Teks tersebut membahas tentang pengenalan ilmu sosiologi pendidikan dan hubungannya dengan sekolah dan masyarakat. Ia menjelaskan definisi sosiologi, bidangnya, dan kepentingannya dalam memahami interaksi sosial di sekolah serta hubungan antara sekolah dan masyarakat. Teks tersebut juga menyoroti pentingnya ilmu sosiologi pendidikan bagi pendidik dalam menjalankan peranannya.
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Bab 1 Pengenalan Sekolah dan Masyarakat.pptx
1.
2. TAJUK 1:
PENGENALAN SEKOLAH DAN
MASYARAKAT
Ilmu Sosiologi
Imaginasi Sosiologi
Kepentingan Sosiologi Pendidikan
Rumusan
3. • Fokus kajian sosiologi adalah
masyarakat.
• Pengasas sosiologi di Barat ialah
Augustus Comte yang telah
menggabungkan perkataan sosio
dan logos menjadi apa yang
dikenali sekarang sebagai
sosiologi.
• Kesemua definisinya tidak lari
daripada kaitan aktiviti manusia dan
masyarakat.
Maksud Sosiologi adalah
merupakan suatu kajian
yang sistematik dan saintifik
mengkaji tentang manusia
dan interaksi sosial mereka
dalam masyarakat daripada
pelbagai sudut.
4. Imaginasi sosiologi bermaksud menyedari perhubungan antara
individu, pengalaman dan masyarakat.
Merupakan cara yang boleh digunakan untuk memahami
peranan kita dalam dunia sosial.
Membolehkan seseorang melihat kedudukan dirinya dan juga
kedudukan orang lain dalam senario masyarakat.
Memerlukan seseorang menganggap apa yang berlaku sebagai
sesuatu yang baru.
Berkait rapat dengan konsep peranan dan struktur sosial.
5. BIDANG SAINS SOSIAL BIDANG SOSIOLOGI
Antropologi mengkaji masyarakat primitif atau
belum moden.
Sosiologi mengkaji masyarakat moden.
Ekonomi menumpukan perhatian kepada aspek-
aspek fizikal yang berkaitan kewangan.
Sosiologi menganalisis kesan ekonomi kepada
aspek-aspek lain dalam kehidupan, struktur sosial
dan proses sosial.
Falsafah berasaskan sistem pemikiran abstrak
berdasarkan peraturan-peraturan logik.
Sosiologi adalah secara empirikal mendapatkan
maklumat-maklumat mengenai dunia sebenar
melalui penyelidikan.
Psikologi lebih tertumpu kepada aspek dalaman dan
tingkah laku individu.
Sosiologi menumpukan aspek luaran dan pengaruh
sosial terhadap individu.
Sains politik menganalisis bentuk-bentuk
pemerintahan, proses politik dan falsafah politik.
Sosiologi mengkaji hubungan antara struktur politik
dengan struktur-strruktur masyarakat yang lain.
Sejarah lebih berfokus kepada pengaruh individu-
individu dan sebab-sebab sesuatu kejadian.
Sosiologi berfokus kepada sebab dan akibat
perubahan-perubahan dalam kehidupan sosial
manusia.
6.
7. • Untuk memahami situasi sosial.
• Penggubalan polisi.
• Untuk menilai keberkesanan sesuatu polisi.
• Kesedaran polisi.
• Kesedaran mengenai perbezaan budaya.
• Panduan reformasi sosial.
• Panduan membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial.
• Meningkatkan pengetahuan dan penyuburan diri.
• Amalan praktikal.
• Sebagai juru runding sama ada di sektor kerajaan atau swasta.
8. Mengkaji bagaimana pendidikan dapat digunakan untuk membantu individu dan masyarakat.
Mengkaji kesamaan dan ketidaksamaan dalam pendidikan supaya polisi yang bersesuaian dapat dipraktikkan.
Memberi gambaran jelas kepada semua pihak mengenai organisasi sekolah dan persekitarannya.
Meningkatkan penguasaan konsep dan kemahiran para pendidik untuk berhadapan dengan para pelajar.
Supaya guru mempunyai keseimbangan ilmu mengenai manusia.
Membantu guru memahami budaya lain yang berbeza dengannya.
Membantu guru tidak mempunyai sikap memencilkan diri.
Pendidik menguasai makna-makna berbeza dalam konteks hubungan sosial murid-murid.
Menguasai bentuk-bentuk interaksi murid dalam bilik darjah.
Membolehkan para pendidik mempunyai kemahiran menginterpretasikan hasil-hasil penyelidikan.
Para pendidik yang terlibat dalam penggubalan polisi pendidikan akan memperoleh pengetahuan tentang pengaruh
faktor sosial terhadap pendidikan.
Para pendidik mempunyai pandangan yang lebih baik mengenai peranan yang berbeza yang dilaksanakan di
sekolah.
Membantu membina budaya sekolah sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat.
Membina negara bangsa Malaysia melalui pendidikan.
9. • Seorang pendidik sentiasa berada dalam dunia sosial
yang dicirikan oleh pelbagai fenomena. Sekolah dan
Masyarakat mengorientasikan seseorang guru untuk
beraksi dan berinteraksi dalam dunia pendidikan. Asas
kepada Sekolah dan Masyarakat ialah ilmu sosiologi dan
pendidikan.