SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
GARIS PANDUAN
STRATEGI
MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN
(M2P)
DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
GARIS PANDUAN
STRATEGI
MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN
(M2P)
DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
Terbitan 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4 - 8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya
iv
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
ISI KANDUNGAN
RUKUN NEGARA iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v
1.0 PENGENALAN ....................................................................................... 1
2.0 OBJEKTIF STRATEGI M2P ................................................................... 1
3.0 KONSEP STRATEGI M2P ...................................................................... 2
4.0 TAFSIRAN ..............................................................................................
4.1 Mampatan
4.2 Pecutan
4.3 Pengayaan
4.4 Pedagogi Terbeza
3
5.0 PELAKSANAAN STRATEGI M2P ..........................................................
5.1 Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan Strategi M2P
6
6.0 SYARAT PENGGUNAAN STRATEGI M2P ............................................ 8
7.0 PANDUAN PERANCANGAN STRATEGI M2P DALAM PELAKSANAAN
KURIKULUM ........................................................................................... 9
8.0 PENUTUP ............................................................................................... 17
9.0 RUJUKAN ............................................................................................... 18
10.0 PENGHARGAAN .................................................................................... 19
1
1.0 PENGENALAN
Strategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) merupakan satu pilihan strategi
yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat
menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Melalui Strategi M2P guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan seterusnya
membuat pecutan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut
kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid. Melalui Strategi M2P juga, guru dapat
membezakan aktiviti, proses, produk dan persekitaran PdP mereka mengikut keperluan
murid. Selain itu, strategi ini dapat memberi guru autonomi untuk menjadikan
pelaksanaan kurikulum lebih fleksibel dan perancangan PdP dapat difokuskan kepada
keperluan murid secara individu. Strategi ini boleh digunakan semasa PdP dan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) atau Dokumen Penjajaran Kurikulum
(DPK).
2.0 OBJEKTIF STRATEGI M2P
Objektif pelaksanaan Strategi M2P adalah seperti yang berikut:
i. Menyediakan pendekatan PdP yang bersesuaian supaya potensi dan keupayaan
murid dalam pembelajaran dapat dioptimumkan.
ii. Menjimatkan masa pembelajaran murid yang telah menguasai sesuatu
kandungan kurikulum.
iii. Memenuhi keperluan pembelajaran murid yang berbeza agar elemen ekuiti dapat
dicapai.
iv. Menjadikan pembelajaran mencabar, menyeronokkan dan bermakna.
v. Meningkatkan amalan inklusif guru dalam pelaksanaan PdP.
vi. Menggalakkan amalan refleksi guru dalam meningkatkan kualiti PdP.
2
3.0 KONSEP STRATEGI M2P
Konsep Strategi M2P terdiri daripada empat elemen bermula dengan proses mampatan,
pecutan, pengayaan dan pedagogi terbeza (Rajah 1). Proses pecutan akan terhasil
apabila mampatan kurikulum berlaku. Secara tidak langsung, elemen pecutan akan
mewujudkan pengayaan dan pedagogi terbeza dilakukan oleh guru. Semua elemen ini
berlaku secara proses sulaman serentak atau bersepadu mengikut keperluan kognitif
murid yang berbeza serta kreativiti guru dalam menyediakan aktiviti PdP.
Rajah 1: Konsep Strategi M2P
(Sumber: Rorlinda dan Siti Aishah, 2021)
3
4.0 TAFSIRAN
4.1 MAMPATAN
Mampatan membawa maksud susunan semula kandungan kurikulum (mengikut tema,
topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif, tahap dan lain-lain) supaya pembelajaran murid
dapat dibina dalam masa yang lebih singkat. Mampatan dilakukan dalam keadaan murid
telah menguasai kandungan kurikulum. Kandungan yang telah dikuasai oleh murid akan
digantikan dengan pengetahuan baharu atau aktiviti pengayaan yang bersesuaian. Guru
akan membimbing dan memudah cara bagi setiap tajuk atau sub-tajuk dengan
mengaplikasikan pembelajaran terbeza dengan berkesan. Kandungan tidak akan
dimampatkan bagi murid yang belum menguasai kandungan kurikulum.
4.2 PECUTAN
Pecutan ialah proses PdP untuk membolehkan murid memendekkan tempoh
pembelajaran kandungan kurikulum. Kaedah ini memberi penekanan PdP mengikut
kebolehan dan keupayaan murid selaras dengan keperluan mereka. Pecutan yang boleh
dilaksanakan oleh guru merupakan kemajuan berterusan (continuous progress) iaitu
pecutan yang berlaku apabila murid diberi kandungan kurikulum baharu kerana
kandungan kurikulum sebelum ini telah lengkap dan dikuasai sepenuhnya. Kemajuan
murid dalam kategori ini dipecutkan mengikut tahap kebolehan dan berbeza dengan
rakan sekelas mereka.
4.3 PENGAYAAN
Pengayaan memberi peluang pembelajaran tambahan yang dapat mencabar pemikiran
atau menarik minat serta motivasi murid. Aktiviti pengayaan memberi murid peluang
untuk mendalami pelbagai aspek pembelajaran dengan lebih mendalam. Aktiviti
pengayaan dapat menggalakkan murid mengamalkan budaya pemikiran kritikal dan
kreatif. Pengayaan juga membolehkan murid mengembangkan kemahiran serta memberi
fokus untuk mempelajari sesuatu topik secara bebas. Melalui aktiviti pengayaan, murid
lebih komited, bertanggungjawab dan tekun dalam pembelajaran mereka untuk
mencapai objektif yang dihasratkan.
4
Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dalam bentuk interaktif, kolaboratif, berasaskan
inkuiri, berfokuskan projek dan lain-lain. Contoh aktiviti pengayaan yang boleh
dilaksanakan adalah seperti pengekodan, papan permainan, seni dan kraf, gamifikasi,
teka-teki, tarian, sukan dan latihan, reka bentuk, fotografi, pembuatan filem, lukisan dan
animasi, robotik penulisan kreatif dan lain-lain. Aktiviti pengayaan yang dilaksanakan
berdasarkan minat, kebolehan dan, keupayaan murid.
4.4 PEDAGOGI TERBEZA
Pedagogi terbeza ialah pendekatan pengajaran yang melibatkan guru secara proaktif
menjangka dan bertindak terhadap keupayaan murid yang pelbagai dalam sesi PdP.
Konsep pedagogi terbeza digambarkan seperti di Rajah 2.
Rajah 2: Konsep Pedagogi Terbeza
Pedagogi terbeza boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya satu
daripada empat aspek iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran berdasarkan
kesediaan, minat dan profil murid.
5
Kandungan boleh dibezakan dengan memampatkan kandungan kurikulum mengikut
tema, topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif dan tahap melalui pendekatan yang
disesuaikan dengan tahap keupayaan murid. Mampatan kandungan dalam pedagogi
terbeza dilakukan berdasarkan tahap penguasaan murid terhadap kandungan yang akan
dipelajari dengan mengambil kira tahap kognitif yang dipetakan oleh Taksonomi Blooms.
Proses merujuk kepada kaedah dan aktiviti PdP yang dilaksanakan oleh guru bagi
mengoptimumkan tahap penguasaan murid. Proses pedagogi terbeza berlaku apabila
murid mempelajari kandungan yang sama melalui pendekatan, kaedah dan teknik
pembelajaran yang berbeza. Hal ini demikian kerana tidak semua murid memerlukan
sokongan yang sama. Guru boleh memberi sokongan berdasarkan keperluan individu.
Murid boleh bekerja secara berpasangan, kumpulan kecil atau secara individu.
Keseluruhan proses pedagogi terbeza yang dilaksanakan mestilah berpusatkan murid.
Produk bergantung kepada objektif atau standard pembelajaran yang hendak dicapai
melalui proses PdP yang dirancang. Produk yang dihasilkan oleh murid merupakan
sebahagian daripada proses pentaksiran. Guru memainkan peranan yang penting dalam
merancang aktiviti pembelajaran bagi memenuhi keperluan kecerdasan yang pelbagai.
Sebagai contoh, murid yang mahir dalam kecerdasan visual-ruang boleh menghasilkan
poster, manakala murid kinestetik pula boleh membuat lakonan dan main peranan.
Produk yang dihasilkan ini boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk sama ada dalam
bentuk fizikal, digital atau projek yang autentik mengikut keupayaan murid.
Persekitaran melibatkan tempat dan suasana pelaksanaan proses PdP. Proses PdP
boleh dilaksanakan sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dengan
menggunakan kaedah yang lain daripada kebiasaan dan lebih fleksibel. Tujuan
membezakan persekitaran pembelajaran adalah untuk mencetuskan minat, keseronokan
dan memberi motivasi kepada murid dalam proses PdP.
6
5.0 PELAKSANAAN STRATEGI M2P
Strategi M2P dilaksanakan melalui pedagogi terbeza di mana guru akan membuat
mampatan kandungan mengikut keperluan keupayaan murid yang pelbagai. Keupayaan
murid yang pelbagai akan dikenal pasti melalui praujian. Praujian boleh dilaksanakan di
dalam pelbagai bentuk untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid terhadap
kandungan yang akan dipelajari. Antara kaedah praujian mudah dan ringkas yang boleh
digunakan oleh guru adalah seperti kuiz, soalan pendek, soalan aneka pilihan, sesi soal
jawab secara lisan, video, perbincangan ringkas, bercerita dan sebagainya. Berdasarkan
praujian, murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap keupayaan
mereka seperti berikut:
• Kumpulan Kukuh I – Kumpulan murid yang belum menguasai kandungan
kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang menyokong dan
membantu mereka untuk menguasai kandungan kurikulum yang ditetapkan.
• Kumpulan Kukuh II – Kumpulan murid yang telah menguasai kandungan
kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang dapat
memperkukuhkan tahap penguasaan sedia ada.
• Kumpulan Pengayaan – Kumpulan murid yang telah menguasai sepenuhnya
kandungan kurikulum melebihi rakan yang lain. Kumpulan ini akan menerima
pendekatan PdP yang dapat mencabar pemikiran, menarik minat dan
meningkatkan motivasi agar potensi dan keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
7
Proses pelaksanaan Strategi M2P digambarkan seperti berikut:
Rajah 3: Proses Pelaksanaan Strategi M2P
5.1 Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan Strategi M2P:
1. Mengenal pasti Standard Kandungan (SK) / Standard Pembelajaran (SP) atau
Scheme of Work (SOW).
2. Merancang proses PdP:
i. menetapkan objektif
ii. menyediakan praujian
iii. menyediakan bahan dan aktiviti untuk tiga kumpulan
iv. menyediakan rubrik untuk pentaksiran (sekiranya perlu)
v. menyediakan pascaujian
3. Menjalankan set induksi dan praujian.
8
4. Membahagikan murid kepada kumpulan (Kukuh I, Kukuh II dan Pengayaan)
berdasarkan praujian.
5. Menjalankan bimbingan dan memudah cara PdP. Guru bergerak dari satu kumpulan
ke satu kumpulan mengikut keperluan murid yang telah dikenal pasti. Pentaksiran
boleh berlaku secara langsung dan tidak langsung.
6. Menjalankan pascaujian.
7. Merancang dan melaksanakan intervensi yang berterusan mengikut keperluan murid.
6.0 SYARAT PENGGUNAAN STRATEGI M2P
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh guru sebelum mempertimbangkan
dan memilih untuk menggunakan Strategi M2P ini. Antaranya adalah seperti yang berikut:
i. Guru mestilah menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar. Hal ini
demikian kerana setiap proses dalam penggunaan strategi ini memerlukan
pertimbangan profesional guru untuk membuat keputusan dalam mereka bentuk
sesuatu rancangan pengajaran yang terbeza dan berfokus kepada keperluan
murid mereka.
ii. Guru perlu memahami dan menghayati konsep Strategi M2P. Pelaksanaan
Strategi M2P, berjaya melalui persediaan dan perancangan yang lebih awal
dengan teliti untuk menjangka keperluan dan kebolehan murid.
iii. Guru perlu bersedia melaksanakan Strategi M2P
• Memahami dan menguasai kandungan kurikulum mata pelajaran.
• Mengenali, memahami, dan meraikan kepelbagaian murid tanpa mengira latar
belakang keupayaan, kaum, agama, sosioekonomi dan lain-lain.
9
• Menghayati nilai inklusif dan mempunyai iltizam dalam membimbing
pemupukan nilai positif murid.
• Memberi peluang untuk mempertingkatkan potensi murid.
• Meningkatkan profesionalisme guru bagi memenuhi atau menyantuni
keperluan murid yang pelbagai keupayaan (Kukuh I, Kukuh II, Pengayaan).
• Meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat, idea dan strategi PdP
untuk lebih kreatif dan inovatif.
iv. Murid telah menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan
Strategi M2P sesuai dilaksanakan untuk murid yang telah menguasai kandungan
kurikulum yang dihasratkan agar sokongan dalam bentuk pengukuhan dan
pengayaan untuk meningkatkan potensi dan tahap penguasaan mereka dapat
dioptimumkan.
7.0 PANDUAN PERANCANGAN PENGAJARAN STRATEGI M2P DALAM
PELAKSANAAN KURIKULUM
Templat Panduan Perancangan Strategi M2P dalam pelaksanaan kurikulum telah
disediakan seperti di Jadual 1. Templat ini boleh digunakan sebagai panduan bagi
merancang Strategi M2P dalam pelaksanaan kurikulum untuk sekolah menengah dan
sekolah rendah.
10
Jadual 1
PANDUAN PERANCANGAN PENGAJARAN
STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN (M2P) DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
MATA PELAJARAN HARI
TOPIK/TEMA TARIKH
TAHUN/TINGKATAN MASA/TEMPOH
STANDARD KANDUNGAN:
STANDARD PEMBELAJARAN:
JENIS PRAUJIAN
TAHAP KUKUH I KUKUH II PENGAYAAN
OBJEKTIF 1.
2.
1.
2.
3.
1.
2.
3.
SET INDUKSI
AKTIVITI PdP
(mengikut urutan - aktiviti yang
menarik dan berkesan dalam
tempoh masa yang realistik)
1. (mula)
2. (pertengahan)
3. (penutup)
1.
2.
3.
1.
2.
3
GABUNG JALIN/PENERAPAN
1. EMK
2. KECERDASAN PELBAGAI
3. KBAT
4. PAK-21
JENIS PASCAUJIAN
IMPAK/REFLEKSI
CATATAN
11
Nota:
1. Guru tidak perlu melaksanakan praujian pada setiap sesi PdP. Praujian dilaksanakan untuk mengesan tahap
penguasaan murid bagi kandungan atau unit yang baharu.
2. Rancangan pengajaran yang sama boleh digunakan untuk beberapa sesi PdP sekiranya pelaksanaan PdP untuk
kandungan yang dirancang tidak selesai.
3. Guru akan merancang aktiviti PdP untuk tiga kumpulan (Kukuh I, Kukuh II dan Pengayaan). Walau bagaimanapun,
hasil praujian mungkin menunjukkan hanya satu atau dua kumpulan yang perlu diwujudkan.
4. Guru boleh mendapatkan bahan sokongan PdP melalui repositori SUMBERKU.
5. Impak atau Refleksi perlu dicatat selepas sesi PdP.
• Impak- merujuk kepada kesan yang ketara terhadap murid selepas sesi PdP.
• Refleksi - merujuk kepada penilaian terhadap aktiviti dan proses PdP serta tindakan atau reaksi dan
perasaan terhadap sesi PdP. Perancangan atau tindakan yang wajar boleh dicatat sebagai penyelesaian atau
reaksi yang sesuai terhadap sesuatu peristiwa semasa proses PdP.
12
Templat perancangan pengajaran Strategi M2P yang disediakan, selaras dengan
kebanyakan templat rancangan pengajaran harian yang digunakan oleh guru, namun,
beberapa penambahan maklumat dinyatakan agar menepati definisi dan objektif Strategi
M2P untuk guru membuat pertimbangan profesional dan mereka bentuk perancangan
proses PdP yang terbeza mengikut keperluan murid.
Perincian lain yang dinyatakan dalam templat ini meliputi:
Bil Elemen Penerangan
1. Tempoh/Masa • bergantung kepada aktiviti PdP yang dirancang.
• berubah mengikut aktiviti sama ada untuk tema,
topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif dan tahap
sesuatu mata pelajaran.
2. Praujian • digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
dan pengetahuan sedia ada murid.
• ciri praujian ialah mudah dan ringkas yang boleh
digunakan oleh guru seperti kuiz, soalan pendek,
soalan aneka pilihan, sesi soal jawab secara lisan,
video, perbincangan ringkas dan bercerita.
3. Kumpulan murid • tiga kumpulan iaitu Kukuh I, Kukuh II dan
Pengayaan.
4. Set induksi • berfungsi untuk merangsang minat dan perasaan
ingin tahu murid.
5. Objektif • pernyataan objektif yang spesifik berdasarkan
kandungan kurikulum yang ingin dicapai
6. Elemen gabung
jalin/penerapan
• Elemen Merentas Kurikulum (EMK);
• Kecerdasan pelbagai;
• Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT); dan
• Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).
7. Pascaujian • dirancang untuk menilai keberkesanan dan impak
aktiviti PdP kepada murid
8. Catatan • ruang untuk membuat catatan lain seperti aktiviti
atau perkara yang berlaku secara adhoc (tanpa
dirancang) dan memerlukan perubahan proses PdP
dengan kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk lebih
fleksibel semasa proses PdP.
13
Pemilihan strategi pedagogi melibatkan pemahaman objektif PdP yang hendak dicapai
dan pemilihan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mempraktiskan
kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni
dan etika. Pemilihan strategi pedagogi juga melibatkan kebolehlaksanaan aktiviti dalam
aspek masa dan sumber serta memahami minat dan keupayaan murid. Terdapat empat
elemen gabung jalin atau penerapan dalam panduan perancangan Strategi M2P iaitu
kecerdasan pelbagai, elemen merentas kurikulum, pembelajaran abad ke-21 dan
kemahiran berfikir aras tinggi.
7.1 Kecerdasan Pelbagai
Pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan secara profesional dalam
merancang aktiviti PdP. Faktor ini termasuk motivasi, kecenderungan, kepelbagaian
kecerdasan, konsep kendiri dan gaya belajar murid. Pemahaman guru tentang keperluan
dan cabaran murid membantu dalam merancang pelbagai aktiviti yang menyeronokkan,
berkesan dan bermakna bagi murid. Menurut Gardner (1983), setiap manusia
mempunyai lapan kecerdasan pelbagai dan setiap individu mempunyai cara belajar yang
berbeza mengikut kecerdasan masing-masing. Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik,
logik-matematik, visual-ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis,
dan kerohanian. Murid yang cenderung kepada logik-matematik misalnya, mahir
menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikiran secara konseptual dan abstrak.
Murid ini dapat menyelesaikan masalah kompleks berkaitan matematik dengan mudah
serta membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap. Murid yang lebih bersifat interpersonal mudah
memahami perasaan, motivasi, hasrat orang lain dan dapat berinteraksi dengan mudah.
