SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM
KALANGAN MURID TAHUN TIGA BESTARI
SITI SAADIAH BINTI OSMAN
(Bekas pelajar PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Ini ringkasan kajian di bawah
penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)
1.0 PENGENALAN
Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid – murid. Penguasaan yang
baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid – murid melahirkan idea dan
pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga
dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek
tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas.
Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid – murid memandang remeh terhadap
aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi
peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah mengenal pasti
kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf besar dalam
penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah
satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid – murid iaitu dalam aspek tatabahasa.
Kesalahan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.
Murid – murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak
menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat,
pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini dijalankan terhadap murid –
murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin
meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak
menjejaskan markah peperiksaan murid.
2.0 FOKUS KAJIAN
Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak banyak
masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid – murid yang pandai dan berada
di kelas yang pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam
penulisan huruf besar, sama ada dalam menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada
tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan
penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid ini .
Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan
murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan konsep penggunaan
kata nama am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah melaksanakan teknik pengajaran
berkumpulan, teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid.
Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan
strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap
masalah penggunaan huruf besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya
Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul
Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan Mahmud (2003).
Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah
Kebangsaan Islah. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih
belum ada kajian tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini. Maka
wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Penguasaan Penggunaan Huruf
Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga Bestari ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (a) meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar
dalam kalangan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga Bestari; (b) menilai keberkesanan
teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar yang betul dalam
penulisan ayat murid Tahun Tiga Bestari; dan (c) Mengukur perubahan pencapaian murid
dalam penggunaan huruf besar.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di kawasan bandar
Kota Bharu. Kajian yang dijalankan oleh saya ini adalah terhadap murid Tahun Tiga Bestari.
Kelas ini merupakan kelas yang pertama bagi tahun tiga di sekolah ini. Murid – murid dalam
kelas ini terdiri daripada 44 orang iaitu 14 lelaki dan 30 perempuan. Saya telah menjalankan
ujian diagnostik ke atas 44 orang murid ini bagi mengenal pasti responden yang bermasalah.
Hasil ujian diagnostik ini dianalisis dan seramai tujuh orang murid telah dijadikan responden
kajian.
5.0 TINDAKAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. saya mendapati murid – murid
mengalami masalah dalam penulisan ayat. Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek
penulisan huruf besar. Saya turut melihat rekod murid, buku latihan dan markah ujian
bulanan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti.
Selain itu, saya turut berbual bersama guru kelas dan guru yang mengajar mata pelajaran
bahasa Melayu di kelas tersebut.
5.2 Pelaksanaan Tindakan
5.2.1 Sesi pengajaran berkumpulan
Saya menerangkan konsep kata nama khas dan kata nama am kepada responden. Saya telah
meminta responden mengkategorikan kata nama khas dan kata nama am berdasarkan petikan
yang telah diberikan. Selain itu, dalam strategi ini juga saya telah menerangkan konsep kata
nama khas mengikut kategori masing – masing dan meminta responden mengklasifikasikan
kata nama khas mengikut kumpulannya.
5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna
Saya telah menggunakan teknik warna ini dalam latih tubi yang diberikan kepada responden.
Disebabkan setiap responden mempunyai masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan
huruf besar ini, saya telah menyediakan latihan yang berbeza bagi setiap responden mengikut
