SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke
rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu
menerusi telefon amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Namun begitu,
hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal yang demikian, berlaku
pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap bahawa Lim
Menglah yang menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong lemas dalam
sungai.
Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong berpunca daripada Lim
Foong sendiri. Lim Foong cuba melarikan diri daripada orang yang mengejarnya.
Orang itu meminta hutang kalah judi. Sim Pau juga menjelaskan bahawa Lim Foong
sebenarnya berperangai buruk seperti suka berjudi. Bagi Lim Pooi, Lim Foong mati
lemas kerana berusaha untuk menyelamatkan Lim Meng. Lim Pooi juga mengatakan
bahawa Lim Menglah yang menyebabkan kedainya lingkup. Dakwaan Lim Pooi itu
telah disangkal oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi tiada tuah dan mengalami
kerugian adalah disebabkan oleh sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut. Sim
Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas
dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana judi. Penerangan Sim Pau itu
telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesali sikapnya terhadap Lim Meng. Dia
berasa amat bersalah sehingga dia jatuh sakit.
Akhirnya, Lim Meng pulang ke rumah ibu bapanya. Dia berpelukan
dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi
datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah
papanya memanggil namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus memeluk
papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama-
sama membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
Nilai kekeluargaan. Dalam cerpen ini, Lim Pooi amat menyayangi anaknya,
Lim Foong. Apabila anaknya, Lim Meng memberitahunya akan sikap buruk
Lim Foong yang kaki judi dan suka mencuri, Lim Pooi tidak mempercayainya.
Sebaliknya, Lim Pooi memarahi,merotan dan membenci Lim Meng. Lim Pooi
menganggap bahawa Lim Menglah yang menyebabkan perniagaanya rugi,
wangnya dicuri, kedainya terbakar dan mengakibatkan Lim Foong meninggal
dunia. Isteri Lim Pooi, Sim Pau yang amat merindui Lim Meng setelah Lim
Meng keluar dari rumah telah memberanikan diri menentang keegoan Lim
Pooi. Sim Pau menceritakan sikap sebenar Lim Foong dan punca perniagaan
Lim Pooi rugi. Lim Pooi mulai sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng.
Akhirnya, Lim Meng pulang dan suasana keluarga itu kembali bahagia.
a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu.
b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.
c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah.
d) Keinsafan seorang bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya yang
tidak bersalah.
e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.
f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota keluarga
berkumpul.
LIM POOI:
a) Bapa kepada dua orang anak.
b) Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut.
c) Amat menyayangi anaknya, Lim Foong berbanding dengan Lim Meng.
d) Bersikap terburu-buru.
e) Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti orang gila.
f) Seorang yang ego.
g) Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf kepada Lim
Meng.
SIM PAU:
a) Isteri kepada Lim Pooi.
b) Saksama dalam menyayangi dua anaknya.
c) Seorang yang lemah lembut.
d) Seorang yang garang dan berani menentang suaminya, Lim Pooi.
e) Amat merindui anaknya yang dihalau dari rumah oleh suaminya.
LIM MENG:
a) Anak perempuan yang baik.
b) Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong yang lemas.
c) Bersikap pemaaf.
d) Lim Meng amat merindui ibunya, Sim Pau dan papanya, Lim Pooi.
LIM FOONG:
a) Mencuri duit perniagaan papanya.
b) Seorang kaki judi.
c) Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam sungai.
BINAAN PLOT:
a) Permulaan-Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim Meng akan pulang pada Tahun
Baharu Cina. Sim Pau berasa amat gembira kerana kerinduannya mula terungkai.
b) Perkembangan-Lim Pooi memberitahu isterinya bahawa dia tidak membenarkan
Lim Meng pulang. Kebenciannya terhadap Lim Meng terlalu mendalam. Sejak
Lim Meng lahir, perniagaanya rugi, berlaku kecurian dan kedainya terbakar. Bagi
Lim Pooi, Lim Menglah yang menyebabkan Lim Foong meninggal dunia.
c) Konflik-Sim Pau yang bersikap lemah lembut terhadap suaminya terpaksa
berkeras dan menentang Lim Pooi. Sim Pau menjelaskan sifat sebenar anaknya ,
Lim Foong serta punca perniagaan Lim Pooi rugi dan kedainya terbakar.
d) Klimaks-Lim Pooi terdiam sebaik sahaja mendengar segala penjelasan daripada
Sim Pau. Akhirnya, dia sedar akan kesilapannya. Dia menanti kepulanagan Lim
Meng dan berusaha mencari Lim Meng. Semasa menunggu Lim Meng itu, Lim
Pooi jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa hanya Lim Meng yang boleh
mengubatinya.
e) Peleraian- Lim Meng pulang ke rumah ibu bapanya. Dia berpelukan dengan
ibunya, Sim Pau. Lim Pooi berdiri di belakang Lim Meng. Lim Meng ingin pergi
tetapi papanya telah memanggil Lim Meng dan memohon kemaafan. Lim Meng
meluru ke arah papanya dan berpelukan. Sim Pau dan Lim Meng akan memasak kuih
bulan bersama-sama, sementara Lim Pooi ke bandar untuk mencari limau bagi
menyambut Tahun Baharu Cina.
a) Dialog. Contohnya,
• “Aku tak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras
membantah.
• “Kalau dia ada sekarang ini tentu dah besar. Boleh tolong aku jaga kedai.”
• “Lim Meng.”
“Mama.” Mereka berpelukan.
b) Pemerian. Contohnya,
• Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim
Pooi.
• Lim Pooi bertambah-tambah terkejutnya. Dia tidak menyangka suara merdu Sim
Pau boleh bertukar segarang itu. Bingkai gambar yang ada dalam tangannya jatuh
ke lantai.
• Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal
kausorokkan barang-barang itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu
masa pula, kaukeluarkan dan menjualnya dengan harga yang tinggi.
Latar Tempat
a) Di sungai, iaitu tempat Lim Foong terjun daripada orang yang mengejarnya lalu
lemas.
b) Di jendela nako, iaitu tempat Lim Pooi memandang keluar sewaktu bertengkar
dengan isterinya, Sim Pau.
c) Di stor, iaitu tempat Lim Pooi menyorokkan barang-barang dan dijual semula
dengan harga yang mahal.
d) Di dapur, iaitu tempat Sim Pau menyiapkan sup.
e) Di bahagian hadapan rumah, iaitu tempat yang dituju oleh Sim Pau untuk melihat
orang yang datang.
Latar Masa
a) Waku petang, iaitu waktu Lim Meng pulang dari sekolah dan dia telah terjumpa
Lim Foong lemas.
b) Ambang Tahun Baharu Cina, iaitu Lim Meng pulang setelah sekian lama
meninggalkan rumahnya.
Latar Masyarakat
a) Masyarakat yang mempunyai keegoan yang tinggi. Contohnya, Lim Pooi bersikap
ego sehingga tidak dapat melihat kesalahan Lim Foong.
b) Masyarakat yang berani. Contohnya, Sim Pau berani menetang suaminya yang
garang semata-mata mahu membela anaknya, Lim Meng.
c) Masyarakat peniaga. Contohnya, Lim Pooi membuka kedai runcit untuk menyara
keluarganya.
d) Masyarakat yang berperangai buruk. Contohnya, Lim Foong suka berjudi dan
mencuri.
e) Masyarakat yang bersikap pemaaf. Contohnya, Lim Meng memaafkan papanya
yang selama ini membencinya akibat salah anggap.
f) Masyarakat majmuk. Contohnya, Sudin berbangsa Melayu dan Lim Meng
berbangsa cina.
Diiksi
a) Bahasa Jawa. Contohnya, Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-
katanya itu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan.
b) Bahasa Cina. Contohnya, Tak ada onglah.
Hiperbola
Contohnya,
• Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai
setelah menjawab panggilan telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
• Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.
• Air matanya mula membanjiri pipinya.
Metafora
Contohnya,
• Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
• Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-
bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau.
Monolog
Contohnya,
• Tak mungkin Lim Foong berjudi. Tak mugkin. Batinnya menjerit.
Peribahasa
Contohnya,
• Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
• Lim Pooi memang berhati kering.
• Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tetapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasaan.
• Egonya membabi buta hinggakan Lim Meng terpaksa keluar dari rumah itu.
• Dia telah banyak memberi muka kepada Lim Meng.
• Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup.
• “Betul, Lim Meng. Maafkan papa kamu.” Sim Pau cuba masuk campur.
Personifikasi
Contohnya,
• Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang
bercakap dengannya.
• Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada sebu menyerbu hatinya.
Simile
Contohnya,
• Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau.
• Kaurotan budak itu bagai nak gila.
Sinkope
Contohnya,
• Aku tak nak Lim Meng jadi mangsa seterusnya.
• Aku dah tak sanggup lagi kehilangan anak.
a) Keberanian. Contohnya, Sim Pau berani menerangkan peristiwa yang sebenar
berkaitan dengan sikap Lim Foong.
b) Keinsafan. Contohnya, Lim Pooi insaf akan kesilapannya membuang Lim Meng
daripada keluarganya.
c) Kasih sayang. Contohnya, Sim Pau begitu sayang akan anaknya, Lim Meng
sehingga dia sanggup menentang suaminya, Lim Pooi.
d) Kemaafan. Contohnya, Lim Meng telah memaafkan bapanya yang telah bertahun-
tahun memarahinya walaupun dirinya tidak bersalah.
e) Kejujuran. Contohnya, Sim Pau jujur memberitahu suaminya tentang diri Lim
Foong yang berkelakuan buruk walaupun suaminya amat menyayangi anaknya itu.
a) Kita harus berani menentang kesalahan supaya dapat bersikap adil dan saksama.
b) Kita harus menyesali kesalahan yang kita lakukan agar kita tidak terus berbuat
salah.
c) Kita hendaklah berkasih sayang supaya kehidupan ini harmoni.
d) Kita perlu memiliki sikap bermaaf-maafan supaya wujud masyarakat penyayang.
e) Kita mesti berkata dengan jujur supaya kebenaran dapat ditegakkan dalam
kehidupan.
f) Kita tidak sepatutnya bersikap ego supaya kita tidak melakukan tindakan yang
melampau dan tidak rasional.
Keistimewaan:
Menceritakan tentang kisah bapa yang pilih kasih dengan anaknya pada
masa kini dan mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil.
Kekurangan:
Tidak menceritakan dengan jelas kemana Lim Meng pergi selepas dihalau
oleh bapanya.
Cadangan Penambahbaikan:
Menambah sedikit informasi tentang Lim Meng dan juga Lim Foong supaya
pembaca dapat mengetahui lebih lagi.

More Related Content

What's hot

Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKSINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKalifazizan2
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifTuty Erahayu
 
Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejirananSuzaki Nor
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifshirleyku
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)Sardi Ahmad
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015thuvas27
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasAzran1973
 

What's hot (20)

Kamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan BahasaKamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan Bahasa
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKSINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat Aktif dan Ayat PasifAyat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
 
Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejiranan
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
KERTAS SOALAN BM F2
KERTAS SOALAN BM F2 KERTAS SOALAN BM F2
KERTAS SOALAN BM F2
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
 
Kata perintah
Kata perintahKata perintah
Kata perintah
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
Kata arah
Kata arahKata arah
Kata arah
 
Latihan kata majmuk
Latihan  kata majmukLatihan  kata majmuk
Latihan kata majmuk
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khas
 

Recently uploaded

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 

Recently uploaded (20)

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 

Keluarga Bersatu

  • 1.
  • 2. Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu menerusi telefon amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Namun begitu, hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal yang demikian, berlaku pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap bahawa Lim Menglah yang menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong lemas dalam sungai. Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong berpunca daripada Lim Foong sendiri. Lim Foong cuba melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah judi. Sim Pau juga menjelaskan bahawa Lim Foong sebenarnya berperangai buruk seperti suka berjudi. Bagi Lim Pooi, Lim Foong mati lemas kerana berusaha untuk menyelamatkan Lim Meng. Lim Pooi juga mengatakan bahawa Lim Menglah yang menyebabkan kedainya lingkup. Dakwaan Lim Pooi itu telah disangkal oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi tiada tuah dan mengalami kerugian adalah disebabkan oleh sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut. Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana judi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesali sikapnya terhadap Lim Meng. Dia berasa amat bersalah sehingga dia jatuh sakit.
  • 3. Akhirnya, Lim Meng pulang ke rumah ibu bapanya. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah papanya memanggil namanya dan meminta maaf, Lim Meng terus memeluk papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama- sama membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
  • 4. Nilai kekeluargaan. Dalam cerpen ini, Lim Pooi amat menyayangi anaknya, Lim Foong. Apabila anaknya, Lim Meng memberitahunya akan sikap buruk Lim Foong yang kaki judi dan suka mencuri, Lim Pooi tidak mempercayainya. Sebaliknya, Lim Pooi memarahi,merotan dan membenci Lim Meng. Lim Pooi menganggap bahawa Lim Menglah yang menyebabkan perniagaanya rugi, wangnya dicuri, kedainya terbakar dan mengakibatkan Lim Foong meninggal dunia. Isteri Lim Pooi, Sim Pau yang amat merindui Lim Meng setelah Lim Meng keluar dari rumah telah memberanikan diri menentang keegoan Lim Pooi. Sim Pau menceritakan sikap sebenar Lim Foong dan punca perniagaan Lim Pooi rugi. Lim Pooi mulai sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng. Akhirnya, Lim Meng pulang dan suasana keluarga itu kembali bahagia.
  • 5. a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu. b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah. c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah. d) Keinsafan seorang bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya yang tidak bersalah. e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah. f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota keluarga berkumpul.
  • 6. LIM POOI: a) Bapa kepada dua orang anak. b) Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut. c) Amat menyayangi anaknya, Lim Foong berbanding dengan Lim Meng. d) Bersikap terburu-buru. e) Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti orang gila. f) Seorang yang ego. g) Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf kepada Lim Meng. SIM PAU: a) Isteri kepada Lim Pooi. b) Saksama dalam menyayangi dua anaknya. c) Seorang yang lemah lembut. d) Seorang yang garang dan berani menentang suaminya, Lim Pooi. e) Amat merindui anaknya yang dihalau dari rumah oleh suaminya.
  • 7. LIM MENG: a) Anak perempuan yang baik. b) Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong yang lemas. c) Bersikap pemaaf. d) Lim Meng amat merindui ibunya, Sim Pau dan papanya, Lim Pooi. LIM FOONG: a) Mencuri duit perniagaan papanya. b) Seorang kaki judi. c) Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam sungai.
  • 8. BINAAN PLOT: a) Permulaan-Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim Meng akan pulang pada Tahun Baharu Cina. Sim Pau berasa amat gembira kerana kerinduannya mula terungkai. b) Perkembangan-Lim Pooi memberitahu isterinya bahawa dia tidak membenarkan Lim Meng pulang. Kebenciannya terhadap Lim Meng terlalu mendalam. Sejak Lim Meng lahir, perniagaanya rugi, berlaku kecurian dan kedainya terbakar. Bagi Lim Pooi, Lim Menglah yang menyebabkan Lim Foong meninggal dunia. c) Konflik-Sim Pau yang bersikap lemah lembut terhadap suaminya terpaksa berkeras dan menentang Lim Pooi. Sim Pau menjelaskan sifat sebenar anaknya , Lim Foong serta punca perniagaan Lim Pooi rugi dan kedainya terbakar. d) Klimaks-Lim Pooi terdiam sebaik sahaja mendengar segala penjelasan daripada Sim Pau. Akhirnya, dia sedar akan kesilapannya. Dia menanti kepulanagan Lim Meng dan berusaha mencari Lim Meng. Semasa menunggu Lim Meng itu, Lim Pooi jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa hanya Lim Meng yang boleh mengubatinya.
  • 9. e) Peleraian- Lim Meng pulang ke rumah ibu bapanya. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Lim Pooi berdiri di belakang Lim Meng. Lim Meng ingin pergi tetapi papanya telah memanggil Lim Meng dan memohon kemaafan. Lim Meng meluru ke arah papanya dan berpelukan. Sim Pau dan Lim Meng akan memasak kuih bulan bersama-sama, sementara Lim Pooi ke bandar untuk mencari limau bagi menyambut Tahun Baharu Cina.
  • 10. a) Dialog. Contohnya, • “Aku tak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras membantah. • “Kalau dia ada sekarang ini tentu dah besar. Boleh tolong aku jaga kedai.” • “Lim Meng.” “Mama.” Mereka berpelukan. b) Pemerian. Contohnya, • Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi. • Lim Pooi bertambah-tambah terkejutnya. Dia tidak menyangka suara merdu Sim Pau boleh bertukar segarang itu. Bingkai gambar yang ada dalam tangannya jatuh ke lantai. • Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kausorokkan barang-barang itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kaukeluarkan dan menjualnya dengan harga yang tinggi.
  • 11. Latar Tempat a) Di sungai, iaitu tempat Lim Foong terjun daripada orang yang mengejarnya lalu lemas. b) Di jendela nako, iaitu tempat Lim Pooi memandang keluar sewaktu bertengkar dengan isterinya, Sim Pau. c) Di stor, iaitu tempat Lim Pooi menyorokkan barang-barang dan dijual semula dengan harga yang mahal. d) Di dapur, iaitu tempat Sim Pau menyiapkan sup. e) Di bahagian hadapan rumah, iaitu tempat yang dituju oleh Sim Pau untuk melihat orang yang datang. Latar Masa a) Waku petang, iaitu waktu Lim Meng pulang dari sekolah dan dia telah terjumpa Lim Foong lemas. b) Ambang Tahun Baharu Cina, iaitu Lim Meng pulang setelah sekian lama meninggalkan rumahnya.
  • 12. Latar Masyarakat a) Masyarakat yang mempunyai keegoan yang tinggi. Contohnya, Lim Pooi bersikap ego sehingga tidak dapat melihat kesalahan Lim Foong. b) Masyarakat yang berani. Contohnya, Sim Pau berani menetang suaminya yang garang semata-mata mahu membela anaknya, Lim Meng. c) Masyarakat peniaga. Contohnya, Lim Pooi membuka kedai runcit untuk menyara keluarganya. d) Masyarakat yang berperangai buruk. Contohnya, Lim Foong suka berjudi dan mencuri. e) Masyarakat yang bersikap pemaaf. Contohnya, Lim Meng memaafkan papanya yang selama ini membencinya akibat salah anggap. f) Masyarakat majmuk. Contohnya, Sudin berbangsa Melayu dan Lim Meng berbangsa cina.
  • 13. Diiksi a) Bahasa Jawa. Contohnya, Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata- katanya itu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan. b) Bahasa Cina. Contohnya, Tak ada onglah. Hiperbola Contohnya, • Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab panggilan telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya. • Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah. • Air matanya mula membanjiri pipinya.
  • 14. Metafora Contohnya, • Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. • Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga- bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. Monolog Contohnya, • Tak mungkin Lim Foong berjudi. Tak mugkin. Batinnya menjerit. Peribahasa Contohnya, • Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah. • Lim Pooi memang berhati kering. • Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tetapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasaan. • Egonya membabi buta hinggakan Lim Meng terpaksa keluar dari rumah itu. • Dia telah banyak memberi muka kepada Lim Meng.
  • 15. • Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup. • “Betul, Lim Meng. Maafkan papa kamu.” Sim Pau cuba masuk campur. Personifikasi Contohnya, • Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya. • Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada sebu menyerbu hatinya. Simile Contohnya, • Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. • Kaurotan budak itu bagai nak gila. Sinkope Contohnya, • Aku tak nak Lim Meng jadi mangsa seterusnya. • Aku dah tak sanggup lagi kehilangan anak.
  • 16. a) Keberanian. Contohnya, Sim Pau berani menerangkan peristiwa yang sebenar berkaitan dengan sikap Lim Foong. b) Keinsafan. Contohnya, Lim Pooi insaf akan kesilapannya membuang Lim Meng daripada keluarganya. c) Kasih sayang. Contohnya, Sim Pau begitu sayang akan anaknya, Lim Meng sehingga dia sanggup menentang suaminya, Lim Pooi. d) Kemaafan. Contohnya, Lim Meng telah memaafkan bapanya yang telah bertahun- tahun memarahinya walaupun dirinya tidak bersalah. e) Kejujuran. Contohnya, Sim Pau jujur memberitahu suaminya tentang diri Lim Foong yang berkelakuan buruk walaupun suaminya amat menyayangi anaknya itu.
  • 17. a) Kita harus berani menentang kesalahan supaya dapat bersikap adil dan saksama. b) Kita harus menyesali kesalahan yang kita lakukan agar kita tidak terus berbuat salah. c) Kita hendaklah berkasih sayang supaya kehidupan ini harmoni. d) Kita perlu memiliki sikap bermaaf-maafan supaya wujud masyarakat penyayang. e) Kita mesti berkata dengan jujur supaya kebenaran dapat ditegakkan dalam kehidupan. f) Kita tidak sepatutnya bersikap ego supaya kita tidak melakukan tindakan yang melampau dan tidak rasional.
  • 18. Keistimewaan: Menceritakan tentang kisah bapa yang pilih kasih dengan anaknya pada masa kini dan mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil. Kekurangan: Tidak menceritakan dengan jelas kemana Lim Meng pergi selepas dihalau oleh bapanya. Cadangan Penambahbaikan: Menambah sedikit informasi tentang Lim Meng dan juga Lim Foong supaya pembaca dapat mengetahui lebih lagi.