SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 1
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru
apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi
pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau
maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara
khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-
tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira
semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.
Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara,
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating,
obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini
menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam
keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang
pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan
nilai semata-mata.
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 2
Penilaian ialah Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran,
kaedah mengajar dan kurikulum.
Dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui
kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan
balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian
dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan
belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu,
dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan
yang diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri.
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 3
Min
 Min ialah purata sesuatu set data/skor,misalnya markah purata bagi set markah ujian
mingguan.
 Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil,tetapi agak susah dikira bagi
data yang banyak.
 Kita boleh menggunakan komputer untuk mengira min bagi data yang banyak.
 Min adalah satu markah purata yang ditentukan dengan menjumlahkan kesemua skor
murid yang diperoleh dan membahagikan dengan bilangan skor-skor tersebut.
Pengiraan Min bagi pengujian yang telah dilaksanakan terhadap 20 orang murid Tahun 6 Sk.
Kebangsaan Subang Jaya.
39 + 36 + 36 + 36 + 35 +35 +35 +35 +35 + 35 +35 +35 +34 +34 +34 +34 + 33 +33 + 33 + 32
20
694 (jumlah markah) X 100
40
86.75% (A)
 Berdasarkan kepada ujian kriteria yang digunakan, kita boleh menganggap
pencapaian kumpulan ini cemerlang.
Mod
 Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi, misalnya markah yang
pelajar paling ramai memperolehinya.
 Mudah ditentukan sekiranya kita telah menyediakan taburan kekerapan skor/markah
asal terlebih dahulu.
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 4
39, 36, 36, 36, 35, 35, 35, 35, 35, {35, 35,} 35, 34, 34, 34, 34, 33, 33, 33, 32
Mod bagi skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi ialah 35
= {35 + 35}
2
= 70
2
= 35
Mod
 Mod adalah ukuran skor yang paling banyak atau kerap di dalam sesuatu taburan.
 Berdasarkan jadual di bawah , maka mod bagi taburan paling banyak ialah 35
{87.5 %}. Ini boleh dianggapkan sebagai murid berada pada tahap cemerlang. Guru
haruslah memberi latihan pengukuhan kepada murid-murid bagi memestikan
kecemerlangan murid berteusan.
39, 36 ,36 ,36, 35, 35 ,35, 35, 35, 35, 35, 35, 34, 34, 34, 34, 33, 33, 33, 32
Mod = 35
35 x 100 = 87.5 %
2
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 5
ANALISIS SOALAN OBJEKTIF
INDEKS KESUKARAN
Prngiraan indeks kesukaran adalah untuk menunjukkan item itu sama ada terlalu sukar,
sederhana atau terlalu mudah.
Empat bentuk item telah dipilih untuk dianalisis, iaitu indeks kesukaran beraras tinggi,
rendah, positif dan negetif. Di bawah ini adalah item-item yang dipilih.
Indeks Kesukaran Tinggi :
ITEM 16 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 19
20
= 0.95
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 16 adalah soalan yang berbentuk aras tinggi
dengan 19 calon dapat menjawab soalan dengan betul berbanding seorang calon saja gagal
jawab dengan betul.
ITEM 24 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 18
20
= 0.90
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 6
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 24 adalah soalan yang berbentuk aras tinggi
dengan 18 calon dapat menjawab soalan dengan betul berbanding dua orang calon saja jawab
dengan salah
. ITEM 25 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 20
20
= 1.0 ( 100% )
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 25 adalah soalan yang berbentuk aras tinggi
dengan kesemua calon dapat menjawab soalan dengan betul dan tiada seorang pun calon
yang jawab soalan dengan salah.
Indeks Kesukaran Rendah :
ITEM 5 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 9
20
= 0.45
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 5 adalah soalan yang berbentuk aras rendah iaitu
sebanyak 11 calon menjawab soalan dengan salah berbanding 9 calon saja yang dapat jawab
dengan betul. Item atau soalan boleh dianggap beraras rendah kerana jumlah calon yang
jawab dengan salah melebihi separuh iaitu sebanyak 55%
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 7
ITEM 12 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 5
20
= 0.25
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 12 adalah soalan yang berbentuk aras rendah iaitu
sebanyak 15 calon menjawab soalan dengan salah, iaitu sebanyak 75% berbanding hanya
25% calon saja yang dapat jawab dengan betul.
ITEM 34 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 4
20
= 0.8
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 34 adalah soalan yang berbentuk aras rendah iaitu
sebanyak 16 calon menjawab soalan dengan salah berbanding 4 calon saja yang dapat jawab
dengan betul. Item atau soalan dianggap beraras rendah kerana jumlah calon yang jawab
dengan salah melebihi separuh daripada jumlah murid iaitu sebanyak 80%
Indeks Kesukaran Positif :
ITEM 2 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 17
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 8
20
= 0.85
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 2 adalah soalan yang berbentuk aras positif
dengan 17 calon dapat menjawab soalan dengan betul daripada 20 calon yang ada. Bentuk
soalan sesuai dijawab oleh murid kerana mempunyai aras kesukaran yang rendah dan sesuai
dengan tahap pencapaian murid sekolah.
ITEM 13 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 12
20
= 0.60
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 13 adalah soalan yang berbentuk aras positif
dengan 12 calon menjawab soalan dengan betul daripada 20 calon yang ada. Bentuk soalan
sesuai dijawab oleh murid kerana bilangan calon jawab dengan betul masih melebihi separuh
, iaitu sebanyak 60%
ITEM 30 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 15
20
= 0.75
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 9
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 30 adalah soalan yang berbentuk aras positif
dengan 15 calon menjawab soalan dengan betul daripada 20 calon yang ada. Item soalan
adalah bentuk positif kerana bilangan calon yang jawab dengan betul melebihi calon yang
salah jawab, iaitu sebanyak 75%
Indeks Kesukaran Negatif :
ITEM 12 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 5
20
= 0.25
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 12 adalah soalan yang berbentuk aras negatif
dengan hanya 5 calon saja yang dapat menjawab soalan dengan betul berbanding 15 calon
yang jawab dengan salah. Kebanyakan calon masih tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan. Pencapaian murid untuk item 12 ini sangat rendah yang menunjukkan indeks
kesukaran negatif.
ITEM 15 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 11
20
= 0.55
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 15 adalah soalan masih pada aras negatif dengan
11 calon yang menjawab soalan dengan betul. Hampir separuh calon masih tidak dapat
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 10
menjawab soalan yang diberikan. Pencapaian murid untuk item 15 ini sederhana rendah yang
menunjukkan indeks kesukaran masih dianggap negatif .
ITEM 34 :
Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B )
Jumlah murid mencuba item tersebut ( J )
= 4
20
= 0.20
Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 34 adalah soalan yang berbentuk aras negatif
dengan cuma 4 calon yang menjawab soalan dengan betul berbanding 16 calon yang jawab
dengan salah. Sebanyak 80% calon masih tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.
Pencapaian murid untuk item 34 ini amat rendah yang menunjukkan indeks kesukaran
negatif terhasil. Pengubahsuaian soalan diperlukan untuk item ini agar selaras dengan tahap
pencapaian murid.
INDEKS DISKRIMINASI
Indeks diskriminasi item digunakan selepas sesuatu kriteria ujian diadakan untuk murid-
murid sekolah. Indeks diskriminasi item digunakan bertujuan membezakan murid dalam
kumpulan cerdas dengan murid dalam kumpulan lambat. Perkara ini dapat dirumus dalam
pemgiraan di bawah.
Langkah pengiraan indeks kesukaran daripada calon dalam kumpulan cerdas dan lambat.
BT = jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item dengan betul
BR = jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item dengan betul
J = jumlah calon dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 11
Indeks Diskriminasi ( ID ) = BT - BR
½ J
= 12 – 2
7
= 10
7
= 1.43
INDEKS DISKRIMINASI ITEM
Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah dengan murid
berpencapaian tinggi. Perkara ini dapat dirumuskan dalam jadual di bawah.
Formula Pengiraan :
D = Kt - Kr
D = Indeks diskriminasi item
Kt = Indeks kesukaran item bagi kumpulan berpencapaian tinggi
Kr = Indeks kesukaran item bagi kumpulam berpencapaian rendah
Di bawah ini ialah item diskriminasi yang baik dipilih berdasarkan ujian pemahaman yang
diadakan bagi 20 orang calon.
Jenis Item Nisbah murid menjawab dengan betul item tersebut
Diskriminasi positif Murid berpencapaian tinggi > Murid berpencapaian rendah
Diskriminasi negatif Murid berpencapaian tinggi < Murid berpencapaian rendah
Tiada diskriminasi Murid berpencapaian tinggi = Murid berpencapaian rendah
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 12
Item 16 :
Kt = 19 = 0.95 ( 95% )
20
Kr = 1 = 0.05 ( 5% )
20
D = Kt - Kr = 0.95 – 0.05
= 0.9
 Kesimpulannya item 16 adalah item yang baik dan dapat dijawab hampir semua
murid
Di bawah ini ialah item diskriminasi yang tidak baik dipilih berdasarkan ujian pemahaman
yang diadakan bagi 20 orang calon.
Item 34 :
Kt = 4 = 0.2 ( 20% )
20
Kr = 16 = 0.8 ( 80% )
20
D = Kt - Kr = 0.2 – 0.8
= -0.6
 Kesimpulannya item 34 adalah item yang tidak baik danhanya segelintir murid saja
dapat jawab dengan betul.
Penilaian item berdasarkan indeks diskriminasi ( D ) boleh dirumuskan seperti jadual di
bawah :
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 13
Kesimpulannya. Indeks diskriminasi daripada 20 soalan yang dilakukan, didapati 90% item
soalan menunjukkan keupayaan diskriminasi yang baik dan dapat dijawab oleh kebanyakan
calon serta boleh diterima. Item 12 dan 34 menunjukkan diskriminasi yang negatif dan tidak
baik. Justeru, item tersebut wajar diubah atau dihapuskan sahaja.
Indeks Diskriminasi Penilaian Item
0.80 dan ke atas Sangat baik
0.60 - 0.79 Baik dan boleh diperbaiki
0.30 - 0.59 “ Marginal” perlu dibaiki
0.29 dan ke bawah Lemah dan tidak boleh diterima atau perlu disemak semula
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 14
Set Ujian Pemahaman dan Tatabahasa
Nama : Tarikh : Kelas :
Aktiviti 1 {Soalan 1-6}
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang disediakan.
Kanak-kanak Dua Tahun Maut Dilanggar Bas
Pada 19 Jun yang lalu, saya telah menyaksikan suatu kemalangan jalan telah berlaku
di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.00
petang. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dilanggar oleh sebuah bas sekolah
agama yang dipandu laju di hadapan rumah mereka di Taman Permai Indah. Pada masa itu,
saya berjalan kaki pulang ke rumah setelah tamat menjalani latihan bola keranjang.
Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah meluru keluar dari pagar rumah tanpa
disedari oleh ibunya yang sedang tekun memasak hidangan makan malam di dapur. Ibu
kanak-kanak tersebut tidak menyedari bahawa pintu pagar rumahnya terbuka kerana dia
terlupa untuk menguncinya setelah selesai membuang sampah di dalam tong sampah.
Kanak-kanak dua tahun tersebut mengalami cedera parah akibat rempuhan hadapan
bas sekolah tersebut. Pemandu bas amat terkejut lalu memberhentikan basnya untuk melihat
keadaan kanak-kanak tersebut. Saya turut memberi bantuan kepada pemandu bas tersebut
dengan menghubungi pihak berkuasa dan ambulans untuk memaklumkan hal tersebut kepada
ibunya yang berada di rumah.
Kanak-kanak tersebut segera dikejarkan ke hospital berdekatan. Berdasar daripada
laporan siasatan, pihak polis mengesahkan bahawa punca pemandu tersebut terlanggar kanak-
kanak tersebut disebabkan dahan-dahan pokok yang berjuntai di taman itu menghalang
penglihatannya. Tambahan pula, pihak polis mengesahkan bahawa kerap menerima aduan
daripada penduduk setempat mengatakan kawasan perumahan tersebut ketiadaan bonggol
mengakibatkan punca kemalangan jalan raya.
Setelah mengetahui keadaan kanak-kanak tersebut, saya segera pulang ke rumah.
Setiba di rumah, ibu telah memarahi saya kerana pulang lewat. Saya meminta maaf daripada
ibu dan menjelaskan keadaan sebenar. Ibu memuji saya seorang anak yang prihatin dan
bertanggungjawab. Saya berharap agar kanak-kanak tersebut cepat sembuh.
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 15
Keesokkan harinya, kisah saya terpampang di dada akhbar Berita Harian. Pihak
sekolah berbesar hati dengan tindakan saya. Saya telah menerima sijil penghargaan daripada
pihak sekolah bagi mengenang jasa dan sebagai contoh kepada rakan-rakan yang lain.
1. Bilakah kejadian kemalangan jalan itu berlaku?
A 9 Jan
B 19 Jun
C 9 Julai
KATA KUNCI : Bilakah
ARAS : Kefahaman
2. Bagaimanakah kanak-kanak tersebut dilanggar ?
A Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah meluru keluar dari pagar rumah
B Kanak-kanak tersebut dilanggar semasa sedang bermain dengan ibunya yang
berada di dapur.
C Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah meluru keluar dari kereta ibunya
setelah balik dari membeli barangan dapur.
D Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah memanjat pagar rumah.
KATA KUNCI : Bagaimanakah
ARAS : Kefahaman
3. Apakah tindakan penulis setelah menyaksikan kejadian tersebut ?
A Penulis hanya berdiri kaku kerana terperanjat.
B Penulis dan pemandu bas mengangkat kanak-kanak tersebut ke bahu jalan.
C Penulis memberi bantuan kepada pemandu bas tersebut dengan menghubungi
pihak berkuasa dan ambulans untuk memaklumkan hal tersebut.
D Penulis memberi bantuan kepada pemandu bas tersebut dengan menghubungi
ibu kanak-kanak itu untuk memaklumkan hal tersebut.
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Pengetahuan
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 16
4. Antara berikut yang bukan punca-punca menyebabkan kekerapan kemalangan
berlaku di kawasan perumahan ?
A dahan-dahan pokok yang berjuntai
B ketiadaan bonggol
C pokok-pokok yang tumbuh merendang
KATA KUNCI : Bukan punca-punca penyebab
ARAS : Pengetahuan
5. Apakah harapan penulis terhadap kanak-kanak yang dirempuh oleh bas sekolah itu?
A cepat sembuh B bertambah sakit
C terlantar di Hospital D bertambah tenat
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Penilaian
5. Nyatakan pihak manakah yang bertanggungjawab mengatasi masalah agar kekerapan
kemalangan di kawasan perumahan berkurang.
1. ___________________________________________________________________.
2. ___________________________________________________________________.
KATA KUNCI : Nyatakan pihak yang bertanggungjawab
ARAS : Penilaian
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 17
Aktiviti 2 {Soalan 7-13}
Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan yang disediakan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim
yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada
pagi ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Punca Berlakunya Kemalangan
Di Kalangan Penunggang dan Pembonceng Motosikal".
Hadirin yang dihormati,
Kajian keselamatan jalan raya membuktikan 60 peratus kematian membabitkan
penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini disebabkan kecederaan pada kepala.Ini
berlaku kerana beberapa faktor yang tidak dititik beratkan oleh penunggang dan pembonceng
motosikal.Sebahagian besar penunggang dan pembonceng motosikal masih memandang
remeh aspek pemakaian topi keledar,Sekali gus mengabaikan keselamatan diri dan orang
lain.Lebih mendukacitakan,tindakan itu turut dilakukan oleh sesetengah ibu bapa yang tidak
memakai topi keledar mahupun mematuhi peraturan lalu lintas ketika menghantar dan
mengambil anak selepas sesi persekolahan.
Ada ibu bapa dilihat hanya mementingkan keselamatan diri sendiri apabila memakai
topi keledar tetapi anak-anak yang membonceng dibiarkan terdedah risiko kerana tidak
dipakaikan topi keledar.Bukan itu sahaja,ada ibu bapa yang membonceng dua anak sekali gus
dengan kedua-duanya tidak memakai topi keledar walaupun sedang melalui jalan utama yang
sentiasa sibuk.
Selain itu,Kegiatan ini turut melibatkan pelajar dan remaja yang menunggang
motosikal tanpa memakai topi keledar,malah tidak kurang pula yang melakukan pelbagai aksi
berbahaya.Lebih memburukkan keadaan ada penunggang motosikal melintas perjalanan
dengan menggunakan laluan pejalan kaki sehingga membahayakan keselamatan pelajar dan
pejalan kaki,malah ada yang beranggapan tidak perlu memakai topi keledar kerana berasakan
jarak perjalanan ke sekolah tidak jauh.
Hadirin yang dikasihi,
Sebagai langkah keselamatan ibu bapa harus memastikan anak mereka memakai topi
keledar kerana malang tidak berbau.Lebih baik memastikan diri sentiasa dalam keadaan
selamat dengan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.Di samping itu,penunggang dan
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 18
pembonceng motosikal seharusnya menggunakan topi keledar yang menepati standard
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Bhd.
Hadirin yang dimuliakan,
Akhir sekali,ingin saya nyatakan di sini ibu bapa perlu mempunyai kesedaran dan
pada masa yang sama,pihak bertanggungjawab harus mencari jalan mengatasi masalah ini
dengan memberi nasihat kepada pelajar supaya memakai topi keledar untuk ke sekolah.
Sekian, terima kasih.
1. Berdasarkan kajian yang dijalankan,apakah punca utama yang menyumbang kepada
kematian penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini?
A menggunakan laluan pejalan kaki
B kecederaan pada bahagian kepala
C melakukan aksi berbahaya
D kesibukan lalu lintas
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Kefahaman
2. Apakah kecuaian yang dilakukan oleh ibu bapa yang boleh membahayakan keselamatan
anak mereka sewaktu menghantar dan mengambil anak dari sekolah?
A tidak memakaikan topi keledar kepada anak-anak
B membonceng dua orang anak sekali gus
C menggunakan laluan lalu lintas yang sibuk
D melanggar peraturan lalu lintas
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Pengetahuan
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 19
3. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa malang tidak berbau yang terdapat dalam
petikan?
A kejadian yang sudah boleh dijangkakan
B perkara yang tidak disengajakan
C kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu
D kecelakaan yang berlaku kerana sikap terburu-buru
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Aplikasi
4. Faktor yang menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal beranggapan tidak
perlu memakai topi keledar ialah_______________?
A kelihatan bergaya
B menjimatkan kos
C lalu lintas kurang sibuk
D jarak perjalanan yang dekat
KATA KUNCI : Faktor
ARAS : Analisis
5. Mengapakah penunggang dan pembonceng motosikal perlu menggunakan topi keledar
yang menepati piawaian SIRIM ?
A lebih berkualiti,tahan lasak dan keselamatan lebih terjamin
B menjamin keselamatan dan menarik
C harga yang berpatutan
D lebih bergaya
KATA KUNCI : Mengapakah
ARAS : Pengetahuan
6. Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi meningkatkan
keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
KATA KUNCI : Nyatakan
ARAS : Penilaian
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 20
Aktiviti 4 {Soalan 13-18}.
Baca petikan berita di bawah,kemudian jawab soalan yang diberikan.
SHAH ALAM , 9 September – Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) akan mengajurkan
program amal,Larian Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) pada 14 September
ini,bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di luar Bandar untuk melanjutkan
pelajaran.
Pengarah Pusat Sukan UiTM Shah Alam,Mustaza Ahmad berkata, program bermula
jam 6.30 pagi di Dataran Perbadanan Putrajaya,Presint 3,Putrajaya itu bagi mengubah nasib
anak-anak bumiputera miskin terutamanya di kawasan pedalaman melalui peluang menuntut
ilmu di universiti berkenaan.
Objektif penganjuran larian yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan MDAB dan
Perbadanan Putrajaya ini ialah mencari dana tabung MDAB UiTM.Selain itu,untuk
memupuk gaya hidup sihat,merapatkan hubungan antara peserta dan memperkukuh budaya
1Malaysia dalam kalangan masyarakat tidak kira peringkat umur khususnya pelajar institusi
pengajian tinggi serta sekolah.
Individu yang berminat dipelawa untuk membuat pendaftaran sebelum 10 September
2013 bagi membolehkan mereka menyertai program yang menyasarkan lebih 4,000 peserta
ini.Sembilan kategori dipertandingkan dalam program berkenaan iaitu Lelaki Terbuka,Wanita
Terbuka,Lelaki Veteran,Wanita Veteran,Lelaki Senior Veteran,IPT Lelaki,IPT Wanita,Lelaki
Junior dan Wanita Junior.
Yuran penyertaan ialah RM25 untuk kategori Lelaki Terbuka,Wanita Terbuka,Lelaki
Veteran,Wanita Veteran,Lelaki Senior Veteran manakala bagi ,IPT Lelaki,IPT Wanita,Lelaki
Junior dan Wanita Junior dikenakan bayaran RM15.Pemenang kedudukan teratas bakal
menerima hadiah menarik berupa wang tunai,pingat dan sijil penyertaan.
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 21
1. Apakah tujuan utama penganjuran program Larian Mengubah Destini Anak Bangsa
(MDAB) ?
A mengubah persepsi anak bumiputera tentang kepentingan pendidikan
B memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat
C memperkukuhkan semangat 1 Malaysia
D mencari dana tabung MDAB UiTM
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Kefahaman
2. Bilakah tarikh program larian amal tersebut akan diadakan?
A 9 September 2013
B 14 September 2013
C 10 September 2013
D 9 dan 10 September
KATA KUNCI : Bilakah
ARAS : Kefahaman
3. Apakah kategori yang boleh disertai oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi ?
A Lelaki Terbuka Wanita Terbuka
B IPT Lelaki dan IPT Wanita
C Lelaki Junior dan Wanita Junior
D Lelaki Veteran dan Wanita Veteran
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Kefahaman
4. Jumlah keseluruhan yuran penyertaan bagi semua kategori ialah _____________ .
A RM25
B RM15
C RM40
D RM10
KATA KUNCI : Jumlah
ARAS : Aplikasi
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 22
5. Peserta yang menduduki tempat teratas akan menerima hadiah
berupa________________.
A wang tunai,pingat dan sijil penyertaan
B wang tunai dan sijil penyertaan
C pingat dan sijil penyertaan
D wang tunai sahaja
KATA KUNCI : Hadiah
ARAS : Kefahaman
6. Jelaskan maksud budaya 1Malaysia ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
KATA KUNCI : Jelaskan
ARAS : Pengetahuan
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 23
Aktiviti 4 {soalan 19-24}
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di bawah.
Georgetown: Setiap tahun Kementerian Kesihatan memerlukan perbelanjaan kira-kira RM 7
bilion untuk menampung bekalan dan kos perubatan untuk keperluan penduduk yang
semakin meningkat. Namun begitu, kos perubatan Negara ini masih rendah berbanding
negara lain di Asia Tenggara.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, rakyat di negara ini
masih berpeluang mendapat rawatan di hospital bertaraf dunia dengan bayaran RM1 sahaja.
Penggunaan teknologi canggih menghasilkan ubat yang tinggi dan upah tenaga kerja yang
meningkat menyebabkan kos perubatan di negara ini semakin tinggi.
Beliau telah memberi jaminan bahawa kos perubatan di negara kita masih pada tahap
yang rendah dan terkawal. “Fenomena global ini pasti dapat diatasi dalam jangka masa lima
tahun akan datang.” katanya merasmikan Galeri Sari dan Pakaian Chennai di Lebuh Penang
di sini, semalam.
1 ) Kementerian Kesihatan memerlukan perbelanjan lebih kurang __________ untuk kos
perubatan negara yang semakin meningkat.
A. 3 bilion C. 7 bilion
B. 5 bilion D. 9 bilion
KATA KUNCI : perbelanjaan
ARAS : Kefahaman
2 ) Siapakah Menteri Kesihatan negara kita ?
A ) Datuk Seri Najib Razak C. Dr M Subramaniam
B ) Dr S Subramaniam D. Tunku Abdul Rahman
KATA KUNCI : Siapakah
ARAS : Pengetahuan
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 24
3 ) Penduduk negara kita boleh mendapat rawatan di hospital bertaraf dunia hanya
membayar sebanyak ___________.
A. RM 1 C. RM 2
B. RM 5 D. RM 10
KATA KUNCI : membayar
ARAS : Aplikasi
4 ) Apakah punca yang menyebabkan kos perubatan di negara kita semakin tinggi ?
A. Taraf hidup penduduk yang semakin baik
B. Pembinaan hospital yang bertaraf dunia
C. Penggunaan ubat yang pelbagai jenis
D. Penggunaan teknologi canggih dan upah tenaga kerja yang tinggi
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Pengetahuan
5 ) Datuk Seri Dr S Subramaniam telah merasmikan Galeri Sari dan Pakaian Chennai di
A. Lebuh Pahang C. Lebuh Georgetown
B. Lebuh Penang D. Lebuh Perak
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Pengetahuan
6 ) Fenomena global ini dapat diatasi dalam jangka masa
______________________________.
KATA KUNCI : merasmikan
ARAS : Pengetahuan
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 25
Aktiviti 5 {soalan 25-30}
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan diberi.
Gunung Sinabung yang terletak di Sumatera Utara telah memuntahkan debu dan asap
tebal untuk kali kedua sejauh lima kilometer ke udara setelah kejadian pertama berlaku
selepas 150 tahun yang lalu. Kejadian ini telah menggemparkan penduduk yang tinggal
berhampiran gunung tersebut.
Letusan dari Gunung Sinabung telah memaksa hampir 6000 orang sudah dipindahkan
ke kawasan lebih selamat di tempat perlindungan sementara.Pusat perlindungan sementara
ini terdiri daripada sekolah, dewan dan rumah ibadat. Kebanyakan penduduk yang berpindah
mempunyai kediaman dalam lingkungan tiga kilometer dari gunung tersebut.
Pihak kerajaan Indonesia telah menghantar barang keperluan asas seperti makanan,
minuman dan pakaian untuk menampung permintaan penduduk yang telah dipindahkan.
Bantuan ubat juga dibekalkan untuk mangsa yang mengalami batuk dan demam. Pihak
kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah ini dengan segera.
1 ) Gunung Sinabung terletak di _______________
A. Sumatera Utara C. Sumatera Barat
B. Jawa Timur D Kalimantan Selatan
KATA KUNCI : terletak
ARAS : Pengetahuan
2 ) Mengapakah penduduk sekitar Gunung Sinabung berpindah ?
A. Tanah runtuh yang berlaku secara tiba-tiba
B. Letusan yang mengeluarkan debu dan asap tebal dari gunung
C. Kebakaran hutan di kaki gunung
D. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan penduduk
KATA KUNCI : Mengapakah
ARAS : Pengetahuan
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 26
3 ) Apakah barang keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk Gunung Sinabung ?
A. wang yang banyak C. pakaian sahaja
B. alatan untuk memasak D. makanan, minuman dan pakaian
KATA KUNCI : Apakah
ARAS : Pengetahuan
4 ) Pihak kerajaan Indonesia menyediakan ubat untuk mangsa yang mengalami
________________
A. sakit perut C. penyakit lelah
B. sakit kepala D. batuk dan demam
KATA KUNCI : ubat
ARAS : Aplikasi
5 ) Perkataan menggemparkan dalam petikan bermaksud
A. menggembirakan C. menyedihkan
B. menakutkan D. menyeronokkan
KATA KUNCI : menggemparkan
ARAS : Kefahaman
6 ) Kebanyakan tempat perindungan sementara di situ terdiri daripada _____________
KATA KUNCI : menggemparkan
ARAS : Kefahaman
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 27
Aktiviti 6 latihan Tatabahasa {Soalan 31-40}
Soalan 1 hingga Soalan 10
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
Gambar 1
1 Azizul _______________ kepalanya apabila disoal oleh Cikgu Salman.
A menggosok-gosok B menggaru-garu
C memicit-micit D meraba-raba
KATA KUNCI : Kepala
ARAS : Kefahaman
Soalan 2 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
2 Kamarul mencapai ______________ api apabila melihat langsir tingkap terbakar.
A alat tulis B alat muzik
C alat memasak D alat pemadam
KATA KUNCI : Terbakar
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 28
ARAS : Pengetahuan
3 Cikgu Siti mengajar di sekolah yang ______________ jauh dari pekan Bukit
Changgang.
A nian B agak
C sekali D kurang
KATA KUNCI : Jauh
ARAS : Kefahaman
Soalan 4 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
4 Kuih di dalam bekas itu sudah basi dan berbau _______________.
A hapak B harum
C hangit D hancing
KATA KUNCI : Basi
ARAS : Kefahaman
5 Pelajar yang ________________ sahaja terpilih untuk menyertai Kuiz Bahasa
Melayu Peringkat Daerah.
A pintar B cepat
C cergas D pantas
KATA KUNCI : Pelajar
ARAS : Aplikasi
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 29
6 Taklimat kepada penduduk kampung tentang aktiviti gotong-royong diberikan
_____________ pukul 8.30 pagi.
A pada B di
C ke D kepada
KATA KUNCI : Taklimat
ARAS : Pengetahuan
Soalan 7 dan Soalan 8 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
7 Ketua Kampung itu sedang memberi taklimat kepada penduduk kampung.
_____________ mahu mereka bekerjasama sepanjang gotong-royong membersihkan
balai raya di kampung mereka.
A Dia B Kami
C Kita D Beliau
KATA KUNCI : Ketua Kampung
ARAS : Kefahaman
Soalan 8 berdasarkan Gambar 5
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 30
Gambar 5
8 Siti sedang belajar _____________ ketupat daripada emaknya pada waktu petang.
A mencucuk B menganyam
C mengait D menjahit
KATA KUNCI : Ketupat
ARAS : Aplikasi
9 Imran berharap agar kawan-kawannya _____________ datang ke rumahnya esok.
A juga B telah
C dapat D masih
KATA KUNCI : Berharap
ARAS : Pengetahuan
Soalan 10 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 31
10 Permukaan papan yang belum berketam itu masih _________________.
A kesat B kuat
C keras D kaku
KATA KUNCI : Papan
ARAS : Kefahaman
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 32
Pengujian dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru
apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi
pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau
maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara
khususnya istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai
perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira
semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.
Pengujian dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik
darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan
kelemahan pelajar.Pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat
memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap
sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang
timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu, guru dapat
mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada
tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung.
Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang
cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti
pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi
pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan
strategi sama dan sebagainya.
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 33
Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya
dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas,
penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah
kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat
dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam
membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 34
Pengujian dan Penilaian FCE 3500
M/s 35
Bibliografi
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din & Mohamad
Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku Penduan :
Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada
peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Evaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajar
Evaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajarEvaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajar
Evaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajarifa lutfita
 
