SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
TEKS UCAPAN
DATUK Dr. AMIN BIN SENIN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK SIJANGKANG JAYA 2018
Tarikh:
10 MAC 2018
Masa:
9.00 PAGI
Tempat:
FOYER CEMPAKA, SMK SIJANGKANG JAYA
KG. MEDAN, TELUK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR
TEKS UCAPAN PENUH
Yang Berbahagia
Datuk Dr. Amin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabaraktuh,
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku
Malaysia.
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Salleh bin
Mohd Kassim
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor,
Yang Berusaha Puan Hajah Rahanim binti
Abd. Rahim
Pengetua SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berbahagia Dato’ Haji Nordin bin Haji
Selamat
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berusaha Puan Maimunah binti
Mustafa
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
1. Bersyukur saya kehadrat Allah Yang
Maha Esa, atas izin Nya maka saya dapat
hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya pada
kali ini. Terlebih dahulu saya
mengucapkan tahniah dan terima kasih
kepada semua pihak yang hadir dalam
majlis ini, khususnya kepada ibu bapa
yang telah menunjukkan kerjasama yang
erat dalam melahirkan murid yang
mempunyai intelektual dan sahsiah yang
cemerlang. Tahniah dan terima kasih
juga kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profesion keguruan
sehingga mampu membantu kerajaan
melahirkan modal insan yang berkualiti
serta berjiwa patriotik.
2. Saya bangga dan gembira kerana
dijemput hadir dalam majlis ini bersama-
sama para hadirin sekalian. Semoga
majlis yang amat bermakna ini dapat
dijadikan asas permulaan dalam
membuat anjakan paradigma menjana
modal insan gemilang dan terbilang.
Saya berharap pihak sekolah dan PIBG
dapat terus bekerjasama mendepani
segala cabaran dan permasalahan yang
timbul dengan mewujudkan suasana
kolaboratif dan sentiasa berbincang bagi
memastikan kecemerlangan akademik,
sahsiah, kokurikulum dan pembangunan
sekolah.
3. Melalui ucapan Yang Dipertua PIBG dan
Tuan Pengetua sebentar tadi, jelas
bahawa sekolah ini telah menunjukkan
beberapa pencapaian yang boleh
dibanggakan oleh semua pihak.
Kejayaan yang diperoleh dan disandang
ini bukannya datang menggolek, tetapi
banyak keringat, tenaga dan usaha yang
telah diperah dan dikorbankan. Ini
merupakan insentif, galakan dan
rangsangan untuk kejayaan yang
berterusan pada masa akan datang.
Tahniah kepada yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung!
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian,
4. Memandangkan pendidikan
menyuburkan kualiti kehidupan dan
bersifat dinamik, saya berharap apabila
berlakunya sesuatu permasalahan,
komunikasi berkesan antara ibu bapa
dan pihak sekolah melalui PIBG dapat
dilaksanakan. Penyiasatan, musyawarah
dan laporan yang teliti perlu dilakukan
dan jalan penyelesaian perlu
disegerakan. Saya percaya pengetua
mahukan sekolah sentiasa berada dalam
keadaan baik serta kondusif.
5. Sistem pendidikan masa kini memerlukan
perubahan yang sememangnya tidak
dapat dielakkan supaya selaras dengan
keperluan semasa, memenuhi tuntutan
zaman dan lingkungan. Walau
bagaimanpun, kita perlu berhenti sejenak
melihat perubahan dan perkembangan
itu. Pertama, untuk kita mengimbau
sejenak dan menginsafi betapa
bertuahnya kita berada di bumi Malaysia
dengan menikmati pelbagai peluang
pendidikan di dalam dan di luar negara.
Yang penting kesungguhan dan
keinginan kita mengejar setinggi mana
pencapaian yang dikehendaki. Kedua,
untuk kita merenung ke depan buat
mempersiapkan diri dan generasi akan
datang bagi menghadapi pelbagai
cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi
dengan yang ada pada hari ini.
Menginsafi hakikat ini, tidak syak lagi
sistem pendidikan menuntut kita untuk
sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu
dan tekad yang baharu dari semasa ke
semasa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian,
6. Tuntutan zaman yang berubah
memerlukan perubahan dari segi ilmu
dan kemahiran. Oleh itu, saya menyeru
ibu bapa merebut peluang yang
disediakan oleh kerajaan untuk anak
masing-masing. Saya menyarankan agar
kita sentiasa memberi nilai tambah diri
dengan terus belajar dan menambah ilmu
supaya dengan itu kita semua terus
relevan dengan perubahan zaman.
Walau bagaimanapun, pendidikan yang
mengutamakan aspek akademik semata-
mata akan menyebabkan lahirnya
generasi yang pintar tetapi tidak mampu
menonjolkan kebestariannya dalam
tindakan atau membuat keputusan.
Aspek kemanusiaan janganlah
diketepikan kerana melaluinya terdapat
beberapa pertimbangan atau budi bicara
bagi membolehkan pembentukan
sahsiah yang seimbang.
7. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
sentiasa berusaha untuk menjadikan
pendidikan sebagai penjana
kecemerlangan. Golongan pendidik, ibu
bapa dan masyarakat perlu membuka
minda dan mengemaskini pengetahuan
sedia ada sambil meneruskan usaha
untuk melahirkan anak-anak didik yang
bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi
juga berakhlak mulia, berhemah tinggi,
dan disegani. Sesungguhnya
kecemerlangan dunia pendidikan
bermula dari rumah lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian,
8. Keperihatinan pihak kerajaan terhadap
sistem pendidikan negara diserlahkan
menerusi Bajet 2018. Dalam bajet
tersebut, jumlah peruntukan tertinggi
diberikan kepada KPM berbanding
Kementerian lain dengan jumlah
keseluruhan sebanyak RM45 bilion.
Beberapa perkara turut dibentangkan
yang berkaitan pendidikan negara
antaranya komitmen kerajaan untuk me-
nganjakkan lagi pengajian dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM), pembangunan Bilik
Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21
dan menaik taraf fasiliti yang berada
dalam keadaan daif. Usaha ini dilakukan
bagi menggapai aspirasi generasi
Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Tidak ketinggalan, bajet itu turut
menekankan kebajikan dan
kesejahteraan para murid secara umum-
nya.
9. Sehubungan itu, Kementerian
Pendidikan telah memutuskan bahawa
keberhasilan utama pendidikan Malaysia
dilihat daripada dua perspektif penting
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025),
iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian
murid. Kemenjadian murid dilihat melalui
hasil keberkesanan proses persekolahan
secara keseluruhan dan bukannya hanya
difokuskan kepada Gred Purata yang
dijana daripada keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
10.Keseimbangan ilmu dan akhlak dalam
pendidikan akan menyediakan generasi
masa depan yang peka dengan
perubahan landskap pendidikan dan
cabaran abad ke-21. Semua warga
pendidik perlu memastikan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) guru adalah
berpusatkan murid. Tumpuan perlu
diberikan kepada mengaplikasikan
kemahiran aras tinggi iaitu kemahiran
pemikiran kritis dan kreativiti, selain
kemahiran komunikasi dan kolaboratif
serta penerapan nilai murni dan etika,
iaitu critical thinking, creativity,
communication, collaborative, and values
yang menjadi kemahiran penting dalam
abad ke-21.
11.Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) pula telah dilaksanakan mulai
2015 dengan matlamat untuk
memantapkan kepimpinan sekolah,
memaksimumkan potensi guru dan murid
menerusi peningkatan kualiti pengajaran
dan pembelajaran (PdP) serta
mengukuhkan pelibatan ibu bapa,
komuniti dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid. Sehingga kini, TS25
telah menampakkan hasil dalam
mewujudkan suasana pembelajaran
bermakna yang membawa kepada
kemenjadian murid.
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian,
12.Pihak sekolah sahaja kurang mampu
untuk menghadapi cabaran alaf baru ini
dalam menggerakkan transformasi
pendidikan negara. Dalam gerak kerja
untuk mendidik, membudayakan
perubahan, dan menggerakkan jentera
institusi pendidikan di sekolah, peranan
Pengetua, PIBG, komuniti dan pihak
berkepentingan tidak boleh terpisah. Ini
selaras dengan Anjakan ke-9, PPPM
2013-2025 yang telah menetapkan
bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan
pihak berkepentingan perlu diperluaskan
dan diperkasakan peranannya.
13.Akhir kata, saya ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang bertungkus-lumus menjayakan
majlis ini.
14.Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim,
saya merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG SMK Sijangkang Jaya 2018.
Wabillahittaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03-88846077 FAX:03-88894548

