SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
PERINTAH PASUKAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA
08 FEBRUARI 2019 BIL. 04/2019
PERINTAH PASUKAN KHAS
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA
SEMPENA PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2019
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Setinggi-tinggi tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah rahmat serta izinNya jua, program “Jom Ke Sekolah Peringkat
Kebangsaan” dapat diteruskan lagi pada tahun ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa amat bertuah kerana sekali lagi
diberikan kepercayaan untuk berkolaborasi dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani masalah disiplin serta salah
laku jenayah dalam kalangan pelajar menerusi program ini. Sesungguhnya,
kerjasama ini adalah noble effort yang perlu diteruskan ke arah
membentuk sahsiah dan sosiolisasi generasi pelapis agar kekal mapan
demi kelangsungan negara yang cemerlang dan gemilang.
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, jelas
menggambarkan betapa pentingnya golongan ini sebagai pewaris
kepimpinan yang bakal memacu masa depan negara. Kita mampu
tersenyum lega apabila melihat prestasi akademik dan kokurikulum pelajar-
pelajar seluruh negara yang saban tahun meningkat dan mencapai
sasaran yang membanggakan. Namun, kita tidak boleh terlalu berlapang
dada kerana di sebalik sisi permata, adanya segelintir anak muda yang
terjerumus dalam kancah salah laku jenayah dan memerlukan perhatian
serta tindakan serius daripada semua pihak untuk menanganinya.
Pelajar-pelajar sekolah kini, tidak hanya terlibat dengan kegiatan ponteng
sekolah, vandalisme dan buli, tetapi turut berjinak-jinak dengan jenayah
yang lebih advance dan ekstrem. Jual beli dadah, salah laku seks,
membunuh, menyertai kumpulan kongsi gelap dan militan antara jenayah
yang pernah dicatatkan dalam jurnal juvana. Selain itu, elemen-elemen
negatif yang disebarkan melalui kecanggihan teknologi serta kebebasan
penggunaan media sosial dalam kalangan remaja menjadi antara
penyumbang kepada keruntuhan dan kebejatan akhlak generasi muda
masa kini.
Ingin saya kongsikan statistik jenayah indeks melibatkan pelajar sekolah, di
mana pada tahun 2017, sebanyak 1,722 kes telah dilaporkan dan jumlah
tersebut menurun kepada 1,285 kes pada tahun 2018. Meskipun
menunjukkan pengurangan, usaha menanganinya masih perlu dipergiat
memandangkan jumlah kes ini masih berada pada tahap yang
menggusarkan.
Manakala statistik jenayah narkotik pula menunjukkan sebanyak 467
tangkapan melibatkan pelajar sekolah dibuat pada tahun 2017 dan angka
tersebut meningkat kepada 577 tangkapan pada tahun 2018. Jelasnya,
penglibatan pelajar dengan najis dadah yang semakin serius memerlukan
perhatian semua pihak, tambahan pula kita tidak dapat menolak
pandangan skeptikal masyarakat bahawa najis dadah adalah “ibu” kepada
segala punca perlakuan jenayah.
Menyedari bahawa proses pembentukan sosialisasi masyarakat bermula
seawal usia remaja, maka langkah awal dalam membendung salah laku
jenayah harus dilaksanakan menerusi kerjasama rapat antara pihak
sekolah dengan PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
PPS berperanan dalam membantu mewujudkan suasana sekolah yang
selamat, sebagaimana yang telah digariskan dalam Buku Panduan
Pegawai Perhubungan Sekolah. Antaranya termasuklah mengumpul
maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan oleh KPM atau PDRM
jika perlu, melakukan rondaan/lawatan berjadual di kawasan sekolah dan
memberikan ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamatan kepada
warga sekolah. Mekanisme ini secara tidak langsung berupaya mendorong
dan memberi kesedaran kepada warga sekolah berkaitan peranan yang
boleh dimainkan serta langkah-langkah pencegahan yang boleh
diimplementasi dalam usaha mengekang kes salah laku disiplin murid,
sekali gus menjayakan program ini.
Tidak ketinggalan, penglibatan Kor Kadet Polis sebagai “mata-mata cilik”
yang terlatih dengan disiplin tinggi melalui latihan kawad, bekerja dalam
pasukan, perkhemahan, kerja khidmat masyarakat dan sebagainya.
Semangat kepolisan dan patuh kepada undang-undang yang diterapkan
dalam diri para ahli Kor Kadet Polis, melayakkan mereka menjadi role
model kepada rakan sebaya yang lain. Bonus kepada warga guru juga, Kor
Kadet Polis ini diyakini mampu menjadi “lensa” kepada warga sekolah
dalam mengenal pasti kegiatan yang melanggar etika dan disiplin sekolah.
Suka untuk saya kongsikan juga, jumlah keahlian Kor Kadet Polis di
seluruh negara telah mencecah 116,702 orang, pada tahun 2018. Jumlah
ini tidak termasuk 3,432 ahli bagi 52 buah Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM). Ini adalah satu jumlah yang besar dan membanggakan. Tahniah
dan Syabas saya ucapkan! Semoga semakin ramai ahli Kor Kadet Polis,
semakin kuranglah masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Insya-Allah.
Saya difahamkan bahawa, sempena pelancaran Program Jom ke
Sekolah ini, KPM telah mengambil inisiatif menyediakan Papan
Kenyataan PPS di sekolah-sekolah. Inisiatif ini bertujuan memberi
maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan oleh PPS serta info-info
semasa berkaitan undang-undang dan kejadian jenayah yang berlaku
dalam kalangan remaja. Adalah diharapkan, usaha murni ini dapat
memberikan kesedaran kepada warga sekolah untuk sama-sama
mewujudkan persekitaran sifar jenayah di sekolah masing-masing.
Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, para pengetua, guru-guru, ibu bapa dan
Pegawai Perhubungan Sekolah serta semua pihak yang sentiasa
memberikan sokongan dan kerjasama kepada PDRM selama ini. Marilah
sama-sama kita berdoa agar pelapis generasi negara ini dilindungi dan
dijauhi daripada segala keburukan dan kebinasaan. Semoga mereka
menjadi insan berjati diri, berilmu, berakhlak mulia serta selayaknya
bergelar, agent of change dan agent of social control.
Sekian, terima kasih.
(TAN SRI DATO’ SRI MOHAMAD FUZI BIN HARUN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

