SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
3
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA
SEMESTER PERTAMA 2018/2019 (A181)
KELAS F
TAJUK KERTAS KERJA:
KAJIAN TENTANG PENCAPAIAN AKADEMIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
(SPM) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KAYU HITAM DARI
TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2016.
PENSYARAH : DR. MOHAN A/L RATHAKRISHNAN
DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 15
NO. MATRIK NAMA AHLI
1 261964 CHEAH WEE SIANG
2 261836 MARINA
3 261043 MOHAMAD FAIZ BIN FADZLI
4 264610 NUR AIN ADILA BINTI JAMALUDEN
5 263334 IFFAH SYAKIRAH BINTI MOHAMED ABDAN
6 261332 NUR SYAMIMI BINTI NAZERI
7 251088 VISHAKINI A/P MANOGARAN
8 261868 HU SHU GEE
4
ISI KANDUNGAN
NO. KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Latar Belakang Kajian
2.0 Lokasi Kajian
3.0 Penyataan Masalah
4.0 Objektif Kajian
5.0 Persoalan Kajian
6.0 Sorotan Kajian
7.0 Penglibatan Ahli
8.0 Kaedah Kajian
9.0 Dapatan Hasil Kajian
10.0 Kekangan yang Dihadapi
11.0 Penyediaan Poster
12.0 Rumusan
13.0 Rujukan
14.0 Lampiran
5
1.0 Latar Belakang Kajian
Menurut Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua (2012), pendidikan merupakan asas
penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa . Melalui pendidikan , sesuatu bahasa
dapat dipertahankan dan bahasa juga menggambarkan jiwa sesebuah bangsa . Usaha
kerajaan untuk membentuk satu identiti kebangsaan menerusi sistem pendidikan
kebangsaan adalah mewujudkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Semua pelajar
Melayu ,Cina ,dan India perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
mensosialisasikan mereka semula mengikut kumpulan yang sama. Selain itu , melalui
SPM ,lebih banyak golongan intelektual dapat dilahirkan dan ini dapat memajukan negara
pada masa depan .
Dalam kajian tersebut ,pengkaji telah memilih SMK Bukit Kayu Hitam sebagai
lokasi kajian untuk mengkaji pencapaian akademik SPM .SMK Bukit Kayu Hitam
merupakan satu sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kawasan Perindustrian
Bukit Kayu Hitam, 06050, Bukit Kayu Hitam. Sistem pendidikan yang sempurna telah
melahirkan banyak pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam
pelajarannya .
Melalui kajian ini , pengkaji bukan sahaja dapat mengkaji cara pihak sekolah bagi
SMK Bukit Kayu Hitam untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar ,malah juga
dapat mengenalpasti ciri-ciri yang perlu didapati untuk mendapat pencapaian akademik
yang cemerlang . Selain itu ,beberapa cadangan yang efektif juga dapat diberikan supaya
melahirkan lebih banyak golongan intelektual .Jadi ,hasil kajian adalah selaras dengan tajuk
pengkaji ,iaitu kajian tentang pencapaian akademik SPM bagi SMK Bukit Kayu Hitam dari
tahun 2012 hingga tahun 2016 .
6
2.0 Lokasi Kajian
SMK BUKIT KAYU HITAM
Lokasi kajian bertempat di SMK Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Bukit
Kayu Hitam, 06050, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Lokasi kajian ini terletak berdekatan dengan
zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan kawasan perindustrian Bukit Kayu
Hitam. Banyak kilang didirikan berdekatan dengan kawasan kajian di sini. Selain itu
terdapat juga beberapa buah rumah penginapan yang berdekatan dengan lokasi kajian.
Sekolah ini antara senarai sekolah menengah di Pegawai Pendidikan Daerah Kubang
Pasu. Ia terletak kira-kira 19.7 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai
ke sana dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah jika melalui Route 276 dan Lebuh
Raya Utara-Selatan/Route 1/AH2/EI. Manakala jika melalui Route 277 ia mengambil masa
23 minit dan jarak yang diambil dari Universiti Utara Malaysia ialah 19.1 km. Kebiasaannya
pengguna jalan raya akan melalui Route 276 dan Lebuh Raya Utara-Selatan/Route
1/AH2/EI kerana laluan tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk ke destinasi kajian.
7
( Peta 1 : Perjalanan dari UUM, Sintok ke SMK Bandar Bukit Kayu Hitam)
( Peta 2 : Kawasan Kajian)
( Gambar 1: SMK Bandar Bukit Kayu Hitam)
8
3.0 Penyataan Masalah
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) di SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga 2016. Terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Antara faktor-faktornya ialah, personaliti,
gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan tempat tinggal pelajar. Selain itu,
kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh Sekolah
Menengah Bandar Kayu Hitam untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dari tahun
2012 hingga 2016.
9
4.0 Objektif Kajian
a) Mengkaji pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK
Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga tahun 2016 .
b) Mengenalpasti usaha-usaha yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian
akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK Bukit Kayu Hitam dari
tahun 2012 hingga tahun 2016 .
10
5.0 Persoalan Kajian
Di dalam kajian yang akan dijalankan, penyelidik akan cuba mencari jawapan yang
sering di persoalkan tentang pencapaian yang dinyatakan pada objektif kajian. Faktor-faktor
yang akan diselidiki adalah meliputi pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
di SMK Bukit Kayu Hitam dalam tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2012 sehingga tahun
2016. Selain itu, pengkaji juga akan mengenalpasti usaha-usaha yang telah diambil oleh
SMK Bukit Kayu Hitam untuk penambahbaikan pencapaian akademik pelajar pada tahun
2012 hingga tahun 2016.
11
6.0 Sorotan Kajian
Dr Mohamad Johdi Salleh, International Islamic University Malaysia, (2012) dalam
kajiannya, Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah
Rendah di Sabah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik
dan masalah yang dihadapi untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam kalangan
pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2012.
Kajian ini dilakukan di SMK Lohan Ranau Sabah (SMKL) dan SMK Tun Fuad Tamparuli
Sabah (SMKTF). Sampel kajian ini melibatkan 200 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK
Lohan Ranau Sabah (SMKL) dan SMK Tun Fuad Tamparuli Sabah (SMKTF) sebagai
responden. Kajian ini menggunakan soal selidik mengikut skala likert 5 point. Penyelidik
telah menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Satu soal selidik yang
mengandungi dua bahagian soalan telah diedarkan kepada responden secara rawak.
Manakala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan “Statistical Packages for
Social Sciences” (SPSS) versi 17.0. Hasil dari data yang diperoleh, diterangkan dalam
bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kendiri,
guru, ibubapa, dan rakan banyak mempengaruhi strategi dan gaya pembelajaran pelajar yang
mendorong kepada pencapaian PMR. Berdasarkan kepada dapatan kajian mengenai
domain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, dapat dirumuskan bahawa
walaupun peratusan memilih guru sebagai agen yang membawa kepada kecemerlangan
akademik pelajar dalam peperiksaan PMR akan tetapi domain yang lain juga ada kaitan
dengan pencapaian akademik pelajar.
Namun, kajian yang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih
mendalam. Oleh hal yang demikian, kajian kami akan melihat dari aspek pencapaian
akademik SPM dari tahun 2012 hingga 2016 untuk melihat perkembangan prestasi para
pelajar. Kajian ini bakal dijalankan di SMK Bukit Kayu Hitam. Sampel kajian kali ini akan
12
melibatkan pengurusan sekolah, para guru dan juga para pelajar. Untuk menjayakan kajian
kali ini, kami akan gunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat seperti temu
bual, borang soal selidik dan temu ramah. Kami menjangkakan hasil dari kajian kami ini
akan memperoleh hasil yang positif sejajar dengan objektif kajian kami.
13
7.0 Penglibatan Ahli
a) Menjalankan perbincangan dalam kumpulan untuk memilih tema bagi kajian.
b) Berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan maklumat tentang tema yang
dipilih supaya dapat membantu untuk memilh tajuk yang sesuai bagi kajian.
c) Membuat perbincangan dalam kumpulan bagi memilih tajuk yang sesuai untuk
menjalankan kajian.
d) Mendapatkan kelulusan tajuk dari pensyarah.
e) Menyediakan senarai nama berserta gambar dan maklumat kesemua ahli kumpulan
seperti yang diarahkan oleh pensyarah.
f) Menjalankan perbincangan untuk menentukan tempat untuk menjalankan kajian.
g) Berbincang bersama ahli kumpulan tentang kaedah menjalankan kajian ini.
Hasil Kerja Nama Ahli Terlibat
Latar Belakang Kajian
Cheah Wee Siang
Tempat Kajian
Nur Ain Adila Binti Jamaluden
14
Iffah Syakirah Binti Mohamed
Abdan
Penyataan Masalah
Marina
Persoalan Kajian
Marina
Sorotan Kajian
Mohamad Faiz Bin Fadzli
Penglibatan Ahli
15
Vishakini A/P Manogaran
Nur Syamimi Binti Nazeri
Kaedah Kajian
Cheah Wee Siang
Hu Shu Gee
Dapatan Hasil Kajian
Cheah Wee Siang
16
Kekangan Yang Dihadapi
Vishakini A/P Manogaran
Marina
Penyediaan Poster
Hu Shu Gee
Iffah Syakirah Binti Mohamed
Abdan
Rumusan
Mohamad Faiz Bin Fadzli
17
Rujukan
Nur Syamimi Binti Nazeri
Lampiran
Nur Ain Adila Binti Jamaluden
18
8.0 Kaedah Kajian
Bagi mengumpulkan data dan mendapat maklumat yang tepat, beberapa kaedah kajian telah
digunakan.
8.1 Data Primer
a) Merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli atau pihak
pertama
b) Secara khusus dikumpulkan oleh peneliti untuk menjawab pertanyaan riset atau
penelitian
8.1.1 Soal Selidik
Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Untuk
menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30
orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di SMK Bukit Kayu Hitam.
Dalam borang soal selidik tersebut, skala permarkahan likert lima mata telah
