah BBM yang berbentuk pola sampingan. Selain itu, BBM seperti carta, kaset, bahan maujud, akhbar dan keratan, buku latihan, movie dan video, radio, fail audio, papan hitam dan putih, kertas manila kad, folio dan OHP serta transparensi merupakan BBM yang tidak membentuk pola. Walau bagaimanapun, menurut Musa & Mohamad (2014) menyatakan bahawa BBM boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan elektronik. Di antara BBM seperti radio, projektor dan salaid, televisyen, video dan alat yang berbantukan komputer adalah BBM berbentuk elektronik. Manakala majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar yang berkaitan dengan P&P merupakan BBM jenis bukan elektronik. Penggunaan BBM dalam proses P&P adalah untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari dengan menimba pengalaman yang menyeronokkan. 2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pada zaman yang serba canggih dan berteknologi, guru perlu mengubah tingkah laku ke atas diri seorang pelajar dengan mempunyai rasa tanggungjawab memberikan ilmu dan pendidikan kepada mereka. Hamdan et.al. (2004) menyatakan bahawa bagi memastikan setiap objektif pengajaran guru tercapai, guru perlu menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum proses P&P dijalankan. Tempoh masa pengajaran mestilah mencukupi dengan jadual masa yang telah ditetapkan jika guru tersebut telah bersedia dengan kaedah-kaedah, aktiviti-aktiviti pelajar dan bahan rujukan sebelum proses P&P dijalankan. Justeru itu, guru perlu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan menguasai teknologi terkini yang sentiasa berubah-ubah bagi menangani perubahan dalam P&P. Di dalam diri seorang guru mestilah mengamalkan budaya membaca, budaya menulis dan budaya berfikir sebelum dan semasa proses P&P dijalankan. Menurut
  • 31. 18 Buntat & Ahamad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa kebanyakan responden menarik minat pelajar dengan menggunakan kaedah membina set induksi pada awal isi pelajaran untuk pelajar lebih memahami mata pelajaran yang akan diajar. Oleh itu, responden juga memudahkan proses P&P mereka dengan menggunakan perisian power point dan peralatan teknologi yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian. Selain itu, beliau juga bersetuju dengan taknik kemahiran berfikir yang melibatkan pengajaran yang berpusatkan pelajar yang mana akan melatih pelajar berdikari untuk berfikir tanpa bantuan guru untuk mencari sebarang maklumat. 2.2.3 Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Teknologi Maklumat (ICT) Pengajaran abad ke 21 yang mementingkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sebagai satu BBM dalam P&P semakin diperkatakan bagi meningkatkan kesediaan guru-guru di sekolah terhadap kemahiran menggunakan peralatan teknologi tersebut. Oleh yang demikian, menurut Mohsin & Hassan (2011) menyatakan kepentingan menggunakan BBM dalam proses P&P di kalangan guru adalah membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dalam proses P&P, menjimatkan masa dan tenaga guru dalam menyediakan BBM, membantu guru menyahut cabaran dengan mempertingkatkan potensi penggunaan teknologi terkini, memberi kesan positif ke atas pelajar dalam proses P&P, kesejagatan sumber P&P dan yang terakhir ialah penyediaan guru terhadap penggunaan BBM dalam P&P sejajar dengan abad ke 21. Oleh itu, guru perlulah mempunyai sikap yg positif serta mempersiapkan diri terhadap penyediaan serta penggunaan BBM dalam P&P di sekolah.
