EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan PembelajaranBAB 1 KONSEP TEKNOLOGI DALAM P&P1.0 PENGENALAN & KONSEP TEKNOLOGI1. Ga...
BAB 2 REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip...
I (Implementation)             - Pelaksanaan        E (Evaluation)                  - Penilaian2.2.2 MODEL ASSURE-    Hein...
3. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen :      Mesej – isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan. ...
Pengganti Guru     Pembelajaran Berasaskan Projek     Media Dalam Pendidikan Khas     Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh   ...
Berdasarkan aspek-aspek berikut :     Ciri-ciri umum pelajar     Pengetahuan / pengalaman sedia ada     Gaya pembelajaran ...
BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK5.1 GRAFIK1. Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan @citra ...
Chang Hon Woon (1997) – garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkanpergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilk...
ii.    Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.BAB 6 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI6.2 BAH...
Jenis-jenis Graf :      Graf bar – menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian barmengukur kuantiti yg ingin diwakil...
Diorama     Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar.     Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang.     T...
Sudut pandangan sisesuaikan dengan pandangan biasa mata.3. Lensa Foto Jauh (Telefoto)      85 mm – 120 mm : untuk gambar p...
2. Kepekaan filem disukat berdasarkan skala :     ASA (American Standard Association)     JIS (Japan Industrial Standards)...
pandangan yg kedudukannya jauh sedikit dari lensa.§ Mempunyai apertur pelaras yg mudah dengan simbol.KAMERA SATU LENSA REF...
1. Muat turun imej ke komputer2. Muat turun imej dari telefon bimbit3. Menggunakan mesin pengimbasPERANAN FOTOGRAFI DALAM ...
TRANPARENSI OHPPrinsip Asas dalam Penyediaan Transparensi OHP1. Jangan cuba masukkan terlalu banyak maklumat dalam satu tr...
Kejelasan Punca Audio§ Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanakmendengar dengan jelas dan mem...
Muzik (sebagai muzik latar)        Kabel.9.5 PENGADUN SUARA1. Pengadun audio ialah alat yg mempunyai banyak saluran input ...
sesuatu mesej kepada penonton.2. Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yg berlaku di luar bilik darjah sepertiletupan gun...
1. Butang Zoom – merkamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampirisecara fizikal.2. Gelang Fokus – melakukan fokus...
Pergerakan Tilting§ Untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membandingbeza dua objek yg berlainan s...
BAB 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI      (TMK) DALAM P&P1.Pemprosesan menggunakan menggunakan perisia...
keupayaan (self-access, self-paced dan self-directed).7.Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana a...
PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS§ Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian kepe...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

1,915 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,915
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
260
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

  1. 1. EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan PembelajaranBAB 1 KONSEP TEKNOLOGI DALAM P&P1.0 PENGENALAN & KONSEP TEKNOLOGI1. Gailbrath (1967) Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifikatau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakansecara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalammelaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.2. Evan & Nation(2000) Teknologi ialah suatu seni @ sains bagaimana alat itudigunakan untuk tujuan-tujuannya.3. Teknologi ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatuilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.1.1 PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM P&P1. Teknologi dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualititerhadap ilmu pengetahuan.2. Department of Audio Visual Instrusion (DAVI) 1963 – Definisi pertama tentangteknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual.3. Association for Educational Communication and Technology (AECT) 1994 – Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan rekabentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.4. Teori Kognitif dan Konstruktif – Mereka bentuk, membina, mengguna pakai,mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori dan amalan daripadabidang-bidang lain.1.2 DOMAIN TEKNOLOGI DALAM P&P1. Fasa Pertama (AECT) 1977 – Pengurusan pengajaran, Pengembanganpengajaran, dan Sumber pembelajaran.2. Fasa Kedua (Seel dan Richey) 1994 – Teori dan amalan berhubung denganreka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses sertasumber untuk pembelajaran.PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P1. Pembelajaran Kendiri2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran3. Peluang Belajar Untuk Semua.