permasalahan yang dihadapi. Responden perlu menggunakan pensel warna dalam setiap
huruf besar yang terdapat dalam ayat. Item latihan adalah seperti berikut :
1. Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang betul
menggunakan pensel warna.
Dalam situasi ini,responden menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna
melalui latih tubi. Setiap permulaan huruf sama ada dalam perkataan atau ayat yang berhuruf
besar perlu ditulis dengan menggunakan pensel berwarna. Ini bagi membantu daya ingatan
responden terhadap penggunaan huruf besar melalui teknik warna.
5.2.3 Mengenal pasti kata nama khas dalam teks yang dibaca.
Saya telah menjalankan strategi yang ketiga iaitu mengenalpasti kata nama khas yang
terdapat dalam petikan yang dibaca. Saya telah mengedarkan surat khabar kepada responden
dan ketujuh – tujuh orang responden diminta mengenal pasti kata nama khas yang terdapat
dalam petikan akhbar yang dipilih oleh mereka. Saya juga telah menggunakan teknik bacaan
buku cerita binatang bagi responden yang mengalami masalah dalam penggunaan huruf besar
dalam Kata Nama khas Haiwan. Saya meminta responden membaca buku cerita binatang
yang terdapat dalam pusat sumber sekolah dan seterusnya mengenal pasti dan menyenaraikan
Kata Nama Khas Haiwan yang terdapat dalan cerita binatang tersebut.
Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi masalah
yang dihadapi oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh kajian. Teknik
bimbingan ini dapat mendekatkan diri saya dengan responden dan memudahkan proses
peneguhan dan penambahbaikan dilakukan. Aktiviti yang dijalankan adalah :
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai
menggunakan warna.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden yang terlibat. Perbandingan
markah bagi ujian pra dan pos mengikut kategori permasalahan adalah seperti di bawah :
BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN POS
KT
( % )
KB
( % )
KH
( % )
KHR
( % )
KT
( % )
KB
( % )
KH
( % )
1
2
3
4
5
6
7
Muhamad Syazwan bin Mustapha
Wan Muhammad Afif bin Wan
Maizudin
Iryani Akmal binti Ahmad Bakri
Nur Afrina Shazleen binti Muhamad
Shahidi
Nur Damia Batrisyia binti Zulkalnain
Nur Shahnaz binti Muhd Affendy
Sharifah Musyaibah binti Syed Kamal
-
65
-
60
65
-
-
45
-
-
65
-
30
25
65
50
60
-
65
-
-
40
-
50
-
-
-
-
-
90
-
95
95
-
-
100
-
-
85
-
90
85
90
90
85
-
95
-
-
PETUNJUK
KT – Kata Nama Khas Tempat
KB – Kata Nama Khas Benda
KH – Kata Nama Khas Haiwan
KHR – Kata Nama Khas Hari
Setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf
besar ini. Tiga orang responden mengalami masalah dalam penulisan kata nama khas tempat.
Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dengan perbezaan min
sebanyak 30 markah. Manakala terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam
menulis kata nama khas benda. Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos
menunjukkan bahawa objektif kajian adalah tercapai. Ini dibuktikan dengan perbezaan min
markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas benda ini iaitu sebanyak 48.75 markah.
Seterusnya, empat orang responden juga mengalami masalah dalam menulis kata nama khas
haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos dibuat, saya mendapati berlaku peningkatan
pencapaian pada keempat – empat responden ini. Perbezaan min markah ujian pra dan ujian
pos kata nama khas haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat terhadap
dua responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah
menunjukkan peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak 50
markah.
7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas semua responden. Saya mendapati bahawa ketujuh – tujuh responden
menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dalam pasca ujian berbanding pra ujian.
Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan penggunaan dalam
kalangan murid ini telah berjaya dilaksanakan.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
penggunaan huruf besar ini maka saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap
aspek tanda baca dan ejaan. Saya turut bercadang untuk melakukan kajian ini terhadap semua
murid tahun tiga di sekolah ini.
9.0 RUJUKAN
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa. Jurnal
Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam
Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya.
Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-
Betong.
Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md.Nor. ( 2003 ). Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu
di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor
Bharu. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.
Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam
Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul
Razak, Kota Samarahan Sarawak.
Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang
Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003.
Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). “Jadual Formula Warna” Kaedah untuk Menerangkan
Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Dicatat oleh MBi di 11:23:00 PG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan

More Related Content

What's hot

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Noormazrita Azam
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanShangari Ram
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 oksjkt15
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasshahlyme
 
Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayMayhana Musa
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadanganChon Seong Hoo
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaanNorbaizura Md Isa
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankpr5063
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
 
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan IndividuPembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individubudak_sibu
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposalMuhd ASRUL
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah Luisa Wong
 

What's hot (19)

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 ok
 
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2mprosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khas
 
Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 may
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisan
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan IndividuPembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposal
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
 

Similar to Cth kt huruf besar3

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
Kesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di Ukm
Kesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di UkmKesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di Ukm
Kesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di Ukmsurrenderyourthrone
 
Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanrozi ahmad
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03Rafiza Diy
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Ena Ros
 
42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...
42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...
42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...Zulkhairi Jaafar
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibdalilavuzarzad
 
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptxKAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptxMOHDFAZLIMOFAZ1
 
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1jun jun
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanKPM
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)
Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)
Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)Ali Murfi
 

Similar to Cth kt huruf besar3 (20)

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Kesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di Ukm
Kesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di UkmKesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di Ukm
Kesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa Pelajar di Ukm
 
Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakan
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
Kerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasaKerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasa
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...
42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...
42 penggunaan-warna-dalam-pengajaran-hukum-mad-asli-terhadap-murid-tahun-lima...
 
Lengkap
LengkapLengkap
Lengkap
 
Prosiding bm1
Prosiding bm1Prosiding bm1
Prosiding bm1
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
 
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptxKAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
 
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3
 
Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)
Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)
Strategi Pembelajaran Aktif : Question Student Have (QSH)
 

