SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
1. 1
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN
KOD KURSUS : HBML 2203
TAJUK KURSUS : PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEMESTER : JANUARY 2013 (SMP KHAS)
NAMA : AMRI BIN NIBIN
NO. KP : 720206-12-5251
NO. KAD METRIK : 720206125251001
NAMA TUTOR
EN. SAHIDANI BIN ABD. DANI
NAMA E-TUTOR
EN. ABDULLAH BIN MOHD. YASSIN
2. 2
ISI KANDUNGAN
Halaman
1. Pengenalan 3
2., Objektif penulisan/ Penyelidikan 4
3. Difinisi konsep Sekolah Bestari 4
4. Perbincangan / Hasil Penyelidikan
4.1. Latar belakang respondan 5
4.2. Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari 6
4.3. Objektif, peranan dan fungsi Sekolah Bestari 7
4.4. Pedagogi di Sekolah Bestari 7
4.5. Kemahiran di Sekolah Bestari 8
4.6. Hasil guna tenaga yang diharapkan melalui
Sekolah Bestari acuan Malaysia 8 – 9
4.7. Cadangan 9 – 10
5. Penutup/ Kesimpulan 10 – 11
6. Bibliografi 12
7. Lampiran 14 - 15
3. 3
1. PENGENALAN
Sekolah Bestari adalah salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang
harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah
termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk
melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke
hadapan.
Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini
bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap
murid samada kuat atau lemah, kaya atau miskin mampu mencapai potensi sepenuhnya dalam
cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi
komputer akan membolehkan kepelbagaian kemahiran dibina dalam sistem pendidikan.
Tiga aspek penting yang harus ditangani di dalam pelaksanaan Sekolah Bestari iaitu yang
pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan
juga alatan yang berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi.
Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-
mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.
Apek yang kedua adalah aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi
antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu para guru untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat
dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan
dan peranan guru.
Aspek yang ketiga pula adalah aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan
mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran
dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri seperti interaktif, mencabar
daya kognitif murid, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru
penyediaan bahan untuk murid yang lemah
4. 4
2. OBJEKTIF PENULISAN/ PENYELIDIKAN
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan
setiap responden berkaitan dengan Sekolah Bestari. Seramai 20 orang responden dari latar
belakang sekolah yang berbeza telah dipilih. Setiap responden akan dikehendaki untuk
menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam borang soal-selidik. Borang soal-selidik ini pula
terbahagia kepada enam (6) bahagian utama iaitu Bahagian A hingga Bahagian.F.
Bahagian A merupakan soalan-soalan berkaitan latar belakang responden, Bahagian B
pula melibatkan soalan-soalan yang berkaitan dengan konsep Sekolah Bestari, Bagahian C,
menyentuh tentang objektif Sekolah Bestari, Bahagian D pula soalan-soalan yang bersangkut
paut dengan pelaksanaan pedagogi di Sekolah Bestari. Bahagian E, akan menyentuh aspek yang
ada kaitannya dengan kemahiran-kemahiran di Sekolah Bestari dan yang terakhir iaitu Bahagian
F akan menyentuh tentang hasil guna tenaga di Sekolah Bestari.
Melalui kajian yang dijalankan ini, diharapkan saya akan mendapat maklumat seperti
yang diharapkan. Melalui kajian ini juga diharapkan akan memberikan sedikit maklumat kepada
pihak yang berkenaan agar perkara-perkara yang mungkin perlu diberi perhatian akan diberikan
perhatian sewajarnya.
3. DIFINISI KONSEP SEKOLAH BESTARI
Sekolah Bestarisecara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang
mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada murid dengan menggunakan
pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.
Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
jantungkepada Sekolah Bestari.Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi,
pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah.
Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat
menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, dalam
proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program
Pembestarian Sekolah.
Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah
Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan
infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak
5. 5
RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara
membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah
untuk setiap buah sekolah.
Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia
ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu,
KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer,
pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak
4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal
komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur
lebar melalui rangkaian SchoolNet.
Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan
kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat
mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan
dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan
oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational
Management Information System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan
perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.
4. HASIL PENYELIDIKAN/ PERBINCANGAN
Di dalam menghuraikan hasil dapatan ini, saya akan huraikannya kepada tiga bahagian
sepertimana yang terkandung di dalam borang soal selidik yang telah diberikan kepada
responden.
4.1. Bahagian A: Latar Belakang Responden
Responden kajian terdiri daripada 20 orang guru terlatih yang berkhidmat di kawasan
Pekan Ranau dan juga guru yang bertugas di kawasan pedalaman Ranau. Daripada aspek jantina,
majoriti responden merupakan guru lelaki (12 orang, 60%) berbanding dengan guru perempuan
(8 orang, 40%). Daripada aspek pengalaman mengajar, data menunjukkan golongan guru yang
mempunyai pengalaman mengajar 10 tahun ke bawah (12 orang, 60%) lebih ramai daripada guru
yang berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun (6 orang, 30%), manakala guru yang
6. 6
mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun hanya ada 2 orang (10%). Daripada
aspek subjek pengkhususan, bilangan guru yang mengajar subjek elektif (3 orang, 15%) lebih
rendah daripada guru yang mengajar subjek Bahasa (9 orang; 45%) dan Sains & Matematik
(8 orang, 40%). Data juga menunjukkan majoriti guru (12 orang; 60%) masih belum
mengikuti kursus ICT secara formal yang dijalankan samada oleh, Jabatan Pendidikan Negeri
atau Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri berbanding dengan yang telah pernah mengikuti (8
orang; 40%).
4.2. Bahagian B: Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari
Seramai 20 orang responden (100%) sangat bersetuju bahawa Sekolah Bestari merupakan
salah satu komponen utama dalam projek Koridor Raya multimedia (MSC). Semua responden
juga bersetuju sepenuhnya bahawa Sekolah Bestari telah diwujudkan berdasarkan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) disamping penerapan nilai-nilai murni.
100% respondan amat yakin bahawasanya Penubuhan Sekolah Bestari ini akan lebih
menekankan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Responden juga percaya bahawa
Sekolah Bestari menekankan kepada pembinaan dan pembangunanpotensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu.
Sekolah Bestari mengaplikasikan pendekatan dan strategi yang terbaik dan berkesan bagi
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain dari itu pengujudan Sekolah Bestari
juga ada kaitannya dengan usaha untuk menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi zaman
teknologi maklumat. Kedua-dua pernyataan yang telah dinyatakan tadi juga dipersetujui oleh
semua responden.
Keseluruhan responden yang seramai 20 orang sangat setuju bahawa Sekolah Bestari ini
kelak akan berubah mengikut peredaran masa dan teknologi demikian juga dengan pembentukan
staf yang professional, sumber-sumber pendidikan yang canggih disamping keupayaannya
mentadbir secara be.rterusan. Semua responden juga sangat setuju bahawa Sekolah Bestari
memerlukan guru-guru yang berkemahiran dan proses sokongan yang baik untuk berfungsi
secara berkesan.
7. 7
4.3. Bahagian C: Objektif Sekolah Bestari
Daripada 20 orang responden yang dipilih, (20 orang, 100%) sangat bersetuju bahawa
Sekolah Bestari dapat menghasilkan tenaga kerja yang boleh berfikir serta celik teknologi.
Berkaitan dengan kenyataan bahawa Sekolah Bestari dapat membangunkan intelek, rohani,
emosi dan jasmani murid seramai (14 orang, 70%) setuju manakala selebihnya (6 orang, 30%)
sangat setuju.
Sekolah Bestari dapat mengujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan
individu murid, seramai (2 orang, 10%) merasakan setuju sedangkan mejoriti (18 orang, 90%)
dari kalangan responden amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sekolah Bestari mampu
mendemokrasikan pendidikan, seramai (3 orang, 15%) daripada responden kurang bersetuju
manakala (7 orang, 35%) daripada responden bersetuju dan selebihnya (10 oang, 50%)
menyatakan sangat bersetuju tentang kenyataan tersebut.
