Kes pembuangan bayi di Malaysia meningkat lebih 154% sejak Januari 2010 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini menunjukkan masalah pembuangan bayi semakin serius. Walaupun 'baby hatch' disediakan untuk menyelamatkan bayi yang dibuang, ramai ibu masih membuang bayi ke tempat-tempat yang tidak selamat seperti tong sampah atau longkang kerana ketakutan dan tidak mengetahui tentang kemudahan tersebut. Agens
2. "Tujuan sebenar penyediaan 'baby hatch' ini adalah untuk membantu
menyelamatkan nyawa bayi", katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam
semalam.
Menurut Abd Aziz, 'baby hatch' dibuka di KPJ Pulau Pinang tahun lepas
dan setakat ini belum ada yang meninggalkan bayi di situ, mungkin tidak
mengetahui mengenai kemudahan yang disediakan itu.
Pada masa ini, sembilan KPJ menyediakan 'baby hatch' daripada 26
rangkaiannya iaitu di KPJ Tawakkal (Kuala Lumpur), KPJ Seremban, KPJ
Ipoh, KPJ Johor, KPJ Kuantan, KPJ Pulau Pinang, KPJ Perdana (Kota
Bharu), KPJ@Damai (Kota Kinabalu) dan KPJ Kuching.
Abd Aziz berkata tujuh bayi diselamatkan melalui 'baby hatch' di sembilan
hospital KPJ sejak kemudahan itu dilancarkan pada 2010 oleh sebuah
pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan OrphanCARE.
Beliau berkata KPJ mengamalkan prosedur operasi standard untuk
menguruskan peti pelindung bayi hasil kerjasama dengan OrphanCARE
termasuk membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas laporan
mengenai insiden dibuat kepada OrphanCARE.
Abd Aziz berkata bayi kemudian diserahkan kepada polis, OrphanCARE
dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk seterusnya dijadikan anak
angkat.
- Bernama
3. Mengapa terjadinya pembuangan bayi?
Bayi dibuang kerana:
Kehamilan yang tidak diingini
Perhubungan seks rambang dan luar nikah
Apakah kesan pembuangan bayi?
Kesan dari sudut:
Perubatan
Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
Kehilangan darah
Jangkitan kuman
Kecederaan sewaktu bersalin
Psikologi dan sosial
Murung
Hilang keyakinan diri
Rasa bersalah
Resah atau gelisah
Masalah emosi dan hubungan interpersonal
Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?
Elakkan kehamilan jika anda belum:
Berkahwin
Bersedia membesarkan anak
Bersedia membina keluarga.
Semua agama utama di Malaysia
Melarang seks sebelum kahwin
Taat kepada ajaran agama
Elakkan seks sebelum kahwin
Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri
Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin
Belajar berkata “Tidak, belum lagi”. Anda sentiasa boleh berkata “Tidak” walaupun pernah
berkata“Ya” sebelum ini.
Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta
seks sebelum kahwin
Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik
Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-
kerja sukarela
Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
4. Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
Dapatkan bantuan jika anda hamil
Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan
bayi
Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?
Dapatkan bantuan dari:
Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
Kaunselor sekolah
Guru sekolah
Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan
Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
Di bawah Akta Kanak- kanak 2001(Child Act) – Akta 611:
Seksyen 17 – Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
Seksyen 46 – Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang
tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa
mahkamah
Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.
Sumber ini boleh dibaca di Myservik.my dan Berita Harian