More Related Content

What's hot

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Laporan Program Ayo ke Mollo Mamuju Mengajar
Laporan Program Ayo ke Mollo Mamuju MengajarLaporan Program Ayo ke Mollo Mamuju Mengajar
Laporan Program Ayo ke Mollo Mamuju MengajarMuh Saleh
 
Profil Sanitasi Madrasah 2020
Profil Sanitasi Madrasah 2020Profil Sanitasi Madrasah 2020
Profil Sanitasi Madrasah 2020Reza Hendrawan
 
Siaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASI
Siaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASISiaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASI
Siaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASIAvida Virya
 
Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014windy jadmiko
 
Hasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUD
Hasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUDHasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUD
Hasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUDHASBISJAMSIR1
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02Hizam Hussain
 
SDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku Bisa
SDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku BisaSDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku Bisa
SDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku BisaZahra Fadhil
 

What's hot (11)

Ke60 d7~1
Ke60 d7~1Ke60 d7~1
Ke60 d7~1
 
PPDB ONLINE 201
PPDB ONLINE 201 PPDB ONLINE 201
PPDB ONLINE 201
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Laporan Program Ayo ke Mollo Mamuju Mengajar
Laporan Program Ayo ke Mollo Mamuju MengajarLaporan Program Ayo ke Mollo Mamuju Mengajar
Laporan Program Ayo ke Mollo Mamuju Mengajar
 
