2. DINAR EMAS
■ Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara
Islam.
■ Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada
zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar
dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
■ Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan
sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat
sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
■ Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran
global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam
yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
3. KEBAIKAN DINAR EMAS
■ Mata wang paling stabil
■ Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya
bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
■ Emas tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia.Apa pun yang
berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya.
4. KEGUNAAN DINAR EMAS DALAM
DUNIA MODEN
■ MATAWANG
■ SIMPANAN UNTUK HAJI DAN UMRAH
■ INSTRUMEN PELABURAN
■ HADIAH DAN CENDERAMATA