SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 1     DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS


 SINOPSIS


 Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep-
 konsep asas Pendidikan Khas. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas,
 istilah handicap, disability dan impairment. Hubungkait Falsafah
 Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia


 HASIL PEMBELAJARAN


          Menjelaskan definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas
          Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang
            berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara.


 KERANGKA TAJUK-TAJUK

                        Definisi dan Konsep Pendidikan Khas




       Definisi dan               Konsep dan              Hubungkait Falsafah
         Istilah                  Kepentingan                 Pendidikan
                                Pendidikan Khas           Kebangsaan dengan
                                                             pelaksanaan




                                    1
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS


1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas


   1.1 Definisi Pendidikan Khas


       Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini
menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk
menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-
murid khas.


       Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan
sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan
Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi
memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005)
menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus
bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini
mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain.
Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha
yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai
seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.




1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas
                                    2
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS



Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-
kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted)
yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga
diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan
pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar
supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai
istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya,
kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-
kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.


Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu
luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang
dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang
dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya
termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami
kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir.
Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-
kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat
dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku
(mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan
menjaga diri sendiri)


1.3 Istilah


1.3.1 Handicap
Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu
kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan
sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi

                                        3
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar
pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam
pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang
sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.




1.3.2 Disability


Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang
dapat dilakukan oleh individu normal


1.3.3 Impairment


Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan
ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.
Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.



1.4 Konsep Pendidikan Khas


Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara
tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti
bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi
dan kejayaan hidup memuaskan.
Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid
melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program
ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.


1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan
                                         4
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

pendidikan khas di Malaysia

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang
dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit
ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang
Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1
Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan
Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini
membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang
dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar
dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,
berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan
negara.

Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar
dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara




      Latihan:

      1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah

          pendidikan Negara.

                                      5
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS



2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan

  Pendidikan Khas di Malaysia




                                6
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

            SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
TAJUK 2
            DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA



 SINOPSIS


 Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan
 pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara.


 HASIL PEMBELAJARAN


          Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia
          Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar
           negara


 KERANGKA TAJUK-TAJUK

                          Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas




    Sejarah di Malaysia                                          Sejarah di Luar
                                                                     Negara




                                       7
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

2.1    SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran
1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah
Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang
kurang upaya.
        Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di
kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh
penting dalam perkembangan pendidikan Khas.


Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas
1926      Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di
          Melaka
1931      Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau
          Pinang
1948      Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth
          dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di
          Johor Bahru
1953      Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh
          (JKM)
1954      Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan
          Menengah) di Pulau Pinang
1958      Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)
1962      Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah
          Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah
1963      Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah
          Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas
1977      Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa
          Melayu
                                      8
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS



1978     Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya
         penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan
         penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
         Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam
         pelajaran
1979     Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah
         Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan
1983     Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran
1984     Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,
         Kementerian Pendidikan
1987     Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional,
         Shah Alam
1988     Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran
1994     Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah
1995     Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan



2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam
negara


Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan
sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang
disediakan.


Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada
keputusan     perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak
Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut
adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia

                                     9
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS



Tahun                                     Peristiwa
1988     -    Jabatan      Pendidikan        Wilayah     Persekutuan    mula
             menubuhkan Kelas Khas                Bermasalah Pembelajaran
             (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala
             Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang
             guru terlatih).


         - Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK
             Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.
1990     - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah
             Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang
         murid dari
             kelas-kelas percantuman telah diuji.
         - Mesyuarat           menganalisis data dari ujian percubaan di
             Universiti
             Malaya.
1991     - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di
             Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.
1992     -   Pembukaan          program     Pendidikan      Khas   Bermasalah
             Pembelajaran         (KKBP)     di   seluruh     negara   secara
             berperingkat.


1993     - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti
             Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program
             gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan
             Khas.
1995     - Pendidikan Inklusif bermula.


1996     -   Pembukaan          program     Pendidikan      Khas   Bermasalah
                                   10
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

                       Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK
                       Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,
                       Kuala Lumpur
      2006         -   Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan
                       pertambahan     ketara     bilangan     program    masalah
                       pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah
                       pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006.
                       Manakala   bilangan      program   di   sekolah   menengah
                       sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah
                       pada tahun 2006.




2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA


Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika
apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan
undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan
dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh
dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling
mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang
mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah menekankan 6
prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan
individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa


 Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan
pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului
lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari
segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.
Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanak-
kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-

                                          11
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan
menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini
menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan
khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau
‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan
berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan
diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-
negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula
meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas.
Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan
perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.


Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas
yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep
‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam
pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi
pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli
patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas
kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada
pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan
kanak-kanak berkeperluan khas.


Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas
diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan
khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang
sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989)
tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock.
Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku
berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang

                                        12
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas
di Britain.
.




1.2    Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar
negara


Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut
tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme,
sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;


a).    Terencat akal

       Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:
              1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)
              2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)
              3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)
              4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)
              5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)
              6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)
              7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M
              8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)
              9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).


b).    Autisme


Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.
                                   13
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

        Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah
         perkembangan.
        Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa
         daripada    aspek   masalah     sosial,   tidak   mempunyai   pemahaman
         interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif,
         linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.



c)       Sindrom Down

        Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang
         terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.
        Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon
         Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.
        Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome
         mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.
        Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah
         menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan
         kromosom.



d)       Masalah tingkah laku dan emosi

        Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada
         tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang
         mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.
        Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah
         mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada
         golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.
        Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai “Father
         of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah             kasih
         sayang untuk kanak-kanak ini.
                                          14
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS




Latihan:


1.    Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan
      pendidikan khas di Britain.




2.    Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam
      mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas.




                                15
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS




 TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS)


SINOPSIS


Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar
berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki
membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142
dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi
beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan
pendek yang disediakan.


HASIL PEMBELAJARAN


2.    Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain
      yang berkaitan dengan Pendidikan Khas
3.    Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas
4.    Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca
5.    Menghuraikan    perundangan     dan   dasar-dasar pendidikan   khas   di
      Malaysia.


KERANGKA TAJUK-TAJUK

                          Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas



                                       16
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS



  Mandat-mandat        Mandat-Mandat         Amalan Konsep      Rangka Tindakan
  Asas PL94-142            Lain             PL 94-142 dalam     Dan Pernyataan
                                            Sistem pendidikan     Salamanca
                                                 Malaysia
                                 Perundangan dan
                                   dasar-dasar
                                   Pendidikan di
                                     Malaysia
3.0   Pengenalan


Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975
setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali
sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All
Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada
pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila
mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana
kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini
apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan
diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).


Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini
telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia
antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan
akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak      biasa namun
kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti
kanak-kanak biasa yang lain.       Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan
diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini.




3.1   Mandat-mandat Asas PL94-142

                                       17
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS



Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 ,
apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act,
Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat
tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua,
persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ,
pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang
berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang
sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).


3.1.1 Pendidikan untuk semua


Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu,
kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak
disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di
dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang
bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai
yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk
menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga
18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk
individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak
(Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk
semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai
prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-
kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat
awal lagi.


3.1.2 Persekitaran   yang    paling   tidak   mengehadkan    (   least   restrictive
environment )

                                        18
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS



Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )
bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan
pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang
upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas
kanak-kanak biasa.     Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-
sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang
efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '.
Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah
membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif.            Menurut Jamila (2006),
falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan
integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses
pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program
inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua
laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang
ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang
berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan
berasaskan dana yang adil terhadap semua.


3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi


Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi
dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai
cara.   Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas
kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas
dan     hendaklah     disesuaikan     dengan     kecacatan      atau    kekurangan
mereka.(Yusuf,etal, 2006).
Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus
menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team
(MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-

                                         19
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

pihak lain   untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan
penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak
tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk
penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).
Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa
ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-
kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu
ketidakupayaan    dan    dilakukan   secara    menyeluruh    dalam    katogeri
keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)


3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan
Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-
kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan
menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini
adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap
maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang
penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak
mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team)
adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.


3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process)


Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para
profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat
mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak
akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini.      Rekod
tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa
mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh
membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki,
perlulah dimusnah.

                                     20
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan
anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang
telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan
berbincang     terutama     bagaimana     mereka      boleh   terlibat   sama     dalam
mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006)


3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)


Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam
program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak
dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh
itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula
di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang
dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di
beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian
daripada     cara   untuk     menilai   murid-murid    berkeperluan      khas.    Dalam
melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka
seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti
yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:

      a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.
      b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
      c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran
           mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada
           penguasaan matlamat tahunan.
      d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.
      e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk
           murid.
      f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
      g) Ketetapan        tarikh   memulakan   perkhidmatan      dan     jangka   masa
           perkhidmatan.
                                          21
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual
menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan
sekurang-kurangnya    setahun    sekali.RPI     yang   diperkenalkan   ini   dapat
dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan
bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga
untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum
dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).



