SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
(KPT 6044)
KUMPULAN B

TUGASAN 1 :
MENGANALISIS JURNAL YANG BERASASKAN KAJIAN MENGENAI
E-PEMBELAJARAN

OLEH:

NORHUSNA BINTI ALIAS

M20122001828

NAMA PENSYARAH:
DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT
TARIKH:
25 OKTOBER 2013
Ulasan Jurnal
KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

ULASAN JURNAL
TAJUK
Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan
Vokasional di Malaysia.

PENGENALAN
Jurnal bertajuk Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas aliran
Teknik dan Vokasional di Malaysia ini menyatakan tentang penerimaan dan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru Sekolah Pendidikan Khas.
Penyelidik bagi kajian ini ialah Baharom Mohamad. Jurnal ini telah disiarkan di dalam
Atikan, 1(1) (2011) : 41-57.

SINOPSIS KAJIAN
Pendahuluan kajian oleh penyelidik adalah berkaitan dengan kepentingan usaha dalam
menggalakkan guru-guru untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan ICT ini bukan sahaja untuk sekolah aliran perdana sahaja,
malah perlu dikembangkan kepada pelajar di Sekolah Pendidikan Khas. Pengenalan ICT
kepada pelajar khas adalah satu idea yang perlu diperluaskan agar dapat melahirkan pelajar
khas yang berkemahiran dan dapat menguasai penggunaan ICT dengan lebih baik.
Seterusnya, penyelidik menyatakan kajian ini akan dijalankan di Sekolah Pendidikan
Khas Aliran Teknik dan Vokasional, mengkaji keperluan penggunaan komputer di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar cacat pendengaran. Teknologi ICT yang
difokuskan ialah penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) merangkumi penggunaan
komputer dan tayangan slide dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidik mempunyai 5 persoalan kajian iaitu sejauh manakah penerimaan guru
terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran di Sekolah Pendidikan Khas; sejauh
manakah guru pendidikan khas menggunakan komputer dalam pengurusan tugas yang
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran; sejauh manakah penerimaan pelajar
terhadap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas;
2
Ulasan Jurnal
KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

sejauh manakah penggunaan komputer membantu pelajar pendidikan khas dalam proses
pembelajaran yang dijalankan; dan adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap
penerimaan dan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas yang mengambil mata
pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer.
Skop kajian yang digunakan oleh penyelidik melibatkan dua perkara berikut iaitu
penggunaan ICT yang dikaji adalah penggunaan komputer dalam proses P&P meliputi
pembelajaran dalam kelas sahaja dan pelajar pendidikan khas yang diambil sebagai
responden hanya pelajar cacat pendengaran. Penyelidik telah memilih 3 buah sekolah untuk
manjalankan kajian iaitu SM Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), SM
Teknik Batu Pahat (Johor) dan SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor).
Kaedah Kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah kaedah tinjauan. Populasi dalam
kajian ini ialah guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Pendidikan Khas. Taburan populasi dan
sampel adalah berbeza setiap sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 55 orang guru dan 119
orang pelajar. Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik yang menggunakan skala
likert lima pilihan. Penyelidik menggunakan 2 set borang soal selidik iaitu borang soal selidik
untuk guru dan borang soal selidik untuk pelajar. Soal selidik guru mempunyai empat
bahagian iaitu A, B, C dan D. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan latar belakang
pendidikan tenaga pengajar. Bahagian B pula mengandungi soalan yang akan menjawab
kepada persoalan kajian pertama. Bagi bahagian C, ia mengandungi soalan berkaitan tahap
penggunaan komputer oleh guru-guru dalam menjalankan tugas di sekolah pendidikan khas.
Bahagian D pula mengandungi cadangan yang dapat membantu pengaplikasian komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Soal selidik pelajar juga mempunyai empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Soalan di
dalam bahagian A adalah untuk memperoleh maklumat tentang demografi responden.
Bahagian B pula untuk meninjau penerimaan responden terhadap penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah pendidikan khas. Bagi
bahagian C, ia adalah bagi mengetahui tahap penggunaan komputer di kalangan responden.
Manakala bahagian D pula merupakan cadangan yang di isi oleh responden bagi mengetahui
keperluan penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mereka.
Data dianalisis menggunakan perisisan statistik (SPSS) versi 13.0. Statistik deskriptif
digunakan untuk min, sisihan piawai dan peratus. Untuk mengenal pasti sama ada terdapat
perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer di kalangan pelajar
3
Ulasan Jurnal
KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak
mengambil mata pelajaran komputer, penyelidik menggunakan ujian ANOVA sehala dan
penetapan nilai nisbah F sebagai aras signifikan.
Dapatan daripada kajian mendapati bahawa analisis penerimaan penggunaan
komputer oleh guru pendidikan khas mempunyai 14 item menunjukkan nilai purata min
keseluruhan ialah 2.80. Analisis kedua pula melibatkan 16 item berkaitan dengan tahap
penggunaan komputer oleh guru pendidikan khas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Nilai purata min keseluruhan yang diperolehi ialah 2.64. Analisis ketiga pula
mempunyai 10 item berkaitan dengan penerimaan pelajar pendidikan khas terhadap
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai purata min
keseluruhan yang diperolehi ialah 2.30. Analisis keempat juga melibatkan 10 item yang
berkaitan dengan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan skor min puratanya 2.02. Walau
bagaimanapun, penyelidik tidak menghuraikan maksud nilai min bagi setiap peringkat
analisis. Bagi analisis kelima pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap
penerimaan dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang
mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran
komputer. Penyelidik menerima hipotesis awal yang dibina pada awal kajian.
Tahap penerimaan guru terhadap penggunaan komputer semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, telah menunjukkan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.99. Ini
membuktikan bahawa guru memang menerima penggunaan komputer semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Manakala pelajar pendidikan khas tidak menerima dan
menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai skor
min yang berada pada tahap sederhana.
Penyelidik menyimpulkan bahawa penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah amat penting sejajar dengan peningkatan arus pembangunan negara.
Guru-guru menunjukkan sikap dan penerimaan yang tinggi terhadap penggunaan komputer
tetapi pelajar pendidikan khas kurang menerima penggunaan komputer kerana penerimaan
mereka terhadap ICT masih baru. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang penting
untuk membentuk strategi pengajaran berasaskan ICT supaya dapat menarik minat sekali gus
menigkatkan kemahiran pelajar pendidikan khas terhadap penggunaan komputer.

