KELAS 4 CERDIK (2014)
SMKTERIANG HILIR ,JELEBU ,NEGERI SEMBILAN
BEST JANGAN TERLEPAS UNTUK BERSELOKA.
KELAS KAMI ADA PELAJAR SASTERA DAN SENI VISUAL ,.....SUKA GILER
1. 4 CERDIK empunya telatah,
Memecah tembelang membakar kisah,
Buat hiburan hilangkan gundah ,
Andai tak gelak sengih pun jadilah.
PN.MARLINI guru kelasnya kami,
Prihatinnya tidak ada galang-ganti ,
Patuhi masa seperti dijanji,
Menggalas jawatan hebat sekali.
SIR.JAMES guru kelas kedua,
Mengutip wang tak kira masa,
Suka tersenyum suka ketawa,
Bila masuk terdiam semua.
MOHD IZZUNUDDIN moniter kami,
Orangnya tegas sensitif sekali,
Hitam dan gemuk sedarnya diri,
Subjek Matematik gemar sekali.
NUR MAZNAH assistant kami,
Orangnya kurus pendek sekali,
Selalu alpa tanggungjawab diberi ,
Moniter marah senyap sekali,
Kami punya akauntan bertauliah,
Mengutip cukai merangkap ceti,
Bila kami buat endah tak endah,
Mengamuk si AIN tak henti-henti.
Orangnya kreatif menghias negeri ,
Kemas dan sporting itulah identiti,
Ketua keceriaan sesuai sekali,
Itulah dia NATASHA nama diberi.
Orangnya tinggi ,tak tinggi sangat,
Kerja bergambar si ZATY ni suka sesangat,
Kerja menghias tak jadi sarat ,
Bila bekerja harap mendapat berkat .
ALIDA,ARMAH,SOFIANA dan ZEFIYA ,
Kawan karib sehati sejiwa ,
Bila berkumpul ada saja cerita,
Tapi semua ayu sentiasa,
Mereka ini selalu berdua,
Tiap waktu dan juga ketika,
Duduk pun nak dekat sentiasa,
FELICIA dan SUKASINI gelaran nama.
Gemar tidur dalam kelas
ZARUL dan SYED itulah gerangan
Waktu pjk sentiasa cergas,
Belajar matematik dalam awangan .
Seorang tenggelam,seorang timbul,
Seorang hitam manis,seorang merah jambu,
Itulah dia LEE MING WAY bertuisyen malam,
CHANDRA pula suka beradu.
WAI CHEE HONG kawan istimewa,
Budaknya pandai Sains dan Inggeris,
Disebelah pula ZEKKY namanya,
Budak ori tangkas berkeris.
Obses korea namanya HAFIZAH,
Gelaran matoki pelik sesangat,
AIN AFIQAH nama menyerlah,
Orangnya pendek,putih sesangat.
Tinggi orangnya tak gemuk sangat,
Itulah dia M.ARIF nama terikat,
M.TASMIN selalu terjerat,
Terjerat dek gangguan yang terlampau sarat
Pingat emas dirangkul sudah,
Impian tercapai ingin ke Paris,
Tiba pula NAZURA bertelatah,
Pandai nyanyi nak jadi artis.
BONG ,GRACE,PUI dan WAH rakan bersama,
Mahukan diri cantik & indah ,
Ciptakan kumpulan berbangsa cina,
Bagi memperoleh pelbagai madah.
AQMAR dan MOHAMMAD nama diberi,
Kunyit dan abun nama diganti,
Duduk bersebelahan rapat sekali,
Muka control macho ,naiklah benci.
SELOKA 4 CERDIK 2014
2. MARIANI JONI nama diberi,
Apabila tersenyum terpikat jejaka,
Membuat bising memekak sekali,
Apabila bersama HUSNA dan AMIRA .
NASSAPINI termenung gerangan,
Sekali jelling terbalik dunia,
Masa belajar selalu berangan,
Bila di soal tak tahu apa-apa...
MAIZATUL AKMA sporting sekali,
Si tinggi lampai berbudi pekerti,
Bila jiwang sedih di hati,
Kenangan lalu menjelma kini...
MOHD HASNOL lama penyepi,
Memori tragis menimpa diri,
Namaun dirinya tabah sekali,
''RELEX MAN ! WE ALL disini...''
KAMI SEMUA SATU KEPALA,
DALAM KELAS SELALU CERIA,
MEMBUAT CIKGU PENING KEPALA,
MATLAMAT KAMI INGIN BERJAYA.
KEPADA SESIAPA YANG TERKENA JANGAN
TERASA,
Kami saja-saja buat seloka,
Penutup kata maaf dipinta,
Semoga kita Berjaya sentiasa.
HASIL KARYA :
MOHD IZZUNUDDIN E-ZZU (4CERDIK)2014
HIDUPKAN SASTERA DIMANA JUA SEKALIPUN