SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI
SAINS, TEKNOLOGI SERTA KEJURUTERAAN BERDASARKAN
PRINSIP SYARIAT ISLAM.
NAMA PENSYARAH:TUAN,MOHD LOKMAN BIN AHMAD
NAMA AHLI KUMPULAN 1.NUR IRDINA ZAHIRAH BINTI ZURAHIMI
(14DEM21F1006)
2.RASYIDAH HANIE BINTI DAUD
(14DEM21F1032)
3.NURUL IZZATI SYAUQINA BINTI AZMAN
(14DEM21F1050)
4.NUR AERIQA FAHEIRA BINTI ROSLI
(14DEM21F1072)
KELAS DEM2B
JABATAN MEKANIKAL
SESI PENGAJIAN 2 21/22
KOD NAMA KURSUS MPU23052
TARIKH HANTAR
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 MEMAHAMI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENURUT
ISLAM
2.0 MENYATAKAN PERANAN
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2.4 MENYATAKAN IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
3.0 MEMBINCANGKAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM
SAINS DAN TEKNOLOGI
4.0 SUMBANGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KEPADAINSTITUSI INTELEKTUAL
ISLAM
5.0 RUMUSAN
1.0 PENGENALAN
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam
Islam.Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu
dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’I dan perjalanannya melalui
pengamatan, hipotesis dan eksperimen yangbenar.Antara konsep dalam sains adalah hukum,
sebab dan akibat.Dalam hal ini,sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip
bahawa ala mini adalahbersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan
dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki.Tradisi Islam adalah
untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yangberiman dan berahklak dan Islam
menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dansains yang menolak spiritual. Sains dalam
pandangan Barat beranggapan sumberwahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip
logos dan mitos.Logos adalahsatu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen
manakala mitos pulaumpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara
tepat dan konkrit
1.1 MEMAHAMI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENURUT ISLAM
DEFINISI SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
• Daripada perkataan Inggeris iaitu science.Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau
scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.
• Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah,“Systematized knowledge in any field, but
applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.”
• Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperolehsecara sistematik
berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.
• Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui prosescerapan (iaitu
analisis dengan menggunakan panca indera) sertafahaman yang lahir daripadanya.
• Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’I atau alam semula jadi
yang melibatkan penggunaan intelek di sampingkaedah yang dapat diukur (kuantitatif).
• Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’I atau alam semula jadi
yang melibatkan penggunaan intelek di sampingMkaedah yang dapat diukur (kuantitatif).
• Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan denganwahyu, intuisi, emosi
dan perkara-perkara agama.
• Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
1. Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)
DEFINISI SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
• Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumberrujukan
tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batassedangkan akal adalah satu
perkara yang terbatas.
• Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianyatunduk kepada
prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.
• Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan danpenemuan
yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggahdengan syarak untuk mencari
fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatukebenaran.
• Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu
sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.
• Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli,ilmu intelek
dan ilmu wahyu.
• Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.
• Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-
1. Sains Propaedeutik :
➢ Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis,ilmu pengetahuan, timbangan,
pertanian, biografidan sejarah.
2. Sains Syariah :
➢ Sains ini adalah satu bidang yang yang samadengan ilmu agama pada hari
ini.Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith,syariah, tafsir, dan lain-lain.
3. Sains Falsafah
➢ Merangkumi 4 bahagian utama.
➢ Merangkumi bidang matematik propaedeutik,logik, sains tabi’ie dan matematik
tabi’ie.
I. TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
• Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología),dariperkataan Yunani
(téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran,rekaan (Hairudin Harun, 2007 : 2)
• Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagimencapai
matlamat atau tujuan yang praktikal.
• Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu‘techne’ dan
‘logos’.
• ‘Techne’ adalah seni(art),kerja tanganatau keterampilan. Tekno bermaksudkemahiran
teknik atau hasil kerja.Logos bermaksud wacana atau kata-katasistematis.
• Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedahdan teknik-teknik
pembuatan barang atau perkhidmatan yangdihasilkan melalui rekaan sains untuk
menyelesaikan masalah. Kedua;teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan,
peralatan danproses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaansumber-
sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik,peralatan dan bahan untuk
menyelesaikan masalah.Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang
bolehmemberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yangdihadapi oleh
dalam kehidupan seharian.
• Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yangbersistem dan biasanya
dikaitkan dengan proses industri.
• Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikalyang membolehkan
manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke atas alam tabi’i.
ii. TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
• Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuanpraktikal
sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antarasatu sama lain, terlaksana
mengikut sistem etika Islam yangmengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan
kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik.
(Wan Ramli Wan Daud, 1991)
• Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialahistilah‘sina’ah’
yang bermaksud ilmu gunaan.
• Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuansains.
• Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
• Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberimanfaat iaitu tanpa
unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripadaetika serta prinsip-prinsip dasar Islam.
• Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokuskepada cara
menggunakan ciptaan sains untuk membantukehidupan manusia mengabdikan diri kepada
Allah SWT.
• Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :
1. Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
2. Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan
iii. KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
• Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science)yangberkaitan dengan
teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasilkeperluan dan kegunaan yang boleh
memberi khidmat kepada manusia
• .Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengankaedah yang paling
efisyen
iv. KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
• Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaianuntuk
menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikanmanusia.
• Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalammemenuhi tugas
khalifah secara lebih berkesan
2.0 MENYATAKAN PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.
➢ Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir,
menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalahberasaskan kepada wahyu Allah
membawa setiap kajian ke arah satukepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan
menunjukkan tanda-tandakekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
➢ Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaranpencipta.Firman
Allah SWT
dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud:“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi, dan silih bergantinyamalam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan,
kebijaksanaan dankeluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal ”.(Surah ‘Ali
‘Imran : 190)
➢ Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sainshendaklah berada dalam
kerangka dan panduan syariat bagitujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.
➢ Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada AllahSWT, sebaliknya
dapatan sains Barat lebih menjadikan manusiabongkak dan jauh daripada Allah SWT.
➢ Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiranmanusia tentang
keagungan Allah SWT melalui kecanggihanciptaan manusia, Sementera teknologi dan
kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk
kepentingan diri.
2.Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.
➢ Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorangkepada sifat-sifat
tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusiamelalui penggunaan akal.
➢ Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepadapenerimaan kebesaran Allah
SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinyamalam dan siang,
bahtera yang belayar di laut membawa apa yangberguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupaair, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati
(kering)-nya danDia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin
danawan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda
(keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan”
(Surah Al-Baqarah : 164)
3.Membantu Pelaksanaan Syariat
➢ Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong olehkepentingan dalam
pelaksanaan syariat Islam.
➢ Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan
peraturan perhubungan antara mereka.
➢ Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan
manusia dengan Allah SWT, hubungan manusiasesama manusia serta hubungan manusia
dengan alam
4.Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akansesuatu perkara.
➢ Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerapbulan akan dapat
memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awalpuasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
➢ Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu
perubahan cuaca.
5.Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.
➢ Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatukarya dan mencipta
sesuatu hasil daripada kajiannya
2.4 MENYATAKAN IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkanantara satu
sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengandunia Islam silam dan hari
ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagiandaripada matlamat kepentingan hidup
seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah SWT
Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting
kepada kitaterutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain
dalamkemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.
A. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
BIDANG HURAIAN
Bidang Sosial
➢ Umat Islam akan ketinggalan jauh
berbandingumat dan bangsa lain yang
lebih maju.
➢ Maruah umat Islam akan dipandang hina
dimata agama lain dan umat Islam
akandiperkotak-katikkan oleh bangsa
lain
Bidang Ekonomi
➢ Umat Islam akan menjadi satu umat
yang sukabergantung kepada kuasa
asing.
➢ Kebanyakan penguasaan bidang
ekonomi dakanditerajui oleh bangsa
asing dan penguasaanteknologi juga
didominasi oleh bangsa asing.
Bidang Politik
➢ Umat Islam akan ditindas dan
seterusnyadijajah oleh bangsa dan
agama lain.
➢ Umat Islam menjadi satu umat yang
tidak pandai berdikari memimpin
negaranya sendiri
Bidang Pendidikan
➢ Penerapan dan pelaksanaan sains
teknologi dankejuruteraan akan terpisah
dari nilai-nilaiagama yang sebenar.
➢ Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan
agamasudah tidak wujud lagi.
➢ Pelaksanaan sistem pendidikan
yangdilaksanakan adalah secara
dualisme
➢ Umat Islam akan bergantung kepada
sains danteknologi barat yang mana
akan menimbulkan masalah kepada
umat Islam sendiri. Contohnya hari
Bidang Sains,Teknologi dan
Kejuruteraan
➢ ini umat Islam sendiri bergantungkepada
duniateknologi barat seperti penggunaan
internet,telefon bimbit dan lain-lain
peralatan teknologi terkini.
➢ Memberi keuntungan yang besar kepada
duniateknologi barat sendiri.
➢ Umat Islam semakin mundur dan malas
untuk mencipta sesuatu teknologi baru
yang bolehdigunakan oleh sejagat.
B. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAANTERHADAP UMAT ISLAM
BIDANG/ASPEK KEBAIKAN KEBURUKAN
PERTAHAN
• Mampu melindunginegara
dari seranganmusuh-
musuh.Contohnya
denganpenciptaan senjata
dankelengkapan perang.
• Membawa
kepadakemusnahan
duniatermasuklah alam
sekitar,dan juga nyawa
yangterkorban.
• Menyebabkan rusuhan
berlaku
• Menyebabkan
tamakkankuasa berlaku.
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
• Membolehkan semualapisan
masyarakat mendapat
maklumat dengan begitu
mudah.
• Jalan dakwah terbukaluas
(alternatif medandakwah)
• Maklumat dapat
dicapaidengan pantas dan
dapat berhubung antara
satusama lain
tanpasempadan.
• Muda mudi
terpengaruhdengan
kelebihanteknologi ini.
• Teknologi
mengabaikannilai-nilai
murni.
• Berlakunyapencerobahan
maklumat ‘penggodam’
.
• Pengubahsuaianterhadap
sesuatu faktaatau gambar
akanberlaku.
• Berlakunya kegiatan
seksmelalui internet
sahaja.
BIO-TEKNOLOGI
• Mampu
menghasilkanmakanan ubah
suaiangenetik
(Genetically Modified Food)
yangmempunyai cirri-
ciriterbaik seperti tahanlama,
sedap dan bermutu.
• Teknik dan
teknologipertanian
mengalamitransformasi.
• Membantu
meningkatkanproduktiviti.
• Membantu dalampenghasilan
baka, benih,dan racun dalam
sector pertanian.
• Sumber genetik
yangdigunakan untuk
mengubah
suaianmakanan
mengandungibahan yang
dilarangdalam syarak.
• GMF memberi
kesanterhadap
kesihatanmanusia
keranamengandungi
bendasingyang tidak
diketahuikesan buruknya.
PENGKLONAN
• Memberi pengetahuanbaru
kepada manusia.
• Disalahgunakan
olehpihak tertentu.
• Menyimpang
darilandasan agama
yangsebenar
keranamenyalahi apa
yang telahAllah ciptakan
mengikut fitrah.
PERUBATAN(STE
P CELL)
• Banyak kelebihannyadalam
membantumengatasi
pelbagaipenyakit.
• Penggunaan “embryonic
stem cell” bakal disalah
gunakan juga untuk
kegunaan pengklonan
manusia.
TEKNOLOGI
LASER
• Menggantikan peranankabel
dengan fiber optik untuk
bidang komunikasidan
perindustrian.
• Maklumat yang
dihantaradalah lebih cepat
dantepat
sertameminimumkankehilang
an data.
• Penyelewenganpengguna
an akanberlaku.
• Mudah diubahsuai
olehmereka yang mahir
danpakar.
3.0 MEMBINCANGKAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DAAM SAINS
TEKNOLOGI
DAN KEJUTERAAN
3.1 KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DALAM ISLAM
Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapapentingnya sejarah dan
hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadunmanusia melalui peristiwa-peristiwa serta
contoh-contoh umat terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al-
Quransebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perludijadikan
pengajaran kepada kita pada hari ini.
Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah SWT dalamAl-Quran dianggarkan
sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabiterdahulu dan rasul sebelum ini seperti
menceritakan hebatnya kerjaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai
keingkaran Firaunlaknatullah.
Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:
TUJUAN HURAIAN
Supaya manusia menjadikancontoh dan
teladan aras apayang berlaku
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah
merekaterdapat pengajaran bagi orang yang
berakal”.(Surah Yusuf: 111)
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah
kalam Allah
Umat manusia sekarang selalu inginkepada
bukti. Jadi, segala kisah yangberlaku dalam
Al-Quran adalah untuk mengesahkan
bahawa Al-Quran adalah satukitab yang
diwahyukan oleh Allah kepadaNabi
Muhammad SAW.
Satu kaedah untuk manusiaberfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku
adalahuntuk mendidik dan salah satu
daripadakaedah untuk mengajak manusia
berfikir.
Untuk membenarkan janji baik dan janji
buruk dari AllahSWT.
Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk
membuktikan bahawa segala apa
yangdijanjikan Allah adalah perkara yang
benar.
3.2 SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI SEBELUM INI
Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlakupada zaman nabi
terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allahmenceritakan cerita-cerita tersebut adalah
sebagai pedoman dan panduankepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara kisah yang
terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.
KISAH NABI
1. Kisah Nabi Adam a.s
• Merupakan nabi dan juga manusia pertamabergelar khalifah Allah SWT. Adam
dijadikanoleh Allah setelah Allah menjadikan dunia danAdam tidak mempunyai
apa-apa pengetahuansehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril.
• Firman Allah yang bermaksud :
“ dan Dia telahmengajarkan Nabi Adam akan segala namabenda-benda dan
gunanya, kemudianditunjukkannya kepada malaikat lalu
iaberfirman:Terangkanlah kepada-Ku namabenda-benda ini semuanya jika kamu
golongan yang benar”.
2. Kisah Nabi Idris a.s
• Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahajayang menceritakan kisah Nabi
Idris iaitu dalamSurah Maryam yang bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad padasmereka kisah) Idris (yang tersebut)
dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yangsangat membenarkan dan
seorang nabi. DanKami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi” (Surah
Maryam : 56-57)
• Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yangpertama menulis menggunakan
pena danmengenakan baju yang berjahit. Bahkan orangyang mula-mula
menggunakan kulit sebagaipakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)
3. Kisah Nabi Nuh a.s
• Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan NabiIdris a.s.
• Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapiditolak oleh kaumnya.
• Akibat keingkaran kaumnya, Allahmemerintahkan agar Nabi Nuh membina
kapaluntuk menyelamatkan diri apabila musim banjirmelanda kelak.
• eliau juga pakar dalam bidang sains,matematik dan teknologi logam.
4. Kisah Nabi Ibrahim a.s
• Putera kepada Azar seorang menteri kepadaraja Namrud dan seorang ahli bintang.
• Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit.
• Firman Allah dalam Surah al-An’am yangbermaksud :
“dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami
yang terdapat di langit dandi bumi, supaya menjadilah ia daripadaorang-orang
yang penuh yakin”
5. Kisah Nabi Daud a.s
• Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dariNabi Ibrahim yang tinggal di
Baituleham.
• Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaanilmu pengetahuan serta
kesempurnaan ilmu.
• Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalampembuatan baju besi.
• Allah mengajar baginda cara-cara membuat bajubesi untuk kegunaan peperangan.
• Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yangbermaksud:
“ Dan telah Kami ajarkan kepadaDaud membuat baju besi untuk kamu, dalam
peperangan…” (Surah al-Anbiya:80)
6. Kisah Nabi Sulaimana.s
• Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yangsangat memahami semua bahasa
termasuklahbahasa haiwan.
• Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yangmempunyai kerajaan yang banyak
termasuklahpemerintahannya meliputi jin yang mana Allahmemudahkan golongan
itu bekerja denganBaginda.
• Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud:
“Dan Kami kurniakan kepada NabiSulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalanannya adalah menyamai perjalananbiasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya mataair dari tembaga; dan Kami mudahkansebahagian dari jin untuk
bekerja di hadapannyadengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang
menyeleweng dari perintah Kami, Kamiakan merasakannya (pukulan) dari azab
neraka.
(Surah Saba’: 12)
3.3 Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran DaripadaPeristiwa Yang Berlaku
1. Kaum ‘Ad (Kaum NabiHud)
Teknologi
• Pakar dalam membinabangunan yang tinggi-tinggi tiangnya.
• Merupakan kaum yangsangat kuat dan kukuhdari segipemerintahannya.
Balasan
• Allah telah membinasakannyakerana ingkar kepadaperintah Allah SWT.
• Membinasakan bangunan-bangunan yang tinggi itu.
• Allah membinasakan merekadengan ribut kencang.
2. KaumThamud(Kaum NabiSoleh)
Teknologi
• Kepakaran dalammemahat batu-batubesar dan dapat dilihat di lembah (Wadil-
Quraiaitu tempat tinggalnya)
Balasan
• Mereka telah dibinasakan olehAllah SWT dengan satuletusan suara yang sangat
menggemparkan pada waktupagi.
• Mereka telah dibinasakandengan petir yang sangat dahsyat.
3. TeknologiFiraun
Teknologi
• Kepakarannya padamasa itu adalahmenguasai bangunan-bangunan yang handaldan
kukuh.
Balasan
• Negeri mereka dibinasakan.
• Kaum ini telahditenggelamkan oleh AllahSWT akibat kesombongan
dankeingkaran mereka.
3.4 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW danZaman Kerajaan Islam.
Kronologi Zaman
1. Zaman Rasulullah SAW
PENCAPAIAN
• Meletakkan asas dalam sains danteknologi.
• Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran.
• Rasulullah SAW sering mengubatipesakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran.
• Sains Islam bertapak di Madinahdan Mekah.
• Menuntut manusia mengkajitentang manusia, haiwan,tumbuh-tumbuhan dan
lain-lain.
2. Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin
PENCAPAIAN
• Perluasan wilayah sehingga keRomawi dan Parsi.
• Zaman pertembungan sains Islamdengan Yunani, Parsi danRomawi.
3. Zaman Kerajaan Umayyah
PENCAPAIAN
• Perkembangan ilmu sains sudahmula meluas.
• Terciptanya beberapa teknologiseperti perkapalan, alat peperangan & pertanian.
4. Zaman Kerajaan Abbasiyyah
PENCAPAIAN
• Munculnya Pusat Sains Islam diBaghdad.
• Wujudnya aktiviti penMaksudnyasecara besar-besaran.
• Munculnya Baitul Hikmah dalamkegiatan sains dan teknologi.
• Munculnya cendekiawan muslimyang ramai.
• Wujudnya institusi sains sepertibalai cerap dan hospital.
5. Zaman Kerajaan Islam di Andalus
PENCAPAIAN
• Pusat-pusat sains dan intelektualmuncul di kota-kota sepertiCordova, Granada,
Seville.
4.0 SUMBANGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KEPADAINSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM
Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalampembinaan dan
dalam membangunkan tamadun Islam.Antaranya :
a. Universiti dan institusi pendidikan.
➢ Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranyaUniveristi al-Azhar,
universiti di Andalus contohnya UniversitiGranada, Univerisiti Cordova dan
Universiti Seville.
b. Perpustakaan
➢ Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah HarunAr-Rsyid di Baghdad.
➢ Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yangmahir, menjadi agen
penukaran budaya dan pemindahanteknologi, menerbitkan bahan penMaksudnya yang
berkualitidan berjaya menhghidupkan budaya ilmu.
➢ Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.
➢ Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.
c. Hospital
➢ Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikanperubatan, rawatan dan pusat
latihan kejururawatan dankedoktoran.
➢ Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalamspiritual, pencegahan,
aromaterapi dan mengeluarkanpenyakit.
➢ Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.
➢ Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospitalbergerak dan pusat
kecemasan.
➢ Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan
yang lebih teratur.
d. Balai Cerap.
➢ Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihanpembelajaran astronomi dan
pusat pengumpulan data.
➢ Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajianastronomi seperti
matematik, trigonometri dan algebra.
➢ Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan data-data
yang kurang tepat dalam tamadun silam,mewujudkan kecenderungan mengkaji alam
secara rasionaldan emprikal serta menekankan kaedah penggunaaninstrument dan
cerapan untuk mengisahkan teori.
e. Kejuruteraan Awam
➢ Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidangarkitek, berjaya
menonjolkan teknologi senibina Islamyangmengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di
Jurusalem dan jugaMasjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke-7 M.
f. Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.
➢ Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan diIsfahan, Iran pada kurun ke-
12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya berdasarkan prinsip syariat islam manusia dapat mencapai kemajuan hidup
melalui sains, teknologi serta kejuruteraan dengan baik seiring zaman ke zaman ,kerana
manusia dapat mempelajari pelbagai ilmu dengan lebih mudah .Hal ini dikatakan kerana
terdapat teknologi cangih seperti telefon bimbit dan pelbagai lagi gadget yang dapat kita guna
untuk mempelajari ilmu di pelbagai aplikasi serta laman-laman web seperti youtube,e-book
dan Wikipedia.Disamping itu kita juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan lewat telefon
bimbit di aplikasi-aplikasi seperti whatsapp dan facebook.Dari sini kita dapat mengetahui
bahawa teknologi sains dapat mencapai kemajuan hidup bagi umat islam untuk menuntut
ilmu pengetahuan yang lebih luas.

More Related Content

Similar to SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

I Konsep TeknologiI.pptx
I Konsep TeknologiI.pptxI Konsep TeknologiI.pptx
I Konsep TeknologiI.pptxDwiPratiwi50
 
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptxPERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptxSenjaMahesa
 
Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"
Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"
Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"Satria Yuanda
 
IPTEK dan seni (pend. agama islam)
IPTEK dan seni (pend. agama islam)IPTEK dan seni (pend. agama islam)
IPTEK dan seni (pend. agama islam)Ninda Aprillia
 
MAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptx
MAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptxMAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptx
MAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptx22B038intanNeniAnggr
 
Ipteks dalam-islam
Ipteks dalam-islamIpteks dalam-islam
Ipteks dalam-islamAjeng Faiza
 
Muh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptx
Muh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptxMuh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptx
Muh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptxmuhammadiqtadaaliyyu1
 
Ilmu Pengetahuan (SAINS) dan Teknologi
Ilmu Pengetahuan (SAINS) dan TeknologiIlmu Pengetahuan (SAINS) dan Teknologi
Ilmu Pengetahuan (SAINS) dan TeknologiMukhti Ayuni
 
Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam Islam
Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam IslamIlmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam Islam
Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam IslamWulandari Rima Kumari
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkDesiPermataSari16
 
tantangan dan masa depan ilmu
tantangan dan masa depan ilmutantangan dan masa depan ilmu
tantangan dan masa depan ilmukarlina apriliani
 
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdfipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdfGilangRivaldo1
 
Islam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu PengetahuanIslam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu PengetahuanAsri Yunita
 
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seniTugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan senianna rasyla
 
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seniTugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan senianna rasyla
 
Iptek dan seni dalam islam
Iptek dan seni dalam islamIptek dan seni dalam islam
Iptek dan seni dalam islamTriwrant Atmod
 
IPTEK dan Seni dalam Islam
IPTEK dan Seni dalam IslamIPTEK dan Seni dalam Islam
IPTEK dan Seni dalam IslamDelina Rahayu
 

Similar to SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM (20)

I Konsep TeknologiI.pptx
I Konsep TeknologiI.pptxI Konsep TeknologiI.pptx
I Konsep TeknologiI.pptx
 
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptxPERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
 
Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"
Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"
Tugas Filsafat Ilmu tentang "Filsafat Ilmu Khusus ( Filsafat Teknologi )"
 
IPTEK dan seni (pend. agama islam)
IPTEK dan seni (pend. agama islam)IPTEK dan seni (pend. agama islam)
IPTEK dan seni (pend. agama islam)
 
MAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptx
MAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptxMAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptx
MAKALAH FILSAFAT ILMU TEKNOLOGI.pptx
 
Ipteks dalam-islam
Ipteks dalam-islamIpteks dalam-islam
Ipteks dalam-islam
 
Muh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptx
Muh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptxMuh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptx
Muh.Iqtada & Riki Tugas PPT Islam Disiplin Ilmu.pptx
 
Ilmu Pengetahuan (SAINS) dan Teknologi
Ilmu Pengetahuan (SAINS) dan TeknologiIlmu Pengetahuan (SAINS) dan Teknologi
Ilmu Pengetahuan (SAINS) dan Teknologi
 
Presentasi iptek
Presentasi iptekPresentasi iptek
Presentasi iptek
 
Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam Islam
Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam IslamIlmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam Islam
Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni (IPTEKS) dalam Islam
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
 
tantangan dan masa depan ilmu
tantangan dan masa depan ilmutantangan dan masa depan ilmu
tantangan dan masa depan ilmu
 
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdfipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
 
Islam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu PengetahuanIslam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu Pengetahuan
 
Ppt aika 3
Ppt aika 3Ppt aika 3
Ppt aika 3
 
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seniTugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seni
 
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seniTugas isbd manusia sains teknologi dan seni
Tugas isbd manusia sains teknologi dan seni
 
Iptek dan seni dalam islam
Iptek dan seni dalam islamIptek dan seni dalam islam
Iptek dan seni dalam islam
 
Iptek & seni dalam islam
Iptek & seni dalam islamIptek & seni dalam islam
Iptek & seni dalam islam
 
IPTEK dan Seni dalam Islam
IPTEK dan Seni dalam IslamIPTEK dan Seni dalam Islam
IPTEK dan Seni dalam Islam
 

Recently uploaded

Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptxKelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptxbinsar17
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanIqbaalKamalludin1
 
file power point Hukum acara PERDATA.pdf
file power point Hukum acara PERDATA.pdffile power point Hukum acara PERDATA.pdf
file power point Hukum acara PERDATA.pdfAgungIstri3
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaIndra Wardhana
 
MAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptx
MAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptxMAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptx
MAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptxadesofyanelabqory
 
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan pptpembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan pptJhonatanMuram
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptAlMaliki1
 
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptxBPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptxendang nainggolan
 
Kel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptx
Kel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptxKel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptx
Kel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptxFeniannisa
 
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptxPengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptxEkoPriadi3
 
Sistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptx
Sistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptxSistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptx
Sistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptxFucekBoy5
 
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptxYudisHaqqiPrasetya
 

Recently uploaded (12)

Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptxKelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
Kelompok 2 Sistem Pemerintahan Pra dan Pasca Amandemen UUD.pptx
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
 
file power point Hukum acara PERDATA.pdf
file power point Hukum acara PERDATA.pdffile power point Hukum acara PERDATA.pdf
file power point Hukum acara PERDATA.pdf
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
 
MAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptx
MAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptxMAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptx
MAQASHID SYARI'AH DALAM DISPENSASI NIKAH.pptx
 
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan pptpembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
pembahasan mengenai otonomi daerah yang diuraikan dengan ppt
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
 
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptxBPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
BPN Sesi 3 - Hukum Perkawinan.ppppppppptx
 
Kel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptx
Kel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptxKel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptx
Kel.5 PPT Hukum Administrasi Negara.pptx
 
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptxPengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
Pengertian & Prinsip-Prinsip Anti Korupsi.pptx
 
Sistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptx
Sistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptxSistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptx
Sistem norma hukum Bab IV dan Bab V.pptx
 
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
5E _ Kel 4 _ Merger, Akuisisi, dan Konsolidasi.pptx
 

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

  • 1. MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS, TEKNOLOGI SERTA KEJURUTERAAN BERDASARKAN PRINSIP SYARIAT ISLAM. NAMA PENSYARAH:TUAN,MOHD LOKMAN BIN AHMAD NAMA AHLI KUMPULAN 1.NUR IRDINA ZAHIRAH BINTI ZURAHIMI (14DEM21F1006) 2.RASYIDAH HANIE BINTI DAUD (14DEM21F1032) 3.NURUL IZZATI SYAUQINA BINTI AZMAN (14DEM21F1050) 4.NUR AERIQA FAHEIRA BINTI ROSLI (14DEM21F1072) KELAS DEM2B JABATAN MEKANIKAL SESI PENGAJIAN 2 21/22 KOD NAMA KURSUS MPU23052 TARIKH HANTAR
  • 2. ISI KANDUNGAN UNIT ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1.1 MEMAHAMI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENURUT ISLAM 2.0 MENYATAKAN PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 2.4 MENYATAKAN IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 3.0 MEMBINCANGKAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI 4.0 SUMBANGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KEPADAINSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM 5.0 RUMUSAN
  • 3. 1.0 PENGENALAN Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’I dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yangbenar.Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.Dalam hal ini,sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa ala mini adalahbersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan. Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki.Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yangberiman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dansains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumberwahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalahsatu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pulaumpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit 1.1 MEMAHAMI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENURUT ISLAM DEFINISI SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH • Daripada perkataan Inggeris iaitu science.Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan. • Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah,“Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” • Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperolehsecara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif. • Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui prosescerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) sertafahaman yang lahir daripadanya. • Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’I atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di sampingkaedah yang dapat diukur (kuantitatif). • Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’I atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di sampingMkaedah yang dapat diukur (kuantitatif). • Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan denganwahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama. • Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :- 1. Sains Tulen atau Sains Tabi’i 2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan) 3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)
  • 4. DEFINISI SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM • Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumberrujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batassedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas. • Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianyatunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya. • Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan danpenemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggahdengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatukebenaran. • Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya. • Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli,ilmu intelek dan ilmu wahyu. • Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif. • Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:- 1. Sains Propaedeutik : ➢ Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis,ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biografidan sejarah. 2. Sains Syariah : ➢ Sains ini adalah satu bidang yang yang samadengan ilmu agama pada hari ini.Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith,syariah, tafsir, dan lain-lain. 3. Sains Falsafah ➢ Merangkumi 4 bahagian utama. ➢ Merangkumi bidang matematik propaedeutik,logik, sains tabi’ie dan matematik tabi’ie. I. TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH • Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología),dariperkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran,rekaan (Hairudin Harun, 2007 : 2) • Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagimencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. • Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu‘techne’ dan ‘logos’. • ‘Techne’ adalah seni(art),kerja tanganatau keterampilan. Tekno bermaksudkemahiran teknik atau hasil kerja.Logos bermaksud wacana atau kata-katasistematis.
  • 5. • Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedahdan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yangdihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua;teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan danproses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaansumber- sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik,peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang bolehmemberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yangdihadapi oleh dalam kehidupan seharian. • Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yangbersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri. • Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikalyang membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke atas alam tabi’i. ii. TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM • Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuanpraktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antarasatu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yangmengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991) • Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialahistilah‘sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan. • Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuansains. • Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. • Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberimanfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripadaetika serta prinsip-prinsip dasar Islam. • Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokuskepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantukehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. • Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu : 1. Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran. 2. Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan iii. KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH • Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science)yangberkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasilkeperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia
  • 6. • .Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengankaedah yang paling efisyen iv. KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM • Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaianuntuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikanmanusia. • Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalammemenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan 2.0 MENYATAKAN PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam 1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam. ➢ Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalahberasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satukepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tandakekuasaan Allah yang menjadikan segalanya. ➢ Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaranpencipta.Firman Allah SWT dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud:“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinyamalam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dankeluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal ”.(Surah ‘Ali ‘Imran : 190) ➢ Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sainshendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagitujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi. ➢ Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada AllahSWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusiabongkak dan jauh daripada Allah SWT. ➢ Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiranmanusia tentang keagungan Allah SWT melalui kecanggihanciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri. 2.Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.
  • 7. ➢ Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorangkepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusiamelalui penggunaan akal. ➢ Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepadapenerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :Maksudnya : “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinyamalam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yangberguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupaair, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya danDia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin danawan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” (Surah Al-Baqarah : 164) 3.Membantu Pelaksanaan Syariat ➢ Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong olehkepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam. ➢ Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka. ➢ Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusiasesama manusia serta hubungan manusia dengan alam 4.Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akansesuatu perkara. ➢ Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerapbulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awalpuasa, tarikh awal bulan dan lain-lain. ➢ Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca. 5.Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi. ➢ Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatukarya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya 2.4 MENYATAKAN IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkanantara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengandunia Islam silam dan hari ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagiandaripada matlamat kepentingan hidup
  • 8. seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah SWT Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada kitaterutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalamkemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini. A. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM BIDANG HURAIAN Bidang Sosial ➢ Umat Islam akan ketinggalan jauh berbandingumat dan bangsa lain yang lebih maju. ➢ Maruah umat Islam akan dipandang hina dimata agama lain dan umat Islam akandiperkotak-katikkan oleh bangsa lain Bidang Ekonomi ➢ Umat Islam akan menjadi satu umat yang sukabergantung kepada kuasa asing. ➢ Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakanditerajui oleh bangsa asing dan penguasaanteknologi juga didominasi oleh bangsa asing. Bidang Politik ➢ Umat Islam akan ditindas dan seterusnyadijajah oleh bangsa dan agama lain. ➢ Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikari memimpin negaranya sendiri Bidang Pendidikan ➢ Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dankejuruteraan akan terpisah dari nilai-nilaiagama yang sebenar. ➢ Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agamasudah tidak wujud lagi. ➢ Pelaksanaan sistem pendidikan yangdilaksanakan adalah secara dualisme ➢ Umat Islam akan bergantung kepada sains danteknologi barat yang mana akan menimbulkan masalah kepada umat Islam sendiri. Contohnya hari
  • 9. Bidang Sains,Teknologi dan Kejuruteraan ➢ ini umat Islam sendiri bergantungkepada duniateknologi barat seperti penggunaan internet,telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi terkini. ➢ Memberi keuntungan yang besar kepada duniateknologi barat sendiri. ➢ Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta sesuatu teknologi baru yang bolehdigunakan oleh sejagat. B. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAANTERHADAP UMAT ISLAM BIDANG/ASPEK KEBAIKAN KEBURUKAN PERTAHAN • Mampu melindunginegara dari seranganmusuh- musuh.Contohnya denganpenciptaan senjata dankelengkapan perang. • Membawa kepadakemusnahan duniatermasuklah alam sekitar,dan juga nyawa yangterkorban. • Menyebabkan rusuhan berlaku • Menyebabkan tamakkankuasa berlaku. TEKNOLOGI MAKLUMAT • Membolehkan semualapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. • Jalan dakwah terbukaluas (alternatif medandakwah) • Maklumat dapat dicapaidengan pantas dan dapat berhubung antara satusama lain tanpasempadan. • Muda mudi terpengaruhdengan kelebihanteknologi ini. • Teknologi mengabaikannilai-nilai murni. • Berlakunyapencerobahan maklumat ‘penggodam’ . • Pengubahsuaianterhadap sesuatu faktaatau gambar akanberlaku.
  • 10. • Berlakunya kegiatan seksmelalui internet sahaja. BIO-TEKNOLOGI • Mampu menghasilkanmakanan ubah suaiangenetik (Genetically Modified Food) yangmempunyai cirri- ciriterbaik seperti tahanlama, sedap dan bermutu. • Teknik dan teknologipertanian mengalamitransformasi. • Membantu meningkatkanproduktiviti. • Membantu dalampenghasilan baka, benih,dan racun dalam sector pertanian. • Sumber genetik yangdigunakan untuk mengubah suaianmakanan mengandungibahan yang dilarangdalam syarak. • GMF memberi kesanterhadap kesihatanmanusia keranamengandungi bendasingyang tidak diketahuikesan buruknya. PENGKLONAN • Memberi pengetahuanbaru kepada manusia. • Disalahgunakan olehpihak tertentu. • Menyimpang darilandasan agama yangsebenar keranamenyalahi apa yang telahAllah ciptakan mengikut fitrah. PERUBATAN(STE P CELL) • Banyak kelebihannyadalam membantumengatasi pelbagaipenyakit. • Penggunaan “embryonic stem cell” bakal disalah gunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia. TEKNOLOGI LASER • Menggantikan peranankabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasidan perindustrian. • Maklumat yang dihantaradalah lebih cepat dantepat sertameminimumkankehilang an data. • Penyelewenganpengguna an akanberlaku. • Mudah diubahsuai olehmereka yang mahir danpakar.
  • 11. 3.0 MEMBINCANGKAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DAAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN 3.1 KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DALAM ISLAM Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapapentingnya sejarah dan hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadunmanusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al- Quransebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perludijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah SWT dalamAl-Quran dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabiterdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaunlaknatullah. Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah: TUJUAN HURAIAN Supaya manusia menjadikancontoh dan teladan aras apayang berlaku Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah-kisah merekaterdapat pengajaran bagi orang yang berakal”.(Surah Yusuf: 111) Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah Umat manusia sekarang selalu inginkepada bukti. Jadi, segala kisah yangberlaku dalam Al-Quran adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satukitab yang diwahyukan oleh Allah kepadaNabi Muhammad SAW. Satu kaedah untuk manusiaberfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalahuntuk mendidik dan salah satu daripadakaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari AllahSWT. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yangdijanjikan Allah adalah perkara yang benar.
  • 12. 3.2 SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI SEBELUM INI Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlakupada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allahmenceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduankepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu. KISAH NABI 1. Kisah Nabi Adam a.s • Merupakan nabi dan juga manusia pertamabergelar khalifah Allah SWT. Adam dijadikanoleh Allah setelah Allah menjadikan dunia danAdam tidak mempunyai apa-apa pengetahuansehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril. • Firman Allah yang bermaksud : “ dan Dia telahmengajarkan Nabi Adam akan segala namabenda-benda dan gunanya, kemudianditunjukkannya kepada malaikat lalu iaberfirman:Terangkanlah kepada-Ku namabenda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. 2. Kisah Nabi Idris a.s • Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahajayang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalamSurah Maryam yang bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad padasmereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yangsangat membenarkan dan seorang nabi. DanKami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi” (Surah Maryam : 56-57) • Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yangpertama menulis menggunakan pena danmengenakan baju yang berjahit. Bahkan orangyang mula-mula menggunakan kulit sebagaipakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15) 3. Kisah Nabi Nuh a.s • Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan NabiIdris a.s. • Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapiditolak oleh kaumnya.
  • 13. • Akibat keingkaran kaumnya, Allahmemerintahkan agar Nabi Nuh membina kapaluntuk menyelamatkan diri apabila musim banjirmelanda kelak. • eliau juga pakar dalam bidang sains,matematik dan teknologi logam. 4. Kisah Nabi Ibrahim a.s • Putera kepada Azar seorang menteri kepadaraja Namrud dan seorang ahli bintang. • Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit. • Firman Allah dalam Surah al-An’am yangbermaksud : “dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dandi bumi, supaya menjadilah ia daripadaorang-orang yang penuh yakin” 5. Kisah Nabi Daud a.s • Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dariNabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham. • Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaanilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu. • Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalampembuatan baju besi. • Allah mengajar baginda cara-cara membuat bajubesi untuk kegunaan peperangan. • Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yangbermaksud: “ Dan telah Kami ajarkan kepadaDaud membuat baju besi untuk kamu, dalam peperangan…” (Surah al-Anbiya:80) 6. Kisah Nabi Sulaimana.s • Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yangsangat memahami semua bahasa termasuklahbahasa haiwan. • Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yangmempunyai kerajaan yang banyak termasuklahpemerintahannya meliputi jin yang mana Allahmemudahkan golongan itu bekerja denganBaginda. • Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud: “Dan Kami kurniakan kepada NabiSulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya adalah menyamai perjalananbiasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mataair dari tembaga; dan Kami mudahkansebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannyadengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kamiakan merasakannya (pukulan) dari azab neraka. (Surah Saba’: 12)
  • 14. 3.3 Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran DaripadaPeristiwa Yang Berlaku 1. Kaum ‘Ad (Kaum NabiHud) Teknologi • Pakar dalam membinabangunan yang tinggi-tinggi tiangnya. • Merupakan kaum yangsangat kuat dan kukuhdari segipemerintahannya. Balasan • Allah telah membinasakannyakerana ingkar kepadaperintah Allah SWT. • Membinasakan bangunan-bangunan yang tinggi itu. • Allah membinasakan merekadengan ribut kencang. 2. KaumThamud(Kaum NabiSoleh) Teknologi • Kepakaran dalammemahat batu-batubesar dan dapat dilihat di lembah (Wadil- Quraiaitu tempat tinggalnya) Balasan • Mereka telah dibinasakan olehAllah SWT dengan satuletusan suara yang sangat menggemparkan pada waktupagi. • Mereka telah dibinasakandengan petir yang sangat dahsyat. 3. TeknologiFiraun Teknologi • Kepakarannya padamasa itu adalahmenguasai bangunan-bangunan yang handaldan kukuh. Balasan • Negeri mereka dibinasakan. • Kaum ini telahditenggelamkan oleh AllahSWT akibat kesombongan dankeingkaran mereka.
  • 15. 3.4 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW danZaman Kerajaan Islam. Kronologi Zaman 1. Zaman Rasulullah SAW PENCAPAIAN • Meletakkan asas dalam sains danteknologi. • Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran. • Rasulullah SAW sering mengubatipesakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran. • Sains Islam bertapak di Madinahdan Mekah. • Menuntut manusia mengkajitentang manusia, haiwan,tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. 2. Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin PENCAPAIAN • Perluasan wilayah sehingga keRomawi dan Parsi. • Zaman pertembungan sains Islamdengan Yunani, Parsi danRomawi. 3. Zaman Kerajaan Umayyah PENCAPAIAN • Perkembangan ilmu sains sudahmula meluas. • Terciptanya beberapa teknologiseperti perkapalan, alat peperangan & pertanian. 4. Zaman Kerajaan Abbasiyyah PENCAPAIAN • Munculnya Pusat Sains Islam diBaghdad. • Wujudnya aktiviti penMaksudnyasecara besar-besaran. • Munculnya Baitul Hikmah dalamkegiatan sains dan teknologi. • Munculnya cendekiawan muslimyang ramai. • Wujudnya institusi sains sepertibalai cerap dan hospital. 5. Zaman Kerajaan Islam di Andalus PENCAPAIAN • Pusat-pusat sains dan intelektualmuncul di kota-kota sepertiCordova, Granada, Seville.
  • 16. 4.0 SUMBANGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KEPADAINSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalampembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam.Antaranya : a. Universiti dan institusi pendidikan. ➢ Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranyaUniveristi al-Azhar, universiti di Andalus contohnya UniversitiGranada, Univerisiti Cordova dan Universiti Seville. b. Perpustakaan ➢ Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah HarunAr-Rsyid di Baghdad. ➢ Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yangmahir, menjadi agen penukaran budaya dan pemindahanteknologi, menerbitkan bahan penMaksudnya yang berkualitidan berjaya menhghidupkan budaya ilmu. ➢ Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa. ➢ Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan. c. Hospital ➢ Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikanperubatan, rawatan dan pusat latihan kejururawatan dankedoktoran. ➢ Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalamspiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkanpenyakit. ➢ Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu. ➢ Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospitalbergerak dan pusat kecemasan. ➢ Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur. d. Balai Cerap. ➢ Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihanpembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data. ➢ Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajianastronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra. ➢ Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam,mewujudkan kecenderungan mengkaji alam
  • 17. secara rasionaldan emprikal serta menekankan kaedah penggunaaninstrument dan cerapan untuk mengisahkan teori. e. Kejuruteraan Awam ➢ Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidangarkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyangmengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan jugaMasjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke-7 M. f. Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan. ➢ Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan diIsfahan, Iran pada kurun ke- 12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen 5.0 RUMUSAN Kesimpulannya berdasarkan prinsip syariat islam manusia dapat mencapai kemajuan hidup melalui sains, teknologi serta kejuruteraan dengan baik seiring zaman ke zaman ,kerana manusia dapat mempelajari pelbagai ilmu dengan lebih mudah .Hal ini dikatakan kerana terdapat teknologi cangih seperti telefon bimbit dan pelbagai lagi gadget yang dapat kita guna untuk mempelajari ilmu di pelbagai aplikasi serta laman-laman web seperti youtube,e-book dan Wikipedia.Disamping itu kita juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan lewat telefon bimbit di aplikasi-aplikasi seperti whatsapp dan facebook.Dari sini kita dapat mengetahui bahawa teknologi sains dapat mencapai kemajuan hidup bagi umat islam untuk menuntut ilmu pengetahuan yang lebih luas.