1. LMCP 1522
PEMBANGUNAN MAPAN
DALAM ISLAM
TUGASAN:DINAR EMAS
MOHD BURHANUDIN BIN ABDUL LACHIK ( A161583 )
FAKULTI PENDIDIKAN
PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
2. DINAR EMAS
Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di
seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.
Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara
Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas
telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara,
Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat
kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003
lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai
saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas
diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak
mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak
mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah
digunakan oleh Rasulullah.
3. SEJARAH DINAR EMAS
Bentuk mata wang yang paling awal digunakan di Makkah dan Madinah.
Dibawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang islam telah
diukirkan dengan nama Allah SWT dan terdapat ayat Al-quran.
Dinar emas digunakan secara meluas pada zaman Khulafah Al Rasyidin.
4. PENGGUNAAN EMAS PADA ZAMAN
MODEN
Pada tahun 2003, Dr Mahathir telah menyuarakan idea untuk
menggunakan dinar emas tetapi telah ditolak.
Penggunaan dinar emas di Malaysia adalah meluas sebagai contoh, mata
wang, dan transaksi pembayaran elektronik