Novel ini menceritakan tentang perjuangan Hilmi yang berasal dari keluarga miskin untuk menjadi seorang seniman terkenal walaupun dihina oleh keluarga isterinya sendiri dan gagal dalam percintaan dengan Hayati yang terpaksa berkahwin dengan orang lain atas kehendak keluarganya. Novel ini juga mengangkat tema ketabahan menghadapi rintangan hidup, sikap mementingkan pangkat serta keikhlasan memberi pertolongan tanpa menghar
2. Novel Konserto Terakhir memaparkan tema ketabahan
menghadapi cabaran dalam kehidupan hingga dapat
mengecapi kejayaan yang gemilang. Contohnya, Hilmi
yang dihina oleh keluarganya sendiri dan gagal dalam
percintaan telah berusaha untuk mengangkat darjat
dirinya menjadi seniman tanah air yang terkenal.
3. Persoalan tentang sikap mementingkan pangkat dan
kedudukan hingga sanggup menghina orang lain.
Contohnya, Datin Salmah memandang hina kepada orang
kampung yang miskin. Hilmi tidak diterima sebagai anak
saudara suaminya kerana Hilmi adalah orang kampung yang
miskin dan tidak berpelajaran.
Persoalan tentang keikhlasan dalam memberikan
pertolongan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Contohnya, Encik Bakar menerima kehadiran Hilmi di
rumahnya dengan gembira dan penuh kasih sayang. Dia tidak
memandang hina kepada Hilmi walaupun Hilmi miskin dan
bekerja sebagai tukang kebun. Dia tidak terpengaruh dengan
anaknya, Azizah yang memandang rendah kepada Hilmi.
4. Persoalan tentang kesanggupan berkorban demi
kebahagiaan orang lain.
Contohnya, Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi
kebahagiaan ibu bapanya. Hayati mencintai Hilmi tetapi
berkahwin Mohsin. Perkahwinannya dengan Mohsin
adalah atas kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah.
Datuk Johari yakun bahawa masa depan anaknya cerah
apabila berkahwin dengan Mohsin. Mohsin ialah pegawai
bank yang mempunyai masa depan yang cerah. Datin
Salmah yang memandang pada pangkat dan kedudukan
beranggapan bahawa anak saudaranya itu setaraf dengan
kaum keluarganya yang lain.
5. Persoalan tentang sifat bertanggungjawab dalam melakukan
sesuatu pekerjaan.
Contohnya, Hilmi sanggup bekerja keras selama dua bulan
untuk menjayakan Pertunjukan Orkes Perdana kerana tugas itu
telah diamanahkan kepadanya oleh Ketua Pengarah RTM.
Persoalan tentang percintaan tiga segi.
Contohnya, Himi mencintai Hayati. Perasaan cinta itu tumbuh
semasa Hilmi menumpang di rumah Datuk Johari. Hilmi
memandang Mohsin dengan rasa cemburu. Hilmi tidak senang
hati sekiranya tidak dapat mendengar bunyi piona Hayati. Hilmi
masih berhubung dengan Hayati walaupun dia telah berkahwin
dengan Azizah dan Hayati telah berkahwin dengan Mohsin.
6. Persoalan tentang kejayaan dalam bidang seni dicapai
tanpa memerlukan pendidikan yang tinggi.
Contohnya, Encik Bakar tidak mendapat pendidikan tinggi
tetapi dia berjaya mengajar Hilmi hingga Hilmi menjadi
seorang seniman yang terkenal. Encik Bakar ialah
pemimpin quartet yang membuat persembahan di kelab-
kelab malam. Encik Bakar hanyalah seorang drebar tetapi
dapat mencungkil bakat yang ada pada Hilmi.
7. Persoalan tentang keinsafan setelah melaukan sesuatu
kesalahan.
Contohnya, Datuk Johari insaf akan perbuatannya yang
kejam terhadap isteri pertamanya, iaitu meninggalkan
isterinya pada malam pertama. Dia insaf kerana menyeksa
Hilmi dan Abang Karim begitu lama. Datuk Johari
berharap agar dapat berbakti kepada Hilmi selepas Hilmi
sembuh nanti.