SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
1
TEKS UCAPAN
YB DR. MASZLEE BIN MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019
SMK BANDAR TASIK KESUMA
11 FEBRUARI 2019
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
(SALUTASI AKAN DIBERIKAN)
1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat sama-sama berhimpun dalam Majlis Permuafakatan
KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 pada pagi
ini. Selamat datang saya ucapkan kepada Yang Dihormati CP Dato' Sri Rosli bin Ab. Rahman,
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Polis Diraja
Malaysia atas usaha dan inisiatif melaksanakan program secara kolaboratif dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
pihak atas inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini. Untuk makluman para hadirin sekalian,
sekolah-sekolah di bawah KPM akan melancarkan program ini secara serentak pada 18
Februari 2019 di seluruh negara.
2
3. Saya amat bersyukur kerana program kerjasama strategik pelbagai pihak ini telah
menggabungkan kepakaran dan tenaga antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja
Malaysia melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pegawai
Perhubungan Sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh
warga pendidik yang berusaha untuk menjayakan program ini. Sememangnya ini bukanlah kali
pertama kita mengadakan permuafakatan bersama bahkan hubungan erat antara kita telah
sekian lama terjalin.
4. KPM berharap menerusi Program Jom Ke Sekolah akan mempertingkatkan kerjasama
yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah. Program ini
juga diharapkan dapat menghindari murid daripada ponteng sekolah, membantu mencegah
salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi
undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
5. Saya difahamkan minggu lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
mengumumkan terdapat penurunan kes jenayah di kalangan pelajar sekolah iaitu penurunan
sebanyak 437 kes pada 2018 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2017. Saya percaya antara
sebab yang menyumbangkan penurunan ini adalah kerana kerjasama rapat yang digembleng
antara sekolah dan juga komuniti terutama pihak PDRM.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
6. Asas pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang berfungsi di tengah-tengah setiap
komuniti dan masyarakat. Ini bermakna, sekolah sewajarnya menjadi tempat yang paling
selamat dan menyeronokkan. Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM memberikan penekanan
khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love), kegembiraan (happiness) dan saling
menghormati (mutual respect). Saya yakin bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai
ini mampu untuk melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan
akhirnya mencintai negara.
7. Saya juga yakin kerjasama dan permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa
dengan pihak sekolah akan dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah. Saya
berharap Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan kunjungan ke sekolah
sekurang-kurangnya sebulan sekali agar dapat memberi nasihat dan panduan kepada murid-
3
murid semasa perhimpunan di sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah juga boleh menjadi
sumber rujukan pihak sekolah berkaitan undang-undang dan salah laku disiplin.
8. Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama
PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah
murid yang terpuji. Oleh itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-
guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping
berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
10/2001 bahawa semua guru adalah guru disiplin.
9. Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi
akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan. Bagi menarik minat murid hadir ke sekolah,
pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa
menarik dan berkesan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan
pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan dengan konsep
sekolah penyayang dan menangani isu keciciran murid bagi memastikan murid-murid gembira
ke sekolah.
10. KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya sekolah, prasarana, pelibatan ibu
bapa dan komuniti, guru yang profesional serta proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Saya yakin bahawa pentadbir sekolah yang berkesan akan berupaya menghasilkan
pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid
untuk datang ke sekolah setiap hari dengan perasaan gembira, bersemangat dan seronok untuk
belajar.
11. Selain daripada itu, keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah
juga adalah amat penting. Saya ingin menegaskan bahawa kemenjadian murid merupakan
perkara penting dalam mewujudkan generasi masa depan yang holistik dan seimbang.
Sememangnya menjadi harapan kita semua agar pengetahuan yang diperoleh murid akan
membentuk mereka menjadi remaja yang lebih jelas dan fokus untuk menyumbang kepada
pembinaan negara maju yang berwawasan.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
12. Bagi tujuan menyampaikan maklumat atau memberi informasi kepada sekolah dan pihak
berkuasa polis melalui peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), KPM menggalakkan
sekolah menyedia dan menggunakan ‘Papan Kenyataan PPS’ di semua sekolah. Papan
4
Kenyataan PPS ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga sekolah dan PPS
sebagaimana yang dibuat pada papan notis masjid dalam Program 1Masjid 1Polis (1M1P).
Menerusinya, diharapkan pihak berkepentingan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak
sekolah yang memuatkan informasi dan berita tentang kepolisan. Pihak sekolah juga perlu
sentiasa prihatin dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan maklumat yang disalurkan.
13. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat hadir ke sekolah serta memberi
tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk
menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang
berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk
bakat dan mengasah daya kepimpinan kerana anda merupakan aset negara yang bernilai pada
masa hadapan. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala
yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, penyalahgunaan dadah serta lain-lain
gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri,
hormati ibubapa, guru-guru dan komuniti anda. Berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam
dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya.
14. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua
pihak yang terlibat khususnya warga SMK BANDAR TASIK KESUMA kerana bertungkus lumus
menjayakan program pada pagi ini. Begitu juga, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada PDRM dan Persatuan Ibu Bapa Guru atas sokongan dan
kerjasama padu dengan KPM bagi merealisasikan majlis ini. Besarlah harapan saya agar
kesepakatan begini bukan sahaja dapat memastikan kejayaan program, bahkan turut
memperkasakan lagi keakraban dan rangkaian kerjasama strategik antara kita semua. Semoga
program seumpama ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang, insya-Allah.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis
Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun
2019 dan melancarkan Papan Kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian. Terima
Kasih.
YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