digunakan iaitu: 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=kurang setuju, 4=setuju,
dan 5=sangat setuju. Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
berbentuk soal selidik tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan
menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat
dipersembahkan dalam bentuk graf supaya lebih jelas dan mudah difahami.
8.1.2 Temu duga
Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu bual
bersemuka, temu bual tidak bersemuka, dan temu bual bantuan komputer.
Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan
19
usaha-usaha pengetua dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian akademik
dari tahun 2012 hingga tahun 2016. Kaedah temu bual telah dijalankan pada 23
Oktober 2018 dan tempoh temu bual tersebut akan memakan sekurang-kurang 5
hingga 10 minit seorang. Sebanyak 20 soalan telah dikemukakan.
8.2 Data Sekunder
a) Merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui
media perantara .
8.2.1 Rujukan Perpustakaan
Pengkaji telah bersama ahli-ahli kumpulannya pergi ke Perpustakaan Sultanah
Bahiyah, Universiti Utara Malaysia untuk mencari bahan-bahan rujukan supaya
kajian ini dapat dijalankan secara lancar.
8.2.2 Artikel
Pengkaji telah mencari artikel yang berkaitan dengan SMK Bukit Kayu Hitam
supaya dapat menyempurnakan kajian tersebut.
8.2.3 Journal
Pengkaji telah mencari journal-journal yang sesuai untuk menyiapkan kajian ini
dengan sempurna.
8.2.4 Laman Web Sesawang
20
Pengkaji telah mencari maklumat-maklumat dan data-data yang berkaitan dengan
tempat kajian tersebut untuk menyempurnakan kajian ini.
21
9.0 Dapatan Hasil Kajian
A . Mengkaji pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar
SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga tahun 2016 .
Pengkaji telah mengunjungi ke SMK Bukit Kayu Hitam pada 23 Oktober
2018 untuk menjumpa Penolong Ketua SMK Bukit Kayu Hitam ,Tuan Syeidi Bin
Mohd Akhir untuk membuat temu duga dengan beliau . Beliau telah menerangkan
pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 2012 hingga tahun
2016 .Beliau juga menkongsikan pendapatnya atas faktor kenaikan dan penurunan
pencapaian akademik SPM .Beliau telah meluangkan masa sebanyak 30 minit untuk
menjawab soalan kita .Selain itu ,pengkaji telah bersama ahli kumpulannya bertemu
duga dengan guru-guru untuk mengetahui pendapat mereka tentang pencapaian
akademik SPM di SMK Bukit Kayu Hitam .Selain itu ,pengkaji juga mendapat data
peratusan kelulusan SPM dari tahun 2012 hingga tahun 2016 dari Penolong Ketua
untuk menyempurnakan kajian ini .Data yang diperolehi akan dipersembahkan
dalam bentuk graf supaya lebih mudah dijelaskan dan difahami .
B. Mengenalpasti usaha-usaha yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian
akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK Bukit Kayu Hitam
dari tahun 2012 hingga tahun 2016 .
Pengkaji juga mengetahui usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan
pencapaian akademik SPM melalui sesi temu duga dengan Penolong Ketua ,guru-
guru dan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Mereka telah memberi banyak
pendapat dan cadangan untuk meningkatkan kualiti pelajar melalui cara yang efektif
dan maklumat ini amat penting untuk menyiapkan kajian ini .
22
10.0 Kekangan yang Dihadapi
a) Menghadapi cabaran dalam memilih lokasi kajian yang sesuai dengan tema system
pendidikan iaitu sekolah.
b) Menghadapi cabaran dalam menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
menjalankan kajian dan temubual dengan pihak sekolah.
c) Menghadapi kekangan masa untuk berkumpul dengan kesemua ahli kumpulan untuk
mengadakan perbincangan.
d) Mempunyai pendapat yang berbeza semasa perbincangan .
e) Memerlukan proses yang panjang untuk mendapat kebenaran untuk melakukan
kajian di lokasi kajian yang dipilih .
f) Memilih bentuk graf yang sesuai dan huraian yang betul serta rujukan yang sesuai
untuk menyokong penyataan .
g) Memerlukan kreativiti yang lebih tinggi dalam proses penyiapan kajian .
23
11.0 Penyediaan Poster
24
12.0 Rumusan
Kajian yang akan kami lakukan ini akan memberikan kami pengalaman baru,
bermakna dan menarik. Hal ini kerana secara umumnya, ini merupakan pengalaman pertama
kami melakukan kajian di luar dan berinteraksi bersama masyarakat khususya warga SMK
Bukit Kayu Hitam, Kedah. Tugasan ini akan memberikan pengalaman kepada kami untuk
mendapatkan maklumat melalui temuduga, borang soal seidik dan temubual. Melalui kajian
ini, kami menjangkakan kepentingan perancangan aktiviti untuk meningkatkan pencapaian
akademik khususnya dalam SPM di SMK Bukit Kayu Hitam.
Melalui pemerhatian kami dalam sorotan kajian, iaitu mengenai kajian yang lepas,
kami perlu mendapatkan maklumat secukupnya agar laporan yang bakal kami
sediakan,lengkap dengan maklumat yang penting. Secara keseluruhanya, kajian kerja kursus
