2. MAKSUD SAJAK
Tempatmu di
singgahsana
hati nurani
bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah
Maksudnya….
Bahasa Melayu diangkat
martabatnya sebagai
bahasa kebangsaan.
3. MAKSUD SAJAK
Bahasa itu maruah
bangsa yang mesti
dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan
ampuh melayari lautan
bijaksana,
salam ikatan mesra dan
teguh.
Maksudnya….
Bahasa kebangsaan
merupakan maruah bangsa
yang harus dipelihara
martabatnya dalam
mengharungi dunia yang
canggih serta menjadi
medium untuk menjalin
perpaduan rakyat.
4. MAKSUD SAJAK
Cekal dan waja
semangat pejuangku,
hak bangsaku
memilikimu,
hak bangsaku
mendaulatkanmu,
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak
bertepi
Maksudnya….
Para pejuang bahasa yang
telah berjuang untuk
meningkatkan status
bahasa Melayu bukan
sahaja di tanah air kita
malah ke seluruh dunia.
5. MAKSUD SAJAK
Sejarah bangsa mecatatkan
kegemilangan,
ke barat dan ke timur
menjalinkan persaudaraan,
gagah pelautku membelah
lautan ke utara dan ke
selatan bahasaku
mencengkam,
dari pulau ke pulau
menggilap mutiara silam.
Maksudnya….
Lembaran sejarah telah
membuktikan
kegemilangan bahasa
Melayu sebagai bahasa
lingua franca,bahasa
diplomatik dan bahasa
perdagangan yang menjadi
pusat di Kepulauan
Melayu.
6. MAKSUD SAJAK
Dirhagahayu bahasaku,
di arena antarabangsa
suaramu tumbuh,
menusuk kalbu lagu
bahasamu,
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan
bertatasusila,
daripada bangsa yang
bernama Melayu,
menempa kejayaan di alaf
baru.
Maksudnya….
Diharapkan agar
penggunaan bahasa Melayu
akan digunakan hingga ke
peringkat antarabangsa,
menjadi bahasa ilmu,
menjadi bahasa yang
melambangkan kesopanan
bangsa Melayu dan mampu
mencatat kegemilangan pada
era baharu ini.
7. Tema
Kedudukan bahasa Melayu perlu dipelihara dan
ditingkatkan martabat atau kedudukannya.
Persoalan
1. Cinta akan bahasa Melayu.
2. Menghargai bahasa Melayu sebagai kunci
perpaduan rakyat.
3. Hormat akan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa ilmu.
4. Berkeyakinan bahawa bahasa Melayu mampu
bersaing dengan bahasa lain pada peringkat
antarabangsa.
8. Nilai
Patriotisme - rakyat mencintai dan mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita.
Perpaduan - semua kaum di negara kita
menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu.
Kesyukuran - rakyat bersyukur kerana bahasa
Melayu menjadi bahasa ilmu yang terkenal dan
digunakan secara meluas di seluruh nusantara.
Bertanggungjawab - rakyat bertanggungjawab
menjaga dan memastikan bahawa bahasa Melayu
tidak dicemari oleh bahasa asing.
9. Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan
kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah
memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan
untuk memupuk perpaduan kaum.
5. Kita hendaklah bersyukur kerana bahasa
Melayu diwarisi sejak turun-temurun.
10. 1. Berikan maksud perkataan dirgahayu yang terdapat
dalam rangkap terakhir sajak Dirgahayu Bahasaku.
2. Mengapakah bahasa Melayu harus dipelihara
martabatnya seperti yang dinyatakan dalam rangkap
kedua?
3. Apakah bukti yang menunjukkan bahasa Melayu pernah
mencapai zaman kegemilangan?
4. Apakah peranan yang dimainkan oleh pejuang bahasa?
5. Nyatakan dua cara untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Sekolah
Menengah Persendirian Cina ( SMPC ).