  • 32. 19 2.3 Amalan Pengajaran Peranan guru adalah penting dalam mendidik para pelajar dan di dalam kelas pula guru sebagai pendidik, fasilitator dan pemudahcara. Oleh yang demikian, mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan BBM dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar merupakan amalan guru yang berkesan terhadap proses P&P. Dengan kata lain, jika ada kemampuan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan maka akan terhasil P&P yang berkesan terhadap guru dan pelajarnya. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan semangat dan memotivasikan pelajar agar terus belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik (Marzuki, 2005). Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah boleh dijadikan sebagai pusat kecemerlangan jika guru berusaha untuk mempertingkatkan pengajarannya di dalam bilik darjah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat penyebaran ilmu pengetahuan, pembentukkan keperibadian pelajar dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran (Said & Mohamad,2011). Menurut Marzuki (2005) menyatakan beliau telah mengkaji bahawa model pengajaran Slavin (1994) adalah membuat kajian yang baik terhadap amalan pengajaran guru dibeberapa buah sekolah di Malaysia. Oleh itu, dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa guru-guru menggunakan kualiti pengajaran, memberi insentif kepada pembelajaran murid, menggunakan masa secara optimum dan kesesuaian tahap pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar merupakan faktor-faktor dalam model pengajaran yang berkesan. 2.3.1 Kualiti Pengajaran Kualiti dalam pendidikan adalah susah untuk didefinasikan dan diukur di mana kesemua hasil pembelajaran yang diterima oleh murid daripada guru dan juga persekitaran institusi itu sendiri. Masalah kualiti merupakan perkara yang menyeluruh dan tanpa kualiti, perkhidmatan dan pasaran produk tidak maju dengan jayanya. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi memerlukan perkhidmatan yang berkualiti sebagai ciri yang utama untuk menjadikan organisasi yang terkenal serta berdaya saing. Kualiti juga sebagai mencerminkan kegemilangan (Ashraf & Ibrahim,
  • 33. 20 2009). Manakala menurut Marzuki (2005) menyatakan bahawa keseronokkan pelajar untuk belajar, kemahiran atau konsep yang mudah difahami oleh pelajar dan kesanggupan guru untuk menyampaikan pengajaran merupakan kualiti sesuatu pengajarannya di sekolah. Menurut Witmuishwara & Ahmad (2015), antara faktor yang menyumbang ke arah sekolah berkualiti adalah proses P&P yang berkualiti. Manakala proses P&P pula bergantung pada faktor kualiti pengajaran guru. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menyatakan para guru memainkan peranan yang utama dalam memastikan kualiti P&P bagi mata pelajaran yang diajar berapa ditahap yang memuaskan. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan menjadi elemen yang ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sisten pendidikan Negara. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah maka perlu adanya penyeliaan guru besar agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan yang baik dapat dikukuhkan (Aminuddin,2005). Manakala menurut Said & Mohamad (2011) pula menyatakan bahawa pemantauan keberkesanan pengajaran disebuah sekolah berdasarkan aspek yang penting iaitu penyeliaan. Tambahan pula, membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran, dapat mengembangkan potensi diri, merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada merupakan perkara-perkara kebaikan jika penyeliaan dilakukan. Selain itu, Mohamad Jackie et. al. (2016) menyatakan pengajaran berkualiti merangkumi kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang terkini dan mengaplikasikan kaedah pengajaran secara hands-on. Para guru perlu menggunakan BBM yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Tumpuan kepada isi kandungan pengajaran hendaklah yang terkini mengikut perubahan persekitaran dan memperkembangkan serta mengubah aspek selain isi kandungan pengajaran seperti perubahan terhadap kepercayaan, sikap dan nilai mengenai kerjaya keguruan, kanak- kanak dan strategi pengajaran. Beliau juga menyatakan penilaian merupakan sesuatu pengajaran yang berkualiti yang mana penilaian terhadap pengajaran dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial.
  • 34. 21 2.3.2 Kesesuaian Aras Pengajaran Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan keupayaan dan kebolehan pelajar. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila menggunakan aras yang rendah, pelajar-pelajar yang cerdik pula tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Perkara seperti ini akan merugikan pelajar yang cerdik yang mana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran (Marzuki, 2005). Walau bagaimanapun, menurut Mohamad Jackie et.al. (2016), menyatakan kurikulum yang digubal oleh kerajaan adalah sama tetapi isi kandungannya adalah berbeza berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan. Manakala semasa proses P&P, aktiviti pengajaran guru seharusnya berdasarkan kepelbagaian kanak-kanak dalam aspek keupayaan, gaya pembelajaran dan minat. Proses penilaian pula hendaklah yang berbeza-beza berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan dan tahap sokongan yang berbeza-beza data guru mengenal pasti daripada proses penilaian. 2.3.3 Insentif Insentif merupakan semangat guru untuk mendorong dengan memberikan motivasi kepada pelajar. Selain itu, berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberikan motivasi kepada pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru juga merupakan sesuatu insentif. Oleh itu, untuk memberi galakkan kepada pelajar supaya belajar adalah dengan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya dengan menggunakan dua teknik atau keadaan. Keadaan yang pertama melibatkan penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P yang boleh menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dan merupakan aktiviti yang menyeronokkan.
  • 35. 22 Pertama, guru perlu menyediakan BBM yang boleh menarik minat pelajar dan menyeronokkan. Manakala keadaan yang kedua guru memberikan denda atau hukuman kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dan guru memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran. (Marzuki, 2005). Menurut kajian Said & Taha (2010) menyatakan motivasi ekstrinsik amat berlawanan dengan motivasi intrinsik, yang mana merujuk kepada melakukan sesuatu perkara hanya kerana keseronokan semata-mata. Ia juga seperti faktor insentif yang diperolehi, perhatian dan juga pujian pihak lain yang merupakan faktor penggerak luaran. Manakala, motivasi ekstrinsik ialah kerelaan seseorang untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas atas alasan tidak mahu dihukum dan mengharapkan ganjaran luaran (Mohd & Hassan, 2002). Manakala Mohamad Jackie et.al (2016) menyatakan bahawa insentif merupakan pembelajaran yang memerlukan kanak-kanak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada P&P, melaksanakan tugasan dengan baik dan belajar dengan tekun. Hal tersebut akan tercapai jika mereka diberikan motivasi secara berterusan untuk melakukan aktiviti tersebut. Motivasi tersebut melibatkan dua sumber iaitu pertama, nilai instrinsik yang menimbulkan minat kanak-kanak kerana penggunaan kaedah pengajaran guru yang menarik. Manakala kedua, faktor ekstrinsik yang diwujudkan seperti pujian. Selain itu, dalam kajian Nor et.al. (2016) menyatakan bahawa majlis meraikan kejayaan dan pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan sering diadakan baik secara normal mahupun pada masa perhimpunan mingguan. Perkara ini akan mewujudkan rasa dihargai dan bangga dalam diri murid dan memberi kesan terhadap keberhasilan murid. Faktor matlamat merupakan faktor yang mempengaruhi motivasi instrinsik seseorang pelajar itu. Seseorang pelajar akan berusaha untuk mendapatkan gred atau keputusan yang cemerlang jika pelajar tersebut mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri mereka. Manakala peneguhan positif merupakan sesuatu perkara yang menyebabkan perubahan positif atau kemajuan dalam pelajaran yang dapat menggalakkan minat pelajar untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan (Nasir & Hamzah 2014).
  • 36. 23 2.4 Kemahiran Pada masa kini, kepelbagaian dalam menggunakan BBM dalam P&P adalah amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Justeru itu, kajian Hill, Rowan dan Ball (2015) menyatakan pengetahuan dan kemahiran guru adalah lebih penting daripada persiapan guru untuk mengajar. Hal ini disebabkan guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar menggunakan kaedah yang pelbagai (Shulman, 2006,2007). Seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Sebelum berlakunya sesuatu P&P, guru-guru perlu mempunyai kemahiran mengajar seperti aktiviti penyampaian, perancangan, pengelolaan dan bimbingan. Tujuan kemahiran mengajar ini digunakan adalah untuk menyebarkan kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar secara berkesan dengan menggunakan pendekatan, teknik, strategi dan kaedah mengajar yang berlandaskan teori P&P dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, Yahaya et. al. (2010), menyatakan bahawa kemahiran- kemahiran seperti kemahiran set induksi, kemahiran pengukuhan, kemahiran pelbagai variasi rangsangan, kemahiran menggunakan ilustrasi dan kemahiran penyoalan yang sepatutnya perlu dimiliki oleh seseorang guru untuk menghasilkan BBM yang berkesan. Dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa kemahiran menyampaikan isi pelajaran yang digunakan oleh guru adalah amat penting untuk pelajar menerima sesuatu pengajaran yang dipersembahkan terhadap sesuatu mata pelajaran atau topik dan kemahiran ini juga menunjukkan keberkesanan kaedah atau teknik guru menjalankan P&P di sekolah. Justeru itu, sebanyak 80% responden mengakui bahawa kemahiran penerangan yang digunakan oleh guru dalam P&P amatlah berkesan dan diterima dalam pengajaran mereka. Oleh itu, menurut kajian Ahmad & Jinggan (2015) menyatakan bahawa guru-guru yang cekap dari aspek kemahiran mengajar akan mengajar secara teratur atau bersistematik, penyusunan kaedah dari peringkat permulaan dengan penerangan mengenai konsep, menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Manakala langkah yang terakhir pula dengan menggunakan peneguhan dan pengukuhan terhadap pelajar-pelajar. kompetensi guru dari aspek kemahiran mengajar akan memudahkan pengajaran yang sistematik, kaedah-kaedahnya iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan
  • 37. 24 perkembangan konsep menggunakan ilmu pengetahuan serta kemahiran dan akhirnya dengan pengukuhan dan peneguhan. Dalam kajian ini, pihak pengkaji telah memilih tiga kemahiran yang paling utama iaitu kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran membuat penilaian pembelajaran dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat (ICT). 2.4.1 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran Kemahiran mengajar seperti pendekatan, teknik dan kaedah merupakan kemahiran mengajar yang perlu ada pada diri seorang guru semasa dan sebelum menjalankan sesuatu P&P. Sebelum menjalankan proses P&P, guru-guru mestilah menguasai kemahiran pendekatan, kaedah dan teknik tersebut untuk dilaksanakan dalam proses P&P di sekolah. Menurut Mohd Ariff Albakri et.al (2001) menyatakan kaedah pengajaran yang berkesan, guru khususnya perlu mempersiapkan diri dengan kaedah pengajaran yang benar-benar berkesan, agar pelajar ini mendapat manfaat yang semaksimumnya. Oleh yang demikian, guru wajar mengaplikasikan BBM dalam P&P agar prestasi pelajar dapat dipertingkatkan. Oleh itu, guru-guru perlu prihatin dan mengambil kira latar belakang pelajar dari segi bangsa dalam mengendalikan proses P&P. Oleh yang demikian, Ahmad & Jinggan (2015) pula menyatakan guru seharusnya menggunakan teknik yang sesuai untuk membangkitkan minat murid dalam proses P&P. Teknik soal jawab, tunjuk cara, menghafal, latihan dan latih tubi adalah teknik-teknik yang biasa digunakan oleh guru terhadap sesuatu mata pelajaran. Hakikatnya, pelajar-pelajar akan mudah memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru semasa proses P&P dijalankan jika guru menguasai kaedah atau cara penyampaian dengan baik dalam pengajarannya. Sabilan (2014) menyatakan bahawa guru yang berusaha memahami gaya pembelajaran lebih awal, boleh menggunakannya sebagai membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya sebagai asas untuk membina kekuatan pengajaran. Kadang kala ada kaedah pengajaran yang dirasakan sesuai tetapi masih tidak mampu meningkatkan pencapaian kesemua murid. Kepelbagaian tahap penerimaan pelajar terhadap maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya pembelajaran yang beza-beza
  • 38. 75 RUJUKAN A. Rashid,N. et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. A.Ashraf, M. & Ibrahim, Y.( 2009). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Bentong, Pahang:PTS Pub & Distributor Sd. Bhd. Abd. Hamid. M.A., (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Ghafar, M.N.(2014). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Cetakan Keempat. Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Razak, R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Abdullah, M. (2012). Constructing A Framework In Applying Psychomotor Domain Model For Electrical Installation Workshop Course. Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad, M.S & Madon.Z (2007). “Tip Pandai Belajar”. Kuala Lumpur:PTS Millenia Ahmad, S.T & Tamuri, A.H.(2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan BBM Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-Qaf. Journal Of Islamic and Arabic Education 2(2).53-64. Aminudin, A. (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Kepimpinan Instruksional Untuk Pengetua / Guru Besar. Amirudin. M.H. (2009). Kemudahan, Sikap dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru-Guru Program Pendidikan
  • 39. 76 Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Tesis Sarjana Pengajian Pendidikan. Anuar, A. & Jinggan,N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang, H. (2010). Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Penguasaan Kemahiran Generik Dan Pencapaian Akademik Pelajar Di Politeknik Malaysia. Phd Thesis. Badran,I.( 2007). Enhanching Creativity and Innovation in Enggeneering. Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA:Open University Press. Buntat,Y. & Ahamad,L. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal Of Technical, Vocational & Engineering Education. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Che Mohd Noor,C.M.S.Z & Ahmad,A.R. (2015). Kreativiti Guru Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Cheah Phaik Kin (1999). Kadar Penerimaan Internet di kalangan Pelajar universiti: Satu Kajian Kes di universiti Sains Malaysia, Tesis sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Chua Yan Piaw. (2013). Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Likert. Edisi Kedua. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd Cochran, K.F., DeRuiter,J.A., & King, R.A.(1993). Pedagogical Content Knowing: An Integrative Model For Teacher Preparation. Journal Of Teacher Education, 44,263-272.
  • 40. 77 Cohen L.,Manion L., and Morrisson K.(2007). Research Methods In Education. (6th Ed.). USA: Routledge. Creswell, J.W. (2008). Education Research. Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative And Qualitative Research: Third Edition. Pearson International Edition. Daud,M.Y, Ahmad,M. & Lubis,M.A. (2006). Penggunaan Internet Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim et.al., Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. David Reiss. (2007) . Video – Based Multimedia Design: A Research Study Testing Learning Effectiveness. Canadian Journal Of Leraning and Technology. Fall. Esa, A., (2007). Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum Di Politeknik Bagi Menenuhi Keperluan Industri Di Malaysia.P.hd Thesis Haji Hassan,N.(2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Sains Dan Teknologi. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hakke,M. & Azrin,E.S.(2004). Pembangunan Persembahan Elektronik Berasaskan Klip Video Dalam Melaksanakan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran. Masters Thesis. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Oon. Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih. Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd. Hassan, N. (2004). Hubungan Antara Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Sekolah Menengah Kem Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 41. 78 Hassan. N. & Ismail.Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Hill, H.C., Rowan, B., & Ball, D.L. (2015) Effects Of Teachers’ Mathematical Knowledge For Teaching On Student Achievement. American Educational Research Journal, 42(2), 371-406. Hj. Salleh, M.J.(2007), Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Institut Pendidikan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hussin,S. (2001). Model Dasar Strategik bagi Pembangunan Organisasi Sekolah dalam Konteks Birokrasi Pemusatan. Masalah Pendidikan Jilid 24 Ibrahim, N. H. (2013). Tinjauan Keperluan Guru Pembantu Dan Kesan Terhadap Beban Tugas Guru Mata Pelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Oon Malaysia. Tesis sarjana. Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc- Graw Hill Education Malaysia. Sdn. Bhd. Ilias,M.F.,Husain,K.,Mohd Noh,M.A,Rashed,Z.N. & Abdullah,M.(2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. Universiti Teknologi Malaysia. E-Academia Journal. Volume 5 Issue 2. Ilias. M.F., Ismail. M.F.& Jasmi. K. A (2013). Faktor Dorongan Dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Bestari. Universiti Teknologi Malaysia. Ismail gani, A.W., Hj.Siarap,K. & Mustafa,H.( 2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran –Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1&2. Jaafar, N.N. (2011). Penerapan Elemen Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Jaafar,M., Hanafiah,M.N & Mohd. Makbul, Z. (2001). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur:Leads. Jaji,J.(2006). Keberkesanan Kaedah Alat Bantu Dalam Pembelajaran Bahasa Kedua:Analisis Penggunaan Alat Linguaphone. Tesis Ijazah Sarjana, Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.
  • 42. 79 Jantan,N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif Dan Inovatif Di Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabtan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau. Jantan,R. & Razali, M. (2002) . Psikologi penidikan-Pendekatan Kotemporari. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill. Jasmi, K.A, Ilias,M.F,Tamuri,A.H. & Mohd Hamzah,M.I. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic and Arabic Education. Kamus Dewan. 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sampel saiz for research activities. Education and Psychological Measurement, 30, 608. Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang. Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang. Lay,Y.F & Khoo,C.H.(2009). Introduction to Statistical Analysis in Social Sciences Research (Series 1). Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. Luaran, E.J. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Mara. Mahamod,Z. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Ph.D. fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Marzuki, S.C.(2005).Amalan Guru Yang Berkesan : Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah Di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Mat Deris,Z.(2006). Keberkesanan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Aqidah Tingkatan 2. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Mat Som.H. (2005). Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum : Sorotan dan Perbincangan. Masalah Pendidikan Jilid 27. Universiti Malaya.
  • 43. 80 Md. Nor, M., Abdul rahman, M.N., Mohd Nor,N. , Mat Talha, N. & Abdul Razak, Z. Amalan Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan Sekolah: Retrospeksi Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Fakulti Pendidikan. University Malaya. Md.Nawi, D.N.H. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penilitian Semula Konsep-Konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah. Universiti Malaysia Kelantan. Mohamad Said, M.M & Yunos,N. (2008). Halangan-Halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Prosiding Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Mohamad Said, M.M & Yunos,N. (2008). Peranan Guru Dalam Memupuk Kreativiti Pelajar. Jurnal Pengajian Umum Bil.9. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Arip, M.A.S , Mohd Sa’ad,F.,Jaapar,N.,Mohd Ali,K.,Athdzar,N.H dan Wan Abd. Rashid, W.N. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Fakulti Pendidikan dan pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohamed Noh,N. Ahmad Mustafa, H.M., Hamzah, M., Ismail, M.A & Abdullah,N. (2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran : Cabaran Guru Dalam E-Pembelajaran. Proceedings Of The 7th International Malaysian Educational Technology Cinvention (IMETC 2013). Mohamed Noh,N., Ismail, M.A. & Ahmad,J. (2010). Efikasi Kendiri Komputer Dan Penerimaan Inovasi EduwebTV Dalam Kalangan Guru Perpustakaan Media Di Sekolah-Sekolah Malaysia. Prosiding, the 15th International Conference On education. Sultan Hasanal Bolkiah Institute Of Education, Brunei, 24-27 May.2010. Mohd Amin.N.F., & Chiew Kai Wan. (2014). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Ariff Albakri, I.S, Idris, F., Ibrahim, M., Ibrahim, A. (2001). Kaedah Pengajaran Berkesan : Antara Keperluan Pelajar Dan Realiti Pengajaran Pengajian Jarak Jauh. Jurnal Pengajian Umum Bil. 2.
  • 44. 81 Mohd Jackie,A.Z, A.Gahani, M.F. & Elham, F.(2016). Keberkesanan Pengajaran Guru Tadika: Satu Kajian Awal.Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Mohd Rhouse,S. & Abd. Razak, A. (2006). Persepsi Ahli Akademik dan Majikan Tentang Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Oleh Siswazah Pengurusan Perniagaan Dalam Menepati Kehendak Pasaran. Dalam: Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan. Universiti Pendidikan Sultan Idris Mohd Yasin.M.H, Toran,H.,Tahar,M.M.,Bari,S.,Ibrahim,S.N.D & Zaharudin,R. (2013). Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya Terhadap Proses Pengajaran. Asia Pasific Journal Of Educators and Education, Vol.28, 1-9. Mohd,A. & Hassan, A. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Kuala Lumpur:PTS & Distributing Sdn. Bhd. Mohd. Hamzah,M.I &Attan,N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Hamzah. M.I & Attan.N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia. Mohsin,M.S.F.A & Hassan,R. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan „Streaming Video‟ Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad Ke- 21. Universiti tun Hussein Oon. Mokhtar,N. & Rahman, A.N.A. (2010). Kajian Keberkesanan Penggunaan Video P & P Bertajuk Proses Rawatan Air Bagi Pelajar Semester Sesi Disember 2010 di Politeknik Port Dickson. Jabatan Kejuteraan Awam, Politeknik Port Dickson. Mukama,E. and Anderson, S.B. (2007). Coping With Change in ICT-Based Learning Environments:Newly qualified Rwandan Teacher’s Reflection. Journal Of Computer Assisted Learning 24:156-166. Musa,N.E & Mohamad, M.H.,(2014). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Prosiding PTBS. Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.
  • 45. 82 Musta’amal, A.H.,Rosmin,N.,Mohd Amin,N.,&Buntat.Y. (2013). Rekacipta:Ke Arah Pemupukan Budaya Kreatif Dan Inovatif. 2nd International Seminar On Quality And Affordable Education (ISQAE). Fakulti Pendidikan & Fakulti Kejuteraan Elektrik. Universiti Teknologi Malaysia. Nasir,M.Z & Hamzah,Z.A.Z. (2014). Sikap Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Akademi Bahasa. University Teknologi Malaysia & Jabatan Bahasa Melayu. Universiti Putra Malaysia. Nik Yusof,N.M.R, Awaluddin,S., Abdul Razak,K. Tamuri,A.H.Hamzah.M.I & Abd Ghani,K.(2002). Kurikulum Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era Globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F .(2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Nor, M.M.,Rahman, A.M.N, Nor, M.N.,Talha, M. N. &Razak, A.Z. (2016). Amalan Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan Sekolah: Retrospeksi Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Omar.Z., (2014). Pendekatan Konstruktif dalam Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kolej Vokasional. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. PPD Pontian. (2016). Jumlah Bilangan Sekolah Menengah. Dicapai pada 15 November 2016 dari laman web www.ppdpontian.com Razak, A.R. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Riezka,A.,Atastina,I & Maulana,K. (2011). Analisis Dan Implementasi Data- Cleaning Dengan Menggunakan Metode Multi-Pass Neighbourhood (MPN). Teknik Informatika, Fakultas Teknik Information, Universitas Telkom. Rongers.E.M.(1983). Diffusion Of Innovations. Third Edition. A Division Of Macmillan Publishing Co. Inc. New York. Sabilan, S., Ishak,M.F., & Din &Nasirudin. (2014). Tahap Pelaksanaan Pendekatan Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Latihan
  • 46. 83 Mengajar Menurut Persepsi Guru-Guru Pelatih Fakulti Pendidikan KUIS : Satu Tinnajaun Awal. Jurnal Pendidikan. Said, H. & Mohamad, N. (2011). Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Jurnal Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Said, H. & Mohamed A’zmi, S. (2010). Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia Said,M.M.R., Taha,M.R. (2010). Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi Motivasi Keapada Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Enam buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Salleh, M.J., & Agus,A. (2009).Transformasi Pengajaran sejarah Berasaskan Multimedia. Dlm. Abdul Razaq & Isjoni. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah (hh.113-126). Penerbitan bersama : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi & FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Samat@Yusuff,S. & Mohd Yasin, M.H. (2016). Pengetahuan dan Sikap Guru Pendidikan Khas Menerapkan Kreativiti dan Inovasi Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekaran,U.(2000). Research Methods For Business: A Skill Building Approach (4th .ed.) New York: John Wiley & Sons, Inc. Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd. Shulman, L.S (2007). Knowledge and Teaching: Foundation Of The New Reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1-22. Shulman, L.S. (2006). Those Who Understand: Knowledge Growth In Teaching. Education Researcher, 15(2), 4-14. Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin, (Ed.), School and Classrooom Organization. Hillsdale, NJ:Erlbaun.
  • 47. 84 Stapa, Z., Ismail, A.M. & Yusuf, N. (2012). Faktor Persekitaran sosial dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Fakulti Pengajuan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Syarifuddin.N.S. & Halim.L. (2016). Amalan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Baharu .Fakutli Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tamuri, A.H., Ismail, M.F.& Jasmi,K.A.(2012). Komponen Asas Untuk Latihan Guru Pemdidikan Islam. Fakulti Tamadun Islam. Universiti Teknologi Malaysia. Tasir.Z & Lim Bee Yeok. (2010). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Toh,W.S. (2003).Student – Centered Educational Beliefs & Teacher Education. Jurnal Penyelidikan MPBL,4,20-22 Uma Sakaran (2002). “Research Methode For Business: A Skill Building Approach”. (4th Edition).” Canada: John Wiley & Sons Inc. Wiersma, W. (2000). Research In Education: An Introduction, Bostan: Allyn and Bacon. Wikipedia (2016).Keyakinan- Dicapai pada 26 November 2016, dari Laman Web https://id.wikipedia.org/wiki/Keyakinan_dan_kepercayaan Wikipedia (2016).Kurikulum- Dicapai pada 26 November 2016, dari Laman Web https://ms.wikipedia.org/wiki/Kurikulum Witmuishwara,M. & Ahmad, A.(2015). Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti Pengajaran Guru Di Bilik Darjah : Satu Kajian Perbandingan Antara Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Yaacob, B. (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap hasrat dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum di Maktab Perguruan:Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Yahaya,A. & Hamsari,N.A.(2010). Teori-Teori Motivasi. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Yahaya. A., Nor,M.R.,Ismail,S. Abdul, A.H. (2010).Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Mata Pelajaran Teknikal. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pengurusan, UITM Segamat. Fakulti Sains Kognitif, Universiti Utara Malaysia.
  • 48. 85 Zain,I. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd. Zainal Azir,N.A.(2017). Simulasi Ahu Blower Sebagai ABBM. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Oon Malaysia. Zainal,G. (1998).Curricular Decision-Making in the Diffusion of Educational Innovation in Malaysia, Tesis Ph.D., University of Southamton. Zin,M.M.K. (2001).Minat dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang Gelah Patah, Johor Bahru, Johor. Tidak Diterbitkan dalam tesis sarjana muda,Universiti Teknologi Malaysia.