Puisi ini membicarakan tentang pentingnya memelihara dan memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai warisan bangsa dan identitas nasional. Bahasa kebangsaan melambangkan semangat perjuangan para pejuang bahasa dalam mempertahankan bahasa sebagai milik bangsa, serta telah berjaya menjadi bahasa perantaraan di pentas antarabangsa. Puisi ini juga menekankan pentingnya generasi muda menghargai dan bangga dengan bahasa kebangsaan.
2. Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh
Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi
3. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalinkan persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam
Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru
4. MAKSUD
Rangkap 1
Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana
menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi setia
dan amanah kepada negara.
Rangkap 2
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang harus
dipelihara supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia
yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat
untuk menyatukan bangsa
5. Rangkap 3
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan
bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara
ini dan sentiasa mendaulatkanya dalam era globalisasi ini
Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan
telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang
diplomatik di peringkat antarabangsa
Rangkap 5
Diharapkan bahasa kebangsaan terus berkembang di
peringkat antarabangsa, iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu
dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa
Melayu.Bahasa Kebangsaan akan terus digunakan sebagai
bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi
rintangan dan mencipta kejayaan dalam alaf baru ini
6. TEMA
Bahasa kebangsaan perlu dijaga dan dimartabatkan darjatnya
GAYA BAHASA
1. Sinkope.
Contoh:Tempatmu di disinggahsana
hati nurani bangsaku
2. Metafora.
Contoh:Melayari lautan bijaksana
3. Personifikasi.
Contoh:Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
4. Inversi.
Contoh:Gagah pelautku membelah lautan
5. Anafora.
Contoh:Hak bangsaku memilikimu
6. Pengulangan
Contoh:Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
7. NILAI
1. Semangat patriotik
2. Hormat menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri
PERSOALAN
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. Menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. Hormat akan akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
ilmu
8. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita
sendiri
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan
bahasa kebangsaan
3. Kita haruslah yakin akan kemampuan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa ilmu