SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
4.1 IMAM Al-GHAZALI
. Pandangan / Idea-idea beliau
 Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada
orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
 Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci
badan, berwuduk dan bersembahyang.
 Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak
berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan
tidak berbangga.
Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah
Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad
bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik
sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.
Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab
beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin22
 Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,
jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
 Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan
menimbulkan kebencian mereka.
 Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
 Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: - Membantu
perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. - Sifat semulajadi kanak-kanak
memang suka bermain. - Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas
penat belajar.
 Nasihat beliau kepada guru supaya: - Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. -
Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. - Guru
tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.
4.2 IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan
telah menasihatkan ibu bapa dan golonganpendidik. Beliau banyak memperkatakan
mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan,
perbezaan individu dan latihan.
Pendapat beliau pada peringkat permulaan:
 Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
 Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: - Berperingkat-peringkat -
Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
 Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan
mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: - Tidak mahu belajar
- Mencerca pengajaran yang diberi
 Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-
contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
 Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
 Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami
apa yang disampaikan.
 Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang
rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi
pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu
helah dan tidak berperikemanusiaan.
 Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam
waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.
 Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah
dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
 Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk
peribadi kanak-kanak.
4.3 JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)24
Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial. Biodata Belaiu
telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di Paris,
Perancis pada tahun 2hb Julai 1778.
.Sifat Peribadi
 Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan
neurotik.
 Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan..
 Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan
bapa sehingga berumur 10 tahun
 Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan. Pandangan
Terhadap Pendidikan
 Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan
tersebut.
 Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan
belajar secara langsung dengan al;am sekitar.
 Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut
kebolehan semula jadi mereka.
 Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat mereka
melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka.
 Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia.25
 Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu.
 Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika mengajar.
 Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai.
 Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak.
 Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi, Froebel dan
Montessori.
4.4 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)
Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya
dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di
rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.
Idea-idea beliau mengenai pendidikan
 Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada
padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang
abstrak.
 Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria.
Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.
 Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran
konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa
dan menyentuh.  Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar
mata pelajaran.  Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage
grouping).  Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar
anaknya.26
4.5 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun
1837, beliau menubuh sekolah taman
kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah
seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara
semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap
Tuhan. Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama
tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu
belajar dalam
persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main” Antara idea-idea
Froebel ialah: 1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang,
mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang
dan gambar- gambar. 2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.
Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas
prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk
kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman
kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang
terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu
dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. 6. Taman kanak-
kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. 7. Pendidikan adalah
pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan
dan keupayaan kanak-kanak. 8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui
perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. 9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada
kanak-kanak dan belajar melalui membuat.10. Beliau mencadangkan dalam mendidik
kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam
pembelajarannya. 11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi
dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak. 12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling
berkaitan antara satu sama
lain. 4.6 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) Merupakan tokoh pendidikan di Rome.
Berpengalaman mendidik
kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-
kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan
kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan
daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan
bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan
latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-
kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang
terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting
dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-
kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-
kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut; a. Minda yang mudah
menyerap Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat
yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep
tersebut. Seorang
kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun
pengalaman
ini daripada saat kelahiran lagi.
B. Persekitaran yang tersedia28
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang
lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan
pengetahuan
kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar
cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. C. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui
aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai
bahan
pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka
apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar
kanak- kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara
formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan
aktiviti. d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana
menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut
Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-
kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran
berkenaan
susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran
praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca;
kebiasaan
dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman
berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui
pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. e.Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah
tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan
dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan
sentiasa
tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah
Montessori; 1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara
menggunakan
pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.29
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak
menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar
perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan
bimbingan yang minimum daripada
orang dewasa. 4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus
belajar secara
demikian apabila dewasa kelak. 5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat
asas dalam semua jenis pembelajaran. 6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh
Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya
melalui pengalaman sebenar dan
kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. 7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka
melalui pengalaman dengan kanak-kanak. 8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan
alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak. 9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi
membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 10. Peranan guru hanya membantu kanak-
kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka. Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam
kaedah Montessori iaitu
berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah: -
Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. - Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. - Pentingnya disiplin diri - Terdapat tempoh
sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak
mengajar diri mereka sendiri. - Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran
yang disediakan
hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri
Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada:
1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori
6. John Dewey
7. Martin Luther
8 John Amos Comenius
9. Jean Piaget
10. Vygotsky
IMAM Al-GHAZALI
- Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah
Daulayah Qursan di Negeri Parsi.
- Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
- Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti
Pengajian Tinggi Nizamiah.
- Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.
- Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.
Pandangan dan idea-idea beliau:
1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;
a. Sejak lahir hingga 4 tahun
b. 5 tahun hingga 7 tahun
2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan
budi pekerti yang mulia.
3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.
4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat
agama dan mulia tingkah lakunya.
5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci
badan, berwuduk dan bersembahyang.
6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak
berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak
berbangga.
7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan
berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak.
9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan
membentuk naluri mereka.
10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:-
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar
Nasihat beliau kepada guru supaya:-
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang
baik.
IBNU KHALDUN
- Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah
menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik.
- Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi,
berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.
Pendapat beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak
1. Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
2. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat
- Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
3. Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka.
Ini boleh menyebabkan mereka:
- tidak mahu belajar
- mencerca pengajaran yang diberi
4. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh
yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
5. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya.
Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum
dan lain-lain.
6. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa
yang disampaikan.
7. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa
bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas,
pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak
berperikemanusiaan.
8. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam
waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.
9. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran.
10. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.Pendekatan Ibnu
Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.
JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)
- Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland.
- Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun
1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan
untuk bacaan dan tulisan.
Idea-idea beliau mengenai pendidikan:
1. Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya.
2.Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.
3. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui
pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.
4. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran
konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan
menyentuh.
5. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.
6. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).
7. Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.
FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)
- Seorang tokoh pendidikan dari Jerman.
- Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”.
- Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan
“Kindergarten”.
- Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya
adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.
Menurut beliau " kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang
kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak."
Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak
berkembang melalui main”
Idea-idea Froebel
1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-
kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang
dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.Dilengkapi
dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.
2. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk
kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh
jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.
5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-
kanak.
6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.Pendidikan
adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada
keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
7. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi
kebebasan.
8. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
9. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
10. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak.
11. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama
lain.
MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)
- Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan di
Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.
- Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.
- Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui
aktiviti bermain.
- Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan
bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan
cekap.
PENDAPAT MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan
haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan
adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah
untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal,
sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak
pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;
a. Minda yang mudah menyerap
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima
melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang
kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman
ini daripada saat kelahiran lagi.
b. Persekitaran yang tersedia
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap
dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-
kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara
menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
c. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti
yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan
pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka
apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar
kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara
formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan
aktiviti.
d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri
kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti;
kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi
dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan
membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi;
pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran
berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
e. Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan
minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa
tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori;
1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan
pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima
maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan
seseorang kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang
dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar
secara demikian apabila dewasa kelak.
4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari
dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan
manipulatif dan “betul diri”.
6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz
kanak-kanak.
8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar
secara bebas.
9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka.
Prinsip- prinsip dalam kaedah Montessori .
1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
2. Konsep kebebasan
3.Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
4.- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
6. Pentingnya disiplin diri.
7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.
8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.
9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.
10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah
membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri
JOHN DEWEY ( 1859 – 1952 )
- Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika.
- Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan
untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu,
pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak.
Pandangan Dewey berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat
dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha
ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada
kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang.
Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak
berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan
kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui
pengalaman dan eksperimen.
MARTIN LUTHER (1483 – 1546)
Beliau mencadangkan pendidikan universal dan wajib, serta menitikberatkan keperluan
mendirikan sekolah bagi mengajar kanak-kanak membaca. Luther berpendapat tujuan utama
persekolahan adalah untuk mengajar agama.Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani
perlu diintergrasikan dalam kurikulum. Luther yakin keluarga merupakan institusi paling
penting dalam pendidikan kanak-kanak. Baginya pendidikan dan persekolahan adalah bagi
pengajaran sosialisasi, keagamaan dan moral.
JOHN AMOS COMENIUS (1592 – 1670)
- John Amos Comenius mencadangkan supaya semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah dan
sekolah perlu menggalakkan kanak-kanak supaya mereka merasa gembira terhadap diri
mereka.
- Beliau merasakan pendidikan perlu memberi pengalaman pembelajaran yang positif
termasuklah kebebasan, kegembiraan, dan keriangan.
- Beliau juga percaya, pendidikan perlu mengikut aturan semula jadi, mengikut umur dan
kaedah yang betul dan mengelakkan pembelajaran secara paksa sebelum kanak-kanak
bersedia.
Pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak
- Buku pertama yang ditulis oleh John Amos Comenius adalah kamus bergambar bagi
membantu pengajaran kanak-kanak.
- Beliau mengalakkan integrasi kurikulum dan yakin pembelajaran perlu aktif.
- Beliau percaya kanak-kanak perlu belajar tulisan dengan menulis, pertuturan dengan bertutur
dan taakulan dengan menaakul.
- Pembelajaran perlu bermula dari umum kepada khusus dan daripada mudah kepada susah.
Beliau menekankan penggunaan bahan konkrit dan deria.
- Semua deria perlu terlibat bagi pembelajaran yang berkesan, tunjukkan objek dan jelaskan
apakan objek itu.
- Sekolah merupakan bengkel kanak-kanak berkerja dengan penuh minat.
- Aktiviti adalah sangat penting.
JEAN PIAGET (1896-1980)
- Piaget merupakan seorang saintis Swiss yang paling terkenal dan berpengaruh dalam
pembentukan teori yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak.
- Beliau terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang diasaskan berdasarkan
kajiannya terhadap anak-anaknya sendiri.
- Kajiannya berkaitan denganPembentukan konsep, pemikiran dan pembelajaran.
Pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak
- Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu.
a) Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa,
tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh
pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian.
b) Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda.
Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan
dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat
dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran.
c) Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan
ruang dan keabadian.
Antara sumbangan Piaget yang menjadi amalan pendidik sehingga kini :
- teori perkembangan kognitif yang menekankan peringkat deria motor, praoperasi, konkrit
dan formal.
- Teori konstruktivism menitikberatkan kecerdasan kanak-kanak berkembang melalui
pembelajaran yang aktif.
- Aktiviti mental dan fizikal adalah penting bagi perkembangan kognitif kanak-kanak.Kanak-
kanak memerlukan pengalaman bagi membentuk struktur mental
- Perkembangkan kognitif kanak-kanak adalah melalui interaksi dan penyesuaian dengan
persekitaran.Perkembangan adalah proses berterusan dan hasil kematangan
- Menggalakan pembelajaran aktif melalui objek konkrit.
Lev Semerovich VygotsKy( 1896-1934)
- Ahli psikologi dari Russia yang dilahirkan pada tahun 1896.
- Pernah bekerja di Institute of Psychology in Moscow (1924–34), dan menekankan tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak yang berhubung kait dengan hubungan antara bahasa dan
pemikiran.
- Penulisan beliau menekankan tentang peranan sejarah, budaya dan faktor sosial yang
membentuk pengaruh kognitif kanak-kanak .
- Meninggal dunia pada tahun 1934 akibat daripada jangkitan penyakit tuberculosis.
Kepentingan pemikiran Vygotsky terhadap perkembangan kanak-kanak.
a. Vygotsky.telah menyatakan bahawa telah membuat kajian bahawa persekitaran, budaya dan
kebolehan berkomunikasi secara interpersonal banyak membantu perkembangan dan interaksi
kanak-kanak. Melalui interaksi kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai budaya, gaya
pertuturan, penulisan dan pelbagai simbol pengetahuan. Ini dapat membantu kanak-kanak
supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehariannya.
b. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan mindanya supaya lebih kreatif dan
inovatif. Pada masa yang sama kanak-kanak itu akan dapat memberi makna yang abstrak dan
membolehkannya meningkatkan kemahiran berfikir lebih kreatif dan kritis.
c. Bermain juga dapat mempertingkatkan kebolehan sosialiasi kanak-kanak. Semasa bermain
kanak-kanak boleh memahami antara seorang individu dengan seorang individu dari segi
kebolehan mengujudkan kemahiran-kemahiran komunikasi seperti, membina hubungan,
memberi perhatian, kemahiran mendengar dan interpersonal dan intrapersonal. Boleh
memahami peraturan-peraturan sesuatu permainan dengan ini ia akan menjadi seorang kanak-
kanak yang sentiasa hormat kepada rakannya
.d. Vygotsky juga telah menekankan bahawa kanak-kanak menjadi lebih konstruktif. Dalam
konteks pembelajaran konstruktivisme ianya bermaksud bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh
wujud diluar minda tetapi dapat dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.
e. Menurut Vygotsky Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) bermaksud prestasi pelajar, kebolehan
menyelesaikan masalah melebihi kebolehan diri sendiri dan dengan ini mencapai
perkembangan peringkat potensi yang berbeza.
f. Disamping proses kognitif, teori konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses
metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif.
Ia melibatkan operasi membimbing kanak-kanak untuk mencari makna terutamanya operasi
merancang, mengarah dan menilai pemikirannya.

More Related Content

What's hot

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanakSiti Zaihasrah Anis
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kankRozaidi Yusof
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)Kasmiyati Andreas
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)Adilah Said
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahDennis Ha
 
Sumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanak
Sumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanakSumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanak
Sumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanaknurulirdina halikulanuar
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...Joyce Robert
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanAinalita Zazni Adnan
 
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakFalsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakAdilah Said
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi mainJane Oon
 
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanakPengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanaknurulirdina halikulanuar
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 

What's hot (20)

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Sumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanak
Sumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanakSumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanak
Sumbangan dan sokongan pendidikan kanak-kanak
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakFalsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
 
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanakPengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
 
TEORI KOGNITIF
TEORI KOGNITIFTEORI KOGNITIF
TEORI KOGNITIF
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 

Viewers also liked

teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
Tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif pl
Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif plTajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl
Tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif plAini Limat
 
Tokoh matematik
Tokoh matematikTokoh matematik
Tokoh matematikIeta Yahya
 
Ibn Khaldun - Al Muqaddimah
Ibn Khaldun - Al MuqaddimahIbn Khaldun - Al Muqaddimah
Ibn Khaldun - Al MuqaddimahNurul Ashwad
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Safinah Harun
 
Pendidikan Montessori
Pendidikan MontessoriPendidikan Montessori
Pendidikan Montessoricutiegadget
 
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKATSEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKATACHIK AFYY
 
Tokoh Pendidikan Froebel
Tokoh Pendidikan FroebelTokoh Pendidikan Froebel
Tokoh Pendidikan FroebelLaksmi_Perwira
 
Jean jacques rousseau
Jean jacques rousseauJean jacques rousseau
Jean jacques rousseauKieran Ryan
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakArra Asri
 
Comenius 2011
Comenius 2011Comenius 2011
Comenius 2011beraldco
 
Slide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah lakuSlide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah lakuabe Ray
 

Viewers also liked (20)

falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanakfalsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
IBN KHALDUN
IBN KHALDUNIBN KHALDUN
IBN KHALDUN
 
Tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif pl
Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif plTajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl
Tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif pl
 
Tokoh matematik
Tokoh matematikTokoh matematik
Tokoh matematik
 
Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013
Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013
Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013
 
Tokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich FroebelTokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich Froebel
 
Ibn Khaldun - Al Muqaddimah
Ibn Khaldun - Al MuqaddimahIbn Khaldun - Al Muqaddimah
Ibn Khaldun - Al Muqaddimah
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
 
Pendidikan Montessori
Pendidikan MontessoriPendidikan Montessori
Pendidikan Montessori
 
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKATSEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
 
Tokoh Pendidikan Froebel
Tokoh Pendidikan FroebelTokoh Pendidikan Froebel
Tokoh Pendidikan Froebel
 
Ibn khaldun
Ibn khaldunIbn khaldun
Ibn khaldun
 
Jean jacques rousseau
Jean jacques rousseauJean jacques rousseau
Jean jacques rousseau
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
 
tokoh matematik
tokoh matematiktokoh matematik
tokoh matematik
 
Comenius 2011
Comenius 2011Comenius 2011
Comenius 2011
 
Ibnu Khaldun
Ibnu KhaldunIbnu Khaldun
Ibnu Khaldun
 
Slide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah lakuSlide show pengurusan tingkah laku
Slide show pengurusan tingkah laku
 
Comenius
ComeniusComenius
Comenius
 

Similar to Tokoh pra3108

Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPieja Hanhae
 
template muzik.pptx
template muzik.pptxtemplate muzik.pptx
template muzik.pptxANISSAKINAH5
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakLinda Zain
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairulakmalfiraz
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembanganDe Zer
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembanganDe Zer
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Presentation falsafah
Presentation falsafahPresentation falsafah
Presentation falsafahNur Dhuha
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 

Similar to Tokoh pra3108 (20)

Tokoh betul
Tokoh betulTokoh betul
Tokoh betul
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Kedua maria
Kedua mariaKedua maria
Kedua maria
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Sejarah PAKK.pptx
Sejarah PAKK.pptxSejarah PAKK.pptx
Sejarah PAKK.pptx
 
template muzik.pptx
template muzik.pptxtemplate muzik.pptx
template muzik.pptx
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Isu ibu bapa
Isu ibu bapaIsu ibu bapa
Isu ibu bapa
 
Alam belajar
Alam belajarAlam belajar
Alam belajar
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairul
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
 
Presentation falsafah
Presentation falsafahPresentation falsafah
Presentation falsafah
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 

Tokoh pra3108

  • 1. 4.1 IMAM Al-GHAZALI . Pandangan / Idea-idea beliau  Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.  Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.  Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin22  Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.  Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.  Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.  Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: - Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. - Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.  Nasihat beliau kepada guru supaya: - Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. - Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. - Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik. 4.2 IBNU KHALDUN Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golonganpendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. Pendapat beliau pada peringkat permulaan:  Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
  • 2.  Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: - Berperingkat-peringkat - Mengadakan latih tubi - Menggunakan benda-benda maujud - Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar  Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: - Tidak mahu belajar - Mencerca pengajaran yang diberi  Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh- contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.  Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.  Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.  Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.  Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.  Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.  Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak. 4.3 JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)24 Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial. Biodata Belaiu telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di Paris, Perancis pada tahun 2hb Julai 1778. .Sifat Peribadi  Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan neurotik.  Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan..  Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan bapa sehingga berumur 10 tahun  Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan. Pandangan Terhadap Pendidikan
  • 3.  Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan tersebut.  Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan belajar secara langsung dengan al;am sekitar.  Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut kebolehan semula jadi mereka.  Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka.  Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia.25  Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu.  Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika mengajar.  Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai.  Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak.  Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi, Froebel dan Montessori. 4.4 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827) Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Idea-idea beliau mengenai pendidikan  Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.  Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.  Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.  Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.  Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).  Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.26 4.5 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852) Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman
  • 4. kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main” Antara idea-idea Froebel ialah: 1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar- gambar. 2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. 6. Taman kanak- kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. 7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. 8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. 9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. 12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. 4.6 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak- kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak- kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting
  • 5. dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak- kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut; a. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. B. Persekitaran yang tersedia28 Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. C. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak- kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak- kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. e.Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
  • 6. kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah Montessori; 1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.29 2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. 4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. 7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. 8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 10. Peranan guru hanya membantu kanak- kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka. Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah: - Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. - Konsep kebebasan - Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar - Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh - Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. - Pentingnya disiplin diri - Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak - Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. - Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri
  • 7. Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada: 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. Johann Heinrich Pestalozzi 4. Friedrich Froebel 5. Maria Montessori 6. John Dewey 7. Martin Luther 8 John Amos Comenius 9. Jean Piaget 10. Vygotsky IMAM Al-GHAZALI - Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. - Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. - Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. - Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. - Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin. Pandangan dan idea-idea beliau: 1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu; a. Sejak lahir hingga 4 tahun b. 5 tahun hingga 7 tahun 2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang mulia. 3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.
  • 8. 4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. 5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. 6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. 7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. 8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. 9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. 10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:- - Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. - Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar Nasihat beliau kepada guru supaya:- - Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. - Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. - Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik. IBNU KHALDUN - Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik. - Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. Pendapat beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak 1. Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. 2. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: - Berperingkat-peringkat - Mengadakan latih tubi
  • 9. - Menggunakan benda-benda maujud - Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar 3. Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: - tidak mahu belajar - mencerca pengajaran yang diberi 4. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. 5. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain. 6. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. 7. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan. 8. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. 9. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. 10. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak. JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827) - Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. - Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Idea-idea beliau mengenai pendidikan: 1. Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. 2.Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. 3. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui
  • 10. pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. 4. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. 5. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. 6. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). 7. Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya. FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852) - Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. - Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. - Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. - Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau " kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak." Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main” Idea-idea Froebel 1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak- kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. 2. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak- kanak. 6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada
  • 11. keperluan dan keupayaan kanak-kanak. 7. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. 8. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. 9. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 10. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. 11. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) - Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. - Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. - Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. - Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. PENDAPAT MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut; a. Minda yang mudah menyerap
  • 12. Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. b. Persekitaran yang tersedia Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. c. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. e. Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah Montessori; 1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan
  • 13. pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. 2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. 6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. 7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka. Prinsip- prinsip dalam kaedah Montessori . 1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. 2. Konsep kebebasan 3.Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar 4.- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh 5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. 6. Pentingnya disiplin diri. 7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak. 8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. 9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. 10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri JOHN DEWEY ( 1859 – 1952 )
  • 14. - Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika. - Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak. Pandangan Dewey berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. MARTIN LUTHER (1483 – 1546) Beliau mencadangkan pendidikan universal dan wajib, serta menitikberatkan keperluan mendirikan sekolah bagi mengajar kanak-kanak membaca. Luther berpendapat tujuan utama persekolahan adalah untuk mengajar agama.Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani perlu diintergrasikan dalam kurikulum. Luther yakin keluarga merupakan institusi paling penting dalam pendidikan kanak-kanak. Baginya pendidikan dan persekolahan adalah bagi pengajaran sosialisasi, keagamaan dan moral. JOHN AMOS COMENIUS (1592 – 1670) - John Amos Comenius mencadangkan supaya semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah dan sekolah perlu menggalakkan kanak-kanak supaya mereka merasa gembira terhadap diri mereka. - Beliau merasakan pendidikan perlu memberi pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah kebebasan, kegembiraan, dan keriangan. - Beliau juga percaya, pendidikan perlu mengikut aturan semula jadi, mengikut umur dan kaedah yang betul dan mengelakkan pembelajaran secara paksa sebelum kanak-kanak bersedia. Pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak - Buku pertama yang ditulis oleh John Amos Comenius adalah kamus bergambar bagi membantu pengajaran kanak-kanak. - Beliau mengalakkan integrasi kurikulum dan yakin pembelajaran perlu aktif. - Beliau percaya kanak-kanak perlu belajar tulisan dengan menulis, pertuturan dengan bertutur dan taakulan dengan menaakul. - Pembelajaran perlu bermula dari umum kepada khusus dan daripada mudah kepada susah. Beliau menekankan penggunaan bahan konkrit dan deria. - Semua deria perlu terlibat bagi pembelajaran yang berkesan, tunjukkan objek dan jelaskan apakan objek itu.
  • 15. - Sekolah merupakan bengkel kanak-kanak berkerja dengan penuh minat. - Aktiviti adalah sangat penting. JEAN PIAGET (1896-1980) - Piaget merupakan seorang saintis Swiss yang paling terkenal dan berpengaruh dalam pembentukan teori yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak. - Beliau terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang diasaskan berdasarkan kajiannya terhadap anak-anaknya sendiri. - Kajiannya berkaitan denganPembentukan konsep, pemikiran dan pembelajaran. Pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak - Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. a) Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. b) Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. c) Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian. Antara sumbangan Piaget yang menjadi amalan pendidik sehingga kini : - teori perkembangan kognitif yang menekankan peringkat deria motor, praoperasi, konkrit dan formal. - Teori konstruktivism menitikberatkan kecerdasan kanak-kanak berkembang melalui pembelajaran yang aktif. - Aktiviti mental dan fizikal adalah penting bagi perkembangan kognitif kanak-kanak.Kanak- kanak memerlukan pengalaman bagi membentuk struktur mental - Perkembangkan kognitif kanak-kanak adalah melalui interaksi dan penyesuaian dengan persekitaran.Perkembangan adalah proses berterusan dan hasil kematangan - Menggalakan pembelajaran aktif melalui objek konkrit. Lev Semerovich VygotsKy( 1896-1934) - Ahli psikologi dari Russia yang dilahirkan pada tahun 1896. - Pernah bekerja di Institute of Psychology in Moscow (1924–34), dan menekankan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang berhubung kait dengan hubungan antara bahasa dan pemikiran.
  • 16. - Penulisan beliau menekankan tentang peranan sejarah, budaya dan faktor sosial yang membentuk pengaruh kognitif kanak-kanak . - Meninggal dunia pada tahun 1934 akibat daripada jangkitan penyakit tuberculosis. Kepentingan pemikiran Vygotsky terhadap perkembangan kanak-kanak. a. Vygotsky.telah menyatakan bahawa telah membuat kajian bahawa persekitaran, budaya dan kebolehan berkomunikasi secara interpersonal banyak membantu perkembangan dan interaksi kanak-kanak. Melalui interaksi kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai budaya, gaya pertuturan, penulisan dan pelbagai simbol pengetahuan. Ini dapat membantu kanak-kanak supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehariannya. b. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan mindanya supaya lebih kreatif dan inovatif. Pada masa yang sama kanak-kanak itu akan dapat memberi makna yang abstrak dan membolehkannya meningkatkan kemahiran berfikir lebih kreatif dan kritis. c. Bermain juga dapat mempertingkatkan kebolehan sosialiasi kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak boleh memahami antara seorang individu dengan seorang individu dari segi kebolehan mengujudkan kemahiran-kemahiran komunikasi seperti, membina hubungan, memberi perhatian, kemahiran mendengar dan interpersonal dan intrapersonal. Boleh memahami peraturan-peraturan sesuatu permainan dengan ini ia akan menjadi seorang kanak- kanak yang sentiasa hormat kepada rakannya .d. Vygotsky juga telah menekankan bahawa kanak-kanak menjadi lebih konstruktif. Dalam konteks pembelajaran konstruktivisme ianya bermaksud bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dapat dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. e. Menurut Vygotsky Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) bermaksud prestasi pelajar, kebolehan menyelesaikan masalah melebihi kebolehan diri sendiri dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang berbeza. f. Disamping proses kognitif, teori konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing kanak-kanak untuk mencari makna terutamanya operasi merancang, mengarah dan menilai pemikirannya.