SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
PEMARKAHAN
                                                     1. TUGASAN 1
                                                     2. E FORUM
                                                        JUMLAH




KBK3033 : DASAR DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

                    TAJUK: TUGASAN 1



Huraikan mengenai perkembangan pendidikan khas di Malaysia

      dengan mengambil kira sekolah pendidikan khas,

      program integrasi dan program pendidikan inklusif



                    KUMPULAN :UPSI04

                    DISEDIAKAN OLEH:


         NAMA                   NO ID       NO TELEFON

 JUNAIDA BINTI RAMLI D20102043020 013-6356353

                    Nama Pensyarah:
                Dr. Noor Aini binti Ahmad


                       Tarikh Serah:
                      15 APRIL 2012
                        ISI KANDUNGAN
P age |2


BIL                             TAJUK                           HALAMAN


1.    Pendahuluan                                                  3


2.    Perkembangan Pendidikan di Malaysia                          4

      2.1    Peristiwa penting yang mempengaruhi Perkembangan      6
             Pendidikan di Malaysia


3.    Sekolah Pendidikan Khas                                      8

      3.1    Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan        9

             3.1.1   Pengajaran Kanak-kanak Bermasalah            10
                     Penglihatan

      3.2    Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran       12

             3.1.1   Pengajaran Kanak-kanak Bermasalah            16
                     Pendengaran

4.    Program Pendidikan Khas Integrasi                           17


5.    Program Pendidikan Inklusif                                 18


6.    Penutup                                                     21


7.    Bibliografi                                                 23
P age |3



1.0    PENDAHULUAN

Malaysia    mengamalkan     sistem    pendidikan   berpusat    dan   Kementerian       Pelajaran
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap
kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan
1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Konsep tersebut
tidak merangkumi sebahagian kecil kanak-kanak berkeperluan khas). Definisi yang diguna pakai
oleh agensi antarabangsa yang terlibat dengan kepentingan kanak-kanak berkeperluan khas
adalah lebih luas, misalnya skop definisi ketidakupayaan yang digunakan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) merangkumi 3 aspek iaitu impairment, disabilities dan handicap.
Hallahan dan Kauffman (2000) pula mendefinisikan kanak-kanak yang mempunyai
ketidakupayaan dengan lebih menyeluruh iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran, masalah emosi atau tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah
bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisma, pintar cerdas/berbakat dan juga
masalah kognitif.
       Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggariskan
tanggungjawab Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Individu yang dikenal pasti oleh pengamal perubatan bertauliah sebagai
‘mengalami kecacatan yang boleh mengganggu proses pembelajaran di kelas normal’ kerana
masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran adalah di kategori sebagai murid
pendidikan khas. Bab 8 dalam Akta tersebut menyebut:
‘Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah
rendah atau menengah yang difikirkan sesuai dan bermanfaat oleh Menteri Pendidikan’.
       Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang mempunyai
kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi
dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu
kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada
mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retadation), bermasalah pembelajaran
(learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioval disorder),
gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder),
P age |4


hilang pendengaran (hearingloss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah
(blindness or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas
(giftedness)
       Di Malaysia, Pendidikan Khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia
dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran.
Manakala pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan.
       Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan
peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional.
Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam
tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut
boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan.
       Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas
tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
Bahagian II 3 (2) yang menjelaskan “Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh
dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan
disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran
dan pegawai Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan
Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang cacat
anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan murid yang
mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat”




2.0    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pada zaman dahulu, secara amnya sebelum merdeka, ibu bapa amat malu untuk menunjukkan
anak-anak yang istimewa kepada masyarakat. Seperti masyarakat barat, masyarakat Melayu pada
ketika itu mempunyai kepecayaan yang sama, iaitu anak yang istimewa ini mempunyai sial.
Selain itu masyarakat Melayu juga mengatakan kanak-kanak autisme mempunyai kembar di
alam ghaib kerana memang kanak-kanak autisme ini suka bercakap seorang diri. Selain itu anak-
P age |5


anak istimewa ini kebiasaanya tidak dibenarkan keluar rumah kerana dikhuatiri akan memalukan
keluarga dan kebiasaanya mereka akan dikurung di bilik yang berasingan. Begitulah serba
sedikit latar belakang atau pandangan masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia amnya
terhadap anak-anak istimewa ini pada zaman sebelum merdeka khususnya.
       Pendidikan Khas di Malaysia bermula agak lewat berbanding dengan masyarakat di luar
negara. Ini mungkin kerana kurangnya pendedahan atau tidak ada satu perlembagaan seperti
Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142 yang lebih tersusun membela masyarakat istimewa
ini. Namun begitu, sebenarnya perkembangan pendidikan khas di negara ini bermula sejak tahun
tahun 1920an dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah
cacat penglihatan dan pendengaran. Sebagai contoh untuk masalah penglihatan, sukarelawan-
sukarelawan telah membuka Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di
Melaka pada tahun 1926 dan untuk masalah pendengaran pembukaan kelas pendidikan khas di
Jalan Northam di Pulau Pinang dan pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan
(Rendah dan Menengah) di Tanjong Bunga, Pulau Pinang pada tahun 19 54.
       Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli
perubatan. Walau bagaimanapun, di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khas didorong
oleh kemunculan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi.

       Pendidikan khas formal di Malaysia bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta.
Pada tahun 1954, Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk
kanak-kanak pekak. Program untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran bermula pada tahun
1988 apabila buat pertama kalinya Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah
Kebangsaan alan Batu, Kuala Lumpur. Dapat dilihat bahawa perkembangan pendidikan khas di
Malaysia adalah bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak dan bermasalah
pembelajaran.

       Sebelum 1995, Pendidikan Khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia dikatakan kurang
berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas Negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat
orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku
penstrukturan baru pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas telah dinaik taraf kepada
P age |6


Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain. Hal ini
membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawab seperti yang dikehendaki oleh negara dan
tuntutan masyarakat, Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.

       Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya juga menjadi faktor
utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan khas ini. Objektif menaik taraf Jabatan
Pendidikan Khas adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk
pelajar dengan beekeperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada
setiap pelajar dengan keperluan khas, menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan
potensi pelajar dengan keperluan khas, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
yang mencukupi dan terkini serta memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih
dalam bidang pendidikan khas.




2.1    PERISTIWA        PENTING        YANG       MEMPENGARUHI          PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA.

Di dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) ada menegaskan hak bagi setiap
individu untuk mendapakan pendidikan. Seterusnya perkara ini ditegaskan semula dalam
‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan mengenai keperluan-
keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah
perlu di ambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori
orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.

       Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-kanak
Sedunia dan antara yang ditegaskan adalah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak
mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang
menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa
‘Sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid
kurang upaya’
P age |7


       Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Perakuan ini
menyatakan bahwa dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap perdidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya
pada masa itu. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan
pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

       Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan
memutuskan pertubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan
menentukan bidang tugas masing-masing mengenani kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-
kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan,
Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya Jawatankuasa ini menetapkan bahawa adalah
menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Seterusnya Kementerian Kebajikan Masyarakat
adalah bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya, fizikal, terencat
akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Manakala Kementerian Kesihatan adalah
bertanggungjawab untuk mengenalpasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang
dilahirkan dalam keadaan berisiko.

       Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang
menyarankan bahawa: Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak
sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Kementerian Pendidikan dikehendaki
membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukkan kuasa
menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan
khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1.        Tertakluk kepada
subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peratura-peraturan menetapkan tempoh
pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima
pendidikan khas, kurikulum ynag hendak digunakan berhubungan dengan pendidikan khas,
P age |8


kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi murid dalam
setiap kategori sekolah khas dan apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat
atau perlu . Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di
bawah perenggan 34 (1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan
oleh menteri suai manfaat.

3.0    SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Sekolah pendidikan khas merupakan sekolah-sekolah yang mempunyai kelas murid khas yang
ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah
pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas bagi murid
bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

       Pada peringkat awalnya, penubuhan sekolah pendidikan khas hanya memberi khidmat
kepada mereka yang bermasalah penglihatan di Sekolah Rendah Pendidikan Khas St. Nicholas di
Pulau Pinang dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Puteri Elizabeth di Johor Bahru, manakala
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang, untuk masalah pembelajaran.
Pada awal pembukaannya, sekolah-sekolah ini adalah sekolah bukan kerajaan Kemudiannya
sekolah-sekolah ini ditukar kepada Sekolah Pendidikan Khas Separa Bantuan. Walau
bagaimanapun pada hari ini sekolah-sekolah ini ditukar statusnya menjadi sekolah-sekolah
pendidikan khas Bantuan Penuh.

       Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan ditubuhkan bagi
menguruskan Pendidikan Khas pada tahun 1964. Unit Pendidikan Khas diletakkan di bawah
pengurusan Bhagian Sekolah. Beberapa Perakuan Kabinet iaiatu Perakuan 169,170,171,172 dan
173 diterbitkan. Sehubungan dengan itu beberapa perubahanberlaku bagi membantu memaju dan
meluaskan skop program dan aktiviti pendidikan khas. Perakuan Kabinet ini antaranya
melibatkan langkah mengambil alih tanggungjawab pendidikan kanak-kanak dengan keperluan
khas. Walau bagaimanapun, kerjasama yang erat dengan badan bukan kerajaan hendaklah
diteruskan. Selain itu pengambilan kanak-kanak dengan keperluan khas pada umur yang lebih
awal bagi mengatasi masalah bahasa dan komunikasi. Kemudahan pembelajaran dan pengajaran
yang lebih baik kepada kanak-kanak yang bermasalah penglihatan khususnya keperluan buku
P age |9


teks Braille dan diwujudkan unit bergerak bagi menyenggara peralatan khas keperluan kanak-
kanak bermasalah pendengaran

       Pada tahun 1984, Unit Percetakan dan Penerbitan Braille telah ditubuhkan. Unit ini
bertanggungjawab menyediakan buku-buku teks Braille bagi pelajar yang bermasalah
penglihatan. Ia juga menyedia dan menawarkan lain-lain perkhidmatan berkaitan kanak-kanak
bermasalah penglihatan. Perkembangan ini adalah tindakan susulan kepada Perakuan Kabinet
173. Tahun 1989 Program Pendidikan Bermasalah Pembelajaran dimulakan dengan rasminya di
bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

       Di bawah program pendidikan khas, dalam tahun-tahun akhir 1980-an, beberapa buah
sekolah Pendidikan Khas diwujudkan. Selain dua buah Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan
dua buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas, 27 buah Sekolah Pendidikan Khas lagi
diwujudkan. Daripada 27 buag sekolah ini, 26 buah adalah sekolah rendah dan sebuah sekolah
menengah. Sekolah menengah yang dimaksudkan adalah Sekolah Menengah Khas Vokasional
Bermasalah Pendengaran, Shah Alam, Selangor.

3.1    SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN

Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di Malaysia merupakan sebuah institusi
pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah penglihatan adalah kanak-kanak yang tidak berupaya melihat. Menurut
Heward (1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada
mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit
kurang daripada 20 darjah. Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta.
Rabun atau kurang nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan
pandangan yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan
memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca.

       Oleh kerana masalah penglihatan dianggap sebagai masalah utama yang memberi kesan
terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak, maka sekolah Pendidikan Khas dibina bagi
membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan agar mereka boleh belajar dan
menjalani kehidupan seperti individu lain.
P a g e | 10


        Bermula pada tahun 1926, Sekolah Randah Pendidikan Khas St Nicholas telah dibuka di
Gereja Anglican di Melaka. Kemudian pada tahun 1931, sekolah ini dipindahkan ke Pulau
Pinang. Selepas itu Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth telah dibuka secara
rasminya pada tahun 1948 dengan kemudahan asrama di Johor Bahru. Sekolah Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan telah dibuka di Setapak pada tahun 1977 dan pada tahun 1978 Sekolah
Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai sekolah bantuan penuh.

        Terdapat 5 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah untuk pelajar-pelajar
bermasalah    penglihatan   (setakat      tahun     2011).   Sekolah-sekolah     tersebut   adalah
SekolahKebangsaan Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Jalan Batu, Kualal Lumpur, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth,
Johor, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Sabah dan Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Setapak, Kuala Lumpur. Terdapat asrama bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan
menengah bagi yang bermasalah penglihatan .

3.1.1   PENGAJARAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

Kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan ialah apabila penglihatan mereka
menggangganggu keupayaan belajar. Kanak-kanak yang terganggu penglihatannya sukar
meneroka persekitaran dan lembab dalam perkembangan kogmitifnya. Oleh itu mereka perlu
bantuan dan bimbingan dari segi orientasi dan mobiliti. Bahan-bahan yang digunakan perlu
sesuai dan dapat menggalakkan penggunaan deria lain. Kanak-kanak tanpa penglihatan terpaksa
bergantung kepada deria lain bagi mengumpul maklumat seperti deria dengar dan deria sentuh.
Mereka mesti diajar menggunakan deria-deria pendengaran, deria sentuh, deria baud an deria
rasa. Melalui sentuhan kanak-kanak dapat belajar mengenai objek manakala melaui pendengaran
kanak-kanak dapat mengenal orang melalui suara dan objek serta bunyi yang dihasilkan.

Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children
With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan
semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan
penggunaan      deria    seperti       deria      sentuh,    pendengaran,      bau    dan     rasa
P a g e | 11


       Melaui deria sentuh guru boleh pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-
benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri
peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri,
menyertai keluarga di dapur ataupun di taman Melaui deria sentuh pula guru boleh
bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang
disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda
yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.Guru juga boleh
menggalakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan
ia bertanya kembali. Di samping itu elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk)
dengan kanak-kanak. Pastikan bercakap terus kepada kanak-kanak. Guru juga boleh pastikan
kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya,
minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi,
bedak dan lain-lain.

  Ibu bapa juga boleh menggalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana
ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak
boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan
dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah
makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta
latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak
dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti
orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.

       Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang
sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille,
buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber
yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik
penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle
magnifier, dan teleskop.

       Apabila berhadapan dengan murid bermasalah penglihatan, nyatakan kepada kelas
kehadiran anda atau orang lain. Kemudian panggil murid tersebut dengan menyebut namanya.
Murid yang bermasalah penglihatan perlu dijauhkan daripada cahaya yang silau dan gunakan
P a g e | 12


perkataan yang sesuai dan spesifik apabila mengaitkannya dengan orientasi badan murid.
Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria penglihatan yang dijalankan perlu
diterangkan kepadanya dengan jelas dan beri peluang kepadanya untukmembiasakan diri dengan
keadaan di kelas ataupun tempat lain yang berkaitan. Selain itu, sebarang perubahan di
sekelilingnya perlu diberitahu secara lisan. Walaupun murid tersebut dapat mengcam guru atau
orang lain melalui suara, tetapi galakkan untuk memperkenalkan diri apabila berurusan dengan
mereka.

3.2    SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENDENGARAN

Dalam kontek Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran,
menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan pendekatan baru
menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidak bolehan .Penguasaan dan
pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat
kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif,
perkembangan,    pertuturan,   penguasaan    membaca,     kemahiran    matematik,   kemahiran
pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawan dan kebolehan
penglihatan.
       Nasib kanak-kanak cacat pendengaran di tanah air kita mula berubah pada tahun 1952
kerana inisiatif seorang pakar kesihatan kanak-kanak pada masa itu, Dr. C. Elaine Field. Semasa
menjalani rawatan untuk kanak-kanak, Dr. Field berjumpa dengan beberapa orang kanak-kanak
cacat pendengaran dan mendapati tiada program pemulihan untuk mereka, sedangkan kanak-
kanak cacat penglihatan mempunyai sekolah pendidikan khas, iaitu Sekolah St. Nicholas yang
telah diasaskan pada tahun 1928. Di atas kesedaran inilah, maka Dr. Field berasa bahawa sekolah
pendidikan khas untuk kanak-kanak cacat pendengaran juga patut ditubuhkan.
       Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan
Negara, iaitu menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan
pendidikan khas amnya kanak-kanak bermasalah pendengaran agar dapat berfungsi sebagai
individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan
sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan
P a g e | 13


diri dalam masyarakat.Menurut Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Faridah Serajul Haq, berkata isu penting adalah setakat mana pendidikan dan perkhidmatan khas
memberi peluang pelajar bermasalah pendengaran mendapat peluang pekerjaan, latihan
vokasional dan juga melanjutkan pelajaran.
       Pendidikan adalah proses pembelajaran dan pengubahsuaian yang diakibatkan oleh
sistem sekolah dan pengalaman lain yang berkaitan manakala sistem pendidikan kanak-kanak
bermasalah pendengaran pula dalam pengajaran yang direkacipta untuk pelajar yang mempunyai
ciri-ciri keperluan pembelajaran yang unik. Kewujudan sistem pendidikan kanak-kanak
bermasalah pendengaran membuktikan masyarakat mengakui wujudnya sekumpulan ahlinya
yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas untuk belajar. Justeru itu, pendidikan bagi
murid-murid dengan keperluan bermasalah          pendengaran adalah     sebahagian daripada
perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Menurut Jamila K.A. Mohamed (2006)
murid-murid ini diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid
normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid ini mampu memperolehi
pencapaian yang optimum.
       Murid pendidikan khas bagi masalah pendengaran ini menjalankan aktiviti yang telah
diubahsuai kandungan kurikulum di mana, aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa
lisan diubahsuai kepada penggunaan komunikasi keseluruhan yang menggabungkan lisan,
isyarat, gerak badan dan mimik muka. Program yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Khas di
Malaysia adalah berdasarkan kepada Akta Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan
digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Melalui program ini, murid-murid bermasalah
pendengaran dilatih dari segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid
biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program ini disediakan
iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa ( integrasi). Sistem pendidikan khas telah mengambil
beberapa pendekatan awal untuk murid-murid sebelum masuk ke alam persekoahan. Apa yang
kita ketahui, masalah pendengaran adalah kecacatan yang tersembunyi kerana keadaannya yang
tidak ketara. Pengesanan awal bagi murid-murid bermasalah pendengaran adalah penting untuk
mengelakkan timbulnya pelbagai kesan sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif
yang akan mengakibatkan murid-murid gagal dalam akademik. Menurut Lokman Saim (2004)
Jawatankuasa bersama Organisasi Kesihatan Sedunia menetapkan pada tahun 1982, kanak-kanak
P a g e | 14


bermasalah pendengaran perlu dikesan pada umur tiga bulan dan mula diberi tindakan pada umur
enam bulan.
       Pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun
1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah
pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang (Salena Yahya, 1989).
Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan
yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan
takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa
Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-
murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan
sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah
digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Salena
Yahya, 1989).

       Kemudian di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan diikuti Kota Bahru, Melaka sehingga
semua negeri dalam Malaysia. Pada tahun 1984, 49 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah
menengah telah disediakan. Bilangan sekolah khas ialah 318 buah dan bilangan kelas
percantuman ialah 1552 buah serta bilangan guru ialah 242 orang. Dalam system pendidikan
dulu, sistem lisan, pertuturan, pendengaran dan bacaan bibir telah disediakan kerana mengikuti
sistem pendidikan British dan digunakan di semua negara. Komunikasi seluruh (TC) seperti
lisan, pertuturan, bacaan bibir dan kod tangan telah diwujudkan kerana mempertingkatkan
perolehan bahasa melalui komponen kegunaan tangan.
       Pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran hampir sama dengan pendidikan murid
biasa di Malaysia. Murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah pendengaran di
tempatkan di sekolah-sekolah yang menyediakan program pendidikan khas. Sehingga kini
terdapat 41 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah program percantuman, 24 buah
sekolah rendah pendidikan khas dan 2 buah sekolah menengah pendidikan khas untuk murid-
murid bermasalah pendengaran di seluruh negara. Bilangan murid yang terlibat ialah seramai
2161 orang murid di sekolah rendah dan 1488 orang murid di sekolah menengah (Jabatan
Pendidikan Khas, 2002).
P a g e | 15


       Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa
yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa
persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan dua tahun
(Chua Tee Tee, 1988). Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada sewaktu di
sekolah rendah atau di sekolah menengah. Walau bagaimanapun di kebanyakan sekolah, mereka
menggunakan masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah.

       Murid-murid bermasalah pendengaran di kategorikan sebagai murid berkeperluan khas.
Di Malaysia murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid-
murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka. Mereka
belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan khas, 1997).

       Sebelum    penggunaan     istilah   'bermasalah   pendengaran',   istilah   'pekak',   'cacat
pendengaran', 'tuli' dan 'pekak bisu' sering digunakan kepada kumpulan kanak-kanak ini. Istilah-
istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi oleh masyarakat. Oleh itu,
istilah 'bermasalah pendengaran' diperkenalkan walau bagaimanapun golongan orang dewasa
bermasalah pendengaran masih merujuk diri mereka sebagai 'pekak', pekak bisu' dan 'cacat
pendengaran' kerana ia melambangkan satu identiti kumpulan dan budaya kepada mereka
(Gregory, Silo & Callow 1995).

       Kehilangan pendengaran bukan sahaja diukur mengikut tahap kekuatan bunyi dalam
desibel tetapi juga kekuatan bunyi diambil kira dari tahap frekuesinya. Frekuensi merupakan
kadar getaran gelombang bunyi yang dihasilkan dan kadar getaran gelombang bunyi ini diukur
dalam ukuran Hertz (Williams 1991 dalam Safani Bari, 1993). Hallahan dan Kaufman (1991)
mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat
mendengar pada satu-satu tahap intensiti (kekuatan bunyi). Sensitiviti pendengaran adalah diukur
di dalam unit desibel. Nilai 10 dB ialah kekuatan bunyi yang amat perlahan dapat dikesan oleh
pendengaran orang yang mempunyai pendengaran normal.
P a g e | 16


3.2.1   PENGAJARAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah komunikasi, sosial
serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin Ebin (1997), kanak-kanak
bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat
daripada tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain
dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain. Ramai orang
beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak mendengar langsung dan mereka
hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana
kanak-kanak bermasalah pendengaran atau pekak masih mempunyai sisa pendengaran. Mischook
dan Cole (1986) menegaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak
pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka masih mempunyai sisa pendengaran.                     Walau
bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak mampu untuk membolehkan mereka mendengar
dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja.

        Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-
sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru
diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa
memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk
memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara.
Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman
murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan
bunyi lain. Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan
kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk
mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan
pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
P a g e | 17


4.0    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Integrasi adalah terminologi yang digunakan untuk menerangkan cara menempatkan pelajar-
pelajar atau kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa untuk belajar bersama-
sama dengan rakan sebaya.
       Dalam situasi pendidikan, Integrasi dijelaskan sebagai satu cara yang perlu dilakukan
dengan berhati-hati untuk menyatupadukan pelajar-pelajar berkeperluan khas ke dalam situasi
sekolah biasa dengan bantuan khidmat sokongan yang sesuai dan perancangan yang teliti. Pada
dasarnya, Integrasi hendaklah menghasilkan murid-murid biasa dengan murid-murid
berkeperluan khas ke arah situasi yang mewujudkan perkongsian dalam penggunaan sumber dan
peluang-peluang untuk belajar sepenuh masa.
       Integrasi dalam pendidikan juga membawa erti yang sama seperti “Normalization” atau
kelaziman hidup harian sebagai satu prinsip. Untuk melakukan kelaziman ini, pelbagai
kemudahan perlu disediakan supaya mereka yang berkeperluan khas dapat hidup sebagaimana
mereka yang normal. “Normalization” menekankan hak setiap individu yang cacat untuk
mencorakkan keadaan hidupnya sendiri sebagaimana atau sedekat mungkin kepada cara hidup
mereka yang normal di dalam masyarakat setiap hari.
       Integrasi melibatkan semua kanak-kanak berkeperluan khas. Ini termasuklah mereka
yang bermasalah deria; kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal; kanak-kanak yang
bermasalah dalam pembelajaran; mereka yang kini ditempatkan di sekolah-sekolah khas atau di
kelas-kelas khas dan juga kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan dan tidak diterima
oleh system pendidikan di masa kini. Integrasi tidak bermaksud murid-murid berkeperluan khas
boleh ditempatkan di kelas-kelas biasa secara automatik. Tahap “integrasi” bagi setiap murid di
dalam kelas-kelas biasa hendaklah ditentukan dari hasil perbincangan bersama oleh Pengarah
Sekolah, Guru Besar, Ibubapa, Murid dan pakar penilai serta penasihat seperti ahli Psikologi
Pendidikan dan lain-lain kepakaran jika diperlukan.
       Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas
Percantuman. Program ini adalah satu program yang menempatkan murid khas di kelas khas di
dalam sebuah sekolah biasa. Pentadbiran program ini adalah di bawah pentadbiran sekolah.
Walau bagaimanapun seorang penyelaras program yang bertindak sebagai ketua dilantik bagi
mengendalikan program ini.
P a g e | 18


       Terdapat tiga kategori Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu Program Pendidikan
Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Walaupun
harapan kerajaan semasa mewujudkan program integrasi ini adalah untuk mengintegrasikan
murid khas dan murid normal, namun Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004)
mendapati integrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal pada tahap yang rendah
atau minima. Manakala peluang bagi mereka bersama semasa di luar bilik darjah adalah terhad
dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah kurang memberi tumpuan kepada murid khas.
       Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Pendidikan
Khas     Bermasalah     Pembelajaran     diwujudkan      berdasarkan     kepada     keputusan
perbincanganJawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor &
Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK(L) Jalan Batu
1, Kuala Lumpur ( dua kelas dengan dua puluh orang murid, tiga orang guru terlatih). Jabatan
Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam,
Selangor.


5.0    PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada
murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid
normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan. 1996). Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan
ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah
tertentu sahaja.


       Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh
diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet
(1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah
penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak
memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada
tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul
P a g e | 19


pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun
1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif
bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar
bersama-sama dengan murid-murid biasa.
       Pada tahun 1962, dua buah kelas percantuman telah ditubuhkan di sebuah sekolah biasa
iaitu di Sekolah Rendah Inggeris, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur yang mengandungi 41 orang
murid-murid. Murid-muridnya telah mengikuti matapelajaran di sekolah rendah, kecuali
matapelajran Agama Islam, kerana tiada guru yang terlatih dalam bidang ini. Murid-murid
bermasalah pendengran di sekolah tersebut telah menduduki peperiksaan Darjah Tiga dan
peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Sesudah tamat pelajaran di sekolah rendah,mereka yang
berkeupayaan telah di berikan peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah Kanak-kanak Pekak
Persekutuan di Pulau Pinang. Dengan ini timbul masalah kekurangan tempat untuk mereka yang
tidak dapat ditempatkan di Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan untuk melanjutkan
pelajaran mereka
       Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh
diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet
(1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah
penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak
memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada
tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul
pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun
1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif
bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar
bersama-sama dengan murid-murid biasa.
       Sebagaimana yang diketahui dan sejarah Pendidikan Awal Tanah Melayu, Sekolah
Menengah St.John atau pada awalnya dikenali dengan nama St. John Institution merupakan
antara sekolah- sekolah terawal yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada 18hb Januari
P a g e | 20


1904. Sekolah ini dianggap istimewa, bukan sahaja dari segi lokasinya, mahu pun kecantikan
bangunan sejarahnya serta nilai estetikanya tetapi ada suatu keunikan yang menjadi kebanggaan
warga sekolah ini. Ianya ialah dengan kehadiran pelajar- pelajar masalah penglihatan sama ada
yang buta sepenuhnya (total blindness) atau pun yang rabun (low vision) yang telah diberi
peluang pelajar bersama- sama dengan pelajar- pelajar yang berpenglihatan normal di dalam
kelas yang sama. Hadirnya mereka disini adalah dengan kesedaran pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia yang begitu prihatin terhadap mereka dengan memeberi peluang kepada mereka belajar
seiring dengan pelajar- pelajar biasa melalui satu program isitmewa yang dipanggil pendidikan
inklusif

       Pendidikan inklusif bagi murid –murid masalah penglihatan telah dimulakan pada tahun
1962 di Malaysia dan sekali lagi Sekolah Menengah St. John merupakan sekolah yang terawal
menerima pelajar- pelajar masalah penglihatan secara integrasi atau pencantuman. Lebih jelas
dikatakan disini bahawa sekolah inilah yang telah mula- mula menerima pelajar- pelajar masalah
penglihatan belajar bersama-sama pelajar-pelajar yang berpenglihatan normal. Semuanya ini
bermula pada tahun 1966 apabila secara rasminya sekolah St. John mencipta sejarah dalam
program Pendidikan Inklusif ini dan sejak tahun itu, program ini telah berjalan dengan lancarnya
sehingga ke hari ini iaitu tahun 2010.

       Di sepanjang 44 tahun (1966- 2010) program ini telah menempatkan pelajar- pelajar
bermasalah penglihatan belajar bersama –sama pelajar –pelajar berpenglihatan normal di
Sekolah Menengah St. John telah melihatkan begitu banyak pencapaian dan kejayaan – kejayaan
yang mampu dicapai oleh mereka yang kurang bernasib baik ini. Malahan ketika di dalam kelas
bersama- sama pelajar – pelajar yang mempunyai pancaindera yang cukup lengkap, kepintaran
dan kepandaian mereka adakalanya melebihi dan mengatasi mereka yang normal tersebut.

       Dan semenjak keputusan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar- pelajar masalah
penglihatan diinklusifkan dengan pelajar- pelajar biasa SM St.John pada tahun 1966, kebanggaan
dan kegemilangan menjadi tunggak kecemerlangan sekolah ini. Apa tidaknya SETIAP TAHUN
ada sahaja pelajar- pelajar masalah penglihatan SM St. John yang berjaya menjejakkan kaki ke
universiti tempatan mahupun universiti luar negeri. Malah kecemerlangan dan prestasi pelajar-
P a g e | 21


pelajar yang tidak mempunyai pancaindera penglihatan ini ada kalanya jauh lebih baik daripada
pelajar- pelajar yang dikurniakan penglihatan yang normal.

       Tidak sia- sia keputusan Kementerian Pelajaran yang menggalakkan dan memberi
peluang kepada pelajar- pelajar buta dan rabun ini belajar seiring dengan pelajar- pelajar biasa
melalui program inklusif, integrasi atau juga dinamakan program percantuman kerana ternyata
semenjak program ini diwujudkan terutamanya pelajar- pelajar Tingkatan 6, telah menghasilkan
graduan- graduan dari Universiti Malaya yang begitu ramai. Malahan mereka yang tidak ke
universiti juga berjaya dalam hidup.




