SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
2012-05-16 20:39
Laporan Sambutan Hari Guru
Pada hari Isnin,17 Mei 2011 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma
telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh
pada 16 Mei 2011.Sambutan tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik
Kesuma.
Semua murid dan guru telah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma
pada jam 8.00 pagi.Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah
Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua
murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-
guru,serta mendoakan mereka.
Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 9.00
pagi.Guru-guru dan murid-murid Tahap Satu menyertai pelbagai acara seperti membaling
belon air ke dalam gawang,berjalan dengan memakai terompoh gergasi,membawa telur di
dalam sudu dan sebagainya.Suasana begitu meriah kerna guru-guru dan murid masing-
masing memberikan sokongankepada pasukan pilihan mereka.
Pada jam 10.30 pagi,semua murid menerima bungkusan makanan,sumbangan daripada
pihak sekolah dan guru.Kira-kira jam 11.15 pagi,persembahan pentas diadakan.Acara
dimulakan dengan persembahan koir oleh murid-murid Tahap Satu.Puan Rohaya turut
berduet dengan Ketua Murid ketika mendendangkan lagu Seroja.
Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari dengan acara pemberian
cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing.
Laporan disediakan oleh, 19 MEI 2011
(AHMAD SYAKIR BIN JAMLI)
Setiausha,
Sambutan Hari Guru,
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma
...
RABU, 16 MEI 2012
7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan
Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan
sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas.
Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.
7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru
Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya
membacakan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.
8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat,
sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan
beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira
dan mengambil bahagian.
10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai
jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.
10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru
mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan
mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.
12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan
bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,
Encik Abu Kasim bin Kamat.
12.40 tengah hari
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada
guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para
guru secara bergilir-gilir.
01.10 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan
tengah hari sempena Hari Guru.
KARANGAN JENIS CEREKA
Hujan turun dengan lebat, kilat sabung-menyabung. Jam menunjukkan ke angka 1.00 pagi. Kelibat
ayah dan ibu masih belum kelihatan. Aku semakin takut. Sayup-sayup kedengaran salakan Bobo,
anjing Pak Cik Lim jiran belakang rumahku. Aku menggigil. Entah, adakah kerana kesejukan atau
kerana ketakutan. Tiba-tiba deringan telefon bimbit jenama Sony Ericson model W995 ku
memecahkan suasana sunyi. Terkejut aku dibuatnya.
Lantasku mencapai telefon bimbitku. Pada skrin telefon tertulis “satu mesej diterima”.
Perasaan takutku berunsur sedikit. Mungkinkah mesej itu datang dari ayah atau ibuku. Aneh sekali.
Sejak petang tadi, ayah dan ibu telah keluar rumah tanpa memberitahuku ke mana arah tuju
mereka berdua. Lebih membimbangkan,ayah dan ibu masih belum pulang. Namun, jauh di lubuk
hati aku berdoa agar ayah dan ibu selamat. Mesej tersebut aku baca dengan teliti. Setelah selesai
membaca, aku tersenyum sendiri. Pengirim mesej tersebut bukanlah seperti yang aku jangkakan
tadi. Mesej itu datang daripada sahabatku, Shin Dongho. Isi kandungan mesej tersebut menyatakan
“Selamat Hari Jadi”. Pada saat itu, barulah aku sedar bahawa aku sudah pun berumur 16 tahun satu
jam yang lalu.
Jam di dinding masih lagi aku tenung. Ah! Aku melepaskan satu keluhan. Ke mana agaknya
ayah dan ibu pergi? Mengapa mereka masih belum pulang lagi? Ah! Aku melepaskan keluhan sekali
lagi. Telefon bimbitku aku tekan. Aku cuba mendail nombor telefon ayahk. Panggilan telefon yang
aku buat kini merupakan panggilan kali ke enam. Dengan perasaan hampa, panggilanku tetap tidak
dijawab. Begitulah juga dengan ibu. Aku berusaha untuk menenagkan diriku dan hanya mampu
bertawakal agar tiada apa-apa yang menimpa ayah dan ibu. Aku mulai tenang untuk seketika.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Walau bagaimanapun, niatku berbuat
demikian terhalang.
Lampu bilik tidurku terpadam. Pendingin hawa turut padam. Nampak gayanya aku
terpaksa tidur tanpa bekalan elektrik. Beberapa minit kemudian, keadaan bilikku mulai berasa
panas. Aku bangun dari katil lalu menuju ke arah tingkap. Langsir bilikku aku buka dengan perlahan.
Kemudian, aku membuka tingkap untuk membenarkan angin pagi masuk ke ruang bilikku. Sedang
aku membuka tingkap, aku berasa amat hairan. Rumah jiran-jiran di sekeliling ada yang masih
bercahaya. Lampu halaman rumah Pak Cik Eli masih gah bernyala. Apakah rumah aku sahaja yang
terputus bekalan elektrik?
Namun demikian, aku cuba untuk melelapkan mataku buat kali kedua. Badanku aku
rebahkan dengan lemah ke atas katil. Malang sekali, percubaan aku untuk menutup mata terganggu
sekali lagi. Oh, kali in lebih menyeramkan! Kedengaran dari sudut ruang bilikku, bunyi pinggan jatuh
datang dari arah ruang makan. Aku mulai panik. Dapat aku rasakan titik peluh menuruni mukaku
lalu menyentuh bibirku. Masin rasanya. Aku yang berada dalamkeadaan cemas bertambah semakin
cemas. Siapa agaknya yang berada di dapur? Pada pendapatku, tidak mungkin pinggan itu boleh
jatuh dengan sendiri. Pencuri! Bagaimana kalau pencuri yang masuk ke dalam rumah? Persoalan
demi persoalan mula meracuni mindaku untuk menguatkan semangatku dan pergi menjenguk
sekiranya ada pencuri atau tidak.
Dalam genggaman tanganku kini adalah senjata.Aku berusaha mencari lampu suluh tetapi
gagal. Tangan kiriku, kayu hoki milikku yang dihadiahkan oleh ibu. Tangan kananku pula, sebilah
gunting yang tajam. Sebelum melangkah keluar bilik, aku berdoa.Aku berharap agar tidak
berlakunya perkara ayng melibatkan pertumpahan darah dan sebagainya. Pintu bilikku aku buka
dengan perlahan agar tidak menghasilkan apa-apa bunyi. Bagi mengelakkan didengar oleh pihak
musuh, aku berjalan menggunakan hujung kaki. Aku berjalan dengan cukup cermat agar tidak
terlanggar mana-mana barang di sebelah-menyebelahku. Ketika menuruni tangga, aku mengawal
langkahku. Setip langkah aku kira. Sebenarnya, sebelum ini aku telah mengira bilangan anak tangga
rumahku. Entah, mungkinkah tabiat gemar mengiraku membuatkan aku mengira setiap benda yang
aku lihat.
Kini, aku bakal menuruni anak tangga yang terakhir. Jantungku mulai berdebar-debar. Aku
meneruskan langkah menuju ruang makan. Dengan perlahan, tombol pintu ruang makan aku
pusing. Tiba-tiba, bekalan elektrik rumahku berfungsi semula. Aku mendapat tahu kerana terdengar
bunyi yang dihasilkan oleh pendingin hawa bilikku. Lampu di dapur aku pasang. Perlahan-lahan suis
lampu aku tekan. Klik! “Surprise!” Satu jeritan beramai-ramai terdengar. Kelihatan wajah ayah dan
ibu. Bukan itu sahaja, saudara-mara aku juga turut berada di samping ayah dan ibu.Kemudian, dari
penjuru ruang makan, aku lihat sahabatku, Shin Dongho menatang sebiji kek coklat dihiasi enam
belas batang lilin. Aku ketawa. Tawaku diiringi air mata. Terharu. Mereka semua menyanyikan lagu
selamat hari jadi.
Setelah selesai menyanyi, aku meniup lilin pada kek hari jadiku. Kemudian, ibu
menghulurkan sebilah pisau pemotong kek kepadaku. Aku melepaskan genggaman eratku pada
kayu hoki dan gunting. Ketika aku berbuat demikian, kesemua mereka hanya mampu tersenyum.
“Apa yang kamu fikirkan?” tanya ayah. “Aku sangkakan pencuri tadi, rupa-rupanya tidak.” balasku
beserta tawa kecil. Pisau pada jari ibu cepat-cepat aku ambil lalu memotong kek tersebut. Jam di
dinding kini menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku menanya ibu, “Mengapa bersusah payah
menyambut hari jadiku pada waktu begini?” Ibu tersenyum sambil berkata, “Tepat pada 3.00 pagi,
pada 2 Januari 1994, kamu telah selamat dilahirkan.” Wah, aku berasa sungguh kagum dan terharu!
Lantas aku memeluk ibu. Pelukkan aku disambut oleh ibu dengan tangisan.
Kesemua rancangan ini dirancang oleh ibu dan dibantu oleh saudara-mara dan sahabat
andai. Aku bersyukur kerana ayah dan ibu selamat. Aku gembira kerana ayah dan ibu serta yang lain
snaggup melakukan majlis hari jadiku pada tengah pagi. Sepanjang hidupku, hari jadiku sering
disambut lambat kerana semua pihak sibuk menyediakan diri untuk sesi persekolahan. Setahuku,
akulah insan yang paling bertuah pada ketika itu. Tidak pernah dalam sejarah, orang yang
menyambut hari jadi pada awal pagi. 2 Januari 2010, tarikh yang akan terus tersemat dalam
sanubariku sebagai lipatan memori yang sukar dilupakan.
ngkapkan Cerita......Aku berdoa semoga adik selamat dan berjanji
akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan
Hari ini ibu dan ayahku pergi melawat datuk saudara yang sakit di
kampung. Aku disuruh tinggal di rumah dan menjaga adikku yang berusia
enam tahun. Kami bermain permainan video bersama-sama.
Tidak lama kemudian adikku mula berasa bosan. Dia mengajak aku
bermain di luar rumah. Kami mengayuh basikal di halaman rumah. Setelah
lama bermain, aku berasa penat lalu mengajak adikku masuk ke rumah.
Namun, dia enggan kerana masih belum puas bermain. Aku menjadi marah
lalu meninggalkannya seorang diri di luar rumah.
Aku terus masuk ke bilikku. Aku ingin menyiapkan kerja rumah yang diberi
oleh guru. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang amat kuat. Aku
segera berlari ke luar rumah untuk melihat apa yang berlaku.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat adikku telah dilanggar sebuah
kereta. Kepala dan kakinya berlumuran darah. Adikku tidak sedarkan diri.
Nafasnya turun naik. Jiranku segera membawa adikku ke hospital.
Sampai di hospital, adikku dikejarkan di wad kecemasan. Aku merasa amat
takut di luar wad. Jiranku telah menghubungi ibu dan bapaku. Tidak lama
kemudian mereka pun tiba. Aku terus berlari memeluk mereka sambil
memohon maaf atas kecuaianku.
Adikku dibawa keluar wad kecemasan dalam keadaan kepala dan kakinya
berbalut. Keadaan adikku kurang stabil dan dia dihantar pula ke wad Unit
Rawatan Rapi (ICU). Aku berdoa semoga adikku selamat dan berjanji akan
menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan.
at 8:15 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Monday, October 1, 2012
Aku Sepasang Baju Kurung
Aku ialah sepasang . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku
dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .
Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami
digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang
di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .
Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan
membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang
wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh
gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .
Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang
lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-
rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu .
Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan
kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi .
Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan
dimasukkan ke dalam almari .
Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah
kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku
mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar .
at 6:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Monday, June 27, 2011
Kepentingan Memelihara Alam Sekitar
Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti
sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu
memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang
bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam
sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa
kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat
tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat
menarik kedatangan ramai pelancong.
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur
penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan
mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh
manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu
dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai
kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat
pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti
pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak
menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam
sekitar yang perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan
sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi
tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu
memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya
pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.
Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada
pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan
kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara
merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan
datang
at 6:13 AM 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Thursday, March 31, 2011
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan
Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir
lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang
merah padam tanda marah.
Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku
sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa
orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.
Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua
sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja
pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis
terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis.
Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan
kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman
sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu
membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.
Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi
aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah
berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.
Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku,
namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain
aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.
at 8:23 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Terpisah dari keluarga
Semasa cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur.Suasananya penuh sesak dengan orang ramai.Semasa di sana,aku begitu asyik melihat pelbagai
pameran sehingga aku terpisah daripada keluargaku
Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba menenangkan perasaanku sendiri.Apatah
lagi aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan orang ramai itu,aku pergi
dari sebuah gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun hampa.
Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku menceritakan keadaan diriku
kepada pengawai yang bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat pengumuman.Hampir satu jam aku
menunggu di situ,namun tiada seorang puu ahli keluargaku yang datang menjemputku.
Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbit ayahku.Tetapi aku terlupa pula nombornya.Aku berasa
sangat sedih dan tidak dapat menahan perasaanku.Aku menagis.Aku semakin bimbang akan diriku .Aku
berfikir-fikir untuk pergi ke tempat letak kereta dan menunggu mereka di sana,tetapi takut.
Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk terus menuggu di kaunter pertanyaan itu.Tiba-tiba aku
tepandang kelibat seseorang yang aku kenali.Aku menjerit kegembiraan apabila melihat ibuku.Aku terus
memeluknya sambil menangis teresak-esak
Ayah mengingati aku agar tidak leka lagi.Aku berjanji akan mematuhi nasihat mereka.Aku berasa
sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan keluargaku
at 8:15 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya
Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah saya iaitu,Puan
Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah.Beliau juga
sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah
juga turut meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan
sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa PIBG,dan ibu bapa murid.
Tepat jam 9.00 pagi,ketibaan Guru Besar disambut dengan meriah.Semua guru mengiringi beliau ke
dataran.Kemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang terdiri daripada Murid Tahap Dua
yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform. Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru.
Kemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Sambil
menjamu selera mereka dihiburkan dengan persembahan murid-murid sekolah yang berbakat.Juadah
pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak merah,gulai daging dan acar timun.Murid-murid turut
menikmati juadah tersebut di kantin sekolah.
Selepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu
menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Guru Besar berucap buat kali terakhir.Pengawai
Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar.Guru Besar turut menerima
cenderahati daripada pihak sekolah.
Semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah.Guru Besar bersalam dengan
semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Guru Besar masuk ke keretanya sambil
melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK
Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng,
keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak keburukan
makanan ringan kepada kanak-kanak.
Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan pengawet,
pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak-
kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan
tersebut.
Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini melekat
pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian
memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh orang
dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang
menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan yang
berlebihan tanpa mengira masa dan tempat.
Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering
menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh dengan
iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan untuk
membeli makanan ringan.
Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau tabiat
makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak
memakan buah-buahan daripada makanan ringan.
Faedah Menabung
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka
menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh
sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa
bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan
ke dalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang
keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang
pandai berjimat cermat dan berdikari itu.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit
wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh
digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu
meminta-minta kepada orang lain.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di
dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh
digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan
selesa dan tidak menyusahkan orang lain.
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah,
'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari
sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Pelajar Cemerlang
Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar.
Pelajar cemerlang merupakan aset negara. Golongan pelajar seperti inilah yang akan
mencorakkan masa depan negara.
Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan
dalam bidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap
pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat
persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan
belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam
peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin
merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang sentiasa
mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah
mahupun ibu bapa. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan
mendekati gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara.
Pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar
bilik darjah secara aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform,
permainan dan sukan. Pelajar cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam
aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan tubuh badan mereka. Badan yang cergas akan
membina otak yang cerdas.
Seterusnya pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana
masa ituemas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan
program berjalan dengan lancar. Pelajar seperti ini akan menyediakan waktu belajar
peribadi di rumah. Pelajar yang merancang jadual waktu sudah pasti dapat menyiapkan
kerja rumah, kerja kursus dan membuat ulang kaji secara sistematik.
Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar
mencorakkan nasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah
membalas jasa kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi pelajar
cemerlang.
(

More Related Content

What's hot

Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejiranan
Suzaki Nor
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
Amar Arif
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
Bong Shuying
 
Latihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa MelayuLatihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa Melayu
chowteetan
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
wan murshid
 

What's hot (20)

Kesalahan umum tatabahasa std 4 1
Kesalahan umum tatabahasa std 4   1Kesalahan umum tatabahasa std 4   1
Kesalahan umum tatabahasa std 4 1
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
30 latihan penjodoh bilangan
30 latihan penjodoh bilangan30 latihan penjodoh bilangan
30 latihan penjodoh bilangan
 
2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan
 
Latih tubi tatabahasa sinonim berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa sinonim berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa sinonim berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa sinonim berserta-jawapan
 
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
 
Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejiranan
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 
74 contoh latihan karangan upsr
74 contoh latihan karangan upsr74 contoh latihan karangan upsr
74 contoh latihan karangan upsr
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Bm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahamanBm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahaman
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
 
Latih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapan
Latih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapanLatih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapan
Latih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapan
 
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama DiriKata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Latihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa MelayuLatihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa Melayu
 
Tingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 BawodTingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 Bawod
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
 

Viewers also liked (20)

Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Kerangka karangan aku otak manusia
Kerangka karangan aku otak manusiaKerangka karangan aku otak manusia
Kerangka karangan aku otak manusia
 
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
 
karangans
karanganskarangans
karangans
 
Karangan jenis pendapat
Karangan jenis pendapatKarangan jenis pendapat
Karangan jenis pendapat
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatan
 
Otak kanan kiri
Otak kanan kiriOtak kanan kiri
Otak kanan kiri
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Makalah otak
Makalah otakMakalah otak
Makalah otak
 
Ucapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawasUcapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawas
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
2 jenis karangan
2 jenis karangan2 jenis karangan
2 jenis karangan
 
contoh catatan hari guru
contoh catatan hari gurucontoh catatan hari guru
contoh catatan hari guru
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan b
 
Tips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlangTips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlang
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapan
 

Similar to Karangan kelas 6 a7

20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
CHEAHJUNYUEMoe
 
B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2
asyafiul
 

Similar to Karangan kelas 6 a7 (20)

Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Penantian ibu saat 21 mei 2006 (iqbal latief)
Penantian ibu saat 21 mei 2006 (iqbal latief)Penantian ibu saat 21 mei 2006 (iqbal latief)
Penantian ibu saat 21 mei 2006 (iqbal latief)
 
Kejutan ulang tahun
Kejutan ulang tahunKejutan ulang tahun
Kejutan ulang tahun
 
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasicerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
 
Contoh
ContohContoh
Contoh
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
'Endahkan?' endah pramesti s x=ph1
 
Juara Kejujuran Jilid II
Juara Kejujuran Jilid IIJuara Kejujuran Jilid II
Juara Kejujuran Jilid II
 
Trip to the country of 5 towers
Trip to the country of 5 towersTrip to the country of 5 towers
Trip to the country of 5 towers
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Part 6 smp negeri 1 tonra
Part 6 smp negeri 1 tonraPart 6 smp negeri 1 tonra
Part 6 smp negeri 1 tonra
 
{Pengalaman hidup}
{Pengalaman hidup}{Pengalaman hidup}
{Pengalaman hidup}
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
 
Bahasa pdf small hway
Bahasa pdf small hwayBahasa pdf small hway
Bahasa pdf small hway
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
TAMAN
TAMANTAMAN
TAMAN
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
 
TAJUK; cerpen anas.docx
TAJUK; cerpen anas.docxTAJUK; cerpen anas.docx
TAJUK; cerpen anas.docx
 
B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2B. Indonesia Kelas 2
B. Indonesia Kelas 2
 

More from An Hawa

Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
An Hawa
 
Manfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihanManfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihan
An Hawa
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
An Hawa
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
An Hawa
 
Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1
An Hawa
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
An Hawa
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14
An Hawa
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14
An Hawa
 
Lukisan 2
Lukisan 2Lukisan 2
Lukisan 2
An Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
An Hawa
 
Anggaran belanjawan
Anggaran belanjawanAnggaran belanjawan
Anggaran belanjawan
An Hawa
 
Kuliah m6
Kuliah m6Kuliah m6
Kuliah m6
An Hawa
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
An Hawa
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
An Hawa
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
An Hawa
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
An Hawa
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
An Hawa
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
An Hawa
 

More from An Hawa (19)

Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
 
Tiba tiba
Tiba tibaTiba tiba
Tiba tiba
 
Manfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihanManfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihan
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14
 
Lukisan 2
Lukisan 2Lukisan 2
Lukisan 2
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Anggaran belanjawan
Anggaran belanjawanAnggaran belanjawan
Anggaran belanjawan
 
Kuliah m6
Kuliah m6Kuliah m6
Kuliah m6
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 

Karangan kelas 6 a7

  • 1. 2012-05-16 20:39 Laporan Sambutan Hari Guru Pada hari Isnin,17 Mei 2011 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2011.Sambutan tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. Semua murid dan guru telah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma pada jam 8.00 pagi.Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru- guru,serta mendoakan mereka. Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 9.00 pagi.Guru-guru dan murid-murid Tahap Satu menyertai pelbagai acara seperti membaling belon air ke dalam gawang,berjalan dengan memakai terompoh gergasi,membawa telur di dalam sudu dan sebagainya.Suasana begitu meriah kerna guru-guru dan murid masing- masing memberikan sokongankepada pasukan pilihan mereka. Pada jam 10.30 pagi,semua murid menerima bungkusan makanan,sumbangan daripada pihak sekolah dan guru.Kira-kira jam 11.15 pagi,persembahan pentas diadakan.Acara dimulakan dengan persembahan koir oleh murid-murid Tahap Satu.Puan Rohaya turut berduet dengan Ketua Murid ketika mendendangkan lagu Seroja. Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari dengan acara pemberian cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing. Laporan disediakan oleh, 19 MEI 2011 (AHMAD SYAKIR BIN JAMLI) Setiausha, Sambutan Hari Guru, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma ...
  • 2. RABU, 16 MEI 2012 7.30 pagi Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril. 7.40 pagi Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. 8.40 pagi Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian. 10.00 pagi Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah. 10.40 pagi Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid. 12.00 tengah hari Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat. 12.40 tengah hari Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir. 01.10 tengah hari Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.
  • 3. KARANGAN JENIS CEREKA Hujan turun dengan lebat, kilat sabung-menyabung. Jam menunjukkan ke angka 1.00 pagi. Kelibat ayah dan ibu masih belum kelihatan. Aku semakin takut. Sayup-sayup kedengaran salakan Bobo, anjing Pak Cik Lim jiran belakang rumahku. Aku menggigil. Entah, adakah kerana kesejukan atau kerana ketakutan. Tiba-tiba deringan telefon bimbit jenama Sony Ericson model W995 ku memecahkan suasana sunyi. Terkejut aku dibuatnya. Lantasku mencapai telefon bimbitku. Pada skrin telefon tertulis “satu mesej diterima”. Perasaan takutku berunsur sedikit. Mungkinkah mesej itu datang dari ayah atau ibuku. Aneh sekali. Sejak petang tadi, ayah dan ibu telah keluar rumah tanpa memberitahuku ke mana arah tuju mereka berdua. Lebih membimbangkan,ayah dan ibu masih belum pulang. Namun, jauh di lubuk hati aku berdoa agar ayah dan ibu selamat. Mesej tersebut aku baca dengan teliti. Setelah selesai membaca, aku tersenyum sendiri. Pengirim mesej tersebut bukanlah seperti yang aku jangkakan tadi. Mesej itu datang daripada sahabatku, Shin Dongho. Isi kandungan mesej tersebut menyatakan “Selamat Hari Jadi”. Pada saat itu, barulah aku sedar bahawa aku sudah pun berumur 16 tahun satu jam yang lalu. Jam di dinding masih lagi aku tenung. Ah! Aku melepaskan satu keluhan. Ke mana agaknya ayah dan ibu pergi? Mengapa mereka masih belum pulang lagi? Ah! Aku melepaskan keluhan sekali lagi. Telefon bimbitku aku tekan. Aku cuba mendail nombor telefon ayahk. Panggilan telefon yang aku buat kini merupakan panggilan kali ke enam. Dengan perasaan hampa, panggilanku tetap tidak dijawab. Begitulah juga dengan ibu. Aku berusaha untuk menenagkan diriku dan hanya mampu bertawakal agar tiada apa-apa yang menimpa ayah dan ibu. Aku mulai tenang untuk seketika. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Walau bagaimanapun, niatku berbuat demikian terhalang. Lampu bilik tidurku terpadam. Pendingin hawa turut padam. Nampak gayanya aku terpaksa tidur tanpa bekalan elektrik. Beberapa minit kemudian, keadaan bilikku mulai berasa panas. Aku bangun dari katil lalu menuju ke arah tingkap. Langsir bilikku aku buka dengan perlahan. Kemudian, aku membuka tingkap untuk membenarkan angin pagi masuk ke ruang bilikku. Sedang aku membuka tingkap, aku berasa amat hairan. Rumah jiran-jiran di sekeliling ada yang masih bercahaya. Lampu halaman rumah Pak Cik Eli masih gah bernyala. Apakah rumah aku sahaja yang terputus bekalan elektrik? Namun demikian, aku cuba untuk melelapkan mataku buat kali kedua. Badanku aku rebahkan dengan lemah ke atas katil. Malang sekali, percubaan aku untuk menutup mata terganggu sekali lagi. Oh, kali in lebih menyeramkan! Kedengaran dari sudut ruang bilikku, bunyi pinggan jatuh datang dari arah ruang makan. Aku mulai panik. Dapat aku rasakan titik peluh menuruni mukaku lalu menyentuh bibirku. Masin rasanya. Aku yang berada dalamkeadaan cemas bertambah semakin cemas. Siapa agaknya yang berada di dapur? Pada pendapatku, tidak mungkin pinggan itu boleh jatuh dengan sendiri. Pencuri! Bagaimana kalau pencuri yang masuk ke dalam rumah? Persoalan demi persoalan mula meracuni mindaku untuk menguatkan semangatku dan pergi menjenguk sekiranya ada pencuri atau tidak. Dalam genggaman tanganku kini adalah senjata.Aku berusaha mencari lampu suluh tetapi gagal. Tangan kiriku, kayu hoki milikku yang dihadiahkan oleh ibu. Tangan kananku pula, sebilah
  • 4. gunting yang tajam. Sebelum melangkah keluar bilik, aku berdoa.Aku berharap agar tidak berlakunya perkara ayng melibatkan pertumpahan darah dan sebagainya. Pintu bilikku aku buka dengan perlahan agar tidak menghasilkan apa-apa bunyi. Bagi mengelakkan didengar oleh pihak musuh, aku berjalan menggunakan hujung kaki. Aku berjalan dengan cukup cermat agar tidak terlanggar mana-mana barang di sebelah-menyebelahku. Ketika menuruni tangga, aku mengawal langkahku. Setip langkah aku kira. Sebenarnya, sebelum ini aku telah mengira bilangan anak tangga rumahku. Entah, mungkinkah tabiat gemar mengiraku membuatkan aku mengira setiap benda yang aku lihat. Kini, aku bakal menuruni anak tangga yang terakhir. Jantungku mulai berdebar-debar. Aku meneruskan langkah menuju ruang makan. Dengan perlahan, tombol pintu ruang makan aku pusing. Tiba-tiba, bekalan elektrik rumahku berfungsi semula. Aku mendapat tahu kerana terdengar bunyi yang dihasilkan oleh pendingin hawa bilikku. Lampu di dapur aku pasang. Perlahan-lahan suis lampu aku tekan. Klik! “Surprise!” Satu jeritan beramai-ramai terdengar. Kelihatan wajah ayah dan ibu. Bukan itu sahaja, saudara-mara aku juga turut berada di samping ayah dan ibu.Kemudian, dari penjuru ruang makan, aku lihat sahabatku, Shin Dongho menatang sebiji kek coklat dihiasi enam belas batang lilin. Aku ketawa. Tawaku diiringi air mata. Terharu. Mereka semua menyanyikan lagu selamat hari jadi. Setelah selesai menyanyi, aku meniup lilin pada kek hari jadiku. Kemudian, ibu menghulurkan sebilah pisau pemotong kek kepadaku. Aku melepaskan genggaman eratku pada kayu hoki dan gunting. Ketika aku berbuat demikian, kesemua mereka hanya mampu tersenyum. “Apa yang kamu fikirkan?” tanya ayah. “Aku sangkakan pencuri tadi, rupa-rupanya tidak.” balasku beserta tawa kecil. Pisau pada jari ibu cepat-cepat aku ambil lalu memotong kek tersebut. Jam di dinding kini menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku menanya ibu, “Mengapa bersusah payah menyambut hari jadiku pada waktu begini?” Ibu tersenyum sambil berkata, “Tepat pada 3.00 pagi, pada 2 Januari 1994, kamu telah selamat dilahirkan.” Wah, aku berasa sungguh kagum dan terharu! Lantas aku memeluk ibu. Pelukkan aku disambut oleh ibu dengan tangisan. Kesemua rancangan ini dirancang oleh ibu dan dibantu oleh saudara-mara dan sahabat andai. Aku bersyukur kerana ayah dan ibu selamat. Aku gembira kerana ayah dan ibu serta yang lain snaggup melakukan majlis hari jadiku pada tengah pagi. Sepanjang hidupku, hari jadiku sering disambut lambat kerana semua pihak sibuk menyediakan diri untuk sesi persekolahan. Setahuku, akulah insan yang paling bertuah pada ketika itu. Tidak pernah dalam sejarah, orang yang menyambut hari jadi pada awal pagi. 2 Januari 2010, tarikh yang akan terus tersemat dalam sanubariku sebagai lipatan memori yang sukar dilupakan.
  • 5. ngkapkan Cerita......Aku berdoa semoga adik selamat dan berjanji akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan Hari ini ibu dan ayahku pergi melawat datuk saudara yang sakit di kampung. Aku disuruh tinggal di rumah dan menjaga adikku yang berusia enam tahun. Kami bermain permainan video bersama-sama. Tidak lama kemudian adikku mula berasa bosan. Dia mengajak aku bermain di luar rumah. Kami mengayuh basikal di halaman rumah. Setelah lama bermain, aku berasa penat lalu mengajak adikku masuk ke rumah. Namun, dia enggan kerana masih belum puas bermain. Aku menjadi marah lalu meninggalkannya seorang diri di luar rumah. Aku terus masuk ke bilikku. Aku ingin menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang amat kuat. Aku segera berlari ke luar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat adikku telah dilanggar sebuah kereta. Kepala dan kakinya berlumuran darah. Adikku tidak sedarkan diri. Nafasnya turun naik. Jiranku segera membawa adikku ke hospital. Sampai di hospital, adikku dikejarkan di wad kecemasan. Aku merasa amat takut di luar wad. Jiranku telah menghubungi ibu dan bapaku. Tidak lama kemudian mereka pun tiba. Aku terus berlari memeluk mereka sambil memohon maaf atas kecuaianku. Adikku dibawa keluar wad kecemasan dalam keadaan kepala dan kakinya berbalut. Keadaan adikku kurang stabil dan dia dihantar pula ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Aku berdoa semoga adikku selamat dan berjanji akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan. at 8:15 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Monday, October 1, 2012 Aku Sepasang Baju Kurung Aku ialah sepasang . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor . Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga . Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh
  • 6. gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik . Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan- rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari . Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar . at 6:20 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Monday, June 27, 2011 Kepentingan Memelihara Alam Sekitar Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.
  • 7. Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh- tumbuhan untuk dijadikan suber makanan. Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar. Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak. Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara
  • 8. merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang at 6:13 AM 4 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Thursday, March 31, 2011 Peristiwa yang tidak dapat dilupakan Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah. Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku. Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis. Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut. Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00. Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman. at 8:23 AM 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Terpisah dari keluarga Semasa cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Suasananya penuh sesak dengan orang ramai.Semasa di sana,aku begitu asyik melihat pelbagai pameran sehingga aku terpisah daripada keluargaku
  • 9. Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba menenangkan perasaanku sendiri.Apatah lagi aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan orang ramai itu,aku pergi dari sebuah gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun hampa. Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku menceritakan keadaan diriku kepada pengawai yang bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat pengumuman.Hampir satu jam aku menunggu di situ,namun tiada seorang puu ahli keluargaku yang datang menjemputku. Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbit ayahku.Tetapi aku terlupa pula nombornya.Aku berasa sangat sedih dan tidak dapat menahan perasaanku.Aku menagis.Aku semakin bimbang akan diriku .Aku berfikir-fikir untuk pergi ke tempat letak kereta dan menunggu mereka di sana,tetapi takut. Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk terus menuggu di kaunter pertanyaan itu.Tiba-tiba aku tepandang kelibat seseorang yang aku kenali.Aku menjerit kegembiraan apabila melihat ibuku.Aku terus memeluknya sambil menangis teresak-esak Ayah mengingati aku agar tidak leka lagi.Aku berjanji akan mematuhi nasihat mereka.Aku berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan keluargaku at 8:15 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya
  • 10. Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah saya iaitu,Puan Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah.Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat. Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah juga turut meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa PIBG,dan ibu bapa murid. Tepat jam 9.00 pagi,ketibaan Guru Besar disambut dengan meriah.Semua guru mengiringi beliau ke dataran.Kemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang terdiri daripada Murid Tahap Dua yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform. Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Kemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Sambil menjamu selera mereka dihiburkan dengan persembahan murid-murid sekolah yang berbakat.Juadah pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak merah,gulai daging dan acar timun.Murid-murid turut menikmati juadah tersebut di kantin sekolah. Selepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Guru Besar berucap buat kali terakhir.Pengawai Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar.Guru Besar turut menerima cenderahati daripada pihak sekolah. Semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah.Guru Besar bersalam dengan semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Guru Besar masuk ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah. KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.
  • 11. Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak- kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut. Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak. Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat. Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan untuk membeli makanan ringan. Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan. Faedah Menabung Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa
  • 12. bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Pelajar Cemerlang
  • 13. Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar. Pelajar cemerlang merupakan aset negara. Golongan pelajar seperti inilah yang akan mencorakkan masa depan negara. Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan mendekati gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara. Pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah secara aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan. Pelajar cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan tubuh badan mereka. Badan yang cergas akan membina otak yang cerdas.
  • 14. Seterusnya pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana masa ituemas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program berjalan dengan lancar. Pelajar seperti ini akan menyediakan waktu belajar peribadi di rumah. Pelajar yang merancang jadual waktu sudah pasti dapat menyiapkan kerja rumah, kerja kursus dan membuat ulang kaji secara sistematik. Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar mencorakkan nasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang. (