More Related Content

What's hot

Aturcara majlis penutupan jati diri
Aturcara majlis penutupan jati diriAturcara majlis penutupan jati diri
Aturcara majlis penutupan jati dirinorzitakamarudin
 
FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAHFOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAHIzz Khalil
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisFairus Mohd Long
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirIeta Yahya
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6sklunyingsebuyau
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanRazah Dollah
 
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinarLaporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinarCik Bahari
 
7.0 surat penghargaan
7.0 surat penghargaan7.0 surat penghargaan
7.0 surat penghargaanKuan Tee 0420
 
Surat pohon sumbangan yb din adam
Surat pohon sumbangan yb din adamSurat pohon sumbangan yb din adam
Surat pohon sumbangan yb din adamMat Yus
 
Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21Ismawati Ishak
 
Kertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkatKertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkatAida Ayu
 
Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021
Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021
Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021HALIZAH RAMTHAN LIZA
 
339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladap
339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladap339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladap
339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladapFATIHAH IBRAHIM
 
Ladap buku yusa
Ladap buku yusaLadap buku yusa
Ladap buku yusaYusa Yusuf
 

What's hot (20)

Sajak dirgahayu bahasaku
Sajak dirgahayu bahasakuSajak dirgahayu bahasaku
Sajak dirgahayu bahasaku
 
Aturcara majlis penutupan jati diri
Aturcara majlis penutupan jati diriAturcara majlis penutupan jati diri
Aturcara majlis penutupan jati diri
 
FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAHFOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlis
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifir
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
 
Surat penghargaan
Surat penghargaanSurat penghargaan
Surat penghargaan
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinarLaporan ceramah motivasi masih ada sinar
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
 
7.0 surat penghargaan
7.0 surat penghargaan7.0 surat penghargaan
7.0 surat penghargaan
 
Surat pohon sumbangan yb din adam
Surat pohon sumbangan yb din adamSurat pohon sumbangan yb din adam
Surat pohon sumbangan yb din adam
 
Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21
 
Kertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkatKertas kerja program kawasan angkat
Kertas kerja program kawasan angkat
 
Surat sumbangan.2013
Surat sumbangan.2013Surat sumbangan.2013
Surat sumbangan.2013
 
Bab 3 perkumuhan
Bab 3 perkumuhanBab 3 perkumuhan
Bab 3 perkumuhan
 
Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021
Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021
Teks ucapan pengacara majlis hari guru 2021
 
339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladap
339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladap339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladap
339872720 contoh-sinopsis-buku-untuk-ladap
 
Buku Log Pengakap
Buku Log PengakapBuku Log Pengakap
Buku Log Pengakap
 
Ladap buku yusa
Ladap buku yusaLadap buku yusa
Ladap buku yusa
 

Similar to Program Jom Ke Sekolah

Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMChon Seong Hoo
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Chon Seong Hoo
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangKementerian Pelajaran Malaysia
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATMokhzani Fadir
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2norsuria mohd sidik
 