LATIHAN

HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM

PL 94-142




                                      22
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS




                23

More Related Content

What's hot

Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Definisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khasDefinisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khasRekha Mariappan
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVErica Leenya
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensoripeggylau9318
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bualNur Hassan
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
Penggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PPenggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PAdila Dila
 

What's hot (20)

Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Definisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khasDefinisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khas
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSV
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensori
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan PelajaranSukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
Pengenalan boneka
Pengenalan bonekaPengenalan boneka
Pengenalan boneka
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Penggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PPenggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&P
 

Viewers also liked

Some Changes madet to our opening sequence
Some Changes madet to our opening sequenceSome Changes madet to our opening sequence
Some Changes madet to our opening sequencejodiefoster96
 
Using Plagiarism, Copyrighting, and Nettiquette
Using Plagiarism, Copyrighting, and NettiquetteUsing Plagiarism, Copyrighting, and Nettiquette
Using Plagiarism, Copyrighting, and Nettiquetterasheanah202
 
Assignment 5 my two topics2
Assignment 5 my two topics2Assignment 5 my two topics2
Assignment 5 my two topics2jodiefoster96
 
резюмируя
резюмируярезюмируя
резюмируяwandermilk
 
미사교 1001 wordpress
미사교 1001 wordpress미사교 1001 wordpress
미사교 1001 wordpressSeok Lee
 
Blood test for detecting fetal abnormalities gaining interest
Blood test for detecting fetal abnormalities gaining interestBlood test for detecting fetal abnormalities gaining interest
Blood test for detecting fetal abnormalities gaining interestBest care Lab
 
Magazine research 2
Magazine research 2Magazine research 2
Magazine research 2zoe_turner
 
Assignment 5 my two chosen topics media
Assignment 5 my two chosen topics   mediaAssignment 5 my two chosen topics   media
Assignment 5 my two chosen topics mediajodiefoster96
 
Final projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect doc
Final projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect docFinal projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect doc
Final projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect docPiyush Sakhiya
 
Edible Nutmeg: Salad Spinners
Edible Nutmeg: Salad SpinnersEdible Nutmeg: Salad Spinners
Edible Nutmeg: Salad SpinnersTony Vengrove
 
Docxpresso presentation Document Management
Docxpresso presentation Document ManagementDocxpresso presentation Document Management
Docxpresso presentation Document ManagementLink to WhatsApp
 

Viewers also liked (20)

Some Changes madet to our opening sequence
Some Changes madet to our opening sequenceSome Changes madet to our opening sequence
Some Changes madet to our opening sequence
 
Using Plagiarism, Copyrighting, and Nettiquette
Using Plagiarism, Copyrighting, and NettiquetteUsing Plagiarism, Copyrighting, and Nettiquette
Using Plagiarism, Copyrighting, and Nettiquette
 
Assignment 5 my two topics2
Assignment 5 my two topics2Assignment 5 my two topics2
Assignment 5 my two topics2
 
резюмируя
резюмируярезюмируя
резюмируя
 
Aulas virtuales
Aulas virtualesAulas virtuales
Aulas virtuales
 
미사교 1001 wordpress
미사교 1001 wordpress미사교 1001 wordpress
미사교 1001 wordpress
 
Blood test for detecting fetal abnormalities gaining interest
Blood test for detecting fetal abnormalities gaining interestBlood test for detecting fetal abnormalities gaining interest
Blood test for detecting fetal abnormalities gaining interest
 
spelenok
spelenokspelenok
spelenok
 
Assignment 2
Assignment 2Assignment 2
Assignment 2
 
Magazine research 2
Magazine research 2Magazine research 2
Magazine research 2
 
Balakovo
BalakovoBalakovo
Balakovo
 
Media study.
Media study.Media study.
Media study.
 