  2. 2. BAB 2 REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepadabentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.2. 3 kategori RP : RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977) RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991) RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang: Reka bentuk sistem pengajaran Reka bentuk strategi Reka bentuk mesej Ciri-ciri pelajar2.2 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN1. Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu : Menentukan keperluan pelajar Menentukan matlamat dan objektif Membina prosedur penilaian Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian Mencuba sistem pengajaran Menilai keseluruhan sistem2. Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan : Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem) Produk Sistem2.2.1 MODEL ADDIE- Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan,menjadi asas kepada semua model RP. A (Analysis) - Analisis D (Design) - Bentuk D (Development) - Perkembangan
  3. 3. I (Implementation) - Pelaksanaan E (Evaluation) - Penilaian2.2.2 MODEL ASSURE- Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.- Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan. A (Analyses learner) – Analisis pelajar S (State objectives) – Nyatakan objektif S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahansumber U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula2.2.3 MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992) Tentukan matlamat pengajaran Laksanakan analisis pengajaran Kenal pasti ciri-ciri pelajar Bentuk objektif pengajaran pembelajaran Pilih kaedah pengajaran Sediakan bahan pengajaran Rancang dan laksanakan penilaian formatif Rancang dan laksanakan penilaian sumatifPERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN1. Meningkatkan pencapaian pelajar.2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.4. Membantu dalam proses membuat keputusan.5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.6. Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh2.3 REKA BENTUK MESEJ1. Heinech et al (2002) – media sebagai alat yg membantu proses komunikasi.2. Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal ygmemungkinkan mesej disampaikan.
  4. 4. 3. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen : Mesej – isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan. Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk ygsebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa. Saluran mesej – alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej, dalambentuk elektrikal, mekanikal dan digital.4. Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikalmedia : Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenarBAB 3 MEDIA PENGAJARAN1. Media = Medium yg bermaksud sesuatu saluran komunikasi yg membawamaklumat.2. Berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dandengan ini meningkatkan pemahaman pelaja terhadap isi pengajaran.3. Teknologi memungkinkan proses P&P berlangsung tanpa kehadiran guru.4. Media pengajaran yg mendorong pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan media yg disediakan oleh guru sendiri @ pihak lain.5. Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isipelajaran, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta penilaian.6. Percival dan Elington (1984) – mengetengahkan 2 bentuk media : Saluran Komunikasi – radio, televisyen dan suratkhabar; Alatan Fizikal Teknologi – filem, slaid, gambar, pita rakaman dll.7. Media dalam pengajaran – sesuatu alatan yg berupaya menyalurkan mesejpengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran,perasaan, minat dan menarik perhatian penerima.FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pembantu Guru
  5. 5. Pengganti Guru Pembelajaran Berasaskan Projek Media Dalam Pendidikan Khas Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh Media Dalam Folio Pembelajaran Media Penyebar Ilmu3.3 JENIS DAN KLAFIKASI MEDIA1. Hoban dan Zissman (1937) – meletakkan nilai sesuatu bahan pandang dengarbergantung pada tahap realistiknya.2. Pengalaman Konkrit – pengalaman sebenar yg dialami oleh pelajar dan iasemakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa.3. Pengalaman Abstrak – pengalaman yg dilalui oleh pelajar melalui sesuatusimbol visual @ verbal yg perlu ditafsirkan.4. Jenis dan klafikasi media : Media Bergerak (rakaman video, animasi & filem) Orang (guru, pelajar & orang ramai) Objek / Model yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar Teks (poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul) Visual (diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi dll) Audio (suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)BAB 4 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH: MODEL ASSURE4.1 PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN1. Gagne (1985) – pembelajaran berlaku sebagai satu proses yg berkembangsecara berperingkat.2. Events of Instruction : - i. Tarik perhatian pelajar. ii. Beritahu objektif pembelajaran. iii. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. iv. Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaran-pembelajaran. v. Bimbing pembelajaran pelajar. vi. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. vii. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.viii. Taksir pencapaian pembelajaran. ix. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.4.2 MODEL ASSURE1. Analisis Pelajar
  6. 6. Berdasarkan aspek-aspek berikut : Ciri-ciri umum pelajar Pengetahuan / pengalaman sedia ada Gaya pembelajaran pelajar2. Nyatakan Objektif / Hasil PembelajaranPenyataan objektif yg baik mengandungi 4 kriteria : Kumpulan pelajar Bentuk tingkah laku baru Situasi @ Syarat perlakuan Tahap pencapaian minimum perlakuan3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan SumberProses pemilihan merangkumi 3 langkah : Penentuan kaedah – ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gayapembelajaran pelajar & objektif pembelajaran. Pemilihan format media – merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yghendak disampaikan. Pemilihan bahan sumber – memilih bahan sumber sedia ada, mengubahsuaibahan sumber sedia ada & merekabentuk bahan sumber baru. 4. Gunakan Media dan Bahan SumberTindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru : Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalamkelas. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yg sesuai untuk penggunaan bahan sumber. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.5. Libatkan Pelajar dalam PembelajaranLibatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskanbahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar.6. Nilai dan Semak SemulaPenilaian semasa proses dan selepas proses P&P membolehkan guru membuatpembetulan, penambahbaikan, dan tindakan susulan yg sesuai.
