SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
Tema 2
Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan
Tajuk
Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada
Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.
PENGENALAN
Di Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dimulakan oleh pihak British pada tahun 1939,
sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter
41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua1
. Maksud
Akta Pertahanan Awam 1951 terbahagi kepada dua keadaan. Semasa peperangan, bermaksud
apa-apa langkah yang tidak melibatkan pertempuran bagi menghadapi serangan permusuhan
sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas serangan musuh. Semasa aman
pula bermaksud apa-apa langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama
ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana2
.
Pada tahun 1972, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan
peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki
menghadapi peperangan. Tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang pada tahun 1993
mula mengubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia3
. Talian kecemasan 991
dilancarkan pada 20 Mei 1995 sebagai tanda komitmen Pertahanan Awam memberikan
khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam4
. Rancangan Pembangunan Pertahanan Awam
dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistic dan prasarana dalam
gerak kerja menyelamat.
Pada 13 September 2009, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan pakaian seragam baru
berwarna biru menggantikan pakaian seragam yang lama5
. JPAM mempunyai ahli sehingga
36,000 anggota dengan 37 cawangan di seluruh negara. JPAM Jasin, Melaka merupakan
salah satu cawangan bagi agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. JPAM Jasin
ditubuhkan pada tahun 2008 di Jalan Pegawai,Jasin. JPAM Jasin banyak memberikan
sumbangan kepada masyarakat bandar ini. Leftenan (PA) Hamdan Bin Mohammad Saat
merupakan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin yang dilantik pada tahun 2014.
OBJEKTIF 1 : Sejarah Dan Perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin
Dari Tahun 2008 Hingga 2014.
Sesetengah orang tidak banyak mengetahui tentang asal usul dan sejarah awal Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia Jasin. Oleh hal yang demikian, pertukaran pengenalan akronim
„JPA3‟ kepada „JPAM‟ telah dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia pada
bulan Mac semasa sambutan Pertahanan Awam Malaysia di Ipoh,Perak. Lalu, pada tahun
2008 itulah, JPAM ditubuhkan di kawasan Jasin dengan rasminya. JPAM Jasin memulakan
operasinya di kawasan Jalan Pegawai Jasin. Visi JPAM Jasin ialah, menjadi sebuah agensi
Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana. Misi JPAM Jasin pula,
memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan
selepas sesuatu bencana6
.
Dalam pada itu, JPAM Jasin mula memberikan sumbangan kepada penduduk-
penduduk yang memerlukan di kawasan Bemban, Selandar, Merlimau, Batang Melaka,
Chohong, dan kawasan Simpang Bekoh bermula tahun 2008. JPAM Jasin mempunyai
pasukan-pasukan yang ditubuhkan khas untuk memberikan „First Aid‟ yang dipanggil „First
Responder‟. Pasukan sebegini ditubuhkan untuk memberikan pertolongan dan sumbangan
kepada masyarakat dari segi pemulihan, pembersihan, pembangunan semula dan kaunseling.
JPAM Jasin diberi tanggungjawab untuk memberi pertolongan kepada masyarakat dan
mengawasi kawasan-kawasan yang tertentu sahaja bermula tahun 2009. Pada mula-mula
JPAM Jasin ditubuhkan di kawasan Jasin, ianya hanya dilengkapi alat-alat dan peralatan-
peralatan pertolongan yang asas dan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, peralatan
medik, peralatan masuk hutan, alat-alat melawan kebakaran dan alat-alat untuk menangkap
ular.
Selepas beberapa tahun pertubuhannya iaitu mulai tahun 2010, JPAM Jasin telah
mengalami banyak perubahan dan perkembangan dari segi kemudahan, dan kelengkapan
alat-alat bantuan. Beberapa kenderaan baharu yang penuh dengan alat-alat moden dan
canggih diperkenalkan di JPAM Jasin7
. Kenderaan-kenderaan sebegini banyak membantu
ahli-ahli JPAM Jasin untuk bertindak cepat dalam melaksanakan tugas mereka dan
menyampaikan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, dalam jangka masa yang segera.
Juga, kenderaan-kenderaan yang dilengkapi dengan alat-alat bantuan kecemasan
membolehkan para pekerja JPAM Jasin disegani dan disenangi dalam kalangan masyarakat
Bandar Jasin.
Seterusnya, dari segi pentadbiran pula banyak pembaharuan dan perubahan yang telah
dialami oleh JPAM Jasin. Sistem pentadbiran JPAM Jasin telah melalui pelbagai perubahan
dari segi pembahagiaan jawatan dan kuasa. Jawatan-jawatan dan tugas-tugas yang diberi
keutamaan ditambahkan bilangan pekerjanya pada tahun 2012 supaya lebih senang untuk
menguruskan kes-kes kecemasan.
Di samping itu, JPAM Jasin turut menambahkan bilangan kaki tangannya pada tahun
2013 supaya kerja-kerja memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan
berkesan. JPAM Jasin juga mula mempelbagaikan corak bantuannya kepada masyarakat
supaya dapat sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin. Contohnya, JPAM
Jasin mula mengadakan pameran, aktiviti gotong-royong, dan bantuan kaunseling untuk
masyarakat kawasan sekeliling.
JPAM Jasin telah banyak berkembang dan maju jika dibandingkan dengan tahun
penubuhannya. Banyak yang telah dilalui oleh JPAM Jasin sepanjang tempoh pertubuhannya.
JPAM Jasin masih berusaha melakukan pelbagai perubahan dan penambahbaikan untuk
memantapkan lagi sumbanganya kepada masyarakat kawasan Jasin.
Kesimpulannya, perkembangan dan kemajuan JPAM Jasin menunjukkan betapa
pentingnya agensi keselamatan ini kepada masyarakat sekeliling kawasan Jasin. JPAM Jasin
perlu diteruskan operasinya bagi membantu masyarakat setempat dan mengurangkan beban
pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia cawangan Jasin dalam menguruskan kes-kes
kecemasan pada masa akan datang.
OBJEKTIF 2 : Sumbangan Dan Peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin
Kepada Penduduk Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.