Pengukuran dan Penilaian
Pengukuran dan PenilaianPengukuran dan Penilaian
Pengukuran dan PenilaianBudak Baik
 
Analisis kesukaran dan daya beda soal dan distraktor
Analisis  kesukaran dan daya beda soal dan distraktorAnalisis  kesukaran dan daya beda soal dan distraktor
Analisis kesukaran dan daya beda soal dan distraktorSukiman Fitk
 
Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6sukatmaputri
 
Tabel Spesifikasi dan Taksonomi
Tabel Spesifikasi dan TaksonomiTabel Spesifikasi dan Taksonomi
Tabel Spesifikasi dan Taksonomishilvia putri
 
prosedure penelitian
prosedure penelitianprosedure penelitian
prosedure penelitianSiti Romlah
 
TUGAS A ASSESMEN PEMBELAJARANn.docx
TUGAS A  ASSESMEN PEMBELAJARANn.docxTUGAS A  ASSESMEN PEMBELAJARANn.docx
TUGAS A ASSESMEN PEMBELAJARANn.docxIrawatiAmsar
 
Pengolahan dan penafsiran skor
Pengolahan dan penafsiran skorPengolahan dan penafsiran skor
Pengolahan dan penafsiran skorMut Mu3tiah
 

What's hot (17)

Analisis item ik
Analisis item ikAnalisis item ik
Analisis item ik
 
Bab iii part 1
Bab iii part 1Bab iii part 1
Bab iii part 1
 
Evaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajar
Evaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajarEvaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajar
Evaluasi kelompok 7 penilaian hasil belajar
 
Pengukuran dan Penilaian
Pengukuran dan PenilaianPengukuran dan Penilaian
Pengukuran dan Penilaian
 
Instrumen penilaian set 2
Instrumen penilaian set 2Instrumen penilaian set 2
Instrumen penilaian set 2
 
Analisis kesukaran dan daya beda soal dan distraktor
Analisis  kesukaran dan daya beda soal dan distraktorAnalisis  kesukaran dan daya beda soal dan distraktor
Analisis kesukaran dan daya beda soal dan distraktor
 
Analisis butir soal
Analisis butir soalAnalisis butir soal
Analisis butir soal
 
Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6Assessmen pembelajaran 6
Assessmen pembelajaran 6
 
16. bab iii
16. bab iii16. bab iii
16. bab iii
 
Tabel Spesifikasi dan Taksonomi
Tabel Spesifikasi dan TaksonomiTabel Spesifikasi dan Taksonomi
Tabel Spesifikasi dan Taksonomi
 
prosedure penelitian
prosedure penelitianprosedure penelitian
prosedure penelitian
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
TUGAS A ASSESMEN PEMBELAJARANn.docx
TUGAS A  ASSESMEN PEMBELAJARANn.docxTUGAS A  ASSESMEN PEMBELAJARANn.docx
TUGAS A ASSESMEN PEMBELAJARANn.docx
 
Daya pembeda & tingkat kesukaran
Daya pembeda & tingkat kesukaranDaya pembeda & tingkat kesukaran
Daya pembeda & tingkat kesukaran
 
Langkah 11 revising introduction
Langkah 11 revising introductionLangkah 11 revising introduction
Langkah 11 revising introduction
 
Pengolahan dan penafsiran skor
Pengolahan dan penafsiran skorPengolahan dan penafsiran skor
Pengolahan dan penafsiran skor
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 

Similar to Ms yatie

Kelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptx
Kelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptxKelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptx
Kelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptxAzkaAzaliaAzzam
 
PTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptx
PTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptxPTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptx
PTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptxChrodtianTian
 
Kedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhir
Kedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhirKedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhir
Kedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhirmuhamad khanif
 
Analisis soal secara manual
Analisis soal secara manualAnalisis soal secara manual
Analisis soal secara manualAbu Abdirrahman
 
Tugasan 2 ppp mohd sabal db110503 final
Tugasan 2 ppp mohd sabal db110503  finalTugasan 2 ppp mohd sabal db110503  final
Tugasan 2 ppp mohd sabal db110503 finalmohd sabal
 
Bab iv hasil penelitian dan pembahasan
Bab iv hasil penelitian dan pembahasanBab iv hasil penelitian dan pembahasan
Bab iv hasil penelitian dan pembahasansaomaoma2299
 
2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).ppt
2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).ppt2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).ppt
2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).pptesilraja
 
Power point djuwita (sem nas pgri)
Power point  djuwita (sem nas pgri)Power point  djuwita (sem nas pgri)
Power point djuwita (sem nas pgri)trisnawatidjuwita
 
Analisis Butir Soal Dalam Sebuah Tes
Analisis Butir Soal Dalam Sebuah TesAnalisis Butir Soal Dalam Sebuah Tes
Analisis Butir Soal Dalam Sebuah Tesverminusver
 
EVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptx
EVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptxEVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptx
EVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptxHerdiNanda
 
Analisis butir soal
Analisis butir soalAnalisis butir soal
Analisis butir soalEka Nuryani
 
PPT - Analisis Soal 22176014.pptx
PPT - Analisis Soal 22176014.pptxPPT - Analisis Soal 22176014.pptx
PPT - Analisis Soal 22176014.pptxRetnoHardillah
 
Proposal Penelitian.pptx
Proposal Penelitian.pptxProposal Penelitian.pptx
Proposal Penelitian.pptxrizky948647
 
PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...
PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...
PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...SYIFA MUFIDAH
 
Evaluasi hasil belajar
Evaluasi hasil belajarEvaluasi hasil belajar
Evaluasi hasil belajarsmpn binsus
 
Evaluasi Hasil Belajar
Evaluasi Hasil Belajar Evaluasi Hasil Belajar
Evaluasi Hasil Belajar yuliartiramli
 
Aps nota
Aps notaAps nota
Aps notafik liz
 

Similar to Ms yatie (20)

Kelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptx
Kelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptxKelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptx
Kelompok 6_Analisis Butir Soal Kuantitatif.pptx
 
program iteman
program itemanprogram iteman
program iteman
 
PTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptx
PTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptxPTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptx
PTT Kelompok 5 28 mei 2023.pptx
 
Kedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhir
Kedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhirKedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhir
Kedudukan siswa dalam kelas & mencari nilai akhir
 
Analisis soal secara manual
Analisis soal secara manualAnalisis soal secara manual
Analisis soal secara manual
 
Tugasan 2 ppp mohd sabal db110503 final
Tugasan 2 ppp mohd sabal db110503  finalTugasan 2 ppp mohd sabal db110503  final
Tugasan 2 ppp mohd sabal db110503 final
 
Bab iv hasil penelitian dan pembahasan
Bab iv hasil penelitian dan pembahasanBab iv hasil penelitian dan pembahasan
Bab iv hasil penelitian dan pembahasan
 
2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).ppt
2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).ppt2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).ppt
2.-BAHAN-TAYANG-ANABUT-OKE (4).ppt
 
Power point djuwita (sem nas pgri)
Power point  djuwita (sem nas pgri)Power point  djuwita (sem nas pgri)
Power point djuwita (sem nas pgri)
 
Penggunaan LKS
Penggunaan LKSPenggunaan LKS
Penggunaan LKS
 
Analisis Butir Soal Dalam Sebuah Tes
Analisis Butir Soal Dalam Sebuah TesAnalisis Butir Soal Dalam Sebuah Tes
Analisis Butir Soal Dalam Sebuah Tes
 
EVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptx
EVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptxEVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptx
EVALUASI PEMBELAJARAN FISIKA_KELOMPOK 4.pptx
 
Analisis butir soal
Analisis butir soalAnalisis butir soal
Analisis butir soal
 
PPT - Analisis Soal 22176014.pptx
PPT - Analisis Soal 22176014.pptxPPT - Analisis Soal 22176014.pptx
PPT - Analisis Soal 22176014.pptx
 
Proposal Penelitian.pptx
Proposal Penelitian.pptxProposal Penelitian.pptx
Proposal Penelitian.pptx
 
PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...
PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...
PENGARUH METODE STAD TERHADAP HASIL BELAJAR OPERASI HITUNG PERKALIAN KELAS II...
 
Analisis butir soal
Analisis butir soalAnalisis butir soal
Analisis butir soal
 
Evaluasi hasil belajar
Evaluasi hasil belajarEvaluasi hasil belajar
Evaluasi hasil belajar
 
Evaluasi Hasil Belajar
Evaluasi Hasil Belajar Evaluasi Hasil Belajar
Evaluasi Hasil Belajar
 
Aps nota
Aps notaAps nota
Aps nota
 

Ms yatie

  • 1. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 1 Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga- tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
  • 2. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 2 Penilaian ialah Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri.
  • 3. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 3 Min  Min ialah purata sesuatu set data/skor,misalnya markah purata bagi set markah ujian mingguan.  Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil,tetapi agak susah dikira bagi data yang banyak.  Kita boleh menggunakan komputer untuk mengira min bagi data yang banyak.  Min adalah satu markah purata yang ditentukan dengan menjumlahkan kesemua skor murid yang diperoleh dan membahagikan dengan bilangan skor-skor tersebut. Pengiraan Min bagi pengujian yang telah dilaksanakan terhadap 20 orang murid Tahun 6 Sk. Kebangsaan Subang Jaya. 39 + 36 + 36 + 36 + 35 +35 +35 +35 +35 + 35 +35 +35 +34 +34 +34 +34 + 33 +33 + 33 + 32 20 694 (jumlah markah) X 100 40 86.75% (A)  Berdasarkan kepada ujian kriteria yang digunakan, kita boleh menganggap pencapaian kumpulan ini cemerlang. Mod  Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi, misalnya markah yang pelajar paling ramai memperolehinya.  Mudah ditentukan sekiranya kita telah menyediakan taburan kekerapan skor/markah asal terlebih dahulu.
  • 4. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 4 39, 36, 36, 36, 35, 35, 35, 35, 35, {35, 35,} 35, 34, 34, 34, 34, 33, 33, 33, 32 Mod bagi skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi ialah 35 = {35 + 35} 2 = 70 2 = 35 Mod  Mod adalah ukuran skor yang paling banyak atau kerap di dalam sesuatu taburan.  Berdasarkan jadual di bawah , maka mod bagi taburan paling banyak ialah 35 {87.5 %}. Ini boleh dianggapkan sebagai murid berada pada tahap cemerlang. Guru haruslah memberi latihan pengukuhan kepada murid-murid bagi memestikan kecemerlangan murid berteusan. 39, 36 ,36 ,36, 35, 35 ,35, 35, 35, 35, 35, 35, 34, 34, 34, 34, 33, 33, 33, 32 Mod = 35 35 x 100 = 87.5 % 2
  • 5. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 5 ANALISIS SOALAN OBJEKTIF INDEKS KESUKARAN Prngiraan indeks kesukaran adalah untuk menunjukkan item itu sama ada terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. Empat bentuk item telah dipilih untuk dianalisis, iaitu indeks kesukaran beraras tinggi, rendah, positif dan negetif. Di bawah ini adalah item-item yang dipilih. Indeks Kesukaran Tinggi : ITEM 16 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 19 20 = 0.95 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 16 adalah soalan yang berbentuk aras tinggi dengan 19 calon dapat menjawab soalan dengan betul berbanding seorang calon saja gagal jawab dengan betul. ITEM 24 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 18 20 = 0.90
  • 6. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 6 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 24 adalah soalan yang berbentuk aras tinggi dengan 18 calon dapat menjawab soalan dengan betul berbanding dua orang calon saja jawab dengan salah . ITEM 25 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 20 20 = 1.0 ( 100% ) Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 25 adalah soalan yang berbentuk aras tinggi dengan kesemua calon dapat menjawab soalan dengan betul dan tiada seorang pun calon yang jawab soalan dengan salah. Indeks Kesukaran Rendah : ITEM 5 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 9 20 = 0.45 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 5 adalah soalan yang berbentuk aras rendah iaitu sebanyak 11 calon menjawab soalan dengan salah berbanding 9 calon saja yang dapat jawab dengan betul. Item atau soalan boleh dianggap beraras rendah kerana jumlah calon yang jawab dengan salah melebihi separuh iaitu sebanyak 55%
  • 7. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 7 ITEM 12 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 5 20 = 0.25 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 12 adalah soalan yang berbentuk aras rendah iaitu sebanyak 15 calon menjawab soalan dengan salah, iaitu sebanyak 75% berbanding hanya 25% calon saja yang dapat jawab dengan betul. ITEM 34 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 4 20 = 0.8 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 34 adalah soalan yang berbentuk aras rendah iaitu sebanyak 16 calon menjawab soalan dengan salah berbanding 4 calon saja yang dapat jawab dengan betul. Item atau soalan dianggap beraras rendah kerana jumlah calon yang jawab dengan salah melebihi separuh daripada jumlah murid iaitu sebanyak 80% Indeks Kesukaran Positif : ITEM 2 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 17
  • 8. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 8 20 = 0.85 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 2 adalah soalan yang berbentuk aras positif dengan 17 calon dapat menjawab soalan dengan betul daripada 20 calon yang ada. Bentuk soalan sesuai dijawab oleh murid kerana mempunyai aras kesukaran yang rendah dan sesuai dengan tahap pencapaian murid sekolah. ITEM 13 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 12 20 = 0.60 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 13 adalah soalan yang berbentuk aras positif dengan 12 calon menjawab soalan dengan betul daripada 20 calon yang ada. Bentuk soalan sesuai dijawab oleh murid kerana bilangan calon jawab dengan betul masih melebihi separuh , iaitu sebanyak 60% ITEM 30 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 15 20 = 0.75
  • 9. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 9 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 30 adalah soalan yang berbentuk aras positif dengan 15 calon menjawab soalan dengan betul daripada 20 calon yang ada. Item soalan adalah bentuk positif kerana bilangan calon yang jawab dengan betul melebihi calon yang salah jawab, iaitu sebanyak 75% Indeks Kesukaran Negatif : ITEM 12 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 5 20 = 0.25 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 12 adalah soalan yang berbentuk aras negatif dengan hanya 5 calon saja yang dapat menjawab soalan dengan betul berbanding 15 calon yang jawab dengan salah. Kebanyakan calon masih tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Pencapaian murid untuk item 12 ini sangat rendah yang menunjukkan indeks kesukaran negatif. ITEM 15 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 11 20 = 0.55 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 15 adalah soalan masih pada aras negatif dengan 11 calon yang menjawab soalan dengan betul. Hampir separuh calon masih tidak dapat
  • 10. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 10 menjawab soalan yang diberikan. Pencapaian murid untuk item 15 ini sederhana rendah yang menunjukkan indeks kesukaran masih dianggap negatif . ITEM 34 : Indeks Kesukaran = Bilangan calon jawab dengan betul ( B ) Jumlah murid mencuba item tersebut ( J ) = 4 20 = 0.20 Berdasarkan indeks kesukaran di atas, item 34 adalah soalan yang berbentuk aras negatif dengan cuma 4 calon yang menjawab soalan dengan betul berbanding 16 calon yang jawab dengan salah. Sebanyak 80% calon masih tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Pencapaian murid untuk item 34 ini amat rendah yang menunjukkan indeks kesukaran negatif terhasil. Pengubahsuaian soalan diperlukan untuk item ini agar selaras dengan tahap pencapaian murid. INDEKS DISKRIMINASI Indeks diskriminasi item digunakan selepas sesuatu kriteria ujian diadakan untuk murid- murid sekolah. Indeks diskriminasi item digunakan bertujuan membezakan murid dalam kumpulan cerdas dengan murid dalam kumpulan lambat. Perkara ini dapat dirumus dalam pemgiraan di bawah. Langkah pengiraan indeks kesukaran daripada calon dalam kumpulan cerdas dan lambat. BT = jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item dengan betul BR = jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item dengan betul J = jumlah calon dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah
  • 11. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 11 Indeks Diskriminasi ( ID ) = BT - BR ½ J = 12 – 2 7 = 10 7 = 1.43 INDEKS DISKRIMINASI ITEM Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah dengan murid berpencapaian tinggi. Perkara ini dapat dirumuskan dalam jadual di bawah. Formula Pengiraan : D = Kt - Kr D = Indeks diskriminasi item Kt = Indeks kesukaran item bagi kumpulan berpencapaian tinggi Kr = Indeks kesukaran item bagi kumpulam berpencapaian rendah Di bawah ini ialah item diskriminasi yang baik dipilih berdasarkan ujian pemahaman yang diadakan bagi 20 orang calon. Jenis Item Nisbah murid menjawab dengan betul item tersebut Diskriminasi positif Murid berpencapaian tinggi > Murid berpencapaian rendah Diskriminasi negatif Murid berpencapaian tinggi < Murid berpencapaian rendah Tiada diskriminasi Murid berpencapaian tinggi = Murid berpencapaian rendah
  • 12. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 12 Item 16 : Kt = 19 = 0.95 ( 95% ) 20 Kr = 1 = 0.05 ( 5% ) 20 D = Kt - Kr = 0.95 – 0.05 = 0.9  Kesimpulannya item 16 adalah item yang baik dan dapat dijawab hampir semua murid Di bawah ini ialah item diskriminasi yang tidak baik dipilih berdasarkan ujian pemahaman yang diadakan bagi 20 orang calon. Item 34 : Kt = 4 = 0.2 ( 20% ) 20 Kr = 16 = 0.8 ( 80% ) 20 D = Kt - Kr = 0.2 – 0.8 = -0.6  Kesimpulannya item 34 adalah item yang tidak baik danhanya segelintir murid saja dapat jawab dengan betul. Penilaian item berdasarkan indeks diskriminasi ( D ) boleh dirumuskan seperti jadual di bawah :
  • 13. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 13 Kesimpulannya. Indeks diskriminasi daripada 20 soalan yang dilakukan, didapati 90% item soalan menunjukkan keupayaan diskriminasi yang baik dan dapat dijawab oleh kebanyakan calon serta boleh diterima. Item 12 dan 34 menunjukkan diskriminasi yang negatif dan tidak baik. Justeru, item tersebut wajar diubah atau dihapuskan sahaja. Indeks Diskriminasi Penilaian Item 0.80 dan ke atas Sangat baik 0.60 - 0.79 Baik dan boleh diperbaiki 0.30 - 0.59 “ Marginal” perlu dibaiki 0.29 dan ke bawah Lemah dan tidak boleh diterima atau perlu disemak semula
  • 14. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 14 Set Ujian Pemahaman dan Tatabahasa Nama : Tarikh : Kelas : Aktiviti 1 {Soalan 1-6} Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Kanak-kanak Dua Tahun Maut Dilanggar Bas Pada 19 Jun yang lalu, saya telah menyaksikan suatu kemalangan jalan telah berlaku di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.00 petang. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dilanggar oleh sebuah bas sekolah agama yang dipandu laju di hadapan rumah mereka di Taman Permai Indah. Pada masa itu, saya berjalan kaki pulang ke rumah setelah tamat menjalani latihan bola keranjang. Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah meluru keluar dari pagar rumah tanpa disedari oleh ibunya yang sedang tekun memasak hidangan makan malam di dapur. Ibu kanak-kanak tersebut tidak menyedari bahawa pintu pagar rumahnya terbuka kerana dia terlupa untuk menguncinya setelah selesai membuang sampah di dalam tong sampah. Kanak-kanak dua tahun tersebut mengalami cedera parah akibat rempuhan hadapan bas sekolah tersebut. Pemandu bas amat terkejut lalu memberhentikan basnya untuk melihat keadaan kanak-kanak tersebut. Saya turut memberi bantuan kepada pemandu bas tersebut dengan menghubungi pihak berkuasa dan ambulans untuk memaklumkan hal tersebut kepada ibunya yang berada di rumah. Kanak-kanak tersebut segera dikejarkan ke hospital berdekatan. Berdasar daripada laporan siasatan, pihak polis mengesahkan bahawa punca pemandu tersebut terlanggar kanak- kanak tersebut disebabkan dahan-dahan pokok yang berjuntai di taman itu menghalang penglihatannya. Tambahan pula, pihak polis mengesahkan bahawa kerap menerima aduan daripada penduduk setempat mengatakan kawasan perumahan tersebut ketiadaan bonggol mengakibatkan punca kemalangan jalan raya. Setelah mengetahui keadaan kanak-kanak tersebut, saya segera pulang ke rumah. Setiba di rumah, ibu telah memarahi saya kerana pulang lewat. Saya meminta maaf daripada ibu dan menjelaskan keadaan sebenar. Ibu memuji saya seorang anak yang prihatin dan bertanggungjawab. Saya berharap agar kanak-kanak tersebut cepat sembuh.
  • 15. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 15 Keesokkan harinya, kisah saya terpampang di dada akhbar Berita Harian. Pihak sekolah berbesar hati dengan tindakan saya. Saya telah menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah bagi mengenang jasa dan sebagai contoh kepada rakan-rakan yang lain. 1. Bilakah kejadian kemalangan jalan itu berlaku? A 9 Jan B 19 Jun C 9 Julai KATA KUNCI : Bilakah ARAS : Kefahaman 2. Bagaimanakah kanak-kanak tersebut dilanggar ? A Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah meluru keluar dari pagar rumah B Kanak-kanak tersebut dilanggar semasa sedang bermain dengan ibunya yang berada di dapur. C Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah meluru keluar dari kereta ibunya setelah balik dari membeli barangan dapur. D Kanak-kanak tersebut dilanggar bas setelah memanjat pagar rumah. KATA KUNCI : Bagaimanakah ARAS : Kefahaman 3. Apakah tindakan penulis setelah menyaksikan kejadian tersebut ? A Penulis hanya berdiri kaku kerana terperanjat. B Penulis dan pemandu bas mengangkat kanak-kanak tersebut ke bahu jalan. C Penulis memberi bantuan kepada pemandu bas tersebut dengan menghubungi pihak berkuasa dan ambulans untuk memaklumkan hal tersebut. D Penulis memberi bantuan kepada pemandu bas tersebut dengan menghubungi ibu kanak-kanak itu untuk memaklumkan hal tersebut. KATA KUNCI : Apakah ARAS : Pengetahuan
  • 16. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 16 4. Antara berikut yang bukan punca-punca menyebabkan kekerapan kemalangan berlaku di kawasan perumahan ? A dahan-dahan pokok yang berjuntai B ketiadaan bonggol C pokok-pokok yang tumbuh merendang KATA KUNCI : Bukan punca-punca penyebab ARAS : Pengetahuan 5. Apakah harapan penulis terhadap kanak-kanak yang dirempuh oleh bas sekolah itu? A cepat sembuh B bertambah sakit C terlantar di Hospital D bertambah tenat KATA KUNCI : Apakah ARAS : Penilaian 5. Nyatakan pihak manakah yang bertanggungjawab mengatasi masalah agar kekerapan kemalangan di kawasan perumahan berkurang. 1. ___________________________________________________________________. 2. ___________________________________________________________________. KATA KUNCI : Nyatakan pihak yang bertanggungjawab ARAS : Penilaian
  • 17. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 17 Aktiviti 2 {Soalan 7-13} Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan yang disediakan. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Punca Berlakunya Kemalangan Di Kalangan Penunggang dan Pembonceng Motosikal". Hadirin yang dihormati, Kajian keselamatan jalan raya membuktikan 60 peratus kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini disebabkan kecederaan pada kepala.Ini berlaku kerana beberapa faktor yang tidak dititik beratkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal.Sebahagian besar penunggang dan pembonceng motosikal masih memandang remeh aspek pemakaian topi keledar,Sekali gus mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.Lebih mendukacitakan,tindakan itu turut dilakukan oleh sesetengah ibu bapa yang tidak memakai topi keledar mahupun mematuhi peraturan lalu lintas ketika menghantar dan mengambil anak selepas sesi persekolahan. Ada ibu bapa dilihat hanya mementingkan keselamatan diri sendiri apabila memakai topi keledar tetapi anak-anak yang membonceng dibiarkan terdedah risiko kerana tidak dipakaikan topi keledar.Bukan itu sahaja,ada ibu bapa yang membonceng dua anak sekali gus dengan kedua-duanya tidak memakai topi keledar walaupun sedang melalui jalan utama yang sentiasa sibuk. Selain itu,Kegiatan ini turut melibatkan pelajar dan remaja yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar,malah tidak kurang pula yang melakukan pelbagai aksi berbahaya.Lebih memburukkan keadaan ada penunggang motosikal melintas perjalanan dengan menggunakan laluan pejalan kaki sehingga membahayakan keselamatan pelajar dan pejalan kaki,malah ada yang beranggapan tidak perlu memakai topi keledar kerana berasakan jarak perjalanan ke sekolah tidak jauh. Hadirin yang dikasihi, Sebagai langkah keselamatan ibu bapa harus memastikan anak mereka memakai topi keledar kerana malang tidak berbau.Lebih baik memastikan diri sentiasa dalam keadaan selamat dengan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.Di samping itu,penunggang dan
  • 18. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 18 pembonceng motosikal seharusnya menggunakan topi keledar yang menepati standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Bhd. Hadirin yang dimuliakan, Akhir sekali,ingin saya nyatakan di sini ibu bapa perlu mempunyai kesedaran dan pada masa yang sama,pihak bertanggungjawab harus mencari jalan mengatasi masalah ini dengan memberi nasihat kepada pelajar supaya memakai topi keledar untuk ke sekolah. Sekian, terima kasih. 1. Berdasarkan kajian yang dijalankan,apakah punca utama yang menyumbang kepada kematian penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini? A menggunakan laluan pejalan kaki B kecederaan pada bahagian kepala C melakukan aksi berbahaya D kesibukan lalu lintas KATA KUNCI : Apakah ARAS : Kefahaman 2. Apakah kecuaian yang dilakukan oleh ibu bapa yang boleh membahayakan keselamatan anak mereka sewaktu menghantar dan mengambil anak dari sekolah? A tidak memakaikan topi keledar kepada anak-anak B membonceng dua orang anak sekali gus C menggunakan laluan lalu lintas yang sibuk D melanggar peraturan lalu lintas KATA KUNCI : Apakah ARAS : Pengetahuan
  • 19. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 19 3. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa malang tidak berbau yang terdapat dalam petikan? A kejadian yang sudah boleh dijangkakan B perkara yang tidak disengajakan C kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu D kecelakaan yang berlaku kerana sikap terburu-buru KATA KUNCI : Apakah ARAS : Aplikasi 4. Faktor yang menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal beranggapan tidak perlu memakai topi keledar ialah_______________? A kelihatan bergaya B menjimatkan kos C lalu lintas kurang sibuk D jarak perjalanan yang dekat KATA KUNCI : Faktor ARAS : Analisis 5. Mengapakah penunggang dan pembonceng motosikal perlu menggunakan topi keledar yang menepati piawaian SIRIM ? A lebih berkualiti,tahan lasak dan keselamatan lebih terjamin B menjamin keselamatan dan menarik C harga yang berpatutan D lebih bergaya KATA KUNCI : Mengapakah ARAS : Pengetahuan 6. Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi meningkatkan keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ KATA KUNCI : Nyatakan ARAS : Penilaian
  • 20. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 20 Aktiviti 4 {Soalan 13-18}. Baca petikan berita di bawah,kemudian jawab soalan yang diberikan. SHAH ALAM , 9 September – Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) akan mengajurkan program amal,Larian Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) pada 14 September ini,bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di luar Bandar untuk melanjutkan pelajaran. Pengarah Pusat Sukan UiTM Shah Alam,Mustaza Ahmad berkata, program bermula jam 6.30 pagi di Dataran Perbadanan Putrajaya,Presint 3,Putrajaya itu bagi mengubah nasib anak-anak bumiputera miskin terutamanya di kawasan pedalaman melalui peluang menuntut ilmu di universiti berkenaan. Objektif penganjuran larian yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan MDAB dan Perbadanan Putrajaya ini ialah mencari dana tabung MDAB UiTM.Selain itu,untuk memupuk gaya hidup sihat,merapatkan hubungan antara peserta dan memperkukuh budaya 1Malaysia dalam kalangan masyarakat tidak kira peringkat umur khususnya pelajar institusi pengajian tinggi serta sekolah. Individu yang berminat dipelawa untuk membuat pendaftaran sebelum 10 September 2013 bagi membolehkan mereka menyertai program yang menyasarkan lebih 4,000 peserta ini.Sembilan kategori dipertandingkan dalam program berkenaan iaitu Lelaki Terbuka,Wanita Terbuka,Lelaki Veteran,Wanita Veteran,Lelaki Senior Veteran,IPT Lelaki,IPT Wanita,Lelaki Junior dan Wanita Junior. Yuran penyertaan ialah RM25 untuk kategori Lelaki Terbuka,Wanita Terbuka,Lelaki Veteran,Wanita Veteran,Lelaki Senior Veteran manakala bagi ,IPT Lelaki,IPT Wanita,Lelaki Junior dan Wanita Junior dikenakan bayaran RM15.Pemenang kedudukan teratas bakal menerima hadiah menarik berupa wang tunai,pingat dan sijil penyertaan.
  • 21. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 21 1. Apakah tujuan utama penganjuran program Larian Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) ? A mengubah persepsi anak bumiputera tentang kepentingan pendidikan B memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat C memperkukuhkan semangat 1 Malaysia D mencari dana tabung MDAB UiTM KATA KUNCI : Apakah ARAS : Kefahaman 2. Bilakah tarikh program larian amal tersebut akan diadakan? A 9 September 2013 B 14 September 2013 C 10 September 2013 D 9 dan 10 September KATA KUNCI : Bilakah ARAS : Kefahaman 3. Apakah kategori yang boleh disertai oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi ? A Lelaki Terbuka Wanita Terbuka B IPT Lelaki dan IPT Wanita C Lelaki Junior dan Wanita Junior D Lelaki Veteran dan Wanita Veteran KATA KUNCI : Apakah ARAS : Kefahaman 4. Jumlah keseluruhan yuran penyertaan bagi semua kategori ialah _____________ . A RM25 B RM15 C RM40 D RM10 KATA KUNCI : Jumlah ARAS : Aplikasi
  • 22. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 22 5. Peserta yang menduduki tempat teratas akan menerima hadiah berupa________________. A wang tunai,pingat dan sijil penyertaan B wang tunai dan sijil penyertaan C pingat dan sijil penyertaan D wang tunai sahaja KATA KUNCI : Hadiah ARAS : Kefahaman 6. Jelaskan maksud budaya 1Malaysia ? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ KATA KUNCI : Jelaskan ARAS : Pengetahuan
  • 23. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 23 Aktiviti 4 {soalan 19-24} Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di bawah. Georgetown: Setiap tahun Kementerian Kesihatan memerlukan perbelanjaan kira-kira RM 7 bilion untuk menampung bekalan dan kos perubatan untuk keperluan penduduk yang semakin meningkat. Namun begitu, kos perubatan Negara ini masih rendah berbanding negara lain di Asia Tenggara. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, rakyat di negara ini masih berpeluang mendapat rawatan di hospital bertaraf dunia dengan bayaran RM1 sahaja. Penggunaan teknologi canggih menghasilkan ubat yang tinggi dan upah tenaga kerja yang meningkat menyebabkan kos perubatan di negara ini semakin tinggi. Beliau telah memberi jaminan bahawa kos perubatan di negara kita masih pada tahap yang rendah dan terkawal. “Fenomena global ini pasti dapat diatasi dalam jangka masa lima tahun akan datang.” katanya merasmikan Galeri Sari dan Pakaian Chennai di Lebuh Penang di sini, semalam. 1 ) Kementerian Kesihatan memerlukan perbelanjan lebih kurang __________ untuk kos perubatan negara yang semakin meningkat. A. 3 bilion C. 7 bilion B. 5 bilion D. 9 bilion KATA KUNCI : perbelanjaan ARAS : Kefahaman 2 ) Siapakah Menteri Kesihatan negara kita ? A ) Datuk Seri Najib Razak C. Dr M Subramaniam B ) Dr S Subramaniam D. Tunku Abdul Rahman KATA KUNCI : Siapakah ARAS : Pengetahuan
  • 24. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 24 3 ) Penduduk negara kita boleh mendapat rawatan di hospital bertaraf dunia hanya membayar sebanyak ___________. A. RM 1 C. RM 2 B. RM 5 D. RM 10 KATA KUNCI : membayar ARAS : Aplikasi 4 ) Apakah punca yang menyebabkan kos perubatan di negara kita semakin tinggi ? A. Taraf hidup penduduk yang semakin baik B. Pembinaan hospital yang bertaraf dunia C. Penggunaan ubat yang pelbagai jenis D. Penggunaan teknologi canggih dan upah tenaga kerja yang tinggi KATA KUNCI : Apakah ARAS : Pengetahuan 5 ) Datuk Seri Dr S Subramaniam telah merasmikan Galeri Sari dan Pakaian Chennai di A. Lebuh Pahang C. Lebuh Georgetown B. Lebuh Penang D. Lebuh Perak KATA KUNCI : Apakah ARAS : Pengetahuan 6 ) Fenomena global ini dapat diatasi dalam jangka masa ______________________________. KATA KUNCI : merasmikan ARAS : Pengetahuan
  • 25. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 25 Aktiviti 5 {soalan 25-30} Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan diberi. Gunung Sinabung yang terletak di Sumatera Utara telah memuntahkan debu dan asap tebal untuk kali kedua sejauh lima kilometer ke udara setelah kejadian pertama berlaku selepas 150 tahun yang lalu. Kejadian ini telah menggemparkan penduduk yang tinggal berhampiran gunung tersebut. Letusan dari Gunung Sinabung telah memaksa hampir 6000 orang sudah dipindahkan ke kawasan lebih selamat di tempat perlindungan sementara.Pusat perlindungan sementara ini terdiri daripada sekolah, dewan dan rumah ibadat. Kebanyakan penduduk yang berpindah mempunyai kediaman dalam lingkungan tiga kilometer dari gunung tersebut. Pihak kerajaan Indonesia telah menghantar barang keperluan asas seperti makanan, minuman dan pakaian untuk menampung permintaan penduduk yang telah dipindahkan. Bantuan ubat juga dibekalkan untuk mangsa yang mengalami batuk dan demam. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah ini dengan segera. 1 ) Gunung Sinabung terletak di _______________ A. Sumatera Utara C. Sumatera Barat B. Jawa Timur D Kalimantan Selatan KATA KUNCI : terletak ARAS : Pengetahuan 2 ) Mengapakah penduduk sekitar Gunung Sinabung berpindah ? A. Tanah runtuh yang berlaku secara tiba-tiba B. Letusan yang mengeluarkan debu dan asap tebal dari gunung C. Kebakaran hutan di kaki gunung D. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan penduduk KATA KUNCI : Mengapakah ARAS : Pengetahuan
  • 26. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 26 3 ) Apakah barang keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk Gunung Sinabung ? A. wang yang banyak C. pakaian sahaja B. alatan untuk memasak D. makanan, minuman dan pakaian KATA KUNCI : Apakah ARAS : Pengetahuan 4 ) Pihak kerajaan Indonesia menyediakan ubat untuk mangsa yang mengalami ________________ A. sakit perut C. penyakit lelah B. sakit kepala D. batuk dan demam KATA KUNCI : ubat ARAS : Aplikasi 5 ) Perkataan menggemparkan dalam petikan bermaksud A. menggembirakan C. menyedihkan B. menakutkan D. menyeronokkan KATA KUNCI : menggemparkan ARAS : Kefahaman 6 ) Kebanyakan tempat perindungan sementara di situ terdiri daripada _____________ KATA KUNCI : menggemparkan ARAS : Kefahaman
  • 27. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 27 Aktiviti 6 latihan Tatabahasa {Soalan 31-40} Soalan 1 hingga Soalan 10 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar 1 Gambar 1 1 Azizul _______________ kepalanya apabila disoal oleh Cikgu Salman. A menggosok-gosok B menggaru-garu C memicit-micit D meraba-raba KATA KUNCI : Kepala ARAS : Kefahaman Soalan 2 berdasarkan Gambar 2 Gambar 2 2 Kamarul mencapai ______________ api apabila melihat langsir tingkap terbakar. A alat tulis B alat muzik C alat memasak D alat pemadam KATA KUNCI : Terbakar
  • 28. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 28 ARAS : Pengetahuan 3 Cikgu Siti mengajar di sekolah yang ______________ jauh dari pekan Bukit Changgang. A nian B agak C sekali D kurang KATA KUNCI : Jauh ARAS : Kefahaman Soalan 4 berdasarkan Gambar 3 Gambar 3 4 Kuih di dalam bekas itu sudah basi dan berbau _______________. A hapak B harum C hangit D hancing KATA KUNCI : Basi ARAS : Kefahaman 5 Pelajar yang ________________ sahaja terpilih untuk menyertai Kuiz Bahasa Melayu Peringkat Daerah. A pintar B cepat C cergas D pantas KATA KUNCI : Pelajar ARAS : Aplikasi
  • 29. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 29 6 Taklimat kepada penduduk kampung tentang aktiviti gotong-royong diberikan _____________ pukul 8.30 pagi. A pada B di C ke D kepada KATA KUNCI : Taklimat ARAS : Pengetahuan Soalan 7 dan Soalan 8 berdasarkan Gambar 4 Gambar 4 7 Ketua Kampung itu sedang memberi taklimat kepada penduduk kampung. _____________ mahu mereka bekerjasama sepanjang gotong-royong membersihkan balai raya di kampung mereka. A Dia B Kami C Kita D Beliau KATA KUNCI : Ketua Kampung ARAS : Kefahaman Soalan 8 berdasarkan Gambar 5
  • 30. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 30 Gambar 5 8 Siti sedang belajar _____________ ketupat daripada emaknya pada waktu petang. A mencucuk B menganyam C mengait D menjahit KATA KUNCI : Ketupat ARAS : Aplikasi 9 Imran berharap agar kawan-kawannya _____________ datang ke rumahnya esok. A juga B telah C dapat D masih KATA KUNCI : Berharap ARAS : Pengetahuan Soalan 10 berdasarkan Gambar 6 Gambar 6
  • 31. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 31 10 Permukaan papan yang belum berketam itu masih _________________. A kesat B kuat C keras D kaku KATA KUNCI : Papan ARAS : Kefahaman
  • 32. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 32 Pengujian dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Pengujian dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.Pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.
  • 33. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 33 Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri. Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
  • 34. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 34
  • 35. Pengujian dan Penilaian FCE 3500 M/s 35 Bibliografi Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din & Mohamad Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti. Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku Penduan : Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.