6.0    PENUTUP

Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid
berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem
pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh
negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang
diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak
berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan
‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia.
       Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara
penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Untuk menjana suasana
pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting.
Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang
rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah
konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan
dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan (rejection) daripada ibu bapa atau keluarga
kerana kecacatan atau déficit yang ada dan kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau
masyarakat menyebabkan murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid
P a g e | 22


berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah
perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Guru perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk
berubah.

       Kesimpulannya, meskipun perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula agak
lambat berbanding negara-negara lain, namun dengan adanya pendedahandan maklumat
mengenai program yang dijalankan di setiap negara, kita dapat membuat rujukan dan penilaian
sejauh mana kepentingan pendidikan khas di Negara kita bagi membantu mereka yang kurang
upaya. Malah, dengan tergubalnya Public Law dan IDEA yang membantu setiap negara dalam
membentuk program pendidikan khas, nasib mereka yang bekeperluan khas terjamin dalam
menikmati pendidikandan kehidupan yang sempurna seperti masyarakat umum.
P a g e | 23


BIBLIOGRAFI




Haniz Ibrahim (1998). Inclusive education in Malaysia: Teachers’ attitude to change. PhD
   thesis. University of Exerter.

Hebert Crossman. (1995).Special Education in a Diverse Society. A. Simon     and   Schuster
    Company

K.A.Razhiyah (2005). Menjadi guru pendidikan khas. PTS Professional   Publishing Sdn. Bhd.
   Kuala Lumpur.

Marilyn Friend. (2005).Special education, contemporary perspectived for school profesional.
    Pearson Education Inc

Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan
     keberkesanan program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding Seminar
     Kajian     Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua. m.s 83-86.

Supiah Saad (2003). Malaysian preschool children with ADHD in inclusive settings. PhD
      thesis. University of Warwick. Unprinted

More Related Content

What's hot

Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerardiya_izwani
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Jurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajarJurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajarKhairul Aswad
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106sk zainab 2
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)norlidahashim
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacafiro HAR
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosialcikgutika
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 

What's hot (20)

Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinner
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Jurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajarJurnal review kepelbagaian pelajar
Jurnal review kepelbagaian pelajar
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Kognitif
KognitifKognitif
Kognitif
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 
Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 

Viewers also liked

My Community Mall
My Community MallMy Community Mall
My Community MallNazri Sahat
 
Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Agenda Tempatan 21 SEGAMATAgenda Tempatan 21 SEGAMAT
Agenda Tempatan 21 SEGAMATamirul yazid
 
Rehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam KomunitiRehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam KomunitiMuhammad Nasrullah
 
Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor setar (1)
Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor  setar (1)Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor  setar (1)
Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor setar (1)amirul yazid
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanUNie ONie
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 

Viewers also liked (6)

My Community Mall
My Community MallMy Community Mall
My Community Mall
 
Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Agenda Tempatan 21 SEGAMATAgenda Tempatan 21 SEGAMAT
Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
 
Rehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam KomunitiRehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
 
Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor setar (1)
Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor  setar (1)Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor  setar (1)
Inisiatif kearah membentuk pembangunan mapan bandar alor setar (1)
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 

Similar to D20102043020

08 isi pelajaran
08 isi pelajaran08 isi pelajaran
08 isi pelajaranNajwa Aqua
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaMaszenah Alan
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxdavendran1
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)farhana90226
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayaDaniel Hilmi
 
E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaAnne Sudki
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1Mohd Zaidi
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdfasa uj
 
Program inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysiaProgram inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysiaRekha Mariappan
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4Rainne Lee
 

Similar to D20102043020 (20)

08 isi pelajaran
08 isi pelajaran08 isi pelajaran
08 isi pelajaran
 
7 9
7 97 9
7 9
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysia
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upaya
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerja
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdf
 
Program inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysiaProgram inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysia
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
Definisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khasDefinisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khas
 

