1. Pensyarah:
PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABD LATIF BIN HJ
GAPOR
Disediakan oleh
SANDHRIGAH A/P KRISHNAN
M20132001995
TUGASAN 1- Ulasan Jurnal
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan
Pelajar
Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK,
SPT,dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia
KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
2. Kajian ini telah dijalankan oleh Janarthini A/P Krishnan, Mohd Nihra
Haruzuan Mohamad Said, dan Noor Azean Atan, dan Johari Hassan dari
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini telah
diterbitkan dalam Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page
206-225/ ISSN: 2231-7333
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir
Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM dan
mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan e-pembelajaran.
3. Obektif 1
Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir
Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM
menggunakan e-pembelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar,
persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran, kandungan kursus, dan
proses e-pembelajaran.
Objektif 2
Mengenalpasti perbandingan min diantara demografi seperti jantina,
kursus dan bangsa dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan
e-pembelajaran kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, (SPK,
SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM.
Objektif 3
Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir,
Jabatan Multimedia, (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM
semasa menggunakan e-pembelajaran.
4. Kaedah yang digunakan untuk mengkaji persoalan
kajian ialah satu tinjaunan deskriptif yang berbentuk
soal selidik sebagai alat kajian yang digunakan untuk
mendapat ukuran kuantitatif. Perisian SPSS (Statistical
Packages For Social Science) digunakan bagi
memproses dan menganalisis data.
Kajian ini dijalankan di UTM yang berpusat di Skudai,
Johor. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar
tahun akhir Jabatan Multimedia (SPT, SPK dan SPP)
Fakulti Pendidikan.
5. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik, iaitu
bahagian A yang mengandungi demografi responden,
bahagian B pula mempunyai item-item bagi faktor-
faktor yang mempengaruhi penggunaan e-
pembelajaran. Akhir sekali, bahagian C pula
mengandungi item-item bagi masalah yang dihadapi
semasa menggunakan e-pembelajaran.
9. 1. Analisis kajian menunjukkan daripada lima faktor
yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran
didapati faktor kandungan kursus mencatat min yang
paling tinggi iaitu 3.81. Adalah didapati item-item yang
mengandungi kenyataan bahawa responden mengakses
e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus
berada pada tahap tinggi. Kebanyakkan pelajar
menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh
kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai,
bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja
mereka (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain).
10. 2.Didapati bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan
mencatat min yang tertinggi bagi faktor kandungan
kursus yang mempengaruhi pembelajaran
menggunakan e-pembelejaran.
3.Kajian ini juga mendapati pelajar lelaki kurang setuju
dengan faktor pengajar yang mempengaruhi
penggunaan e-pembelajaran.
4.Kajian ini juga mendapati pelajar perempuan kurang
bersetuju dengan faktor peralatan pembelajaran
mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran.
11. 5. Analisis kajian menunjukkan bahawa masalah luaran
seperti server down, database error, virus dan juga
pengajar jarang mengemaskini nota merupakan
masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar
SPK, SPT, dan SPP menggunakan e-pembelajaran.
Manakala masalah dalaman seperti minat,
pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas
yang negatif diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti
peer tidak menjadi satu masalah serius bagi responden
menggunakan e-pembelajaran
12. Pembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi
proses pembelajaran yang menggunakan teknologi
multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar,
sambil pengajar sebagai fasilitator.
13. Mohd Nihra Haruzuan B. Mohamad Said & Janarthini A/P Krishnan, 2011,
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan
Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT,dan SPP) Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
http://eprints.utm.my/11779/1/Faktor.pdf