2. RANGKAP MAKSUD
Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
Saranan agar bijak menghargai
masa dan jangan suka
bertangguh.
Ketekunan akan membawa
kejayaan
Kegigihan berkerja dengan
keupayaan
Usaha atau pekerjaan yang
dilakukan dengan tekun akan
membawa kejayaan dan
pekerjaan itu hendaklah
dilakukan mengikut kemampuan
diri.
Wajah ceria keseronokan berkerja
Usah berduka bermuram durja
Saranan agar melaksanakan
tugas dengan seronok dengan
ceria tanpa perasaan sedih.
Hidup dalam kemuliaan
kesederhanaan
Bertindaj dengan penuh
kebijaksanaan
Saranan agar hidup dalam serba
sederhana dan bijak bertindak.
3. RANGKAP MAKSUD
Ketinggian peribadi jadi amalan
Ketelusan hati jadi bekalan
Saranan agar mengamalkan sikap
berpekerti mulia dalam
kehidupan, manakala ketelusan
hati dijadikan bekalan.
Kekuatan sifat baik hati
Bertimbang rasa dan bersimpati
Kekuatan sifat baik hati akan
menjadikan seseorang itu lebih
bertimbang rasa dan bersimpati
terhadap orang lain.
Pengaruh kepimpinan melalui
teladan
Baik buruk jadikan sempadan
Segala gerak laku pemimpin
menjadi ikutan masyarakat.
Pengaruh teladan positif dapat
menghasilkan keuntungan yang
baik, manakala pengaruh buruk
dapat membawa padah.
Menjadi kewajipan menjalan tugas
Walaupun sederhana tetapi tegas
Tugas yang diamanahkan perlu
dijalankan secara bersederhana
tetapi ketegasan juga perlu
diutamakan
4. RANGKAP MAKSUD
Kebijaksanaan berhemat perlu
diutama
Tidak membazir teliti saksama
Saranan agar mengutamakan
sifat berhemat dalam pelbagai
aspek umtuk mengelakkan
perbuatan membazir.
Keutamaan kesabaran fikiran
tenang
Perkara susah menjadi senang
Dengan mengutamakan sifat
sabar, fikiran kita akan menjadi
tenang. Dengan demikian,
perkara yang rumit akan menjadi
lebih mudah.
Peningkatan bakat diberi sokongan
Tunjukkan kebolehan jadikan
dorongan
Usaha meningkatkan bakat dan
kemahiran perlu disokong kerana
kebolehan yang ditunjukkan
dapat menjadi dorongan kepada
diri dan orang lain.
Nikmat mencipta budaya kreatif
Kembangkan bakat semoga aktif
Daya kreativiti perlu dijadikan
budaya agar bakat akan terus
berkembang.
6. Sikap pandai menghargai masa.
Ketekunan dan gigih berkerja akan
menjamin kejayaan.
Amalan ikhlas dan telus dalam menjalani
kehidupan seharian.
Pengaruh pemimpin terhadap orang
bawahan.
Sifat sabar ketika menghadapi kerumitan.
Kreativiti dalam menjanakan usaha yang
inovatif.
7. Puisi terikat / tidak bebas.
Terdiri daripada dua belas rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah
sama, iaitu dua baris serangkap.
Bilangan kata dalam setiap baris hampir
sama, iaitu empat patah kata dalam satu
baris.
Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri
daripada sembilan hingga lima belas suku
kata.
Rima akhir gurindam ini ialah aa.
8. 1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam “Gurindam Tonggak
Dua Belas” termasuklah;
a) kata arkaik (kata klasik) - durja
b) perulangan kata/repetisi - kebijaksanaan (rangkap 4,
baris 2; rangkap 9, baris 1)
2. Antara unsur bunyi yang digunakan dalam “Gurindam Tonggak Dua
Belas” termasuklah;
a) asonansi - perulangan vokal i (Ketinggian peribadi jadi
amalan)
- perulangan vokal u (Usah berduka bermuram
durja)
b) aliterasi - perulangan konsonan n (Bertindak dengan
penuh kebijaksanaan)
- perulangan konsonan k (Baik buruk jadikan
sempadan)
9. Nilai kebijaksanaan – kebijaksanaan
dalam melaksanakan tanggungjawab
Nilai kesederhanaan – kesederhanaan
dalam kehidupan
Nilai kegigihan – gigih dalam
melakukan kerja
Nilai kesabaran – sabar menghadapi
segala cabaran
10. Kita perlu sedar akan kepentingan masa
kerana masa adalah emas.
Setiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan
dengan tekun untuk mencapai kejayaan.
Janganlah kita bersifat boros, bermewah, dan
berbelanja tanpa kawalan hingga
memudaratkan diri.
Kita mestilah bertindak dengan bijak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
Kita mesti melaksanakan sesuatu pekerjaan
dengan ikhlas untuk memperoleh keberkatan.