Profil Sanitasi Madrasah 2020
Profil Sanitasi Madrasah 2020Profil Sanitasi Madrasah 2020
Profil Sanitasi Madrasah 2020
 
Siaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASI
Siaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASISiaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASI
Siaran pers dinas pendidikan DKI JAKARTA tentang ZONASI
 
Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014
 
Hasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUD
Hasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUDHasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUD
Hasbi Sjamsir Pentingnya Manajemen PAUD
 
EDU 3039
EDU 3039EDU 3039
EDU 3039
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA presentation 02
 
SDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku Bisa
SDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku BisaSDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku Bisa
SDN Harjamukti 2 - Kuis Siap Siap Aku Bisa
 

Similar to Perutusan ketua polis negara

Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMChon Seong Hoo
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
jendela pendidikan dan kebudayaan - media komunikasi dan inspirasi
jendela pendidikan dan kebudayaan  -  media komunikasi dan  inspirasijendela pendidikan dan kebudayaan  -  media komunikasi dan  inspirasi
jendela pendidikan dan kebudayaan - media komunikasi dan inspirasiNodd Nittong
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Catatan akhir tahun 2013 gema pembebasan
Catatan akhir tahun 2013 gema pembebasanCatatan akhir tahun 2013 gema pembebasan
Catatan akhir tahun 2013 gema pembebasanRizky Faisal
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...Rizky Faisal
 
Pendahuluan mou m ts
Pendahuluan mou m tsPendahuluan mou m ts
Pendahuluan mou m tsAgus Zuhri
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19mdzaini
 
14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusda
14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusda14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusda
14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusdaShintaDevi11
 
Panduan mpls disdik jawa barat 2019
Panduan mpls disdik jawa barat 2019Panduan mpls disdik jawa barat 2019
Panduan mpls disdik jawa barat 2019DennyMartinus1
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Chon Seong Hoo
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangKementerian Pelajaran Malaysia
 
Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017Husli Khairi
 
PELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai 2021-2025.pdf
PELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai  2021-2025.pdfPELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai  2021-2025.pdf
PELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai 2021-2025.pdfAndrewNor
 

Similar to Perutusan ketua polis negara (20)

Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
jendela pendidikan dan kebudayaan - media komunikasi dan inspirasi
jendela pendidikan dan kebudayaan  -  media komunikasi dan  inspirasijendela pendidikan dan kebudayaan  -  media komunikasi dan  inspirasi
jendela pendidikan dan kebudayaan - media komunikasi dan inspirasi
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Catatan akhir tahun 2013 gema pembebasan
Catatan akhir tahun 2013 gema pembebasanCatatan akhir tahun 2013 gema pembebasan
Catatan akhir tahun 2013 gema pembebasan
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Teks rimup
Teks rimupTeks rimup
Teks rimup
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Gugus paud 2016
Gugus paud 2016Gugus paud 2016
Gugus paud 2016
 
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Pendahuluan mou m ts
Pendahuluan mou m tsPendahuluan mou m ts
Pendahuluan mou m ts
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
 
14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusda
14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusda14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusda
14 sept, sambutan bupati wonosobo launching kipin arpusda
 
Panduan mpls disdik jawa barat 2019
Panduan mpls disdik jawa barat 2019Panduan mpls disdik jawa barat 2019
Panduan mpls disdik jawa barat 2019
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017
 
PELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai 2021-2025.pdf
PELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai  2021-2025.pdfPELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai  2021-2025.pdf
PELAN PEMBANGUNAN SK Batu Tellingai 2021-2025.pdf
 

More from SK FELDA REDONG,SEGAMAT

Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019SK FELDA REDONG,SEGAMAT
 

More from SK FELDA REDONG,SEGAMAT (20)