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxTahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxWaddaHaruna
 
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap iPratheep Regah
 
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka BelajarKebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka BelajarWisnuWibawa2
 
Sayangilah sekolah kita 1. konsep..
Sayangilah sekolah kita 1. konsep..Sayangilah sekolah kita 1. konsep..
Sayangilah sekolah kita 1. konsep..180473
 

Similar to Program Jom Ke Sekolah (20)

Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Perutusan ketua polis negara
Perutusan ketua polis negaraPerutusan ketua polis negara
Perutusan ketua polis negara
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Teks budaya
Teks budayaTeks budaya
Teks budaya
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxTahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
 
Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka BelajarKebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
 
Sayangilah sekolah kita 1. konsep..
Sayangilah sekolah kita 1. konsep..Sayangilah sekolah kita 1. konsep..
Sayangilah sekolah kita 1. konsep..
 

More from SK FELDA REDONG,SEGAMAT

Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019SK FELDA REDONG,SEGAMAT
 

More from SK FELDA REDONG,SEGAMAT (20)

Pamplet ithink2014
Pamplet ithink2014Pamplet ithink2014
Pamplet ithink2014
 
Evidens sains peka,sarana,p.m,tbbkt
Evidens sains peka,sarana,p.m,tbbktEvidens sains peka,sarana,p.m,tbbkt
Evidens sains peka,sarana,p.m,tbbkt
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Power point dino '19
Power point dino '19Power point dino '19
Power point dino '19
 
Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019Buku program program jom ke sekolah 2019
Buku program program jom ke sekolah 2019
 
Skfr kertas kerja kursus pengawas 2019
Skfr   kertas kerja kursus pengawas 2019Skfr   kertas kerja kursus pengawas 2019
Skfr kertas kerja kursus pengawas 2019
 
Kertas kerja anti dadah 2018 209
Kertas kerja anti dadah 2018 209Kertas kerja anti dadah 2018 209
Kertas kerja anti dadah 2018 209
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Situasi semasa hfmd
Situasi semasa hfmdSituasi semasa hfmd
Situasi semasa hfmd
 
8 dskp kssr semakan 2017 sains tahun 2
8 dskp  kssr semakan 2017 sains tahun 28 dskp  kssr semakan 2017 sains tahun 2
8 dskp kssr semakan 2017 sains tahun 2
 
Buku program hari raya skfr
Buku program hari raya skfrBuku program hari raya skfr
Buku program hari raya skfr
 
Kertas kerja aedes
Kertas kerja aedesKertas kerja aedes
Kertas kerja aedes
 
Borang selesai tugas 2017
Borang selesai tugas 2017Borang selesai tugas 2017
Borang selesai tugas 2017
 
Pajsk terkini sr -13 julai 2016
Pajsk   terkini sr -13 julai 2016Pajsk   terkini sr -13 julai 2016
Pajsk terkini sr -13 julai 2016
 
Camping 2016
Camping 2016Camping 2016
Camping 2016
 
Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016
 
Ceramah komuniti (autosaved)
Ceramah komuniti (autosaved)Ceramah komuniti (autosaved)
Ceramah komuniti (autosaved)
 
Inovasi jqaf
Inovasi jqafInovasi jqaf
Inovasi jqaf
 
Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016Format baru upsr sn 2016
Format baru upsr sn 2016
 
Kemahiran proses sains
Kemahiran proses sainsKemahiran proses sains
Kemahiran proses sains
 

Recently uploaded

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 

Recently uploaded (20)

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 

Program Jom Ke Sekolah

  • 1. 1 TEKS UCAPAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019 SMK BANDAR TASIK KESUMA 11 FEBRUARI 2019 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. (SALUTASI AKAN DIBERIKAN) 1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat sama-sama berhimpun dalam Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 pada pagi ini. Selamat datang saya ucapkan kepada Yang Dihormati CP Dato' Sri Rosli bin Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Polis Diraja Malaysia atas usaha dan inisiatif melaksanakan program secara kolaboratif dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak atas inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, sekolah-sekolah di bawah KPM akan melancarkan program ini secara serentak pada 18 Februari 2019 di seluruh negara.
  • 2. 2 3. Saya amat bersyukur kerana program kerjasama strategik pelbagai pihak ini telah menggabungkan kepakaran dan tenaga antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pegawai Perhubungan Sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh warga pendidik yang berusaha untuk menjayakan program ini. Sememangnya ini bukanlah kali pertama kita mengadakan permuafakatan bersama bahkan hubungan erat antara kita telah sekian lama terjalin. 4. KPM berharap menerusi Program Jom Ke Sekolah akan mempertingkatkan kerjasama yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menghindari murid daripada ponteng sekolah, membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. 5. Saya difahamkan minggu lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengumumkan terdapat penurunan kes jenayah di kalangan pelajar sekolah iaitu penurunan sebanyak 437 kes pada 2018 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2017. Saya percaya antara sebab yang menyumbangkan penurunan ini adalah kerana kerjasama rapat yang digembleng antara sekolah dan juga komuniti terutama pihak PDRM. Para hadirin yang dihormati sekalian, 6. Asas pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang berfungsi di tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat. Ini bermakna, sekolah sewajarnya menjadi tempat yang paling selamat dan menyeronokkan. Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love), kegembiraan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Saya yakin bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu untuk melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan akhirnya mencintai negara. 7. Saya juga yakin kerjasama dan permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa dengan pihak sekolah akan dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah. Saya berharap Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali agar dapat memberi nasihat dan panduan kepada murid-
  • 3. 3 murid semasa perhimpunan di sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah juga boleh menjadi sumber rujukan pihak sekolah berkaitan undang-undang dan salah laku disiplin. 8. Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Oleh itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru- guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa semua guru adalah guru disiplin. 9. Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan. Bagi menarik minat murid hadir ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa menarik dan berkesan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan menangani isu keciciran murid bagi memastikan murid-murid gembira ke sekolah. 10. KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya sekolah, prasarana, pelibatan ibu bapa dan komuniti, guru yang profesional serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya yakin bahawa pentadbir sekolah yang berkesan akan berupaya menghasilkan pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah setiap hari dengan perasaan gembira, bersemangat dan seronok untuk belajar. 11. Selain daripada itu, keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting. Saya ingin menegaskan bahawa kemenjadian murid merupakan perkara penting dalam mewujudkan generasi masa depan yang holistik dan seimbang. Sememangnya menjadi harapan kita semua agar pengetahuan yang diperoleh murid akan membentuk mereka menjadi remaja yang lebih jelas dan fokus untuk menyumbang kepada pembinaan negara maju yang berwawasan. Para hadirin yang dihormati sekalian, 12. Bagi tujuan menyampaikan maklumat atau memberi informasi kepada sekolah dan pihak berkuasa polis melalui peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), KPM menggalakkan sekolah menyedia dan menggunakan ‘Papan Kenyataan PPS’ di semua sekolah. Papan
  • 4. 4 Kenyataan PPS ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga sekolah dan PPS sebagaimana yang dibuat pada papan notis masjid dalam Program 1Masjid 1Polis (1M1P). Menerusinya, diharapkan pihak berkepentingan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah yang memuatkan informasi dan berita tentang kepolisan. Pihak sekolah juga perlu sentiasa prihatin dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan maklumat yang disalurkan. 13. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat hadir ke sekolah serta memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat dan mengasah daya kepimpinan kerana anda merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, penyalahgunaan dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibubapa, guru-guru dan komuniti anda. Berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. 14. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat khususnya warga SMK BANDAR TASIK KESUMA kerana bertungkus lumus menjayakan program pada pagi ini. Begitu juga, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada PDRM dan Persatuan Ibu Bapa Guru atas sokongan dan kerjasama padu dengan KPM bagi merealisasikan majlis ini. Besarlah harapan saya agar kesepakatan begini bukan sahaja dapat memastikan kejayaan program, bahkan turut memperkasakan lagi keakraban dan rangkaian kerjasama strategik antara kita semua. Semoga program seumpama ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang, insya-Allah. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 dan melancarkan Papan Kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian. Terima Kasih. YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA