Hujah kepada anti-Hadith:
Dalam firman Allah Azza Wa Jalla:
“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabb-Mu dan jangalah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya, amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran daripada-Nya (Al-Araf: 3).
Makalah Studi Teologi Islam : Ahlussunnah Waljama'ah
Hujat kepada anti- Hadith
1. HUJAT KEPADA ANTI-HADITH! (1)
Umat akhir zaman ini sudah menjauhi pegangan-pegangan asas agama Islam yakni al-quran
dan hadith. Hal ini disebabkan ada beberapa usaha-usaha daripada puak orientalis untuk
mewujudkan ketidaksefahaman dan kekeliruan umat Islam dalam memahami ad-Dien.
Kadangkala puak-puak orientalis ini subur dalam kalangan masyarakat setempat dan
sebahagiannya bertopengkan ahli akademik dan sebagainya tanpa disedari oleh masyarakat
tempatan. Motif kewujudan mereka seringkali menjuangkan apa itu kebenaran Islam? dan
khusyuk menghentam pegangan asas umat Islam yakni menolak sumber hadith sebagai
pegangan asas umat Islam sebaliknya hanya berpegang kepada al-Quran.
Mana mungkin kita boleh menolak apa yang Rasulullah sabdakan kerana sabdaan Nabi itu
sendiri merupakan salah satu petunjuk (tafsiran) untuk memahami ayat al-quran yang disebut
kaedah Tafsir bil-Matsur atau Bir-Riwayah, dan keduanya Tafsir Bir-Rai’y yang menggunakan
akal sihat. Terdapat pelbagai dalil-dali al-quran supaya kita (umat Islam) mengambil apa yang
diajar oleh Rasulullah Sallahu alahi wassalam termasuk dalam aspek perkataan, perbuatan dan
keseluruhannya.
Dalam firman Allah Azza Wa Jalla:
“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabb-Mu dan jangalah kamu mengikuti pemimpin-
pemimpin selainNya, amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran daripada-Nya (Al-Araf: 3).
Dan ia juga telah menjadi kewajipan umat Islam untuk mengikuti segala yang diwariskan oleh
baginda S.A.W dan kemudiannya diwariskan kepada golongan Salafus-sholeh dan umat Islam
sekalian. Maka tidak layak bagi seorang muslim sama ada lelaki mahupun perempuan untuk
melampaui batasan dan wajib ittiba’ kepada Rasulullah Sallahu alaihi wassalam.
Firman Allah Azza Wa Jalla:
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu’min,
apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan
(yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka
sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata (Al-Ahzab: 59)
MINDA SUBJEKTIF DALAM PEMAHAMAN AL-QURA
Penulis bersetuju jika sebahagian yang mengatakan apabila memahami al-quran maka
berlakunya tafsiran al-quran yang berbeza. Hal ini kerana umat Islam mempunyai banyak kitab
tafsiran misalnya Tafsir At-Tabari, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir A-Suyuthi dan sebagainya memliki
pendefinisian yang berbeza dalam menjelaskan ayat-ayat Al-Quran.
Tetapi perlulah diingat tafsiran mereka hanyalah mempunyai suatau matlamat yang sangat
objektif yakni untuk mendapat rahmat Allah Azza Wa Jalla dan bukan untuk mengelirukan
masyarakat selepasnya. Pandangan dan tafsiran yang berbeza ini sudah lama berlaku dalam
kronologi sejarah Islam, malah apabila berlaku khilaf antara para sahabah masing-masing akan
2. mengunakan dali al-quran termasuk hadith, kemungkinan puak orientalis sering kali sukar untuk
menerimanya.
Misalnya peristiwa wabak Thaun di Syam berlaku dua pandangan sama ada untuk pergi ke
Syam atau pun tidak. Golongan pertama memutuskan untuk kembali ke Madina kerana
kematian akan menunggu jika diteruskan perjalanan ke Syam. Manakala, golongan kedua
berhujah semua perkara yang terjadi adalah perkara qada’ dan qadar, malah kesemua telah
tercatat dalam Lauh Mahfuz. Akhirnya Abdul Rahman berhujah mengeluarkan hadith
“Apabila kalian mendengar suatu penyakit Thaun di negeri, maka janganlah kalian
memasukinya”(dalam Kitab Bukhari dan Muslim)
Akhirnya masing-masing akur dengan sebutan hadith lalu balik ke Madinah. Inilah bukti dan
sifat ittba’ kepada Rasulullah walaupun berbeza pendapat tetapi akurnya dengan penangan as-
Sunnah. Sama juga apabila minda subjektif apabila ittiba’ kepada yang asas akhirnya
keobjektifan jua dijadikan matlamat dan juga rahmat Allah Azza Wa Jalla.
Mari kita renung pesanan ringkas Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (728 H):
“Kebahagian itu kerana mengikuti petunjuk Rasulullah Sallahu alahi wassalam. Sedangkan
kesesataan dan kecelakaan disebabkan menyalahi petunjuk Rasulullah Sallahu alahi wassalam
(Majmu Fatawa, XIX: 93).