Cth kt huruf besar3

  • 1. MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA BESTARI SITI SAADIAH BINTI OSMAN (Bekas pelajar PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Ini ringkasan kajian di bawah penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim) 1.0 PENGENALAN Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid – murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid – murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid – murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid – murid iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Murid – murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat, pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini dijalankan terhadap murid – murid kelas 3 Bestari yang dikenal pasti berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah peperiksaan murid. 2.0 FOKUS KAJIAN Saya mengajar di kelas 3 Bestari yang terdiri daripada 44 orang murid yang tidak banyak masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid – murid yang pandai dan berada di kelas yang pertama bagi tahap itu. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada dalam menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid ini . Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan konsep penggunaan kata nama am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid. Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap masalah penggunaan huruf besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan Mahmud (2003).
  • 2. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Islah. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga Bestari ini. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (a) meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid dalam kalangan murid Tahun Tiga Bestari; (b) menilai keberkesanan teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar yang betul dalam penulisan ayat murid Tahun Tiga Bestari; dan (c) Mengukur perubahan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di kawasan bandar Kota Bharu. Kajian yang dijalankan oleh saya ini adalah terhadap murid Tahun Tiga Bestari. Kelas ini merupakan kelas yang pertama bagi tahun tiga di sekolah ini. Murid – murid dalam kelas ini terdiri daripada 44 orang iaitu 14 lelaki dan 30 perempuan. Saya telah menjalankan ujian diagnostik ke atas 44 orang murid ini bagi mengenal pasti responden yang bermasalah. Hasil ujian diagnostik ini dianalisis dan seramai tujuh orang murid telah dijadikan responden kajian. 5.0 TINDAKAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. saya mendapati murid – murid mengalami masalah dalam penulisan ayat. Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek penulisan huruf besar. Saya turut melihat rekod murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti. Selain itu, saya turut berbual bersama guru kelas dan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di kelas tersebut. 5.2 Pelaksanaan Tindakan 5.2.1 Sesi pengajaran berkumpulan Saya menerangkan konsep kata nama khas dan kata nama am kepada responden. Saya telah meminta responden mengkategorikan kata nama khas dan kata nama am berdasarkan petikan yang telah diberikan. Selain itu, dalam strategi ini juga saya telah menerangkan konsep kata nama khas mengikut kategori masing – masing dan meminta responden mengklasifikasikan kata nama khas mengikut kumpulannya. 5.2.2 Menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna Saya telah menggunakan teknik warna ini dalam latih tubi yang diberikan kepada responden. Disebabkan setiap responden mempunyai masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf besar ini, saya telah menyediakan latihan yang berbeza bagi setiap responden mengikut permasalahan yang dihadapi. Responden perlu menggunakan pensel warna dalam setiap huruf besar yang terdapat dalam ayat. Item latihan adalah seperti berikut : 1. Membaca ayat yang diberi tanpa penggunaan huruf besar.
  • 3. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang betul menggunakan pensel warna. Dalam situasi ini,responden menulis setiap huruf besar dengan menggunakan pensel warna melalui latih tubi. Setiap permulaan huruf sama ada dalam perkataan atau ayat yang berhuruf besar perlu ditulis dengan menggunakan pensel berwarna. Ini bagi membantu daya ingatan responden terhadap penggunaan huruf besar melalui teknik warna. 5.2.3 Mengenal pasti kata nama khas dalam teks yang dibaca. Saya telah menjalankan strategi yang ketiga iaitu mengenalpasti kata nama khas yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Saya telah mengedarkan surat khabar kepada responden dan ketujuh – tujuh orang responden diminta mengenal pasti kata nama khas yang terdapat dalam petikan akhbar yang dipilih oleh mereka. Saya juga telah menggunakan teknik bacaan buku cerita binatang bagi responden yang mengalami masalah dalam penggunaan huruf besar dalam Kata Nama khas Haiwan. Saya meminta responden membaca buku cerita binatang yang terdapat dalam pusat sumber sekolah dan seterusnya mengenal pasti dan menyenaraikan Kata Nama Khas Haiwan yang terdapat dalan cerita binatang tersebut. Saya juga menjalankan teknik bimbingan dalam membantu responden mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Aktiviti ini dijalankan sekali dalam tempoh kajian. Teknik bimbingan ini dapat mendekatkan diri saya dengan responden dan memudahkan proses peneguhan dan penambahbaikan dilakukan. Aktiviti yang dijalankan adalah : 1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar. 2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut. 3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna. 6.0 DAPATAN KAJIAN Saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden yang terlibat. Perbandingan markah bagi ujian pra dan pos mengikut kategori permasalahan adalah seperti di bawah : BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN POS KT ( % ) KB ( % ) KH ( % ) KHR ( % ) KT ( % ) KB ( % ) KH ( % )
  • 4. 1 2 3 4 5 6 7 Muhamad Syazwan bin Mustapha Wan Muhammad Afif bin Wan Maizudin Iryani Akmal binti Ahmad Bakri Nur Afrina Shazleen binti Muhamad Shahidi Nur Damia Batrisyia binti Zulkalnain Nur Shahnaz binti Muhd Affendy Sharifah Musyaibah binti Syed Kamal - 65 - 60 65 - - 45 - - 65 - 30 25 65 50 60 - 65 - - 40 - 50 - - - - - 90 - 95 95 - - 100 - - 85 - 90 85 90 90 85 - 95 - - PETUNJUK KT – Kata Nama Khas Tempat KB – Kata Nama Khas Benda KH – Kata Nama Khas Haiwan KHR – Kata Nama Khas Hari
  • 5. Setiap responden kajian mengalami masalah yang berbeza dalam aspek penggunaan huruf besar ini. Tiga orang responden mengalami masalah dalam penulisan kata nama khas tempat. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dengan perbezaan min sebanyak 30 markah. Manakala terdapat empat orang responden mengalami masalah dalam menulis kata nama khas benda. Peningkatan markah yang diperoleh mereka pada ujian pos menunjukkan bahawa objektif kajian adalah tercapai. Ini dibuktikan dengan perbezaan min markah bagi ujian pra dan pos kata nama khas benda ini iaitu sebanyak 48.75 markah. Seterusnya, empat orang responden juga mengalami masalah dalam menulis kata nama khas haiwan. Namun, selepas analisis ujian pos dibuat, saya mendapati berlaku peningkatan pencapaian pada keempat – empat responden ini. Perbezaan min markah ujian pra dan ujian pos kata nama khas haiwan ini adalah sebanyak 30 markah. Analisis yang dibuat terhadap dua responden yang mengalami masalah dalam menulis kata nama khas hari juga telah menunjukkan peningkatan dan dibuktikan dengan perbezaan min markah sebanyak 50 markah. 7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas semua responden. Saya mendapati bahawa ketujuh – tujuh responden menunjukkan peningkatan pencapaian mereka dalam pasca ujian berbanding pra ujian. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan penggunaan dalam kalangan murid ini telah berjaya dilaksanakan. 8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar ini maka saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap aspek tanda baca dan ejaan. Saya turut bercadang untuk melakukan kajian ini terhadap semua murid tahun tiga di sekolah ini. 9.0 RUJUKAN Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa. Jurnal Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman- Betong. Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md.Nor. ( 2003 ). Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak. Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong. Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). “Jadual Formula Warna” Kaedah untuk Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Dicatat oleh MBi di 11:23:00 PG