  7. 7. BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK5.1 GRAFIK1. Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan @citra yg menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkankonsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (P&P).2. Grafik – suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untukmenyampaikan informasi @ mesej3. Media elektronik – ‘grafik interakrif’ @ ‘grafik multimedia’4. Multimedia – perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkansekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi,audio dan video.PERALATAN ASAS BAGI REKA BENTUK GRAFIK Akal (kreativiti) Mata Tangan Alat-alat tradisional (pensel, dakwat, dll) Komputer, dll.FUNGSI GRAFIK DALAM PEMBELAJARAN1. Ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasakomunikasi yg berbeza.2. Mendorong interaktif yg aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasanapembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar.5.4 ELEMEN ASAS REKA LETAK GRAFIK1. Titik- penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukandi dalam ruang. - tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar, bersifat statik, tidakmempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur.2. Garisan - percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. - kombinasi garimembentuk imej 2D dan 3D. Rupa geometri – rupa-rupa yg mempunyai sempadan yg tetap. Rupa organik – rupa-rupa yg bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan ygtetap.
  8. 8. Chang Hon Woon (1997) – garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkanpergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk,mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.3. Permukaan - beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegakatau mendatar. - contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaanmenegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).4. Bentuk - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satupermukaan.5. Ruang - kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuksebagai jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda. Ruang nyata – ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objeksebenar bersifat 3D. Ruang tampak – ruang ilusi yg timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar, lukisandll. 6. Warna - pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan. Warna asas – Biru, Merah dan Kuning. Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning +Merah = Jingga. Warna tertier – Warna Asas + Warna Sekunder. - fungsi warna – melahirkan kesan @ pengaruh tertentu. - mewujudkan perasaan harmoni.5.5 Prinsip Reka Letak Visual1. 6 prinsip asas reka letak visual – CASPER C (Contrast) – Kontras A (Alignment) – Seimbang S (Simplicity) – Simplisiti (Keep It Simple and Stupid) P (Proximity) – Kumpulan item yg berkaitan bersama jarak E (Emphasis) – Fokus kepada item utama R (Repetition) – Berulang grafik2. Tipografi – suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang ygtersedia untuk mencipta kesan tertentu yg menolong pembaca berasa selesa untukmembaca semaksimum mungkin. i. Stail Fon : Roman – fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancippada hujungnya. Sans serif – fon ini tidak mempunyai sirip / serif. Skrip @ Kursif –goresan tangan, miring ke kanan. Egyption – ciri kaki / sirip / srif yg berbentukpersegi. Dekoratif – pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada.
  9. 9. ii. Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.BAB 6 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI6.2 BAHAN 2 DIMENSI (2D)§ Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.§ Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.Bahan Bercetak Buku teks – asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya. Bahan bacaan percuma – brosur, risalah dll.Kelebihan :- Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.- Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.- Boleh dialih.- Murah dari segi penghasilan / percuma.Kelemahan:- Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.- Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).- Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).- Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.Carta Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secaralisan / bertulis.Jenis-jenis Carta : Carta organisasi – menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segipemeringkatan. Carta klasifikasi – menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dansebagainya. Carta tabular / jadual – mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratusdalam bentuk jadual. Carta aliran – carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliransesuatu aktiviti. Graf Perwakilan visual data numerikal.