ini melatih kami untuk membuat persiapan awal, bekerjasama dalam menyiapkan tugasan
dan menepati masa yang telah ditetapkan. Kami juga berharap, apa yang telah kami
rancangkan dapat berjalan dengan lancar dan kami dapat siapkan dalam masa yang telah
kami tetapkan. Kami juga berharap agar maklumat yang kami perlukan untuk kajian kami,
dapat kami perolehi ketika membuat kajian lapangan di SMK Bukit Kayu Hitam yang kami
rancang pada 23 Oktober 2018.
25
13.0 Rujukan
Shamsul Amri Baharuddin (2012) “Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua “, ,hlm ,193
Dr Mohamad Johdi Salleh, (2012), Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Dalam Penilaian Menengah Rendah , , International Islamic University Malaysia .
26
14.0 Lampiran
Soalan-soalan Pengetua
1) Apakah usaha sekolah anda untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
kepada pelajar bagi menempuh peperiksaan SPM?
2) Apakah yang perlu diperbaiki oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian SPM mereka?
3) Apakah usaha yang perlu dikekalkan oleh sekolah anda dalam meningkatkan pencapaian
SPM pelajar dari tahun ke tahun?
4) Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan
pencapaian akademik SPM di sekolah?
5) Adakah pencapaian akademik SPM dalam kalangan pelajar semakin meningkat
kebelakangan ini?
6) Adakah/Bagaimanakah sistem pendidikan di Malaysia membantu pelajar anda mencapai
prestasi akademik SPM yang baik?
7) Pada pendapat anda, apakah cadangan anda untuk memperbaiki sistem pendidikan di
Malaysia bagi meningkatkan taraf pencapaian akademik SPM pelajar?
8)Adakah pihak sekolah menggunakan cara yang inovatif dalam proses pengajaran ?
SOALAN KEPADA GURU
27
1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik pelajar ?
2. Apakah faktor-faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar ?
3. Apakah hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar ?
4. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan guru untuk
meningkatkan pencapaian akademik pelajar?
5. Apakah amalan yang diterapkan oleh guru kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang
cemerlang?
6. Adakah penggunaan peta konsep dapat meningkatkan daya ingatan serta
meningkatan pencapaian pelajar?
7. Adakah faktor keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ?
8. Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam akademik?
9. Apakah faktor kaedah belajar mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam akademik?
10. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina mengikut pencapaian akademik pelajar?
11. Adakah penyertaan program motivasi dan aktiviti pelajar mempunyai hubungan
terhadap pencapaian akademik pelajar?
12. Adakah terdapat perbezaan di antara pekerjaan ibubapa terhadap pencapaian
akademik pelajar?
13. Adakah terdapat hubungan diantara faktor keluarga, rakan sebaya dan kaedah belajar
dengan pencapaian akademik?
28
Bahagian A : Maklumat Demografi
( Untuk diisi oleh pelajar )
Nama : ________________________________________________________
Tingkatan : ________________________________________________________
Kelas : ________________________________________________________
( Sila tanda √ dalam kotak yang disediakan berkaitan diri anda )
Jantina : Lelaki Perempuan
Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain
Aliran : Sains Tulen Sastera
Jumlah Subjek yang Diambil : _________________
KAJIAN MENGENAI PENCAPAIAN SPM DARI TAHUN 2012
HINGGA 2016 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR BUKIT KAYU HITAM, KAWASAN PERINDUSTRIAN
BUKIT KAYU HITAM, 06050 BUKIT KAYU HITAM, KEDAH.
29
Bahagian B : Mengkaji pencapaian akademik SPM dari tahun 2011 hingga 2015
( Arahan : Sila jawab soalan di bawah berdasarkan skala yang sesuai )
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5
Bil Soalan 1 2 3 4 5
1 Saya berusaha bertanya guru di dalam kelas kerana
ingin memperoleh kefahaman sepenuhnya.
2 Saya akan membuat latihan tambahan kerana saya boleh
memperoleh maklumat yang baru dan menarik minat
saya.
3 Belajar secara berkumpulan amat berkesan dalam teknik
pembelajaran saya.
4 Penghargaan yang diberikan kepada saya menggalakkan
saya lebih gigih dalam pembelajaran.
5 Saya berminat dengan kaedah yang digunakan oleh
guru kerana dapat menyelesaikan masalah dalam
pembelajaran saya.
6 Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah amat
efektif kepada saya.
7 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dapat
meningkatkan pencapaian pemahaman pelajar.
8 Setiap program di luar kelas yang dijalankan amat
membantu dalam pencapaian akademik pelajar.
9 Ibu bapa merupakan antara faktor utama dalam
kejayaan seseorang pelajar.
10 Jika sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan, saya tetap
akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya
secara bersendirian.
30

More Related Content

What's hot

Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zuraAzura Aziz
 
Contoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmContoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmNur Paşa
 
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khasZahrah Abdul Rahman
 
16. lau ging lim
16.  lau ging lim16.  lau ging lim
16. lau ging limAkmal Haziq
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanSitiJaza
 
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridProposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridtimi fatimah
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al QuranIPGM_KDRI
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan Siti Nur Ain
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanhus kher
 

What's hot (20)

Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
B) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakanB) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakan
 
Contoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmContoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian Am
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Contoh proposal ph d
Contoh proposal ph dContoh proposal ph d
Contoh proposal ph d
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
16. lau ging lim
16.  lau ging lim16.  lau ging lim
16. lau ging lim
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian Tindakan
 
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan muridProposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
Proposal kajian tindakan mengatasi masalah tahap kesediaan murid
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
 

Similar to Proposal new 5.0

Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptxKajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptxDiana Amran
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)AmRie Nibin
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)AmRie Nibin
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmSitiHafidah1
 
Seminar 12 jan 2016
Seminar 12 jan 2016Seminar 12 jan 2016
Seminar 12 jan 2016munnianwar
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanMahesh Hesh
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Mahesh Hesh
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 

Similar to Proposal new 5.0 (20)

Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptxKajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
Kajian Amalan Terbaik PDPP Pelajar Separuh Masa.pptx
 
slaid viva.pptx
slaid viva.pptxslaid viva.pptx
slaid viva.pptx
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Seminar 12 jan 2016
Seminar 12 jan 2016Seminar 12 jan 2016
Seminar 12 jan 2016
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
Pengurusan
PengurusanPengurusan
Pengurusan
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Proposal new 5.0

  • 1. 3 SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA SEMESTER PERTAMA 2018/2019 (A181) KELAS F TAJUK KERTAS KERJA: KAJIAN TENTANG PENCAPAIAN AKADEMIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KAYU HITAM DARI TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2016. PENSYARAH : DR. MOHAN A/L RATHAKRISHNAN DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 15 NO. MATRIK NAMA AHLI 1 261964 CHEAH WEE SIANG 2 261836 MARINA 3 261043 MOHAMAD FAIZ BIN FADZLI 4 264610 NUR AIN ADILA BINTI JAMALUDEN 5 263334 IFFAH SYAKIRAH BINTI MOHAMED ABDAN 6 261332 NUR SYAMIMI BINTI NAZERI 7 251088 VISHAKINI A/P MANOGARAN 8 261868 HU SHU GEE
  • 2. 4 ISI KANDUNGAN NO. KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Latar Belakang Kajian 2.0 Lokasi Kajian 3.0 Penyataan Masalah 4.0 Objektif Kajian 5.0 Persoalan Kajian 6.0 Sorotan Kajian 7.0 Penglibatan Ahli 8.0 Kaedah Kajian 9.0 Dapatan Hasil Kajian 10.0 Kekangan yang Dihadapi 11.0 Penyediaan Poster 12.0 Rumusan 13.0 Rujukan 14.0 Lampiran
  • 3. 5 1.0 Latar Belakang Kajian Menurut Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua (2012), pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa . Melalui pendidikan , sesuatu bahasa dapat dipertahankan dan bahasa juga menggambarkan jiwa sesebuah bangsa . Usaha kerajaan untuk membentuk satu identiti kebangsaan menerusi sistem pendidikan kebangsaan adalah mewujudkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Semua pelajar Melayu ,Cina ,dan India perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mensosialisasikan mereka semula mengikut kumpulan yang sama. Selain itu , melalui SPM ,lebih banyak golongan intelektual dapat dilahirkan dan ini dapat memajukan negara pada masa depan . Dalam kajian tersebut ,pengkaji telah memilih SMK Bukit Kayu Hitam sebagai lokasi kajian untuk mengkaji pencapaian akademik SPM .SMK Bukit Kayu Hitam merupakan satu sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, 06050, Bukit Kayu Hitam. Sistem pendidikan yang sempurna telah melahirkan banyak pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam pelajarannya . Melalui kajian ini , pengkaji bukan sahaja dapat mengkaji cara pihak sekolah bagi SMK Bukit Kayu Hitam untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar ,malah juga dapat mengenalpasti ciri-ciri yang perlu didapati untuk mendapat pencapaian akademik yang cemerlang . Selain itu ,beberapa cadangan yang efektif juga dapat diberikan supaya melahirkan lebih banyak golongan intelektual .Jadi ,hasil kajian adalah selaras dengan tajuk pengkaji ,iaitu kajian tentang pencapaian akademik SPM bagi SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga tahun 2016 .
  • 4. 6 2.0 Lokasi Kajian SMK BUKIT KAYU HITAM Lokasi kajian bertempat di SMK Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, 06050, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Lokasi kajian ini terletak berdekatan dengan zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam. Banyak kilang didirikan berdekatan dengan kawasan kajian di sini. Selain itu terdapat juga beberapa buah rumah penginapan yang berdekatan dengan lokasi kajian. Sekolah ini antara senarai sekolah menengah di Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu. Ia terletak kira-kira 19.7 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah jika melalui Route 276 dan Lebuh Raya Utara-Selatan/Route 1/AH2/EI. Manakala jika melalui Route 277 ia mengambil masa 23 minit dan jarak yang diambil dari Universiti Utara Malaysia ialah 19.1 km. Kebiasaannya pengguna jalan raya akan melalui Route 276 dan Lebuh Raya Utara-Selatan/Route 1/AH2/EI kerana laluan tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk ke destinasi kajian.
  • 5. 7 ( Peta 1 : Perjalanan dari UUM, Sintok ke SMK Bandar Bukit Kayu Hitam) ( Peta 2 : Kawasan Kajian) ( Gambar 1: SMK Bandar Bukit Kayu Hitam)
  • 6. 8 3.0 Penyataan Masalah Kajian ini dilakukan bagi mengkaji pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga 2016. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Antara faktor-faktornya ialah, personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan tempat tinggal pelajar. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Bandar Kayu Hitam untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dari tahun 2012 hingga 2016.
  • 7. 9 4.0 Objektif Kajian a) Mengkaji pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga tahun 2016 . b) Mengenalpasti usaha-usaha yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga tahun 2016 .
  • 8. 10 5.0 Persoalan Kajian Di dalam kajian yang akan dijalankan, penyelidik akan cuba mencari jawapan yang sering di persoalkan tentang pencapaian yang dinyatakan pada objektif kajian. Faktor-faktor yang akan diselidiki adalah meliputi pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Bukit Kayu Hitam dalam tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2012 sehingga tahun 2016. Selain itu, pengkaji juga akan mengenalpasti usaha-usaha yang telah diambil oleh SMK Bukit Kayu Hitam untuk penambahbaikan pencapaian akademik pelajar pada tahun 2012 hingga tahun 2016.
  • 9. 11 6.0 Sorotan Kajian Dr Mohamad Johdi Salleh, International Islamic University Malaysia, (2012) dalam kajiannya, Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah di Sabah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik dan masalah yang dihadapi untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2012. Kajian ini dilakukan di SMK Lohan Ranau Sabah (SMKL) dan SMK Tun Fuad Tamparuli Sabah (SMKTF). Sampel kajian ini melibatkan 200 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Lohan Ranau Sabah (SMKL) dan SMK Tun Fuad Tamparuli Sabah (SMKTF) sebagai responden. Kajian ini menggunakan soal selidik mengikut skala likert 5 point. Penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Satu soal selidik yang mengandungi dua bahagian soalan telah diedarkan kepada responden secara rawak. Manakala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan “Statistical Packages for Social Sciences” (SPSS) versi 17.0. Hasil dari data yang diperoleh, diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kendiri, guru, ibubapa, dan rakan banyak mempengaruhi strategi dan gaya pembelajaran pelajar yang mendorong kepada pencapaian PMR. Berdasarkan kepada dapatan kajian mengenai domain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, dapat dirumuskan bahawa walaupun peratusan memilih guru sebagai agen yang membawa kepada kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan PMR akan tetapi domain yang lain juga ada kaitan dengan pencapaian akademik pelajar. Namun, kajian yang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih mendalam. Oleh hal yang demikian, kajian kami akan melihat dari aspek pencapaian akademik SPM dari tahun 2012 hingga 2016 untuk melihat perkembangan prestasi para pelajar. Kajian ini bakal dijalankan di SMK Bukit Kayu Hitam. Sampel kajian kali ini akan