4

More Related Content

What's hot

Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105gokulmahes
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Shangeetha385
 
tugasan 1 KPT 6044 powerpoint
tugasan 1 KPT 6044 powerpointtugasan 1 KPT 6044 powerpoint
tugasan 1 KPT 6044 powerpointsitimariyam_86
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]sammuechan
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranShamsuri Sham
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044mrsakmar
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013Shauqi Ibrahim
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044sammuechan
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 

What's hot (18)

Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
 
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnalKpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
 
tugasan 1 KPT 6044 powerpoint
tugasan 1 KPT 6044 powerpointtugasan 1 KPT 6044 powerpoint
tugasan 1 KPT 6044 powerpoint
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaran
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013Ulasan jurnal teknologi   sgdt 4013
Ulasan jurnal teknologi sgdt 4013
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 

Similar to Tugasan 1 (KPT 6044/B)

Similar to Tugasan 1 (KPT 6044/B) (20)

Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Pembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalPembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnal
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnal
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddinTugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
 

Tugasan 1 (KPT 6044/B)

  • 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) KUMPULAN B TUGASAN 1 : MENGANALISIS JURNAL YANG BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN OLEH: NORHUSNA BINTI ALIAS M20122001828 NAMA PENSYARAH: DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT TARIKH: 25 OKTOBER 2013
  • 2. Ulasan Jurnal KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web ULASAN JURNAL TAJUK Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. PENGENALAN Jurnal bertajuk Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia ini menyatakan tentang penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru Sekolah Pendidikan Khas. Penyelidik bagi kajian ini ialah Baharom Mohamad. Jurnal ini telah disiarkan di dalam Atikan, 1(1) (2011) : 41-57. SINOPSIS KAJIAN Pendahuluan kajian oleh penyelidik adalah berkaitan dengan kepentingan usaha dalam menggalakkan guru-guru untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT ini bukan sahaja untuk sekolah aliran perdana sahaja, malah perlu dikembangkan kepada pelajar di Sekolah Pendidikan Khas. Pengenalan ICT kepada pelajar khas adalah satu idea yang perlu diperluaskan agar dapat melahirkan pelajar khas yang berkemahiran dan dapat menguasai penggunaan ICT dengan lebih baik. Seterusnya, penyelidik menyatakan kajian ini akan dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional, mengkaji keperluan penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar cacat pendengaran. Teknologi ICT yang difokuskan ialah penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) merangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik mempunyai 5 persoalan kajian iaitu sejauh manakah penerimaan guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran di Sekolah Pendidikan Khas; sejauh manakah guru pendidikan khas menggunakan komputer dalam pengurusan tugas yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran; sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas; 2
  • 3. Ulasan Jurnal KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web sejauh manakah penggunaan komputer membantu pelajar pendidikan khas dalam proses pembelajaran yang dijalankan; dan adakah terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer. Skop kajian yang digunakan oleh penyelidik melibatkan dua perkara berikut iaitu penggunaan ICT yang dikaji adalah penggunaan komputer dalam proses P&P meliputi pembelajaran dalam kelas sahaja dan pelajar pendidikan khas yang diambil sebagai responden hanya pelajar cacat pendengaran. Penyelidik telah memilih 3 buah sekolah untuk manjalankan kajian iaitu SM Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), SM Teknik Batu Pahat (Johor) dan SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor). Kaedah Kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah kaedah tinjauan. Populasi dalam kajian ini ialah guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Pendidikan Khas. Taburan populasi dan sampel adalah berbeza setiap sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 55 orang guru dan 119 orang pelajar. Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik yang menggunakan skala likert lima pilihan. Penyelidik menggunakan 2 set borang soal selidik iaitu borang soal selidik untuk guru dan borang soal selidik untuk pelajar. Soal selidik guru mempunyai empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan latar belakang pendidikan tenaga pengajar. Bahagian B pula mengandungi soalan yang akan menjawab kepada persoalan kajian pertama. Bagi bahagian C, ia mengandungi soalan berkaitan tahap penggunaan komputer oleh guru-guru dalam menjalankan tugas di sekolah pendidikan khas. Bahagian D pula mengandungi cadangan yang dapat membantu pengaplikasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik pelajar juga mempunyai empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Soalan di dalam bahagian A adalah untuk memperoleh maklumat tentang demografi responden. Bahagian B pula untuk meninjau penerimaan responden terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah pendidikan khas. Bagi bahagian C, ia adalah bagi mengetahui tahap penggunaan komputer di kalangan responden. Manakala bahagian D pula merupakan cadangan yang di isi oleh responden bagi mengetahui keperluan penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mereka. Data dianalisis menggunakan perisisan statistik (SPSS) versi 13.0. Statistik deskriptif digunakan untuk min, sisihan piawai dan peratus. Untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer di kalangan pelajar 3
  • 4. Ulasan Jurnal KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer, penyelidik menggunakan ujian ANOVA sehala dan penetapan nilai nisbah F sebagai aras signifikan. Dapatan daripada kajian mendapati bahawa analisis penerimaan penggunaan komputer oleh guru pendidikan khas mempunyai 14 item menunjukkan nilai purata min keseluruhan ialah 2.80. Analisis kedua pula melibatkan 16 item berkaitan dengan tahap penggunaan komputer oleh guru pendidikan khas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai purata min keseluruhan yang diperolehi ialah 2.64. Analisis ketiga pula mempunyai 10 item berkaitan dengan penerimaan pelajar pendidikan khas terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai purata min keseluruhan yang diperolehi ialah 2.30. Analisis keempat juga melibatkan 10 item yang berkaitan dengan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan skor min puratanya 2.02. Walau bagaimanapun, penyelidik tidak menghuraikan maksud nilai min bagi setiap peringkat analisis. Bagi analisis kelima pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap penerimaan dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran komputer. Penyelidik menerima hipotesis awal yang dibina pada awal kajian. Tahap penerimaan guru terhadap penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran, telah menunjukkan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.99. Ini membuktikan bahawa guru memang menerima penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala pelajar pendidikan khas tidak menerima dan menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai skor min yang berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyimpulkan bahawa penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting sejajar dengan peningkatan arus pembangunan negara. Guru-guru menunjukkan sikap dan penerimaan yang tinggi terhadap penggunaan komputer tetapi pelajar pendidikan khas kurang menerima penggunaan komputer kerana penerimaan mereka terhadap ICT masih baru. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang penting untuk membentuk strategi pengajaran berasaskan ICT supaya dapat menarik minat sekali gus menigkatkan kemahiran pelajar pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. 4