Assignment 5 my two chosen topics media
Assignment 5 my two chosen topics   mediaAssignment 5 my two chosen topics   media
Assignment 5 my two chosen topics media
 
Suncoast family
Suncoast familySuncoast family
Suncoast family
 
Final projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect doc
Final projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect docFinal projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect doc
Final projMARKET RESEARCH OF NEW PRODUCTect doc
 
Edible Nutmeg: Salad Spinners
Edible Nutmeg: Salad SpinnersEdible Nutmeg: Salad Spinners
Edible Nutmeg: Salad Spinners
 
Magazine research
Magazine researchMagazine research
Magazine research
 
Et 0917
Et 0917Et 0917
Et 0917
 
Docxpresso presentation Document Management
Docxpresso presentation Document ManagementDocxpresso presentation Document Management
Docxpresso presentation Document Management
 
RT 2014
RT 2014RT 2014
RT 2014
 

Similar to 08 isi pelajaran

Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaMaszenah Alan
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxdavendran1
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)farhana90226
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaAnne Sudki
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1Mohd Zaidi
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayaDaniel Hilmi
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 

Similar to 08 isi pelajaran (20)

7 9
7 97 9
7 9
 
D20102043020
D20102043020D20102043020
D20102043020
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysia
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Definisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khasDefinisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khas
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerja
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upaya
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 

08 isi pelajaran

  • 1. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS TAJUK 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep- konsep asas Pendidikan Khas. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas, istilah handicap, disability dan impairment. Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia HASIL PEMBELAJARAN  Menjelaskan definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas  Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara. KERANGKA TAJUK-TAJUK Definisi dan Konsep Pendidikan Khas Definisi dan Konsep dan Hubungkait Falsafah Istilah Kepentingan Pendidikan Pendidikan Khas Kebangsaan dengan pelaksanaan 1
  • 2. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas 1.1 Definisi Pendidikan Khas Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid- murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas 2
  • 3. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak- kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak- kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak- kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri) 1.3 Istilah 1.3.1 Handicap Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi 3
  • 4. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains. 1.3.2 Disability Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal 1.3.3 Impairment Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi. Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan. 1.4 Konsep Pendidikan Khas Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. 1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan 4
  • 5. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS pendidikan khas di Malaysia Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara. Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara Latihan: 1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah pendidikan Negara. 5
  • 6. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia 6
  • 7. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS TAJUK 2 DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara. HASIL PEMBELAJARAN  Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia  Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara KERANGKA TAJUK-TAJUK Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Sejarah di Malaysia Sejarah di Luar Negara 7
  • 8. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 2.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas. Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas 1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka 1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru 1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang 1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM) 1962 Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas 1977 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu 8
  • 9. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran 1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan 1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran 1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan 1987 Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam 1988 Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran 1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah 1995 Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan 2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang disediakan. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia 9
  • 10. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Tahun Peristiwa 1988 - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih). - Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 1990 - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji. - Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya. 1991 - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. 1992 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat. 1993 - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas. 1995 - Pendidikan Inklusif bermula. 1996 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah 10
  • 11. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur 2006 - Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006. 2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanak- kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak- 11
  • 12. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara- negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang 12
  • 13. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain. . 1.2 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut; a). Terencat akal Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu: 1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M) 2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M) 3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M) 4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M) 5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M) 6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M) 7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M 8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M) 9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang). b). Autisme Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”. 13
  • 14. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS  Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah perkembangan.  Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. c) Sindrom Down  Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.  Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.  Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.  Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom. d) Masalah tingkah laku dan emosi  Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.  Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.  Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai “Father of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah kasih sayang untuk kanak-kanak ini. 14
  • 15. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Latihan: 1. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan pendidikan khas di Britain. 2. Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas. 15
  • 16. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS) SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan pendek yang disediakan. HASIL PEMBELAJARAN 2. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas 3. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas 4. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca 5. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia. KERANGKA TAJUK-TAJUK Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas 16
  • 17. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Mandat-mandat Mandat-Mandat Amalan Konsep Rangka Tindakan Asas PL94-142 Lain PL 94-142 dalam Dan Pernyataan Sistem pendidikan Salamanca Malaysia Perundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia 3.0 Pengenalan Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988). Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang menghadapi masalah ini. 3.1 Mandat-mandat Asas PL94-142 17
  • 18. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 , apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment , pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu). 3.1.1 Pendidikan untuk semua Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak- kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi. 3.1.2 Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) 18
  • 19. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama- sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua. 3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.(Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak- 19
  • 20. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS pihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006). Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak- kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006) 3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak- kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini. 3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process) Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. 20
  • 21. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006) 3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu) Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut: a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini. b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun. c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan. d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid. e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid. f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa. g) Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan. 21
  • 22. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995). LATIHAN HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM PL 94-142 22
  • 23. KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 23