  • 10. 12 melibatkan pengurusan sekolah, para guru dan juga para pelajar. Untuk menjayakan kajian kali ini, kami akan gunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat seperti temu bual, borang soal selidik dan temu ramah. Kami menjangkakan hasil dari kajian kami ini akan memperoleh hasil yang positif sejajar dengan objektif kajian kami.
  • 11. 13 7.0 Penglibatan Ahli a) Menjalankan perbincangan dalam kumpulan untuk memilih tema bagi kajian. b) Berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan maklumat tentang tema yang dipilih supaya dapat membantu untuk memilh tajuk yang sesuai bagi kajian. c) Membuat perbincangan dalam kumpulan bagi memilih tajuk yang sesuai untuk menjalankan kajian. d) Mendapatkan kelulusan tajuk dari pensyarah. e) Menyediakan senarai nama berserta gambar dan maklumat kesemua ahli kumpulan seperti yang diarahkan oleh pensyarah. f) Menjalankan perbincangan untuk menentukan tempat untuk menjalankan kajian. g) Berbincang bersama ahli kumpulan tentang kaedah menjalankan kajian ini. Hasil Kerja Nama Ahli Terlibat Latar Belakang Kajian Cheah Wee Siang Tempat Kajian Nur Ain Adila Binti Jamaluden
  • 12. 14 Iffah Syakirah Binti Mohamed Abdan Penyataan Masalah Marina Persoalan Kajian Marina Sorotan Kajian Mohamad Faiz Bin Fadzli Penglibatan Ahli
  • 13. 15 Vishakini A/P Manogaran Nur Syamimi Binti Nazeri Kaedah Kajian Cheah Wee Siang Hu Shu Gee Dapatan Hasil Kajian Cheah Wee Siang
  • 14. 16 Kekangan Yang Dihadapi Vishakini A/P Manogaran Marina Penyediaan Poster Hu Shu Gee Iffah Syakirah Binti Mohamed Abdan Rumusan Mohamad Faiz Bin Fadzli
  • 15. 17 Rujukan Nur Syamimi Binti Nazeri Lampiran Nur Ain Adila Binti Jamaluden
  • 16. 18 8.0 Kaedah Kajian Bagi mengumpulkan data dan mendapat maklumat yang tepat, beberapa kaedah kajian telah digunakan. 8.1 Data Primer a) Merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli atau pihak pertama b) Secara khusus dikumpulkan oleh peneliti untuk menjawab pertanyaan riset atau penelitian 8.1.1 Soal Selidik Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di SMK Bukit Kayu Hitam. Dalam borang soal selidik tersebut, skala permarkahan likert lima mata telah digunakan iaitu: 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=kurang setuju, 4=setuju, dan 5=sangat setuju. Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat dipersembahkan dalam bentuk graf supaya lebih jelas dan mudah difahami. 8.1.2 Temu duga Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka, dan temu bual bantuan komputer. Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan
  • 17. 19 usaha-usaha pengetua dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian akademik dari tahun 2012 hingga tahun 2016. Kaedah temu bual telah dijalankan pada 23 Oktober 2018 dan tempoh temu bual tersebut akan memakan sekurang-kurang 5 hingga 10 minit seorang. Sebanyak 20 soalan telah dikemukakan. 8.2 Data Sekunder a) Merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media perantara . 8.2.1 Rujukan Perpustakaan Pengkaji telah bersama ahli-ahli kumpulannya pergi ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia untuk mencari bahan-bahan rujukan supaya kajian ini dapat dijalankan secara lancar. 8.2.2 Artikel Pengkaji telah mencari artikel yang berkaitan dengan SMK Bukit Kayu Hitam supaya dapat menyempurnakan kajian tersebut. 8.2.3 Journal Pengkaji telah mencari journal-journal yang sesuai untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna. 8.2.4 Laman Web Sesawang
  • 18. 20 Pengkaji telah mencari maklumat-maklumat dan data-data yang berkaitan dengan tempat kajian tersebut untuk menyempurnakan kajian ini.
  • 19. 21 9.0 Dapatan Hasil Kajian A . Mengkaji pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga tahun 2016 . Pengkaji telah mengunjungi ke SMK Bukit Kayu Hitam pada 23 Oktober 2018 untuk menjumpa Penolong Ketua SMK Bukit Kayu Hitam ,Tuan Syeidi Bin Mohd Akhir untuk membuat temu duga dengan beliau . Beliau telah menerangkan pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 2012 hingga tahun 2016 .Beliau juga menkongsikan pendapatnya atas faktor kenaikan dan penurunan pencapaian akademik SPM .Beliau telah meluangkan masa sebanyak 30 minit untuk menjawab soalan kita .Selain itu ,pengkaji telah bersama ahli kumpulannya bertemu duga dengan guru-guru untuk mengetahui pendapat mereka tentang pencapaian akademik SPM di SMK Bukit Kayu Hitam .Selain itu ,pengkaji juga mendapat data peratusan kelulusan SPM dari tahun 2012 hingga tahun 2016 dari Penolong Ketua untuk menyempurnakan kajian ini .Data yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk graf supaya lebih mudah dijelaskan dan difahami . B. Mengenalpasti usaha-usaha yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK Bukit Kayu Hitam dari tahun 2012 hingga tahun 2016 . Pengkaji juga mengetahui usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik SPM melalui sesi temu duga dengan Penolong Ketua ,guru- guru dan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Mereka telah memberi banyak pendapat dan cadangan untuk meningkatkan kualiti pelajar melalui cara yang efektif dan maklumat ini amat penting untuk menyiapkan kajian ini .
