Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem

1,776 views

Published on

  • Be the first to comment

Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem

  1. 1. MODEL-MODEL PROGRAM LUAR NEGARA DAN KAITAN DENGAN SISTEM PRASEKOLAH KEBANGSAAN DISEDIAKAN OLEH ROSNANI BTE ABU BAKAR
  2. 2. FROEBEL  Digelar bapa tadika  Menekankan pembelajaran dalam suasana ceria  Persekitaran umpama dalam taman  Ruang belajar yang luas dan selesa  Kelas dihias untuk menarik minat kanak-kanak  Mendidik anak-anak menggunakan objek dalam memamahami pembelajaran  Mengenalkan kaedah belajar melalui bermain
  3. 3. SISTEM PRASEKOLAH KEBANGSAAN  Kelas prasekolah telah diarahkan supaya disediakan dengan suasana yang ceria, persekitaran yang selesa,luas dan menarik minat kanak-kanak.  Mengadakan sudut-sudut yang pelbagai dengan model-model bahan pembelajaran yang berwarna warni dan pelbagai guna.  Kaedah pengajaran belajar sambil bermain telah diterapkan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti menjurus kepada bermain tetapi mengandungi pembelajaran secara tidak langsung.  Kanak-kanak diberi kebebasan menggunakan bahan atau alatan yang disediakan dan meneroka pembelajaran baru. Guru-guru hanyalah pembimbing dan menyelia suasana agar aktiviti berjalan lancar dan matlamat boleh tercapai. Tiada arahan atau paksaan yang ditetapkan sebaliknya menggunakan kaedah boleh ubah mengikut keadaan.
  4. 4. MARIA MONTESSORI  Seorang doktor perubatan  Pendapat beliau masalah kanak-kanak adalah pendidikan bukan perubatan  Bertugas mengawal kanak-kanak miskin dan mendapat peluang mengembangkan kaedah pengajarannya  Menekankan aktiviti penerokaan dan penjelajahan untuk mengenali alam sekitar dan kehidupan seharian  Membahagikan bidang kemahiran, penjagaan diri,mempertajamkan sistem deria, membina diskriminasi visual kanak-kanak (warna),  Membina asas mnulis,membaca dan mengira(konseptual)
  5. 5. SISTEM PRASEKOLAH KEBANGSAAN  Jadual waktu kspk terdapat waktu untuk permainan luar di mana ditekankan pembelajaran secara penerokaan dan penjelajahan tentang persekitaran kehidupan. Begitu juga dengan slot-slot yang lain.  Memperkenalkan tunjang-tunjang iaitu komunikasi,fizikal dan estetika, kerohanian sikap dan nilai,ketrampilan diri,sains dan teknologi dan kemanusiaan  Menekankan masa untuk menguasai kemahiran asas iaitu teras dan bertema
  6. 6. HEADSTART  Program yang diperkenalkan di Amerika dan dinaungi oleh U.S. Department of health and human services.  Tujuannya adalah membantu kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah sebelum memasuki sekolah  Matlamatnya adalah membasmi kemiskinan dengan memberi pendidikan kepada kanak-kanak dan keluarga menerusi program komprehensif yang dapat membantu keperluan mereka.  Komponen utama adalah pendidikan,kesihatan,penglib atan ibu bapa dan perkhidmatan sosial.  Program ini melibatkan semua peringkat kanak-kanak, guru,institusi,keluarga,komuni ti dan organisasi pentadbiran kerajaan dan sukarela  Peranan guru program Headstart ini adalah lebih menyeluruh daripada kanak-kanak hinggalah keluarga dan komuniti.Guru juga berperanan mengenal pasti punca kelewatan pencapaian kanak-kanak menerusi intevensi
  7. 7. SISTEM PRASEKOLAH KEBANGSAAN  Sistem prasekolah kebangsaan mengaplikasikan program headstart ini dengan memberi keutamaan pemilihan kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah mengikut kawasan untuk belajar di kelas prasekolah  Jawatan kuasa pemilihan mestilah diwujudkan dimana ia melibatkan guru, pentadbir, pengerusi PIBG dan ahli jawatan kuasa prasekolah  Semua program prasekolah juga melibatkan institusi sekolah, keluarga, masyarakat serta negara.  Guru menjadi tonggak utama yang menjalankan misi ini menguruskan pelbagai urusan murid, peralatan, pembelajaran, pemakanan, pentadbiran dan apa sahaja yang dikehendaki oleh kementerian dengan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid.  Melalui KSPK prasekolah diharapkan dapat melahirkan kanak-kanak yang bersedia untuk memasuki alam persekolah dengan minda yang lengkap ,emosi yang bersedia dan fizikal yang mantap dan seterusnya berpadu menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari semua segi seperti yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
  8. 8. HIGH SCOPE  Berfokus kepada beberapa konsep iaitu pembelajaran aktif, menggunakan bahasa, menggambarkan pengalaman dan idea-idea, klasifikasi, konsep nombor,seriasi, hubungan ruang dan masa.  Ini adalah penting untuk pembangunan pemikiran dan sangat praktikal sebagai satu program kanak-kanak  Program ini menekankan perkembangan pemikiran kanak-kanak dan keupayaan memberi sebab musabab dan kebolehan kanak-kanak mempamerkan pengalaman dengan cara yang bermakna  Ia juga bergantung kepad penglibatan kanak-kanak secara aktif dengan bahan-bahan dan pembimbing guru yang membantu kanak-kanak membuat refleksi terhadap pengalaman mereka.  Aktiviti-aktiviti lain juga memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan kemahiran perkembangan mereka dalam bahasa(litetrasi)  Kesemua aspek perkembangan adalah penting bagi mengembangkan isi kandungan bagi sains,sosial,matematik,seni,kesihata n dan keselamatan dan semuanya disepadukan dalam bentuk tema mengikut minat kanak-kanak.
  9. 9. SISTEM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
  10. 10. REGGIO EMILIA  Pendekatan yang diambil bersempena nama bandar di Itali iaitu Reggio Emilia. Diasaskan oleh Loris Malaguzzi.  Beliau berpendapat bahawa pendidikan berasaskan hubungan, berfokuskan pada kanak-kanak berhubung dengan manusia, benda dan idea.  Matlamatnya untuk mengaktifkan dan membantu atau menyokong kanak-kanak menghubungkan idea dan penglibatan dengan rakan sebaya, ahli komuniti dan persekitaran fizikal.  Kanak-kanak, guru dan ibu bapa semuanya mempunyai hak dalam sistem dan belajar dengan sistem.

×