D20102043020

  • 1. PEMARKAHAN 1. TUGASAN 1 2. E FORUM JUMLAH KBK3033 : DASAR DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS TAJUK: TUGASAN 1 Huraikan mengenai perkembangan pendidikan khas di Malaysia dengan mengambil kira sekolah pendidikan khas, program integrasi dan program pendidikan inklusif KUMPULAN :UPSI04 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO ID NO TELEFON JUNAIDA BINTI RAMLI D20102043020 013-6356353 Nama Pensyarah: Dr. Noor Aini binti Ahmad Tarikh Serah: 15 APRIL 2012 ISI KANDUNGAN
  • 2. P age |2 BIL TAJUK HALAMAN 1. Pendahuluan 3 2. Perkembangan Pendidikan di Malaysia 4 2.1 Peristiwa penting yang mempengaruhi Perkembangan 6 Pendidikan di Malaysia 3. Sekolah Pendidikan Khas 8 3.1 Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan 9 3.1.1 Pengajaran Kanak-kanak Bermasalah 10 Penglihatan 3.2 Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran 12 3.1.1 Pengajaran Kanak-kanak Bermasalah 16 Pendengaran 4. Program Pendidikan Khas Integrasi 17 5. Program Pendidikan Inklusif 18 6. Penutup 21 7. Bibliografi 23
  • 3. P age |3 1.0 PENDAHULUAN Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Konsep tersebut tidak merangkumi sebahagian kecil kanak-kanak berkeperluan khas). Definisi yang diguna pakai oleh agensi antarabangsa yang terlibat dengan kepentingan kanak-kanak berkeperluan khas adalah lebih luas, misalnya skop definisi ketidakupayaan yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merangkumi 3 aspek iaitu impairment, disabilities dan handicap. Hallahan dan Kauffman (2000) pula mendefinisikan kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dengan lebih menyeluruh iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah emosi atau tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisma, pintar cerdas/berbakat dan juga masalah kognitif. Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggariskan tanggungjawab Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Individu yang dikenal pasti oleh pengamal perubatan bertauliah sebagai ‘mengalami kecacatan yang boleh mengganggu proses pembelajaran di kelas normal’ kerana masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran adalah di kategori sebagai murid pendidikan khas. Bab 8 dalam Akta tersebut menyebut: ‘Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan sesuai dan bermanfaat oleh Menteri Pendidikan’. Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang mempunyai kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retadation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioval disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder),
  • 4. P age |4 hilang pendengaran (hearingloss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindness or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness) Di Malaysia, Pendidikan Khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran. Manakala pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan. Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3 (2) yang menjelaskan “Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat” 2.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Pada zaman dahulu, secara amnya sebelum merdeka, ibu bapa amat malu untuk menunjukkan anak-anak yang istimewa kepada masyarakat. Seperti masyarakat barat, masyarakat Melayu pada ketika itu mempunyai kepecayaan yang sama, iaitu anak yang istimewa ini mempunyai sial. Selain itu masyarakat Melayu juga mengatakan kanak-kanak autisme mempunyai kembar di alam ghaib kerana memang kanak-kanak autisme ini suka bercakap seorang diri. Selain itu anak-
  • 5. P age |5 anak istimewa ini kebiasaanya tidak dibenarkan keluar rumah kerana dikhuatiri akan memalukan keluarga dan kebiasaanya mereka akan dikurung di bilik yang berasingan. Begitulah serba sedikit latar belakang atau pandangan masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia amnya terhadap anak-anak istimewa ini pada zaman sebelum merdeka khususnya. Pendidikan Khas di Malaysia bermula agak lewat berbanding dengan masyarakat di luar negara. Ini mungkin kerana kurangnya pendedahan atau tidak ada satu perlembagaan seperti Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142 yang lebih tersusun membela masyarakat istimewa ini. Namun begitu, sebenarnya perkembangan pendidikan khas di negara ini bermula sejak tahun tahun 1920an dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Sebagai contoh untuk masalah penglihatan, sukarelawan- sukarelawan telah membuka Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926 dan untuk masalah pendengaran pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam di Pulau Pinang dan pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah) di Tanjong Bunga, Pulau Pinang pada tahun 19 54. Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli perubatan. Walau bagaimanapun, di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khas didorong oleh kemunculan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi. Pendidikan khas formal di Malaysia bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954, Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan alan Batu, Kuala Lumpur. Dapat dilihat bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia adalah bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak dan bermasalah pembelajaran. Sebelum 1995, Pendidikan Khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas Negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas telah dinaik taraf kepada
  • 6. P age |6 Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawab seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat, Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan khas ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan beekeperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas, menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini serta memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. 2.1 PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA. Di dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) ada menegaskan hak bagi setiap individu untuk mendapakan pendidikan. Seterusnya perkara ini ditegaskan semula dalam ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan mengenai keperluan- keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu di ambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan adalah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa ‘Sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid kurang upaya’
  • 7. P age |7 Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Perakuan ini menyatakan bahwa dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap perdidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa itu. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan pertubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenani kanak-kanak kurang upaya. Kementerian- kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya Jawatankuasa ini menetapkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Seterusnya Kementerian Kebajikan Masyarakat adalah bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya, fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Manakala Kementerian Kesihatan adalah bertanggungjawab untuk mengenalpasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Kementerian Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukkan kuasa menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peratura-peraturan menetapkan tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas, kurikulum ynag hendak digunakan berhubungan dengan pendidikan khas,
  • 8. P age |8 kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi murid dalam setiap kategori sekolah khas dan apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu . Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suai manfaat. 3.0 SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Sekolah pendidikan khas merupakan sekolah-sekolah yang mempunyai kelas murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Pada peringkat awalnya, penubuhan sekolah pendidikan khas hanya memberi khidmat kepada mereka yang bermasalah penglihatan di Sekolah Rendah Pendidikan Khas St. Nicholas di Pulau Pinang dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Puteri Elizabeth di Johor Bahru, manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang, untuk masalah pembelajaran. Pada awal pembukaannya, sekolah-sekolah ini adalah sekolah bukan kerajaan Kemudiannya sekolah-sekolah ini ditukar kepada Sekolah Pendidikan Khas Separa Bantuan. Walau bagaimanapun pada hari ini sekolah-sekolah ini ditukar statusnya menjadi sekolah-sekolah pendidikan khas Bantuan Penuh. Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan ditubuhkan bagi menguruskan Pendidikan Khas pada tahun 1964. Unit Pendidikan Khas diletakkan di bawah pengurusan Bhagian Sekolah. Beberapa Perakuan Kabinet iaiatu Perakuan 169,170,171,172 dan 173 diterbitkan. Sehubungan dengan itu beberapa perubahanberlaku bagi membantu memaju dan meluaskan skop program dan aktiviti pendidikan khas. Perakuan Kabinet ini antaranya melibatkan langkah mengambil alih tanggungjawab pendidikan kanak-kanak dengan keperluan khas. Walau bagaimanapun, kerjasama yang erat dengan badan bukan kerajaan hendaklah diteruskan. Selain itu pengambilan kanak-kanak dengan keperluan khas pada umur yang lebih awal bagi mengatasi masalah bahasa dan komunikasi. Kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang lebih baik kepada kanak-kanak yang bermasalah penglihatan khususnya keperluan buku
  • 9. P age |9 teks Braille dan diwujudkan unit bergerak bagi menyenggara peralatan khas keperluan kanak- kanak bermasalah pendengaran Pada tahun 1984, Unit Percetakan dan Penerbitan Braille telah ditubuhkan. Unit ini bertanggungjawab menyediakan buku-buku teks Braille bagi pelajar yang bermasalah penglihatan. Ia juga menyedia dan menawarkan lain-lain perkhidmatan berkaitan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Perkembangan ini adalah tindakan susulan kepada Perakuan Kabinet 173. Tahun 1989 Program Pendidikan Bermasalah Pembelajaran dimulakan dengan rasminya di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan. Di bawah program pendidikan khas, dalam tahun-tahun akhir 1980-an, beberapa buah sekolah Pendidikan Khas diwujudkan. Selain dua buah Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan dua buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas, 27 buah Sekolah Pendidikan Khas lagi diwujudkan. Daripada 27 buag sekolah ini, 26 buah adalah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Sekolah menengah yang dimaksudkan adalah Sekolah Menengah Khas Vokasional Bermasalah Pendengaran, Shah Alam, Selangor. 3.1 SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di Malaysia merupakan sebuah institusi pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan adalah kanak-kanak yang tidak berupaya melihat. Menurut Heward (1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah. Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca. Oleh kerana masalah penglihatan dianggap sebagai masalah utama yang memberi kesan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak, maka sekolah Pendidikan Khas dibina bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan agar mereka boleh belajar dan menjalani kehidupan seperti individu lain.
