Pengenalan boneka

28,486 views

Published on

Published in: Education
6 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
28,486
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
129
Actions
Shares
0
Downloads
1,501
Comments
6
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan boneka

  1. 1. PENGENALAN. Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung.Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolahyang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satuhiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikanalat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik ataurumah terutamanya untuk anak perempuan. Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasaportugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu bonekayang di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagimasyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka untuk upacarakeagamaan manakala masyarakat Mesir kuna pula menggunakan boneka sebagaigantian korban manusia. Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untukfungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupunmistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir,pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran boneka digunakanuntuk upcara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali dijumpai di makam-makam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.DEFINISI BONEKA Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuanmenyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itupemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yangdipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yangmenyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barangpermainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka 1
  2. 2. adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali ataudengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripadaperkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentukmacam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.JENIS JENIS BONEKA Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut. 1. Boneka Sarung Tangan / Jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll. Contoh gambar boneka sarung tangan/jari. 2. Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. 2
  3. 3. 3. BONEKA WAYANG KULIT Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit. Contoh boneka wayang kulit.4. Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-rama dan bunga. Contoh boneka tongkat. 3
  4. 4. 5. Boneka Bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian- bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik- tarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang. Contoh boneka bertali.6. Boneka Beg Kertas. Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan. Contoh boneka beg kertas7. Boneka pinggan kertas. Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain. Contoh boneka kertas. 4
  5. 5. 8. Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya. Contoh boneka penuh. 9. Boneka tangan. Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan kucing. Contoh boneka tangan.TUGASAN BONEKA.Pada kali ini, kumpulan kami telah memilih satu boneka untuk dijadikan sebagaitugasan iaitu kami telah memilih untuk membuat boneka bertongkat. Ia sangatbersesuaikan dengan skrip yang telah kami reka. Kami telah mereka kisah kehidupanhaiwan yang berada di hutan. 5
  6. 6. SKRIP KISAH ARNAB DAN KURA-KURA ( VERSI BARU )Episod 1 Suatu masa dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satusama lain tentang siapa yang terpantas.Suatu hari mereka bersetuju untukmengadakan perlumbaan untuk menentukan siapa yang lebih pantas yakni siapa yangsampai ke garisan penamat dulu dikira sebagai pemenang. Binatang-binatang lainseperti monyet,burung dan Sang Kancil menjadi saksi perlumbaan itu.Sang Arnab : Baiklah kura-kura aku dah sedia .( kata Sang Arnab sambil tersengih, mengejek)Sang kura-kura tersenyum sambil mengangguk-angguk.Semua binatang lain : Ke garisan ….., sedia…..,lari!!!!!!Sang Arnab berlari sekuat hati sedangkan Sang Kura-kura berlari dengan kelajuan yangkonsisten.Sang Arnab berlari sambil menoleh Sang Kura-kura yang masih tertinggaljauh di belakang.Sang Arnab : Hah…..Sang Kura-kura masih jauh.Baik aku berehat sekejap (kata Sang Arnab sambil termengah-mengah kepenatan. 6