  • 20. 22 10.0 Kekangan yang Dihadapi a) Menghadapi cabaran dalam memilih lokasi kajian yang sesuai dengan tema system pendidikan iaitu sekolah. b) Menghadapi cabaran dalam menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian dan temubual dengan pihak sekolah. c) Menghadapi kekangan masa untuk berkumpul dengan kesemua ahli kumpulan untuk mengadakan perbincangan. d) Mempunyai pendapat yang berbeza semasa perbincangan . e) Memerlukan proses yang panjang untuk mendapat kebenaran untuk melakukan kajian di lokasi kajian yang dipilih . f) Memilih bentuk graf yang sesuai dan huraian yang betul serta rujukan yang sesuai untuk menyokong penyataan . g) Memerlukan kreativiti yang lebih tinggi dalam proses penyiapan kajian .
  • 22. 24 12.0 Rumusan Kajian yang akan kami lakukan ini akan memberikan kami pengalaman baru, bermakna dan menarik. Hal ini kerana secara umumnya, ini merupakan pengalaman pertama kami melakukan kajian di luar dan berinteraksi bersama masyarakat khususya warga SMK Bukit Kayu Hitam, Kedah. Tugasan ini akan memberikan pengalaman kepada kami untuk mendapatkan maklumat melalui temuduga, borang soal seidik dan temubual. Melalui kajian ini, kami menjangkakan kepentingan perancangan aktiviti untuk meningkatkan pencapaian akademik khususnya dalam SPM di SMK Bukit Kayu Hitam. Melalui pemerhatian kami dalam sorotan kajian, iaitu mengenai kajian yang lepas, kami perlu mendapatkan maklumat secukupnya agar laporan yang bakal kami sediakan,lengkap dengan maklumat yang penting. Secara keseluruhanya, kajian kerja kursus ini melatih kami untuk membuat persiapan awal, bekerjasama dalam menyiapkan tugasan dan menepati masa yang telah ditetapkan. Kami juga berharap, apa yang telah kami rancangkan dapat berjalan dengan lancar dan kami dapat siapkan dalam masa yang telah kami tetapkan. Kami juga berharap agar maklumat yang kami perlukan untuk kajian kami, dapat kami perolehi ketika membuat kajian lapangan di SMK Bukit Kayu Hitam yang kami rancang pada 23 Oktober 2018.
  • 23. 25 13.0 Rujukan Shamsul Amri Baharuddin (2012) “Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua “, ,hlm ,193 Dr Mohamad Johdi Salleh, (2012), Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah , , International Islamic University Malaysia .
  • 24. 26 14.0 Lampiran Soalan-soalan Pengetua 1) Apakah usaha sekolah anda untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada pelajar bagi menempuh peperiksaan SPM? 2) Apakah yang perlu diperbaiki oleh pelajar untuk meningkatkan pencapaian SPM mereka? 3) Apakah usaha yang perlu dikekalkan oleh sekolah anda dalam meningkatkan pencapaian SPM pelajar dari tahun ke tahun? 4) Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik SPM di sekolah? 5) Adakah pencapaian akademik SPM dalam kalangan pelajar semakin meningkat kebelakangan ini? 6) Adakah/Bagaimanakah sistem pendidikan di Malaysia membantu pelajar anda mencapai prestasi akademik SPM yang baik? 7) Pada pendapat anda, apakah cadangan anda untuk memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia bagi meningkatkan taraf pencapaian akademik SPM pelajar? 8)Adakah pihak sekolah menggunakan cara yang inovatif dalam proses pengajaran ? SOALAN KEPADA GURU
  • 25. 27 1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik pelajar ? 2. Apakah faktor-faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar ? 3. Apakah hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar ? 4. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan guru untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar? 5. Apakah amalan yang diterapkan oleh guru kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang? 6. Adakah penggunaan peta konsep dapat meningkatkan daya ingatan serta meningkatan pencapaian pelajar? 7. Adakah faktor keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ? 8. Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam akademik? 9. Apakah faktor kaedah belajar mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam akademik? 10. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina mengikut pencapaian akademik pelajar? 11. Adakah penyertaan program motivasi dan aktiviti pelajar mempunyai hubungan terhadap pencapaian akademik pelajar? 12. Adakah terdapat perbezaan di antara pekerjaan ibubapa terhadap pencapaian akademik pelajar? 13. Adakah terdapat hubungan diantara faktor keluarga, rakan sebaya dan kaedah belajar dengan pencapaian akademik?
  • 26. 28 Bahagian A : Maklumat Demografi ( Untuk diisi oleh pelajar ) Nama : ________________________________________________________ Tingkatan : ________________________________________________________ Kelas : ________________________________________________________ ( Sila tanda √ dalam kotak yang disediakan berkaitan diri anda ) Jantina : Lelaki Perempuan Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain Aliran : Sains Tulen Sastera Jumlah Subjek yang Diambil : _________________ KAJIAN MENGENAI PENCAPAIAN SPM DARI TAHUN 2012 HINGGA 2016 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT KAYU HITAM, KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KAYU HITAM, 06050 BUKIT KAYU HITAM, KEDAH.
  • 27. 29 Bahagian B : Mengkaji pencapaian akademik SPM dari tahun 2011 hingga 2015 ( Arahan : Sila jawab soalan di bawah berdasarkan skala yang sesuai ) Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Bil Soalan 1 2 3 4 5 1 Saya berusaha bertanya guru di dalam kelas kerana ingin memperoleh kefahaman sepenuhnya. 2 Saya akan membuat latihan tambahan kerana saya boleh memperoleh maklumat yang baru dan menarik minat saya. 3 Belajar secara berkumpulan amat berkesan dalam teknik pembelajaran saya. 4 Penghargaan yang diberikan kepada saya menggalakkan saya lebih gigih dalam pembelajaran. 5 Saya berminat dengan kaedah yang digunakan oleh guru kerana dapat menyelesaikan masalah dalam pembelajaran saya. 6 Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah amat efektif kepada saya. 7 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pemahaman pelajar. 8 Setiap program di luar kelas yang dijalankan amat membantu dalam pencapaian akademik pelajar. 9 Ibu bapa merupakan antara faktor utama dalam kejayaan seseorang pelajar. 10 Jika sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan, saya tetap akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya secara bersendirian.
  • 28. 30