  • 10. P a g e | 10 Bermula pada tahun 1926, Sekolah Randah Pendidikan Khas St Nicholas telah dibuka di Gereja Anglican di Melaka. Kemudian pada tahun 1931, sekolah ini dipindahkan ke Pulau Pinang. Selepas itu Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth telah dibuka secara rasminya pada tahun 1948 dengan kemudahan asrama di Johor Bahru. Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan telah dibuka di Setapak pada tahun 1977 dan pada tahun 1978 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sekolah bantuan penuh. Terdapat 5 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah untuk pelajar-pelajar bermasalah penglihatan (setakat tahun 2011). Sekolah-sekolah tersebut adalah SekolahKebangsaan Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu, Kualal Lumpur, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Sabah dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Terdapat asrama bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah bagi yang bermasalah penglihatan . 3.1.1 PENGAJARAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN Kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan ialah apabila penglihatan mereka menggangganggu keupayaan belajar. Kanak-kanak yang terganggu penglihatannya sukar meneroka persekitaran dan lembab dalam perkembangan kogmitifnya. Oleh itu mereka perlu bantuan dan bimbingan dari segi orientasi dan mobiliti. Bahan-bahan yang digunakan perlu sesuai dan dapat menggalakkan penggunaan deria lain. Kanak-kanak tanpa penglihatan terpaksa bergantung kepada deria lain bagi mengumpul maklumat seperti deria dengar dan deria sentuh. Mereka mesti diajar menggunakan deria-deria pendengaran, deria sentuh, deria baud an deria rasa. Melalui sentuhan kanak-kanak dapat belajar mengenai objek manakala melaui pendengaran kanak-kanak dapat mengenal orang melalui suara dan objek serta bunyi yang dihasilkan. Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria seperti deria sentuh, pendengaran, bau dan rasa
  • 11. P a g e | 11 Melaui deria sentuh guru boleh pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda- benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman Melaui deria sentuh pula guru boleh bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.Guru juga boleh menggalakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Di samping itu elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan bercakap terus kepada kanak-kanak. Guru juga boleh pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain. Ibu bapa juga boleh menggalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop. Apabila berhadapan dengan murid bermasalah penglihatan, nyatakan kepada kelas kehadiran anda atau orang lain. Kemudian panggil murid tersebut dengan menyebut namanya. Murid yang bermasalah penglihatan perlu dijauhkan daripada cahaya yang silau dan gunakan
  • 12. P a g e | 12 perkataan yang sesuai dan spesifik apabila mengaitkannya dengan orientasi badan murid. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria penglihatan yang dijalankan perlu diterangkan kepadanya dengan jelas dan beri peluang kepadanya untukmembiasakan diri dengan keadaan di kelas ataupun tempat lain yang berkaitan. Selain itu, sebarang perubahan di sekelilingnya perlu diberitahu secara lisan. Walaupun murid tersebut dapat mengcam guru atau orang lain melalui suara, tetapi galakkan untuk memperkenalkan diri apabila berurusan dengan mereka. 3.2 SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENDENGARAN Dalam kontek Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran, menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidak bolehan .Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan, pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawan dan kebolehan penglihatan. Nasib kanak-kanak cacat pendengaran di tanah air kita mula berubah pada tahun 1952 kerana inisiatif seorang pakar kesihatan kanak-kanak pada masa itu, Dr. C. Elaine Field. Semasa menjalani rawatan untuk kanak-kanak, Dr. Field berjumpa dengan beberapa orang kanak-kanak cacat pendengaran dan mendapati tiada program pemulihan untuk mereka, sedangkan kanak- kanak cacat penglihatan mempunyai sekolah pendidikan khas, iaitu Sekolah St. Nicholas yang telah diasaskan pada tahun 1928. Di atas kesedaran inilah, maka Dr. Field berasa bahawa sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak cacat pendengaran juga patut ditubuhkan. Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas amnya kanak-kanak bermasalah pendengaran agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan
  • 13. P a g e | 13 diri dalam masyarakat.Menurut Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Faridah Serajul Haq, berkata isu penting adalah setakat mana pendidikan dan perkhidmatan khas memberi peluang pelajar bermasalah pendengaran mendapat peluang pekerjaan, latihan vokasional dan juga melanjutkan pelajaran. Pendidikan adalah proses pembelajaran dan pengubahsuaian yang diakibatkan oleh sistem sekolah dan pengalaman lain yang berkaitan manakala sistem pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dalam pengajaran yang direkacipta untuk pelajar yang mempunyai ciri-ciri keperluan pembelajaran yang unik. Kewujudan sistem pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran membuktikan masyarakat mengakui wujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas untuk belajar. Justeru itu, pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan bermasalah pendengaran adalah sebahagian daripada perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Menurut Jamila K.A. Mohamed (2006) murid-murid ini diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid ini mampu memperolehi pencapaian yang optimum. Murid pendidikan khas bagi masalah pendengaran ini menjalankan aktiviti yang telah diubahsuai kandungan kurikulum di mana, aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa lisan diubahsuai kepada penggunaan komunikasi keseluruhan yang menggabungkan lisan, isyarat, gerak badan dan mimik muka. Program yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Khas di Malaysia adalah berdasarkan kepada Akta Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Melalui program ini, murid-murid bermasalah pendengaran dilatih dari segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program ini disediakan iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa ( integrasi). Sistem pendidikan khas telah mengambil beberapa pendekatan awal untuk murid-murid sebelum masuk ke alam persekoahan. Apa yang kita ketahui, masalah pendengaran adalah kecacatan yang tersembunyi kerana keadaannya yang tidak ketara. Pengesanan awal bagi murid-murid bermasalah pendengaran adalah penting untuk mengelakkan timbulnya pelbagai kesan sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif yang akan mengakibatkan murid-murid gagal dalam akademik. Menurut Lokman Saim (2004) Jawatankuasa bersama Organisasi Kesihatan Sedunia menetapkan pada tahun 1982, kanak-kanak
  • 14. P a g e | 14 bermasalah pendengaran perlu dikesan pada umur tiga bulan dan mula diberi tindakan pada umur enam bulan. Pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang (Salena Yahya, 1989). Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid- murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Salena Yahya, 1989). Kemudian di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan diikuti Kota Bahru, Melaka sehingga semua negeri dalam Malaysia. Pada tahun 1984, 49 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah telah disediakan. Bilangan sekolah khas ialah 318 buah dan bilangan kelas percantuman ialah 1552 buah serta bilangan guru ialah 242 orang. Dalam system pendidikan dulu, sistem lisan, pertuturan, pendengaran dan bacaan bibir telah disediakan kerana mengikuti sistem pendidikan British dan digunakan di semua negara. Komunikasi seluruh (TC) seperti lisan, pertuturan, bacaan bibir dan kod tangan telah diwujudkan kerana mempertingkatkan perolehan bahasa melalui komponen kegunaan tangan. Pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran hampir sama dengan pendidikan murid biasa di Malaysia. Murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah pendengaran di tempatkan di sekolah-sekolah yang menyediakan program pendidikan khas. Sehingga kini terdapat 41 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah program percantuman, 24 buah sekolah rendah pendidikan khas dan 2 buah sekolah menengah pendidikan khas untuk murid- murid bermasalah pendengaran di seluruh negara. Bilangan murid yang terlibat ialah seramai 2161 orang murid di sekolah rendah dan 1488 orang murid di sekolah menengah (Jabatan Pendidikan Khas, 2002).
  • 15. P a g e | 15 Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan dua tahun (Chua Tee Tee, 1988). Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada sewaktu di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Walau bagaimanapun di kebanyakan sekolah, mereka menggunakan masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah. Murid-murid bermasalah pendengaran di kategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid- murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka. Mereka belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan khas, 1997). Sebelum penggunaan istilah 'bermasalah pendengaran', istilah 'pekak', 'cacat pendengaran', 'tuli' dan 'pekak bisu' sering digunakan kepada kumpulan kanak-kanak ini. Istilah- istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi oleh masyarakat. Oleh itu, istilah 'bermasalah pendengaran' diperkenalkan walau bagaimanapun golongan orang dewasa bermasalah pendengaran masih merujuk diri mereka sebagai 'pekak', pekak bisu' dan 'cacat pendengaran' kerana ia melambangkan satu identiti kumpulan dan budaya kepada mereka (Gregory, Silo & Callow 1995). Kehilangan pendengaran bukan sahaja diukur mengikut tahap kekuatan bunyi dalam desibel tetapi juga kekuatan bunyi diambil kira dari tahap frekuesinya. Frekuensi merupakan kadar getaran gelombang bunyi yang dihasilkan dan kadar getaran gelombang bunyi ini diukur dalam ukuran Hertz (Williams 1991 dalam Safani Bari, 1993). Hallahan dan Kaufman (1991) mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu-satu tahap intensiti (kekuatan bunyi). Sensitiviti pendengaran adalah diukur di dalam unit desibel. Nilai 10 dB ialah kekuatan bunyi yang amat perlahan dapat dikesan oleh pendengaran orang yang mempunyai pendengaran normal.