Seramai (2 orang, 10 %) daripada responden bersetuju menyatakan bahawa Sekolah
Bestari dapat meningkatkan pengelibatan pihak-pihak yang berkepentingan sedangkan
mejoritinya iaitu (18 orang, 90%) menyatakan bahawa mereka sangan setuju dengan kenyataan
tersebut.
4.4. Bahagian D : Pedagogi di Sekolah Bestari.
Seramai (20 orang, 100%) daripada responden seperti sepakat mengatakan bahawa
pengurusan pembelajaran bagi Sekolah Bestari adalah berpusatkan kepada murid iaitu
pembelajaran melalui pengalaman murid itu sendiri. Semua responden juga sangat bersetuju
bahawa pedagogi di Sekolah Bestari amat mementingkan partisipatif iaitu menggalakan murid
terlibat secara aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Berkenaan dengan kolaboratif iaitu segala maklumat dikongsi secara bersama, seramai (3
orang, 15%) daripadsa respondan bersetuju manakala selebihnya iaitu (17 orang, 85%) sangat
setuju. Bagi kenyataan yang berbunyi pembelajaran sebagai satu proses yang holistic melibatkan
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek serta social (JERIS) seramai (4 orang, 20%) bersetuju,
manakala seramai (16 orang, 80%) lagi sangat setuju.
Berkaitan mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran dan
kecerdasan pelbagai seramai (2 orang, 10%) Cuma bersetuju tetapi mejoritinya iaitu seramai (18
orang, 90%) amat bersetuju.berkaitan dengan gaya ppembelajaran di Sekolah Bestari yang
dikatakan amat sesuai dalam meningkatkan pencapaian murid, seramai (4 orang, 20%) daripada
responden tidak bersetuju. Namun (16 orang, 80%) daripada responden amat bersetuju terhadap
pernyataan tersebut.
8. 8
Berkaitan dengan proses pembelajaran sekolah Bestari yang mana proses
pembelajarannya berlaku secara aktif dan konstruktif yang mana murid membina pengertian
sendiri daripada input yang diterima seramai (18 orang, 90%) amat bersetuju sedangkan yang
selebihnya iaitu (2 orang, 10%) menyatakan setuju sahaja.
Semua responden sangat setuju bahawa di Sekolah Bestari pelbagai teknik, pendekatan
dan strategi digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun
responden berbelah bagi untuk menerima kenyataan bahara sekolah Bestari mengamalkan
pemikiran kritis iaitu aras tinggi atau High Order Thinking Skill (HOTS) dimana (10 orang,
50%) menyatakan setuju sahaja dan selebihnya (10 orang, 50%) menyatakan sangat
bersetuju. Isu penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seramai (10 orang,
50%) Cuma bersetuju dan selebihnya (10 orang, 50%) memberikan sokongan penuh atau sangat
setuj.
4.5. Bahagian E : Kemahiran di Sekolah Bestari
Bagi aspek kemahiran di Sekolah Bestari, semua responden (20 orang, 100%) sangat
bersetuju bahawa kemahiran berfikir secara terancang oleh seorang guru akan melahirkan murid
yang berfikiran kritis dan kreatif. Bagi pernyataan yang menyebut bahawa kemahiran berfikir
membolehkan murid membentuk visi dan misi serta bersifat optimistic, (20 orang, 100%)
dikalangan respondan menyokong penuh pernyataan tersebut.
Seramai (4 orang, 20%) daripada respondan tidak setuju dengan kenyataan bahawa
kemahiran belajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses
maklumat. Walau bagaimanapun (6 orang, 30%) daripada responden bersetuju dan selebihnya
iaitu (10 orang, 50%) menyatakan sangat setuju terhadap kenyataan yang disebutkan. Seramai
(20orang, 100%) responden amat bersetuju bahawa kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap
murid untuk membantu mereka menambahkan ilmu dan kemahiran untuk Berjaya dalam
pembelajaran. Begitu juga tentang kemahiran mentaksir dan menilai yang merupakan kaedah
penilaian yang menyeluruh dan holistic semua 20 orang respondan amat bersetuju dengannya.
4.6. Bahagian F: Hasil Guna Tenaga di Sekolah Bestari
Untum melahirkan hasil guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari mengikut
acuan Malaysia seramai (20 orang, 100%) daripada responden sangat bersetuju agar system
pendidikan di sekolah Bestari perlu diubah seiring dengan peredaran zaman. Selain daripada itu
keseluruhan daripada responden sangat bersetuju bahawa seorang guru perlu menjadi pemudah
cara yang baik dan bukan hanya sekadar menjadi seperti pendeta di atas pentas.
9. 9
Dalam usaha untuk melahirkan tenaga kerja yang baik melalui Sekolah Bestari, sekolah
perlu mempunyai keupayaan kendiri dalam membestarikan sumber manusia dan kenyataan ini di
sokong (100%) oleh semua responden yang memberikan jawapan sangat setuju.
Disamping itu seramai (20 orang, 100%) daripada responden sangat bersetuju bahawa
untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti yang dilahirkan oleh Sekolah Bestari, sekolah itu
sendiri perlu menjadi suatu tempat di mana murid boleh belajar mengikut kadar kendiri, akses
kendiri serta terarah kendiri. Selain dari itu responden juga sangat setuju (100%) bahawa sekolah
perlu mengoptimumkan penggunaan teknologi pendidikan agar murid yang dapat dihasilkan
mempunyai pengetahuan dalam bidang IT yang cukup luas serta mampu bersaing di peringkat
global.
Walau bagaimanapun pelbagai respon telah diberikan oleh responden apabila menyentuh
tentang penggilapan dan pengukuhan potensi insan demi untuk kesejahteraan masyarakat dimana
seramai (2 orang, 10%) responden kurang setuju dengan kenyataan bahawa sekolah bestari
merupakan usaha untuk menggilap dam mengukuhkan potensi insan demi untuk kesajehteraan
masyarakat. Walau bagaimanapun seramai (10 orang, 50%) bersetuju dan selebihnya (8 orang,
40%) sangat bersetuju bahawa untuk melahirkan tenaga kerja yang diidamkan oleh kerajaan
sekolah perlu mampu melahirkan murid yang berkeyakinan tinggi dan berdaya saing.
4.7. Cadangan
Memandangkan Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk membestarikan
aspek pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat sekolah, saya mencadangkan supaya
pihak kementerian memikirkan untuk menyelasaikan masalah-masalah yang masih membelengu
banyak sekolah terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Seperti yang kita sedang maklum bahawa, sekolah-sekolah di kawasan pedalaman sering kali
dikaitkan dengan punca kegagalan dasar yang diperkenalkan oleh kementerian. Pada hakikatnya
masalah itu bagi saya hanya dilihat sebelah sahaja kerana pada hakikatnya guru-guru sudah
mengusahakan yang terbaik namun kerana kekangan-kekangan tertentu maka akhirnya segala
aktiviti yang telah diataur dengan baik tidak dapat dilaksanakan.
Melalui tugasan ini, untuk menjayakan dasar kementerian untuk menjadikan semua sekolah itu
Sekolah Bestari, pihak kerajaan dan juga pihak kementerian perlu mengambil berat dan
mengusahakan untuk menyelasaikannya masalah-masalah yang masih wujud sehingga kini.
Yang pertama, semua bahan yang berkaitan dengan bahan pembelajaran seperti courseware dan
juga peralatan-peralatan yang berkaitan dengan ICT perlu dibekalkan ke kawasan pedalaman
secukupnya.