More Related Content

What's hot

Proposal rehab ke eka mas
Proposal rehab   ke eka masProposal rehab   ke eka mas
Proposal rehab ke eka masAkhmadzaeni7
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahAmandaYella
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair SekolahAmandaYella
 
Contoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler SekolahContoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler SekolahAmandaYella
 
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahContoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahAmandaYella
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Chon Seong Hoo
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarAmandaYella
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahAmandaYella
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarContoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarAmandaYella
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan finalAdila Dila
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Mebeler SekolahContoh Proposal Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Mebeler SekolahAmandaYella
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan finalNadzari Baharom
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAChon Seong Hoo
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guruNadzari Baharom
 
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokLyda Hassan
 

What's hot (19)

Proposal rehab ke eka mas
Proposal rehab   ke eka masProposal rehab   ke eka mas
Proposal rehab ke eka mas
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubelair Sekolah
 
Contoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler SekolahContoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Mebeler Sekolah
 
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahContoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
 
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler SekolahContoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
Contoh Proposal Pengadaan Meubeler Sekolah
 
Teks ucapan perasmian program pa
Teks ucapan perasmian program paTeks ucapan perasmian program pa
Teks ucapan perasmian program pa
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarContoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
 
Teks ucapan bmk
Teks ucapan bmkTeks ucapan bmk
Teks ucapan bmk
 
Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan final
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Mebeler SekolahContoh Proposal Mebeler Sekolah
Contoh Proposal Mebeler Sekolah
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan final
 
Januari 2015
Januari 2015Januari 2015
Januari 2015
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
 
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
 

Similar to Teks ucapan kppm edited smk sijangkang

Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangKementerian Pelajaran Malaysia
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisBudi Setiawan
 
KAJIAN SEMULA PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptx
KAJIAN SEMULA  PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptxKAJIAN SEMULA  PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptx
KAJIAN SEMULA PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptxssuserdc2eac
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahusedry
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluanmgbkulim
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATMokhzani Fadir
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahGhani Shahid
 

Similar to Teks ucapan kppm edited smk sijangkang (20)

Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Ucapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasiUcapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasi
 
Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
KAJIAN SEMULA PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptx
KAJIAN SEMULA  PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptxKAJIAN SEMULA  PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptx
KAJIAN SEMULA PSO SEKOLAH 2020-2024 TAHUN 2022 (2 (2) (2).pptx
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolah
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 
Asigment bm
Asigment bmAsigment bm
Asigment bm
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolah
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia

Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 

Teks ucapan kppm edited smk sijangkang

  • 1. TEKS UCAPAN DATUK Dr. AMIN BIN SENIN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SIJANGKANG JAYA 2018 Tarikh:
  • 2. 10 MAC 2018 Masa: 9.00 PAGI Tempat: FOYER CEMPAKA, SMK SIJANGKANG JAYA KG. MEDAN, TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR
  • 3. TEKS UCAPAN PENUH Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 4. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Yang Berusaha Puan Hajah Rahanim binti Abd. Rahim Pengetua SMK Sijangkang Jaya, Yang Berbahagia Dato’ Haji Nordin bin Haji Selamat Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha Puan Maimunah binti Mustafa
  • 5. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian. 1. Bersyukur saya kehadrat Allah Yang Maha Esa, atas izin Nya maka saya dapat hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya pada kali ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada ibu bapa yang telah menunjukkan kerjasama yang erat dalam melahirkan murid yang mempunyai intelektual dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya
  • 6. memartabatkan profesion keguruan sehingga mampu membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik. 2. Saya bangga dan gembira kerana dijemput hadir dalam majlis ini bersama- sama para hadirin sekalian. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan dalam membuat anjakan paradigma menjana modal insan gemilang dan terbilang. Saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat terus bekerjasama mendepani segala cabaran dan permasalahan yang timbul dengan mewujudkan suasana kolaboratif dan sentiasa berbincang bagi memastikan kecemerlangan akademik,
  • 7. sahsiah, kokurikulum dan pembangunan sekolah. 3. Melalui ucapan Yang Dipertua PIBG dan Tuan Pengetua sebentar tadi, jelas bahawa sekolah ini telah menunjukkan beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan oleh semua pihak. Kejayaan yang diperoleh dan disandang ini bukannya datang menggolek, tetapi banyak keringat, tenaga dan usaha yang telah diperah dan dikorbankan. Ini merupakan insentif, galakan dan rangsangan untuk kejayaan yang berterusan pada masa akan datang. Tahniah kepada yang terlibat secara
  • 8. langsung dan tidak langsung! Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 4. Memandangkan pendidikan menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat dinamik, saya berharap apabila berlakunya sesuatu permasalahan, komunikasi berkesan antara ibu bapa dan pihak sekolah melalui PIBG dapat dilaksanakan. Penyiasatan, musyawarah dan laporan yang teliti perlu dilakukan dan jalan penyelesaian perlu disegerakan. Saya percaya pengetua
  • 9. mahukan sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kondusif. 5. Sistem pendidikan masa kini memerlukan perubahan yang sememangnya tidak dapat dielakkan supaya selaras dengan keperluan semasa, memenuhi tuntutan zaman dan lingkungan. Walau bagaimanpun, kita perlu berhenti sejenak melihat perubahan dan perkembangan itu. Pertama, untuk kita mengimbau sejenak dan menginsafi betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia dengan menikmati pelbagai peluang pendidikan di dalam dan di luar negara. Yang penting kesungguhan dan keinginan kita mengejar setinggi mana
  • 10. pencapaian yang dikehendaki. Kedua, untuk kita merenung ke depan buat mempersiapkan diri dan generasi akan datang bagi menghadapi pelbagai cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi dengan yang ada pada hari ini. Menginsafi hakikat ini, tidak syak lagi sistem pendidikan menuntut kita untuk sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad yang baharu dari semasa ke semasa. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 6. Tuntutan zaman yang berubah memerlukan perubahan dari segi ilmu
  • 11. dan kemahiran. Oleh itu, saya menyeru ibu bapa merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk anak masing-masing. Saya menyarankan agar kita sentiasa memberi nilai tambah diri dengan terus belajar dan menambah ilmu supaya dengan itu kita semua terus relevan dengan perubahan zaman. Walau bagaimanapun, pendidikan yang mengutamakan aspek akademik semata- mata akan menyebabkan lahirnya generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan kebestariannya dalam tindakan atau membuat keputusan. Aspek kemanusiaan janganlah diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbangan atau budi bicara
  • 12. bagi membolehkan pembentukan sahsiah yang seimbang. 7. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk menjadikan pendidikan sebagai penjana kecemerlangan. Golongan pendidik, ibu bapa dan masyarakat perlu membuka minda dan mengemaskini pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan anak-anak didik yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlak mulia, berhemah tinggi, dan disegani. Sesungguhnya kecemerlangan dunia pendidikan bermula dari rumah lagi.
  • 13. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 8. Keperihatinan pihak kerajaan terhadap sistem pendidikan negara diserlahkan menerusi Bajet 2018. Dalam bajet tersebut, jumlah peruntukan tertinggi diberikan kepada KPM berbanding Kementerian lain dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM45 bilion. Beberapa perkara turut dibentangkan yang berkaitan pendidikan negara antaranya komitmen kerajaan untuk me- nganjakkan lagi pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pembangunan Bilik
  • 14. Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21 dan menaik taraf fasiliti yang berada dalam keadaan daif. Usaha ini dilakukan bagi menggapai aspirasi generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50). Tidak ketinggalan, bajet itu turut menekankan kebajikan dan kesejahteraan para murid secara umum- nya.
  • 15. 9. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa keberhasilan utama pendidikan Malaysia dilihat daripada dua perspektif penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan secara keseluruhan dan bukannya hanya difokuskan kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • 16. 10.Keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan menyediakan generasi masa depan yang peka dengan perubahan landskap pendidikan dan cabaran abad ke-21. Semua warga pendidik perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru adalah berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan kepada mengaplikasikan kemahiran aras tinggi iaitu kemahiran pemikiran kritis dan kreativiti, selain kemahiran komunikasi dan kolaboratif serta penerapan nilai murni dan etika, iaitu critical thinking, creativity, communication, collaborative, and values yang menjadi kemahiran penting dalam abad ke-21.
  • 17. 11.Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pula telah dilaksanakan mulai 2015 dengan matlamat untuk memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Sehingga kini, TS25 telah menampakkan hasil dalam mewujudkan suasana pembelajaran bermakna yang membawa kepada kemenjadian murid.
  • 18. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 12.Pihak sekolah sahaja kurang mampu untuk menghadapi cabaran alaf baru ini dalam menggerakkan transformasi pendidikan negara. Dalam gerak kerja untuk mendidik, membudayakan perubahan, dan menggerakkan jentera institusi pendidikan di sekolah, peranan Pengetua, PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan tidak boleh terpisah. Ini selaras dengan Anjakan ke-9, PPPM 2013-2025 yang telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan
  • 19. pihak berkepentingan perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. 13.Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. 14.Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya 2018. Wabillahittaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
  • 20. Sekian, terima kasih. PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA TEL: 03-88846077 FAX:03-88894548