  10. 10. Jenis-jenis Graf : Graf bar – menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian barmengukur kuantiti yg ingin diwakili. Graf garisan – graf skala dua yg menggambarkan variasi nilai pada duadimensi. Graf pai – satu bulatan yg dibahagikan kepada segmen dan setiap segmenmewakili sebahagian peratus daripada keseluruhan. Gambar Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakanuntuk memudahkan pemahaman pelajar. Kelebihan :- Murah dan mudah diperoleh.- Perincian visualnya memudahkan pemahaman.- Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.- Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.- Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.Kekurangan :- Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.- Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.- Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.- Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.Peta Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual, garisan, danwarna.6.3 BAHAN 3 DIMENSI (3D)§ Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian.§ Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaanpasir dan model-model).Realia Merupakan objek sebenar yg di bawa ke dalam bilik darjah. Zukowski-Faust (1997) – objek konkrit dan paraphernalia kehidupan.Model Perwakilan bahan 3D bahan sbenar dalam bentuk saiz sebenar @ lebih kecil. Mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output keputusan.Ciptaan Objek Tiruan Dicipta oleh guru @ pelajar yg tidak dapat diperoleh di pasaran.
  11. 11. Diorama Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar. Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang. Tujuan – mengimbas kemabali suasana @ peristiwa lepas @menggambarkan masa depan.Meja Pasir Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika.KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P1. Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain.2. Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.3. Mengembangkan kemahiran dan konsep.KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P1. Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.2. Kekangan masa untuk membina bahan 3D.3. Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.BAB 7 ASAS FOTOGRAFI7.1 SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI- Photography secara literal bermaksud ‘menulis dengan cahaya’.- Sekitar abad 17-18, kamera ‘Abscura’ dicipta untuk kemudahan melukis imejberbantukan cahaya.- Sekitar 1888, George Eastmen mencipta kamera Kodak.- Tahun 1900, kamera Mammoth dicipta (beratnya 1400 paun).7.2 KOMPONEN ASAS KAMERALENSA§ Lensa, @ dikenali sebagai kanta, digunakan untuk membentuk imej yg jelas di ataspermukaan filem di dalam kamera.Jenis-jenis Kanta :1. Lensa Bidang Luas (Wide Angle Lens) Ukurannya 6 mm – 45 mm. Digunakan untuk penggambaran pemandangan jauh yg luas.2. Lensa Biasa (Standard / Normal Lens) Ukurannya 43 mm – 50 mm.
  12. 12. Sudut pandangan sisesuaikan dengan pandangan biasa mata.3. Lensa Foto Jauh (Telefoto) 85 mm – 120 mm : untuk gambar potret. 135 mm – 200 mm : sesuai untuk sukan. 300 mm – 600 mm : sesuai untuk pergerakan, alam semula jadi, dan hidupanliar. 4. Lensa Zoom Gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit. 28 mm – 50 mm : sudut luaske normal 50 mm – 100 mm : normal ke sederhana 70 mm – 200 mm : normal kejauh 135 mm – 300 mm : sederhana ke jauh Sesuai pada subjek yg berubah-ubah dengan cepat.§ Fokus ialah satu proses untuk mengubah jarak lensa (kanta) dari permukaan filemsupaya satu imej subjek yg jelas akan terbentuk di atas permukaan filem.APERTUR (SAIZ BUKAAN LENSA)1. Apertur ialah gegelang yg boleh membesar dan mengecil, berfungsi untukmengawal kemasukan cahaya yg akan menuju ke filem.2. Skala pada apertur ini berukuran / ditanda dengan f @ f/stops.3. Skala pada apertur akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, dan 22. (skaladari besar ke kecil).SHUTTER (PENGATUP)1. Shutter @ pengatup ialah sebuah tingkap yg menutup permukaan filem daripadaterkena cahaya.2. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu ygsesuai untuk mendapatkan gambar foto yg baik.3. Indeks kelajuan pengatup – B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, dan2000 yg bermaksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuanpengatup.4. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan danlebih indeks kelajuan maka lebih lama dedahan dibenarkan.FILEM1. Filem ialah kepingan plastik khas yg mempunyai satu permukaan bahan kimia(silver halide crystals) yg peka cahaya.
  13. 13. 2. Kepekaan filem disukat berdasarkan skala : ASA (American Standard Association) JIS (Japan Industrial Standards) DIN (Deutche Industrie Norme) ISO (International Organization of Standardization)3. Jenis-jenis filem : Filem hitam putih – negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitamputih. Filem warna – negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna-warni. Filem slaid – Filem positif untuk mendapatkan slaid berwarna dan bolehdicetak. Kepekaan Filem§ Kadar kepekaan filem yg berlainan ukuran adalah tidak sama.§ Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya.§ Dedahan cahaya yg tepat (correct exposure) kepada filem bergantung pada tigafaktor utama : - sensitiviti / kelajuan filem - bukaan apertur lensa - kelajuan shutter.LAMPU FLASHBanyak teknik yg boleh dipraktikkan ketika menggunakan flash :1. Halaan terus ke objek (direct flash)2. Halaan pantulan (bounce flash) – sesuai untuk potret3. Penggunaan filter pada flash4. Flash berkembar – beri tambahan cahaya5. Simbahan manual – sesuai dengan teknik low shutter speed7.7 JENIS KAMERAAda beberapa jenis kamera yg terdapat di pasaran.Antaranya ialah : Kamera piring (disk) Kamera segera (instant) @ polaroid Kamera katrij (catridge) Kamera pembalikan Kamera format besar (large format view)KAMERA KOMPAK (KAMERA FOKUS TETAP)§ Tidak mempunyai mekanisme fokus, sebaliknya yg ada hanya sebuah penilik
  14. 14. pandangan yg kedudukannya jauh sedikit dari lensa.§ Mempunyai apertur pelaras yg mudah dengan simbol.KAMERA SATU LENSA REFLEKS (SLR)§ Tidak mempunyai tingkap penilik pandang di sebelah depannya. Ia hanyamempunyai tingkap menenang di sebelah belakang.§ Sistem lensa yg boleh ditukar ganti.§ Kegemaran jurufoto profesional dan penggiat seni foto.KAMERA DIGITAL§ Mempunyai sensor elektronik yg menggantikan filem.§ Pengguna dapat melihat dengan segera imej, menyimpan, memadam, @ merakamsemula.§ Menggunakan sistem CCD (charge-coupled-device) bagi menukar imej cahayakepada signal @ informasi digital.§ CMOS (complementary metal oxide semiconductor) digunakan bagi kamera ygberharga murah.§ Camcorder juga boleh menghasilkan imej pegun, tetapi resolusinya agak kasar.Imej tidak jelas apabila diperbesar saiznya.7.8 TEKNIK PENGGAMBARANSecara umum :1. Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa andamemetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensazoom @ kelajuan shuttle yg perlahan.2. Jangan menghalang bidikan – bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagiangelap @ terlindung.Teknik Jarak Dekat Imej yg dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yg membantu P&Papabila guru ingin fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. Teknik Jarak Sederhana – Untuk Foto Pemandangan Sangat sesuai dijadikan BBM kerana imej yg menyeluruh itu meluaskanpemandangan dengan pelajar terhadap sesuatu perkara. Teknik Panning – Foto Aksi @ Sukan Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shutterpada kelajuan shutter yg agak perlahan. Hasilnya, imej objek yg bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yg statik akankelihatan kabur.7.9 MUAT TURUN IMEJ
  15. 15. 1. Muat turun imej ke komputer2. Muat turun imej dari telefon bimbit3. Menggunakan mesin pengimbasPERANAN FOTOGRAFI DALAM P&P1. Menarik minat pelajar.2. Meningkatkan pemahaman pelajar terhada sesuatu konsep @ tema.3. Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorongpenerokaan dan perkembangan idea pelajar.4. Memudahkan tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman kedalam jiwa pelajar.BAB 8 PENGGUNAAN OHP DAN TRANSPARENSIPROJEKTOR OHP1. Suatu alat pengganti papan tulis yg dapat memprojeksikan imej dari transparensike skrin.2. Jenis model OHP – jenis meja dan jenis mudah alih (boleh dibuka pasang, ringandan mudah di bawa ke mana-mana).Panduan Menggunakan OHP1. Projektor dan skrin perlu diletakkan pada kedudukan yg betul dan sesuai untukmengelakkan dua bentuk keystone.2. Pastikan jarak antara projektor dengan skrin disesuaikan supaya imej ygdipancarkan itu memenuhi seluruh kawasan skrin.3. Pastikan permukaan lensa platen dan kepala adalah bersih.Kelebihan :- Pengganti kepada papan tulis.- Memudahkan pengawalan bilik darjah.- Mengekalkan komunikasi lisan dan bukan lisan dengan pelajar.- Mudah disimpan dan boleh digunakan secara berulang-ulang.- Tidak memerlukan kemahiran teknikal yg kompleks.Kelemahan :- Memerlukan kuasa bekalan elektrik.- Kos agak tinggi untuk membeli alat membuat transparensi normal, transparensiuntuk fotokopi dan cetakan.- Jika projektor tidak diletakkan dengan betul, masalah keystone akan berlaku.- Perlu mempunyai kemahiran grafik untuk menghasilkan transparensi ygsempurna dan bermutu.
  16. 16. TRANPARENSI OHPPrinsip Asas dalam Penyediaan Transparensi OHP1. Jangan cuba masukkan terlalu banyak maklumat dalam satu transparensi.2. Reka letak transparensi harus sistematik.3. Pastikan semua bahan pameran dalam transparensi dapat diprojeksikan padaskrin.Cara Penyediaan Transparensi OHP1. Secara Write-on @ Tulis Terus - memerlukan pengguna menggunakan pentranparensi untuk menulis pada transparensi.2. Jenis Termal @ Peka Haba - mempunyai permukaan bersalut lapisan bahankimia termal. - dimasukkan ke dalam alat pembuat stensel.3. Dicetak dan Salinan Foto - dicetak terus @ salinan foto amat jelas. -menggunakan mesin fotostat @ pencetal laser berwarna.Teknik untuk Persembahan Transparensi OHP1. Tranparensi Urutan / Progresif - untuk memperkenalkan isi pelajaran secaraurutan.2. Transparensi Tindih-tindan - membolehkan tokok tambah maklumat sehinggamemberikan gambaran secara keseluruhan secara bersistem dengan bantuantranparensi tindan.3. Penggunaan Animasi - boleh dibuat melalui OHP seperti dalam persembahanaliran dan pergerakan.Keberkesanan OHP bergantung pada :a) Tulisan pada transparensi harus sesuai dan jelas.b) Jarak antara baris sesuai.c) Bahan pada transparensi tidak padat dan hanya terdiri daripada isi-isi pentingsahaja.BAB 9 BAHAN AUDIO9.1 PROSES MENDENGAR DALAM KALANGAN MURID1. Pendengaran ialah proses fisiologi - berlaku apabila gelombang bunyi masuk kedalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel ditelinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutansaraf (nerve impulse), dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.2. Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itumenyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan.Kemahiran Bahasa§ Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yg dimiliki oleh kanak-kanakmempengaruhi keberkesanan proses mendengar.
  17. 17. Kejelasan Punca Audio§ Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanakmendengar dengan jelas dan memahami mesej yg hendak disampaikan.Nada Audio yg Tidak Sekata (Monotonous)§ Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.Kesediaan Mendengar§ Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaanmereka memahami mesej yg hendak disampaikan.Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasasesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).9.2 PENGHASILAN BAHAN AUDIO PENDIDIKANLangkah-langkah perlu dilakukan bagi menghasilkan penerbitan audio :Langkah 1 : Tetapkan matlamat.Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan.Langkah 3 : Pemilihan bahan.Langkah 4 : Menulis skrip.Langkah 5 : Menyediakan peralatan.Langkah 6 : Membuat rakaman. Langkah 7 : Prebiu.Langkah 8 : Penggunaan bahan audio.Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan.9.3 FORMAT AUDIOFormat-format audio : Kaset audio Kaset mikro Fonograf @ piring hitam Cakera padat @ CD9.4 PENERBITAN AUDIOUntuk menerbitkan bahan audio, anda memerlukan beberapa bahan dan peralatanasas seperti berikut : Mikrofon. (rujuk ms 146-148) Alat perakam (perakam dan pemain kaset). Pita audio @ kaset audio. Studio (tempat rakaman yg khusus) Bilik kawalan (pilihan) Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
  18. 18. Muzik (sebagai muzik latar) Kabel.9.5 PENGADUN SUARA1. Pengadun audio ialah alat yg mempunyai banyak saluran input yg boleh dilarasbahananya dan satu output.2. Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.3. Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan membuat latihanmembaca skrip.Singkatan-singkatan yg perlu anda ketahui dan gunakan sewaktu anda menyediakanskrip :1. FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan.2. FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.3. FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan.4. FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan.5. BG (Background) – Muzik latar.9.6 SUNTINGANBoleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui perisianSoundForge. (rujuk ms 151-157)© Azure PISMP 4.02 (25-28/10/2009)9.7 FORMAT FAIL AUDIO1. Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)2. Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF)3. Sound (SND)4. Roll (ROL)5. Wave (WAV)6. Sun Audio (AU)7. Voice (VOC)8. MPEG Level 3 (MP3)9. RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)BAB 10 PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN10.1 VIDEO DALAM P&P1. Video – media bergerak yg realistik dan sangat bermanfaat dalm penyampaian
  19. 19. sesuatu mesej kepada penonton.2. Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yg berlaku di luar bilik darjah sepertiletupan gunung berapi, bom atom dll.3. Berupaya untuk merakamkan imej jauh dan dekat, serta memanipulasi ruang.4. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi.10.2 KAMERA DAN PERAKAM VIDEO1. Camcorder ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu camera dan recorder.2. Imej yg dirakam menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokusditukar kepada beberapa siri signal elektronik. Signal ini kemudian dipancar dandirakamkan ke atas pita magnetik. Pada masa yg sama, bunyi yg dikesan sebagaisignal elektronik melalui mikrofon bina dalam, juga akan dirakam di atas pita ygsama.3. Sekiranya ingin membeli camcorder, perlulah mengambil kira perkara-perkara ygberikut : Format storan. Warna dan resolusi. Intensiti cahaya – kamera video yg baik memerlukan pengcahayaan yg sedikituntuk menghasilkan rakaman yg berkualiti. Cip CCD – lagi banyak mempunyai cip CCD, semakin baik resolusi dan warnayg dapat dirakamkan. Input dan Output – iaitu aksesori seperti audio, video, mikrofon, headphonedan punca kuasa luar.10.3 JENIS-JENIS KAMERA VIDEOKamera Video Analog§ Merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.§ Menggunakan tep magnetik dalam bentuk kaset video yg pelbagai format sepertiVHS, VHS-C, Hi 8, dan U-matic.Kamera Video Digital§ Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.§ Menngunakan kaset video dalam saiz kecil yg biasanya dalam format DVC (DigitalVideo Cassette).§ Boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel FireWire.§ Boleh disunting dengan perisian-perisian komputer.10.4 BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING KAMERA VIDEO
  20. 20. 1. Butang Zoom – merkamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampirisecara fizikal.2. Gelang Fokus – melakukan fokus secara manual.3. Sensor dedahan (exposure) – mengesan seluruh medan rakaman dan menalabukaan lensa yg sesuai dengan intensiti cahaya.4. Shutter – kelajuan shutter yg tinggi memerlukan lebih banyak cahaya,menyebabkan apertur dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelasmenjadi lebih tohor.5. Butang White Balance – untuk mencipta keseimbangan warna yg menarik tetapimungkin bukan warna asal.6. Alat rakam suara – untuk merakam suara semula jadi.10.5 MEDAN JELAS1. Medan jelas – jarak di antara subjek yg kelihatan jelas.2. Medan jelas bergantung pada jenis kamera, apertur, dan jarak fokus.3. Semakin luas bukaan apertur, semakin terhad medan jelasnya, terutama apabilamemfokus subjek yg dekat.4. Sebaliknya, sekiranya bukaan apertur kecil, maka imej ketajaman atau kejelasanyg dihasilkan agak sekata menyebabkan subjek kelihatan lebih jelas.10.6 JENIS-JENIS SHOT Full Length Shot (FLS) Long Shot (L/S) Knee Shot (KS) Waist Shot (WS) Bust / Medium Close-up Shot Close Up Shot (C/UP) Big Close Up (BC/U) Extra Big Close Up (EBC/U)10.7 JENIS-JENIS PERGERAKAN KAMERAPanning§ Cari poin permulaan dan poin akhir sebelum merakam.§ Untuk merakam imej objek yg bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.
