SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
KARANGAN
NARATIF

Cg NORHAYATI BINTE OTHMAN
Terdapat 5 elemen penting dalam penulisan kreatif yang
harus difahami oleh pelajar-pelajar.

      Sebagai permulaan, pelajar haruslah memastikan
karangan mereka tidak terlalu pendek kerana sekiranya terlalu
pendek, karangan itu menjadi cetek. Karangan mereka tidak
harus terlalu panjang kerana kalau terlalu panjang, akan
membosankan pembaca.

     Karangan pelajar haruslah ditulis sebanyak dua
mukasurat iaitu empat halaman
LIMA KOMPONEN YANG HARUS DI FAHAMI PELAJAR ADALAH :



1 TEMA

2 LATAR

3 PLOT

4 WATAK

5 SUDUT PANDANGAN
TEMA
Apa itu latar?
Latar merupakan setting dalam penceritaan. Latar boleh
  dilihat dari 2 segi :


1   Latar fizikal atau gambaran tempat dan masa sesuatu
    perkara itu berlaku


2 Latar masyarakat iaitu gambaran tentang keadaan
  masyarakat
   Setiap cerita yang dihasilkan dalam karangan naratif mesti mempunyai
    peristiwa atau kejadian. Peristiwa atau kejadian ini perlulah disusun dan
    dikaitkan daripada peristiwa atau kejadian yang lain. Peristiwa atau
    kejadian yang berlaku pula mestilah mempunyai sebab dan akibat. Segala
    peristiwa atau kejadian ditimbul dan digerakkan oleh tindakan, tingkah
    laku, gerak, cetusan dan dialog watak.

        Peristiwa atau kejadian ini ditimbulkan oleh watak-watak yang terlibat
    dalam cerita. Peristiwa atau kejadian yang dipersembahkan boleh disusun
    dan diurut sama ada dalam susunan kronologi atu tidak kronologi.

   Apakah plot yang berbentuk kronologi dan tidak kronologi?
   Baca karangan Misteri Permaidani dan Ketika Mentari Hilang Di Kaki Langit
Bunyi cengkerik kedengaran bersahut-sahutan. Pada malam itu, angin ber tiupan sepoi-sepoi bahasa. Suasananya
sungguh sayup. Samad, seorang pekerja pembersih permaidani, tiba di sebuah banglo pada pukul sembilan malam. Pengurusnya telah menyuruhnya ke
sana. Samad ke sana dengan seorang pemandu van berbangsa Cina. Kondominium itu kelihatan baru dan mewah. Samad mengambil barang-barang
yang diperlukan lalu menuju ke arah rumah itu.
             Sesampai sahaja di depan pintu, Samad menekan butang loceng pintu. Seorang wanita Cina yang cantik membuka pintu. Wanita itu ialah
Puan Lim. Puan Lim menjemput Samad masuk ke dalam rumahnya. Banglo Puan Lim dua tingkat. Semua bilik tidur di tingkat atas. Puan Lim
menunjukkan permaidaninya yang harus dibersihkan oleh Samad. Ada bekas darah di atas permaidani itu.
             Puan Lim berkata kepada Samad dengan suara yang sedih, “Sebenarnya anjing saya mati di situ. Pembantu rumah saya yang dahulu sangat
jahat. Anjing saya cuba menggigit pembantu rumah itu kerana dia telah mencuri duit saya. Malangnya, pembantu rumah itu menendang anjing saya lalu
anjing saya terjatuh dari tangga itu. Dia telah membunuh anjing saya. Ini bekas darahnya!”
             Samad mengatakan bahawa dia akan membersihkan permaidani itu dengan segera. Samad terpaksa membuat kerja sendirian kerana rakan
pembantunya sakit pada hari itu. Pemandu van hanya menunggu di van sahaja. Samad mula menuang sedikit kimia ke atas permaidani itu dan
menghidupkan mesinnya. Selepas beberapa jam, Samad berasa sungguh letih. Bekas-bekas darah itu telah hilang seluruhnya. Dia berasa sungguh
puas. Semasa dia sedang mengemas barang-barangnya, dia melihat sekali lagi permaidani itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati bekas
darah itu masih ada. Malah, ia kelihatan lebih merah dan basah.Samad tidak percaya apa yang dilihatnya. Samad terhidu bau darah itu. Dia
menghidupkan mesinnya semula dan menuang lebih banyak kimia di atas permaidani itu. Kali ini, Samad menggosok bekas darah itu dengan kuat.
Akhinya bersih juga permaidani itu.
             Sedang Samad mengemas barangnya, sekali lagi bekas darah itu keluar semula. Kali ini lebih banyak, memenuhi hampir separuh permaidani
itu. Samad terdengar suara jeritan di bawah permaidani itu. Hati Samad berdegap-degup. Dia kuatkan semangatnya lalu cuba mendekati permaidani
itu. Tiba-tiba, terpantul wajah seorang wanita di tengah-tengah permaidani itu. Wanita itu ialah pembantu rumah Puan Lim.
             “Mengapa kau mencuci darah aku? Akulah yang menjadi mangsa. Puan Lim dan suaminya memukul aku dan menendang aku sehingga aku
terjatuh dari tangga itu, lalu mati,” kata suara wanita itu.
             Hati Samad tergerak untuk melihat tangga rumah itu. Di atas kelihatan Puan Lim sedang menuruni tangga itu dengan memegang sebilah
pisau. Dengan pantas, Samad menarik mesinnya lalu terus meluru keluar dari banglo itu. Dia berlari menuju ke van dan menyuruh pemandu vannya
pergi dari tempat itu segera. Samad cuba menceritakan kejadian itu kepada pemandu van dan pengurusnya. Malangnya, tiada sesiapa yang ingin
mempercayainya. Menurut mereka, dalam zaman moden dan canggih hari ini, tiada hantu. Mereka juga sering menggiat Samad dan memanggilnya
‘Hantu permaidani’. Apa yang berlaku kepada Samad masih lagi menjadi tanda tanya. Misteri itu tersimpan di ingatan Samad setiap kali dia
membersihkan permaidani di rumah-rumah besar dan mewah.

Siti Filzah bte Shaikh Yahya
Menengah 1E5
Sekolah Menengah Hillgrove
Nun jauh di tengah lautan yang terbentang luas langit menampakkan garisan
horizon yang memanjang dari timur ke barat seolah-olah tanpa penghujung dan
pangkal. Garisan horizon tampak jelas ketika mendung di langit bergayut rendah
bagaikan menutup lautan. Di bawah mendung kelabu itu, ombak bergulung-gulung
memutih buih bagaikan lukisan di kanvas, memukul keras di pesisiran pantai,
bergelombang laksana jiwaku yang bergelora. Angin petang menerobos kasar,
menampar-nampar wajahku. Langit yang suram seolah-olah mengejekku,
menambah kepiluan dan kekesalan yang mencengkam sanubari.

      Ahhh...! Aku menjerit sekuat-kuat hati untuk meleraikan segala yang tersimpul
di dada tetapi deruan ombak menenggelamkan suaraku. Ketenangan dan
ketenteraman yang kucari di pantai ini tidak juga aku temui. Pantai ini penuh dengan
lipatan sejarahku bersamanya, sewaktu bunga cinta mekar nan merah subur
disirami kasih sayang. Di sini jugalah bermulanya detik-detik percintaanku.
Keseimbangan emosiku mula tergugat. Aku cuba melenyapkan peristiwa yang
masih terngiang-ngiang di benak fikiranku tetapi terasa amat sukar kerana sedu-
sedannya masih lagi kedengaran.

      Hari itu aku telah merancang untuk ke pusat membeli-belah bagi persiapan
perkahwinan aku dan Syah yang akan berlangsung sepurnama lagi. Kegembiraan hatiku
bukan kepalang dan di wajahku terpancar keriangan. Aku dapat bayangkan betapa
indahnya masa depanku setelah bergelar isteri, seindah pelangi selepas. Penantian
bagaikan satu penyiksaan. Aku menantikan detik-detik indah itu dengan penuh debaran.
Sambil menanti saat itu, aku menyingkap kembali tirai kenangan. Perkenalanku dengan Syah berputik
sejak di bangku sekolah lagi. Syah dikenali sebagai 'Romeo' kerana wajahnya yang tampan dan juga sikap
romantisnya apabila berdepan dengan perempuan. Ramai rakan-rakanku terpikat dengan Syah kerana
karismanya kecuali aku. Aku tidak mudah tergoda dengan bicara manisnya. Kami sering bertengkar setiap kali
bertentangan mata. Kami bagaikan anjing dengan kucing. Jika bersua muka tercetuslah perang dunia kedua.
Jika dengan perempuan lain dia pandai mengambil hati, entah mengapa denganku dia sering membuatku
marah dengan gurauannya yang menyakitkan hati. Selepas menduduki peperiksaan GGE 'O' kami telah
meneruskan haluan masing-masing. Suatu hari aku telah terserempak dengan Syah di suatu pesta hari jadi.
Sejak pertemuan di majlis itu bunga cinta di antara kami berdua mula mekar.
        Setiba sahaja di Takashimaya, bibirku menyulam secebis senyuman. Di ruang mataku tergambar
kemesraan yang bakal menjelma. Senyumanku semakin lebar apabila aku melihat gaun pengantin yang telah
kutempah khas buat hari yang bersejarah itu telah siap untuk diambil. Ketika aku berada di Butik Tiffany tiba-
tiba aku terpandang pasangan yang seakan-akan aku kenali.
        Hatiku mula membara apabila aku terlihat Syah lalu di depan butik itu dengan ditemani oleh bekas
kekasih lamanya, Ziana. Aku memerhatikan mereka dengan renungan yang tajam. Mereka kelihatan begitu
mesra sekali. Kemarahanku bertukar menjadi cemburu.

       "Syah! Tergamak kau menodai cinta kita. Penipu!

       "Liza, harap bertenang. Biar Syah jelaskan."

       "Liza tidak mahu dengar penjelasan Syah. Batalkan sahaja majlis persandingan kita. Batalkan! "
aku berteriak sambil menahan air mata yang mengalir deras lalu berlari keluar.

       "Liza...!" Syah cuba menjelaskan kedudukan perkara..

        Bercinta itu mengasyikkan, merindu itu amat menyeksakan. Bersua secara kebetulan, berpisah kerana
keadaan. Aku tidak mengendahkan panggilan Syah. Aku tidak mahu mendengar sebarang penjelasan darinya.
Aku kecewa dan lemas dalam kecaian harapan dan impian. Aku melangkah keluar dari Takashimaya dengan
kekuatan yang yang kupaksa. Butir-butir kaca mengalir dengan deras. Dalam pandangan yang berbalam
melalui manik-manik jernih, aku melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Bunyi deruan kereta
dan motosikal langsung tidak kuhiraukan
Tiba-tiba aku terasa seseorang menepuk bahuku dan menolakku ke tepi jalan raya dengan kuat. Aku
tersungkur ke tepi jalan raya. Rupa-rupanya Syah telah menyelamatkanku daripada kereta yang memecut laju.
Akibatnya Syah telah dilanggar kereta kerana cuba menyelamatkanku.
       Nun jauh di sudut jalan raya tubuh Syah terbujur kaku bermandikan darah. Percikan darah terdapat di
mana-mana. Alam sekelilingku seolah-olah berpusing.
       "Doktor! Bagaimana keadaan Syah, doktor?" tanyaku bertalu-talu. Air mataku mengalir tanpa berhenti.
       "Bersabarlah Liza. Cuba bertenang," Ziana memujukku sambil memegang bahuku.
       "Berambus kau Ziana! Pergi! " kataku sambil menepis tangannya.
       "Aku tak mahu melihat muka kau! Perampas! Kau memang sengaja mahu merampas kebahagiaanku.
       Berambus kau dari sini!" aku menengking sambil mataku mengerling kepadanya.
       "Liza, aku..." Ziana cuba merayu.
       "Pergi!!!" kata Liza tanpa mendengar penjelasan Ziiana.
       Ziana melangkah pergi dengan hati yang sayu. Aku tidak dapat menghalang air mata yang mengalir
deras.
       Aku memasuki bilik wad dengan penuh keharuan. Hatiku sebak melihat keadaan Syah yang bagaikan
nyawa-nyawa ikan. Setitis butir mutiara gugur di pipiku. Aku menghampirinya. Syah hanya terdaya untuk
mengukirkan senyuman. Dia memegang erat tanganku seolah-olah tidak mahu dilepaskannya

         "Mengucap Syah, mengucap. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa'asy-hadu annna Muhamadar Rasullulah..."
aku bisikan dua kalimah syahadat ke telinganya dengan suara tersekat-sekat.
         Pernafasannya mula beransur perlahan dan akhirnya berhenti buat selama-lamanya. Aku menangis
sekuat-kuat hatiku. Syah telah pergi menyahut seruan Illahi. Syah meninggalkanku terkapai-kapai untuk
mencari kepastian.
         Kini, tibalah masanya jenazah Syah dibawa ke Pusara Aman untuk diabadikan. Dengan perlahan-lahan
jenazah itu diusung dengan diiringi sekalung doa dan ayat-ayat Allah s.w.t yang suci. Di saat jenazah itu
dikebumikan aku bagaikan berada di puncak kehancuran. Ziana yang turut hadir mendakap tubuhku dengan
erat. Aku membiarkan sahaja dia memelukku sambil aku berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar roh Syah dicucuri
rahmat dan semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.
         "Liza, aku tahu kau masih marahkan aku. Tapi, Syah tidak bersalah. Sebenarnya, pertemuan pada hari
itu tidak dirancang. Kebetulan kami terserempak lalu Syah meminta bantuanku untuk memilih hadiah istimewa
buatmu. Syah tidak berlaku curang Liza, percayalah. Lagipun aku sudah pun mempunyai calon suami. Azhar
namanya. Liza, sebelum Syah pergi dia telah meninggalkan sepucuk surat dan sebuah bungkusan buatmu,"
kata Ziana sambil menghulurkannya kepada Liza.
         Liza mengoyakkan mulut sampul surat kiriman Syah dan membaca kandungannya.
Liza, permata hatikuku.
       Dalam kesyahduan malam, kuutuskan warkah ini buatmu. Maafkanlah Syah sekiranya
perbuatan Syah telah menyinggung perasaan dan mengguris tangkai hatimu. Ketahuilah, hanya
kau seorang sahaja yang bertakhta di hati ini. Antara Syah dan Ziana tiada hubungan apa-apa.
Kebetulan kami terserempak secara tidak sengaja di pusat membeli-belah dan Zianalah yang
telah membantu Syah memilih hadiah istimewa ini buat hari pernikahan Liza.
       Ketika Liza menerima warkah ini mungkin Syah sudah tiada lagi di dunia ini. Syah akan
pergi buat selama-lamanya. Andainya Syah sudah tiada lagi, janganlah ditangisi pemergian
Syah. Iringilah pemergian Syah dengan doa restu.Taburilah pusara Syah dengan bunga
sebagai tanda cinta Liza kepada Syah. Selamat tinggal sayang...

Yang Menyayangimu
Syah

       Mutiara jernih mula bergenang di kelopak mata. Impianku untuk membina istana bahagia
kini hanyut bersama titisan embun yang berguguran. Dengan linangan air mata, aku membuka
bungkusan kiriman Syah. Di dalamnya ada sebuah kotak berbaldu biru. Kubuka perlahan untuk
mengetahui isi kandungannya. Hatiku sebak apabila kulihat di dalamnya ada sebentuk cincin
bertakhta manikam.

      Ya Allah! Apa yang sudah aku lakukan? Ini semua salahku! Kalau tidak kerana sikap
cemburu mungkin semua ini tidak akan terjadi. Kekesalan yang bersarang di kalbuku kini tidak
ada gunanya. Nasi sudah pun menjadi bubur. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

       Dentuman guruh yang kuat mengalihkan pandanganku ke alam nyata, membiarkan
lamunanku tergantung tanpa bertali. Titis demi setitis air mata membasahi pipiku. Kini baru aku
sedar ratu suria telah tergelincir dari persemayamnya di puncak langit. Hujan semakin turun
dengan lebatnya disertai guruh dan petir yang mencakar langit. Namun aku masih tidak
berganjak dari pusara Syah yang masih merah. Aku masih menyalahkan diriku di atas apa yang
berlaku. Harapanku hanya tinggal impian. Angan-anganku tidak kesampaian. Syah, kau pergi
bersama cintaku. Maafkan aku Syah, maafkan aku...
Allahyarham Syah

Warkahmu yang sekerat telah kuterima setelah kau tiada lagi di dunia.
Betapa pilunya hatiku dan remuknya jiwaku melihat jenazahmu diusung
ke tanah perkuburan ketika mentari hilang di kaki langit. Senjanya kau
datang membawa hadiah untukku, dan subuhnya kau pergi, pergi yang
tak kembali.
      Kutulis lembaran ini bagi menjawab bingkisanmu yang kau
kiirimkan. Pilunya hatiku bila menatap cincin berlian pemberian Syah
sebagai lambang keagungan cintanya. Syah, walaupun kau telah pergi,
cintaku terhadapmu tetap bersemadi. Semoga rohmu berada di dalam
golongan orang-orang yang saleh. Amin, amin Ya Rabbil Alamin.