Mereka dapat bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan
sesuatu yang berfaedah. Perancangan aktiviti, contohnya pembelajaran secara
berkumpulan yang melibatkan murid kecerdasan pelbagai ini dapat membantu
meningkatkan pencapaian mereka.
14
7.2 Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses PdP selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Terdapat 10
EMK iaitu bahasa, kelestarian alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme,
kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian
global dan pendidikan kewangan.
7.3 Pembelajaran Abad Ke-21
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
kerjaya berteraskan amalan nilai murni. Pedagogi abad ke-21(PAK-21) mengandungi
lapan komponen utama, meliputi pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi,
pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek,
mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai sumber maklumat,
menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran.
PAK-21 memberi fokus kepada kelancaran maklumat, media dan teknologi. Justeru,
murid perlu didedahkan kepada penggunaan teknologi dengan cara inovatif untuk
menyediakan mereka dalam dunia dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
PAK-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika
(4K 1N). Guru akan menetapkan objektif, merancang aktiviti berteraskan elemen 4K 1N,
fleksibel dan merungkai kurikulum (unpack curriculum) berdasarkan keupayaan murid
ketika merancang pembelajaran murid. Guru perlu bijak memupuk keupayaan murid
untuk menganalisis, mensintesis dan menilai fakta serta maklumat, menggunakan
kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
15
7.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi – Aplikasi Taksonomi Bloom dalam Strategi M2P
Aktiviti PdP yang bersifat ansur maju menepati aras Taksonomi Bloom (TB):
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pengadaptasian
taksonomi ini membantu guru merancang aktiviti mengikut tahap dan memberi definisi
yang standard untuk menerang serta mengelas hasil pembelajaran. Taksonomi Bloom
juga boleh digunakan sebagai asas dalam menyatakan tingkah laku murid yang
dikehendaki.
Idea utama mengaplikasi kategori taksonomi dalam Strategi M2P bertujuan untuk
memastikan wujud keselarasan antara pernyataan objektif PdP dengan aktiviti
pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran. Justeru, guru perlu membezakan
kandungan dengan merancang aktiviti untuk kumpulan murid yang merangkumi pelbagai
tahap TB. Enam tahap TB, iaitu:
(i) mengingat/remembering
(ii) memahami/understanding
(iii) mengaplikasi/applying
(iv) menganalisis/analysing
(v) menilai/evaluating
(vi) mencipta/creating
Tahap atau kategori TB terdapat kata kerja yang membawa kepada tindakan setiap
peringkat. Kata kerja ini berguna dalam perancangan aktiviti pembelajaran, pembinaan
rubrik dan tugasan lain termasuk penilaian atau pentaksiran mengikut ketetapan dalam
objektif pembelajaran.
Bagi menghasilkan keberkesanan pembelajaran menggunakan Strategi M2P, senarai
kata kerja bagi setiap tahap TB perlu difahami dengan jelas bagi menentukan pemilihan
aras penguasaan pembelajaran dan aktiviti yang bakal dijalankan bagi mencapai objektif
PdP seperti di Rajah 4.
16
Rajah 4: Taksonomi Bloom
Kesemua elemen gabung jalin berkait rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama
lain. Elemen ini penting bagi melengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran sebagai
persediaan mereka untuk menghadapi cabaran kompleks abad ke-21. Oleh itu, guru
perlu mempunyai pengetahuan PAK-21 serta memainkan peranan aktif dalam proses
PdP untuk memastikan bahawa kandungan, pedagogi dan pentaksiran bukan hanya
berfokus kepada aspek kognitif, tetapi juga aspek psikomotor dan afektif. Guru perlu
sentiasa membuat refleksi terhadap pedagogi yang dilaksanakan supaya sesuai dengan
PdP yang menyediakan murid dalam dunia kompleks serta dinamik yang dipengaruhi
17
oleh globalisasi dan revolusi teknologi digital. Hasrat ini selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
8.0 PENUTUP
Dalam konteks ini, Strategi M2P merupakan satu strategi yang dapat diaplikasi dan
diadaptasi dalam melaksanakan PdP. Perancangan yang teliti dan lengkap melalui
pertimbangan profesional dapat membantu memperkasakan instruksional guru. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat agar Garis Panduan Strategi M2P
dapat membantu guru agar lebih kreatif dan inovatif dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti PdP bagi memenuhi keperluan murid secara individu.
Panduan Perancangan Pengajaran telah disediakan bagi beberapa mata pelajaran
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bersama bahan sokongan yang berkaitan.
Bahan tersebut boleh diakses dari SumberKU di portal DELIMa seperti berikut:
https://sumberku.moe-dl.edu.my/
18
9.0 RUJUKAN
Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and
assessing. (Abr. ed). Allyn and Bacon.
Eidelman, D. D. (2018). Spark Accelerated Learning with Differentiated Instruction: A
Plan for Reaching Each Student Every Day. https://itutor.com.
Kementerian Pendidikan Malaysia, K. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: KPM.
Rorlinda Yusof, Siti Aishah Hasan. (2021). Kerangka M2P (Mampatan, Pecutan,
Pengayaan). Rekacipta. No. Fail: UKM.IKM.800-4/1/3508. Pusat Inovasi Kolaboratif.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tomlinson, C. A. (2014). The Differentiated Classroom. Responding to the Needs of All
Learrners. (2nd ed.). ASCD.
Tomlinson, C. A. (2017). How to Differentiate Instruction in Academically Diverse
Classrooms. (3rd ed.). ASCD.
19
10.0 PENGHARGAAN
PENASIHAT
TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN
PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENGERUSI
PN. FAZLINAH BINTI SAID
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR SAINS SOSIAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENGERUSI BERSAMA
DR. KASHRY BIN AB. RANI
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PENDIDKAN KHAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PANEL PAKAR DAN PENGAMAL STRATEGI M2P
PROF. MADYA DR. RORLINDA BINTI YUSUF
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PN. SITI AISHAH BINTI HASSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PANEL PENULIS
DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF
SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MEJAR DR. ROSMALILY BINTI SALLEH
SEKTOR PENDIDKAN KHAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
EN. ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID
SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
20
SUMBANGAN CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN STRATEGI M2P
PN. CHIN FONG PHIN
PN. SITI RAHAYU BINTI MUHAAMMAD
UNIT BAHASA MELAYU
SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PN. KALAICHELVI A/P SUBRAMANIAM UNIT BAHASA INGGERIS
SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
EN. KUMARESAN A/L M. SUBRAMANIAM UNIT MATEMATIK ASAS
SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PN. RUSLAWATI BINTI MAT ISA
PN. ALYENDA BINTI AB. AZIZ
UNIT SAINS HAYAT
SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
EN. AZMI BIN HARUN UNIT SAINS DAN SAINS TAMBAHAN
SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PN. ROSITA BINTI MAT ZAIN
PN. NORAIDA BINTI MD. IDRUS
PN. NORDIANA BINTI AHMAD
UNIT MATEMATIK DAN MATEMATIK
TAMBAHAN
SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
EN. CHIANG KOK WEI MENTOR TIMSS PISA
SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
EN. MHD SHAFIEE BIN ABD GHANI
EN. NORHAZIRULDIN BIN IBRAHIM
PN. SITI KHADIJAH BINTI ABDULLAH
UNIT GEOGRAFI DAN PENDIDIKAN ALAM
SEKITAR
SEKTOR SAINS SOSIAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PN. SITI SARAH BINTI MOHD NOOR UNIT SEJARAH
SEKTOR SAINS SOSIAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
21
PN. FAIZAH BINTI ISMAIL
PN. ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL
UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
REKA BENTUK TEKNOLOGI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
CIK NUR MURIZA BINTI MUSA UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PN. RUSZIDAH BINTI LIMAT
EN. MOHD SHAZLAN BIN SHAHUDIN
EN. FIRDAUS BIN ZAKEYUDDIN
UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKTOR
KESENIAN DAN KESIHATAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
EN. HASRUDIN BIN HASSAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM TERAS DAN
ELEKTIF
SEKTOR KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
PN. FAZLIN BINTI IBRAHIM UNIT PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEKNIKAL
KLUSTER PEMBANGUNAN KURIKULUM
DAN PROGRAM TVET
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
TEKNIKAL VOKASIONAL
EN. NURUL MUKHLIS BIN KOSTOR UNIT PEMBANGUNAN KURIKULUM
VOKASIONAL
KLUSTER PEMBANGUNAN KURIKULUM
DAN PROGRAM TVET
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
TEKNIKAL VOKASIONAL
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4,6-8 Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-88842000
Faks:03-88889917

More Related Content

What's hot

Modul bahan belajar pedagogi - 2021
Modul bahan belajar   pedagogi - 2021Modul bahan belajar   pedagogi - 2021
Modul bahan belajar pedagogi - 2021Budi Yanto
 
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)Potpotya Fitri
 
Modul Matematika SMP KK F
Modul Matematika SMP KK FModul Matematika SMP KK F
Modul Matematika SMP KK FEdris Zahroini
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya gurumuhamad hasif
 
Modul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK DModul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK DEdris Zahroini
 
Kerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daring
Kerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daringKerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daring
Kerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daringRahma Rahmawinasa
 
Peningkatan kompetensi guru
Peningkatan kompetensi guruPeningkatan kompetensi guru
Peningkatan kompetensi guruAnny Rohyani
 
Makalah dosen 4.0
Makalah dosen 4.0Makalah dosen 4.0
Makalah dosen 4.0Budi Legowo
 
Materi pelatihan kurikulum 2013
Materi pelatihan kurikulum 2013Materi pelatihan kurikulum 2013
Materi pelatihan kurikulum 2013syifaul123
 
Pp kn sma smk kelompok kompetensi b
Pp kn sma smk kelompok kompetensi bPp kn sma smk kelompok kompetensi b
Pp kn sma smk kelompok kompetensi beli priyatna laidan
 
3. modul 3. pengukura peminatan peserta didik
3. modul 3. pengukura peminatan peserta didik3. modul 3. pengukura peminatan peserta didik
3. modul 3. pengukura peminatan peserta didiksyifaul123
 
Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014
Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014
Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014Sarvirawan Wanto
 
Modul Matematika SMP KK H
Modul Matematika SMP KK HModul Matematika SMP KK H
Modul Matematika SMP KK HEdris Zahroini
 
Modul Matematika SMP KK B
Modul Matematika SMP KK BModul Matematika SMP KK B
Modul Matematika SMP KK BEdris Zahroini
 
5. modul 5. ept pelayanan peserta didik
5. modul 5. ept pelayanan peserta didik5. modul 5. ept pelayanan peserta didik
5. modul 5. ept pelayanan peserta didiksyifaul123
 

What's hot (18)

Modul bahan belajar pedagogi - 2021
Modul bahan belajar   pedagogi - 2021Modul bahan belajar   pedagogi - 2021
Modul bahan belajar pedagogi - 2021
 
Pakem
PakemPakem
Pakem
 
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
 
Modul Matematika SMP KK F
Modul Matematika SMP KK FModul Matematika SMP KK F
Modul Matematika SMP KK F
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya guru
 
Modul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK DModul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK D
 
Kerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daring
Kerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daringKerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daring
Kerangka peningkatan kompetensi ptk melalui daring
 
Peningkatan kompetensi guru
Peningkatan kompetensi guruPeningkatan kompetensi guru
Peningkatan kompetensi guru
 
Smp kk d
Smp kk dSmp kk d
Smp kk d
 
Makalah dosen 4.0
Makalah dosen 4.0Makalah dosen 4.0
Makalah dosen 4.0
 
Materi pelatihan kurikulum 2013
Materi pelatihan kurikulum 2013Materi pelatihan kurikulum 2013
Materi pelatihan kurikulum 2013
 
Pp kn sma smk kelompok kompetensi b
Pp kn sma smk kelompok kompetensi bPp kn sma smk kelompok kompetensi b
Pp kn sma smk kelompok kompetensi b
 
Kk b biologi 14_juni
Kk b biologi 14_juniKk b biologi 14_juni
Kk b biologi 14_juni
 
3. modul 3. pengukura peminatan peserta didik
3. modul 3. pengukura peminatan peserta didik3. modul 3. pengukura peminatan peserta didik
3. modul 3. pengukura peminatan peserta didik
 
Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014
Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014
Pengembangan Kurikulum Pelatihan 2014
 
Modul Matematika SMP KK H
Modul Matematika SMP KK HModul Matematika SMP KK H
Modul Matematika SMP KK H
 
Modul Matematika SMP KK B
Modul Matematika SMP KK BModul Matematika SMP KK B
Modul Matematika SMP KK B
 
5. modul 5. ept pelayanan peserta didik
5. modul 5. ept pelayanan peserta didik5. modul 5. ept pelayanan peserta didik
5. modul 5. ept pelayanan peserta didik
 

Similar to Strategi M2P untuk PdP

Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdfBuku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdfMUHAMMADFARISBINAHMA
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptxSUHAILA28
 
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...Irman Ramly
 
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfMilawati44
 
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfIrman Ramly
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Stephanie Unsil
 
PERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA
PERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKAPERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA
PERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKANgakanPutuSuarjana
 
03. panduan pengembangan rpp rph final-bersih
03. panduan pengembangan rpp rph final-bersih03. panduan pengembangan rpp rph final-bersih
03. panduan pengembangan rpp rph final-bersihandriie67
 
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxPaparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxNardi25
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaTugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaSusanti Susanti
 
MATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptx
MATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptxMATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptx
MATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptxmuhelyasprabowo
 
Kurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptx
Kurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptxKurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptx
Kurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptxDadangNurdin4
 
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)Cikgu Naqib
 
Modul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdf
Modul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdfModul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdf
Modul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdfArifinArifin89
 
PROGRAM PKB Fixx.docx
PROGRAM PKB Fixx.docxPROGRAM PKB Fixx.docx
PROGRAM PKB Fixx.docxanon861507785
 

Similar to Strategi M2P untuk PdP (20)

Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdfBuku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
 
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
 
KAPASITI PEDAGOGI.pdf
KAPASITI PEDAGOGI.pdfKAPASITI PEDAGOGI.pdf
KAPASITI PEDAGOGI.pdf
 
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
 
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Panduan edu3103
Panduan edu3103Panduan edu3103
Panduan edu3103
 
Tugas kurikulum sule
Tugas kurikulum suleTugas kurikulum sule
Tugas kurikulum sule
 
Tugas kurikulum sule
Tugas kurikulum suleTugas kurikulum sule
Tugas kurikulum sule
 
PERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA
PERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKAPERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA
PERAN PENGAWAS SEKOLAH DALAM IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA
 
03. panduan pengembangan rpp rph final-bersih
03. panduan pengembangan rpp rph final-bersih03. panduan pengembangan rpp rph final-bersih
03. panduan pengembangan rpp rph final-bersih
 
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxPaparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaTugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
 
MATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptx
MATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptxMATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptx
MATERI PENGEMBANGAN BAHAN AJAR 2022 .pptx
 
Kurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptx
Kurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptxKurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptx
Kurmer IN_IVI (22 Oktober 2022)_Hanun.pptx
 
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
 
Modul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdf
Modul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdfModul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdf
Modul 5 CPP A5 - Penetapan Tujuan, Refleksi, Umpan Balik - FINAL-1.pdf
 
PROGRAM PKB Fixx.docx
PROGRAM PKB Fixx.docxPROGRAM PKB Fixx.docx
PROGRAM PKB Fixx.docx
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 

Strategi M2P untuk PdP

  • 1. GARIS PANDUAN STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN (M2P) DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
  • 2.
  • 3. GARIS PANDUAN STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN (M2P) DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
  • 4. Terbitan 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4 - 8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 Putrajaya
  • 5. iv RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. v FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
  • 7. ISI KANDUNGAN RUKUN NEGARA iv FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v 1.0 PENGENALAN ....................................................................................... 1 2.0 OBJEKTIF STRATEGI M2P ................................................................... 1 3.0 KONSEP STRATEGI M2P ...................................................................... 2 4.0 TAFSIRAN .............................................................................................. 4.1 Mampatan 4.2 Pecutan 4.3 Pengayaan 4.4 Pedagogi Terbeza 3 5.0 PELAKSANAAN STRATEGI M2P .......................................................... 5.1 Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan Strategi M2P 6 6.0 SYARAT PENGGUNAAN STRATEGI M2P ............................................ 8 7.0 PANDUAN PERANCANGAN STRATEGI M2P DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM ........................................................................................... 9 8.0 PENUTUP ............................................................................................... 17 9.0 RUJUKAN ............................................................................................... 18 10.0 PENGHARGAAN .................................................................................... 19
  • 8. 1 1.0 PENGENALAN Strategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) merupakan satu pilihan strategi yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan. Melalui Strategi M2P guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan seterusnya membuat pecutan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid. Melalui Strategi M2P juga, guru dapat membezakan aktiviti, proses, produk dan persekitaran PdP mereka mengikut keperluan murid. Selain itu, strategi ini dapat memberi guru autonomi untuk menjadikan pelaksanaan kurikulum lebih fleksibel dan perancangan PdP dapat difokuskan kepada keperluan murid secara individu. Strategi ini boleh digunakan semasa PdP dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) atau Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK). 2.0 OBJEKTIF STRATEGI M2P Objektif pelaksanaan Strategi M2P adalah seperti yang berikut: i. Menyediakan pendekatan PdP yang bersesuaian supaya potensi dan keupayaan murid dalam pembelajaran dapat dioptimumkan. ii. Menjimatkan masa pembelajaran murid yang telah menguasai sesuatu kandungan kurikulum. iii. Memenuhi keperluan pembelajaran murid yang berbeza agar elemen ekuiti dapat dicapai. iv. Menjadikan pembelajaran mencabar, menyeronokkan dan bermakna. v. Meningkatkan amalan inklusif guru dalam pelaksanaan PdP. vi. Menggalakkan amalan refleksi guru dalam meningkatkan kualiti PdP.
  • 9. 2 3.0 KONSEP STRATEGI M2P Konsep Strategi M2P terdiri daripada empat elemen bermula dengan proses mampatan, pecutan, pengayaan dan pedagogi terbeza (Rajah 1). Proses pecutan akan terhasil apabila mampatan kurikulum berlaku. Secara tidak langsung, elemen pecutan akan mewujudkan pengayaan dan pedagogi terbeza dilakukan oleh guru. Semua elemen ini berlaku secara proses sulaman serentak atau bersepadu mengikut keperluan kognitif murid yang berbeza serta kreativiti guru dalam menyediakan aktiviti PdP. Rajah 1: Konsep Strategi M2P (Sumber: Rorlinda dan Siti Aishah, 2021)
  • 10. 3 4.0 TAFSIRAN 4.1 MAMPATAN Mampatan membawa maksud susunan semula kandungan kurikulum (mengikut tema, topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif, tahap dan lain-lain) supaya pembelajaran murid dapat dibina dalam masa yang lebih singkat. Mampatan dilakukan dalam keadaan murid telah menguasai kandungan kurikulum. Kandungan yang telah dikuasai oleh murid akan digantikan dengan pengetahuan baharu atau aktiviti pengayaan yang bersesuaian. Guru akan membimbing dan memudah cara bagi setiap tajuk atau sub-tajuk dengan mengaplikasikan pembelajaran terbeza dengan berkesan. Kandungan tidak akan dimampatkan bagi murid yang belum menguasai kandungan kurikulum. 4.2 PECUTAN Pecutan ialah proses PdP untuk membolehkan murid memendekkan tempoh pembelajaran kandungan kurikulum. Kaedah ini memberi penekanan PdP mengikut kebolehan dan keupayaan murid selaras dengan keperluan mereka. Pecutan yang boleh dilaksanakan oleh guru merupakan kemajuan berterusan (continuous progress) iaitu pecutan yang berlaku apabila murid diberi kandungan kurikulum baharu kerana kandungan kurikulum sebelum ini telah lengkap dan dikuasai sepenuhnya. Kemajuan murid dalam kategori ini dipecutkan mengikut tahap kebolehan dan berbeza dengan rakan sekelas mereka. 4.3 PENGAYAAN Pengayaan memberi peluang pembelajaran tambahan yang dapat mencabar pemikiran atau menarik minat serta motivasi murid. Aktiviti pengayaan memberi murid peluang untuk mendalami pelbagai aspek pembelajaran dengan lebih mendalam. Aktiviti pengayaan dapat menggalakkan murid mengamalkan budaya pemikiran kritikal dan kreatif. Pengayaan juga membolehkan murid mengembangkan kemahiran serta memberi fokus untuk mempelajari sesuatu topik secara bebas. Melalui aktiviti pengayaan, murid lebih komited, bertanggungjawab dan tekun dalam pembelajaran mereka untuk mencapai objektif yang dihasratkan.
  • 11. 4 Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dalam bentuk interaktif, kolaboratif, berasaskan inkuiri, berfokuskan projek dan lain-lain. Contoh aktiviti pengayaan yang boleh dilaksanakan adalah seperti pengekodan, papan permainan, seni dan kraf, gamifikasi, teka-teki, tarian, sukan dan latihan, reka bentuk, fotografi, pembuatan filem, lukisan dan animasi, robotik penulisan kreatif dan lain-lain. Aktiviti pengayaan yang dilaksanakan berdasarkan minat, kebolehan dan, keupayaan murid. 4.4 PEDAGOGI TERBEZA Pedagogi terbeza ialah pendekatan pengajaran yang melibatkan guru secara proaktif menjangka dan bertindak terhadap keupayaan murid yang pelbagai dalam sesi PdP. Konsep pedagogi terbeza digambarkan seperti di Rajah 2. Rajah 2: Konsep Pedagogi Terbeza Pedagogi terbeza boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada empat aspek iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran berdasarkan kesediaan, minat dan profil murid.
  • 12. 5 Kandungan boleh dibezakan dengan memampatkan kandungan kurikulum mengikut tema, topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif dan tahap melalui pendekatan yang disesuaikan dengan tahap keupayaan murid. Mampatan kandungan dalam pedagogi terbeza dilakukan berdasarkan tahap penguasaan murid terhadap kandungan yang akan dipelajari dengan mengambil kira tahap kognitif yang dipetakan oleh Taksonomi Blooms. Proses merujuk kepada kaedah dan aktiviti PdP yang dilaksanakan oleh guru bagi mengoptimumkan tahap penguasaan murid. Proses pedagogi terbeza berlaku apabila murid mempelajari kandungan yang sama melalui pendekatan, kaedah dan teknik pembelajaran yang berbeza. Hal ini demikian kerana tidak semua murid memerlukan sokongan yang sama. Guru boleh memberi sokongan berdasarkan keperluan individu. Murid boleh bekerja secara berpasangan, kumpulan kecil atau secara individu. Keseluruhan proses pedagogi terbeza yang dilaksanakan mestilah berpusatkan murid. Produk bergantung kepada objektif atau standard pembelajaran yang hendak dicapai melalui proses PdP yang dirancang. Produk yang dihasilkan oleh murid merupakan sebahagian daripada proses pentaksiran. Guru memainkan peranan yang penting dalam merancang aktiviti pembelajaran bagi memenuhi keperluan kecerdasan yang pelbagai. Sebagai contoh, murid yang mahir dalam kecerdasan visual-ruang boleh menghasilkan poster, manakala murid kinestetik pula boleh membuat lakonan dan main peranan. Produk yang dihasilkan ini boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal, digital atau projek yang autentik mengikut keupayaan murid. Persekitaran melibatkan tempat dan suasana pelaksanaan proses PdP. Proses PdP boleh dilaksanakan sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dengan menggunakan kaedah yang lain daripada kebiasaan dan lebih fleksibel. Tujuan membezakan persekitaran pembelajaran adalah untuk mencetuskan minat, keseronokan dan memberi motivasi kepada murid dalam proses PdP.
  • 13. 6 5.0 PELAKSANAAN STRATEGI M2P Strategi M2P dilaksanakan melalui pedagogi terbeza di mana guru akan membuat mampatan kandungan mengikut keperluan keupayaan murid yang pelbagai. Keupayaan murid yang pelbagai akan dikenal pasti melalui praujian. Praujian boleh dilaksanakan di dalam pelbagai bentuk untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid terhadap kandungan yang akan dipelajari. Antara kaedah praujian mudah dan ringkas yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti kuiz, soalan pendek, soalan aneka pilihan, sesi soal jawab secara lisan, video, perbincangan ringkas, bercerita dan sebagainya. Berdasarkan praujian, murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap keupayaan mereka seperti berikut: • Kumpulan Kukuh I – Kumpulan murid yang belum menguasai kandungan kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang menyokong dan membantu mereka untuk menguasai kandungan kurikulum yang ditetapkan. • Kumpulan Kukuh II – Kumpulan murid yang telah menguasai kandungan kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang dapat memperkukuhkan tahap penguasaan sedia ada. • Kumpulan Pengayaan – Kumpulan murid yang telah menguasai sepenuhnya kandungan kurikulum melebihi rakan yang lain. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang dapat mencabar pemikiran, menarik minat dan meningkatkan motivasi agar potensi dan keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
  • 14. 7 Proses pelaksanaan Strategi M2P digambarkan seperti berikut: Rajah 3: Proses Pelaksanaan Strategi M2P 5.1 Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan Strategi M2P: 1. Mengenal pasti Standard Kandungan (SK) / Standard Pembelajaran (SP) atau Scheme of Work (SOW). 2. Merancang proses PdP: i. menetapkan objektif ii. menyediakan praujian iii. menyediakan bahan dan aktiviti untuk tiga kumpulan iv. menyediakan rubrik untuk pentaksiran (sekiranya perlu) v. menyediakan pascaujian 3. Menjalankan set induksi dan praujian.
  • 15. 8 4. Membahagikan murid kepada kumpulan (Kukuh I, Kukuh II dan Pengayaan) berdasarkan praujian. 5. Menjalankan bimbingan dan memudah cara PdP. Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan mengikut keperluan murid yang telah dikenal pasti. Pentaksiran boleh berlaku secara langsung dan tidak langsung. 6. Menjalankan pascaujian. 7. Merancang dan melaksanakan intervensi yang berterusan mengikut keperluan murid. 6.0 SYARAT PENGGUNAAN STRATEGI M2P Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh guru sebelum mempertimbangkan dan memilih untuk menggunakan Strategi M2P ini. Antaranya adalah seperti yang berikut: i. Guru mestilah menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar. Hal ini demikian kerana setiap proses dalam penggunaan strategi ini memerlukan pertimbangan profesional guru untuk membuat keputusan dalam mereka bentuk sesuatu rancangan pengajaran yang terbeza dan berfokus kepada keperluan murid mereka. ii. Guru perlu memahami dan menghayati konsep Strategi M2P. Pelaksanaan Strategi M2P, berjaya melalui persediaan dan perancangan yang lebih awal dengan teliti untuk menjangka keperluan dan kebolehan murid. iii. Guru perlu bersedia melaksanakan Strategi M2P • Memahami dan menguasai kandungan kurikulum mata pelajaran. • Mengenali, memahami, dan meraikan kepelbagaian murid tanpa mengira latar belakang keupayaan, kaum, agama, sosioekonomi dan lain-lain.
  • 16. 9 • Menghayati nilai inklusif dan mempunyai iltizam dalam membimbing pemupukan nilai positif murid. • Memberi peluang untuk mempertingkatkan potensi murid. • Meningkatkan profesionalisme guru bagi memenuhi atau menyantuni keperluan murid yang pelbagai keupayaan (Kukuh I, Kukuh II, Pengayaan). • Meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat, idea dan strategi PdP untuk lebih kreatif dan inovatif. iv. Murid telah menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan Strategi M2P sesuai dilaksanakan untuk murid yang telah menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan agar sokongan dalam bentuk pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan potensi dan tahap penguasaan mereka dapat dioptimumkan. 7.0 PANDUAN PERANCANGAN PENGAJARAN STRATEGI M2P DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM Templat Panduan Perancangan Strategi M2P dalam pelaksanaan kurikulum telah disediakan seperti di Jadual 1. Templat ini boleh digunakan sebagai panduan bagi merancang Strategi M2P dalam pelaksanaan kurikulum untuk sekolah menengah dan sekolah rendah.
  • 17. 10 Jadual 1 PANDUAN PERANCANGAN PENGAJARAN STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN (M2P) DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM MATA PELAJARAN HARI TOPIK/TEMA TARIKH TAHUN/TINGKATAN MASA/TEMPOH STANDARD KANDUNGAN: STANDARD PEMBELAJARAN: JENIS PRAUJIAN TAHAP KUKUH I KUKUH II PENGAYAAN OBJEKTIF 1. 2. 1. 2. 3. 1. 2. 3. SET INDUKSI AKTIVITI PdP (mengikut urutan - aktiviti yang menarik dan berkesan dalam tempoh masa yang realistik) 1. (mula) 2. (pertengahan) 3. (penutup) 1. 2. 3. 1. 2. 3 GABUNG JALIN/PENERAPAN 1. EMK 2. KECERDASAN PELBAGAI 3. KBAT 4. PAK-21 JENIS PASCAUJIAN IMPAK/REFLEKSI CATATAN
  • 18. 11 Nota: 1. Guru tidak perlu melaksanakan praujian pada setiap sesi PdP. Praujian dilaksanakan untuk mengesan tahap penguasaan murid bagi kandungan atau unit yang baharu. 2. Rancangan pengajaran yang sama boleh digunakan untuk beberapa sesi PdP sekiranya pelaksanaan PdP untuk kandungan yang dirancang tidak selesai. 3. Guru akan merancang aktiviti PdP untuk tiga kumpulan (Kukuh I, Kukuh II dan Pengayaan). Walau bagaimanapun, hasil praujian mungkin menunjukkan hanya satu atau dua kumpulan yang perlu diwujudkan. 4. Guru boleh mendapatkan bahan sokongan PdP melalui repositori SUMBERKU. 5. Impak atau Refleksi perlu dicatat selepas sesi PdP. • Impak- merujuk kepada kesan yang ketara terhadap murid selepas sesi PdP. • Refleksi - merujuk kepada penilaian terhadap aktiviti dan proses PdP serta tindakan atau reaksi dan perasaan terhadap sesi PdP. Perancangan atau tindakan yang wajar boleh dicatat sebagai penyelesaian atau reaksi yang sesuai terhadap sesuatu peristiwa semasa proses PdP.
  • 19. 12 Templat perancangan pengajaran Strategi M2P yang disediakan, selaras dengan kebanyakan templat rancangan pengajaran harian yang digunakan oleh guru, namun, beberapa penambahan maklumat dinyatakan agar menepati definisi dan objektif Strategi M2P untuk guru membuat pertimbangan profesional dan mereka bentuk perancangan proses PdP yang terbeza mengikut keperluan murid. Perincian lain yang dinyatakan dalam templat ini meliputi: Bil Elemen Penerangan 1. Tempoh/Masa • bergantung kepada aktiviti PdP yang dirancang. • berubah mengikut aktiviti sama ada untuk tema, topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif dan tahap sesuatu mata pelajaran. 2. Praujian • digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan pengetahuan sedia ada murid. • ciri praujian ialah mudah dan ringkas yang boleh digunakan oleh guru seperti kuiz, soalan pendek, soalan aneka pilihan, sesi soal jawab secara lisan, video, perbincangan ringkas dan bercerita. 3. Kumpulan murid • tiga kumpulan iaitu Kukuh I, Kukuh II dan Pengayaan. 4. Set induksi • berfungsi untuk merangsang minat dan perasaan ingin tahu murid. 5. Objektif • pernyataan objektif yang spesifik berdasarkan kandungan kurikulum yang ingin dicapai 6. Elemen gabung jalin/penerapan • Elemen Merentas Kurikulum (EMK); • Kecerdasan pelbagai; • Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT); dan • Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). 7. Pascaujian • dirancang untuk menilai keberkesanan dan impak aktiviti PdP kepada murid 8. Catatan • ruang untuk membuat catatan lain seperti aktiviti atau perkara yang berlaku secara adhoc (tanpa dirancang) dan memerlukan perubahan proses PdP dengan kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk lebih fleksibel semasa proses PdP.
  • 20. 13 Pemilihan strategi pedagogi melibatkan pemahaman objektif PdP yang hendak dicapai dan pemilihan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mempraktiskan kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Pemilihan strategi pedagogi juga melibatkan kebolehlaksanaan aktiviti dalam aspek masa dan sumber serta memahami minat dan keupayaan murid. Terdapat empat elemen gabung jalin atau penerapan dalam panduan perancangan Strategi M2P iaitu kecerdasan pelbagai, elemen merentas kurikulum, pembelajaran abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi. 7.1 Kecerdasan Pelbagai Pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan secara profesional dalam merancang aktiviti PdP. Faktor ini termasuk motivasi, kecenderungan, kepelbagaian kecerdasan, konsep kendiri dan gaya belajar murid. Pemahaman guru tentang keperluan dan cabaran murid membantu dalam merancang pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, berkesan dan bermakna bagi murid. Menurut Gardner (1983), setiap manusia mempunyai lapan kecerdasan pelbagai dan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza mengikut kecerdasan masing-masing. Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis, dan kerohanian. Murid yang cenderung kepada logik-matematik misalnya, mahir menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikiran secara konseptual dan abstrak. Murid ini dapat menyelesaikan masalah kompleks berkaitan matematik dengan mudah serta membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Murid yang lebih bersifat interpersonal mudah memahami perasaan, motivasi, hasrat orang lain dan dapat berinteraksi dengan mudah. Mereka dapat bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Perancangan aktiviti, contohnya pembelajaran secara berkumpulan yang melibatkan murid kecerdasan pelbagai ini dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka.
  • 21. 14 7.2 Elemen Merentas Kurikulum Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Terdapat 10 EMK iaitu bahasa, kelestarian alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme, kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian global dan pendidikan kewangan. 7.3 Pembelajaran Abad Ke-21 Sistem pendidikan Malaysia berhasrat melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya berteraskan amalan nilai murni. Pedagogi abad ke-21(PAK-21) mengandungi lapan komponen utama, meliputi pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran. PAK-21 memberi fokus kepada kelancaran maklumat, media dan teknologi. Justeru, murid perlu didedahkan kepada penggunaan teknologi dengan cara inovatif untuk menyediakan mereka dalam dunia dinamik dan sentiasa berubah-ubah. PAK-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika (4K 1N). Guru akan menetapkan objektif, merancang aktiviti berteraskan elemen 4K 1N, fleksibel dan merungkai kurikulum (unpack curriculum) berdasarkan keupayaan murid ketika merancang pembelajaran murid. Guru perlu bijak memupuk keupayaan murid untuk menganalisis, mensintesis dan menilai fakta serta maklumat, menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • 22. 15 7.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi – Aplikasi Taksonomi Bloom dalam Strategi M2P Aktiviti PdP yang bersifat ansur maju menepati aras Taksonomi Bloom (TB): pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pengadaptasian taksonomi ini membantu guru merancang aktiviti mengikut tahap dan memberi definisi yang standard untuk menerang serta mengelas hasil pembelajaran. Taksonomi Bloom juga boleh digunakan sebagai asas dalam menyatakan tingkah laku murid yang dikehendaki. Idea utama mengaplikasi kategori taksonomi dalam Strategi M2P bertujuan untuk memastikan wujud keselarasan antara pernyataan objektif PdP dengan aktiviti pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran. Justeru, guru perlu membezakan kandungan dengan merancang aktiviti untuk kumpulan murid yang merangkumi pelbagai tahap TB. Enam tahap TB, iaitu: (i) mengingat/remembering (ii) memahami/understanding (iii) mengaplikasi/applying (iv) menganalisis/analysing (v) menilai/evaluating (vi) mencipta/creating Tahap atau kategori TB terdapat kata kerja yang membawa kepada tindakan setiap peringkat. Kata kerja ini berguna dalam perancangan aktiviti pembelajaran, pembinaan rubrik dan tugasan lain termasuk penilaian atau pentaksiran mengikut ketetapan dalam objektif pembelajaran. Bagi menghasilkan keberkesanan pembelajaran menggunakan Strategi M2P, senarai kata kerja bagi setiap tahap TB perlu difahami dengan jelas bagi menentukan pemilihan aras penguasaan pembelajaran dan aktiviti yang bakal dijalankan bagi mencapai objektif PdP seperti di Rajah 4.
  • 23. 16 Rajah 4: Taksonomi Bloom Kesemua elemen gabung jalin berkait rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Elemen ini penting bagi melengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan mereka untuk menghadapi cabaran kompleks abad ke-21. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan PAK-21 serta memainkan peranan aktif dalam proses PdP untuk memastikan bahawa kandungan, pedagogi dan pentaksiran bukan hanya berfokus kepada aspek kognitif, tetapi juga aspek psikomotor dan afektif. Guru perlu sentiasa membuat refleksi terhadap pedagogi yang dilaksanakan supaya sesuai dengan PdP yang menyediakan murid dalam dunia kompleks serta dinamik yang dipengaruhi
  • 24. 17 oleh globalisasi dan revolusi teknologi digital. Hasrat ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 8.0 PENUTUP Dalam konteks ini, Strategi M2P merupakan satu strategi yang dapat diaplikasi dan diadaptasi dalam melaksanakan PdP. Perancangan yang teliti dan lengkap melalui pertimbangan profesional dapat membantu memperkasakan instruksional guru. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat agar Garis Panduan Strategi M2P dapat membantu guru agar lebih kreatif dan inovatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP bagi memenuhi keperluan murid secara individu. Panduan Perancangan Pengajaran telah disediakan bagi beberapa mata pelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bersama bahan sokongan yang berkaitan. Bahan tersebut boleh diakses dari SumberKU di portal DELIMa seperti berikut: https://sumberku.moe-dl.edu.my/
  • 25. 18 9.0 RUJUKAN Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing. (Abr. ed). Allyn and Bacon. Eidelman, D. D. (2018). Spark Accelerated Learning with Differentiated Instruction: A Plan for Reaching Each Student Every Day. https://itutor.com. Kementerian Pendidikan Malaysia, K. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: KPM. Rorlinda Yusof, Siti Aishah Hasan. (2021). Kerangka M2P (Mampatan, Pecutan, Pengayaan). Rekacipta. No. Fail: UKM.IKM.800-4/1/3508. Pusat Inovasi Kolaboratif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tomlinson, C. A. (2014). The Differentiated Classroom. Responding to the Needs of All Learrners. (2nd ed.). ASCD. Tomlinson, C. A. (2017). How to Differentiate Instruction in Academically Diverse Classrooms. (3rd ed.). ASCD.
  • 26. 19 10.0 PENGHARGAAN PENASIHAT TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PENGERUSI PN. FAZLINAH BINTI SAID TIMBALAN PENGARAH SEKTOR SAINS SOSIAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PENGERUSI BERSAMA DR. KASHRY BIN AB. RANI TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENDIDKAN KHAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PANEL PAKAR DAN PENGAMAL STRATEGI M2P PROF. MADYA DR. RORLINDA BINTI YUSUF UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PN. SITI AISHAH BINTI HASSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PANEL PENULIS DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM MEJAR DR. ROSMALILY BINTI SALLEH SEKTOR PENDIDKAN KHAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EN. ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 27. 20 SUMBANGAN CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN STRATEGI M2P PN. CHIN FONG PHIN PN. SITI RAHAYU BINTI MUHAAMMAD UNIT BAHASA MELAYU SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PN. KALAICHELVI A/P SUBRAMANIAM UNIT BAHASA INGGERIS SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EN. KUMARESAN A/L M. SUBRAMANIAM UNIT MATEMATIK ASAS SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PN. RUSLAWATI BINTI MAT ISA PN. ALYENDA BINTI AB. AZIZ UNIT SAINS HAYAT SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EN. AZMI BIN HARUN UNIT SAINS DAN SAINS TAMBAHAN SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PN. ROSITA BINTI MAT ZAIN PN. NORAIDA BINTI MD. IDRUS PN. NORDIANA BINTI AHMAD UNIT MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EN. CHIANG KOK WEI MENTOR TIMSS PISA SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EN. MHD SHAFIEE BIN ABD GHANI EN. NORHAZIRULDIN BIN IBRAHIM PN. SITI KHADIJAH BINTI ABDULLAH UNIT GEOGRAFI DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SEKTOR SAINS SOSIAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PN. SITI SARAH BINTI MOHD NOOR UNIT SEJARAH SEKTOR SAINS SOSIAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 28. 21 PN. FAIZAH BINTI ISMAIL PN. ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN REKA BENTUK TEKNOLOGI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM CIK NUR MURIZA BINTI MUSA UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PN. RUSZIDAH BINTI LIMAT EN. MOHD SHAZLAN BIN SHAHUDIN EN. FIRDAUS BIN ZAKEYUDDIN UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EN. HASRUDIN BIN HASSAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM TERAS DAN ELEKTIF SEKTOR KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM PN. FAZLIN BINTI IBRAHIM UNIT PEMBANGUNAN KURIKULUM TEKNIKAL KLUSTER PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PROGRAM TVET BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL EN. NURUL MUKHLIS BIN KOSTOR UNIT PEMBANGUNAN KURIKULUM VOKASIONAL KLUSTER PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PROGRAM TVET BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
  • 29. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4,6-8 Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel: 03-88842000 Faks:03-88889917