  • 16. P a g e | 16 3.2.1 PENGAJARAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin Ebin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain. Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak mendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalah pendengaran atau pekak masih mempunyai sisa pendengaran. Mischook dan Cole (1986) menegaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka masih mempunyai sisa pendengaran. Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak mampu untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja. Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah- sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
  • 17. P a g e | 17 4.0 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI Integrasi adalah terminologi yang digunakan untuk menerangkan cara menempatkan pelajar- pelajar atau kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa untuk belajar bersama- sama dengan rakan sebaya. Dalam situasi pendidikan, Integrasi dijelaskan sebagai satu cara yang perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk menyatupadukan pelajar-pelajar berkeperluan khas ke dalam situasi sekolah biasa dengan bantuan khidmat sokongan yang sesuai dan perancangan yang teliti. Pada dasarnya, Integrasi hendaklah menghasilkan murid-murid biasa dengan murid-murid berkeperluan khas ke arah situasi yang mewujudkan perkongsian dalam penggunaan sumber dan peluang-peluang untuk belajar sepenuh masa. Integrasi dalam pendidikan juga membawa erti yang sama seperti “Normalization” atau kelaziman hidup harian sebagai satu prinsip. Untuk melakukan kelaziman ini, pelbagai kemudahan perlu disediakan supaya mereka yang berkeperluan khas dapat hidup sebagaimana mereka yang normal. “Normalization” menekankan hak setiap individu yang cacat untuk mencorakkan keadaan hidupnya sendiri sebagaimana atau sedekat mungkin kepada cara hidup mereka yang normal di dalam masyarakat setiap hari. Integrasi melibatkan semua kanak-kanak berkeperluan khas. Ini termasuklah mereka yang bermasalah deria; kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal; kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran; mereka yang kini ditempatkan di sekolah-sekolah khas atau di kelas-kelas khas dan juga kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan dan tidak diterima oleh system pendidikan di masa kini. Integrasi tidak bermaksud murid-murid berkeperluan khas boleh ditempatkan di kelas-kelas biasa secara automatik. Tahap “integrasi” bagi setiap murid di dalam kelas-kelas biasa hendaklah ditentukan dari hasil perbincangan bersama oleh Pengarah Sekolah, Guru Besar, Ibubapa, Murid dan pakar penilai serta penasihat seperti ahli Psikologi Pendidikan dan lain-lain kepakaran jika diperlukan. Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini adalah satu program yang menempatkan murid khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa. Pentadbiran program ini adalah di bawah pentadbiran sekolah. Walau bagaimanapun seorang penyelaras program yang bertindak sebagai ketua dilantik bagi mengendalikan program ini.
  • 18. P a g e | 18 Terdapat tiga kategori Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan program integrasi ini adalah untuk mengintegrasikan murid khas dan murid normal, namun Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati integrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal pada tahap yang rendah atau minima. Manakala peluang bagi mereka bersama semasa di luar bilik darjah adalah terhad dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah kurang memberi tumpuan kepada murid khas. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincanganJawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK(L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur ( dua kelas dengan dua puluh orang murid, tiga orang guru terlatih). Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 5.0 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996). Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul
  • 19. P a g e | 19 pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Pada tahun 1962, dua buah kelas percantuman telah ditubuhkan di sebuah sekolah biasa iaitu di Sekolah Rendah Inggeris, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur yang mengandungi 41 orang murid-murid. Murid-muridnya telah mengikuti matapelajaran di sekolah rendah, kecuali matapelajran Agama Islam, kerana tiada guru yang terlatih dalam bidang ini. Murid-murid bermasalah pendengran di sekolah tersebut telah menduduki peperiksaan Darjah Tiga dan peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Sesudah tamat pelajaran di sekolah rendah,mereka yang berkeupayaan telah di berikan peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang. Dengan ini timbul masalah kekurangan tempat untuk mereka yang tidak dapat ditempatkan di Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran mereka Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Sebagaimana yang diketahui dan sejarah Pendidikan Awal Tanah Melayu, Sekolah Menengah St.John atau pada awalnya dikenali dengan nama St. John Institution merupakan antara sekolah- sekolah terawal yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada 18hb Januari
  • 20. P a g e | 20 1904. Sekolah ini dianggap istimewa, bukan sahaja dari segi lokasinya, mahu pun kecantikan bangunan sejarahnya serta nilai estetikanya tetapi ada suatu keunikan yang menjadi kebanggaan warga sekolah ini. Ianya ialah dengan kehadiran pelajar- pelajar masalah penglihatan sama ada yang buta sepenuhnya (total blindness) atau pun yang rabun (low vision) yang telah diberi peluang pelajar bersama- sama dengan pelajar- pelajar yang berpenglihatan normal di dalam kelas yang sama. Hadirnya mereka disini adalah dengan kesedaran pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang begitu prihatin terhadap mereka dengan memeberi peluang kepada mereka belajar seiring dengan pelajar- pelajar biasa melalui satu program isitmewa yang dipanggil pendidikan inklusif Pendidikan inklusif bagi murid –murid masalah penglihatan telah dimulakan pada tahun 1962 di Malaysia dan sekali lagi Sekolah Menengah St. John merupakan sekolah yang terawal menerima pelajar- pelajar masalah penglihatan secara integrasi atau pencantuman. Lebih jelas dikatakan disini bahawa sekolah inilah yang telah mula- mula menerima pelajar- pelajar masalah penglihatan belajar bersama-sama pelajar-pelajar yang berpenglihatan normal. Semuanya ini bermula pada tahun 1966 apabila secara rasminya sekolah St. John mencipta sejarah dalam program Pendidikan Inklusif ini dan sejak tahun itu, program ini telah berjalan dengan lancarnya sehingga ke hari ini iaitu tahun 2010. Di sepanjang 44 tahun (1966- 2010) program ini telah menempatkan pelajar- pelajar bermasalah penglihatan belajar bersama –sama pelajar –pelajar berpenglihatan normal di Sekolah Menengah St. John telah melihatkan begitu banyak pencapaian dan kejayaan – kejayaan yang mampu dicapai oleh mereka yang kurang bernasib baik ini. Malahan ketika di dalam kelas bersama- sama pelajar – pelajar yang mempunyai pancaindera yang cukup lengkap, kepintaran dan kepandaian mereka adakalanya melebihi dan mengatasi mereka yang normal tersebut. Dan semenjak keputusan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar- pelajar masalah penglihatan diinklusifkan dengan pelajar- pelajar biasa SM St.John pada tahun 1966, kebanggaan dan kegemilangan menjadi tunggak kecemerlangan sekolah ini. Apa tidaknya SETIAP TAHUN ada sahaja pelajar- pelajar masalah penglihatan SM St. John yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti tempatan mahupun universiti luar negeri. Malah kecemerlangan dan prestasi pelajar-
  • 21. P a g e | 21 pelajar yang tidak mempunyai pancaindera penglihatan ini ada kalanya jauh lebih baik daripada pelajar- pelajar yang dikurniakan penglihatan yang normal. Tidak sia- sia keputusan Kementerian Pelajaran yang menggalakkan dan memberi peluang kepada pelajar- pelajar buta dan rabun ini belajar seiring dengan pelajar- pelajar biasa melalui program inklusif, integrasi atau juga dinamakan program percantuman kerana ternyata semenjak program ini diwujudkan terutamanya pelajar- pelajar Tingkatan 6, telah menghasilkan graduan- graduan dari Universiti Malaya yang begitu ramai. Malahan mereka yang tidak ke universiti juga berjaya dalam hidup. 6.0 PENUTUP Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan (rejection) daripada ibu bapa atau keluarga kerana kecacatan atau déficit yang ada dan kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau masyarakat menyebabkan murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid
  • 22. P a g e | 22 berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Guru perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk berubah. Kesimpulannya, meskipun perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula agak lambat berbanding negara-negara lain, namun dengan adanya pendedahandan maklumat mengenai program yang dijalankan di setiap negara, kita dapat membuat rujukan dan penilaian sejauh mana kepentingan pendidikan khas di Negara kita bagi membantu mereka yang kurang upaya. Malah, dengan tergubalnya Public Law dan IDEA yang membantu setiap negara dalam membentuk program pendidikan khas, nasib mereka yang bekeperluan khas terjamin dalam menikmati pendidikandan kehidupan yang sempurna seperti masyarakat umum.
  • 23. P a g e | 23 BIBLIOGRAFI Haniz Ibrahim (1998). Inclusive education in Malaysia: Teachers’ attitude to change. PhD thesis. University of Exerter. Hebert Crossman. (1995).Special Education in a Diverse Society. A. Simon and Schuster Company K.A.Razhiyah (2005). Menjadi guru pendidikan khas. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Marilyn Friend. (2005).Special education, contemporary perspectived for school profesional. Pearson Education Inc Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan keberkesanan program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua. m.s 83-86. Supiah Saad (2003). Malaysian preschool children with ADHD in inclusive settings. PhD thesis. University of Warwick. Unprinted