8. kurangnya pendidikan agama dan
kesedaran beramal dengannya
kesilapan ibu bapa itu sendiri
pengaruh rakan sebaya
pengaruh media masa
ibu bapa membezakan kasih
sayang antara anak-anak
mempunyai hubungan yang
renggang antara ibu bapa dan anak-
anak
9. Kurangnya didikan agama
masyarakat pada zaman ini yang lebih
mementingkan ilmu duniawi berbanding ilmu
keagamaan atau kerohanian. Ilmu duniawi
dianggap ilmu yang menjamin masa depan
berbanding ilmu agama. Akibatnya unsur
kerohanian tidak dapat disemai dalam diri
anak-anak hingga mereka tidak tahu yang
mereka perlu taat kepada ibu bapa.
10. Kesilapan ibu bapa itu sendiri
Ibu bapa zaman sekarang yang kebanyakan bekerja terlalu sibuk
mencari nafkah dan mengumpul harta dunia hingga
mengabaikan anak-anak yang dahagakan belaian kasih sayang
mereka.
Mereka hanya melimpahkan anak mereka dengan harta
kekayaan hingga tidak sedar bahawa anak mereka hanya
memerlukan tumpuan dan perhatian ibu bapa. Hal ini
akhirnya akan memerangkap keluarga mereka sendiri. Anak
yang sebahagian besar masanya dihabiskan dengan pembantu
rumah atau di tadika dilihat tidak dapat merasakan nikmat
kasih dan sayang daripada ibu bapa sendiri. Akibatnya anak-
anak ini membesar menjadi anak yang mudah memberontak,
melawan cakap dan memberi arahan kepada orang di
sekeliling mereka.
11. Pengaruh rakan sebaya
Rakan yang mana sering menjadi tempat
meluahkan segala masalah dan juga berkongsi
kegembiraan mempunyai pengaruh yang besar ke
atas anak zaman ini. Mereka kadang kala lebih
mendengar kata, pendapat, pandangan dan
nasihat rakan berbanding ahli keluarga sendiri.
Jika salah pilih kawan, maka salahlah tingkah laku
dan sikap anak berkenaan. Misalnya anak yang
bergaul dengan rakan yang tidak mempunyai
didikan yang baik serta amalan budaya yang
kurang sihat pastinya akan turut mempengaruhi
tingkah laku anak kita.
12. Pengaruh Media Massa
Terutama media elektronik melalui program
televisyen yang terlalu mengagungkan rancangan
Barat. Budaya masyarakat Barat yang tidak
mementingkan nilai murni seperti membolehkan
berkurang ajar dengan ibu bapa sendiri dilihat
sangat mempengaruhi gelagat anak kita di
rumah. Adegan yang ditonton sering kali menjadi
gaya ikutan mereka dalam kehidupan seharian.
Kebanyakan filem barat selalu memaparkan anak-
anak yang memberontak dan mengeluarkan
perkataan yang kurang enak didengar.
14. menjadi ‘role model’ kepada anak-anak
memberi didikan agama yang
secukupnya
banyak meluangkan masa dengan anak-
anak
mengawasi gerak geri anak-anak semasa
mereka berada di luar
tidak terlalu memanjakan anak-anak
15. • Berikan anak pelukan setiap hari
• Mengajar anak cara untuk menenangkan
diri
• Bercakap dengan lembut dengan anak-
anak