Jurnal kajian ini dipetik dari Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):155-172 yang bertajuk Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ditulis oleh Rubiah Omar Jamilah Hj Ahmad. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Peserta Kajian terdiri daripada ahli akademi di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang. Sebanyak 119 borang soal selidik yang berjaya dikumpul dari ahli akademik di 15 pusat pengajian. Hasil kajian mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi, kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelejaran arahan kendiri adalah memuaskan dan penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah tinggi.
Dalam jurnal kajian ini tidak menyatakan persoalan kajian secara terperinci. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembeljaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjdi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini. Objektif kajian dalam menentukan fokus kajian telah dinyatakan dengan jelas. Secara umum, kajian ini melihat amalan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik USM. Secara spesifik pula memantau e-pembelajaran dari kesedaran, penilaian dan penerimaan penggunaan e-pembelajaran para ahli akademik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidik telah menggunakan reka bentuk tinjauan dalam kajiannya. Kaedah non-probability bentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelejaran dalam kalangan ahli akademik. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dan analisis kuantitif menggunakan program SPSS telah digunakan dalam analisis kajian ini. Semua data dapatan kajian telah distruktur dengan sempurna dan mudah untuk pembaca menyemak dan merujuk hasil kajian dan dapatan ujian pengkaji lain.
1. TUGASAN 1: ULASAN JURNAL
Kesedaran , Penilaian dan
Penerimaan e-Pembelajaran
Dalam Kalangan Ahli Akademik
Nama: Lily Ting Suk Chiew
No Matriks: M20142001799
Pensyarah: PM DATOā DR ABD LATIF HJ GAPOR
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
2. Pengenalan
ā¢ ditulis oleh Rubiah Omar Jamilah Hj Ahmad.
ā¢ Tujuan utama : mengenal pasti tahap
kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Universiti Sains Malaysia (USM) yang
membantu proses pembelajaran dan
pengajaran.
3. Objektif
Kajian ini memantau e-pembelajaran secara
spesifik dari aspek:
1.Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
2.Penilaian terhadap hubungan yang signifikan
antara kefahaman terhadap e-pembelajaran
arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik.
3.Penerimaan penggunaan e-pembelajaran
dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Persoalan
1. Sejauh manakah kesediaan ahli akademik
menerima e-pembelajran dalam aktiviti
pengajaran mereka?
2. Apakah faktor yang menjadi penyebab
penerimaan atau penolakan kepada kaedah
ini ?
5. Kaedah
ā¢ Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan.
ā¢ Menggunakan kaedah non-probability
ā¢ Kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang
bertujuan memberikan gambaran awal tentang
kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam
kalangan ahli akademik.
ā¢ Responden kajian: ahli akademik di semua
pengajian USM Pulau Pinang
ā¢ Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan
dan sebanyak 119 borang berjaya dikumpulkan
6. Kaedah
ā¢ Kajian ini menggunakan analisis kuantitatif
menggunakan program SPSS
ā¢ Data yang diperoleh aktelah dianalisis
menggunakan kaedah analisis deskriptif.
Sambā¦
7. Dapatan Kajian
ā¢ tahap kefahaman responden bagai kelima-
lima konsep yang diketengahkan dalam
borang selidik adalah tinggi.
ā¢ Ini membuktikan majoriti ahli akademik di
USM sudah mempunyai kesedaran yang
positif terhadap e-pembelajaran dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran.
8. Dapatan Kajian
ā¢ tahap kefahaman responden terhadap
perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri adalah pada
tahap sederhana.
ā¢ Ini disebabkan terdapat faktor āfaktor lain
yang menyumbang kepada tahap kefahaman
seperti faktor mempunyai kemudahan
komputer peribadi.
Sambā¦
9. Dapatan Kajian
ā¢ Dari segi penerimaan pula, didapati ahli
akademik menerima secara positif
penggunaan e-pembelajaran dalam
membantu proses pengajaran dan
pembeljaran.
Sambā¦
10. Kesimpulan
ā¢ ketiga-tiga objektif yang ditetapkan telah dicapai
ā¢ Penggunaan ICT dalam perlaksanaan e-pembelajaran
adalah untuk menyediakan keupayaan kepada ahli
akademik menjadi fasilitator pembelajaran yang efektif
bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif, kreatif dan inovaatif.
ā¢ Ini memerlukan ahli akademik itu mempunyai
kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi.
ā¢ Sebagai pendidik haruslah menggalakkan anak murid
berilmu, cerdik IT, berdikari dan menghadapi sebarang
cabaran dalam dunia era informasi dan globalisasi.
11. ā¢ Pengarang: Rubiah Omar Jamilah Hj Ahmad.
ā¢ Tahun: 2009
ā¢ Tajuk artikel: Kesedaran, Penilaian dan
Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan
Ahli Akademik.
ā¢ Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 -
172
Sumber Rujukan