1. NUMBERED HEADS TOGETHER
Pendekatan Numbered Heads Together menitikberatkan akauntabiliti individu
semasa proses pembelajaran secara kumpulan. Pendekatan ini dapat
memupuk sikap pelajar untuk lebih bertanggung jawab dalam menguasai topik
pembelajaran demi untuk merealisasikan aspek kejayaan kumpulan
Kaedah Perlaksanaan
Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan.
1. Setiap pelajar akan diberikan nombor, 1-4.
2. Guru akan mengemukakan soalan atau permasalahan kepada kelas.
3. Tempoh masa akan diberikan kepada semua pelajar untuk berbincang
mengenai jawapan tersebut dalam kumpulan masing-masing.
4. Setelah semua kumpulan bersedia, guru akan menyebut satu nombor
secara rambang. Contohnya, nombor 4.
5. Kesemua pelajar yang dinomborkan sebagai 4, harus mengangkat tangan
dan menjawab soalan atau permasalahan telah diajukan.
6. Guru juga boleh memanggil pelajar dengan mengguna koordinasi nombor.
Contohnya: Pelajar nombor 4 dari kumpulan ke 3.