2. DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL
Pembangunan sosial merupakan satu proses
pembangunan yang memberi penekanan kepada
manusia dan sistem sosialnya. Ia dihubungkaitkan
dengan pelbagai strategi, program dan aktiviti yang
menekankan pengisian nilai-nilai yang akan
mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
dalam erti kata sebenar.
3. PERSAUDARAAN DAN TAAWUN ( SALING TOLONG-
MENOLONG ) PERSAUDARAAN :
1. Menjenguk,mendoakan,membantu sahabat dan orang lain yang sedang sakit atau terkena musibah.
2. Mendamaikan sahabat atau saudara yang berselisih agar mereka sedar dan kembali bersatu dan berbaik sesama
mereka.
3. Bergaul dengan orang lain dengan tidak memandang suku, bahasa, budaya, dan agama yang dianutnya.
4. Menghindari segala bentuk permusuhan, ataupun kegiatan yang dapat merugikan orang lain.
5. Menghargai perbezaan suku kaum, bangsa, agama, dan budaya orang lain.
TAAWUN ( TOLONG MENOLONG DALAM KEBAIKAN) :
1. Menolong orang yang tersesat dan orang yang dalam keadaan sakit.
2. Menolong orang yang dalam kelaparan dan mereka yang ditimpa musibah atau bencana.
3. Menolong sahabat yang tidak paham pelajaran ketika belajar dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.
4. Menolong orang buta melintas jalan dan orang yang kurang upaya (OKU).
5. Menolong orang kurang berkemampuan untuk bersekolah dengan memberi bantuan kewangan.
6. Menolong orang fakir miskin dan orang susah dengan memberi sedekah atau bantuan zakat kepada mereka.
4. Masyarakat yang sentiasa bersengketa tidak akan mampu bertahan
lama. Sebaliknya masyarakat yang saling berhubung erat dan rapat
boleh bertahan dengan berbagai ancaman.
DALIL PERSAUDARAAN : SURAH AL-HUJURAT AYAT
10.
DALIL TAAWUN : SURAH AL-MAIDAH AYAT 2.