Pamplet ithink2014
Pamplet ithink2014Pamplet ithink2014
Pamplet ithink2014
 
Evidens sains peka,sarana,p.m,tbbkt
Evidens sains peka,sarana,p.m,tbbktEvidens sains peka,sarana,p.m,tbbkt
Evidens sains peka,sarana,p.m,tbbkt
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Power point dino '19
Power point dino '19Power point dino '19
Power point dino '19
 
Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019
 
Skfr kertas kerja kursus pengawas 2019
Skfr   kertas kerja kursus pengawas 2019Skfr   kertas kerja kursus pengawas 2019
Skfr kertas kerja kursus pengawas 2019
 
Kertas kerja anti dadah 2018 209
Kertas kerja anti dadah 2018 209Kertas kerja anti dadah 2018 209
Kertas kerja anti dadah 2018 209
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Situasi semasa hfmd
Situasi semasa hfmdSituasi semasa hfmd
Situasi semasa hfmd
 
8 dskp kssr semakan 2017 sains tahun 2
8 dskp  kssr semakan 2017 sains tahun 28 dskp  kssr semakan 2017 sains tahun 2
8 dskp kssr semakan 2017 sains tahun 2
 
Buku program hari raya skfr
Buku program hari raya skfrBuku program hari raya skfr
Buku program hari raya skfr
 
Kertas kerja aedes
Kertas kerja aedesKertas kerja aedes
Kertas kerja aedes
 
Borang selesai tugas 2017
Borang selesai tugas 2017Borang selesai tugas 2017
Borang selesai tugas 2017
 
Pajsk terkini sr -13 julai 2016
Pajsk   terkini sr -13 julai 2016Pajsk   terkini sr -13 julai 2016
Pajsk terkini sr -13 julai 2016
 
Camping 2016
Camping 2016Camping 2016
Camping 2016
 
Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016
 
Ceramah komuniti (autosaved)
Ceramah komuniti (autosaved)Ceramah komuniti (autosaved)
Ceramah komuniti (autosaved)
 
Inovasi jqaf
Inovasi jqafInovasi jqaf
Inovasi jqaf
 
Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016
 
Kemahiran proses sains
Kemahiran proses sainsKemahiran proses sains
Kemahiran proses sains
 

Recently uploaded

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 

Recently uploaded (20)