  21. 21. Pergerakan Tilting§ Untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membandingbeza dua objek yg berlainan saiz.Pergerakan Dolly§ Menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)kamera yg dipasangkan di atas tripodberoda.Pergerakan Truck§ Menolak ke kiri dan ke kanan kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.§ Biasanya, merakam objek yg bergerak @ berjalan.10.8 MERANCANG PENERBITAN BAHAN VIDEO UNTUK PENGAJARAN1. Tetapkan tujuan dan objektif.2. Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan.3. Pilih bahan-bahan yg sesuai.4. Menulis skrip.5. Bersedia membuat penggambaran.6. Sediakan bahan-bahan grafik.7. Sediakan bahan dan peralatan.8. Mulakan penggambaran.9. Menyunting.10. Membuat rakaman audio.11. Prebiu.12. Gunakan dalam pengajaran.13. Penilaian dan penambahbaikan. 10.9 MENYUNTING VIDEO1. Teknik asas menyunting video – menggunakan hanya sebuah pemain videodan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-dua perludisambungkan dengan AV cable.2. Menyunting dalam kamera – shot dan panjang shot ditentukan semasa rakamdibuat.3. Assemble editing – shot disalin ke pita baharu mengikut susunan ygdikehendaki.4. Teknik sisipan – rakaman baru dilakukan pada pita asal.5. Menyunting dengan menggunakan Three-machine Editting. (rujuk ms 180-181)6. Menyunting berbantukan komputer. - Windows Movie Maker (ms 182-191) -VCD Cutter v.4.04 (ms 191- 195)
  22. 22. BAB 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM P&P1.Pemprosesan menggunakan menggunakan perisian seperti Microsoft Wordbagitugas menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen.Pemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail, penyimpanannyasecara elektronik dalam cakera padat, pameran di skrin, pengeditan melalui arahan,dan aksara dari papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak(printer).2.Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-gurumengukuhkan sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaranguru.Perisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isipengajaran.Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audiodan video untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuksesi pengajaran.3.Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus datanombor untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktivitipenyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred.Perisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlahmarkah, purata, memberikan gred, menyusun serta menyaring data.Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan,mengurus, dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencarimaklumat dengan pencarian kata-kata kunci.5.Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yg boleh mengintegrasikankombinasi unsur teks, grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatuprojek atau pakej yg ada ciri interaktif.Projek multimedia interaktif yg dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P.Macromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menariktumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan.6.Pengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik,dinamik, interaktif, serta disokong dengan audio, video, grafik dan animasi. Disamping itu, pelajar boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan
  23. 23. keupayaan (self-access, self-paced dan self-directed).7.Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasimultimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka.Media interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan.8.Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkanpelajar meneroka maklumat.Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumatmengikut minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.Contoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta, World Book Encyclopedia dll.BAB 12 ISU-ISU & TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKANHAK CIPTA TERPELIHARA§ Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka.§ Bahan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitandilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia).KESELAMATAN§ Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara.KERAHSIAAN§ Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan danalat / objek, bahan bertulis sperti peta.KAWALAN KENDIRI§ Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakandan proses-proses pemikiran.TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN§ Penggunaan Media Tradisional secara Berterusan§ Pembelajaran Elektronik sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat kepadapelajar luar kelas formal.PERUBAHAN DALAM PERANAN GURU§ Sebagai fasilitator, pengurus dan penggerak dalam era perkembangan teknologi.
  24. 24. PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS§ Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluankhas.RUJUKAN:Sri Pendidikan Guru : Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2009)Oxford Fajar Sdn. Bhd.

×