  7. 7. Sang Kura-kura : Tak pa….lari ja.Biar lambat asal selamat….heh….(kura-kura tersengih sendiri)Sang Arnab : Zzzzzz……..er…! ( Sang Arnab terlelap sambil berdengkur ,keletihan). Sang Kura-kura terus berlari sehingga melewati Sang Arnab yang terlelap dibawah sepohon pokok. Binatang-binatang lain bersorak-sorak kerana kura-kurasemakin menghampiri garisan penamat. Suasana riuh rendah itu mengejutkan SangArnab.Sang Kura-kura : Sikit lagi…! Sikit lagi ! kata Sang Kura-kura .Sang Arnab : Yah ……….(Sang Arnab berlari sekuat hati mengejar Sang Kura-kura)Binatang-binatang lain : Hoorey!!!!Kura-kura menang!!!!Sang Kura-kura ; Yesssss…..aku menang! ( Kata kura-kura sambil melompat- lompat keriangan) Sang Arnab berasa malu dan terus berlalu. Sang Arnab sangat kecewa.Episod 2. Sang Arnab membuat kajian sebab-sebab kekalahannya kepada kura-kura.Sang Arnab menyedari kesilapannya yang terlalu yakin ,tidak berhati-hati dan sambillewa. Oleh Itu Sang Arnab mengajak kura-kura berlumba sekali lagi.Sang Kura-kurabersetuju.Semua binatang rimba berhimpun sekali lagi menyaksikan perlumbaan Sangkura-kura dengan Sang Arnab. 7
  8. 8. Sang Arnab : Hai kawan mari kita mulakan …kali ini aku pasti menang. ( Wussssss…Sang Arnab memecut dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat. Kali ini SangArnab memenangi perlumbaan itu.Sang kura-kura : Huhhhhh! Lajunya Sang Arnab pakai enjin turbokah? Kena tamatkan perlumbaan ini. ( Walaupun Sang Kura-kura ketinggalan jauh dia masih berusaha menamatkan perlumbaan itu.Episod 3.Cerita ini bersambung lagi.Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untukmenang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan sedia ada adadikekalkan, adalah mustahil baginya untuk menang.Strategi terbaik adalah mengubahformat perlumbaan. Setelah berfikir panjang Sang Kura-kura mencabar Sang Arnabuntuk perlumbaan ketiga.Sang kura-kura : Sang Arnab apa kata kita berlumba lagi tetapi kali ini kita menggunakan laluan lain.Bagaimana…setuju ?Sang Arnab : Setuju! Aku tak ada masalah. Redah je!!! ( Kata Sang Arnab dengan penuh keyakinan). 8
  9. 9. Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan keyakinan yang ada Sang Arnab memecut pantastetapi tiba-tiba berhenti…..Sang Arnab : Aiiiik......sungai…a..lamak…..! Macam mana ni…..( Sementara itu,Sang kura-kura pula berjalan perlahan-lahan. Setibanya di sungai Sang Kura-kuraberenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisanpenamat.Sang Arnab menongkat dagu ,memerhatikan Sang Kura-kura melompaatkeriangan meraihkan kemenangannya.Episod 4 (akhir)Kisah ini belum berakhir……Setelah 3 kali perlumbaan,Sang Arnab dan Sang Kura-kura akhirnya menjadi rakankarib. Mereka berbincang bagaimana meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.Perlumbaan keempat bermula….( perlumbaan ini dijalankan bukan untuk bersaingtetapi sebagai satu pasukan)Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakannya dan memecut pantas sehinggake sungai besar. Setibanya di sungai….Sang Kura-kura : Sekarang giliran aku pula mendukung kamu ( kata Sang kura-kura sambil tersenyum) 9
  10. 10. Sang Arnab : Baiklah….Apabila sampai di seberang nanti kita berganti lagi!Akhirnya Sang Arnab dan Sang Kura-kura tiba di garisan penamat dengan jayanyasebagai satu pasukan. Mereka berasa lebih puas dan berjaya berbanding dengan apayang mereka telah lalui sebelum ini.TAMAT.Pengajaran :Walau sehebat mana pun seseorang individu,pasti terdapat bidang yang individuitu lemah dan orang lain pasti lebih baik berbandingnya. Oleh itu, adalah lebihbaik kita bekerja sebagai satu pasukan ,menggunakan kelebihan yang ada padasetiap orang. 10
  11. 11. RUJUKAN. 1. Boneka : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka 2. Sosial Riadah dan Kreativiti: http://epkhas.ses.usm.my/category/bidang/sosial-riadah-dan- kreativiti/pendidikan-seni?page=3 3. Seni Boneka Presekolah: http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah 4. Kamus Dewan Edisi Keempat. 5. Nota Literasi Bahasa: http://notapismp.blogspot.com/seacrh//label/notaliterasibahasa 6. Panggung Boneka: Http://www.panggungboneka.net/panggung-boneka 7. Panggung Boneka: Http://www.cumilcumil.com/2011/12/panggung-boneka-cumil.html 11
  12. 12. Literasi Bahasa -Boneka - 12

×