Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Lempar cakera

9,332 views

Published on

  • Be the first to comment

Lempar cakera

  1. 1. LEMPAR CAKERALempar cakera adalah satu acara yang mempunyai prinsip yang hampir sama dengan acara lontar peluru dan baling tukul besi. Kita perlu mempunyai kekuatan otot, kelajuan dan kuasa serta menguasai teknik lemparan yangbetul untuk menghasilkan lemparan yang sempurna dan jauh. Selain itu, kita perlu mempunyai koordinasi dan stability yang baik ketika berputar dan melakukan lemparan. OBJEKTIF Selepas mempelajari topik ini kita akan dapat: 1. Menyatakan teknik melempar cakera dengan betul; 2. Melakukan kemahiran asas lempar cakera dengan teknik yang betul dan selamat; 3. Menyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam acara lempar cakera; 4. Menyatakan undang-undang dan peraturan dalam acara lempar cakera; 5. Mengenalpasti otot-otot utama yang digunakan dalam acara lempar cakera; 6. Menganalisis fasa pergerakan dalam acara lempar cakera dan hasil lemparan. 1
  2. 2. PERALATAN DAN KEMUDAHAN LEMPAR CAKERASpesifikasi alatan dan gelanggang bagi lempar cakera adalah mengikutundang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Olaharaga AmaturAntarabangsa(IAAF). Pelaksanaan lempar cakera memerlukan bulatanlemparan, kawasan pendaratan cakera dan cakera.1. BULATAN LEMPARAN Bahagian tepi bulatan cakera dililit dengan gelung besi atau keluli. Bahagian atas gelung besi perlu sama rata dengan permukaan tanah. Permukaan bulatan diperbuat daripada simen atau bahan sintetik yang sesuai. Permukaannya perlu rata, tidak licin dan lebih rendah daripada bahagian atau gelung besi. Bulatan lemparan dibahagi kepada dua bahagian iaitu, separuh bulatan hadapan dan separuh bulatan belakang. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh satu garisan.2. KAWASAN PENDARATAN CAKERA Kawasan pendaratan cakera perlu rata dan ditandai dengan dua garisan lurus berwarna putih yang bersudut 40° dari pusat lemparan cakera.3. CAKERA Cakera diperbuat daripada kayu dan di bahagian kelilingnya dipasang dengan bingkai logam yang licin. Manakala di tengah-tengah cakera diletakan kepingan logam. Terdapat juga cakera yang diperbuat daripada getah untuk kegunaan sewaktu sesi latihan. Umumnya hanya dua saiz dan berat yang digunakan untuk acara lempar cakera bagi peringkat pelajar sekolah. 1. Lelaki bawah 18 tahun : 1.5 kg 2. Perempuan bawah 18 tahun : 1.0 kg 3. Lelaki bawah 15 tahun : 1.0 kg 4. Perempuan bawah 15 tahun : 1.0 kg 2
  3. 3. OTOT-OTOT YANG TERLIBAT DALAM LEMPAR CAKERA 1. deltoid 2. Triceps 3. hamstring 4. gastrocnemius 5. pectoralis major 6. biceps 7. brachioradialis 8. quadriceps KEMAHIRAN LEMPAR CAKERAPelaksanaan lempar cakera dibahagikan kepada empat fasa iaitu: i. Fasa persediaan Kita perlu bersedia untuk melakukan ayunan dan putaran dalam fasa ini. Kedudukan kita perlu stabil dan member tumpuan terhadap aksi yang akan dilakukan. Berdiri membelakangi arah lemparan; Buka kaki seluas bahu; Fleksi lutut; Berat badan di atas kedua-dua bebola kaki; Ekstensi tangan yang memegang cakera; Ayun cakera ke belakang pada paras bahu; Kilas pinggang semasa ayunan ke belakang; Tangan bebas di hadapan dada. 3
  4. 4. ii. Fasa putaran Stability badan adalah factor penting ketika fasa putaran. Putaran badan perlu dilakukan dengan laju untuk mendapatkan momentum. Focus utama ketika fasa ini ialah penguasaan ruang dalam bulatan lemparan dan lemparan yang akan dilakukan. Pusing ke arah lemparan. Berat badan di atas kaki menyokong; Ayun kaki dominan luas keliling bulatan. Mendarat dengan bebola kaki di tengah bulatan; Berat badan di atas kaki kanan; Bawa kaki bebas kea rah lemparan; Ekstensi tangan untuk stability.iii. Fasa lemparan Fasa ini adalah kesinambungan daripada fasa putaran. Ketika ini momentum putaran badan perlu dikekalkan. Pada akhir fasa ini, putaran terakhir dilakukan untuk memindahkan kelajuan kepada padsa cakera sebelum cakera dilemparkan. Untuk memperoleh daya lemparan yang maksimum, kita perlu berada dalam posisi kuasa. Berat badan pada kaki dominan; Pasak kaki bebas lurus kea rah lemparan; Kedudukan dagu, lutut kanan dan jari kaki dominan dalam satu garisan; Kilas kaki dan pinggang dengan pantas kea rah lemparan; Pindah berat badan pada kaki bebas; Kilas pinggang dan ayun cakera dengan pantas apabila kedua- dua belah kai menyentuh bumi; Lepaskan cakera di bawah paras bahu; dan Kedudukan kedua-dua bahu adalah sejajar. 4
  5. 5. iv. Fasa ikut lajak Pergerakan dalam fasa ini bertujuan untuk stability dan mengelakkan lemparan dibatalkan Tukar kaki dengan pantas selepas fasa lemparan; Fleksi lutut kaki hadapan. Badan direndahkan untuk merendahkan pusat gravity; Mata pandang kea rah cakera; Ayun kaki bebas ke belakang. UNDANG-UNDANG DAN PERATURANUndang-undang mengikut tetapan oleh Kesatuan Olahraga AmaturMalaysia(KOAM) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM): 1. Lemparan perlu dilaksanakan dari dalam bulatan. Hanya bahagian dalam gelung besi bulatan yang boleh disentuh. 2. Masa melaksanakan lemparan adalah satu minit selepas masuk ke dalam bulatan. 3. Lemparan dikira sah apabila: i. Keseluruhan cakera jatuh di antara dua garisan pinggir bahagian dalam sektor. ii. Kaki tidak terkeluar atau menyentuh tanah di luar bulatan ketika fasa ikut lajak. 4. Selesai lemparan, keluar dari separuh bulatan bahagian belakang yang ditandai dengan garisan putih. 5. Lemparan dibatalkan apabila: i. Keluar dari bulatan sebelum cakera mencecah tanah. ii. Mana-mana bahagian tubuh menyentuh tanah di luar bulatan atau di atas sisi besi bulatan. iii. Cakera jatuh di luar kawasan sektor. iv. Keluar dari bulatan lemparan melalui bahagian hadapan atau sisi. 6. Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan. Serbuk kapur boleh digunakan pada tangan untuk membantu pegangan cakera. 7. Percubaan lemparan dilakukan sebanyak enam kali. Hanya lemparan paling jauh diambil kira untuk menentukan pemenang. 5

×