JPAM Jasin telah banyak memberi bantuan dan pertolongan kecemasan kepada
masyarakat kawasan Jasin sejak dari tahun penubuhannya. Terdapat pelbagai cara dan kaedah
yang digunakan oleh JPAM Jasin dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang
memerlukan. Bermula tahun 2008, JPAM Jasin hanya memberi bantuan kecemasan kepada
mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dan mereka membantu pihak Polis Diraja Malaysia
dan Bomba dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. Bermula dari tahun 2010 pula, JPAM
Jasin mula mempelbagaikan cara-cara pemberian bantuan. Sebagai contohnya, JPAM Jasin
mula mengadakan pameran tentang alat-alat medik, peralatan masuk hutan, alat-alat untuk
melawan kebakaran dan alat-alat yang digunakan untuk menangkap ular.
Mulai tahun 2011, JPAM Jasin diperrtanggungjawabkan untuk memberi latihan dan
pendidikan keselamatan kepada orang awam mengenai cara-cara memertahankan diri mereka
sewaktu mengalami keadaan-keadaan yang sukar dan bahaya. Aktiviti ini bertujuan untuk
memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam.
Juga, ianya bertujuan untuk memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas
membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya. Orang awam akan
diberikan pengajaran tentang cara-cara menyelamatkan diri semasa kemalangan kebakaran,
banjir dan banyak lagi oleh kaki tangan JPAM Jasin.
Bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mula menganjurkan pameran di sekolah-
sekolah kawasan Jasin bagi membantu para pelajar mengenali alat-alat menangkap ular,
peralatan medik, peralatan masuk hutan dan alat-alat untuk melawan kebakaran. Pameran
sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil
oleh seseorang apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak terduga. Dalam pameran
yang dianjurkan sebegini, warga sekolah juga diberikan taklimat dan cara-cara untuk
menghadapi sesuatu situasi yang sukar dengan hati yang tenang dan tidak panik. Justeru,
pameran sebegini dijalankan kerana bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar sekolah untuk
lebih berhati-hati semasa menghadapi sebarang kes kecemasan dalam apa jua keadaan sekali
pun.
Seterusnya, bermula dari tahun 2013, JPAM Jasin juga mengadakan pameran-pameran di
kawasan-kawasan perumahan Jasin bagi memberi kesedaran langkah-langkah keselamatan
kepada masyarakat warga Jasin. Program Perpustakaan Desa yang dianjurkan oleh JPAM
Jasin banyak memberikan info-info tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi
menghadapi situasi-situasi sukar kepada masyarakat. JPAM Jasin juga menunjukkan aksi-
aksi yang boleh dicontohi semasa keadaan sukar dan bahaya kepada masyarakat bagi
membantu mereka mengenali cara-cara mempertahankan diri. Di samping itu, JPAM Jasin
selalu menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan-kawasan perumahan bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan kebersihan alam sekeliling. Aktiviti ini
banyak membantu masyarakat untuk lebih mengambil berat akan kebersihan kawasan
sekeliling perumahan mereka dan mengurangkan risiko menghidapi penyakit-penyakit yang
disebabkan oleh serangga-serangga perosak seperti nyamuk Aedes yang menyebabkan
demam Denggi. Kaki tangan JPAM Jasin banyak mengemukakan cadangan tentang cara-cara
memelihara kebersihan kawasan perumahan kepada masyarakat Jasin. Taklimat sebegini
membantu masyarakat menghapuskan tempat pembiakan haiwan perosak sekaligus
mencegahnya daripada menyebarkan penyakit-penyakit yang merbahaya.
Selain itu, JPAM Jasin juga bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan kepada
mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat perlindungan bermula dari tahun 2013. Pekerja-pekerja
JPAM Jasin turut membantu mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pemulihan dan
pembersihan kawasan perumahan yang rosak teruk akibat banjir. Juga, JPAM Jasin turut
menyediakan bantuan kaunseling kapada mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat berasa
sedikit lega dan meneruskan kehidupan mereka. Bantuan ini banyak memberikan kesan-
kesan positif kepada mangsa-mangsa banjir untuk bersama-sama membantu melakukan
kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan perumahan mereka. Juga, ahli JPAM Jasin
akan dibawa ke kawasan-kawasan di luar negeri Melaka, iaitu kawasan yang mengalami
banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Ternyata, sumbangan JPAM Jasin
sememangnya perlu diberikan penghargaan dan dihargai oleh penduduk di kawasan Jasin.
Selain itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin juga mengadakan latihan dan sesi
pengajaran di pusat-pusat PLKN. Tujuannya adalah, untuk mengajar cara-cara keselamatan
kepada warga PLKN supaya mereka dapat mengenali langkah-langkah mempertahankan diri
semasa menghadapi sebarang situasi kritikal dan berbahaya. Juga, JPAM Jasin mengalakkan
penyertaan warga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam JPAM sebagai
sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia. Secara tidak langsung, kaedah ini
menyebabkan bilangan ahli JPAM Jasin bertambah dan membantu JPAM Jasin untuk
berfungsi sebagai sebuah agensi keselamatan yang lebih berdedikasi dan berkesan dalam misi
penyelamatannya.
Di samping itu, menjelang tahun 20148
, JPAM Jasin mula mengadakan taklimat-taklimat
kecil mengenai cara-cara memertahankan diri di sekolah-sekolah kawasan Bandar Jasin.
Ahli-ahli JPAM Jasin memberikan motivasi dan mangadakan taklimat-taklimat sebegini
tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hal ini sedikit sebanyak membantu pihak sekolah di
kawasan Jasin, untuk menyediakan lebih kemudahan keselamatan di kawasan sekeliling
sekolah dan memberi lebih sedikit perhatian terhadap keselamatan para pelajar yang
menuntut di sekolah mereka.
Kesimpulannya, JPAM Jasin merupakan salah satu agensi yang banyak memberi
pertolongan dan bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin semasa mereka memerlukan.
Jadi, JPAM Jasin dianggap sebagai khazanah masyarakat kawasan Jasin kerana ianya sentiasa
memberikan jasa dan sumbangan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, JPAM Jasin perlulah
sentiasa dimajukan dari semasa ke semasa agar agensi tersebut dapat sentiasa memenuhi