Cadangan yang kedua, pihak kerajaan perlu menyelasaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-
sekolah di kawasan pedalaman. Walau telah ada usaha kerajaan dan kementerian untuk memberi
bekalan elektrik di kawasan pedalaman dalam bentu tenaga solar, namun ianya masih tidak
10. 10
mencukupi disamping ianya tidak tahan lama. Untuk makluman, kebanyakan bekalan solar di
sekolah di kawasan pedalaman telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Yang lebih
mengecewakan lagi seperti tiada pihak yang mahu bertanggungjawab dalam hal berkenaan.
Cadangan yang ke tiga, semua sekolah perlu dibekalkan dengan kemudahan internet yang
berkelajuan tinggi. Memang pernah sekolah dibekalkan dengan kemudahan tersebut namun yang
menyedihkan bukan sahaja ianya lambat sampai ke sekolah malahan pekej yang diberikan juga
amat mendukacitakan. Sebagai contoh, kontrak pemasangan semula school Net yang bermula
awal tahun, disebabkan oleh masalah jarak dan logistic salah satu sekolah di pedalaman hanya
dapat menerima kemudahan itu pada hujung bulan oktober tahun yang sama. Jadi di mana
silapnya, yang lebih menyedihkan lagi kemudahan internet yang diberi sangan lambat.
Cadangan yang ke empat. Kementerian perlu mengujudkan makmal komputer di semua sekolah
terutama di kawasan pedalaman. Ini mungkin melibatkan kos yang agak mahal, namun jika ini
tidak mampu diberikan oleh kementerian, sekurang-kurangnya bekalkanlah setiap sekolah di
pedalaman dengan jumlah komputer yang setimpal agar kalau tidak dapat dibina makmal
komputer sekurang-kurangnya bilik ICT boleh mengambil tugas makmal komputer.
Cadangan yang ke lima, kerajaan perlu memikirkan untuk memperluaskan atau menambahkan
bilangan kampong tanpa wayar. Jika ini dapat direalisasikan, maka akan ramailah ibubapa yang
celik IT dan sudah semestinya akan menambahkan kemahiran penguasaan ICT dikalangan murid
terutamanya di kawasan pedalaman. Saya menyebut kawasan pedalaman kerana di pekan atau
bandar semua ini sudah ada.
5. PENUTUP/ KESIMPULAN
Kamus Oxford mendifinisikan bestari sebagai cerdik, pintar, tajam akal, kelihatan segar,
bergaya serta menonjol dalam masyarakat manakala menurut kamus dewan pula mentafsirkan
bestari sebagai segak, pintar, bijak, pantas serta berkelas tinggi. Kementerian Pelajaran Malaysia
mula mengujudkan Sekolah Bestari ekoran pelancaran Wawasan 2020 di mana untuk mencapai
Negara maju perkara utama yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikannya adalah dengan
meningkatkan taraf sistem pendidikan.
Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia
menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia merupakan satu hasrat yang murni. Sistem pendidikan
yang baik semestinya akan melahirkan tenaga kerja yang berkualiti yang sangat diidamkan oleh
semua warga Malaysia. Selepas kejayaan Sekolah Bestari, KPM sekali lagi mengambil langkah
drastic dimana semua sekolah harian perlu melaksanakan aktiviti pengajaran secara bestari.
Lantaran itu diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011.
11. 11
Walau bagaimanapun, untuk mempastikan usaha KPM ini menjadi realiti, KPM dan juga
kerajaan perlu menyelasaikan segala masalah yang wujud di sekolah-sekolah terutamanya
sekolah-sekolah yang terletak jauh di pedalaman. Sekiranya semua masalah tersebut dapat diatasi
dan semua kekurangan yang wujud si sekolah-sekolah telah diatasi maka tidak ada alasan lagi
kenapa setiap sekolah tidak mampu merealisasikan hasrat kementerian untuk membestarikan
semua sekolah di seluruh Negara.
12. 12
Bibliografi
01. Open University Malaysia, (2012), Pembestarian Pembelajaran dan pengajaran Bahasa
Melayu, meteor Doc Sdn. Bhd.
02. www.moe.my
14. 14
BORANG SOAL SELIDIK PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP KONSEP
SEKOLAH BESTARI
PENGENALAN
Borangsoalselidikinidigunakanuntukmembuatkajianterhadappersepsiguru-gurutentangkonsepSekolahBestariyangdiilhamkan
olehKementerianPelajaranMalaysia.SegalamaklumatyangdiberikandalamsoalselidikiniadalahSULIT dan hanyadigunakan
untuktujuankajiansemata-mata.Terdapatenam(6)bahagiandalamsoalselidikini;
Bahagian A: Latar Belakang Responden
Bahagian B: KefahamanKonsepSekolahBestari
Bahagian C: ObjektifSekolahBestari
Bahagian D: PedagogiSekolahBestari
Bahagian E: Kemahiran-kemahirandiSekolahBestari
Bahagian F: HasilGunaTenagadiSekolahBestari
Kerjasamatuan-tuandanpuan-puanuntukmenjawabsoalselidikinidenganikhlasdantelusamatdihargai.Sekian,terimakasih.
BAHAGIAN A:
LATAR BELAKANG RESPONDEN
Arahan :Bahagianinimerupakansoalselidikmengenailatarbelakanganda.Silatandakan(√)padaruangyangdisediakan.
1. Jantina
Lelaki () Perempuan ()
2. Umur
20hingga30tahun ( )
31hingga40tahun ( )
41hingga50tahun ( )
51tahunkeatas3. ( )
3. Bangsa
Melayu ( )Cina ( ) Dusun ( ) Lain-lain:…………………
4.KelulusanAkademik
a) Akademik
SPM / MCE ( ) Diploma ()STPM() Ijazah Sarjana Muda ( )
b) Ikhtisas
Sijil Perguruan ( ) KPLI ( )KDPM ( ) IjazahSarjanaMudaPendidikan()
5.PengalamanMengajar
0hingga3tahun( )06hingga10tahun()11hingga15tahun( )16tahunkeatas ( )
6.Menghadirikursus/latihangurubestari,kursusdalamperkhidmatan14mingguataukursuslainyangberkaitanSekolahBestari?
Pernah ( ) TidakPernah( )
BAHAGIAN B :
KEFAHAMAN KONSEP BESTARI
Arahan:
a)Silabacadantelitisetiappernyataandibawah.
b) Pada setiap pernyataan, bulatkan nombor yang paling sesuai dengan diri anda mengikutskaladibawahini:
1=Sangat Tidak Setuju ( STS )
2=Kurang Setuju ( TS )
3=Setuju ( S )
4=Sangat Setuju ( SS )
1 Sangat tuidak
setuju
2 Kurang
setuju
3 Setuju 4 Sangat
setuju
BIL
PERNYATAAN
1. SekolahBestarimerupakansalahsatukomponenutamadalamProjekKoridorRayaMultimedia. 1 2 3 4
2. SekolahBestaridiwujudkanberdasarkanFalsafahPendidikanKebangsaandannilai-nilai murni.1 2 3 4
3. SekolahBestarimenekankankepakarandalambidangteknologimaklumat(IT) 1 2 34
4. SekolahBestarimenekankankepadapembinaandanpembangunanpotensisecaramenyeluruh
danbersepadu. 1 2 34
5. SekolahBestarimengaplikasikanpendekatandanstrategiterbaikdanberkesan bagi
mencapai matlamat FPK. 1 2 34
6. SekolahBestaridiwujudkanbertujuanuntukmenyediakankanak-kanakmenghadapi
Zaman Maklumat (IT). 1 2 34
7. SekolahBestariakanberubahmengikutmasa,pembentukanstafyangprofesional,
sumber-sumberpendidikan yang canggih dan keupayaan pentadbiran
secara berterusan. 1 2 34
8. SekolahBestarimemerlukanguruyangberkemahirandan prosessokonganyang
baikuntukberfungsisecaraberkesan
1 2 34
15. 15
BAHAGIAN C :
OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI
1 Sangat tuidak
setuju
2 Kurang
setuju
3 Setuju 4 Sangat
setuju
Bil Pernyataan
1. SekolahBestaridapatmenghasilkantenagakerjayangberfikirdancelikteknologi. 1 2 3 4
2. SekolahBestaridapatmembangunkanintelek,rohani,emosidanjasmani murid. 1 2 34
3. SekolahBestaridapatmewujudkanpeluangbagimeningkatkankekuatandan
kebolehanindividumurid. 1 2 3 4
4. SekolahBestaridapatmendemokrasikanpendidikan 1 2 3 4
5. SekolahBestaridapatmeningkatkanpenglibatanpihakyangberkepentingan. 1 2 3 4
BAHAGIAN D :
PEDAGOGI SEKOLAH BESTARI
PedagogidiSekolahBestariberpandukankepadaSukatanPelajaranyangdisediakanolehPusatPerkembangan
Kurikulum,KementerianPelajaranMalaysia.
Bil Pernyataan
1. Pengurusanpembelajaranberpusatkanmuridiaitupembelajaranmelalui pengalaman 1 2 3 4
2. Partisipatif,iaitumenggalakkanpenglibatanmuridsecaraaktifdalamsetiapaktiviti
yangdijalankan. 1 2 3 4
3. Kolaboratif,iaitusegalamaklumatdikongsisecarabersama. 1 2 3 4
4. Pembelajaransebagaisatuprosesyangholistikmelibatkanaspekjasmani,emosi,
rohani, intelek serta sosial (JERIS).
1 2 3 4
5. Mengintegrasikanelemenpembelajaranbestarisepertigayapembelajarandan
kecerdasanpelbagai. 1 2 3 4
6. Gayapembelajaranamatsesuaiuntukmeningkatkanpencapaianmurid. 1 2 3 4
7. Prosespembelajaransecaraaktifdankonstruktifberlaku,iaitumuridmembina
pengertiansendiri daripadainputyangditerima.
1 2 34
8. Pelbagaiteknik,pendekatandanstrategidigunakandalamsesipengajarandan pembelajaran. 1 2 34
9. Mengamalkanpemikirankritis,iaituarastinggiatauHigh Order Thinking Skill (HOTS). 1 2 3 4
10. PenggunaanICTdalamaktivitipengajarandanpembelajaran. 1 2 3 4
BAHAGIAN E :
KEMAHIRAN DI SEKOLAH BESTARI
1 Sangat tuidak
setuju
2 Kurang
setuju
3 Setuju 4 Sangat
setuju
Bil Pernyataan
1. KemahiranBerfikirsecaraterancangolehguruakanmelahirkanmuridyangberfikiran
kritis dan kreatif. 1 2 3 4
2. Kemahiranberfikirmembolehkanmuridmempunyaivisidanmisiserta bersifat optimistik. 1 2 3 4
3. KemahiranBelajaradalahkaedahsistematikdanteraturuntukmemperolehdanmemproses
maklumat. 1 2 34
4. KemahiranBelajarperludikuasaiolehmuriduntukmembantumenambahilmudan
kemahiranuntuk berjayadalampembelajaran.
1 2 3 4
5. KemahiranMentaksirdanMenilaimerupakankaedahpenilaianyangmenyeluruhdanholistik. 1 2 34
BAHAGIAN F :
HASIL GUNA TENAGA DI SEKOLAH BESTARI
1 Sangat tuidak
setuju
2 Kurang
setuju
3 Setuju 4 Sangat
setuju
Bil Pernyataan
1. System pendidikan perlu berubah seiring dengan peredaran zaman 1 2 3 4
2. Guru perlu menjadi pemudah cara yang efektif dan bukannya menjadi
pendeta di atas pentas 1 2 3 4
3. Sekolah perlu mempunyai keupayaan kendiri dalam membestarikan
sumber manusia 1 2 3 4
4. Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri
serta terarah kendiri 1 2 3 4
5. Sekolah perlu mengoptimumkan penggunaan teknologi pendidikan. 1 2 3 4
6. Sekolah Bestari merupakan usaha untuk menggilap dan mengukuhkan
potensi insan demi untukKesejahteraan masyarakat, 1 2 3 4