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 

Perutusan ketua polis negara

  • 1. PERINTAH PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 08 FEBRUARI 2019 BIL. 04/2019 PERINTAH PASUKAN KHAS PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat serta izinNya jua, program “Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan” dapat diteruskan lagi pada tahun ini.
  • 2. Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa amat bertuah kerana sekali lagi diberikan kepercayaan untuk berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani masalah disiplin serta salah laku jenayah dalam kalangan pelajar menerusi program ini. Sesungguhnya, kerjasama ini adalah noble effort yang perlu diteruskan ke arah membentuk sahsiah dan sosiolisasi generasi pelapis agar kekal mapan demi kelangsungan negara yang cemerlang dan gemilang. “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, jelas menggambarkan betapa pentingnya golongan ini sebagai pewaris kepimpinan yang bakal memacu masa depan negara. Kita mampu tersenyum lega apabila melihat prestasi akademik dan kokurikulum pelajar- pelajar seluruh negara yang saban tahun meningkat dan mencapai sasaran yang membanggakan. Namun, kita tidak boleh terlalu berlapang dada kerana di sebalik sisi permata, adanya segelintir anak muda yang terjerumus dalam kancah salah laku jenayah dan memerlukan perhatian serta tindakan serius daripada semua pihak untuk menanganinya. Pelajar-pelajar sekolah kini, tidak hanya terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah, vandalisme dan buli, tetapi turut berjinak-jinak dengan jenayah yang lebih advance dan ekstrem. Jual beli dadah, salah laku seks, membunuh, menyertai kumpulan kongsi gelap dan militan antara jenayah yang pernah dicatatkan dalam jurnal juvana. Selain itu, elemen-elemen negatif yang disebarkan melalui kecanggihan teknologi serta kebebasan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja menjadi antara penyumbang kepada keruntuhan dan kebejatan akhlak generasi muda masa kini.
  • 3. Ingin saya kongsikan statistik jenayah indeks melibatkan pelajar sekolah, di mana pada tahun 2017, sebanyak 1,722 kes telah dilaporkan dan jumlah tersebut menurun kepada 1,285 kes pada tahun 2018. Meskipun menunjukkan pengurangan, usaha menanganinya masih perlu dipergiat memandangkan jumlah kes ini masih berada pada tahap yang menggusarkan. Manakala statistik jenayah narkotik pula menunjukkan sebanyak 467 tangkapan melibatkan pelajar sekolah dibuat pada tahun 2017 dan angka tersebut meningkat kepada 577 tangkapan pada tahun 2018. Jelasnya, penglibatan pelajar dengan najis dadah yang semakin serius memerlukan perhatian semua pihak, tambahan pula kita tidak dapat menolak pandangan skeptikal masyarakat bahawa najis dadah adalah “ibu” kepada segala punca perlakuan jenayah. Menyedari bahawa proses pembentukan sosialisasi masyarakat bermula seawal usia remaja, maka langkah awal dalam membendung salah laku jenayah harus dilaksanakan menerusi kerjasama rapat antara pihak sekolah dengan PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). PPS berperanan dalam membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat, sebagaimana yang telah digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah. Antaranya termasuklah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan oleh KPM atau PDRM jika perlu, melakukan rondaan/lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Mekanisme ini secara tidak langsung berupaya mendorong dan memberi kesedaran kepada warga sekolah berkaitan peranan yang boleh dimainkan serta langkah-langkah pencegahan yang boleh
  • 4. diimplementasi dalam usaha mengekang kes salah laku disiplin murid, sekali gus menjayakan program ini. Tidak ketinggalan, penglibatan Kor Kadet Polis sebagai “mata-mata cilik” yang terlatih dengan disiplin tinggi melalui latihan kawad, bekerja dalam pasukan, perkhemahan, kerja khidmat masyarakat dan sebagainya. Semangat kepolisan dan patuh kepada undang-undang yang diterapkan dalam diri para ahli Kor Kadet Polis, melayakkan mereka menjadi role model kepada rakan sebaya yang lain. Bonus kepada warga guru juga, Kor Kadet Polis ini diyakini mampu menjadi “lensa” kepada warga sekolah dalam mengenal pasti kegiatan yang melanggar etika dan disiplin sekolah. Suka untuk saya kongsikan juga, jumlah keahlian Kor Kadet Polis di seluruh negara telah mencecah 116,702 orang, pada tahun 2018. Jumlah ini tidak termasuk 3,432 ahli bagi 52 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Ini adalah satu jumlah yang besar dan membanggakan. Tahniah dan Syabas saya ucapkan! Semoga semakin ramai ahli Kor Kadet Polis, semakin kuranglah masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Insya-Allah. Saya difahamkan bahawa, sempena pelancaran Program Jom ke Sekolah ini, KPM telah mengambil inisiatif menyediakan Papan Kenyataan PPS di sekolah-sekolah. Inisiatif ini bertujuan memberi maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan oleh PPS serta info-info semasa berkaitan undang-undang dan kejadian jenayah yang berlaku dalam kalangan remaja. Adalah diharapkan, usaha murni ini dapat memberikan kesedaran kepada warga sekolah untuk sama-sama mewujudkan persekitaran sifar jenayah di sekolah masing-masing.
  • 5. Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, para pengetua, guru-guru, ibu bapa dan Pegawai Perhubungan Sekolah serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada PDRM selama ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar pelapis generasi negara ini dilindungi dan dijauhi daripada segala keburukan dan kebinasaan. Semoga mereka menjadi insan berjati diri, berilmu, berakhlak mulia serta selayaknya bergelar, agent of change dan agent of social control. Sekian, terima kasih. (TAN SRI DATO’ SRI MOHAMAD FUZI BIN HARUN) IG Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia