Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Kisah Fauzi
1.
2. Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan
ayah tirinya. Ayah tirinya sangat menngongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak
membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem.
Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita
ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya.
Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam
dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.
Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh
dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci
dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah
dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin,
Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.
Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering
membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi
wang saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar
daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal inidemikian kerana dia sentiasa
dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.
Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk
pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung,
Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas
segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga
dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di
laut. Dia juga turut menunjuk ajar adiknya dalan pelajaran.
3. Keinsafan akan membawa kebahagiaan.
Fauzi tidak sedar bahawa bapa
tirinyasayang kepadanya dan bersikap
bertanggungjawab dalam menjaganya.
Setelahtinggal di asrama yang agak jauh
dari rumahnya, Fauzi mula berfikir. Dia
dinasihati oleh kawannya dan
guru Pendidikan Islamnya. Hasilnya, dia
insaf.
4. Persoalan
kasih sayang ayah tiri
terhadap anak: Ayah tiri
Fauzi amat menyayangi
Fauzi dan sanggup
melawat Fauzi di asrama.
Dia juga bersikap tegas
dalam mendidik Fauzi.
Persoalan ketegasan semasa
mendidik: Ayah tiri Fauzi melarang
Fauzi menonton cerita-cerita yang
tidak berfaedah. Dia juga
melarang Fauzi keluar malam dan
mengambil tahu dengan siapa
anaknya berkawan.
Persoalan persahabatan:
Syahir dan Fauzi amat
akrab bersahabat ketika
di Asrama A. Mereka
sering pulang ke
kampung bersama-
sama.
PERSOALAN
5. WATAK &
PERWATAKAN
Fauzi
>tinggal di Asrama A
>mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri
>mempunyai seorang sahabat yang bernama
Syahir
>ayahnya meninggal dunia akibat penyakit
barah
>mempunyai seorang nenek bernama Sapiah
>memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah
tirinya
>pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan
pintar dalam pelajaran
>Terharu apabila bersalaman dengan ayah
tirinya semasa di asrama
Ibu
>suka mengawal
pergerakan anaknya
>kadang-kadang tidak
bersetuju cara ayah tiri
mendidik Fauzi
>.selalu membawa
buah tangan seperti
kuih semasa melawat
Fauzi di asrama
Ayah Tiri
>ayah tiri Fauzi dan
sangat
menyayanginya
>memberi wang
saku kepada Fauzi
ketika melawat Fauzi
di asrama
>baik kepada anak
tirinya
>tegas dalam
mendidik anak
6. LATAR
Masa
>Waktu malam: ketika di Asrama
A Fauzi dan Syahir berbual
sebelum tidur.
>Waktu pagi:Fauzi bangun dan
bersiap-siap untuk balik ke
kampung.
>Cuti sekolah akhir tahun:Fauzi
pulang ke kampung untuk
menghabiskan cuti.
>Lima minggu:jarak masa Fauzi
bercuti akhir tahun.
Tempat
>Rumah:Fauzi menonton televisyen.
>Asrama A:Fauzi tinggal di Asrama
A.
>Rumah Nenek Sapiah:Fauzi lari ke
rumah neneknya ketika
menghadapi masalah dengan
keluarganya.
>Stesen bas:Fauzi dan Syahir
menunggu bas untuk pulang ke
kampung.
>Sekolah:Ayah tiri dan ibunya
datang ke asrama untuk melawat
Fauzi.
Masyarakat
>Pelajar:Fauzi dan Syahir merupakan
pelajar sebuah sekolah menengah dan
tinggal di Asrama A.
>Petani:Ayah tiri Fauzi merupakan
seorang petani yang mengerjakan
sawah.
>Pendidik:Cikgu Zainuddin merupakan
seorang guru kaunseling yang
menguruskan kemasukan Fauzi ke
asrama.
>Masyarakat yang bersifat prihatin:Ayah
tiri Fauzi sangat prihatin terhadap
pelajaran Fauzi dan selalu bertanya
dengan siapa dia berkawan.
>Masyarakat yang mementingkan
pelajaran:Ayah tiri Fauzi selalu bertanya
tentang kerja sekolah yang diberikan oleh
guru kepada Fauzi.
7. Kata ganda:Berbalam-balam. buku-
buku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan,
kerja-kerja.
Sinkope:Ayahku tidak seperti ayahmu.
Hiperbola:Daun padi kelihatan terliuk-liuk
dibelai mesra oleh angin malam.
Peribahasa:Buah tangan.
8. Nilai berdikari:Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal
di asrama A.
Nilai kerajinan:Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke
laut untuk mencari rezeki untuk keluarganya.
Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.
Nilai kasih sayang:Ayah tirinya sangat sayang
kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang
saku setiap kali melawat Fauzi.
Nilai kesyukuran:Fauzi bersyukur kerana dia sedar
daripada kesilapannya yang bersikap buruk sangka
terhadap ayah tirinya.
Nilai hormat-menghormati:Fauzi sangat menghormati
ayah tirinya.
9. Kita hendaklah taat kepada kedua-dua orang tua kita.
Contohnya, Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun
ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya.
Kita perlu berbincang dalam membuat satu keputusan
penting. Contohnya, Ayah tiri dan ibu Fauzi telah
berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama.
Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita. Contohnya
Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam
kesusahan. Contohnya, Cikgu Zainuddin menolong Fauzi
untuk mendapat tempat tinggal di asrama.
Kita hendaklah meminta maaf apabila elakukan
kesalahan. Contohnya, Fauzi memohon maaf daripada
ayah tirinya atas kesalahannya