keperluan masyarakat kawasan sekeliling. Pihak kerajaan perlulah sentiasa melengkapkan
segala keperluan JPAM Jasin bagi membantu ahli-ahlinya menjalankan tugas dengan baik
dan tanpa sebarang gangguan.
OBJEKTIF 3 : Usaha-usaha Penambahbaikan Untuk Menjadikan JPAM Jasin Sebagai
Sebuah Agensi Keselamatan Yang Mantap.
Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan pada
kesemua agensi keselamatan di seluruh Malaysia bermula tahun 2010. Akta Pertahanan
Awam 1951 (Disemak 1979) atau Akta 221 memperuntukkan tugas Pertahanan Awam untuk
mengelola, menubuh, melatih, menyenggara, melengkapi dan mendisiplin Angkatan dan
Perkhidmatan Pertahanan Awam mengikut Seksyen 3(2)a. Sehubungan dengan itu, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia telah berusaha melakukan penambahbaikan supaya JPAM dapat
berfungsi sebagai sebuah agensi yang mantap dan teratur. JPAM melakukan penambahbaikan
sebegini supaya ianya dapat melatih pihak kakitangan JPAM untuk menjadi lebih aktif dan
berkemahiran dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.
Latihan diberikan kepada kakitangan JPAM bertujuan untuk pendedahan anggota dalam
eksesais sebenar melalui perkhidmatan bantuan kecemasan dengan ilmu kemahiran tinggi
dalam gerak kerja menyelamat sama ada di darat dan di air. Bermula dari tahun 2009, ahli
JPAM Jasin turut menyertai latihan-latihan dan kem-kem kemahiran yang diadakan di
seluruh Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka dalam
melaksanakan tugas mereka. Pekerja JPAM Jasin diberi peluang untuk mencuba dan
melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kem-kem latihan.
Antara aktiviti dan latihan Pertahanan Awam mengikut Akta 221 ialah, pengurusan
angkatan, latihan angkatan, eksesais/latihan bersama, latihan orang awam, latihan kadet
Pertahanan Awam, latihan pasukan Tindakbalas Kecemasan bagi organisasi, talian
kecemasan 999, khidmat kemanusiaan, operasi bencana serta penyelidikan dan
pembangunan.
Semasa melibatkan diri dalam latihan dan aktiviti Pertahanan Awam, kesemua ahli JPAM
Jasin perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya mereka dapat memberi focus semasa
pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan sedang diajar. Setiap anggota Angkatan
JPAM Jasin perlu melalui 3 peringkat latihan iaitu, latihan asas selama 48 jam, latihan
lanjutan selama 148 jam, dan latihan kemahiran selama 160 jam. Kesemua latihan dan
aktiviti-aktiviti ini telah meningkatkan daya tahan dan kemahiran setiap ahli JPAM Jasin
dalam misi memberi bantuan kepada masyarakat.
Selain itu, bermula dari tahun 2010 dan seterusnya, sebagai usaha penambahbaikan
kemahiran JPAM, kerajaan Malaysia mewajibkan semua ahli JPAM dari seluruh cawangan
untuk menjalani latihan asas, latihan lanjutan, latihan kemahiran, teknik latihan. Dalam
mempelajari latihan asas, ahli JPAM Jasin bersama ahli JPAM dari kawasan-kawasan yang
lain akan diberikan pendedahan tentang bencana dan peperangan, penyelamat asas,
pertolongan cemas asas dan CPR, cara-cara melawan kebakaran dan cara menguruskan pusat
pemindahan serta menjaga kebajikan masyarakat. Juga, ahli JPAM Jasin diberi pengajaran
tentang latihan menyelamat di air dan skuba, cara menggunakan alat bantuan pernafasan,
langkah penyelenggaraan peralatan penyelamat, dan cara pengendalian bot penyelamat.
Seterusnya, JPAM Jasin turut menghantar kakitangannya untuk menghadiri setiap sesi
latihan dan akitiviti yang diadakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tiap-tiap tahun
bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan ahlinya dalam menyalurkan bantuan kepada
masyarakat yang memerlukan. Usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia Jasin ini, banyak memberikan ilmu dan pengetahuan baru kepada ahli-ahlinya
dalam menjalankan tugas mereka.
Selain itu, bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mendidik ahlinya untuk
memberikan latihan kepada orang awam bagi memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
orang awam mengenai Pertahanan Awam. Ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin
juga memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain
dalam situasi kecemasan dan bahaya. Juga, JPAM Jasin turut melakukan usaha promosi
untuk menarik orang awam menganggotai Pertahanan Awam Malaysia9
.
Di samping itu, kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi
mempertingkatkan lagi kemudahan-kemudahan infrastruktur JPAM di seluruh Malaysia.
Perbelanjaan untuk membeli peralatan penyelamat, kenderaan operasi, peralatan perubatan,
peralatan kebombaan, peralatan logistic am dan membina menara penyelamat pantai
ditanggung oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di
seluruh Negara beroperasi dengan baik dan tanpa apa-apa kekurangan10
. Jentera operasi
utama meliputi ambulans, kenderaan penyelamat ringan dan berat, kenderaan pelbagai guna,
bot penyelamat, kenderaan pengangkut dan kenderaan perhubungan bergerak yang membantu
pihak JPAM Jasin untuk berfungsi secara menyeluruh dan sampai ke kawasan kes-kes
kecemasan dengan segera.
Selain itu, kerajaan Malaysia berbelanja jutaan ringgit untuk membelikan peralatan
perubatan seperti alat perubatan kecemasan dan trauma bagi rawatan prahospital untuk
kegunaan JPAM di seluruh Malaysia11
. Selain itu, kerajaan Malaysia juga menyediakan wang
untuk melengkapkan segala keperluan JPAM, contohnya alat bantuan dan sokongan operasi
seperti set komunikasi, alat kebajikan, pakaian operasi dan kelengkapan bantuan lain. Melalui
peruntukkan ini, JPAM Jasin juga mendapat pelbagai faedah dari segi mendapat alat-alat
bantuan yang diperlukan untuk menguruskan kes-kes kecemasan dan kemudahan
infrastruktur yang mencukupi lagi menyelesakan. Kesemua peruntukkan yang dibahagikan
oleh kerajaan Malaysia untuk pertubuhan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh negara, telah
memberikan kesan positif secara tidak langsung.
Menjelang tahun 2014, JPAM Jasin telah berkembang maju dengan adanya peruntukkan
kewangan dari kerajaan Malaysia. Segala kemudahan infrastruktur seperti kenderaan-
kenderaan moden dan peralatan-peralatan bantuan canggih yang disediakan oleh kerajaan
Malaysia bagi kegunaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, telah menyebabkan JPAM di
seluruh negara Malaysia untuk berfungsi dengan baik dan menghulurkan bantuan kepada
masyarakat negara tanpa ada apa-apa halangan atau gangguan. JPAM Jasin pun tidaklah
terkecuali daripada golongan tersebut. JPAM Jasin menjadi salah sebuah agensi keselamatan
yang mantap dan teratur di kawasan Jasin disebabkan oleh gaya pentadbirannya. Segala
bantuan yang dihulurkan oleh JPAM Jasin kepada masyarakat Jasin memuaskan hati
penduduk di kawasan itu kerana JPAM Jasin sentiasa berusaha untuk memberikan yang
terbaik kepada masyarakat yang memerlukan bantuan pertubuhan itu.
Secara tuntasnya, unsur-unsur penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan
Malaysia untuk perkembangan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh Malaysia ternyata
memberikan kesan positif yang di luar jangka. Penambahbaikan tersebut bukan sahaja
memyebabkan kemajuan JPAM malah, ianya membantu agensi keselamatan itu, untuk
mendapat tempat dalam hati masyarakat. Masyarakat sudah mula mempercayai akan
kemampuan JPAM Jasin dalam menjaga kebajikan serta keselamatan penduduk tempatan dan
mereka berharap agar jasa dan sumbangan JPAM Jasin dapat diteruskan untuk kebaikan
semua. JPAM Jasin menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap dalam tempoh singkat
sejak pertubuhannya di kawasan Jasin. Walaupun JPAM Jasin merupakan agensi keselamatan
di bawah kementerian, ianya masih memerlukan sokongan masyarakat setempat untuk
berkembang maju pada masa hadapan. Masyarakat sekitar kawasan Jasin perlulah sentiasa
memberi sokongan kepada JPAM Jasin dengan melibatkan diri dalam segala aktiviti yang
diadakan untuk orang awam. Usaha-usaha yang dilakukan oleh JPAM Jasin dalam
meningkatkan prestasi mereka untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai sebuah agensi
keselamatan yang mantap, ternyata memberikan kesan positif bukan sahaja kepada agensi itu
sendiri malah ianya juga memberikan kebaikan kepada masyarakat di kawasan Jasin.
Semua usaha-usaha ini telah mengubah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin
menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap di daerah Jasin.
KESIMPULAN
Kajian terhadap “Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta
Sumbangannya Kepada Masyarakat” di Jasin, Melaka yang dilaksanakan sekitar 2 bulan
lebih ini, banyak sumber dan perkara baru atau bernilai yang pengkaji dapat dalam
pengkajian ini. Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan pengkaji
pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan pengkaji untuk
mempelajari tentang cara-cara JPAM Jasin memberi bantuan kepada masyarakat, bagi
mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, pengkaji menyedari
bahawa kita haruslah berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia, kerana negara ini memiliki
agensi keselamatan yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan pengkaji tentang pentingnya sifat
bertanggungjawab, prihatin, dan sifat kemanusiaan. Pada masa yang sama, pengkaji sedar
bahawa banyak bantuan JPAM Jasin menyumbang kepada masyarakat di kawasan Jasin.
Pengkaji juga mendapati bahawa banyak perubahan yang dialami oleh JPAM Jasin dari tahun
2008 hingga tahun 2014.
BIBLIOGRAFI
Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET
(ditemu bual pada 13 Februari 2015)
Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA)
(ditemu bual pada 13 Februari 2015)
Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA)
(ditemu bual pada 13 Februari 2015)
Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri
Mejar (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah,”Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iktiraf
SISPA UTHM”(Mejar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 2009)
Dayang Manja Binti Awang Suhaili, “Kajian Perbandingan Antara Jabatan Bomba Dan
Penyelamat Dan Jabatan Pertahanan Awam Di Kuching,Sarawak”.(Ijazah Sarjana Muda
Kaunseling Dengan Kepujian., Universiti Sarawak Malaysia, 2005)
“SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA),” Portal Rasmi Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia, diakses April 13, 2013.
http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan/siswa-siswi-pertahanan-awam-
sispa. (diakses pada 14 Februari 2015)
Roslan Bin Wahab, “ „Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus Malaysia‟: Sumbangan
Yang Boleh Diberikan Oleh Jabatan Pertahanan Awam Kepada Keselamatan Di Kampus. “
Seminar Yang Disampaikan Kepada Warga IPT Bagi Keselamatan Di Kampus, Hotel Sama
Sama, KLIA, Sepang, Disember 16, 2013.
Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/profil-jpam/maklumat-korporat/fungsi-dan-
peranan-jpam/119-artikel-lain (diakses pada 14 Februari 2015)
Utusan Online
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130325/dn_19/JPAM-main-peranan-
bantu-Operasi-Daulat (diakses pada 18 Februari 2015)
Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/sumber-dan-arkib/artikel-dan-berita-
semasa/1114-dari-perang-dunia-ke-mh370-jpam-tetap-komited (diakses pada 3 Mac 2015)
Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://jpamps.blogspot.com/2014/02/latihan-persiapan-banjir.html (diakses pada 4 Mac 2015)
NOTA HUJUNG
1
Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri : 2.
2
Ibid.
3
Ibid., 3.
4
Ibid., 4.
5
Ibid., 5.
6
Ibid., 1.
7
ZEALOUS BULETIN PULAPA WILAYAH TIMUR, Mengapa Saya Sertai JPAM? (V 1.0,
BIL 2/2012), 3-4.
8
Kenyataan Akhbar Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://media.inform.gov.my/e-press/cetak-
np.asp?data_dtl_oid=31154&data_type=NE&state=WP+Kuala+Lumpur.
9
Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://jpamps.blogspot.com/2014/02/latihan-persiapan-banjir.html.
10
Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/sumber-dan-arkib/artikel-dan-berita-
semasa/1114-dari-perang-dunia-ke-mh370-jpam-tetap-komited.
11
Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/profil-jpam/maklumat-korporat/fungsi-dan-
peranan-jpam/119-artikel-lain.
12
Cik Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET
13
Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA)
14
Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA)

More Related Content

What's hot

GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Oliver Louise
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuQHAIRUL AZIEZIE
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)saadiah alidrus
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Khai Khairy
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Pengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am SuruhanjayaPengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am Suruhanjayadamiamaysa
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunJimmy Mogolid
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuFairuz Alwi
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuSukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuRusslan Ssvs
 

What's hot (20)

GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
E-dagang
E-dagang E-dagang
E-dagang
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Pengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am SuruhanjayaPengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am Suruhanjaya
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
 
Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuSukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
 

Similar to Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Thanushah Soniyasee
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
peranan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdf
peranan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdfperanan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdf
peranan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdfssuser19504c
 
AMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdf
AMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdfAMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdf
AMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdfAisyahJohari9
 

Similar to Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka ) (6)

Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
T5 BAB 10 SIMPLIFIED.pdf
T5 BAB 10 SIMPLIFIED.pdfT5 BAB 10 SIMPLIFIED.pdf
T5 BAB 10 SIMPLIFIED.pdf
 
peranan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdf
peranan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdfperanan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdf
peranan_jpam_dalam_pengurusan_bencana.pdf
 
AMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdf
AMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdfAMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdf
AMALAN TERBAIK SESEBUAH BANDAR (A183625) .pdf
 
B
BB
B
 

More from Thanushah Soniyasee

Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenUrsachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenThanushah Soniyasee
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Thanushah Soniyasee
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Thanushah Soniyasee
 
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Thanushah Soniyasee
 
Gruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusGruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusThanushah Soniyasee
 
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Thanushah Soniyasee
 
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...Thanushah Soniyasee
 
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Thanushah Soniyasee
 
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesPolitische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesThanushah Soniyasee
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienDie Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienThanushah Soniyasee
 
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Thanushah Soniyasee
 
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Thanushah Soniyasee
 
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 

More from Thanushah Soniyasee (20)

Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenUrsachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language)
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language)
 
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
 
Gruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusGruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & Individualismus
 
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
 
SWOT-Analyse der AirAsia
SWOT-Analyse der AirAsiaSWOT-Analyse der AirAsia
SWOT-Analyse der AirAsia
 
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
 
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
 
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesPolitische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
 
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
 
Lakuan Tuturan (Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pragmatik) Lakuan Tuturan (Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pragmatik)
 
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
 
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienDie Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
 
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
 
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
 
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
 
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
 
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
 

Recently uploaded

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

  • 1. Tema 2 Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan Tajuk Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014. PENGENALAN Di Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dimulakan oleh pihak British pada tahun 1939, sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua1 . Maksud Akta Pertahanan Awam 1951 terbahagi kepada dua keadaan. Semasa peperangan, bermaksud apa-apa langkah yang tidak melibatkan pertempuran bagi menghadapi serangan permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas serangan musuh. Semasa aman pula bermaksud apa-apa langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana2 . Pada tahun 1972, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan. Tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang pada tahun 1993 mula mengubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia3 . Talian kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei 1995 sebagai tanda komitmen Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam4 . Rancangan Pembangunan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistic dan prasarana dalam gerak kerja menyelamat.
  • 2. Pada 13 September 2009, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan pakaian seragam baru berwarna biru menggantikan pakaian seragam yang lama5 . JPAM mempunyai ahli sehingga 36,000 anggota dengan 37 cawangan di seluruh negara. JPAM Jasin, Melaka merupakan salah satu cawangan bagi agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. JPAM Jasin ditubuhkan pada tahun 2008 di Jalan Pegawai,Jasin. JPAM Jasin banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat bandar ini. Leftenan (PA) Hamdan Bin Mohammad Saat merupakan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin yang dilantik pada tahun 2014. OBJEKTIF 1 : Sejarah Dan Perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin Dari Tahun 2008 Hingga 2014. Sesetengah orang tidak banyak mengetahui tentang asal usul dan sejarah awal Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin. Oleh hal yang demikian, pertukaran pengenalan akronim „JPA3‟ kepada „JPAM‟ telah dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia pada bulan Mac semasa sambutan Pertahanan Awam Malaysia di Ipoh,Perak. Lalu, pada tahun 2008 itulah, JPAM ditubuhkan di kawasan Jasin dengan rasminya. JPAM Jasin memulakan operasinya di kawasan Jalan Pegawai Jasin. Visi JPAM Jasin ialah, menjadi sebuah agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana. Misi JPAM Jasin pula, memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana6 . Dalam pada itu, JPAM Jasin mula memberikan sumbangan kepada penduduk- penduduk yang memerlukan di kawasan Bemban, Selandar, Merlimau, Batang Melaka, Chohong, dan kawasan Simpang Bekoh bermula tahun 2008. JPAM Jasin mempunyai
  • 3. pasukan-pasukan yang ditubuhkan khas untuk memberikan „First Aid‟ yang dipanggil „First Responder‟. Pasukan sebegini ditubuhkan untuk memberikan pertolongan dan sumbangan kepada masyarakat dari segi pemulihan, pembersihan, pembangunan semula dan kaunseling. JPAM Jasin diberi tanggungjawab untuk memberi pertolongan kepada masyarakat dan mengawasi kawasan-kawasan yang tertentu sahaja bermula tahun 2009. Pada mula-mula JPAM Jasin ditubuhkan di kawasan Jasin, ianya hanya dilengkapi alat-alat dan peralatan- peralatan pertolongan yang asas dan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, peralatan medik, peralatan masuk hutan, alat-alat melawan kebakaran dan alat-alat untuk menangkap ular. Selepas beberapa tahun pertubuhannya iaitu mulai tahun 2010, JPAM Jasin telah mengalami banyak perubahan dan perkembangan dari segi kemudahan, dan kelengkapan alat-alat bantuan. Beberapa kenderaan baharu yang penuh dengan alat-alat moden dan canggih diperkenalkan di JPAM Jasin7 . Kenderaan-kenderaan sebegini banyak membantu ahli-ahli JPAM Jasin untuk bertindak cepat dalam melaksanakan tugas mereka dan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, dalam jangka masa yang segera. Juga, kenderaan-kenderaan yang dilengkapi dengan alat-alat bantuan kecemasan membolehkan para pekerja JPAM Jasin disegani dan disenangi dalam kalangan masyarakat Bandar Jasin. Seterusnya, dari segi pentadbiran pula banyak pembaharuan dan perubahan yang telah dialami oleh JPAM Jasin. Sistem pentadbiran JPAM Jasin telah melalui pelbagai perubahan dari segi pembahagiaan jawatan dan kuasa. Jawatan-jawatan dan tugas-tugas yang diberi keutamaan ditambahkan bilangan pekerjanya pada tahun 2012 supaya lebih senang untuk menguruskan kes-kes kecemasan.
  • 4. Di samping itu, JPAM Jasin turut menambahkan bilangan kaki tangannya pada tahun 2013 supaya kerja-kerja memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan. JPAM Jasin juga mula mempelbagaikan corak bantuannya kepada masyarakat supaya dapat sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin. Contohnya, JPAM Jasin mula mengadakan pameran, aktiviti gotong-royong, dan bantuan kaunseling untuk masyarakat kawasan sekeliling. JPAM Jasin telah banyak berkembang dan maju jika dibandingkan dengan tahun penubuhannya. Banyak yang telah dilalui oleh JPAM Jasin sepanjang tempoh pertubuhannya. JPAM Jasin masih berusaha melakukan pelbagai perubahan dan penambahbaikan untuk memantapkan lagi sumbanganya kepada masyarakat kawasan Jasin. Kesimpulannya, perkembangan dan kemajuan JPAM Jasin menunjukkan betapa pentingnya agensi keselamatan ini kepada masyarakat sekeliling kawasan Jasin. JPAM Jasin perlu diteruskan operasinya bagi membantu masyarakat setempat dan mengurangkan beban pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia cawangan Jasin dalam menguruskan kes-kes kecemasan pada masa akan datang. OBJEKTIF 2 : Sumbangan Dan Peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin Kepada Penduduk Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014. JPAM Jasin telah banyak memberi bantuan dan pertolongan kecemasan kepada masyarakat kawasan Jasin sejak dari tahun penubuhannya. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh JPAM Jasin dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang
  • 5. memerlukan. Bermula tahun 2008, JPAM Jasin hanya memberi bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dan mereka membantu pihak Polis Diraja Malaysia dan Bomba dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. Bermula dari tahun 2010 pula, JPAM Jasin mula mempelbagaikan cara-cara pemberian bantuan. Sebagai contohnya, JPAM Jasin mula mengadakan pameran tentang alat-alat medik, peralatan masuk hutan, alat-alat untuk melawan kebakaran dan alat-alat yang digunakan untuk menangkap ular. Mulai tahun 2011, JPAM Jasin diperrtanggungjawabkan untuk memberi latihan dan pendidikan keselamatan kepada orang awam mengenai cara-cara memertahankan diri mereka sewaktu mengalami keadaan-keadaan yang sukar dan bahaya. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam. Juga, ianya bertujuan untuk memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya. Orang awam akan diberikan pengajaran tentang cara-cara menyelamatkan diri semasa kemalangan kebakaran, banjir dan banyak lagi oleh kaki tangan JPAM Jasin. Bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mula menganjurkan pameran di sekolah- sekolah kawasan Jasin bagi membantu para pelajar mengenali alat-alat menangkap ular, peralatan medik, peralatan masuk hutan dan alat-alat untuk melawan kebakaran. Pameran sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak terduga. Dalam pameran yang dianjurkan sebegini, warga sekolah juga diberikan taklimat dan cara-cara untuk menghadapi sesuatu situasi yang sukar dengan hati yang tenang dan tidak panik. Justeru, pameran sebegini dijalankan kerana bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar sekolah untuk
  • 6. lebih berhati-hati semasa menghadapi sebarang kes kecemasan dalam apa jua keadaan sekali pun. Seterusnya, bermula dari tahun 2013, JPAM Jasin juga mengadakan pameran-pameran di kawasan-kawasan perumahan Jasin bagi memberi kesedaran langkah-langkah keselamatan kepada masyarakat warga Jasin. Program Perpustakaan Desa yang dianjurkan oleh JPAM Jasin banyak memberikan info-info tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghadapi situasi-situasi sukar kepada masyarakat. JPAM Jasin juga menunjukkan aksi- aksi yang boleh dicontohi semasa keadaan sukar dan bahaya kepada masyarakat bagi membantu mereka mengenali cara-cara mempertahankan diri. Di samping itu, JPAM Jasin selalu menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan-kawasan perumahan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan kebersihan alam sekeliling. Aktiviti ini banyak membantu masyarakat untuk lebih mengambil berat akan kebersihan kawasan sekeliling perumahan mereka dan mengurangkan risiko menghidapi penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga-serangga perosak seperti nyamuk Aedes yang menyebabkan demam Denggi. Kaki tangan JPAM Jasin banyak mengemukakan cadangan tentang cara-cara memelihara kebersihan kawasan perumahan kepada masyarakat Jasin. Taklimat sebegini membantu masyarakat menghapuskan tempat pembiakan haiwan perosak sekaligus mencegahnya daripada menyebarkan penyakit-penyakit yang merbahaya. Selain itu, JPAM Jasin juga bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat perlindungan bermula dari tahun 2013. Pekerja-pekerja JPAM Jasin turut membantu mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan perumahan yang rosak teruk akibat banjir. Juga, JPAM Jasin turut menyediakan bantuan kaunseling kapada mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat berasa
  • 7. sedikit lega dan meneruskan kehidupan mereka. Bantuan ini banyak memberikan kesan- kesan positif kepada mangsa-mangsa banjir untuk bersama-sama membantu melakukan kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan perumahan mereka. Juga, ahli JPAM Jasin akan dibawa ke kawasan-kawasan di luar negeri Melaka, iaitu kawasan yang mengalami banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Ternyata, sumbangan JPAM Jasin sememangnya perlu diberikan penghargaan dan dihargai oleh penduduk di kawasan Jasin. Selain itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin juga mengadakan latihan dan sesi pengajaran di pusat-pusat PLKN. Tujuannya adalah, untuk mengajar cara-cara keselamatan kepada warga PLKN supaya mereka dapat mengenali langkah-langkah mempertahankan diri semasa menghadapi sebarang situasi kritikal dan berbahaya. Juga, JPAM Jasin mengalakkan penyertaan warga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam JPAM sebagai sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia. Secara tidak langsung, kaedah ini menyebabkan bilangan ahli JPAM Jasin bertambah dan membantu JPAM Jasin untuk berfungsi sebagai sebuah agensi keselamatan yang lebih berdedikasi dan berkesan dalam misi penyelamatannya. Di samping itu, menjelang tahun 20148 , JPAM Jasin mula mengadakan taklimat-taklimat kecil mengenai cara-cara memertahankan diri di sekolah-sekolah kawasan Bandar Jasin. Ahli-ahli JPAM Jasin memberikan motivasi dan mangadakan taklimat-taklimat sebegini tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hal ini sedikit sebanyak membantu pihak sekolah di kawasan Jasin, untuk menyediakan lebih kemudahan keselamatan di kawasan sekeliling sekolah dan memberi lebih sedikit perhatian terhadap keselamatan para pelajar yang menuntut di sekolah mereka.
  • 8. Kesimpulannya, JPAM Jasin merupakan salah satu agensi yang banyak memberi pertolongan dan bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin semasa mereka memerlukan. Jadi, JPAM Jasin dianggap sebagai khazanah masyarakat kawasan Jasin kerana ianya sentiasa memberikan jasa dan sumbangan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, JPAM Jasin perlulah sentiasa dimajukan dari semasa ke semasa agar agensi tersebut dapat sentiasa memenuhi keperluan masyarakat kawasan sekeliling. Pihak kerajaan perlulah sentiasa melengkapkan segala keperluan JPAM Jasin bagi membantu ahli-ahlinya menjalankan tugas dengan baik dan tanpa sebarang gangguan. OBJEKTIF 3 : Usaha-usaha Penambahbaikan Untuk Menjadikan JPAM Jasin Sebagai Sebuah Agensi Keselamatan Yang Mantap. Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan pada kesemua agensi keselamatan di seluruh Malaysia bermula tahun 2010. Akta Pertahanan Awam 1951 (Disemak 1979) atau Akta 221 memperuntukkan tugas Pertahanan Awam untuk mengelola, menubuh, melatih, menyenggara, melengkapi dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam mengikut Seksyen 3(2)a. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah berusaha melakukan penambahbaikan supaya JPAM dapat berfungsi sebagai sebuah agensi yang mantap dan teratur. JPAM melakukan penambahbaikan sebegini supaya ianya dapat melatih pihak kakitangan JPAM untuk menjadi lebih aktif dan berkemahiran dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Latihan diberikan kepada kakitangan JPAM bertujuan untuk pendedahan anggota dalam eksesais sebenar melalui perkhidmatan bantuan kecemasan dengan ilmu kemahiran tinggi dalam gerak kerja menyelamat sama ada di darat dan di air. Bermula dari tahun 2009, ahli
  • 9. JPAM Jasin turut menyertai latihan-latihan dan kem-kem kemahiran yang diadakan di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka dalam melaksanakan tugas mereka. Pekerja JPAM Jasin diberi peluang untuk mencuba dan melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kem-kem latihan. Antara aktiviti dan latihan Pertahanan Awam mengikut Akta 221 ialah, pengurusan angkatan, latihan angkatan, eksesais/latihan bersama, latihan orang awam, latihan kadet Pertahanan Awam, latihan pasukan Tindakbalas Kecemasan bagi organisasi, talian kecemasan 999, khidmat kemanusiaan, operasi bencana serta penyelidikan dan pembangunan. Semasa melibatkan diri dalam latihan dan aktiviti Pertahanan Awam, kesemua ahli JPAM Jasin perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya mereka dapat memberi focus semasa pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan sedang diajar. Setiap anggota Angkatan JPAM Jasin perlu melalui 3 peringkat latihan iaitu, latihan asas selama 48 jam, latihan lanjutan selama 148 jam, dan latihan kemahiran selama 160 jam. Kesemua latihan dan aktiviti-aktiviti ini telah meningkatkan daya tahan dan kemahiran setiap ahli JPAM Jasin dalam misi memberi bantuan kepada masyarakat. Selain itu, bermula dari tahun 2010 dan seterusnya, sebagai usaha penambahbaikan kemahiran JPAM, kerajaan Malaysia mewajibkan semua ahli JPAM dari seluruh cawangan untuk menjalani latihan asas, latihan lanjutan, latihan kemahiran, teknik latihan. Dalam mempelajari latihan asas, ahli JPAM Jasin bersama ahli JPAM dari kawasan-kawasan yang lain akan diberikan pendedahan tentang bencana dan peperangan, penyelamat asas, pertolongan cemas asas dan CPR, cara-cara melawan kebakaran dan cara menguruskan pusat
  • 10. pemindahan serta menjaga kebajikan masyarakat. Juga, ahli JPAM Jasin diberi pengajaran tentang latihan menyelamat di air dan skuba, cara menggunakan alat bantuan pernafasan, langkah penyelenggaraan peralatan penyelamat, dan cara pengendalian bot penyelamat. Seterusnya, JPAM Jasin turut menghantar kakitangannya untuk menghadiri setiap sesi latihan dan akitiviti yang diadakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tiap-tiap tahun bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan ahlinya dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin ini, banyak memberikan ilmu dan pengetahuan baru kepada ahli-ahlinya dalam menjalankan tugas mereka. Selain itu, bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mendidik ahlinya untuk memberikan latihan kepada orang awam bagi memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam. Ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin juga memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya. Juga, JPAM Jasin turut melakukan usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai Pertahanan Awam Malaysia9 . Di samping itu, kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi mempertingkatkan lagi kemudahan-kemudahan infrastruktur JPAM di seluruh Malaysia. Perbelanjaan untuk membeli peralatan penyelamat, kenderaan operasi, peralatan perubatan, peralatan kebombaan, peralatan logistic am dan membina menara penyelamat pantai ditanggung oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di seluruh Negara beroperasi dengan baik dan tanpa apa-apa kekurangan10 . Jentera operasi utama meliputi ambulans, kenderaan penyelamat ringan dan berat, kenderaan pelbagai guna,
  • 11. bot penyelamat, kenderaan pengangkut dan kenderaan perhubungan bergerak yang membantu pihak JPAM Jasin untuk berfungsi secara menyeluruh dan sampai ke kawasan kes-kes kecemasan dengan segera. Selain itu, kerajaan Malaysia berbelanja jutaan ringgit untuk membelikan peralatan perubatan seperti alat perubatan kecemasan dan trauma bagi rawatan prahospital untuk kegunaan JPAM di seluruh Malaysia11 . Selain itu, kerajaan Malaysia juga menyediakan wang untuk melengkapkan segala keperluan JPAM, contohnya alat bantuan dan sokongan operasi seperti set komunikasi, alat kebajikan, pakaian operasi dan kelengkapan bantuan lain. Melalui peruntukkan ini, JPAM Jasin juga mendapat pelbagai faedah dari segi mendapat alat-alat bantuan yang diperlukan untuk menguruskan kes-kes kecemasan dan kemudahan infrastruktur yang mencukupi lagi menyelesakan. Kesemua peruntukkan yang dibahagikan oleh kerajaan Malaysia untuk pertubuhan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh negara, telah memberikan kesan positif secara tidak langsung. Menjelang tahun 2014, JPAM Jasin telah berkembang maju dengan adanya peruntukkan kewangan dari kerajaan Malaysia. Segala kemudahan infrastruktur seperti kenderaan- kenderaan moden dan peralatan-peralatan bantuan canggih yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, telah menyebabkan JPAM di seluruh negara Malaysia untuk berfungsi dengan baik dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat negara tanpa ada apa-apa halangan atau gangguan. JPAM Jasin pun tidaklah terkecuali daripada golongan tersebut. JPAM Jasin menjadi salah sebuah agensi keselamatan yang mantap dan teratur di kawasan Jasin disebabkan oleh gaya pentadbirannya. Segala bantuan yang dihulurkan oleh JPAM Jasin kepada masyarakat Jasin memuaskan hati
  • 12. penduduk di kawasan itu kerana JPAM Jasin sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan bantuan pertubuhan itu. Secara tuntasnya, unsur-unsur penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia untuk perkembangan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh Malaysia ternyata memberikan kesan positif yang di luar jangka. Penambahbaikan tersebut bukan sahaja memyebabkan kemajuan JPAM malah, ianya membantu agensi keselamatan itu, untuk mendapat tempat dalam hati masyarakat. Masyarakat sudah mula mempercayai akan kemampuan JPAM Jasin dalam menjaga kebajikan serta keselamatan penduduk tempatan dan mereka berharap agar jasa dan sumbangan JPAM Jasin dapat diteruskan untuk kebaikan semua. JPAM Jasin menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap dalam tempoh singkat sejak pertubuhannya di kawasan Jasin. Walaupun JPAM Jasin merupakan agensi keselamatan di bawah kementerian, ianya masih memerlukan sokongan masyarakat setempat untuk berkembang maju pada masa hadapan. Masyarakat sekitar kawasan Jasin perlulah sentiasa memberi sokongan kepada JPAM Jasin dengan melibatkan diri dalam segala aktiviti yang diadakan untuk orang awam. Usaha-usaha yang dilakukan oleh JPAM Jasin dalam meningkatkan prestasi mereka untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai sebuah agensi keselamatan yang mantap, ternyata memberikan kesan positif bukan sahaja kepada agensi itu sendiri malah ianya juga memberikan kebaikan kepada masyarakat di kawasan Jasin. Semua usaha-usaha ini telah mengubah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap di daerah Jasin. KESIMPULAN
  • 13. Kajian terhadap “Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada Masyarakat” di Jasin, Melaka yang dilaksanakan sekitar 2 bulan lebih ini, banyak sumber dan perkara baru atau bernilai yang pengkaji dapat dalam pengkajian ini. Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan pengkaji pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan pengkaji untuk mempelajari tentang cara-cara JPAM Jasin memberi bantuan kepada masyarakat, bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, pengkaji menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia, kerana negara ini memiliki agensi keselamatan yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan pengkaji tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, prihatin, dan sifat kemanusiaan. Pada masa yang sama, pengkaji sedar bahawa banyak bantuan JPAM Jasin menyumbang kepada masyarakat di kawasan Jasin. Pengkaji juga mendapati bahawa banyak perubahan yang dialami oleh JPAM Jasin dari tahun 2008 hingga tahun 2014. BIBLIOGRAFI Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET (ditemu bual pada 13 Februari 2015) Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA) (ditemu bual pada 13 Februari 2015) Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA) (ditemu bual pada 13 Februari 2015) Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri
  • 14. Mejar (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah,”Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iktiraf SISPA UTHM”(Mejar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 2009) Dayang Manja Binti Awang Suhaili, “Kajian Perbandingan Antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Dan Jabatan Pertahanan Awam Di Kuching,Sarawak”.(Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian., Universiti Sarawak Malaysia, 2005) “SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA),” Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, diakses April 13, 2013. http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan/siswa-siswi-pertahanan-awam- sispa. (diakses pada 14 Februari 2015) Roslan Bin Wahab, “ „Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus Malaysia‟: Sumbangan Yang Boleh Diberikan Oleh Jabatan Pertahanan Awam Kepada Keselamatan Di Kampus. “ Seminar Yang Disampaikan Kepada Warga IPT Bagi Keselamatan Di Kampus, Hotel Sama Sama, KLIA, Sepang, Disember 16, 2013. Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/profil-jpam/maklumat-korporat/fungsi-dan- peranan-jpam/119-artikel-lain (diakses pada 14 Februari 2015) Utusan Online http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130325/dn_19/JPAM-main-peranan- bantu-Operasi-Daulat (diakses pada 18 Februari 2015) Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/sumber-dan-arkib/artikel-dan-berita- semasa/1114-dari-perang-dunia-ke-mh370-jpam-tetap-komited (diakses pada 3 Mac 2015) Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia http://jpamps.blogspot.com/2014/02/latihan-persiapan-banjir.html (diakses pada 4 Mac 2015)
  • 15. NOTA HUJUNG 1 Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri : 2. 2 Ibid. 3 Ibid., 3. 4 Ibid., 4. 5 Ibid., 5. 6 Ibid., 1. 7 ZEALOUS BULETIN PULAPA WILAYAH TIMUR, Mengapa Saya Sertai JPAM? (V 1.0, BIL 2/2012), 3-4. 8 Kenyataan Akhbar Jabatan Pertahanan Awam Malaysia http://media.inform.gov.my/e-press/cetak- np.asp?data_dtl_oid=31154&data_type=NE&state=WP+Kuala+Lumpur. 9 Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia http://jpamps.blogspot.com/2014/02/latihan-persiapan-banjir.html. 10 Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/sumber-dan-arkib/artikel-dan-berita- semasa/1114-dari-perang-dunia-ke-mh370-jpam-tetap-komited. 11 Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/profil-jpam/maklumat-korporat/fungsi-dan- peranan-jpam/119-artikel-lain. 12 Cik Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET 13 Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA) 14 Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA)