1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
(KPT 6044)
KUMPULAN A
TUGASAN 1:
ANALISIS JURNAL
NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR
NAMA PELAJAR:
SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR
M20121000164
2. TAJUK
Kesedaran, Penilaian Dan Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik.
PERSOALAN
1. Adakah e-pembelajaran membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran?
2. Adakah ahli akademik sedar kewujudan konsep e-pembelajaran dalam sistem
pembelajaran dan pengajaran?
3. Bagaimana penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran?
KAEDAH
1. DESKRIPTIF
- Gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelejaran dalam kalangan ahli
akademik.
2. PERSAMPELAN BUKAN PROBABILITI
- Sampel terdiri daripada ahli akademik di Universiti Sains Malaysia,USM.
DAPATAN KAJIAN
1. Tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri
- Sebanyak 19 soalan telah diajukan dan secara keseluruhan dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-
pembelajaran mempunyai hubungan yang berkait rapat. Manakala, kesediaan
pembelajaran arahan kendiri berada di tahap sederhana.
2. Tahap kefahaman responden terhadap konsep e-pembelajaran di USM
- Bahagian ini merujuk kepada tahap kefahaman responden tentang konsep
e-pembelajaran di USM sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para
pelajar, salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT, memerlukan komitmen
yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran yang dikendalikan
menerusi komputer dan Internet atau rangkaian Intranet serta membolehkan
pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah. Kaedah pembelajaran melalui
e-pembelajaran juga membolehkan pendidikan disampaikan kepada lebih ramai
pelajar tanpa batasan jarak dan pembelajaran yang berterusan.
3. Tahap kefahaman responden mengenai tanggungjawab sebagai ahli akademik yang perlu
melaksanakan e-pembelajaran di USM.
- Sebanyak 4 soalan telah diajukan dan secara umumnya, kebanyakan responden
bersetuju dengan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan.
3. 4. Tahap kefahaman responden
- Majoriti responden bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang telaj dikemukan
dan nilai min yang diperoleh menunjukkan bahawa kebanyakan responden
mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap e-pembelajaran yang dilaksanakan
di USM.
Kajian ini telah berjaya mencapai tiga objektif utama yang telah ditetapkan. Ahli
akademik telah menyedari bahawasanya konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran amat penting pada masa kini. Mereka mula menerima hakikat bahawa dengan
penggunaan e-pembelajaran dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar.
Umum juga mengetahui bahawa di setiap IPT sudah mula mengaplikasikan sistem e-
pembelajaran dalam proses P&P. Sedar atau tidak, melalui e-pembelajaran sistem pendidikan
di IPT khususnya dapat berjalan dengan lancar, malah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
celik dengan teknologi semasa. Seharusnya, manusialah yang perlu mengikuti perkembangan
semasa teknologi dan bukan sebaliknya.