Dari kekasihmu yang kecewa
Liza

Dhiyah Zawanah
Menengah 4E2
Sekolah Menengah Dunearn
   Plot yang berbentuk kronologis mempunyai
    peristiwa yang sedemikian :
   A          B        C       D       E      F
   Plot yang tidak berbentuk kronologis
    mempunyai peristiwa yang sedmikian :
   C          A         B        D       E
   Sebagai seorang penulis, pelajar haruslah memikirkan bagaimana
    corak penceritaan yang ingin disampaikan. Plot merupakan alur
    cerita atau rentetan peristiwa yang bersandarkan kepada sebab dan
    akibat. Setiap yang berlaku mesti mempunyai sebab. Setiap tindakan
    akan menghasilkan kejadian atau peristiwa. Jalinan plot dapat
    dikaitkan dengan menggunakan mekanisme berikut :

    i     eksposisi (permulaan)
    ii    perumitan (konflik/ ketegangan)
    iii   puncak (klimaks)
    iv    peleraian, dan
    v     penyelesaian
puncak/ klimaks
                      Kerumitan/konflik/ ketegangan




                                                                        peleraian



Permulaan/eksposisi
                                                                         penyelesaian




  ______________________________________________
Watak ialah pelaku yang memegang peranan dalam sesebuah
cerita .Watak inilah yang mencetuskan peristiwa, subjek dan
kejadian seperti yang dikehendaki oleh penulis. Watak merupakan
pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita. Watak dapat
menjadiakan sebuah cerita hidup, berkembang dan menarik untuk
diikuti bagi mengetahui aksi positif dan negatif yang dilakonkannya.
Watak menjadikan sesebuah cerita itu hidup dan menarik dengan
aksi positif dan negative yang dilakonkannya.

Watak yang dilukiskan dalam sesebuah penulisan boleh berbentuk ;

I    watak real
II   watak cereka
I watak real merupakan watak yang dicipta berdasarkan diri
  kamu sendiri atau wujud dalam kehidupan sehari-harian.
  Watak-watak ini adalah manusia atau makhluk cerminan
  dalam kehidupan.

ii watak cereka

  Watak cereka merupakan watak yang dicipta mengikuti
  imaginasi penulis sesebuah karya kreatif, sama ada cerpen,
  novel atau drama. Watak ini tidak wujud dalam kehidupan
  sehari-harian. Watak cereka boleh dilukis dalam bentuk
  manusia, alam, binatang, flora, raksasa dan sebagainya.
  Watak itu dapat dibahagikan kepada dua iaitu watak utama
  dan watak sampingan.
   Fikirkan watak yang utama dan sampingan.

   Jangan mempunyai terlalu banyak watak. Ia akan
    mengelirukan pembaca. Watak dapat digambarkan melalui berikut :

A aspek luaran (secara fizikal) Contoh : kulit sawo matang, manis, kacak,
  langsing atau gemuk
B dalaman (dialog) Contoh : “Ya, saya, Borhan. Saya baru sahaja berkhidmat
  di hospital ini dan ditugaskan untuk merawat ibu saudarri,”” Kata doktor
  muda itu.
Latihan 1
Apabila membaca karangan di bawah ini, jelaskan
perkara-perkara berikut :
a Berapa ramai watak yang terlibat dalam karangan ini?

b Siapakah watak-watak itu?

c Jelaskan perwatakan ‘Aku’ dan ‘Andy’.

d Watak ‘aku’ berasa insaf. Terangkan apakah peristiwa
  ;aku’ menjadi insaf dan apakah tindakan selanjutnya yang
  ingin dilakukan ‘aku’.
Sebagai seorang remaja, aku inginkan kebebasan hidup. Aku sering merajuk sekiranya kemahuanku
untuk bergaul bebas dengan rakan-rakanku dihalang.

       Pada suatu hari, apabila ibu bapaku tiada di rumah, aku telah mengambil kesempatan untuk keluar
tanpa pengetahuan mereka. Aku terdesak untuk keluar kerana hari itu adalah hari lahir teman baikku, Izah.
Izah menyambut hari lahirnya di pantai East Coast. Ramai rakan-rakan yang hadir. Pelbagai aktiviti telah
diaturkan. Aku sungguh gembira kerana aku bebas dari kongkongan ibu bapaku. Selepas penat bermandi-
manda di laut, kami pun berehat sambil menjamu hidangan yang telah disediakan.

       Tiba-tiba, seorang jejaka yang sungguh tampan dan segak menghampiriku.

       “Hai, boleh kita berkenalan?” tanya jejaka itu.

       “Boleh. Siapa nama saudara?” aku membalas.

       “Saya Andy. Boleh kita bertukar nombor telefon?” tanya jejaka itu lagi.
“Saya Farah. Ini nombor telefon saya,” jawabku dengan pantas, sambil memberinya sekeping kertas yang tertulis
nombor telefon bimbitku.

         Sejak pertemuan itu, kami kerap berbual di telefon dan sering keluar bersama-sama. Setiap kali aku keluar bersama
Andy, aku telah membohongi ibu bapaku dengan memberi alasan bahawa aku ingin ke perpustakaan atau membuat projek
bersama rakan sekolah. Andy adalah seorang remaja yang liar. Dia merokok dan badannya penuh dihiasi dengan tatu. Setiap
detik yang aku luangkan untuk bersama Andy dan rakan-rakannya, membuat aku berasa bebas, seperti dunia ini aku yang
punya. Lama-kelamaan, aku telah mempelajari tabiat-tabiat buruk Andy dan rakan-rakannya. Aku mula merokok, mencuri dan
membuat tatu di lenganku.

         Ibu bapaku tidak menyedari akan perbuatan dan perubahanku. Setiap kali aku menjejakkan kakiku di rumah, saat
itulah aku akan menyarungkan topeng baikku. Kadang-kadang aku rasa seperti ingin mendapat ‘lesen merokok’ di rumah
kerana aku akan berasa janggal bila tidak merokok. Ibu dan ayah sentiasa sibuk dengan kerja pejabat serta aktiviti mereka.
Kami hanya bertemu pada waktu malam sahaja. Pada suatu petang Ahad, semasa ibu sedang mengemas bilikku, dia telah
terjumpa sebuah kotak rokok yang masih berisi.

         “Farah! Kenapa ada rokok di dalam bilik kau ni?” teriak ibuku.

         “Err...Farah tidak hisap rokok, bu. Ini kepunyaan kawan Farah. Dia terletak di dalam beg Farah,” jawabku
         dengan nada ketakutan.

         “Baik. Kalau ini kepunyaan kawan kau, telefon dia sekarang. Ibu hendak bercakap dengan dia,” balas ibuku dengan
marah.

          Mendengar kata-kata ibuku itu, aku mula cemas kerana sememangnya rokok itu kepunyaanku. Pada saat-saat yang
mencemaskan itu, aku terpaksa mengaku dan memberitahu ibu perkara yang sebenarnya. Ibu terperanjat lalu memanggil
bapaku. Macam hendak putus telingaku dileteri oleh kedua ibu bapaku. Bapaku hampir menampar mukaku, mujur ibu
menghalangnya. Akhirnya, mereka meminta penjelasan dariku dan mendengar cerita bagaimana aku berkenalan dengan Andy.
Aku juga memberitahu mereka bahawa sebenarnya, mulai semalam aku telah digantung dari sekolah selama 3 hari kerana
telah tertangkap menghisap rokok di tandas. Pihak sekolah telah beberapa kali cuba menghubungi ibu bapaku, tetapi mereka
tidak berjaya kerana aku sering mengatakan bahawa aku tidak tahu nombor telefon bimbit ibu dan bapaku. Bapa naik radang.
Matanya bulat bagai bebola api. Pandangannya kepada aku tajam sekali. Dapat aku rasakan bahang kemarahannya. Dia
memberitahu ibu bahawa dia akan ke sekolah untuk berjumpa pengetua dan guruku pada keesokan harinya.
Aku lihat wajah ibu. Air matanya mula mengalir dan dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Ibu
seakan-akan sudah berputus harap terhadap diriku. Aku tidak tahan melihat keadaan mereka. Aku
juga mula menangis dan meminta maaf kepada mereka. Bapaku memberi aku amaran dan
peringatan yang keras. Aku tidak lagi dibenarkan keluar tanpa izin mereka. Aku juga harus pulang
terus ke rumah selepas sekolah. Bapaku menyuruh ibu berhenti kerja agar ibu dapat mengawasi aku.
Khidmat telefon bimbitku juga akan dihentikan. Aku hanya boleh mengikuti kegiatan sekolah jika
ada surat rasmi dari pihak sekolah atau guru. Nampaknya, bapaku benar-benar hilang kepercayaan
terhadap diriku.

       Sejak hari itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan tabiat-tabiat burukku. Aku pun
sudah tidak bergaul dengan Andy dan rakan-rakannya lagi. Kebebasan yang aku inginkan rupanya
hanya merosakkan diriku sahaja. Akibat mencari kebebasan, aku kini dikawal dengan lebih ketat lagi.
Aku menyesal kerana terlalu mudah mengikut ajakan kawan dan tidak memikirkan akibat
tindakanku. Tetapi, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Aku insaf dan berharap dapat diberi
peluang untuk kembali ke sekolah semula. Aku bertekad membuktikan kepada ibu dan bapaku yang
aku boleh mengubah tabiatku dan berjaya dalam pelajaranku. Minggu hadapan aku akan menjalani
rawatan laser bagi menghilangkan tatu di lenganku. Moga-moga dengan hilangnya tatu itu nanti,
hilanglah juga detik-detik hitam yang telah aku lalui. Namun yang pasti, bekas rawatan tatu itu akan
sentiasa mengingatkan aku akan kesilapanku itu.

Nur Afirah bte Abdul Talib
Menengah 3E2
Sekolah Menengah Hillgrove
   Sudut pandangan merupakan cara terbaik pelajar mempersembahkan ceritanya.
    Penulis perlu memilih sudut pandangan yang sesuai dan berkesan. Sudut
    pandangan dapat dirujuk sebagaimana seorang penulis ingin menjelaskan
    kedudukan penulis dalam cerita yang dipersembahkannya. Penulis boleh berada di
    dalam cerita atau di luar lingkungan ceritanya. Dalam hal ini, seorang penulis boleh
    turut terlibat atau memegang peranan dalam peristiwa atau kejadian yang
    dimunculkan. Atau penulis hanya merupakan seorang pencerita sahaja. Terdapat
    banyak teknik sudut pandangan yang boleh digunakan oleh seorang penulis dalam
    melahirkan sebuah karangan kreatif.

   Tiga sudut pandangan yang lazim digunakan, iaitu
          a       sudut pandangan orang pertama;
          b       sudut pandangan orang ketiga &
   Sudut pandangan pertama seperti “aku”,
    “saya”, “kami”dan “kita”. Dalam hal ini, penulis
    membabitkan diri dalam penceritaa.
   Sudut pandangan orang ketiga, penulis berada
    di luar cerita dan menggunakan ganti nama diri
    orang seperti “dia”dan “mereka”. Pangarang
    hanya bertindak sebagai pencerita sahaja.
Permulaan
   Cuba fahami kehendak soalan
   Baca tajuk karangan dengan teliti
   Apakah tema atau pokok persoalan dalam karangan kreatif?
Lakaran
   Fikirkan dan catat
   Gunakan teknik yang telah dibincangkan terlebih dahulu. Gunakan 5 elemen yang telah
    dibincangkan iaitu
    1      Tema
    2      Latar
    3      Plot
    4      Watak
    5      Sudut pandangan

   Gunakan lakaran piramid naratif iaitu awal plot, per tengahan plot and akhir plot
Awal plot

Permulaan/ eksposisi
• Dialog
•Flashback
•Deskripsi : Menggambarkan latar fizikal atau latar keadaan masyarakat
•Laporan
•Monolog

Per tengahan Plot
   Rentetan Peristiwa-peristiwa
   Kerumitan/ Konflik/ ketegangan
   Puncak/klimeks

Akhir Plot
  Peristiwa menurun
  Peristiwa membawa peleraian
  Terjadi penyelesaian
“Saya bangkang sama sekali! Sememangnya tiada yang benar selain daripada kebenaran
  sendiri.” (Teknik permulaan dialog)

Nun jauh di tengah lautan yang terbentang luas langit menampakkan garisan horizon yang
memanjang dari timur ke barat seolah-olah tanpa penghujung dan pangkal. Garisan horizon
tampak jelas ketika mendung di langit bergayut rendah bagaikan menutup lautan. Di bawah mendung kelabu itu,
ombak bergulung-gulung meutih buih bagaikan lukisan di kanvas, memukul keras di pesisiran pantai,
bergelombang laksana jiwaku yang bergelora. Angin petang menerobos kasar, menampar-nampar wajahku.
Langit yang suram seolah-olah mengejekku, menambah kepiluan dan kekesalan yang mencengkam sanubari.
(Teknik Permulaan flashback)

Kampung itu telah sunyi sepi. Tiada seorang penghuni pun yang kelihatan. Sesekali terlihat seekor dua anjing liar
berkejar-kejaran. Rumah-rumah di situ telah dirobohkan. Perabot-perabot yang tidak mahu digunakan lagi
berserakan di atas tanah. (teknik deskripsi)

Sebagai seorang remaja, aku ingin kebebasan hidup. Aku sering merajuk sekiranya kemahuanku untuk bergaul
    bebas dengan rakan-rakanku dihalang ( teknik laporan)
   Peristiwa-peristiwa harus berkembang dengan menarik dengan
    menggunakan berbagai unsur

   Watak memainkan peranan untuk mengembangkan cerita. Apabila watak
    putih bertemu dengan watak hitam, menyebabkan berlakunya unsur
    suspens.
   Peristiwa-peristiwa yang dikembangkan dengan adanya unsur suspens
   Penggunaan dialog untuk menghidupkan cerita tersebut
   TEKNIK KEJUTAN - Pelajar boleh mengakhiri ceritanya dengan cara mengejutkan pembaca.
    Penyelesaian begini adalah sesuatu yang tidak diduga oleh pembaca. Lantas penyelesaian ini
    membawa pembaca untuk berfikir apakah kesudahan ceritanya.

   TEKNIK KEGEMBIRAAN – Penyelesaian menggunakan teknik yang melahirkan rasa gembira
    dan riang di kalangan pembaca.

   Menerusi teknik ini, pengarang memperlihatkan kejayaan dan kegembiraan pada watak
    tersebut.

   Jangan mematikan watak dengan mengejut atau mengilham sebuah cerita dengan mimpi.

   Jangan sesekali menggunakan unsur lucah dalammenghasilkan karangan kamu.
Pilih satu sahaja karangan di bawah ini dan cuba selesaikan dengan menggunakan Tidak Kurang daripada 240
patah perkataan.

Latihan Tambahan
1 Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan sesuatu yang tidak diduga (Mei/June 2006)

2   Tulis sebuah cerita mengenai kejadian yang menyedarkan kamu akan pentingnya persahabatan (Nov 2006)

3   Tulis sebuah cerita tentang bagaimana nasihat yang diberikan diabaikan pada saat nasihat tersebut amat
    diperlukan (Mei/Jun 2007)

4   Tulis sebuah cerita mengenai suatu peristiwa yang menunjukkan bahawa kejujuran merupakan amalan
    yang sebai-baiknya dalam kehidupan (Nov 2007)

5   Tulis sebuah cerita mengenai satu kejadian yang telah mengubah tabiat kamu. (Mei/June 2008)
   Jangan mengaku kalah
   Percaya dan yakin kamu mampu berusaha
   Mereka yang percaya dia gagal akan menemui
    kegagalan
   Mereka yang percaya dia berjaya akan
    menemui kejayaan

More Related Content

What's hot

Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman firo HAR
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakMohammad Yaqin
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalPrincess Nikko
 
Teknik Pgjrn Cerpen
 Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen
Teknik Pgjrn CerpenAwang Kelabu
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Pengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapPengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapfiro HAR
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana Inbmy
 
Bmm 3109 : pola suku kata
Bmm 3109 : pola suku kataBmm 3109 : pola suku kata
Bmm 3109 : pola suku kataKPM
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusan
Bahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusanBahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusan
Bahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusanFairuz Alwi
 

What's hot (20)

Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
 
Teknik Pgjrn Cerpen
 Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen
Teknik Pgjrn Cerpen
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Sajak
Sajak Sajak
Sajak
 
Gaya bahasa
Gaya bahasaGaya bahasa
Gaya bahasa
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Teks bercerita bm
Teks bercerita bmTeks bercerita bm
Teks bercerita bm
 
Pengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapPengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkap
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana
 
Bmm 3109 : pola suku kata
Bmm 3109 : pola suku kataBmm 3109 : pola suku kata
Bmm 3109 : pola suku kata
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusan
Bahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusanBahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusan
Bahasa Melayu Penggal 1: Pengekodan perkamusan
 

Viewers also liked

Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1sairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangansairee
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan bMari Govin
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

Viewers also liked (9)

Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan b
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

Similar to Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Pengenalan Karangan
Pengenalan KaranganPengenalan Karangan
Pengenalan Karanganlnahrawi
 
Wangi+kaki+ibu
Wangi+kaki+ibuWangi+kaki+ibu
Wangi+kaki+iburadikalzen
 
Cara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIA
Cara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIACara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIA
Cara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIAAnnisa Muliani
 
Aku mencintaimu dengan bismillah
Aku mencintaimu dengan bismillahAku mencintaimu dengan bismillah
Aku mencintaimu dengan bismillahMalik Candra
 
Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)
Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)
Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)Rizka A. Hutami
 
Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)
Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)
Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)Arvinoor Siregar SH MH
 
Persahabatan yang rapuh
Persahabatan yang rapuhPersahabatan yang rapuh
Persahabatan yang rapuhAmore Tsuki
 
Bisikan angin (beni setia)
Bisikan angin (beni setia)Bisikan angin (beni setia)
Bisikan angin (beni setia)arvin2014
 
Novel anak anak langit
Novel anak anak langitNovel anak anak langit
Novel anak anak langitANNISANURAZIZA
 
Fifty Shades Freed (indonesia)
Fifty Shades Freed (indonesia)Fifty Shades Freed (indonesia)
Fifty Shades Freed (indonesia)Dwie Hermanie
 
17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau es17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau esDody Irawan
 

Similar to Karangan naratif menggunakan teknik struktural (20)

Karangan naratif
Karangan naratifKarangan naratif
Karangan naratif
 
Pengenalan Karangan
Pengenalan KaranganPengenalan Karangan
Pengenalan Karangan
 
Wangi+kaki+ibu
Wangi+kaki+ibuWangi+kaki+ibu
Wangi+kaki+ibu
 
Cara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIA
Cara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIACara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIA
Cara menemukan unsur intrinsik dalam cerpen, BAHASA INDONESIA
 
Aku mencintaimu dengan bismillah
Aku mencintaimu dengan bismillahAku mencintaimu dengan bismillah
Aku mencintaimu dengan bismillah
 
Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)
Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)
Analisis Cerita Pendek (Judul: Pemetik Air Mata)
 
Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)
Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)
Si lugu dan si malin kundang (hamsad rangkitu)
 
Biarkan Cinta Kami Bersemi
Biarkan Cinta Kami BersemiBiarkan Cinta Kami Bersemi
Biarkan Cinta Kami Bersemi
 
Persahabatan yang rapuh
Persahabatan yang rapuhPersahabatan yang rapuh
Persahabatan yang rapuh
 
Bisikan angin (beni setia)
Bisikan angin (beni setia)Bisikan angin (beni setia)
Bisikan angin (beni setia)
 
Bisikan angin (beni setia)
Bisikan angin (beni setia)Bisikan angin (beni setia)
Bisikan angin (beni setia)
 
Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)
 
Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)
 
Novel anak anak langit
Novel anak anak langitNovel anak anak langit
Novel anak anak langit
 
[Ficlet] rain sound
[Ficlet] rain sound[Ficlet] rain sound
[Ficlet] rain sound
 
Teratai malam (nugroho sukmanto)
Teratai malam (nugroho sukmanto)Teratai malam (nugroho sukmanto)
Teratai malam (nugroho sukmanto)
 
Fifty Shades Freed (indonesia)
Fifty Shades Freed (indonesia)Fifty Shades Freed (indonesia)
Fifty Shades Freed (indonesia)
 
Cerpen cinta another love story
Cerpen cinta another love storyCerpen cinta another love story
Cerpen cinta another love story
 
17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau es17. pusaka pulau es
17. pusaka pulau es
 
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
 

Karangan naratif menggunakan teknik struktural

  • 2. Terdapat 5 elemen penting dalam penulisan kreatif yang harus difahami oleh pelajar-pelajar. Sebagai permulaan, pelajar haruslah memastikan karangan mereka tidak terlalu pendek kerana sekiranya terlalu pendek, karangan itu menjadi cetek. Karangan mereka tidak harus terlalu panjang kerana kalau terlalu panjang, akan membosankan pembaca. Karangan pelajar haruslah ditulis sebanyak dua mukasurat iaitu empat halaman
  • 3. LIMA KOMPONEN YANG HARUS DI FAHAMI PELAJAR ADALAH : 1 TEMA 2 LATAR 3 PLOT 4 WATAK 5 SUDUT PANDANGAN
  • 5. Apa itu latar? Latar merupakan setting dalam penceritaan. Latar boleh dilihat dari 2 segi : 1 Latar fizikal atau gambaran tempat dan masa sesuatu perkara itu berlaku 2 Latar masyarakat iaitu gambaran tentang keadaan masyarakat
  • 6. Setiap cerita yang dihasilkan dalam karangan naratif mesti mempunyai peristiwa atau kejadian. Peristiwa atau kejadian ini perlulah disusun dan dikaitkan daripada peristiwa atau kejadian yang lain. Peristiwa atau kejadian yang berlaku pula mestilah mempunyai sebab dan akibat. Segala peristiwa atau kejadian ditimbul dan digerakkan oleh tindakan, tingkah laku, gerak, cetusan dan dialog watak.  Peristiwa atau kejadian ini ditimbulkan oleh watak-watak yang terlibat dalam cerita. Peristiwa atau kejadian yang dipersembahkan boleh disusun dan diurut sama ada dalam susunan kronologi atu tidak kronologi.  Apakah plot yang berbentuk kronologi dan tidak kronologi?  Baca karangan Misteri Permaidani dan Ketika Mentari Hilang Di Kaki Langit
  • 7. Bunyi cengkerik kedengaran bersahut-sahutan. Pada malam itu, angin ber tiupan sepoi-sepoi bahasa. Suasananya sungguh sayup. Samad, seorang pekerja pembersih permaidani, tiba di sebuah banglo pada pukul sembilan malam. Pengurusnya telah menyuruhnya ke sana. Samad ke sana dengan seorang pemandu van berbangsa Cina. Kondominium itu kelihatan baru dan mewah. Samad mengambil barang-barang yang diperlukan lalu menuju ke arah rumah itu. Sesampai sahaja di depan pintu, Samad menekan butang loceng pintu. Seorang wanita Cina yang cantik membuka pintu. Wanita itu ialah Puan Lim. Puan Lim menjemput Samad masuk ke dalam rumahnya. Banglo Puan Lim dua tingkat. Semua bilik tidur di tingkat atas. Puan Lim menunjukkan permaidaninya yang harus dibersihkan oleh Samad. Ada bekas darah di atas permaidani itu. Puan Lim berkata kepada Samad dengan suara yang sedih, “Sebenarnya anjing saya mati di situ. Pembantu rumah saya yang dahulu sangat jahat. Anjing saya cuba menggigit pembantu rumah itu kerana dia telah mencuri duit saya. Malangnya, pembantu rumah itu menendang anjing saya lalu anjing saya terjatuh dari tangga itu. Dia telah membunuh anjing saya. Ini bekas darahnya!” Samad mengatakan bahawa dia akan membersihkan permaidani itu dengan segera. Samad terpaksa membuat kerja sendirian kerana rakan pembantunya sakit pada hari itu. Pemandu van hanya menunggu di van sahaja. Samad mula menuang sedikit kimia ke atas permaidani itu dan menghidupkan mesinnya. Selepas beberapa jam, Samad berasa sungguh letih. Bekas-bekas darah itu telah hilang seluruhnya. Dia berasa sungguh puas. Semasa dia sedang mengemas barang-barangnya, dia melihat sekali lagi permaidani itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati bekas darah itu masih ada. Malah, ia kelihatan lebih merah dan basah.Samad tidak percaya apa yang dilihatnya. Samad terhidu bau darah itu. Dia menghidupkan mesinnya semula dan menuang lebih banyak kimia di atas permaidani itu. Kali ini, Samad menggosok bekas darah itu dengan kuat. Akhinya bersih juga permaidani itu. Sedang Samad mengemas barangnya, sekali lagi bekas darah itu keluar semula. Kali ini lebih banyak, memenuhi hampir separuh permaidani itu. Samad terdengar suara jeritan di bawah permaidani itu. Hati Samad berdegap-degup. Dia kuatkan semangatnya lalu cuba mendekati permaidani itu. Tiba-tiba, terpantul wajah seorang wanita di tengah-tengah permaidani itu. Wanita itu ialah pembantu rumah Puan Lim. “Mengapa kau mencuci darah aku? Akulah yang menjadi mangsa. Puan Lim dan suaminya memukul aku dan menendang aku sehingga aku terjatuh dari tangga itu, lalu mati,” kata suara wanita itu. Hati Samad tergerak untuk melihat tangga rumah itu. Di atas kelihatan Puan Lim sedang menuruni tangga itu dengan memegang sebilah pisau. Dengan pantas, Samad menarik mesinnya lalu terus meluru keluar dari banglo itu. Dia berlari menuju ke van dan menyuruh pemandu vannya pergi dari tempat itu segera. Samad cuba menceritakan kejadian itu kepada pemandu van dan pengurusnya. Malangnya, tiada sesiapa yang ingin mempercayainya. Menurut mereka, dalam zaman moden dan canggih hari ini, tiada hantu. Mereka juga sering menggiat Samad dan memanggilnya ‘Hantu permaidani’. Apa yang berlaku kepada Samad masih lagi menjadi tanda tanya. Misteri itu tersimpan di ingatan Samad setiap kali dia membersihkan permaidani di rumah-rumah besar dan mewah. Siti Filzah bte Shaikh Yahya Menengah 1E5 Sekolah Menengah Hillgrove
  • 8. Nun jauh di tengah lautan yang terbentang luas langit menampakkan garisan horizon yang memanjang dari timur ke barat seolah-olah tanpa penghujung dan pangkal. Garisan horizon tampak jelas ketika mendung di langit bergayut rendah bagaikan menutup lautan. Di bawah mendung kelabu itu, ombak bergulung-gulung memutih buih bagaikan lukisan di kanvas, memukul keras di pesisiran pantai, bergelombang laksana jiwaku yang bergelora. Angin petang menerobos kasar, menampar-nampar wajahku. Langit yang suram seolah-olah mengejekku, menambah kepiluan dan kekesalan yang mencengkam sanubari. Ahhh...! Aku menjerit sekuat-kuat hati untuk meleraikan segala yang tersimpul di dada tetapi deruan ombak menenggelamkan suaraku. Ketenangan dan ketenteraman yang kucari di pantai ini tidak juga aku temui. Pantai ini penuh dengan lipatan sejarahku bersamanya, sewaktu bunga cinta mekar nan merah subur disirami kasih sayang. Di sini jugalah bermulanya detik-detik percintaanku. Keseimbangan emosiku mula tergugat. Aku cuba melenyapkan peristiwa yang masih terngiang-ngiang di benak fikiranku tetapi terasa amat sukar kerana sedu- sedannya masih lagi kedengaran. Hari itu aku telah merancang untuk ke pusat membeli-belah bagi persiapan perkahwinan aku dan Syah yang akan berlangsung sepurnama lagi. Kegembiraan hatiku bukan kepalang dan di wajahku terpancar keriangan. Aku dapat bayangkan betapa indahnya masa depanku setelah bergelar isteri, seindah pelangi selepas. Penantian bagaikan satu penyiksaan. Aku menantikan detik-detik indah itu dengan penuh debaran.
  • 9. Sambil menanti saat itu, aku menyingkap kembali tirai kenangan. Perkenalanku dengan Syah berputik sejak di bangku sekolah lagi. Syah dikenali sebagai 'Romeo' kerana wajahnya yang tampan dan juga sikap romantisnya apabila berdepan dengan perempuan. Ramai rakan-rakanku terpikat dengan Syah kerana karismanya kecuali aku. Aku tidak mudah tergoda dengan bicara manisnya. Kami sering bertengkar setiap kali bertentangan mata. Kami bagaikan anjing dengan kucing. Jika bersua muka tercetuslah perang dunia kedua. Jika dengan perempuan lain dia pandai mengambil hati, entah mengapa denganku dia sering membuatku marah dengan gurauannya yang menyakitkan hati. Selepas menduduki peperiksaan GGE 'O' kami telah meneruskan haluan masing-masing. Suatu hari aku telah terserempak dengan Syah di suatu pesta hari jadi. Sejak pertemuan di majlis itu bunga cinta di antara kami berdua mula mekar. Setiba sahaja di Takashimaya, bibirku menyulam secebis senyuman. Di ruang mataku tergambar kemesraan yang bakal menjelma. Senyumanku semakin lebar apabila aku melihat gaun pengantin yang telah kutempah khas buat hari yang bersejarah itu telah siap untuk diambil. Ketika aku berada di Butik Tiffany tiba- tiba aku terpandang pasangan yang seakan-akan aku kenali. Hatiku mula membara apabila aku terlihat Syah lalu di depan butik itu dengan ditemani oleh bekas kekasih lamanya, Ziana. Aku memerhatikan mereka dengan renungan yang tajam. Mereka kelihatan begitu mesra sekali. Kemarahanku bertukar menjadi cemburu. "Syah! Tergamak kau menodai cinta kita. Penipu! "Liza, harap bertenang. Biar Syah jelaskan." "Liza tidak mahu dengar penjelasan Syah. Batalkan sahaja majlis persandingan kita. Batalkan! " aku berteriak sambil menahan air mata yang mengalir deras lalu berlari keluar. "Liza...!" Syah cuba menjelaskan kedudukan perkara.. Bercinta itu mengasyikkan, merindu itu amat menyeksakan. Bersua secara kebetulan, berpisah kerana keadaan. Aku tidak mengendahkan panggilan Syah. Aku tidak mahu mendengar sebarang penjelasan darinya. Aku kecewa dan lemas dalam kecaian harapan dan impian. Aku melangkah keluar dari Takashimaya dengan kekuatan yang yang kupaksa. Butir-butir kaca mengalir dengan deras. Dalam pandangan yang berbalam melalui manik-manik jernih, aku melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Bunyi deruan kereta dan motosikal langsung tidak kuhiraukan
  • 10. Tiba-tiba aku terasa seseorang menepuk bahuku dan menolakku ke tepi jalan raya dengan kuat. Aku tersungkur ke tepi jalan raya. Rupa-rupanya Syah telah menyelamatkanku daripada kereta yang memecut laju. Akibatnya Syah telah dilanggar kereta kerana cuba menyelamatkanku. Nun jauh di sudut jalan raya tubuh Syah terbujur kaku bermandikan darah. Percikan darah terdapat di mana-mana. Alam sekelilingku seolah-olah berpusing. "Doktor! Bagaimana keadaan Syah, doktor?" tanyaku bertalu-talu. Air mataku mengalir tanpa berhenti. "Bersabarlah Liza. Cuba bertenang," Ziana memujukku sambil memegang bahuku. "Berambus kau Ziana! Pergi! " kataku sambil menepis tangannya. "Aku tak mahu melihat muka kau! Perampas! Kau memang sengaja mahu merampas kebahagiaanku. Berambus kau dari sini!" aku menengking sambil mataku mengerling kepadanya. "Liza, aku..." Ziana cuba merayu. "Pergi!!!" kata Liza tanpa mendengar penjelasan Ziiana. Ziana melangkah pergi dengan hati yang sayu. Aku tidak dapat menghalang air mata yang mengalir deras. Aku memasuki bilik wad dengan penuh keharuan. Hatiku sebak melihat keadaan Syah yang bagaikan nyawa-nyawa ikan. Setitis butir mutiara gugur di pipiku. Aku menghampirinya. Syah hanya terdaya untuk mengukirkan senyuman. Dia memegang erat tanganku seolah-olah tidak mahu dilepaskannya "Mengucap Syah, mengucap. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa'asy-hadu annna Muhamadar Rasullulah..." aku bisikan dua kalimah syahadat ke telinganya dengan suara tersekat-sekat. Pernafasannya mula beransur perlahan dan akhirnya berhenti buat selama-lamanya. Aku menangis sekuat-kuat hatiku. Syah telah pergi menyahut seruan Illahi. Syah meninggalkanku terkapai-kapai untuk mencari kepastian. Kini, tibalah masanya jenazah Syah dibawa ke Pusara Aman untuk diabadikan. Dengan perlahan-lahan jenazah itu diusung dengan diiringi sekalung doa dan ayat-ayat Allah s.w.t yang suci. Di saat jenazah itu dikebumikan aku bagaikan berada di puncak kehancuran. Ziana yang turut hadir mendakap tubuhku dengan erat. Aku membiarkan sahaja dia memelukku sambil aku berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar roh Syah dicucuri rahmat dan semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin. "Liza, aku tahu kau masih marahkan aku. Tapi, Syah tidak bersalah. Sebenarnya, pertemuan pada hari itu tidak dirancang. Kebetulan kami terserempak lalu Syah meminta bantuanku untuk memilih hadiah istimewa buatmu. Syah tidak berlaku curang Liza, percayalah. Lagipun aku sudah pun mempunyai calon suami. Azhar namanya. Liza, sebelum Syah pergi dia telah meninggalkan sepucuk surat dan sebuah bungkusan buatmu," kata Ziana sambil menghulurkannya kepada Liza. Liza mengoyakkan mulut sampul surat kiriman Syah dan membaca kandungannya.
  • 11. Liza, permata hatikuku. Dalam kesyahduan malam, kuutuskan warkah ini buatmu. Maafkanlah Syah sekiranya perbuatan Syah telah menyinggung perasaan dan mengguris tangkai hatimu. Ketahuilah, hanya kau seorang sahaja yang bertakhta di hati ini. Antara Syah dan Ziana tiada hubungan apa-apa. Kebetulan kami terserempak secara tidak sengaja di pusat membeli-belah dan Zianalah yang telah membantu Syah memilih hadiah istimewa ini buat hari pernikahan Liza. Ketika Liza menerima warkah ini mungkin Syah sudah tiada lagi di dunia ini. Syah akan pergi buat selama-lamanya. Andainya Syah sudah tiada lagi, janganlah ditangisi pemergian Syah. Iringilah pemergian Syah dengan doa restu.Taburilah pusara Syah dengan bunga sebagai tanda cinta Liza kepada Syah. Selamat tinggal sayang... Yang Menyayangimu Syah Mutiara jernih mula bergenang di kelopak mata. Impianku untuk membina istana bahagia kini hanyut bersama titisan embun yang berguguran. Dengan linangan air mata, aku membuka bungkusan kiriman Syah. Di dalamnya ada sebuah kotak berbaldu biru. Kubuka perlahan untuk mengetahui isi kandungannya. Hatiku sebak apabila kulihat di dalamnya ada sebentuk cincin bertakhta manikam. Ya Allah! Apa yang sudah aku lakukan? Ini semua salahku! Kalau tidak kerana sikap cemburu mungkin semua ini tidak akan terjadi. Kekesalan yang bersarang di kalbuku kini tidak ada gunanya. Nasi sudah pun menjadi bubur. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Dentuman guruh yang kuat mengalihkan pandanganku ke alam nyata, membiarkan lamunanku tergantung tanpa bertali. Titis demi setitis air mata membasahi pipiku. Kini baru aku sedar ratu suria telah tergelincir dari persemayamnya di puncak langit. Hujan semakin turun dengan lebatnya disertai guruh dan petir yang mencakar langit. Namun aku masih tidak berganjak dari pusara Syah yang masih merah. Aku masih menyalahkan diriku di atas apa yang berlaku. Harapanku hanya tinggal impian. Angan-anganku tidak kesampaian. Syah, kau pergi bersama cintaku. Maafkan aku Syah, maafkan aku...
  • 12. Allahyarham Syah Warkahmu yang sekerat telah kuterima setelah kau tiada lagi di dunia. Betapa pilunya hatiku dan remuknya jiwaku melihat jenazahmu diusung ke tanah perkuburan ketika mentari hilang di kaki langit. Senjanya kau datang membawa hadiah untukku, dan subuhnya kau pergi, pergi yang tak kembali. Kutulis lembaran ini bagi menjawab bingkisanmu yang kau kiirimkan. Pilunya hatiku bila menatap cincin berlian pemberian Syah sebagai lambang keagungan cintanya. Syah, walaupun kau telah pergi, cintaku terhadapmu tetap bersemadi. Semoga rohmu berada di dalam golongan orang-orang yang saleh. Amin, amin Ya Rabbil Alamin. Dari kekasihmu yang kecewa Liza Dhiyah Zawanah Menengah 4E2 Sekolah Menengah Dunearn
  • 13. Plot yang berbentuk kronologis mempunyai peristiwa yang sedemikian :  A B C D E F  Plot yang tidak berbentuk kronologis mempunyai peristiwa yang sedmikian :  C A B D E
  • 14. Sebagai seorang penulis, pelajar haruslah memikirkan bagaimana corak penceritaan yang ingin disampaikan. Plot merupakan alur cerita atau rentetan peristiwa yang bersandarkan kepada sebab dan akibat. Setiap yang berlaku mesti mempunyai sebab. Setiap tindakan akan menghasilkan kejadian atau peristiwa. Jalinan plot dapat dikaitkan dengan menggunakan mekanisme berikut : i eksposisi (permulaan) ii perumitan (konflik/ ketegangan) iii puncak (klimaks) iv peleraian, dan v penyelesaian
  • 15. puncak/ klimaks Kerumitan/konflik/ ketegangan peleraian Permulaan/eksposisi penyelesaian ______________________________________________
  • 16. Watak ialah pelaku yang memegang peranan dalam sesebuah cerita .Watak inilah yang mencetuskan peristiwa, subjek dan kejadian seperti yang dikehendaki oleh penulis. Watak merupakan pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita. Watak dapat menjadiakan sebuah cerita hidup, berkembang dan menarik untuk diikuti bagi mengetahui aksi positif dan negatif yang dilakonkannya. Watak menjadikan sesebuah cerita itu hidup dan menarik dengan aksi positif dan negative yang dilakonkannya. Watak yang dilukiskan dalam sesebuah penulisan boleh berbentuk ; I watak real II watak cereka
  • 17. I watak real merupakan watak yang dicipta berdasarkan diri kamu sendiri atau wujud dalam kehidupan sehari-harian. Watak-watak ini adalah manusia atau makhluk cerminan dalam kehidupan. ii watak cereka Watak cereka merupakan watak yang dicipta mengikuti imaginasi penulis sesebuah karya kreatif, sama ada cerpen, novel atau drama. Watak ini tidak wujud dalam kehidupan sehari-harian. Watak cereka boleh dilukis dalam bentuk manusia, alam, binatang, flora, raksasa dan sebagainya. Watak itu dapat dibahagikan kepada dua iaitu watak utama dan watak sampingan.
  • 18. Fikirkan watak yang utama dan sampingan.  Jangan mempunyai terlalu banyak watak. Ia akan mengelirukan pembaca. Watak dapat digambarkan melalui berikut : A aspek luaran (secara fizikal) Contoh : kulit sawo matang, manis, kacak, langsing atau gemuk B dalaman (dialog) Contoh : “Ya, saya, Borhan. Saya baru sahaja berkhidmat di hospital ini dan ditugaskan untuk merawat ibu saudarri,”” Kata doktor muda itu.
  • 19. Latihan 1 Apabila membaca karangan di bawah ini, jelaskan perkara-perkara berikut : a Berapa ramai watak yang terlibat dalam karangan ini? b Siapakah watak-watak itu? c Jelaskan perwatakan ‘Aku’ dan ‘Andy’. d Watak ‘aku’ berasa insaf. Terangkan apakah peristiwa ;aku’ menjadi insaf dan apakah tindakan selanjutnya yang ingin dilakukan ‘aku’.
  • 20. Sebagai seorang remaja, aku inginkan kebebasan hidup. Aku sering merajuk sekiranya kemahuanku untuk bergaul bebas dengan rakan-rakanku dihalang. Pada suatu hari, apabila ibu bapaku tiada di rumah, aku telah mengambil kesempatan untuk keluar tanpa pengetahuan mereka. Aku terdesak untuk keluar kerana hari itu adalah hari lahir teman baikku, Izah. Izah menyambut hari lahirnya di pantai East Coast. Ramai rakan-rakan yang hadir. Pelbagai aktiviti telah diaturkan. Aku sungguh gembira kerana aku bebas dari kongkongan ibu bapaku. Selepas penat bermandi- manda di laut, kami pun berehat sambil menjamu hidangan yang telah disediakan. Tiba-tiba, seorang jejaka yang sungguh tampan dan segak menghampiriku. “Hai, boleh kita berkenalan?” tanya jejaka itu. “Boleh. Siapa nama saudara?” aku membalas. “Saya Andy. Boleh kita bertukar nombor telefon?” tanya jejaka itu lagi.
  • 21. “Saya Farah. Ini nombor telefon saya,” jawabku dengan pantas, sambil memberinya sekeping kertas yang tertulis nombor telefon bimbitku. Sejak pertemuan itu, kami kerap berbual di telefon dan sering keluar bersama-sama. Setiap kali aku keluar bersama Andy, aku telah membohongi ibu bapaku dengan memberi alasan bahawa aku ingin ke perpustakaan atau membuat projek bersama rakan sekolah. Andy adalah seorang remaja yang liar. Dia merokok dan badannya penuh dihiasi dengan tatu. Setiap detik yang aku luangkan untuk bersama Andy dan rakan-rakannya, membuat aku berasa bebas, seperti dunia ini aku yang punya. Lama-kelamaan, aku telah mempelajari tabiat-tabiat buruk Andy dan rakan-rakannya. Aku mula merokok, mencuri dan membuat tatu di lenganku. Ibu bapaku tidak menyedari akan perbuatan dan perubahanku. Setiap kali aku menjejakkan kakiku di rumah, saat itulah aku akan menyarungkan topeng baikku. Kadang-kadang aku rasa seperti ingin mendapat ‘lesen merokok’ di rumah kerana aku akan berasa janggal bila tidak merokok. Ibu dan ayah sentiasa sibuk dengan kerja pejabat serta aktiviti mereka. Kami hanya bertemu pada waktu malam sahaja. Pada suatu petang Ahad, semasa ibu sedang mengemas bilikku, dia telah terjumpa sebuah kotak rokok yang masih berisi. “Farah! Kenapa ada rokok di dalam bilik kau ni?” teriak ibuku. “Err...Farah tidak hisap rokok, bu. Ini kepunyaan kawan Farah. Dia terletak di dalam beg Farah,” jawabku dengan nada ketakutan. “Baik. Kalau ini kepunyaan kawan kau, telefon dia sekarang. Ibu hendak bercakap dengan dia,” balas ibuku dengan marah. Mendengar kata-kata ibuku itu, aku mula cemas kerana sememangnya rokok itu kepunyaanku. Pada saat-saat yang mencemaskan itu, aku terpaksa mengaku dan memberitahu ibu perkara yang sebenarnya. Ibu terperanjat lalu memanggil bapaku. Macam hendak putus telingaku dileteri oleh kedua ibu bapaku. Bapaku hampir menampar mukaku, mujur ibu menghalangnya. Akhirnya, mereka meminta penjelasan dariku dan mendengar cerita bagaimana aku berkenalan dengan Andy. Aku juga memberitahu mereka bahawa sebenarnya, mulai semalam aku telah digantung dari sekolah selama 3 hari kerana telah tertangkap menghisap rokok di tandas. Pihak sekolah telah beberapa kali cuba menghubungi ibu bapaku, tetapi mereka tidak berjaya kerana aku sering mengatakan bahawa aku tidak tahu nombor telefon bimbit ibu dan bapaku. Bapa naik radang. Matanya bulat bagai bebola api. Pandangannya kepada aku tajam sekali. Dapat aku rasakan bahang kemarahannya. Dia memberitahu ibu bahawa dia akan ke sekolah untuk berjumpa pengetua dan guruku pada keesokan harinya.
  • 22. Aku lihat wajah ibu. Air matanya mula mengalir dan dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Ibu seakan-akan sudah berputus harap terhadap diriku. Aku tidak tahan melihat keadaan mereka. Aku juga mula menangis dan meminta maaf kepada mereka. Bapaku memberi aku amaran dan peringatan yang keras. Aku tidak lagi dibenarkan keluar tanpa izin mereka. Aku juga harus pulang terus ke rumah selepas sekolah. Bapaku menyuruh ibu berhenti kerja agar ibu dapat mengawasi aku. Khidmat telefon bimbitku juga akan dihentikan. Aku hanya boleh mengikuti kegiatan sekolah jika ada surat rasmi dari pihak sekolah atau guru. Nampaknya, bapaku benar-benar hilang kepercayaan terhadap diriku. Sejak hari itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan tabiat-tabiat burukku. Aku pun sudah tidak bergaul dengan Andy dan rakan-rakannya lagi. Kebebasan yang aku inginkan rupanya hanya merosakkan diriku sahaja. Akibat mencari kebebasan, aku kini dikawal dengan lebih ketat lagi. Aku menyesal kerana terlalu mudah mengikut ajakan kawan dan tidak memikirkan akibat tindakanku. Tetapi, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Aku insaf dan berharap dapat diberi peluang untuk kembali ke sekolah semula. Aku bertekad membuktikan kepada ibu dan bapaku yang aku boleh mengubah tabiatku dan berjaya dalam pelajaranku. Minggu hadapan aku akan menjalani rawatan laser bagi menghilangkan tatu di lenganku. Moga-moga dengan hilangnya tatu itu nanti, hilanglah juga detik-detik hitam yang telah aku lalui. Namun yang pasti, bekas rawatan tatu itu akan sentiasa mengingatkan aku akan kesilapanku itu. Nur Afirah bte Abdul Talib Menengah 3E2 Sekolah Menengah Hillgrove
  • 23. Sudut pandangan merupakan cara terbaik pelajar mempersembahkan ceritanya. Penulis perlu memilih sudut pandangan yang sesuai dan berkesan. Sudut pandangan dapat dirujuk sebagaimana seorang penulis ingin menjelaskan kedudukan penulis dalam cerita yang dipersembahkannya. Penulis boleh berada di dalam cerita atau di luar lingkungan ceritanya. Dalam hal ini, seorang penulis boleh turut terlibat atau memegang peranan dalam peristiwa atau kejadian yang dimunculkan. Atau penulis hanya merupakan seorang pencerita sahaja. Terdapat banyak teknik sudut pandangan yang boleh digunakan oleh seorang penulis dalam melahirkan sebuah karangan kreatif.  Tiga sudut pandangan yang lazim digunakan, iaitu  a sudut pandangan orang pertama;  b sudut pandangan orang ketiga &
  • 24. Sudut pandangan pertama seperti “aku”, “saya”, “kami”dan “kita”. Dalam hal ini, penulis membabitkan diri dalam penceritaa.  Sudut pandangan orang ketiga, penulis berada di luar cerita dan menggunakan ganti nama diri orang seperti “dia”dan “mereka”. Pangarang hanya bertindak sebagai pencerita sahaja.
  • 25. Permulaan  Cuba fahami kehendak soalan  Baca tajuk karangan dengan teliti  Apakah tema atau pokok persoalan dalam karangan kreatif? Lakaran  Fikirkan dan catat  Gunakan teknik yang telah dibincangkan terlebih dahulu. Gunakan 5 elemen yang telah dibincangkan iaitu 1 Tema 2 Latar 3 Plot 4 Watak 5 Sudut pandangan  Gunakan lakaran piramid naratif iaitu awal plot, per tengahan plot and akhir plot
  • 26. Awal plot Permulaan/ eksposisi • Dialog •Flashback •Deskripsi : Menggambarkan latar fizikal atau latar keadaan masyarakat •Laporan •Monolog Per tengahan Plot  Rentetan Peristiwa-peristiwa  Kerumitan/ Konflik/ ketegangan  Puncak/klimeks Akhir Plot  Peristiwa menurun  Peristiwa membawa peleraian  Terjadi penyelesaian
  • 27. “Saya bangkang sama sekali! Sememangnya tiada yang benar selain daripada kebenaran sendiri.” (Teknik permulaan dialog) Nun jauh di tengah lautan yang terbentang luas langit menampakkan garisan horizon yang memanjang dari timur ke barat seolah-olah tanpa penghujung dan pangkal. Garisan horizon tampak jelas ketika mendung di langit bergayut rendah bagaikan menutup lautan. Di bawah mendung kelabu itu, ombak bergulung-gulung meutih buih bagaikan lukisan di kanvas, memukul keras di pesisiran pantai, bergelombang laksana jiwaku yang bergelora. Angin petang menerobos kasar, menampar-nampar wajahku. Langit yang suram seolah-olah mengejekku, menambah kepiluan dan kekesalan yang mencengkam sanubari. (Teknik Permulaan flashback) Kampung itu telah sunyi sepi. Tiada seorang penghuni pun yang kelihatan. Sesekali terlihat seekor dua anjing liar berkejar-kejaran. Rumah-rumah di situ telah dirobohkan. Perabot-perabot yang tidak mahu digunakan lagi berserakan di atas tanah. (teknik deskripsi) Sebagai seorang remaja, aku ingin kebebasan hidup. Aku sering merajuk sekiranya kemahuanku untuk bergaul bebas dengan rakan-rakanku dihalang ( teknik laporan)
  • 28. Peristiwa-peristiwa harus berkembang dengan menarik dengan menggunakan berbagai unsur  Watak memainkan peranan untuk mengembangkan cerita. Apabila watak putih bertemu dengan watak hitam, menyebabkan berlakunya unsur suspens.  Peristiwa-peristiwa yang dikembangkan dengan adanya unsur suspens  Penggunaan dialog untuk menghidupkan cerita tersebut
  • 29. TEKNIK KEJUTAN - Pelajar boleh mengakhiri ceritanya dengan cara mengejutkan pembaca. Penyelesaian begini adalah sesuatu yang tidak diduga oleh pembaca. Lantas penyelesaian ini membawa pembaca untuk berfikir apakah kesudahan ceritanya.  TEKNIK KEGEMBIRAAN – Penyelesaian menggunakan teknik yang melahirkan rasa gembira dan riang di kalangan pembaca.  Menerusi teknik ini, pengarang memperlihatkan kejayaan dan kegembiraan pada watak tersebut.  Jangan mematikan watak dengan mengejut atau mengilham sebuah cerita dengan mimpi.  Jangan sesekali menggunakan unsur lucah dalammenghasilkan karangan kamu.
  • 30. Pilih satu sahaja karangan di bawah ini dan cuba selesaikan dengan menggunakan Tidak Kurang daripada 240 patah perkataan. Latihan Tambahan 1 Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan sesuatu yang tidak diduga (Mei/June 2006) 2 Tulis sebuah cerita mengenai kejadian yang menyedarkan kamu akan pentingnya persahabatan (Nov 2006) 3 Tulis sebuah cerita tentang bagaimana nasihat yang diberikan diabaikan pada saat nasihat tersebut amat diperlukan (Mei/Jun 2007) 4 Tulis sebuah cerita mengenai suatu peristiwa yang menunjukkan bahawa kejujuran merupakan amalan yang sebai-baiknya dalam kehidupan (Nov 2007) 5 Tulis sebuah cerita mengenai satu kejadian yang telah mengubah tabiat kamu. (Mei/June 2008)
  • 31. Jangan mengaku kalah  Percaya dan yakin kamu mampu berusaha  Mereka yang percaya dia gagal akan menemui kegagalan  Mereka yang percaya dia berjaya akan menemui kejayaan